bab 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/islam liberal merbahaya.pdf · zakat,...

93
BAB 2 ISLAM DAN IDEOLOGI SEMASA 2.1 Islam Sebagai Al-din 2.1.1 ASWJ 2.2 Ideologi Semasa 2.2.1 Sekularisme 2.2.2 Liberalisme 2.2.3 Marxisme 2.3 Kaedah Islam Menangani Ideologi Semasa 2.4 Pendekatan Islam Menghadapi Ideologi Semasa

Upload: phamhuong

Post on 19-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

BAB 2

ISLAM DAN IDEOLOGI SEMASA

2.1 Islam Sebagai Al-din 2.1.1 ASWJ

2.2 Ideologi Semasa 2.2.1 Sekularisme 2.2.2 Liberalisme 2.2.3 Marxisme

2.3 Kaedah Islam Menangani Ideologi Semasa 2.4 Pendekatan Islam Menghadapi Ideologi Semasa

Page 2: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.1 ISLAM SEBAGAI AL-DIN

Page 3: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Terminologi Islam

• Perkataan Islam berasal daripada kata kerja Salima yang mempunyai makna suci daripada kecacatan zahir dan batin, damai atau sejahtera, taat dan menyerah. Ia dipetik daripada perkataan al-Silm, al-Salam, dan al- Salamah.

• Islam juga secara literalnya bermaksud kesejahteraan.

• Perkataan Islam juga membawa maksud penyerahan diri kepada Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Esa. Sebab itu disebut di dalam firman Allah s.w.t., bermaksud: “Sesungguhnya agama (al-Din ) di sisi Allah hanyalah Islam”.

• Agama di sisi Allah ialah penyerahan yang sungguh-sungguh kepada Allah.

• Hingga dikatakan, walaupun seseorang mengaku memeluk agama Islam, kalau dia tidak berserah secara sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. belumlah dia Islam sebab dia belum menyerah.

• Jadi, seorang Muslim ialah orang Islam yang tunduk dan menyerah diri kepada Tuhan secara total tanpa berdolak-dalih lagi.

Page 4: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

ISLAM BUKAN SEMATA-MATA “AGAMA”

• Islam yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentunya tidak boleh disamakan dengan pengertian perkataan agama menurut fahaman manusia umumnya, iaitu berupa ajaran yang menyatakan hubungan antara manusia dengan kuasa ghaib.

• Keberlainan pengertian ini berlaku kerana Islam sebagai al-Din yang merangkumi segala lapangan kehidupan manusia itu mengandungi akidah, amalan dan hukum-hukum yang berhubungan dengan rohani dan jasmani dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat.

• Ini adalah lebih luas pengertiannya berbanding dengan istilah agama sebagai anutan semata-mata.

Page 5: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• Pengertian Islam sebagai satu agama adalah sebaik-baik definisi untuk gaama secara amnya. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa: “The very name of the religion: Islam, is in reality the definition of religion: submission to God. But the fundamental element in man’ s act of submission to God is his sense of indebtness ti God for giving him existense, so that this sense of indebtness is a proir condition to true submission”.

• Agama Islam dinamakan al-Islam kerana taat setia dan kepatuhan tidak berbelah bagi dan ketundukan kepada suruhannya serta menjauhi larangannya yang bukan dituruti secara paksa-paksa.

• Perlakuan ketaatan dan kepatuhan kepada al-Amr ( suruhan ) dan al-Nahy ( larangan ) bukanlah dibuat-buat tetapi berdasarkan kerelaan, keikhlasan dan penyerahan diri untuk mencapai mardat Allah ( keredaan Allah s.w.t. ) yang diyakini sepenuhnya.

Page 6: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Pandangan Dr. Abdul Karim Zaidan

• Agama Islam dinamakan al-Islam kerana taat setia dan kepatuhan tidak berbelah bagi dan ketundukan kepada suruhannya serta menjauhi larangannya yang bukan dituruti secara paksa-paksa.

• Perlakuan ketaatan dan kepatuhan kepada al-Amr (suruhan) dan al-Nahy ( larangan ) bukanlah dibuat-buat tetapi berdasarkan kerelaan, keikhlasan dan penyerahan diri untuk mencapai mardat Allah (keredaan Allah s.w.t. ) yang diyakini sepenuhnya.

• Abdul Karim Zaidan telah memberikan tujuh definisi Islam mengikut perspektif dan situasi yang harus dipakai oleh para pendakwah.

• Memadailah diutarakan di sini hanya satu definisi yang diakui oleh beliau sebagai suatu definisi yang mencakupi kesemua definisi daripada segi isi dan pengertiannya.

• Di dalam sebuah Hadis yang masyhur, Malaikat Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang pengertian Islam;

Page 7: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• “Umar al Khattab menceritakan , ketika kami sedang duduk bersama-sama Rasulallah s.a.w. , muncul seorang lelaki gagah berpakaian putih berambut hitam. Pada dirinya tiada kesan-kesan orang bermusafir dan tiada seorang pun dari kalangan kami yang maengenalinya. Lelaki itu menyandarkan lututnya kepada lutut Rasulallah s.a.w. , kemudian lelaki itu berkata , “Ceritakan kepadaku tentang Islam.” Rasulallah s.a.w. bersabda: “ bahawa kemu naik saksi tiada tuhan melainkan Allah , Muhammad Rasulallah, kamu dirikan sembahyang dan keluarkan zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu,” Lalu lelaki itu berkata , “benarlah katamu”.

• Di dalam sebuah Hadis yang lain, Rasulallah s.a.w menunjukkan dengan jelas bahawa Islam tertegak atas lima perkara seperti yang dijelaskan di atas, sabdanya: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, sabda Rasullallah s.a.w. ,: “Islam terbina di atas lima perkara, bershahadat bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, bahwa Muhammad itu hamba dan rasulnya, menunaikan sembahyang , mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Bait Allah dan berpuasa Ramadan”.

Page 8: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• Di dalam sebuah Hadis yang lain apabila ditanya mengenai Islam, Rasulallah s.a.w. tidak meyebutkan tentang shahadat, tetapi baginda menyebutkan tentang hanya tiga rukun Islam iaitu sembahyang waktu, puasa dan zakat.

• Hadis Jibril menanyakan tentang Islam merupakan Hadis yang menunjukkan kepentingan satu juzuk daripada definisi Islam. Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar pula menyebutkan terbinanya Islam adalah terletak di atas rukun-rukun tersebut.

• Menurut Said Hawa, kelima-lima rukun tersebut bukanlah keseluruhan Islam, bahkan ianya adalah satu asas tertegaknya Islam.

Page 9: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• Adalah menjadi kesalahan besar apabila ada orang yang memikirkan bahawa Islam hanyalah separuh daripada juzuk-juzuknya apabila diberikan takrifannya oleh Rasulallah s.a.w.

