bab 1a

2
BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Prestasi mata pelajaran matematik bagi pelajar Tahun 6 merupakan isu yang mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi apabila mata pelajaran ini mula memasuki era globalisasi iaitu pengenalan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang singkatannya dikenali sebagai PPSMI. Walaubagaimanapun perlaksanaan PPSMI ini dihentikan sepenuhnya menjelang tahun 2014. Pelaksanaan kajian yang dibuat bagi menentukan sama ada Kaedah Pembelajaran Koperatif mampu meningkatkan prestasi mata pelajaran matematik pelajar Tahun 6 dalam topik penyelesaian masalah yang melibatkan peratus. Penggunaan kaedah ini dirasakan mampu membantu meningkatkan prestasi pelajar dan pencapaian mata pelajaran matematik secara keseluruhannya. Kejayaan ini dapat dicapai kerana melalui kaedah koperatif, setiap 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23

Upload: naimah57

Post on 20-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

SK

TRANSCRIPT

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan

Prestasi mata pelajaran matematik bagi pelajar Tahun 6 merupakan isu yang mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi apabila mata pelajaran ini mula memasuki era globalisasi iaitu pengenalan kepada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang singkatannya dikenali sebagai PPSMI. Walaubagaimanapun perlaksanaan PPSMI ini dihentikan sepenuhnya menjelang tahun 2014. Pelaksanaan kajian yang dibuat bagi menentukan sama ada Kaedah Pembelajaran Koperatif mampu meningkatkan prestasi mata pelajaran matematik pelajar Tahun 6 dalam topik penyelesaian masalah yang melibatkan peratus. Penggunaan kaedah ini dirasakan mampu membantu meningkatkan prestasi pelajar dan pencapaian mata pelajaran matematik secara keseluruhannya. Kejayaan ini dapat dicapai kerana melalui kaedah koperatif, setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dimainkan di samping mendapat bimbingan daripada guru. Bagi pelajar cerdas, peranan mereka dalam kumpulan adalah penting, mereka dianggap teman dan pembimbing yang paling rapat untuk membantu ahli-ahli yang bermasalah. Johnson and Johnson berpendapat bahawa untuk mencapai matlamat pembelajaran, seharusnya mata pelajaran itu dihargai, membuat penaakulan secara matematik dan akhir sekali yang paling penting ialah unsur dalam pelajar itu sendiri, iaitu keyakinan diri. Di samping itu, menurut beliau pendekatan koperatif seharusnya diaplikasi sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek pendekatan pengajaran kurikulum matematik ada menegaskan bahawa untuk menanam rasa gemar dan minat yang berpanjangan dalam