bab 11

3

Click here to load reader

Upload: khairul-nisa

Post on 16-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

BAB 1PENDAHULUANLATAR BELAKANG KAJIANPERNYATAAN MASALAHPERSOALAN KAJIANOBJEKTIF KAJIANSIGNIFIKAN KAJIANRUJUKAN

TAJUK : KEBERKESANAN PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL SEBAGAI SATU MEDIUM PERBINCANGAN DI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SUBJEK PERAKAUNAN.

PENDAHULUANMenurut Rossafri dan Shabariah (2011) pembelajaran dan pengajaran (PdP) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun begitu, perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama pelajar tidak berlaku. Oleh dengan itu, dalam era teknologi internet yang kini sedang meningkat dan berkembang maka ia juga harus seiring dengan perkembangan pendidikan. Menurut Lee-Post (2009) Internet telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan berinteraksi dengan satu dengan yang lain. Sistem pendidikan di Malaysia telah banyak berubah sejak penggunaan teknologi Internet di perkenalkan. Kemunculan Internet telah banyak mengubah cara individu dan syarikat swasta mahupun kerajaan berfungsi dan berkomunikasi dalam masyarakat ketika ini. Penggunaan Internet kini bukan lagi setakat mendapatkan maklumat sahaja tapi sudah menjangkau pelbagai aspek dalam kehidupan mahupun kerja seharian. Cara kita berkomunikasi telah berubah pada masa kini di mana melalui Internet kita boleh menggunakan e-mel, facebook, twitter, dan yang terbaru kita diperkenalkan dengan aplikasi android smartphone seperti whatsap, wechat dan telegram yang boleh dimuat turun melalui play store. Ini secara tidak langsung menpertingkatkan proses komunikasi dalam pelbagai urusniaga dalam sektor perniagaan, pendidikan, hiburan, penyiaran dan pentadbiran. Oleh dengan adanya lambakan kewujudan laman sosial ini, ianya lebih memudahkan untuk masyarakat berhubung dan berbincang walau dimana jua dan pada bila-bila masa sahaja.