• Sememangnya Islam bukanlah merupakan shahadat dan cibadat semata-mata malah Islam merangkumi pengertian yang lebih luas yang mencakupi seluruh kehidupan duniawi dan ukhrawi manusia.

• Sebab itu Islam menurut istilah syarak bermakna mantauhidkan Allah s.w.t., patuh, tunduk dan jujur hati kepadanya serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

• Segala perlakuan, keakuran, perbuatan dan ucapannya adalah wahyu daripada Allah s.w.t .

Page 10: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Pandangan Ahli Tafsir

• Berdasarkan pengertian-pengertian firman Allah, para ahli Tafsir pula bersepakat bahawa makna Islam ialah beriman dan tunduk ( patuh ) kepada Allah dengan hati atau secara zahir iaitu menyerah diri dengan hati, perkataan dan amalan secara keseluruhannya.

• Di dalam pengertian Islam yang luas, Islam bukan sahaja percaya, beriman beserta menyerah diri yang diakui oleh lidah seiring dengan amalan, ketaatsetiaan kepada pengertian kalimat shahadat, malah Islam merangkumi segala perkara-perkara ini dan juga secara peraktiknya di dalam diri individu Muslim dan masyarakat Islam keseluruhannya.

• Menurut pandangan Islam, rugilah orang-orang yang tidak berpegang kepada Islam di akhirat kelak. Mungkin orang-orang ini tidak akan merasa sedemikian di dunia ini.

• Firman Allah s.w.t.,: bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi.”

Page 11: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kenapa Kepelbagaian Definisi Islam?

• Allah s.w.t. mengumpamakan Islam ibarat tali yang kukuh yang menjadi pegangan orang Islam. Implikasi dari pegangan ini, kepada Allah jua segala urudsan diserahkan, firmannya: bermaksud: “Dan sesiapa yang meyerah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) , pada masa yang sama ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, dan ( ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.”

• Banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan pengertian Islam yang begitu luas.

• Begitu juga dengan takrif dan definisi yang dikemukakan oleh para ulama. • Kesemua takrif ini dapat diterima asalkan ianya merangkumi keseluruhan

maksud ajaran yang terkandung di dalam Islam dan sesungguhnya kesemua takrif itu tidaklah bercanggahan bahkan seiringan di antara satu sama lain.

• Adanya kepelbagaian ini menunjukkan kepada kita betapa syumulnya Islam sehingga tidak ada perkataan yang dapat kita terjemahkan bagi memberi makna yang seerti dengan hakikat Islam itu sendiri.

Page 12: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Asas Islam

Page 13: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Akidah

akidah

• Asas tamadun Islam

syariah

akhlak

Ketiga-tiganya

tidak boleh

diabaikan sama

sekali.

Page 14: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Maksud Akidah

“Akidah ialah hal-hal yang berhubung dengan kepercayaan dan

keyakinan di dalam hati sehingga hati dan jiwa itu menjadi tenteram, tidak ragu-ragu dan bimbang, bersih

dan murni daripada segala syak wasangka”.

Page 15: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Akidah Dalam Islam

• Ia merupakan:

• i. kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak.

• ii. Tetap dan kukuh dalam jiwa.

• iii. Perjanjian yang diikat antara makhluk dengan Allah (Maha Pencipta)

Page 16: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Implikasi Pegangan Akidah Yang Kuat

• i. Membebaskan diri manusia daripada tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk.

• ii. Pematuhan total kepada Allah.

• iii. Taat kepada pemimpin yang adil juga bermakna patuh kepada Allah.

Page 17: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kegagalan Ideologi dan Isme-isme Ciptaan Manusia

• Ideologi ciptaan manusia: sekularisme, kapitalisme, marxisme, liberalisme, fasisme, komunisme dan yang berkaitan dengannya.

• 1. gagal membawa ketenteraman dan menyelesaikan krisis kehidupan manusia.

• 2. bersandarkan falsafah material yang hanya mempercayai benda dan menolak sesuatu yang di luar pancaindera.

• 3. menafikan kewujudan Allah

• 4. memesongkan hakikat iman yang sebenar.

• 5. merelatifkan nilai-nilai moral/akhlak.

Page 18: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kegagalan Ideologi dan Isme-isme Ciptaan Manusia (2)

• 6. manusia adalah pusat pemujaan.

• 7. meletakkan kepatuhan kepada fahaman-fahaman sempit seperti bangsa, kaum, kelas, negeri dan warna kulit.

• 8. mengasingkan agama daripada hakikat ilmu dan akal fikiran.

Page 19: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Impak Akidah Terhadap Tamadun Islam

• 1. Melahirkan tamadun yang mantap dan bebas daripada sebarang penyelewengan.

• 2. Akidah membentuk personaliti yang unggul dalam diri manusia yang menjadi penggerak kepada pembinaan tamadun Islam.

Page 20: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.4.1.1 Aspek 6 Kepercayaan (Rukun Iman)

• i. Beriman kepada Allah:

• A. asas atau intipati kepercayaan

• B. Allah adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan Maha Esa.

• C. Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Pentadbir seluruh alam.

• D. Allah itu bukan makhluk,

• E. Maha Sempurna, Maha Hebat dan Maha Menentukan segalanya.

Page 21: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

ii. Beriman Kepada Malaikat

• A. Percaya wujudnya ciptaan Allah yang tidak menyalahi sesuatu perintah Allah dan melaksanakan segala perintah.

• B. Tugas Malaikat: Melaksanakan perintah Allah ke atas manusia dan alam.

• C. Ada antara mereka tidak pernah berpisah daripada manusia kerana memberikan kesaksian atas segala gerak-geri manusia.

Page 22: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

iii. Beriman Kepada Rasul

• A. Mempercayai wujudnya manusia yang diangkat oleh Allah sebagai utusanNya.

• B. Mereka menyampaikan dan menjelaskan kepada manusia apa yang diperintah dan dilarang oleh Allah bagi mendapatkan kebaikan di dunia dan Akhirat.

Page 23: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

iv. Beriman Kepada Kitab-kitab Allah

• A. Mempercayai bahawa Al-Quran adalah kitab yang diturunkan untuk panduan hidup manusia.

• B. Al-Quran mengandungi peraturan, ilmu pengetahuan dan sebagainya yang lengkap lagi sempurna serta sesuai sepanjang zaman.

Page 24: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

v. Beriman Kepada Hari Akhirat

• A. Meyakini kehidupan di dunia bersifat sementara.

• B. Meyakini dunia akan musnah bila berlakunya kiamat.

• C. Manusia tidak boleh lalai daripada melaksanakan tanggungjawab mereka di dunia kerana mereka akan dipersoalkan kelak.

