prinsip, objektif dan dasar perolehan

29
1 PRINSIP, OBJEKTIF DAN DASAR PEROLEHAN Seksyen Pembangunan Dasar Perolehan Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Upload: iszwan-shah

Post on 19-Jun-2015

1.259 views

Category:

Government & Nonprofit


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

1

PRINSIP, OBJEKTIF DAN DASAR PEROLEHAN

Seksyen Pembangunan Dasar PerolehanBahagian Perolehan Kerajaan

Kementerian Kewangan Malaysia

KEMENTERIAN KEWANGANMALAYSIA

Page 2: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

2

1. UNDANG-UNDANG DAN PERATURANBERKAITAN

a) AKTA TATACARA KEWANGAN 1957 (Disemak 1972)

“Suatu Akta yang diperuntukan bagi pengawalan dan pengelolaan wang awam Malaysia, dan bagi acara pengakaunan serta kewangan, termasuk acara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan Negeri- negeri dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya”.

Page 3: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

3

Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957

“Pengelolaan Kumpulanwang Disatukan Persekutuan dan penyeliaan, pengawalan dan arahan semua perkara berhubung dengan hal ehwal kewangan Persekutuan, yang tidak diserahkan khususnya kepada sesiapa oleh sebarang undang-undang lain hendaklah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Akta ini, diletakhak pada Menteri”

- kuasa YB Menteri diturunkan kepada pegawai awam

Page 4: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

4

b) PERINTAH MENTERI-MENTERI KERAJAAN PERSEKUTUAN (No. 2) Tahun 2009

(P.U.(A) 222 bertarikh 15 Jun 2009)

Tanggungjawab Kementerian Kewangan

- Menggubal dasar-dasar yang berhubungan dengan ekonomi, fiskal, kewangan dan strategi belanjawan tahunan negara

- Melaksanakan fungsi-fungsi dan aktiviti yang berhubungan dengan ekonomi, kewangan, cukai, belanjawan, perolehan kerajaan ………

Page 5: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

5

c) AKTA PEWAKILAN KUASA 1956

- memberi kuasa untuk mewakilkan/menurunkan

kuasa

d) AKTA KONTRAK KERAJAAN 1949

- Memberi kuasa/membolehkan Menteri-menteri yang berkaitan mengikat kontrak

- Memberi kuasa/membolehkan Menteri-menteri menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan mengikat/menandatangani kontrak.(penurunan kuasa secara bertulis – format di Akta)

Page 6: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

6

e) ARAHAN PERBENDAHARAAN (AP) (AP 166 HINGGA 205 DAN AP 229 HINGGA 300)

- menjelaskan dengan terperinci tatacara kewangan dan perakaunan dalam

menguruskan wang awam/kerajaan.Arahan Perbendaharaan baru telah dikeluarkan pada 31

Julai 2008(Pindaan Arahan Perbendaharaan)

f) SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN (SPP)

- dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk memperbaiki, melaksana, memaklumkan, menjelaskan dan meminda dasar, peraturan dan tatacara pengurusan kewangan dan tatacara perakaunan.

Di manakah SPP boleh diperoleh? (laman web Treasury)

Page 7: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

7

g) PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN (PKP)

- dikeluarkan untuk mengumumkan barangan guna sama yang boleh diperolehi

melalui kontrak pusat.

h) SURAT ARAHAN PERBENDAHARAAN

- dikeluarkan dari semasa kesemasa untuk menjelaskan

dan memperingatkan mengenai peraturan dantatacara perolehan Kerajaan.

Sudahkah anda membaca FAQ dalam laman web Treasury? Kebanyakan soalan yang ditanya semasa kursus/melalui telefon/email adalah dari FAQ

Page 8: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

8

2. PRINSIP-PRINSIP PEROLEHAN

a) Akauntabiliti awam (public accountability)

b) Diuruskan secara telus (transparent)

c) Nilai faedah terbaik (best value for money)

d) Saingan terbuka (open fair competition)

e) Adil dan saksama (fair dealing)

Apakah prinsip-prinsip perolehan?

Page 9: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

9

3. OBJEKTIF PEROLEHAN

i) menguruskan perolehan secara cekap, berkesan dan paling

menguntungkan bagi mencapai matlamat perolehantersebut;

ii) mendapatkan harga yang palingmenguntungkan dan berpatutan dengan mengambil kira kualiti, kuantiti dantempoh penyerahan/siap yang

ditetapkan;

iii) menggalakkan pertumbuhan industri tempatan dan penggunaan bahan/barangan/ perkhidmatan tempatan;

Page 10: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

10

iv) Menggalakkan pemindahan teknologi yang bersesuaian dengan kehendak semasa sektor industri negara; dan

v) sebagai alat untuk mencapai dasar-dasar

nasional.

Apakah objektif-objektif perolehan?

