bab 1 : pertanian di malaysia pengenalan · pdf filesumbangan: paniti sains pertanian smkbbsl...

68

Click here to load reader

Upload: vanthien

Post on 06-Feb-2018

270 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

1

BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA

Pengenalan

Pertanian merupakan kegiatan mengusahakan sesuatu kawasan untuk memperolehi hasil tanaman dan ternakan secara maksimum. Kini hasil pertanian merupakan bahan eksport dan bahan mentah yang sangat penting untuk industri pembuatan.Sektor estet adalah bercorak komersial, berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik. Hampir 60% kawasan pertanian di negara diusahakan oleh pekebun kecil namun sektor itu masih kurang maju.Sektor pertanian dijangka bersifat dinamik melalui penggunaan teknologi tinggi dan terkini.

1.1 Kepentingan Pertanian Di Malaysia

1.1.1 Pengeluaran bahan makanan

Pertanian merupakan sektor yang membekalkan makanan kepada negara untuk :@ memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk@ mengurangkan kos mengimport bahan makanan@ memenuhi keperluan keselamatan negara

1.1.2 Pengeluaran bahan mentahSektor pertanian mengeluarkan pelbagai bahan mentah untuk diproses oleh industri-industri lain

1.1.3 Pendapatan eksportJualan hasil getah, kelapa sawit, koko serta hasil-hasil pertanian lain kepada negara-negara luar membolehkan negara menambah pendapatan wang asing

1.1.4 Peluang pekerjaanPeluang pekerjaan dalam sektor pertanian melibatkan ramai tenaga mahir yang terlatih dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia

1.2.1 Jenis tanaman

a. getahMerupakan tanaman yang membekalkan bahan mentah kepada industri pembuatan produk getah dan industri perabut.Kawasan utama penanaman getah ialah di kaki bukit dan tanah pamah beralun di sekitar pantai barat negeri Perak, Johor, Pahang dan Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit dan lembah sungai negeri Serawak

b. kokoMalaysia merupakan pengeluar koko keempat terbesar dunia. Tanaman koko mempunyai masa depan yang cerah dengan penggunaan klon berhasil tinggi dan amalan agronomi yang teratur dan tanah yang sesuai. Antara kawasan utama tanaman koko negara ialah di Bagan Datoh di Hilir Perak, Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Sandakan dan Tawau Sabah.

Page 2: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

2

c. Kelapa sawitTanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan pengantungan kepada tanaman getah dan ia merupakan sumber pendapatan negara yang penting.Antara kawasan utama kelapa sawit di Malaysia ialah Rancangan Johor Tenggara dan Johor Selatan, Jengka di Pahang, Terengganu Tengah , Sandakan, Lahad Datu dan Tawau Sabah

d. KelapaHampir 96% daripada kawasan kelapa di Malaysia diusahakan oleh pekebun kecil. Antara kawasan utama kelapa di Malaysia adalah Sabak Bernam Selangor, Teluk Intan Perak, Kuching dan Mukah Serawak dan Lahad Datu, Tawau dan Kudat Sabah.

e. PadiMerupakan tanaman makanan terpenting negara. Kawasan penanaman padi meliputi kawasan kaki bukit dan tanah pamah yang beralun di sekitar pantai barat Semenanjung seperti Johor, Perak, Pahang dan Kedah-Perlis, pantai barat Sabah dan kawasan lereng bukit serta lembah sungai di Serawak.

f. Sayur-sayuranKebanyakan kebun sayur diusahakan oleh pekebun kecil. Sayur-sayuran yang memerlukan iklim sederhana di tanam di Cameron Highlands

g. Buah-buahanSektor penanam buah-buahan mempunyai potensi kerana mempunyai permintaan yang tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. Durian merupakan buah yang paling bayak diusahakan. Antara kawasan utama ialah durian di Parit, Batu Kurau, Bukit Gantang Perak, Rambutan di Pulai Pinang dan Muar Johor, limau bali di Ipoh Perak.

h. TehTeh boleh dikelaskan kepada teh tanah pamah dan teh bukit. Estet teh tanah pamah terletak di Johor, Bukit Cheding dan Banting. Teh bukit pula diusahakan di Cameron Highlands, Kundasang dan Ranau Sabah.

i. TebuKawasan penanaman utama tebu ialah di Kedah dan Perlis. Perusahaan tebu negara tidak meluas kerana faktor iklim

j. KopiKopi Robusta terdapat di Kedah manakala kopi Arabica ditanam meluas di Cameron Highlands. Tiga kopi yang diusahakan secara komersial ialah kop[i Arabica, Kopi Liberica dan kopi Robusta.

k. Bunga-bungaanDikenali juga sebagai florikultur. Industri ini merangkumi pengeluaran orkid dan tanaman hiasan di tanah rendah. Perkembangan industri ini bergantung pada pengaplikasian keadah pertanian berteknologi tinggi serta kemudahan pengendalian dan pengangkutan.Cameon Highlands banyak ditanam tanaman bunga iklim sederhana, orkid pula banyak di dataran rendah Johor, Perak dan Selangor.

1.2.2 TernakanPenjana pertumbuhan ekonomi yang ketiga penting di negara ini.a. Lembu dan Kerbau

Malaysia terpaksa mengimport sebahagian besar daging dan susu kerana pengeluarannya tidak mencukupi. Kawasan utama lembu dan kerbau diternak ialah Kedah, Kelantan, Sabah dan Pahang

Page 3: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

3

b. Kambing dan biri-biriBekalan daging kambing dan biri-biri masih lagi tidak mencukupi dan sebahagian besar dari keperluannya diimport.Kawasan utama kambing dan biri-biri ialah Kelantan, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan

c. Ayam dan itikKawasan ternakan ayam utama ialah Seberang Perai Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Penternak swasta mengusahakan secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi yang moden. Malaysia telah mengeluarkan daging ayam dan telur yang melebihi dari keperluan.

d. KhinzirKawasan pengeluaran khinzir yang penting terletak di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Industri khinzir ialah perusahaan ternakan yang kedua penting di Malaysia. Pengeluarannya melebihi dari keperluan dan hasil selebihnya dieksport ke Singapura

1.2.3 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia

a. faktor iklimMalaysia mempunyai iklim tropika dengan suhu yang tinggi dan hujan sepanjang tahun. Tanaman beriklim sederhana terpaksa diimport untuk memenuhi permintaanKeadaan topoggrafi juga mempengaruhi suhu misalnya seperti Cameron Highlands.Ternakan yang diternak pula terdiri dari jenis yang sesuai untuk kawasan tropika.

b. Faktor perkembangan sejarahSebelum penjajah tanaman diusahakan untuk sara diri. Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan.Imigran Cina telah membawa masuk ayam dan khinzir dan imigran India membawa masuk lembu LID ke pantai barat Semenanjung Malaysia

c. Faktor ekonomi

Pasaran dan infrastruktur merupakan faktor ekonomi yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan.Kemudahan pasaran dan infrastruktur yang baik telah menggalakkan usaha penanam dan ternakan berorientasikan eksport

d. Faktor dasar kerajaanSelepas merdeka kerajaan telah mengatur beberapa rancangan pembangunan untuk pertanian.Dasar Pertanian Negara (DPN) telah diwujudkan @ DPN Pertama ( 1984-1992)@ DPN Kedua ( 1992 – 1998 )@ DPN Ketiga ( 1998 – 2010)

Page 4: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

4

Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor pertanian.

1.3 Trend Pertanian di Malaysia

1.3.1 Mempelbagaikan tanaman dan ternakanBermatlamat untuk mengelakkan negara bergantung pada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.Faedah mempelbagaikan tanaman dan ternakan ialaha. menambahkan dan mempelbagaikan sumber-sumber makananb. menambahkan pendapatan petani yang dahulunya hanya bergantung pada

beberapa jenis tanaman atau ternakan sahaja.c. Mempelbagaikan ekonomi negara dan meluaskan pasaran hasil pertanianKerajaan melalui kementerian dana agensi-agensi turut berperanan memberikan sokongan untuk memodenkan sektor pertanian dan ini dapat membantu mempelbagaikan pengeluaran tanaman dan ternakan negara.

1.3.2 Pertanian berorientasikan eksport dan komersial

Peningkatan dalam nilai sumbangan eksport bahan pertanian terhadap eksport Malaysia bertambah dari tahun ke tahun.Sumbangan eksport tanaman utama seperti getah, kelapa sawit dan koko telah berkurangan tetapi eksport buah-buahan dan sayuran semakin berkembang dan mempunyai potensi.FAMA dan MARDI turut berperanan memajukan sektor eksport buah-buahan dan sayuran tempatan.Pasaran antarabangsa untuk bunga-bungaan seperti orkid, kekwa dan orkid sentiasa terbuka luas.

1.3.3 Hubung kait Pertanian dengan pelanconganAgrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian.Program tinggal bersama keluarga ( Homestay dan Farmstay) semakin digemari ramai di samping kolam memancing dan hutan rekreasi.Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memajukan sektor agrotourism ialah :a. menyediakan ladang komersial supaya pelancong melihat sendiri cara

ladang tersebut diusahakan.b. jalan raya perlu dibina merentasi kawasan ladang agar pelancong dapat

melihat ladang yang diusahakan dalam perjalanan.c. memperbanyakan muzium atau tanaman pertaniand. meningkatkan promosi bagi memperkenalkan pusat agrotourism

1.3.4 Hubung kait pertanian dengan landskapLandskap bermaksud pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan. Pelandskapan pula merujuk kepada kegiatan meracang, mereka bentuk, melaksanakan dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia.Kawasan yang diusahakan untuk pertanian bukan sahaja mampu memberikan hasil yang lumayan tetapi jika dirancang dengan baik kawasan itu akan mempunyai nilai estetika tersendiri.

Page 5: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

5

1.3.5 Ladang kontrakLadang kontrak merujuk kepada perladangan secara perjanjian melibatkan dua pihak iaitu pembekal dan pengusaha. Pihak pembekal akan membantu menyediakan modal manakala pihak pengusaha akan membekalkan hasil yang dikehendaki.Perladangan secara kontrak diamalkan apabila sesuatu hasil pertanian mengalami perubahan harga yang kerap atau kos pengeluaran hasil terlalu tinggi.