Page 25: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

vi. Beriman Kepada Qadak dan Qadar (Pre-destination)

• A. Mempercayai bahawa apa yang berlaku ke atas diri makhluk sama ada baik atau buruk adalah ketentuan Allah.

• B. Walau bagaimanapun, manusia diberi keupayaan untuk membuat pilihan ke atas tindak tanduknya ketika hidup di dunia.

Page 26: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.4.1.2 Aspek Kaedah

• Apakah kaedah pelaksanaan akidah secara operasional?

• Terdapat 3 kriteria asas akidah iaitu aspek kesatuan, rasional dan toleransi.

Page 27: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

i. Kesatuan

• i. Kepelbagaian manusia dapat disatukan tanpa sebarang halangan.

• ii. Akidah meletakkan kepercayaan hanya kepada Allah dan bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

• iii. Kesatuan pemikiran dapat dibentuk kerana mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencari keredaan Allah.

Page 28: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

ii. Rasional

• 1. Akidah tidak didasarkan kepada kepercayaan yang dogmatik sahaja.

• 2. Akidah didasarkan juga kepada akal fikiran dan logik yang rasional.

• 3. Tujuannya adalah untuk membuktikan kebenaran dan kesahihan akidah Islam itu sendiri.

Page 29: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

iii. Toleransi

• 1. Sifat toleransi dituntut oleh Islam.

•2. Sifat toleransi mestilah berlandaskan prinsip-prinsip akidah dan syariah.

Page 30: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.4.2 Syariah

• Syariah ialah “Undang-undang, aturan-atutran dan ketetapan Allah. Ia diperuntukkan kepada manusia bagi mengatur hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam untuk mencapai kesejahteraan, keamanan dan kedamaian di dunia bagi menjamin kebahagiaan kehidupan yang abadi di akhirat kelak.”

Page 31: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.4.2.1 Keistimewaan Syariah (1)

• i. Bersifat sempurna bagi memenuhi keperluan hidup manusia

• ii. Lengkap. Mengatur kehidupan manusia bagi kesejahteraan hidup manusia.

• iii. Bersifat bersepadu kerana ia memiliki prinsip-prinsip perundangan yang mengatur urusan kehidupan dan keagamaan.

Page 32: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Keistimewaan Syariah (2)

• iv. Bersifat universal kerana tidak tertakluk kepada batasan kaum dan sempadan geografi.

• v. Matlamat pelaksanaan undang-undang syariah adalah untuk mendapat keredaan Allah.

• vi. Bersifat tetap dan tidak mengalami perubahan sehingga hari Kiamat.

Page 33: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.4.2.2 Manifestasi Syariah Dalam Tamadun Islam

•Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas makruf dan mengelak kemungkaran.

Page 34: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Tujuan Syariah

• 1. Memelihara Agama

• 2. Memelihara Nyawa

• 3. Memelihara Akal

• 4. Memelihara Kehormatan dan Keturunan

• 5. Menjaga Harta Benda

Page 35: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Tujuan Syariah: 1. Memelihara Agama

• 1. Islam adalah teras kepada tamadun Islam.

• 2. Islam adalah agama Allah dan nikmat yang terbesar bagi menyelamatkan manusia daripada segala malapetaka.

• 3. Ia wajib dipertahankan oleh penganutnya.

• 4. Orang Islam wajib menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim.

Page 36: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• 5. Orang yang keluar daripada Islam dikira sebagai murtad.

• 6. Islam telah memperuntukkan undang-undang dan hukuman sewajarnya untuk orang yang murtad.

Page 37: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Tujuan Syariah: 2. Memelihara Nyawa

• 1. Hak untuk hidup telah dikurniakan oleh Allah kepada manusia.

• 2. Manusia dilarang membunuh tanpa hak.

• 3. Mereka yang terlibat dianggap telah melakukan jenayah dan berdosa.

• 4. Islam juga melarang membunuh diri.

Page 38: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Tujuan Syariah: 3. Memelihara Akal

• 1. Kewujudan akal membezakan manusia daripada haiwan.

• 2. Orang yang tidak berakal tidak dibebankan dengan sebarang tanggungjawab agama.

• 3. Akal membolehkan manusia menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

• 4. Dadah dan arak diharamkan kerana ia merosakkan fungsi akal.

Page 39: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Tujuan Syariah: 4. Memelihara Kehormatan dan Keturunan

• 1. Manusia dicipta Allah sebagai sebaik-baik kejadian.

• 2. Maruah diri dan kehormatan keturunan dijaga melalui sistem perkahwinan.

• 3. Zina, seks bebas dan hubungan luar tabii diharamkan bertujuan memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia.

Page 40: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Tujuan Syariah: 5. Menjaga Harta Benda

• 1. Islam telah menentukan panduan mengenai hak memiliki harta benda dan kewajipan mempertahankannya.

• 2. Mencuri dan menyamun tidak dibenarkan.

• 3. Mengambil hak orang lain secara tidak sah dikenakan hukuman yang berat.

Page 41: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.4.3 Akhlak

•Akhlak secara umum adalah sistem akhlak atau tingkahlaku manusia yang bersumberkan asas wahyu atau syarak.

Page 42: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Definisi Moral (1)

• Moral didefinisikan sebagai ”ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban dan lain-lain), sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik atau buruk sesuatu akhlak... berkaitan dengan apa yang betul atau adil”. (Kamus Dewan Edisi Empat)

Page 43: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Definisi Moral (2)

• Moral secara umumnya dapat dikatakan sebagai satu cara atau berbagai-bagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan ataupun tingkah laku. Moral itu dikatakan subjektif sifatnya kerana ia berbeza dalam sesuatu budaya ataupun tamadun. G.J. Warnock, The Object of Morality, Methuen Co. LTD., London, 1973, hal. 1-10.

Page 44: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Definisi Etika

• Maksud etika pula ialah sistem tingkah laku manusia yang bersumberkan sesuatu yang berautoriti. Kamus Dewan mendefinisikan etika sebagai 1. Ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral. 2. Prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Empat.)

Page 45: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Pengistilahan

• Jika ditinjau daripada sudut pengistilahan, istilah ‘ethic’ dan akhlak adalah sama sahaja.

• Tetapi konsep, gagasan, idea atau teori yang dikemukakan oleh Barat mengenai etika tidaklah sama dengan konsep akhlak Islam sama ada daripada segi teori atau praktikalnya.

• Oleh kerana tiada perkataan yang dapat diterjemahkan sebagai akhlak, maka penggunaan kalimah ‘ethic’ digunakan.

Page 46: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan Manusia (1)

• Akhlak memainkan peranan yang amat

penting di dalam kehidupan manusia. Akhlak adalah sumber tindak tanduk manusia yang membawa ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat dan menuju kepada keredaan Allah S.W.T.

