bab 1 proposal min

7
BAB SATU PROPOSAL PROJEK ILMIAH 1.1 PENDAHULUAN Solat menduduki tempat kedua selepas persaksian dengan bersaksi dengan dua kalimah syuhadah di dalam agama Islam. Ia merupakan amal ibadat yang sangat penting dalam Islam berbanding dengan seribu amal ibadat yang lain. Dalam erti kata lain, solat merupakan ibu kepada amal ibadat kerana bertapa penting solat itu jugalah maka Firman Allah S.W.T: “ Sesiapa yang tidak sembahyang akan masuk ke dalam neraka”. Mendirikan solat bermaksud menjaga solat dan mendirikannya pada waktunya dan menunaikannya dengan menyempurnakan segala syarat dan rukunnya serta menjaga adab dan sunnahnya sehingga solat itu memberikan buahnya di dalam jiwa seseorang muslim itu lalu, meninggalkan

Upload: mohd-shukri-hassan

Post on 21-Feb-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Proposal MIN

BAB SATU

PROPOSAL PROJEK ILMIAH

1.1 PENDAHULUAN

Solat menduduki tempat kedua selepas persaksian dengan bersaksi dengan dua

kalimah syuhadah di dalam agama Islam. Ia merupakan amal ibadat yang sangat

penting dalam Islam berbanding dengan seribu amal ibadat yang lain. Dalam erti kata

lain, solat merupakan ibu kepada amal ibadat kerana bertapa penting solat itu jugalah

maka Firman Allah S.W.T:

“ Sesiapa yang tidak sembahyang akan masuk ke dalam neraka”.

Mendirikan solat bermaksud menjaga solat dan mendirikannya pada waktunya

dan menunaikannya dengan menyempurnakan segala syarat dan rukunnya serta

menjaga adab dan sunnahnya sehingga solat itu memberikan buahnya di dalam jiwa

seseorang muslim itu lalu, meninggalkan segala perbuatan buruk. Solat adalah segala

syiar orang muslim dan lambing baginya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“ Pemisah di antara seseorang lelaki itu di antara syirik dan kekufuran ialah

meninggalkan solat”. (Riwayat Muslim)

Justeru, tidaklah perlu dipanjangkan bicara lagi tentang kepentingan solat

tersebut, lantaran banyak telah ditulis oleh alim ulama di dalam berbagai-bagai kitab

mengenainya. Namun demikian renungilah kata-kata Hadrat Khuwaja Gharib Nawan

seorang wali Allah SWT mengenai solat: “Tanpa mendirikan solat tiada sesiapa pun

Page 2: Bab 1 Proposal MIN

yang dapat menghampiri Allah SWT. Solat adalah tangga membawa kepada

“penghampiran” Allah SWT solat adalah perjanjian bagi penjagaan hamba, satu

hubungan rahsia di antara hamba dengan pencipta”.

Menyentuh tentang skop perbincangan latihan ilmiah ini, sememangnya

keinginan untuk melihat generasi mahasiswa Islam yang mempunyai peraturan-

peraturan yang wajib dilaksanakan oleh penganutnya, oleh sebab itulah yang

mendorong penulis untuk mengkaji tentang tanggapan dan penghayatan solat

dikalangan mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau kepentingan penghayatan solat dan peranan

Fakulti Pengajian Islam ke arah mendidik mahasiswa dalam menghayati solat.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian kami ialah:

4.1 Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kurangnya

penghayatan solat di kalangan pelajar Fakulti Pengajian Islam.

4.2 Memperlihatkan sejauhmana pelaksanaan ibadat solat diamalkan

dalam kehidupan seharian mahasiswa Islam khusus mahasiswa di

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

4.3 Untuk mengetahui samada aktiviti-aktiviti ibadat solat yang dianjurkan

oleh mahasiswa adalah wujud daripada hasil kesedaran mahasiswa itu

sendiri ataupun tidak.