1.3.6 Penggabungan ladang kecilSistem pewarisan harta serta keluasan kawasan yang terlalu kecil telah dikenalpasti sebagai punca wujudnya pekebun-pekebun kecil. Pelebun kecil tidak mampu untuk :a. mengusahakan penanaman komoditi atau penternakan haiwan secara besar-besaranb. mengamalkan teknologi terkini tidak berkesan.c. tenaga buruh yang digunakan juga tertumpu kepada ahli-ahli keluarga

secara sampingan sahaja.Pendekatan ladang kelompok, ladang-ladang kecil digabungkan, agensi pertanian mengendalikan pelbagai aktiviti termasuk pembajakan dan input pertanian sementara ahli pula bertanggungjawab menjaga dan menguruskan tanamannya

1.3.7 Perhutani ( Agroforestry)Perhutani merupakan pendekatan yang melibatkan kegiatan pertanian dan perhutanan sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi.Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Ini bermakna intergrasi perhutanan dan pertanian akan membentuk asas pengeluaran yang lebih luas contoh tanaman selangan rotan dalam kebun getah.

1.4 Isu Pertanian di Malaysia Pertanian di Malaysia sentiasa terdedah kepada isu-isu yang boleh mempengaruhi perkembangannya. Terdapat pelbagai isu yang terpaksa dihadapi oleh sektor pertanian di negara ini.

1.4.1 ProduktivitiProduktiviti diertikan sebagai kecekapan menggunakan input-input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang paling maksimum.Antara kekangan dalam usaha meningkatkan sektor pertanian di Malaysia ialah :a. sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekapb. daya pengeluaran yang rendahc. saiz ladang yang terlalu kecild. kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesane. perubahan cuaca dan iklimLangakah-langkah untuk mengatasi kekangan di dalam produktiviti adalah melalui :a. ladang kelompokb. perladangan campuran

Page 6: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

6

contoh menanam pisang di kebun kelapa, menanam kokok di kebun kelapa sawit

c. penggunaan teknologiklon-klon tanaman yang dihasilkan dari kultur tisu menghasilkan lebih banyak bahan penanaman dalam masa yang singkat

1.4.2 Ketidakstabilan hargaHarga yang tidak stabil merupakan masalah yang sentiasa dihadapi oleh sektor pertanian.Kos pengeluaran yang semakin meningkat turut membebankan para peternak.Manakala bekalan yang berlebih di pasaran pula menyebabkan ketidakstabilan harga.Langkah mengatasi ketidakstabilan harga ialah :a. memproses hasil tanamanb. agensi kerajaan membeli hasil berlebihanc. menghapuskan penggunaan orang tengahd. memperkenalkan harga minimum terjamine. mencari bahan alternatif tempatan untuk makanan ternakan

1.4.3 Penyebaran dan pengamalan teknologi baruAmalan tradsional dalam pengeluaran pertanian kurang cekap menghalang unsaha negara mencapai paras sara diri bagi tanaman utama khasnya padi.Antara contoh teknologi terkini dalam pengeluaran pertanian di negara kita ialah:a. pertanian persekitaran terkawalb. penanaman sayur-sayuran secara hidroponikc. amalan teknologi tabor terus benih padi dan jentuai yang menjimatkan

sumber manusiad. mengamalkan pengurusan perosak bersepadu( Intergrated Pest

Management )e. nelayan laut dalam menggunakan “fish finder” dan alat mengesan melalui

satelitf. penanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah fertigasi.

1.4.4 Pendidikan dan latihanPendidikan dan latihan penting dalam menghasilkan sumber tenaga manusia yang mahir, cekap dan berkualiti. Segala penemuan baru, pemindahan teknologi terkini serta perubahan dalam perusahaan pertanian tidak boleh berlaku sekiranya pendidikan dan latihan yang sesuai tidak diadakan oleh agensi kerajaan

1.4.5 Penghijrahan pendudukPenghijrahan merupakan satu proses pergerakan penduduk daru tempat ke satu tempat yang lain.Penghijrahan penduduk khasnya golongan remaja ke kawasan bandar telah menyebabkan banyak perusahaan pertanian tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Antara langkah-langkah untuk mengatasi ialah :a. membawa industri yang lazimnya dijalankan di bandar ke desa-desab. menggalakkan lebih ramai belia yang berkelulusan dan terlatih masuk ke

desa untuk mengusahakan kawasan pertanian

Page 7: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

7

1.4.6 Pencemaran alam sekitarPencemaran yang berpunca daripada aktiviti pertanian turut menjadi isu pertanian di Malaysia. Kerja membersihkan kawasan pertanian jika tidak dirancang dengan rapi boleh menyebabkan pencemaran.Penggunaan racun mahluk perosak juga telah dikenalpasti sebagai salah satupunca pencemaran alam sekitar.Langkah-langkah yang telah digunakan untuk mengurangkan penggunaan racun perosak :a. penggunaan rumah jaring kalis seranggab. menggunakan kawalan serangga secara bersepaduc. menggunakan cara kawalan biologid. menanam tanaman secara organik

1.4.7 Kekurangan buruhSejumlah 61% dari jumlah pekerja di sektor pertanian terdiri daripada warga tempatan manakala selebihnya adalah rakyat asing. Ini disebabkan kebanyakan penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang.Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh adalah seperti berikut :a. penggunaan teknologi barub. penggunaan mekanisasi aldangc. aplikasi penggunaan bioteknologid. pertanian persis

1.5 Peranan Institusi Dalam Pembangunan Pertanian Institusi pertanian ditubuhkan adalah untuk membantu dalam memajukan dan memperkembangkan sektor pertanian negara. Peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian adalah

a.menyediakan infrastrukturseperti sistem pengairan dan saliaran, sistem jalan raya, bekalan elektrik dan air ( Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, JKR, FELDA )

b. menjalankan penyelidikan dan pembangunanterhadap beberapa masalah seperti pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran seperti pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan (MARDI,RRIM )

c.memberi khidmat nasihat dan latihanseperti lawatan dan latihan yang dijalankan oleh agensi pengembangan pertanian ( Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )

d. menyediakan peluang pekerjaanantaranya sebagai penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, juruteknik pertanian, agensi pemasaran ( MARDI, LPP, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, FELCRA )

e.menyediakan bantuan kewanganmemberi khidmat kredit kepada petani ( Bank Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian, LPP, RISDA )

f. membuat penyeliaanmenentukan bahawa petani mematuhi prosedur dan undang-undang yang berkaitan dengan pertanian seperti kawalan penggunaan racun kimia, pencegahan penyakit dan pemeriksaan mutu hasil pertanian ( Jabatan Pertanian, MPOB ( Lembaga Minyak Sawit Malaysia, LGM ( Lembaga Getah Malaysia).

Page 8: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

8

BAB 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

2.1 PengenalanTumbuhan bergantung kepada banyak faktor untuk tumbuh dengan baik dan mengeluarkan hasil secara maksimum.

Tanah

Iklim Genetik

Page 9: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

9

Faktor-faktor yang Biosis Mempengaruhi pertumbuhan Pengawalatur dan penghasilan tumbuh- pertumbuhan tumbuhan

2.2 IklimTaburan tumbuhan dipengaruhi oleh keadaan persekitaran khasnya iklim sesuatu kawasan. Faktor iklim yang tidak sesuai akan menghadkan pertumbuhan tanaman.Terdapat empat unsur iklim iaitu :1. cahaya2. suhu3. hujan4. angin

2.2.1 CahayaCahaya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan hasil tumbuhan. Proses yang terlibat ialaha. fotosintesisb. kefotokalaan

FotosintesisFotosintesis merupakan satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat daripada karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari. Proses ini berlaku dalam kloroplas yang mengandungi pigmen hijau dinamakan klorofil.Tanpa fotosintesis semua benda hidup khasnya haiwan tidak boleh hidup.Fotosintesis sebenarnya terdiri daripada dua peringkat :a. tindakbalas cahayab. tinmdakbalas gelap

Tindakbalas cahayaTindak balas cahaya memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas. Tenaga matahari yang diserap memecahakan molekul air untuk menghasilkan molekul oksigen dan atom hidrogen.

Tindak balas gelapTindak balas gelap berlaku tanpa cahaya dala kloroplas dan terdiri daripada beberapa turutan tindak balas yang dinamakan Kitar Celvin

Kadar fotosintesis dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti keamatan cahaya, gelombang cahaya dan suhu. Keamatan cahaya atau suhu yang bertambah akan meningkatkan kadar fotosintesis sehingga satu had. Gelombang cahaya biru dan merah diserap dengan lebih berkesan oleh klorofil dan digunakan sebagai tenaga dalam tindak balas cahaya.

Page 10: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

10

Kefotokalaan Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam. Tiga jenis tumbuhan yang sensitif terhadap kefotokalaan

a. tumbuhan tempoh siang pendekorkid Phaleonopsis, ubi keledek, nanas, padi, kacang soya dan pokok kekwa (Chrysanthemum).Tumbuhan tempoh siang pendek berbunga sekiranya tempoh siang pendek kurang 12 jam. Jika ia menerima lebih 12 jam tumbuhan akan tetap tampang

b. tumbuhan neutral terhadap tempoh siangjagung dan kebanyakan tanaman tropika

c. tumbuhan tempoh siang panjangpokok jarak, ubi kentang dna gandumTumbuhan tempoh siang panjang berbunga jika tempoh siang melebihi 12 jam sehari.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan

1. Keluasan permukaan daunLebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis

2. Susunan daunSusunan daun yang lebih tegak membolehkan lebih banyak daun terdedah kepada cahaya matahari.

3. TopografiTopografi merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah. Tumbuhan yang tumbuh di bahagian gunung atau bukit yang terdedah terus kepada cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya.

4. NaunganSesetengah tumbuhan tidak boleh didedahkan terus kepada cahaya matahari. Cahaya yang diterima oleh tumbuhan dapat dikurangkan dengan :

a. meletakkan tumbuhan dalam bangsal yang mempunyai bumbung diperbuat dari jaring hitam

b. kayu-kayu panjang yang disusun rapat pada jarak tertentu

Kaedah mendapatkan penggunaan cahaya yang optimum

1. Memilih tapak yang sesuaiKawasan tanaman yang paling sesuai ialah tapak yang rata, terbuka dan mempunyai saliran air yang baik.