• Untuk mencapai hakikat ini, ilmu akhlak perlu dipelajari dan dipraktikkan.

Page 47: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan Manusia (2)

• Dengan mempelajari ilmu tersebut, ia membuka mata setiap insan tentang perbezaan yang besar di antara baik dan buruk. Ianya tidak akan memberi faedah jika kita tidak berkemahuan untuk melaksanakan ajaran-ajarannya dan menjauhi tegahannya.

• Lihat Abdul Jalil Hassan, Falsafah dan Pengetahuan Islam, Dewan Pustaka Dan Bahasa, Kuala Lumpur, 1973, hal. 34.

Page 48: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.2 Ideologi Semasa 2.2.1 Sekularisme

• Definisi Sekularisme.

• Sekular barasal daripada bahasa Latin Saeculum bererti masakini atau sesuatu generasi atau zaman.

• Ia juga menunjukkan kepada masa dan lokasi, masa menunjukkan sekarang dan dunia menunjukkan lokasinya.

• Di dalam bahasa Inggeris ia disebut “ secular “ yang bermaksud hal dunia atau kebendaan; duniawi atau sekular.

• Di dalam bahasa Arab ia bermaksud ‘alami , dunyawi, ‘ilmani, ‘ami, jili, dan qarni yang kesemuanya merujuk kepada unsur-unsur masa dan keduniaan atau alam ini.

• Gabungjalin daripada maksud di atas merujuk atau membayangkan erti bahawa dunia sentiasa berubah, binasa atau kehidupan duniawi atau kebendaan.

• Sesungguhnya perkataan sekular sama juga seperti perkataan agama yang kaya dengan maksud dan makna yang berbagai sepertimana yang diberikan di dalam kamus-kamus.

Page 49: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• Syed Muhammad al-Naquib al-Attas memberikan definisi yang agak detail, sekularisme bermaksud fahaman yang mengutamakan dunia belaka sebagai segala rujukan peranan insan, dan kepada kebebasan insan untuk merobah segala dasar kepercayaannya dengan disesuaikan hanya untuk zamannya.

• Definisi ini menekankan betapa wujud unsur-unsur materialisme, pragmatisme dan humanisme di dalam aliran fahaman sekular.

• Meletakkan urusan agama di bawah skima kehidupan keduniaan kerana kepentingan dunia juga adalah unsur-unsur sekularisme. Ini terkandung di dalam definisi sekularisme seperti berikut: “Suatu konsep hidup yang memisahkan di antara urusan kehidupan dunia daripada urusan agama atau agama itu berada di bawah daripada urusan dunia dengan anggapan bahawa urusan agama itu adalah hal-hal yang berkaitan dengan urusan peribadi dan urusannya Tuhan dan mati semata-mata.”

Page 50: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sejarah Pertumbuhan Sekularisme.

• Sekularisme pertama kali tercetus di Eropah sebagai

satu proses akibat daripada rasa tidak puas hati masyarakat Eropah ekoran daripada penentangan golongan gereja terhadap sains dan ilmu pengetahuan, doktrin monarki yang banyak dieksploitasi oleh pemerintah dan raja, rasa putus asa orang-orang Eropah terhadap ajaran-ajaran agama Kristian yang tidak dapat menampung seluruh keperluan hidup mereka dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah yang terdiri daripada golongan gereja terhadap masyarakat.

Page 51: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sekularisme dan Protestan

• Sekularisme muncul melalui satu proses yang panjang di Eropah sesuai dengan proses terjadinya sejarah itu sendiri.

• Pada amnya bibit sekularisme bermula pada abad pertengahan (abad kelima hingga ke abad kelima belas ) di mana pemisahan unsur-unsur keduniaan dan agama menjadi semakin ketara.

• Ketika fahaman Protestan belum wujud, sedikit demi sedikit urusan keduniaan di kalangan orang-orang Barat yang beragama Katolik mendapat kemerdekaan daripada pengawasan gereja.

• Setelah terjadinya reformasi dengan timbulnya agama Protestan yang dipimpin oleh Martin Luther ( 1483-1546 ), maka berkembang luaslah bidang-bidang yang melepaskan diri dari pengawasan pihak gereja.

Page 52: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Pertentangan Gereja Dengan Ilmuan

• Gereja cuba menunjukkan kekuasaan mereka melebihi kekuasaan raja sebagai wakil Tuhan dan cuba menolak teori teoraksi atau doktrin monarki tadi.

• Pihak Gereja juga telah memusuhi orang-orang yang mendokongi sains dan ilmu pengetahuan.

• Ini mengwujudkan konflik yang berterusan di dalam proses pertumbuhan sekularisme.

• Semestinya di dalam konflik sebegini, orang yang teraniayai akan mendapat simpati masyarakat, seterusnya rakyat bangkit menentang pihak gereja.

• Pertelingkahan yang berlaku menunjukkan pertentengan yang ketara antara agama dengan sains dan ilmu pengetahuan.

Page 53: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Konflik Sains dan Agama

• Di satu pihak, Gereja cuba menunjukkan otoritinya di dalam bidang keagamaan dan dengan sendirinya menolak apa yang di anggap oleh mereka sebagai berlawanan dengan agama manakala di pihak yang lain para ilmuan cuba menegakkan ilmu-ilmu dan bidang-bidang sains dalam usaha memupuk tradisi keilmuan dan kajian ilmiah.

• Kemudiannya beberapa fakta yang dianggap benar oleh pihak Gereja telah dipatahkan oleh hujah-hujah golongan ilmuan.

• Menurut Muhammad Qutb, pergolakan yang terjadi di Eropah antara sains dan agama adalah kerana Gereja-gereja di sana telah pun menganut pendapat-pendapat ilmiah dan dogmatis yang tertentu dan menganggapkannya sebagai fakta ilmiah yang kudus yang diturunkan daripada langit.

• Oleh kerana itu apabila sains teori dan amali mendedahkan kesilapan fikiran-fikiran ilmiah dan teori-teori dogmatis yang didokongi oleh gereja, maka tentulah orang ramai mempercayai pendapat-pendapat sains dan menolak pendapat-pendapat gereja dan agama yang diajarkan oleh para paderi.

Page 54: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Konflik Pope Dengan Raja

• Di sini , Gereja atau Paus ( Pope ) pula cuba membuktikan bahawa mereka adalah wakil mutlak Tuhan.

• Kekuasaan raja tadi dinafikan. Injil ditafsirkan sesuka hati oleh orang-orang yang mempunyai otoriti sahaja.

• Paus adalah maksum dan mewakili kerajaan di bumi.

• Perintah dan keputusannya harus ditaati dan tidak boleh dikritik. Paus mempunyai hak penuh untuk mengangkat atau memberhentikan seseorang raja dan menghapuskan dosa seseorang.