Page 11: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

11

4. DASAR-DASAR PEROLEHAN KERAJAAN

i) menggalakkan pertumbuhan industri tempatan melalui penggunaan bahan/

barangan tempatan dan penggunaan

sektor perkhidmatan tempatan;

ii) mempertingkatkan keupayaan industri tempatan melalui

pemindahan teknologi;

iii) menggalakkan penglibatan usahawanBumiputera; dan

iv) memelihara dan mempertahankan kepentingan dasar perolehan kerajaan bagi mencapai objektif nasional dalam menghadapi

cabaran globalisasi dan liberalisasi.

Page 12: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

12

STRATEGI DAN KAEDAH-KAEDAH PELAKSANAANDASAR-DASAR PEROLEHAN KERAJAAN

Page 13: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

13

PENDAFTARAN PEMBEKAL/KONTRAKTOR(AP 184)

Semua pembekal dan kontraktor yang ingin berurusan dengan kerajaan perlu berdaftar dengan kerajaan seperti berikut:

Bekalan/Perkhidmatan - Kementerian KewanganKerja - Pusat Khidmat Kontraktor,

Kementerian Kerja Raya(PKK) dan

- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB)

Page 14: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

14

PENDAFTARAN PEMBEKAL/KONTRAKTOR (AP 184)

Bekalan/Perkhidmatan - Kementerian KewanganKerja - Lembaga Pembangunan (Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor SSPK) Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB)

CIDB mengeluarkan (i) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)

(ii) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)- Pusat Khidmat Kontraktor,

Kementerian Kerja Raya (PKK)

PKK mengeluarkan (i) Sijil Taraf Bumiputera (STB)

SPP Bil. 6 Tahun 2012/AP Pindaan Bil.3 Tahun 2012

Page 15: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

15

PENDAFTARAN KONTRAKTOR(AP 184)

MULAI 15 OKTOBER 2012

Semua kontraktor kerja yang ingin berurusan dengan kerajaan perlu berdaftar dengan kerajaan seperti berikut:

Kerja - Perakuan Pendaftaran Kontraktor (CIDB)

- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) (CIDB)

- Sijil Taraf Bumiputera (STB) (PKK)

Page 16: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

GRED PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJAGRED PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJA

KONTRAKTOR KERJA ELEKTRIK JUGA HAD NILAI BARU

16

Gred Had Kewangan

G1 RM200,000 dan ke bawah (F)

G2 Melebihi RM200,000 hingga RM500,000 (E)

G3 Melebihi RM500,000 hingga RM1,000,000

G4 Melebihi RM1,000,000 hingga RM3,000,000

G5 Melebihi RM3,000,000 hingga RM5,000,000

G6 Melebihi RM5,000,000 hingga RM10,000,000

G7 Melebihi RM10,000,000

Page 17: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

17

Objektif

i) untuk memastikan hanya syarikat/kontraktor yang berkemampuan sahaja turut serta di dalam perolehan Kerajaan;

ii) memudahkan agensi Kerajaan bagi mengenalpasti syarikat/kontraktor yang berdaftar dalam kepala, sub kepala, bidang atau kategori yang ditetapkan;

iii) membolehkan pemantauan dilakukan terhadap prestasi kontraktor yang terlibat di dalam perolehan kerajaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap kontraktor yang melakukan kesalahan dan gagal memenuhi obligasi kontrak; dan

iv) membantu kerajaan dalam menggubal dasar perolehan.

Page 18: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

18

FAEDAH-FAEDAH PENDAFTARAN

a) Faedah kepada syarikat/kontraktor:

i) membolehkan syarikat/kontraktor mengambil bahagian dalam urusan perolehan Kerajaan;

ii) syarikat/kontraktor yang berdaftar dikecualikan dikenakan deposit dalam urusan tender

Kerajaan;

iii) syarikat/kontraktor yang berdaftar dengan bidang dan bertaraf pembuat akan mendapat keutamaan harga berbanding dengan ejen/pengedar; dan

iv) syarikat/kontraktor yang berdaftar berpeluang memasarkan barangan / perkhidmatan yang

ditawarkan.

Page 19: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

19

b) Faedah kepada agensi:

i) Selaras dengan ePerolehan, agensi akan mudah mendapat maklumat mengenai barang-barang dalam pasaran;

ii) memudahkan agensi mengenal pasti syarikat/ kontraktor tempatan;

iii) memudahkan agensi membuat kajian pasaran;

iv) Membantu mengurangkan barangan import.

Page 20: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

20

PENGGUNAAN BAHAN/BARANGAN/ PERKHIDMATAN TEMPATAN

i) Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diperolehi secara tempatan.

ii) Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah memenuhi Standard Malaysia (MS) atau

standard antarabangsa lain yang diiktiraf.

iii) Bagi perolehan kerja, agensi wajib menggunakan bahan/barangan/perkhidmatan keluaran tempatan yang dinyatakan di dalam Senarai Bahan-bahan Binaan Tempatan yang dikeluarkan oleh IKRAM QA Services Sdn. Bhd.