2. Menanam pada jarak yang sesuaiTanaman hendaklah ditanam pada jarak dan corak yang sesuai supaya kawasan tanah yang terhad dapat digunakan secara maksimum dan dapat mengurangkan persaingan antara pokok yang ditanamBeberapa jenis corak penanaman adalah seperti berikut :a. Sistem segi empat Amalan ini sesuai untuk menanam pokok yang besar. Berdasarkan corak

Page 11: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

11

penanaman ini, setiap pokok ditanam pada penjuru segi empat.b. Sistem segi tiga Sistem ini lebih ekonomikal kerana dapat menapung 15% lebih pokok berbanding segi empat. Dalam sistem ini jarak di antara pokok yang terletak di sudut segi tiga adalah sama.c. Sistem siku keluang Sistem ini terdiri daripada pokok utama ditanam pada penjuru empat segi dengan sepohon pokok sementara di tengah segi empat. Apabila pokok utama bertambah besar, pokok sementara boleh ditebang.

3. Menyediakan sokonganSokongan disediakan untuk tumbuhan yang mempunyai batang lembut.Jenis sokongan yabg biasa digunakan adalah seperti:

a. sokongan kayu tunggal (lada hitam )b. sokongan kayu junjung (kacang panjang)c. sokongan jenis berpara (peria)d. sokongan jenis berpagar (tomato)

4. Mengawal rumpaiRumpai ialah tumbuhan yang tidak diingini tumbuh bersama tumbuh-tumbuhan yang ditanam. Rumpai akan bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya dan nutrien.

5. Membekalkan cahaya tiruanCahaya tiruan digunakan untuk menggantikan cahaya matahari. Ia digunakan apabila cahaya semula jadi tidak mencukupi atau tidak sesuai dari segi intensiti dan jangka masa penyinaran.Sumber cahaya tiruan yang biasa digunakan ialah lampu pijar dan lampu pendarfluor.Perbezaan lampu pijar dan lampu pendarfluor

Lampu Pijar Lampu Pendarfluor# Menghasilkan spectrum cahaya yang mengandungi warna biru hingga inframerah# Lampu ini tidak cekap kerana hanya 5% daripada tenaga elektirk yang dibekalkan ditukar kepada cahaya yang diperlukan oleh tanaman

# Lebih daripada 15% tenaga elektrik yang dibekalkan ditukar kepada cahaya# Tinggi dalam gelombang biru dan menggalakkan pertumbuhan daun# Cahaya yang dihasilkan kekurangan warna merah dan inframerah# Sesuai untuk pertumbuhan anak benih

6. Menanam tanaman selinganTanaman selingan ditanam bersama tanaman utama di antara ruang-ruang pokok-pokok utama sebelum hasil diperolehi.

7. MencantasMencantas ialah membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan. Ini bertujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima oleh bahagian tumbuhan yang sebelum ini ternaung.

2.2.2 Suhu

Page 12: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

12

Suhu penting kepada tumbuhan kerana semua proses fisiologi yang berlaku pada tumbuhan dipengaruhi oleh suhu.

Kesan Suhu Terhadap Pertumbuhan dan hasil Tanaman

1. Percambahan biji benihSuhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada suhu optimum akan menganggu percambahan biji benih. Ini kerana kebanyakan tindak balas tumbuhan melibatkan enzim-enzim khusus, di mana kadar tindak balas enzim-enzim itu dipengaruhi oleh suhu.Percambahan biji benih juga dipengaruhi oleh faktor ketersediaan air, oksigen dan keadaan persekitaran yang gelap.

2. TranspirasiTranspirasi ialah kehilangan air melalui proses penyejatan daripada tumbuhan. Proses ini dipengaruhi oleh cahaya, kelembapan udara, suhu, tiupan angin dan ketersediaan air dalam tanah. Apabila suhu meningkat pada waktu siang kadar transpirasi akan meningkat.

3. Kualiti hasil tumbuhanSuhu yang rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim. Kesannya hasil tanaman dapat disimpan lebih lama.Suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kadar respirasi melebih kadar fotosintesis. Ini menyebabkan makanan yang dihasilkan melalui proses fotosintesis akan hilang memalui respirasi.

4. Fizikal tumbuhanSuhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan mebantutkan pertumbuhan tanaman.Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kecederaan seperti bentuk buah yang tidak normal, buah yang melecuh, mata tunas atau buah tidak akan berkembang dengan sempurna.

Kaedah Untuk Mendapatkan Suhu Yang Sesuai

1. Memilih tapak Kawasan tinggi mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding dengan kawasan pamah. Bagi setiap ketinggian 100 meter suhu akan turun sebanyak 0.6 °C. Kawasan Cameron Highlands dipilih sebagai kawasan untuk menanam tanaman seperti teh , kubis dan kubis bunga yang memerlukan suhu rendah. 2. Menyediakan naungan Naungan boleh mengurangkan kesan peningkatan suhu akibat pancaran matahari yang terik.

Antara contoh naungan yang biasa disediakan ialah :a. jaring hitam yang digunakan untuk menaungkan tumbuhan yang tidak tahan

matahari terik

Page 13: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

13

b. anyaman daun-daun kelapa yang digunakan untuk melindungi anak pokok yang sedang membesar.

c. Bumbung yang diperbuat daripada kayu-kayu panjang yang disusun rapat mengikut peratus sekatan cahaya yang diperlu. Sesuai untuk keratan yang belum berakar atau anak pokok yang baru diubah.

3. Menyediakan sungkupan Apabila bahan sungkupan diletak di atas tanah, permukaan tanah terlindung daripada pancaran cahaya matahari terus. Ini secara langsung mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah oleh cahaya matahari ( mengurangkan kehilangan air daripada tanah).

2.2.3 Hujan Hujan merupakan sumber air untuk aktiviti pertanian. Hujan yang turun tanpa henti atau banjir berkemampuan merosakkan tanaman secara mekanik.

Kesan Air Terhadap Proses Tanaman 1. Fotosintesis Kadar fotosintesis bergantung kepada jumlah air di persekitaran. Apabila sumber air di persekitaran tidak mencukupi makan akar tidak dapat menyerap air secukupnya untuk disampaikan kepada bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun yang menjalankan fotosintesis. 2. Penyerapan dan Translokasi nutrien Translokasi merujuk kepada pengangkutan bahan-bahan keperluan untuk pertumbuhan dari satu bahagian ke bahagian lain melalui sistem pengangkutan tumbuhan.

Dua proses pengangkutan berlaku dalam tumbuhan ialah :a. pengangkutan air dan bahan-bahan terlarut dari akar ke bahagian lain (xilem)b. pengangkutan bahan-bahan tersintesis dari daun ke bahagian tumbuhan lain

(floem)

3. TranspirasiSemasa proses transpirasi air dalam bentuk wap dilepaskan daripada permukaan daun atau daripada bahagian-bahagian tumbuhan lain. Air yang dilepaskan ini secara tidak langsung menyejukkan permukaan tumbuhan.Kehilangan air dari tumbuhan dapat diatasi dengan melakukan pengairan ladang.

4. Kesegahan selApabaila air mencukupi semua daun pokok akan kembang dengan sempurna untuk menerima cahaya matahariKaedah untuk mendapatkan air mencukupi boleh dilakukan secara :a. melakukan pengairan yang sesuaib. melakukan penyaliran yang sesuaic. menanam pada masa yangs sesuai

2.2.4 Angin

Page 14: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

14

Kesan-kesan angin terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman ialah1. Transpirasi

Apabila stoma terbuka, wap air dalam ruang udara akan meresap keluar. Ini akan membentuk satu kawasan kelembapan tinggi di sekeliling stoma (mengurangkan perbezaan kelembapan antara ruang udara dalam sel-sel daun serta udara di luar daun). Kesannya kadar transpirasi akan berkurangan. Apabila angin bertiup kelembapan dialihkan menyebabkan akdar transpirasi bertambah.

2. PendebunagaanDebunga halus yang diterbangkan oleh angin dipindahkan ke permukaan stigma ke bunga yang lain.

3. Penyebaran penyakit dan perosakAngin ialah agen penyebar penyakit dan perosak. Spora-spora kulat mudah dipindahkan oleh angin kerana ianya ringan.Serangga juga boleh dipindahkan ke kawasan lain oleh angin. Misalnya afid, trip, rama-rama.

4. Fizikal tumbuhanTiupan angin yang kencang mampu menumbangkan pokok-pokok. Tanaman yang berdaun lebar lebih mudah dirosakkan oleh angin. Pokok yang masih muda akan patah di paras tanah kesan tiupan angin.Antara amalan untuk mengelakkan daripada cedera ribut ialah :a. Mengadakan pengadang angin

Pengadang angin terdiri daripada sebarang struktur yang boleh digunakan untuk menghalang tiupan angin. Pokok besar boleh digunakan

b. Memilih tapakPokok yang mudah rosak seperti pokok pisang harus ditanam di kawasan yang kurang megalami tiupan angin kencang.

c. Menyediakan sokonganSokongan dalam bentuk kayu tunggal disediakan untuk anak pokok yang baru ditanam. Ini kerana anak pokok masih tidak mempunyai batang dan akar yang kuat.

d. Menanam pada jarak yang sesuaiJarak penanam yang seasuai akan menghasilkan pokok yang tahan tiupan angin. Tanaman yang ditanam rapat akan menghasilkan tanaman yang berbatang tinggi dan kurus ( tidak kuat dan mudah patah bila ditiup angin kencang).

Page 15: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

15

2.3 Tanah

2.3.1 PengenalanIstilah tanah merujuk kepada lapisan atas permukaan bumi. Tanah diperlukan untuk menyokong kehidupan benda-benda hidup di bumi Tanah terhasil melalui tindakan kuasa-kuasa semula jadi terhadap bahan semula jadi yang wujud di permukaan bumi.Tanah dapat dibezakan kepada beberapa lapisan dari segi kedalaman serta ciri fizikal dan biologi.Jadual di bawah menunjukkan lapisan tanah lazim dan ciri-cirinya.

Lapisan Tanah Lazim

Ciri-ciri

Tanah atas # Terdapat sisa tumbuhan dan haiwan.# Lapisan ini mempunyai ketebalan lebih kurang 15 cm dan merupakan tanah yang paling subur berbanding dengan lapisan lain.# Akar tumbuhan tumbuh dengan baik kerana pengudaraannya baik dan kandungan bahan organi tinggi.

Page 16: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

16

# Tempat tinggal hidupan tanah.Tanah bawah # Berada di bawah tanah atas.

# Lebih padat.# Mengandungi bahan yang terkumpul melalui proses larut resap.# Lapisan yang keras ini menghalang pertumbuhan akar dan pengaliran air.# Terdapat sedikit organisma hidup di lapisan ini.

Batuan # Bahan batuan ini mungkin menjadi bahan induk kepada tanah itu.# Bahan induk ini sedang mengalami proses luluhawa di bawah lapisan tanah bawah.