Page 55: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Persepsi Gereja Terhadap Ilmu

• Realiti pada Zaman Pertengahan menunjukkan kehidupan intelek di Eropah adalah terhad di mana berlakunya kebekuan kegiatan intelektual.

• Kebetulan pula hanya segelintir manusia yang tahu membaca dan menulis terutamanya di kalangan pederi yang juga terdapat di antara mereka adalah saintis juga.

• Di samping masalah buta huruf, rakyat dibelenggu oleh peraturan-peraturan gereja yang beku, kolot dan tahyul.

• Rakyat yang cuba mendalami ilmu pengetahuan dianggap melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.

• Mengkaji sains melalui ujian-ujian yang menggunakan bahan-bahan kimia dianggap mengamalkan sihir atau cuba mengubah peraturan Tuhan tentang alam ini.

Page 56: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kezaliman Terhadap Ilmuan

• Para ahli ilmu pengetahuan sentiasa dikekang hebat dan ditekan di dalam kegiatan ilmiah mereka.

• Keinginan masyarakat untuk membebaskan diri dan kemarahan masyarakat semakin meluap apabila gereja-gereja di Eropah mendakwa dirinya mempunyai kuasa ketuhanan dan bertindak mempergunakan kekuasaan itu sewenang-wenangnya.

• Mereka telah dibebankan dengan berbagai pemerasan dan dipaksa mematuhi perintah paderi kononnya ia adalah perintah Tuhan.

Page 57: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kisah Bruno dan Galilei

• Para sarjana yang mengutarakan pendapat-pendapat yang bertentangan dengan kehendak dan aspirasi pihak Gereja disiksa dan ditindas. Giardano Bruno (1540-1660) ahli fikir dan astronomi terkenal dijatuhi hukuman bakar hidup-hidup di khalayak ramai hanya kerana membenarkan pendapat Nicolas Copernicus (1473-1543) yang mengutarakan pendapatnya bahawa bumi itu bentuknya bulat dan bukan matahari yang mengelilingi bumi.

• Galileo Galilei ( 1564-1642 ) juga hampir mengalami nasib yang serupa.

Page 58: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Pemisahan Kuasa Gereja Dengan Ilmuan

• Zaman Renaissance mempercepatkan proses sekularisme bertapak. Pemikiran masyarakat Barat sudah ternampak menyanjungi perkara-perkara saintifik, peranan akal dan rasional.

• Pergolakan yang tercetus antara Gereja dan cerdik pandai telah membuatkan mereka benar-benar merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh Gereja itu merupakan pendapat-pendapat yang kolot , mundur, lapuk dan karut. Justeru itu , pendapat Gereja harus digantikan dengan pendapat sains agar manusia berkesempatan untuk meraih kemajuan.

• Ekoran daripada itu muncul tokoh-tokoh pemikir Eropah yang tampil menyatakan ketidaksenangan terhadap sikap Gereja yang selalu mengekang dan membatasi kegiatan ilmiah serta menghalang kebebasan berfikir dan menindas mereka.

• Untuk mengatasi masalah ini, muncullah “gagasan pemisahan kekuasaan“ yang menyarankan agar kaum Gereja hanya menguruskan masalah peribadi terutama hal-hal yang bersangkutan dengan upacara keagamaan seperti perkahwinan, kematian, kebajikan dan sebagainya.

Page 59: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Implikasinya…

• Hal-hal yang bersifat duniawi diuruskan oleh negara ataupun golongan bukan gereja. Kaum Gereja tidak boleh campurtangan dalam urusan keduniaan ataupun kenegaraan.

• Di sini terserlah bagaimana akhirnya pertelingkahan antara para ilmuan dan Gereja menonjolkan teori pembahagian kekuasaan dan pengasingan agama daripada mempengaruhi unsur-unsur kehidupan.

• Apatah lagi masyarakat sesuai dengan perkembangan zaman Renaissence sendiri ingin memajukan diri dan memerlukan kemajuan.

• Sebab itu, teori pembahagian kekuasaan dan pengasingan agama dan gereja menjadi semakin popular dan institusi keagamaan dan Gereja menjadi semakin parah dan diisolasikan daripada reliti kehidupan yang bersifat keduniaan ataupun kenegaraan.

Page 60: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.2.2 LIBERALISME (MODENISME)

• Definisi • Asal istilah liberalisme bermula di dalam

tradisi Kristian. • Pada mulanya ia diertikan sebagai aliran

keagamaan yang ingin menafsirkan semula doktirn-doktirn agama Kristian sama ada di dalam Protestan ataupun Katolik untuk membentuk satu kecenderungan liberal agar disesuaikan dengan perkembangan pemikiran di zaman moden.

• Di dalam pemikiran agama Katolik , modenisme begitu menonjol di dalam gerakan Bible Criticism yang berpengaruh dan berkembang di akhir kurun ke 19. Hal ini turut berlaku di dalam pemikiran agama Protestan (liberal Protestanism).

• Mereka mengharapkan satu bentuk Kristian yang rasional dan menolak otoriti dan bentuk yang rigid.

• Dalam konteks pemikiran Islam , sesuai dengan sejarah perkembangan liberal modenisme itu sendiri, liberal modenisme diertikan sebagai nama bagi pandangan hidup keduniaan yang mempertuhankan modeniti atau kemodenan.

• Ia bersifat anti tradisi, sekularis, progresif, humanis, rasional, materialis, eksperimental, individualis, penyamaratan ( egalitarian ), berfikiran bebas ( free thinking ) dan amat sentimental atau lebih tepat lagi amat dipengaruhi oleh hawa nafsu.

Page 61: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sejarah Liberalisme

• Zaman moden dalam sejarah Eropah bermula di sekitar abad ke 15.

• Pada abad ini , gerakan Renaissance di Italy menandakan bermulanya Zaman Moden.

• Renaissence timbul kerana para intelektual Eropah menolak sikap tidak kritikal orang-orang kristian terhadap pemujaan Greek dan Rumawi kuno.

• Kemudiannya orang-orang Barat beralih kepada humanism apabila mereka cuba membebaskan diri daripada kongkongan agama Kristian pada abad pertengahan (Medieval Age).

• Segala tindak tanduk manuisa adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan manusia semata-mata tanpa merujuk kepada kuasa yang lebih tinggi.

• Ringkasnya segala-galanya adalah ‘ dari manusia’, ‘kerana manusia’ dan ‘untuk manusia’

Page 62: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Renaissance dan Humanistic

• ‘ Manusia adalah kayu pengukur segala perkara’.

• Inilah prinsip terakhir Renaissance di Barat yang mempunyai persamaan dengan zaman klasik Greek-Roman.

• Ismail R. Faruqi menegaskan bahawa kerana itulah penyataan Renaissance adalah bercorak humanistic (kemanusiaan).