(aduan-aduan)

Page 21: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

21

iv) Bagi perolehan bekalan, agensi wajib menggunakan barangan keluaran tempatan yang

disenaraikan oleh SIRIM QAS Sdn. Bhd.

Apakah AP/SPP berkaitan penggunaan barangan tempatan?

Page 22: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

22

PEROLEHAN BARANG-BARANG IMPORT

i) Bahan/barangan import melebihi RM50,000 perlu mendapat kelulusan MITI (sebelum sebut

harga/tender).

ii) Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200,000

bagi satu kontrak hendaklah dilaksanakan secara

Free On Board (FOB).

iii) Menggunakan syarikat perkhidmatan pengangkutan

tempatan.

iv) Perlindungan insurans melalui KWIBK.

Page 23: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

23

PEMINDAHAN TEKNOLOGI UNTUK INDUSTRITEMPATAN

i) Membantu institusi dan industri tempatan dalam mempertingkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang terutamanya yang berteknologi canggih dan terkini.

ii) Lazimnya dilaksanakan melalui program offset dengan kerjasama industri tempatan terutama sekali bagi perolehan strategik dan berteknologi tinggi.

Page 24: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

24

KEUTAMAAN SYARIKAT BUMIPUTERA DALAMPEROLEHAN KERAJAAN (SPP Bil. 4/95)

i) Syarikat yang diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera: sekurang-kurangnya 51% dikuasai Bumiputera (Saham, Lembaga Pengarah dan Pengurusan).

ii) Sijil (maya) dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (bekalan/perkhidmatan) atau Pusat Khidmat Kontraktor (kerja).

Page 25: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

25

a) Keutamaan Bumiputera Bagi Perolehan Bekalan

Dan Perkhidmatan

i) Melebihi RM 50,000 hingga RM100,000 hendaklah diperolehi di kalangan syarikat Bumiputera

yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja;

ii) Melebihi RM100,000 keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera

Nilai Perolehan % Keutamaan

melebihi RM100 ribu – RM500 ribu 10%melebihi RM500,000 – RM1.5 juta 7%melebihi RM1.5 juta – RM5 juta

5%melebihi RM5 juta – RM10 juta

3%melebihi RM10 juta – RM15 juta

2.5%melebihi RM15 juta Tiada

(Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera)

Page 26: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

26

b) Keutamaan Pembuat/Pengilang

i) Memberi keutamaan kepada syarikat yang bertaraf pembuat/pengilang Bumiputera.

ii) Sekiranya perolehan bekalan dilaksanakan secara terbuka di kalangan pembuat tempatan, keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat Bumiputera.

Nilai Perolehan % Keutamaan

sehingga RM10 juta 10%melebihi RM10 juta – RM100 juta 5%melebihi RM100 juta 3%

Page 27: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

27

c) Keutamaan Bumiputera Untuk Kontrak kerja

i) Kerja-kerja bernilai kurang RM200,000 dikhaskan kepada Bumiputera.

ii) Sekurang-kurangnya 50% bagi projek bernilai RM200,000 hingga RM350,000 dikhaskan

untuk ditandingi dikalangan Bumiputera.

iii) 30% dari peruntukan tahunan untuk kerja, dikhaskan kepada Bumiputera (tidak termasuk kerja-kerja kurang RM200,000).

Page 28: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

28

d) Keutamaan Kerja Prime Cost Sum

Nilai Perolehan % Keutamaan

melebihi RM100 ribu – RM500 ribu 10%melebihi RM500,000 – RM1.5 juta 7%melebihi RM1.5 juta – RM5 juta 5%melebihi RM5 juta – RM10 juta 3%melebihi RM10 juta – RM15 juta 2.5%melebihi RM15 juta Tiada

Page 29: Prinsip, Objektif dan Dasar Perolehan

29

CONTOH PENGIRAAN KEUTAMAAN HARGA

Pembekal(i) Tawaran Bumiputera : RM835,000.00(ii) Tawaran Bukan Bumiputera : RM810,000.00 (iii) Perbezaan : RM 25,000.00(iv) Peratus perbezaan : 3.08%

(25,000/810,000 X 100) (v) Peratus keutamaan : 7%

Tawaran syarikat Bumiputera boleh dipilih

Pembuat(i) Tawaran Bumiputera : RM12,000,000.00(ii) Tawaran Bukan Bumiputera : RM11,400,000.00 (iii) Perbezaan : RM 600,000.00(iv) Peratus perbezaan : 5.26%

(600,000/11,400,000 X 100) (v) Peratus keutamaan : 5%

Tawaran syarikat bukan Bumiputera hendaklah dipilh