2.3.2 Kepentingan TanahTerdapat tiga kepentingan tanah kepada pertumbuhan tumbuhan1. Memberi sokongan mekanik kepada akar tumbuhan Cengkaman akar yang kuat membolehkan tumbuhan tumbuh tegak untuk menerima cahaya matahari yang mencukupi .2. Membekal nutrien kepada tumbuhan Tanah menyimpan nutrien untuk tumbuhan. Kandungan nutrien yang dibekalkan melalui baja akan pantas bertindak balas dengan kumin tanah dan bertukar kepada bentuk yang disimpan di dalam tanah.3. Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan Air tanah wujud dalam beberapa bentuk :

a. filem yang meliputi kumin tanahb. wap dalam rongga tanahc. cecair yang dapat mengalir dalam rongga tanahBerbanding dengan udara atmosfera, udara tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida tetapi kurang kandungan oksigen. Hal ini disebabkan oleh :a. respirasi akarb. respirasi organisma tanahc. proses pereputan bahan organik.

2.3.3 Komponen TanahTanah lazim biasanya mengandungi 45% bahan mineral, 5% bahan organik, 25% gas dan 25% air. Tanah juga mengandungi pelbagai jenis benda hidup di ruang-ruang tanah.

1. Bahan Mineral Pepejal tanah terdiri daripada bahan inorganik dan bahan organik. Bahan inorganik terdiri daripada kumin mineral yang dihasilkan melalui proses luluhawa batuan. Kumin mineral seperti pasir, kelodak dan liat merupakan sebatian semula jadi yang mengandungi dua atau lebih unsur yang digabungkan secara kimia.2. Bahan Organik Sisa tumbuhan dan haiwan, najis haiwan serta haiwan dan tumbuhan yang mati bercampur dengan tanah akan mengalami proses pereputan untuk membentuk bahan organik tanah. Humus terbentuk apabila bahan organik lengkap diuraikan oleh mikroorganisma. Bahan ini

Page 17: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

17

stabil, berwarna gelap serta tidak larut dalam air tetapi berupaya menyimpan air dan kation. Kesan baik bahan organik ialah :

a. Membekalkan nutrien kepada tumbuhanBahan organik mengandungi banyak jenis nutrien dan hanya dapat diambil oleh tumbuhan setelah bahan organik itu reput.

b. Membaiki struktur tanahBahan organik yang mereput akan membentuk humus. Humus dapat bertindak sebagai bahan pelekat dan akan melekatkan kumin-kumin tanah supaya membentuk satu gabungan kumin-kumin tanah tanah yang dipanggil agregat tanah. Susunan agregat tanah ini akan membentuk struktur tanah butirapuh dan struktur tanah ini dianggap terbaik kerana menghasilkan pengudaraan dan penyaliran air yang terbaik.

c. Menambahkan daya penampungan air tanahSatu ciri bahan organik ialah kemapuannya memegang air dengan banyak. Apabila dicampur dengan tanah yang bersaliran kurang baik, seperti tanah lombong atau tannah berpasir daya penampungan air tanah itu akan bertambah.

d. Menghalang kehilangan nutrien dalam tanahPereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas. Bahan-bahan itu mempunyai sifat seperti kumin liat dan berupaya menarik ion-ion seperti ion kalium, ion kalsium dan ion magnesium ke permukaannya. Oleh itu bahan organik merupakan tabung simpanan untuk banyak jenis zat makanan tumbuhan.

Kini bahan buangan industri pertanian digunakan sebagai punca bahan organik. Ini akan dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.3. Udara Semua ruang dalam tanah yang tidak terisi oleh air akan dipenuhi dengan gas tanah. Gas tanah mengandungi lebih banyak karbon dioksida serta mempunyai kelembapan bandingan yang tinggi berbanding dengan udara atmosfera. Keadaan ini wujud kerana lebih banyak karbon dioksida dihasilkan dalam tanah.4. Air Tanah mengandungi air dan cecair yang mengalir antara rongga-rongga tanah. Rongga tanah yang halus dipenuhi cecair sementara rongga yang lebih besar terisi udara. Muatan air tanah dan ciri-cirinya ditunjukkan dalam jadual di bawah :

Jenis Air Tanah CiriMuatan medan(had basah tanah)

# Apabila sesuatu tanah disiram dengan air, rongga tanah akan mula diisi dengan air # Air yang berlebihan akan mengalir keluar daripada tanah megikut tarikan graviti. Tanah yang mengandungi air yang tertinggal ini dikatakan dalam keadaan had basah

Tanah tepu air # Semua rongga tanah dipenuhi oleh air dan tiada gas oksigenHad layu (titik layu) # Kuantiti air maksimum yang ditampung dalam tanah. Jika

tanah itu dibiarkan air akan semakin hilang daripada tanah melalui sejatan atau pengambilan oleh akar tumbuhan.# Air akan terus hilang iaitu sehingga tidak dapat diambil oleh akar lagi. Tumbuhan akan mula kelihatan layu kerana tiada bekalan air lagi. Tanah pada keadaan ini dikatakan dalam keadaan had layu.

Page 18: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

18

Organisma TanahOrganisma terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu mikroorganisma dan makroorganisma. Jadual di bawah menjelaskan tentang ciri organisma dan peranannya kepada tanah.

Jenis Organisma Ciri Organisma dan Peranannya Kepada TanahBakteria Populasi bakteria paling tinggi bertumpu di kawasan yang

Berhampiran dengan akar-akar tumbuhan Penting dalam peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan

sulfur dalam tanah Terlibat dalam proses pereputan sisa organik yang terdapat

dalam tanahAktinomisit Mempunyai ciri antara bakteria dengan kulat

Mengeluarkan hifa tetapi lebih halus daripada hifa kulat Penting dalam proses pereputan susa bahan organik

Kulat Memainakan peranan penting dalam proses pereputan bahan organik Terdapat kulat yang membentuk hubungan simbiosis dengan akar tumbuhan

Nematod Hidup bebas dapat menggunakan bahan reputan daripada bahan organik Membantu pereputan bahan organik dalam tanah

Alga Keperluan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis Berperanan menukarkan karbon dioksida kepada oksigen di kawasan sawah padi Sesetengah jenis alga menyerap nitrogen daripada udara dan menyampaikannya kepada pokok padi

Cacing tanah Menggaulkan hasil reputan daun di atas tanah Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang- lubang yang digali Tinjanya yang mengandungi kalsium menambahkan kesuburan tanah

2.3.4 Sifat Fizikal TanahTiga ciri fizikal tanah yang penting ialah

a.warna tanahb.tekstur tanahc. struktur tanah

Page 19: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

19

Warna TanahWarna sesuatu tanah dapat menerangkan keadaan fizikal tanah dan kandungannya. Warna tanah di sesuatu kawasan berbeza daripada warna tanah dari kawasan lain. Warna yang wujud pada sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.Warna tanah dapat dikenal pasti dengan membandingkan warnanya dengan warna yang terdapat dalam buku carta warna MunsellKajian menunjukkan bahawa tanah yang gelap warnanya (hitam keperangan) mempunyai kesuburan yang tinggi. Tanah ini sesuai untuk kegiatan pertanian.Kebanyakan tanah tropika berwarna merah.

Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanyaWarna Tanah HuraianMerah Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah

Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit

Perang Tanah ini mengandungi oksida ferum yang bercampur dengan bahan organik Mempunyai salairan ayang abaik Tanah ini subur dan sesuai untuk kebanyakan jenis tanaman

Kelabu Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik Tanah ini biasanya terdapat di kawasan lereng bukit Tanah ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit

Kehitam-hitaman

Mempunyai kandungan galian mangan oksida atau bahan organik yang tinggi Menakung air dan mempunyai nilai pH yang rendah Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen Tidak sesuai untuk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan kepada aakar tumbuhan yang besar. Tanaman yang sesuai untuk kawasan ini ialah nanas dan sayur-sayuran

Putih Mempunyai banyak jenis galian tanah liat yang dikenali sebagai koalinit

Kuning Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah berpadu dengan molekul-molekul air Mempunyai saliran yang baikTanah ini adalah lebih lembap berbanding dengan tanah yang berwarna merah

Tekstur TanahTekstur tanah merujuk kepada peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah. Tekstur tanah dapat dikesan melalui cara merasa dengan tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendak.

Page 20: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

20

Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut sistem pengelasan tekatur tanah. Sistem Atterberg menetapkan kumin yang mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20 mm sebagai pisahan pasir kasar. Sebaliknya, sistem USDA menetapkan kumin yang mempunyai diameter antara 1.00 hingga 2.00 mm sebagai pisahan pasir kasar.

Ciri pasir, kelodak dan liat :

Ciri-ciri Pasir Kelodak LiatSaiz kumin Paling besar Saiz lebih kecil

daripada kumin pasirSaiz kumin paling halus

Bentuk kumin Bulat atau tiada bentuk tetap

Tiada bentuk tetap Kepingan nipis

Kandungan kimia Kebanyakannya kuarza (oksida silika)

Kuarza Silikat (mengandungi silica, aluminium dan magnesium) serta unsur lain

Bercas atau tidak Tidak Tidak BercasRasa Gerisik Licin seperti tepung Berasa lekit apabila

lembap, keras dan padat apabila kering

Daya penyimpanan air

Rendah Sederhana Tinggi

Saliran Baik Sederhana Kurang baikPenyimpanan air dan nutrien

Kurang baik Sederhana Kurang ketelapan air

Pengudaraan Baik Sederhana Kurang baik

Pengelasan kumin tanah :

Nama Pisahan Tanah

Diameter Kumin Mengikut Sistem Persatuan Sains Tanah Antarabangsa (Sistem Atterberg)

Diameter Kumin Mengikut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (Sistem USDA) (Diubahsuai)

Pasir sangat kasar Pasir kasar Pasir sederhana Pasir halus Pasir sangat halus Kelodak Liat

Tiada 2.00 – 0.20 mm tiada 0.20 – 0.02 mm tiada 0.02 – 0.002 mm Kurang daripada 0.002 mm

2.00 – 1.00 mm 1.00 – 0.50 mm 0.50 – 0.25 mm 0.25 – 0.10 mm 0.10 – 0.05 mm 0.05 – 0.002 mm kurang daripada 0.002 mm

Berdasarkan jadual di atas, kita boleh membuat kesimpulan tentang :a.Persamaan antara kedua-dua sistem :

Page 21: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

21

Mempunyai ukuran diameter liat yang sama dan mempunyai pisahan jenis pasir kasar, pasir halus, kelodak dan liat.b.Perbezaan antara kedua-dua sistem : Ukuran diameter bagi pasir kasar, pasir halus dan kelodak tidak sama. Sistem Atterberg tidak mempunyai pisahan jenis pasir sangat kasar, pasir sederhana dan pasir sangat halus.