• Tuhan humanistic inilah yang meletakkan Tuhan Kristianiti di bawah manusia.

Page 63: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Machiavelli

• Semangat Renaissence didorong oleh seorang tokohnya yang terkenal, Nicolo Machiavelli (1469-1532 ).

• Karyanya yang termashyur ialah The Prince dan The Discources.

• Salah satu daripada aspek pemikirannya yang terkenal ialah ‘matlamat menghalalkan cara’.

• Baginya, menjadi jahat adalah berfaedah dan lebih efisien daripada menjadi baik walaupun terpaksa membuat kesalahan-kesalahan moral seperti menipu, melanggar undang-undang malahan walaupun terpaksa membunuh demi untuk merih kejayaan.

• Beliau juga menyerang agama Kristian yang dianggap olehnya sebagai membawa kelemahan dan kemunduran kepada negara.

Page 64: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan….

• Di dalam Dictionary of History of Ideas diterangkan bahawa:

• “His Massage was that being evil was useful and efficient than being good. One might deceive lie, commit crimes, even murder is this helped to achieve success. As and advocate of such evil doctrines Machiavelli moved closed to the Devil .”

Page 65: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Empirisisme

• Kemudiannya muncul Sir Francais Bacon (1561-1626 ) dengan lairan empirisismenya .

• Fahaman empiris menganggap bahawa sumber ilmu pasti dan pengetahuan ialah pengalaman dan uijan.

• Sains menyelidiki sesuatu dengan metos empiris. Kebenaran yang diakui hanyalah yang dapat diteliti dan dieksperimen.

• Di satu pihak, sains telah dijadikan alasan oleh sebahagian saintis untuk mengingkari adanya Tuhan.

• Bacon amat tertarik dengan aliran realism yang didokongi oleg Machiavelli dan bolehlah dianggap Macheavilli adalah gurunya yang unggul, kata Bacon: “ We should be grateful to Machiavelli for describing what men do and not what ought to do, since virtues needs to known as much as possible about all forms and natures of wills for its own defence.”

Page 66: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Lagi mengenai Empirisisme

• Berdasarkan empirisisme , Isaac Newton ( 1643-1727 ) membentuk teori bahawa seluruh isi alam sekitar diatur oleh hukum matematik yang tidak boleh berubah.

• Newton pernah membuat pecubaan untuk merangka semula kronologi peristiwa-peristiwa silam dengan mengadakan kombinasi kaedah ramalan astronomi (astronomical methods) berdasarkan clues daripada Bible.

• Namun beliau tidak melihat Bible boleh meramalkan masa depan, tetapi sekiranya peristiwa itu benar-benar terjadi, fakta ini boleh menyokong ramalan-ramalan di dalam Bible mengenai perkara tersebut.

Page 67: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

BAB 2.2.3 KOMUNISME DAN MARXISME

Page 68: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Apakah Komunisme?

• Komunisme adalah satu fahaman, falsafah politik dan ideologi yang berpegang kepada satu aliran pemikiran bahawa pengeluaran sumber-sumber (alam) secara kolektif adalah milik bersama.

• Komunis bertitik tolak daripada fahaman Marxis, Lenin dan Maois sebagai ketua ideologi.

• Istilah komunisme juga merujuk kepada sebarang sistem sosial dan politik yang memperjuangkan falsafah politik komunis.

• Komunisme sebagai satu fahaman mengutamakan matlamat menghalalkan cara hatta dengan menggunakan kaedah keganasan ataupun peperangan.

• Kebiasaannya komunisme mempunyai perkaitan dengan sosialisme, Marxisme, Leninisme dan Maoisme.

Page 69: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kenapa Munculnya Komunisme?

• Fahaman komunisme muncul di Eropah pada pertengahan abad ke 19 kerana perasaan tidak puas hati terhadap polisi, dasar dan sistem pemerintahan Eropah dan kemudiannya menjadi begitu berpengaruh kerana mendapat sokongan rakyat jelata yang tertindas terutama di kalangan masyarakat bawahan.

• Fahaman komunis berkait rapat dengan atheisme iaitu satu fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan atau kuasa agung.

• Golongan ini juga dikenali sebagai golongan mulhid. Bahkan boleh dikatakan benar juga bahawa atheisme berkait rapat dengan sekularisme.

• Ramai manusia sekarang ini mengaku mereka tidak bertuhan dan ada juga yang mengaku sebagai free thinker. Kemerbahayaan atheisme sudah mula menapak.

• 15% penduduk dunia dikatakan berfahaman atheis. Orang atheis tidak percayakan kewujudan Tuhan. Dalam konteks Malaysia, orang atheis tidak layak untuk menjadi warganegara negara ini kerana berlawanan dengan semangat dan falsafah Rukun Negara yang menyatakan kepercayaan kepada Tuhan sebagai tunggak utamanya.

Page 70: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Penafian Hak Individu

• Fahaman komunis juga percaya bahawa kehidupan tidak berkait dengan kerohanian dan keagamaan.

• Justeru, mereka berpegang kepada fahaman materialisme bahawa material itu menentukan segala-galanya dan agama tidak mempunyai signifikan dalam kehidupan.

• Komunisme juga menafikan hak milik individu dalam sesebua Negara berkaitan dengan aset, harta, tanah, bangunan dan seumpamanya.

• Mereka menyatakan bahawa dalam sesebuah negara, semua elemen ini adalah milik negara ataupun pemerintah.

Page 71: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Komunisme dan Teori Lenin

• Pihak komunis juga percaya bahawa semua hasil bumi dan sumber-sumber alam dalam sesebuah negara adalah hak milik negara dan bukannya individu.

• Komunisme juga mengagung-agungkan teori Lenin mengenai gaji bahawa seseorang boleh berusaha mencari duit mengikut kemampuannya tetapi mesti diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

• Mereka juga mengagung-agungkan prinsip Machiavelli iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’.

Page 72: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

PKM

• Di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930 bertitik tolak daripada fahaman Maoisme dan Marxisme yang memperjuangkan keganasan dan kemusnahan dalam ideologi mereka.

• Ramai yang tertarik dengan “gula-gula” komunis kononnya kerajaan menindas dan menzalimi serta mengambil hak mereka.

• Perang saraf yang didogmakan oleh komunis berjaya mendapatkan 10,000 ahli dalam tempoh empat tahun sesudah ia ditubuhkan.

• PKM telah melakukan tindakan-tindakan radikal dan melampau yang melibatkan banyak kerugian, kemusnahan harta benda dan kematian jiwa. Adakah kita patut bertolak ansur dengan mereka yang melakukan keganasan dan pembunuhan selama 59 tahun dalam negara kita Tanah Melayu ini?

Page 73: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Marx dan Engels

• Dua pendokong utama ideologi komunisme ialah Karl Marx dan Frederick Engels.