4.4 Memberitahu masyarakat umum bahawa betapa pentingnya kita

menghayati setiap solat yang kita kerjakan barulah kita akan mendapat

ganjaran sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam.

Page 3: Bab 1 Proposal MIN

PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini akan memperlihatkan mengapa pentingnya penghayatan Islam di kalangan

mahasiswa khususnya mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Di samping itu kajian ini juga turut memperlihatkan sejauhmanakah

pelaksanaan penghayatan solat ini ke atas pembentukan akhlak mahasiswa, adakah ia

memberi kesan atau sebaliknya. Kerana jika lihat pada hari ini ramai mereka yang

solat tetapi tidak ramai yang dapat mencapai tahap penghayatan solat itu.

Kajian ini juga memperlihatkan sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh

Fakulti Pengajian Islam dalam usaha ke arah penghayatan solat ke atas pembentukan

akhlak mahasiswa.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan memperlihatkan sejauhmana pelaksanaan ibadat solat diamalkan

dalam kehidupan seharian mahasiswa Islam khusus mahasiswa di Fakulti Pengajian

Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penulis melalui kajian ini ingin meninjau dan memaparkan secara umum

mengenai penghayatan mahasiswa di Fakulti Pengajian Islam UKM ini terhadap

ibadat yang paling mulia dalam Islam iaitu ibadat solat.

Sehubungan itu juga, ianya bertujuan untuk mengetahui adakah aktiviti-

aktiviti ibadat solat yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam ini wujud dengan

hasil kesedaran pelajar di Fakulti Pengajian itu sendiri. Seterusnya memperlihatkan

sejauhmana sambutan para mahasiswa terhadap program-program berkaitan dengan

solat yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam UKM. Dengan itu penulis akan

membuat penilaian dan kesimpulan mengenai penglibatan mereka terhadap aktiviti

tersebut dan kesannya kepada amalan Islam dan kehidupan mereka setiap hari.

Page 4: Bab 1 Proposal MIN

Akhirnya, tujuan kajian ini adalah untuk memberitahu masyarakat umum

bahawa betapa pentingnya kita menghayati setiap solat yang kita kerjakan barulah

kita akan mendapat ganjaran sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Islam.

LITERATURE REVIEW

Kajian mengenai tajuk yang berkaitan dengan penghayatan solat telah dilakukan oleh

beberapa mahasiswa dalam bentuk latihan ilmiah bagi memenuhi keperluan syarat

Ijazah Saujana Muda Dengan Kepujian. Di antaranya ialah:

1. Jusoh Mamat (sesi 1988)

Tajuk: Penghayatan solat di Kalangan Pekerja-pekerja Kilang:

Kawasan Bandar Baru Bangi.

2. Mohd. Mokhlis Komari (sesi 1993)

Tajuk: Pengamalan solat Di Kalangan Masyarakat Jawa Di Daerah

Kuala Langat.

3. Mohd Azhar bin Abdullah (sesi 2000)

Tajuk: Solat Jumaat di luar Mukim: Kajian Mengikut Undang-Undang

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

METODOLOG1 KAJIAN

Dalam usaha menjalankan kajian penyelidikan ini, berbagai kaedah yanng digunakan

untuk memudahkan proses pengumpulan data. Metodologi adalah penting kerana ia

menjelaskan kaedah data dan bahan dalam melengkapi sesuatu kajian.

Di samping itu, ia juga dapat menjelaskan skop pengkajian yang akan

dijalankan di suatu kawasan kajian. Kajian yang dilakukan melibatkan beberapa

kaedah utama, iaitu kajian perpustakaan (Library Research), mengumpul maklumat

atau data, borang kaji selidik ( ini adalah metod utama yang digunakan oleh penulis

untuk melihat sejauhmana penghayatan solat di kalangan mahasiswa di Fakulti

Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia), kajian lapangan iaitu melalui

temubual, pemerhatian turut serta pengamatan.

Page 5: Bab 1 Proposal MIN