Kelas tekstur tanah merujuk kepada satu kumpulan tanah yang mempunyai sifat kasar dan halus yang disebabkan oleh kehadiran pasir, kelodak dan liat mengikut peratusan yang tertentu. Sifat ini ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segi tiga tekstur tanah.Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan. Nilai peratusan ini kemudian digunakan untuk menentukan kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.

Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman :a.Tanah yang bertekstur kasar membenarkan air mengalir dengan mudahb.Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang untuk peresapan gas. Pertukaran

gas yang baik akan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk kegunaan organisma tanah.

c. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanahd.Tekstur tanah yang lebih halus membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan

proses penjerapan nutrien oleh kumin liat.Tekstur tanah mempengaruhi pemugaran. Tanah bertekstur halus mengandungi lebih banyak liat dan menyukarkan kerja pemugaran. Tekstur tanah tidak boleh diubah sekiranya kawasan tanah yang perlu dirawat terlalu luas.

Struktur TanahStruktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu. Susunan kumin tanah itu dinamakan agregat tanah dan wujud dalam pelbagai bentuk.Tanah yang mengandungi kumin-kumin pasir dianggap sebagai tanah tidak berstruktur. Kumin tanah boleh digabung dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dapat diperbaiki. Semasa pereputan bahan organik pelbagai jenis bahan akan dihasilkan, termasuklah bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan pelekat ini akan menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh. Struktur butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana ciri rongga.

Kepentingan struktur tanah kepada tanamana. Struktur tanah yang baik mengandungi rongga antara agregat yang membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air bertakung, oleh itu akar tanaman mendapat oksigen yang mencukupib. Struktur yang baik menambahkan daya tahan tanah daripada kerosakkan fizikal disebabkan hakisan oleh timpaan hujan yang kuat. Kumin yang terpisah mudah ditiup oleh angina atau dilarikan air.c. Struktur yang baik juga dapat mengurangkan kesan ketoksinan gas karbon dioksida dalam tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila tanah mempunyai struktur yang baik.

Struktur tanah dapat diperbaiki dengan mencampurkan tanah dengan bahan-bahan organik. Semasa pereputan bahan-bahan organik berlaku, pelbagai jenis bahan dihasilkan, termasuk

Page 22: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

22

bahan-bahan yang bertindak sebagai pelekat. Bahan-bahan pelekat ini menyatukan kumin-kumin tanah kepada susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yang baik.

Sifat Kimia Tanah

pH TanahTanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan kesan hujan lebat. pH tanah merujuk kepada keasidan sesuatu larutan dan ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+) pH tanah dapat ditentukan dengan

a.kaedah Kuhnb.meter pH

Tujuh Faktor Yang Mengubah Keasidan Tanaha.Kandungan bahan induk Banyak jenis tanah di Malaysia berasal daripada batu granit. Batu granit mengandungi mineral seperti kuarza, feldspar dan mika yang mengandungi aluminium. Aluminium mengalami tindak balas hidrolisis dalam tanah lalu mengeluarkan ion hidrogen yang dapat menurunkan pH tanah b.Kehilangan bahan berbes Pengeluaran bahan kation berbes seperti magnesium (Mg2+), kalium (K+) dan kalsium (C+) melalui larut lesapan menyebabkan penurunan pH tanah. Kation berbes ini. Kation berbes yang larut ini akan digantikan oleh ion hidrogen (H+).c.Pereputan bahan organik Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik yang akan merendahkan pH tanah.d.Penggunaan baja seperti ammonium sulfat Apabila baja ammonium sulfat dicampur dengan tanah, ion ammonium, (NH+) akan dioksidakan kepada ion nitrat (NO3_) dan ion hidrogen (H+) melalui proses nitrifikasi. Ion H+

akan menurunkan pH tanah.e.Penambahan asid karbonik dari atmosfera Karbon dioksida bertindak balas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik. Asid akan menurunkan pH tanah.f. Respirasi akar dan organisma tanah

Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas ini akan bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid karbonik.

g. Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida Kedua-dua gas ini dihasilkan daripada tindak balas kilat yang mengabungkan gas nitrogen dan oksigen di atmosfera. Gas-gas ini dapat bertindak balas dengan air lalu menghasilkan asid nitrik.

Kesan pH Tanah Kepada Tanaman

Ketersediaan Nutrien

Page 23: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

23

Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. Nutrien lebih mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu. Ini memudahkan nutrien diambil oleh akar tumbuhan. Nilai pH terlalu rendah akan menyebabkan pembebasan ion ferum dan ion aluminium. Pada pH yang terlalu tinggi pula, ion kalsium dan ion magnesium akan dibebaskan. Keempat-empat ion tersebut bertindak balas dengan fosfat lalu membentuk sebatian fosfat yang tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dalam tanah apabila pH terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Aktiviti MikrobKebanyakan mikroorganisma yang bermanfaat kepada tumbuhan hidup dalam julat pH 5.5 hingga 7.8. Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila pH tanaha dalah di bawah 5.5. pH tanah yang rendah juga akan merencatkan aktiviti cacing tanah.

Penyakit TumbuhanPatogen merupakan penyebab penyakit. pH tanah yang rendah akan menyebabkan :

Patogen seperti kulat mudah membiak Tumbuhan sukar memperoleh nutrien yang diperlukan Pertumbuhan akar terjejas apabila pH terlalu tinggi atau rendah.

Unsur Perlu Untuk Pertumbuhan TumbuhanSesuatu unsur nutrien dianggap perlu jika

a.tumbuhan tidak dapat membesar dengan sempurna tanpa unsur tersebutb.tindakan unsur nutrien adalah spesifik dan tidak dapat diganti dengan unsur lainc. unsur nutrien tersebut bertindak secara langsung dalam tumbuhan. Unsur ini tidak

mempengaruhi penyerapan unsur lain.d.apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur nutrien tambahan, unsur tersebut akan

memperbaiki keadaan kekurangan yang berlakuNutrien-nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien diperlukan dalam kuantiti yang banyak, sementara mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Peranan nitrogen, fosforus dan Kalium dalam tumbuhan

Unsur Utama Nutrien

Peranan Dalam Tumbuhan Gejala Kekurangan

Nitrogen Komponen protein utama diperlukan untuk menghasilkan klorofil. Kehadiran nitrogen mempercepat proses tumbesaran tumbuhan dan melebihkan hasil daun

Klorosis (kekuningan) semua bahagian tumbuhan, bermula pada daun tua dahulu

Fosforus Kehadiran unsur ini mempercepat pengeluaran akar, bunga dan buah, mempercepat kematangan pokok dan menguatkan tangkai buah-buahan. Fosforus berperanan penting dalam penghasilan tenaga dan diperlukan di peringkat awal pembesaran tumbuhan

Daun berwarna hijau tua pada amnya dengan kehadiran warna kemerahan atau ungu pada daun atau petiol pada sesetengah tumbuhan

Kalium Menolong mempercepatkan pengeluaran buanga Daun tua mengandungi tanda

Page 24: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

24

dan buah serta tumbesaran tisu meristem. Turut menambahkan kekuatan pokok serta keupayaan menahan penyakit. Unsur ini diperlukan untuk metabolisme kanji, protein dan pengaktifan enzim

nekrosis (tisu mati) dengan tepi daun kelihatan seperti terbakar, daun muda mungkin menunjukkan klorosis antara urat daun

Amalan Untuk Membaiki Keadaan TanahKesuburan tanah merujuk kepada keupayaan tanah untuk menampung pengeluaran hasil tanaman yang memuaskan.

Tanah Yang Bermasalah di Malaysiaa.Tanah asid sulfat Merupakan sejenis tanah yang mengandungi tanah liat dengan pH kurang daripada 3.5. Kandungan aluminium dan ferum yang tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur.b.Tanah gambut Tanah gambut mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi serta saliran yang kurang baik. Tanah ini tidak memberi sokongan kepada akar pokok besar. Tanah ini berasid dan kekurangan beberapa mikronutrien seperti kuprum, mangan, zink, ferum, mobidenum dan boron.c.Tanah bris Tanah bris mempunyai kandungan pasir yang tinggi dan tidak berstruktur. Tanah ini mempunyai lapisan keras yang menghalang penembusan akar dan kurang daya penyimpanan air. Kekurangan air pada musim panas dan pHnya adalah sekitar 4.3 hingga 5.8.d.Tanah bekas lombong Mengandungi 80% pasir dan tidak berstruktur. Tanah bekas lombong terdiri daripada mineral kuarza dan tidak mengandungi air yang banyak kerana peratus ruang rongga yang tinggi.e.Tanah lempung Tanah lempung ialah tanah yang mengandungi kandungan liat yang tinggi. Kandungan liat yang tinggi menyebabkan tanah itu menjadi lekit apabila basah dank eras apabila kering. Jenis tanah ini mempunyai saliran yang kurang baik kerana mempunyai kadar peresapan air yang rendah. Tanah ini juga sukar digemburkan.

Cara Membaiki Keadaan Tanaha.Pembajaanb.Pemugaranc. Pengapurand.Pencegahan pengawalan hakisan tanah

Pembajaan

Page 25: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

25

Baja dapat dikelaskan sebagai baja kimia dan baja organik. Baja kimia terdiri daripada bahan kimia. Baja ini membekalkan satu nutrien utama atau lebih. Baja organik mengandungi nutrien utama tetapi dalam kuantiti yang lebih rendah daripad abaja kimia.Baja juga dapat dikelaskan sebagai

a.baja lurusb.baja campuranc. baja sebatiand.baa lengkap

Ciri-ciri bajaJenis baja Ciri-ciri

Baja lurus Membekalkan satu nutrien utama, manakala baja campuran dan baja sebatian dapat membekalkan lebih daripada satu nutrien utama

Baja campuran

Terdiri daripada bahan baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan.Baja ini biasanya mengandungi kandungan nutrien yang rendah

Baja sebatian Mengandungi nutrien yang telah disebatikan secara kimia. Kandungan nutriennya disediakan dalam pelbagai nisbah

Baja lengkap Mengandungi kombinasi semua nutrien utama yang diperlukan, iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium. Mikronutrien, campuran enzim dan pengawal tumbuhan semula jadi juga terdapat dalam baja jenis itu.

Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja. Gred baja ditunjukkan berdasarkan peratus nitrogen (%N), peratus fosforus pentoksida (%P2O5) dan peratus kalium (%K) yang dapat larut dalam air. Contoh baja dnegan gred 15-15-15 mengandungi 15 peratus nitrogen (%N), 15 peratus fosforus pentoksida (%P2O5) dan 15 peratus kalium yang larut dalam air (%K2O).

Contoh Soalan PengiraanTentukan gred campuran baja yang mengandungi 50 kg ammonium sulfat (20%N), 25 kg superfosfat tunggal (20% P2O5) dan 25 kg muriat potasy (60% K2O) dalam setiap 100 kg baja tersebut.Jawapan : 100 kg ammonium sulfat mengandungi 20 kg N

50 kg ammonium sulfat mengandungi 50 x 20/100 kg N = 10 kg N

100 kg superfosfat tunggal mengandungi 20 kg P2O5

25 kg superfosfat tunggal mengandungi 25 x 20/100 kg P2O5 = 5 kg P2O5

100 kg muriat potasy mengandungi 60 kg K2O 25 kg muriat potasy mengandungi 25 x 60/100 kg K2O = 15 kg K2O

Gred baja campuran tersebut ialah 10:5:15 atau 10-5-15

Anda ingin membuat baja campuran yang mengandungi 80 kg Nitrogen, 40 kg P2O5 dan 30 kg K2O sehektar. Baja yang disyorkan ialah urea (46%N), superfosfat Ganda Tiga (50% P2O5) dan muriat potasy (60 % K2O). Hitungkan kuantiti baja yang diperlukan untuk membaja kawasan seluas 2 hektar.

Jawapan :46 Kg N dibekalkan oleh 100 kg Urea

80 kg N memerlukan 80/46 x 100 = 173.9 kg Urea sehektar

Page 26: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

26

50 Kg P2O5 dibekalkan oleh 100 kg Superfosfat Ganda Tiga 40 kg P2O5 memerlukan 40/50 x 100 = 80 kg Superfosfat Ganda Tiga

60 Kg K2O dibekalkan oleh 100 kg Muriat Potasy 30 kg K2O memerlukan 30/60 x 100 = 50 kg Murait Potasy

Maka untuk 2 hektar,347.8 kg Urea160 kg Superfosfat Ganda Tiga100 kg Muriat Potasy

Penggunaan baja kimia mempunyai kelemahan contohnya larian baja nitrogen ke sumber air. Bekalan nitrogen yang berlebihan dalam sumber air akan menggalakkan pertumbuhan alga. Apabila alga dan tumbuhan akuatik mati, pereputan sisa-sisa tumbuhan itu akan mengurangkan bekalan oksigen.Baja organik dibuat daripada sisa tumbuhan atau haiwan yang telah reput seperti tinja haiwan, kompos dan sisa pertanian. Baja ini dapat membaiki keadaan fizik tanah.Baja dapat dibekalkan kepada tanaman melalui cara-cara berikut :

a.TaburanBahan baja ditabur secara sekata di atas permukaan tanah. Bahan baja yang biasa digunakan ialah CIRP. Bahan baja dibiar begitu atau kadang-kadang digaulkan bersama tanah biasanya selepas menyemai biji benih.Baja juga boleh diletaka pada sekeliling pangkal pokok dan pembajaan ini juga dikenali sebagai pembajaan permukaan dan melibatkan penggunaan baja nitrogen.

b. Alur Baja pepejal diletak dalam alur pada jarak 4 cm sebelah kanan dan kiri biji benih dan kira- kira 5 cm di bawah biji benih. Baja juga boleh diletak dalam jalur 4 hingga 5 cm dalam sisi barisan pokok. Pembajaan ini biasa dilakukan apabila pokok sudah berumur 4 hingga 8 minggu.

c.Poket Pembajaan secara poket dilakukan pada pokok buah-buahan atau pokok yang ditanam secara tunggal. Lubang-lubang poket digali sedalam 10 – 15 cm di hujung kanopi kerana bahagian ini merupakan bahagian zon akar yang aktif. Baja diletakkan dalam lubang-lubang poket dan ditutup semula.d.Semburan daun Larutan cecair baja boleh disembur untuk merawat kekurangan nutrien tertentu, khasnya mikronutrien. Larutan baja dicampur dengan racun perosak untik disembur pada masa yang sama bagi menjimatkan tenaga.

Kelebihan dan kekurangan menggunakan baja kimiaKelebihan Kekurangan

Baja kimia disediakan dalam bentuk granual yang mudah digaulkan dengan tanah

Baja kimia dapat dibekalkan kepada tumbuhan melalui semburan daun

Baja kimia membekalkan nutrien tunggal atau lebih daripada satu nutrien

Baja kimia yang diletakkan terlalu dekat dengan biji benih merosakkan biji benih itu.

Baja kimia yang berlebihan menyebabkan kerosakkan secara langsung kepada tumbuhan

Baja jenis nitrat ataupun ammonium sulfat

Page 27: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

27

Baa kimia disediakan dalam kandungan nutrien yang tinggi untuk menjimatkan ruang penyimpanan serta kos pengankutan

meninggalkan kesan keasidan kepada tanah Baja kimia berlebihan akan mencemarkan

bekalan air bawah tanah.

PengapuranBahan kapur ialah bahan yang mengandungi kalsium (Ca). Keberkesanan bahan kapur ditentukan oleh kehalusan bahan kapur dari kandungan bahan kimianya.Tujuan pengapuran ialah :

a.Mengurangkan keasidan tanah Tanah berasid dirawat dengan bahan kapur untuk mengurangkan keasidan tanah. Bahan kapur ditabur rata dan digaulkan dalam tanah.b.Membekalkan nutrien tumbuhan Kapur membekalkan kalsium dan magnesium untuk kegunaan tumbuhanc.Membaiki agregat tanah Bahan kapur meneutralkan cas-cas negatif pada kumin-kumin tanah dan menggalakkan kumin-kumin tanah ini bercantum. Selepas pengumpulan berlaku, kumin-kumin tanah dilekatkan oleh pelekat yang dihasilkan oleh pereputan bahan organik. Melalui proses ini lebih banyak agregat tanah terbentuk. Ia dinamakan proses pengagregatan tanah.

Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran ialah :a. Jenis tanaman Tanaman yang toleran terhadap keadaan tanah yang berasid tidak memerlukan bahan kapur yang banyak untuk merawat tanah itu.b.Jenis bahan kapur Kapur dolomit merupakan bahan kapur yang murah didapati dan boleh membekalkan kalsium dan magnesium. Batu kapur tohor kandungan kalsiumnya tinggi, kurang kaustik, tetapi tidak mudah digunakanc.Jenis tanah Tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur. Kuantiti bahan kapur yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis tanah.d.Kandungan bahan organik Bahan organik dapat menyerap kation seperti hidrogen (H+). Ion-ion hidrogen yang terjerap itu akan menentang tindakan kapur untuk mengubah pHnya.

PemugaranPemugaran adalah proses memecah dan melonggarkan keadaan tanah yang padat. Ia merangkumi kerja menggembur tanah dan menghapuskan rumpai.Operasi pemugaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemugaran primer dan pemugaran sekunder. Pemugaran primer merupakan kerja yang mula-mula sekali dijalankan sebelum menanam. Pemugaran sekunder dilakukan selepas operasi pemugaran primer.Alat pemugaran primer seperti bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan abajak pahat digunakan untuk memugarkan tanah padaa aras yang lebih dalam.Alat pemugaran sekunder seperti bajak sikat dan bajak penggembur digunakan untuk menggemburkan tanah dan menghaluskan keadaan tanah di lapisan atas atau pada paras yang cetek. Alat pembatas digunakan dalam pemugaran sekunder.Pemugaran yang lebih kerap tidak digalakkan kerana merosakan struktur tanah, kumin tanah yang terdedah mudah dilarikan oleh air hujan.

Page 28: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

28

Tujuan Pemugaran Primera.Menyediakan permukaan tanah yang sesuai untuk dikerjakan oleh alat pemugaran

sekunderb.Memotong dan membalikan tanahc. Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras

Tujuan Pemugaran Sekunder a.Menghasilkan keadaan tanah yang cukup halus untuk menanam atau menyemai. b.Memusnahkan rumpai c.Memncampur baja dan kimia pengawal perosak d.Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan e.Memusnahkan dan mengawal perosak f.Menyediakan batas tanaman

Pencegahan Dan Pengawalan Hakisan

Jenis-jenis hakisan tanaha.Hakisan permukaan

Hakisan peringkat awal. Pada peringkat ini satu lapis nipis permukaan tanah akan hilang b.Hakisan alur Hakisan pada peringkat kedua. Apabila air terus mengalir, alur kecil akan terbentuk di Permukaan tanah dan kemudian bertemu untuk menjadi aliran air yang lebih besar. Tanah Dihakis semakin dalam dan alur yang lebih besar akan terbentuk.

c.Hakisan lurah Jika hakisan di kawasan itu dibiarkan berterusan lurah akan terbentuk. Jenis hakisan ini dinamakan hakisan lurah.Jenis hakaisan ini berlaku apabila air berlebihan dibiar bertindak berterusan tanpa dikawal.

Prinsip pencegahan dan pengawalan hakisan tanah adalah :a.Melindungi permukaan tanah daripada timpaan hujan atau larian air

b.Mengelakkan pengaliran air daripada melalui saluran sempitc.Mengurangkan kelajuan larian air melalui amalan seperti membina teres, menanam

mengikut kontur atau membuat sungkupan.