• Idea Marx dan Engels banyak kedapatan dalam karya mereka “Manifesto of the Communist Party” yang ditulis pada asalnya dalam bahasa Jerman di antara bulan Disember 1847 dan bulan Januari 1848.

• Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan dalam bentuk pamphlet di London pada bulan Februari 1848.

• “Manifesto of the Communist Party” asalnya adalah sebuah manifesto dan kemudiannya dibukukan dengan diberikan beberapa penambahbaikan.

Page 74: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Buku The Communist Manifesto

• “Manifesto of the Communist Party” telah diterjemahkan secara langsung daripada teks Jerman pada tahun 1888 dalam bentuk buku dan diedit oleh Frederick Engels.

• Buku terjemahan inilah yang menjadi analisa kita pada hari ini yang diterbitkan oleh Foreign Language Press di Peking, China pada tahun 1977.

• “Manifesto of the Communist Party” mempunyai edisi beberapa buah negara dan diterbitkan dalam tahun yang berbeza-beza.

• Sebagai contoh, terdapat edisi Jerman yang diterbitkan pada tahun 1872, edisi Rusia (1882), edisi Jerman lagi (1883), edisi Inggeris (1888), edisi Jerman (1890), edisi Poland (1892) dan edisi Itali (1893).

Page 75: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Edisi-edisi….

• Edisi-edisi ini juga mempunyai prakata yang ditulis oleh Marx dan Engels.

• Tidak ada sebuah bukupun di dunia yang mempunyai edisi dan prakata sebanyak buku ini.

• Setiap prakata hampir mempunyai persamaan kecuali beberapa perubahan yang dilakukan oleh Marx dan Engels.

• Marx dan Engels menulis prakata secara bersama untuk edisi Jerman (1872), edisi Rusia (1882), dan edisi Jerman semula (1890).

• Kecuali edisi-edisi ini, bahagian prakata yang lain ditulis oleh Engels secara bersendirian.

Page 76: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Perjuangan dan Pertentangan Kelas

• Idea Marx dan Engels dalam buku ini cukup mudah untuk difahami.

• Mereka mengemukakan idea perjuangan kelas dan pertentangan kelas antara dua kelompok terbesar dalam sesebuah negara iaitu kelas Bourgeoisie dan kelas Proletariat.

• Menurut Marx, sepanjang sejarah tamadun manusia, ia diwarnai oleh sejarah perjuangan kelas, pertentangan antara kelompok pengeksploit dan yang dieksploit, serta kelompok pemerintah dengan kelompok yang dizalimi.

• Sejarah perjuangan dan pertentangan kelas ini telah membentuk evolusi yang telah mencapai satu tahap di mana kelompok Protelariat selaku kelompok yang dieksploitasi dan dizalimi tidak dapat mencapai pembebasan daripada cengkaman kelompok pengeksploitasi dan kelas pemerintah.

Page 77: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Slogan2 Komunis

• Apa yang diperjuangkan oleh Marx ialah emansipasi masyarakat keseluruhannya daripada segala eksploitasi, kezaliman, perbezaan kelas dan pertentangan kelas.

• Perlu dinyatakan di sini bahawa buku “Manifesto of the Communist Party” ini bermula dengan slogan “Workers of All Countries, Unite!” dan diakhiri dengan slogan “Working Men of All Countries, Unite!”.

• Slogan ini merupakan propaganda Marx untuk mengajak penduduk kelas Proletariat memberontak, melakukan keganasan dan melakukan tindakan agresif terhadap kelompok Bourgeoisie.

• Bukan sekadar itu sahaja, Marx juga berpendapat: “In short, the communists everywhere support every revolutionary movement against the existing social and political order of things.” (Ringkasnya, para anggota komunis di mana-mana sahaja menyokong gerakan revolusi terhadap pemerintahan politik dan sosial.)

Page 78: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Indoktrinasi Komunisme

• Antara lain, Marx berhujah lagi: “The Communist disdain to conceal their views and aims. They openly declare that their ends can be attained only by the forcible overthrow of all existing social conditions. Let the ruling classes tremble at a Communistic revolution. The Proletarians have nothing to lose but their chains. They have a world to win”.

• (Pihak komunis tetap akan mempertahankan pandangan-pandangan dan matlamat mereka. Mereka secara terbuka mengishtiharkan bahawa matlamat mereka boleh dicapai hanya melalui paksaan dengan menyingkirkan semua keadaan sosial (yang berat sebelah). Biarlah kelas pemerintah (Bourgeoisie) tersungkur di kaki Revolusi Komunis. Kelas Proletariat tidak kehilangan apa-apa kerana mereka mempunyai dunia untuk dimenangi dan dikuasai.)

• Inilah juga merupakan indoktrinasi komunisme terhadap masyarakat sedunia khususnya di kalangan golongan pekerja, petani dan rakyat berbanding pemodal, pemilik tanah dan pemerintah.

• Apakah kita mahu Revolusi Komunis dalam negara kita? Tentunya tidak mengenangkan keganasan mereka terhadap tentera, polis dan rakyat negara ini. Banyak jiwa yang terkorban dan harta benda yang musnah dek kerana pengganas komunis. Sebab itu, komunisme amat merbahaya!!!

Page 79: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,
Page 81: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

2.2.2 LIBERALISME

ISLAM LIBERAL

Page 82: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Islam Liberal

• 1. Konsep pluralisme agama dibawa oleh pengaruh pemikir-pemikir Indonesia ke Asia Tenggara sebagai manifestasi apa yang diperjuangkan oleh gerakan Islam Liberal. Mereka ini kebanyakannya belajar daripada orientalis dan mendokong ajaran Pancasila. Mereka juga banyak terpengaruh dengan rasionalisme iaitu fahaman yang meletakkan kekuatan akal melebihi segala-galanya hatta wahyu sekalipun. Seorang pemimpin pembangkang cuba menjuarai isu-isu Islam tetapi mempunyai sejarah mendokongi Islam Liberal. Dengan ertikata lain, proses taakulan dianggap sebagai perkara yang mutlak dalam agama. Sedangkan Al-Quran dan Al-Sunnah itu adalah sebenarnya yang mutlak dalam agama.

• 2. Prinsip utama para orientalis apabila memperkatakan mengenai al-Quran ialah bahawa Al-Quran itu adalah percampuran unsur-unsur Perjanjian Lama, Perjanjian Baru dan berbagai sumber-sumber lain termasuklah pengaruh agama Yahudi. Al-Quran juga biasanya didakwa sebagai bukan wahyu Allah bahkan ia hanyalah semata-mata karangan Nabi Muhammad s.a.w.. Ini adalah dakwaan klasik yang telah terdengar sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.

Page 83: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Roboh Tunjang Sumber Peradaban Islam

• Dengan memberikan andaian yang merobah keaslian Al-Quran sebagai Kalamullah, para orientalis bukan sahaja telah cuba merobohkan tunjang sumber peradaban Islam bahkan boleh menggugat keaslian kesemua ajaran Islam itu sendiri.

• Begitu juga apabila dikatakan agama Islam serupa dengan agama-agama lain (walaupun agama Samawi), maka agama Islam tidak mempunyai sebarang nilai lagi berbanding dengan agama-agama lain sebagai satu entiti Al-Din yang tersendiri.

Page 84: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Kenapa IL Berbahaya?

• Konsep Islam Liberal amatlah merbahaya kerana ia merosakkan akidah umat Islam.

• Apa yang paling fundamental dalam gerakan pluralisme agama ialah pernyataan bahawa semua agama adalah sama.

• Pada tanggapan pendokongnya, agama-agama di dunia ini mempunyai nilai sepunya yang sama walaupun nama agamanya adalah berbeza seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan seumpamanya.

• Kedua, kebaikan yang dianjurkan oleh setiap agama juga dikatakan sama.

• Ketiga, Tuhan semua agama adalah sama iaitu Tuhan yang satu walaupun agama masing-masing berbeza antara satu sama lain.

Page 85: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• Keempat, kebenaran hakiki semua agama juga dikatakan sama kerana semua agama menuju kepada keredaan Tuhan yang satu seperti dalam ungkapan “Unity in Diversity” atau “One God Different Ways”.

• Kelima, konsep kesamarataan agama. Dikatakan bahawa semua agama adalah sama rata.

Page 86: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Semua agama sama??

• Sekiranya dikatakan semua agama adalah sama, apa ertinya seseorang itu beragama Islam.

• Akan banyak berlaku kemurtadan kerana manusia Muslim akan keluar daripada agama Islam dan menganut agama lain jika ia berfahaman dan mengganggap memeluk semua agama adalah sama sebab semua agama adalah serupa belaka. Ini adalah fahaman yang sangat menyesatkan.

• Jika nilai semua agama dikatakan mempunyai persamaan kenapa wujud Tuhan yang berbeza-beza.

• Allah adalah Tuhan orang Islam. Adakah Allah juga Tuhan agama-agama lain? Jawapannya tidak! Tentu sama sekali orang-orang Islam tidak akan bersetuju bahawa nilai ibadat dalam Islam sama dengan nilai ibadat dalam agama-agama lain. Semestinya juga orang Islam tidak akan bersetuju bahawa nilai dalam Islam itu sama tahapnya dengan nilai dalam agama-agama yang lain. Sebenarnya, cara hidup, agama dan Al-Din di sisi Allah hanyalah Islam. Firman Allah s.w.t.. dalam Surah Al-An’am ayat 153 yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Page 87: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

• Isu pluralisme agama dan Islam Liberal menimbulkan fenomena baru dalam pemikiran Islam.

• Ia mencetuskan pelbagai kontroversi dalam dunia Islam dan antarabangsa serta menggugat akidah umat Islam.

Page 88: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Ciri Islam Liberal dan Pluralisme Agama

• Ia mempunyai satu gerakan yang terancang yang berlindung di bawah gerakan-gerakan seperti global ethics, human rights dan interfaith dialogue atau dialogue of faith dan civilizational dialogue.

Page 89: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Jaringan IL

• Ia mempunyai jaringan luas hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia dan telah lama berakar umbi di Indonesia.

• Ideologi dan fahaman pluralisme agama merupakan suatu serangan mental dan penjajahan pemikiran yang berbahaya terhadap Islam serta penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk mengelirukan pemikiran umat Islam atas nama rasional, toleransi dan perpaduan.

• Ia mempunyai elemen-elemen fahaman Islam Liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan terhadap autoriti keagamaan, longgar dalam perbahasan mengenai hakikat kebenaran sesuatu agama dan sentiasa cuba menyamaratakan ajaran-ajaran agama yang berbagai.

Page 90: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Prinsip IL

• Ia mempromosi nilai-nilai barat dengan berselindung di sebalik slogan dan penekanan kepada terminologi universal values, good values, shared-values, positive values, noble values dan istilah-istilah yang lunak didengari.

• Ia menanamkan bibit kekeliruan dan ketidakpastian dengan menggunakan moto yang kelihatan baik dan muluk seperti “One God Different Ways”, “Unity in Diversity”, dan lain-lain lagi.

• Ia memisahkan nilai daripada agama dengan menyatakan nilai sejagat atau universal mengatasi kebaikan nilai agama dan ini menidakkan peranan agama dalam kehidupan seseorang.

Page 91: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Sambungan…

• Apabila fahaman ini menyatakan nilai-nilai yang diterima majoriti itu adalah suatu kebaikan, maka ia sebenarnya menolak autoriti agama, kesahihan agama dan keabsahan agama.

• Ia memperjuangkan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam beragama kononnya setiap orang berhak untuk memberikan pandangan walaupun pandangan itu sebenarnya bertentangan dengan agama atau pandangan itu boleh menyakiti penganut-penganut agama lain.

Page 92: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

IL dan Frasa Kebenaran

• Metodologi yang digunakan mereka iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan bahawa kebenaran adalah relatif dan tidak boleh didakwa mana-mana pihak, yang bertujuan kononnya memberi kebebasan yang mutlak dalam mengeluarkan pendapat dalam agama masing-masing.

• Jika kebenaran adalah relatif, maka agama juga bermakna bukanlah sesuatu yang benar dan tidak mutlak.

• Pluralisme agama lebih cenderung meletakkan neraca akal melebihi neraca agama kerana akal dianggap sebagai berautonomi dan mampu memikirkan segala-galanya.

Page 93: BAB 2 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Islam Liberal Merbahaya.pdf · zakat, berpuasa Ramadhan dan kamu menunaikan haji sekiranya mampu, Lalu lelaki itu berkata ,

Cara Menangani Islam Liberal

1. Menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah penularan gerakan Islam Liberal.

2. Memperkasa akidah umat Islam dengan menfokuskan kepada ancaman gerakan Islam Liberal.

3. Mendedahkan kepada masyarakat secara meluas akan gejala gerakan Islam Liberal yang boleh merosakkan akidah dan pemikiran umat Islam.

4. Umat Islam perlu berhati-hati, berwaspada dan berawas dengan gerakan fahaman pluralisme agama kerana matlamat akhir gerakan ini ialah menghapuskan semua agama. Apabila nilai akal diletakkan diletakkan lebih tinggi daripada agama, maka agama tidak lagi mempunyai sebarang signifikan dan peranan.

5. Umat Islam perlu berpegang teguh dengan agama Allah agar kita tidak terpesong. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-An’am, ayat 153 yang berbunyi: “Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutinya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya bertaqwa.”