Kaedah untuk mencegah hakisan tanah :a.Menanam penutup bumi

Pelbagai jenis tumbuhan penutup bumi boleh ditanam untuk menutup permukaan bumi Jenis tumbuhan kekacang seperti centro, puero dan calapo biasa digunakan. Tugas utama Tumbuhan yang digunakan adalah untuk menutup permukaan tanah dengan sempurna.

b.Membuat teres Amalan ini banyak dilakukan di tempat-tempat berbukit di Cameron Highlands. Amalan Ini bertujuan untuk megelakkan air hujan daripada mengalir terus menerusi lereng-lereng

Page 29: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

29

bukitc.Menanam mengikut kontur

Amalan ini biasanya dilakukan untuk kawasan di lereng-lereng bukit yang ditanam dengan pokok-pokok getah dan kelapa sawit. Pokok-pokok yang ditanam mengikut kontur dapat menghalang air hujan daripada mengalir menuruni sepanjang lereng bukit.

d.Membuat sungkupan Sungkupan terdiri daripada sebarang bahan yang dapat diletakkan di atas permukaan tanah untuk menghalang pengaliran air hujan. Selain sungkupan tanah mendapat faedah apabila bahan organik itu mereput. Kebaikan sungkupan : i. mengelakkan hakisan tanah melalui timpaan hujan dan larian air ii. mengelakkan pemadatan tanah melalui daya timpaan hujan atau laluan jentera. iii. menurunkan suhu tanah apabila permukaan tanah dilindungi daripada cahaya matahari secara terus. iv. memulihara kelembapan tanah apabila sejatan air dapat dikurangkan v. mengelakkan pertumbuhan rumpai kerana kekurangan cahaya matahari untuk biji benih rumpai bercambah.

e.Menanam secara jalur Tumbuh-tumbuhan yang ditanam mengikut jalur merentasi lereng bukit atau kawasan curam bertujuan untuk menghalang air daripada mengalir terus di sepanjang kawasan curam itu. Ini dapat menghalang tanah itu daripada dibawa oleh air.

f.Membina sistem peparitan Sistem saliran yang terdiri daripada parit-parit dapat memindahkan air yang berlebihan dari permukaan tanah. Apabila air mengalir dalam kuantiti yang banyak seperti semasa berlakunya banjir, kerosakkan tanah sangat serius.

Page 30: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

30

2.4 BiosisPerkataan biosis berasal daripada perkataan Yunani yang bererti benda hidup. Faktor biosis merangkumi semua benda hidup yang mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan secara tidak langsung dan secara langsung.Benda hidup memberi kesan manfaat kepada tumbuhan kerana membantu dalam penguraian sisa tumbuhan, menghasilkan toksin yang boleh membunuh serangga, membantu perhubungan simbiotik dengan akar tumbuhan, menjalankan proses pengikatan nitrogen serta penitratan.Kesan berbahaya benda hidup termasuklah merosakkan tumbuhan atau menyebabkan penyakit tumbuhan, menjadi parasit atau menyebarkan organisma lain yang membawa penyakit.Antara faktor yang mungkin mennggangu pertumbuhan ialah :

Faktor persekitaran Persaingan oleh rumpai Serangan penyakit Serangan organisma perosak

Jenis OrganismaPerosak dapat dianggap sebagai organisma yang berada di sesuatu kawasan yang tidak memerlukannya. Organisma yang berbahaya kepada tumbuhan dan hasil tumbuhan digelar perosak. Sesetengah organisma merupakan perosak tanaman, walau bagaimanapun terdapat juga yang bermanfaat kepada tumbuhan.Tanaman berpenyakit gagal menjalankan proses fisiologi biasa. Organisma yang menyebabkan keadaan ini digelar sebagai patogen. Antara patogen yang berbahaya ialah virus, bakteria dan kulat. Sesetengah kulat bersifat saprofit di mana ia mendapat makanan daripada benda mati atau reput. Organisma yang tidak menyebabkan penyakit secara langsung kepada tanaman tetapi membawa patogen dinamakan vektor.Organisma penyebab penyakit kepada tanaman biasanya hidup dalam tumbuhan tersebut. Pertumbuhan perumah akan terjejas kerana parasit ini mengambil makanan daripada perumahnya.

Ciri-ciri organisma yang penting kepada tanamanJenis Organisma Ciri-ciriVirus Organisma sangat halus yang mempunyai binaan ringkas

Parasit yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit tumbuhan Biasanya hidup dalam sel hidup sahaja Virus yang menyerang tanaman biasanya pelbagai bentuk seperti

polyhedral,rod, spiral dan bebola

Bakteria Bersel tunggal Bakteria yang menyerang tumbuhan biasanya berbentuk rod Mempunyai binaan seperti bebenang yang dikenali sebagai flagellum untuk

bergerak Hidup sebagai parasit di dalam tumbuhan atau sebagai saprofit di dalam

tanah

Kulat Organisma halus yang tidak mempunyai klorofil Terdiri daripada hifa yang dapat menghasilkan spora, iaitu binaan pembiakan

utama kulat dan cara utama kulat menyerang tanaman Kulat yang kebanyakannya adalah saprofit, membantu dalam pereputan

Page 31: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

31

bahan organik. Terdapat beberapa jenis kulat yang dapat menyebabkan penyakit pada

tanaman

Nematod Berbentuk silinder dan licin tanpa segmen atau kaki Mencucuk tisu tumbuhan untuk menghisap cecair tumbuhan dengan binaan

di mulut yang dipanggil stilet Keadaan iklim, tanah dan kegiatan pertanian menggalakkan pertambahan

nematod

Serangga Haiwan invertebrate yang mempunyai rangka luar yang kuat Badan bersegmen dan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu kepala,

toraks dan abdomen Toraks mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap Serangga merupakan kumpulan yang terbesar daripada keseluruhan jumlah

sepsis Ini membuktikan kemampuan daya penyesuaian serangga yang tinggi untuk

hidup di pelbagai persekitaran

Rumpai Rumpai yang tumbuh di persekitaran kawasan penanaman memberi persaingan kepada tanaman untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien, ruang dan air

Sesetengah rumpai mempunyai potensi untuk digunakan sebagai ubat dan diangap sebagai tumbuhan berguna

Kepentingan Ekonomi OrganismaPada umumnya perosak dianggap sebagai organisma yang berbahaya dan tidak berfaedah kepada manusia. Walau bagaimanapun terdapat beberapa organaisma yang bermanfaat keada tumbuhan dan manusia.

VirusVirus mempunyai kepentingan ekonomi kerana mampu berperanan sebagai agen pengawal perosak. Virus berkembang biak di dalam sel hidup dan menyebabkan penyakit secara spesifik. Gejala penyakit virus yang banyak terdapat pada tumbuhan ialah mozek, warna kekuning-kuningan dan corak bercincin atau bergaris, pertumbuhan terencat, daun berpilin, batang dan buah yang berlekuk, tumor dan sebagaianya.Virus disebar kepada tanaman sihat oleh :

Vektor seperti afid, lelompat daun, nematod dan kulat Biji benih yang telah terjangkit virus Peralatan ladang yang telah tercemar kepada virus Pekerja sewaktu bekerja di ladang

Antara penyakit yang kerap disebabkan oleh virus ialah penyakit merah virus (PMV) dan penyakit padi jantan.Kebanyakan virus adalah agen penyebab penyakit dan bersifat parasit kepada tanaman. Sebahagian kecil virus berfaedah kepada manusia. Virus berpotensi untuk digunakan sebagai agen kawalan biologi perosak.

BakteriaProses bermanfaat kepada tanaman yang melibatkan bakteria antaranya ialah :

Page 32: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

32

a.Penguraian bahan organikb.Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas seperti Azobecter dan Rhizobium

yang bersimbiotik dengan akar tumbuhan kekacang. Simbiosis merujuk kepada hubungan yang bermanfaat di antara dua organisma yang berlainan sepsis.

c. Penitratan yang dilakukan oleh Nitrobacter dan Nitrosomonas.Bakteria seperti Bacillus thuringiensis merupakan agen pengawal biologi yang penting. Ia digunakan untuk mengawal pelbagai jenis ulat. Kini gen Bacillus thuringiensis telah berjaya dimasukkan ke dalam sel tumbuhan untuk mencegah serangan serangga.Bakteria penyebab penyakit menyerang tumbuhan melalui stoma, lentisel, bunga atau luka.

Beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh bakteriaTanaman Penyakit Bakteria Penyebab

Padi Hawar daun Xanthosomas sppKelapa sawit Reput tunas Ervinia sppNanas Buah busuk Ewinia spp

KulatKulat yang bersifat saprofit bertindak sebagai agen pengurai bahan organik di dalam tanah. Kulat mikoriza penting kerana bersimbiotik dengan akar beberapa tumbuhan. Ia membantu akar tumbuhan mengambil nutrien terutamanya fosforus daripada tanah. Pada masa yang sama, akar membekalkan karbohidrat dalam bentuk gula kepada kulat..Kulat memasuki tisu tumbuhan melalui luka, stoma, kutikel dan epidermis. Semasa berada dalam tisu tumbuhan, kulat mengambil nutrien daripada perumah untuk pertumbuhan. Ini menyebabkan berlakunya rekasi daripada tumbuhan yang mengakibatkan penyakit. Tanda penyakit yang disebabkan oleh kulat terbahagi keada tiga kumpulan berikut :

a.tisu mati reput, melecuh, antraknos, bintik, hawar dan kerupingb.pertumbuhan berlebihan atau perubahan rupa bentuk bonggol, ikal daun, akar tongkol dan penyakit penyapu c.tanda-tanda lain karat, kulapuk dan layu

Kulat juga berpotensi mengawal serangga Hampir 570 spesis kulat dapat menyerang serangga.

Beberapa penyakit kulat tanamanTanaman Penyakit

Padi KarahKelapa sawit Reput batang, reput pangkal, reput tandanPokok getah Penyakir akar putih, penyakit akar merah, penyakit keguguran daun, penyakit

calar hitam pada tapak torehan, penyakit cendawan angin

NematodNematod yang hidup bebas di dalam tanah mempunyai nilai ekonomi kerana mampu membantu proses penguraian bahan organik. Terdapat nematod yang mampu menyerang dan menjadikan serangga seperti belalang dan rama-rama sebagai perumah. Nematod turut memakan bakteria, kulat atau nematod lain.Nematod merosakan tumbuhan melaui rembesan air liurnya yang dapat mencernakan kandungan sel tumbuhan.

Page 33: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

33

Tanda serangan nematod ialah bonggol atau benjolan akar kecederaan akar akar yang banyak bercabang reput akar

Kerosakan tanaman yang disebabkan oleh nematod adalah berpunca daripada rembesan air liur yang mencederakan tisu akar interaksi nematod dengan organisma lain perananya sebagai pembawa virus.

SeranggaSerangga yang menyerang tanaman mempunyai dua jenis mulut iaitu

a.mulut jenis mengigit dan mengunyahb.mulut jenis mencucuk dan menghisap

Serangga mempunyai kepentingan ekonomi yang khusus kerana : membantu proses pendebungaan Beberapa contoh serangga adalah seperti lebah madu, kupu-kupu dan lalat memperbaiki keadaan tanah Lubang yang digali oleh semut dan kumbang membolehkan udara meresap ke dalam tanah pemangsa kepada serangga perosak Kumbang kura-kura ialah serangga pemangsa kepada afid (kuta daun)

Pada masa yang sama serangga juga membawa kemudaratan seperti : merosakan tanaman Daun, batang , akar dan buah dirosakkan oleh belalang kunyit, kumbang tanduk, larva beberapa jenis rama-rama dengan memakan tisu tumbuhan dan meninggalkan tanda berlubang-lubang pada bahagian yang diserang membawa pelbagai penyakit Benah hijau dan benah perang adalah vector kepada jenis penyakit virus padi

Beberapa contoh perosak tanamanTanaman Perosak

Padi Pianggang, benah hijau dan benah perangKelapa sawit Kumbang tanduk dan kumbang gajahPokok getah Anai-anai, kumbang kaboi dan hamama lebar

RumpaiRumpai merujuk kepada tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di kawasan penanaman. Kesan negatif rumpai temasuklah

biji benih dan bahagian rumpai yang lain dapat merendahkan mutu hasil tanaman kulat pada bahagian rumpai menjangkiti bijirin dan merosakkannya rumpai menjadi tempat perlindungan perosak atau penyakit tumbuhan

Pengawalan OrganismaBiasanya kerosakkan yang disebabkan oleh perosak tidak begitu ketara jika bilangan perosak tidak banyak. Masalah akan timbul apabila populasi serangga meningkat ke paras yang lebin tinggi mengakibatkan hasil tanaman tidak dapat diperolehi lagi.

Page 34: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

34

Pendekatan yang lebih berkesan adalah dengan menentukan bilakah masa yang sesuai untuk bertindak. Jika populasi perosak tidak begitu tinggi dan kerosakkan yang berlaku masih tidak ketara maka tindakan kawalan boleh ditangguhkan.Pendekatan lain yang boleh diamalkan adalah dengan mengambil contoh perosak di ladang dan memantau perubahan populasi.

Aras kecederaan

Ambang ekonomi Populasi perosak Aras keseimbangan am

masa Rajah : Graf dinamik populasi perosakGraf seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas dilakarkan sebelum memulakan kawalan perosak. Analisis graf membolehkan paras populasi ditetapkan pada graf :

a.Aras keseimbangan am Aras ini adalah satu aras pada graf analisis populasi perosak yang menunjukkan populasi perosak yang stabil berdasarkan interaksi perosak dengan keadaan persekitaran. Bilangan perosak masih berada pada paras tidak berbahaya dan tindakan kawalan tidak

diperlukan. Kawalan oleh musuh semula jadi mungkin berlaku pada masa ini.b.Aras ambang ekonomi Aras ini adalah aras penentu untuk bertindak berdasarkan aras populasi perosak. Apabila bilangan perosak melebihi aras ini, maka populasi perosak telah mencapai tahap yang berbahaya dan mesti dikawal. Jika tindakan tidak diambil maka bilangan perosak akan mencapai tahap kecederaan ekonomi dan menyebabkan kerugian yang besar.

Konsep pengawalan perosak berasaskan populasi perosak membolehkan kita menentukan masa yang paling sesuai untuk memulakan tindakan kawalan. Kawalan perosak tidak dijalankan setiap masa tetapi hanya apabila mencapai aras ambang ekonomi.

c.Aras kecederaan ekonomi Ini adalah aras di masa populasi telah mencapai tahap yang menyebabkan kerugian. Bilangan perosak yang melebihi aras ini akan menyebabkan kerugian yang tidak boleh di atasi lagi. Sepatutnya kawalan perosak dilakukan sebelum populasi mencapai aras kecederaan ekonomi.

Kaedah Pengawalan Perosak

Kaedah pengurusanPerosak bersepadu

Page 35: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

35

Kaedah fizikal Kaedah biologi

PEROSAK DAN ORGANISMAPEMBAWA PENYAKIT

Kaedah kultur Kaedah kimia

KaedahUndang-undang

Rajah : Strategi pengawalan perosak

Kaedah FizikalKaedah ini melibatkan penggunaan beberapa alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak.Ciri-ciri kaedah fizikal untuk mengawal perosakKaedah Ciri-ciriSekatan Mekanik

Satu kaedah sekatan mekanik ialah penggunaan jarring kalis serangga. Kaedah ini berkesan dalam penanaman kubis kerana berjaya mengawal populasi rama-rama Plutella xylostella. Kaedah ini sangat popular kerana : Kos yang rendah Mengurangkan penggunaan racun sebanyak 30% – 70 % Cahaya dapat dikurangkan sebanyak 12 % Sesuai untuk semua sayuran berdaun serta sayuran temprat

SekatanTingkah laku

Sekatan ini berdasarkan tingkah laku perosak yang terangsang oleh bunyi, cahaya atau bau bahan kimia. Contohnya, burung ditakutkan dengan menggunakan orang-orangan atau abahan letupan. Perangkap menggunakan bahan kimia penarik perosak dan cahay turut digunakan.

PerubahanPersekitaranPerosak

Melalui kaedah ini, suhu, kelembapan atau kandungan oksigen di persekitaran perosak akan diubah. Antara contoh amalan kaedah ini ialah : Memaksa perosak keluar dari lubang persembunyiannnya dengan menggunakan air atau asap Meningkatkan suhu antara 52 °C – 54 °C untuk membunuh serangga perosak barang simpanan Menyimpan bijirin di dalam bekas kedap udara

Kaedah KulturKaedah ini merupakan cara mengawal perosak yang merangkumi amalan-amalan tanpa menggunakan bahan kimia untuk megawal perosak.Kaedah ini berperanan untuk menganggu perkembangan atau kitaran hidup perosak. Gangguan ini termasuklah menyekat perosak daripada sumber makanannya dan mendedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai.Kaedah kawalan kultur

Kaedah Ciri-ciriPemugaran Tanah

Perosak akan terdedah kepada cahaya matahari terik dan pemangsa seperti burung Perosak akan mati apabila terkena alat pemugar

Page 36: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

36

MenggilirkanTanama

Cara ini berkesan untuk :a. perosak yang mempunyai perumah khususb. perosak ini apabila hilang punca makanan kesan mengubah jenis

tanaman

VarietiResistan

Banyak jenis tanaman resistan apabila mencapai peringkat kematangan. Varieti yang resistan ini sangat berkesan dan secara langsung mengurangkan penggunaan racun serangga Varieti terbaru padi misalnya resistan terhadap perosak membantu mengurangkan kesan kerosakan dan menyekat populasi dan penyebaran penyakit Varieti baru ini juga membantu meningkatkan kepelbagaian genetik dalam sesuatu eksistem

PenanamanCampuran

Pelbagai tanaman yang ditanam di sesebuah kawasan akan menyebabkan bekalan makanan menjadi terhad kepada perosak Menanam tanaman penolak (repellant) Penanaman campuran juga mengalakkan kewujudan lebih banyak pemangsa

Amalan Penanamanyang baik

Amalan ini merujuk kepada penggunaan biji benih yang bersih dan bebas daripada penyakit, penanaman mengikut jarak yang sesuai dan amalan menjaga kebersihan kawasan ladang dengan membuang sisa-sisa yang mungkin melindungi perosak Melalui cara ini, tanaman yang lebih sihat akan dihasilkan dan mampu bertahan daripada penyakit ataupun perosak

Kaedah BiologiKawalan biologi ditakrifkan sebagai penggunaan organisma seperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja untuk mengurangkan populasi perosak. Kawalan biologi bermula dengan pengenalan musuh semula jadi perosak dan diikuti kajian tentang perumah musuh semula jadi.

Kawalan biologiAgen Kawalan biologi Untuk MengawalTebuan Cortesia plutellae Larva rama-rama Plutella xylostella di kebun

sayurBakteria Bacillus thuringiensis Larva dan rama-rama di kebun sayurBurung hantu dan ulat senduk Tikus di ladang kelapa sawit dan sawahPokok bunga tahi ayam (Tehetes sp) dan rembesan asparagus

Beberapa jenis nematod

Semut hitam koko Perosak lenggai koko (kepinding nyamuk)

Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi

Page 37: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

37

Kebaikan Kawalan Biologi Kelemahan Kawalan Biologi Mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar kesan daripada penggunaan racun kimia Selamat digunakan oleh petani Mengurangkan kos pengurusan perosak untuk suatu jangka masa yang panjang

Perosak tidak dapat dihapuskan kesemuanya Pemangsa yang dibawa masuk mungkin menyerang organisma lain yang bermanfaat Pemangsa tidak dapat mengawal semua perosak di sesuatu kawasan Bilangan perosak lain mungkin meningkat dan menjadi lebih serius kerana kurang persaingan daripada perosak yang dikawal Teknik pembiakan dan penyebaran musuh semula jadi yang khusus diperlukan Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan pemangsa perlu diketahui terlebih dahulu Kesan kawalan mengambil masa yang lama

Kaedah KimiaKaedah ini paling digemari oleh pengusaha-pengusaha pertanian kerana memberi kesan yang cepat. Masalah timbul apabila racun kimia digunakan secara keterlaluan sehingga terdapat perosak yang menjadi kebal terhadap racun-racun tersebut.Racun perosak dapat dikelaskan mengikut cara tindakannya ke atas perosak.

Pengelasan jenis racun perosak mengikut cara tindakanJenis Racun Ciri-ciri Contoh

Racun perut Racun yang berbentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan ini membunuh apabila dimakan oleh perosak Digunakan sebagai umpan / sembur

Racun serangga seperti malathion Racun tikus seperti zink fosfida dan warfarin

Racun sentuh Racun ini membunuh apabila terkena perosak, memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau menganggu sistem saraf. Digunakan dalam bentuk semburan kabus

Racun serangga seperti karbarit, heptachlor dan BHC Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa Racun rumpai seperti parakuat

Racun sistemik Bahan kimia ini akan meresap melalui sistem vaskular tumbuhan kea rah daun dan bahagian tumbuhan menyebabkan tanaman beracun kepada perosak

Racun kulat seperti benomil Racun serangga seperti dimetoat dan furadan

Page 38: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

38

Racun pewasap(fumigant)

Racun dalam bentuk wasap ini membunuh perosak yang tersedut masuk ke dalam sistem respirasinya

Metil bromide, kloropikrin, natrium fluoride dan vapam

Kelebihan dan kelemahan kawalan kimiaKelebihan Kelemahan

Mudah digunakan Berkesan dengan cepat Dapat digunakan pada bila-bila masa Mudah didapati di pasaran Banyak jenis perosak dapat dikawal kerana tindakannya yang luas

Mencemar alam sekitar Mencederakan tisu Berkemungkinan membunuh pemangsa Mewujudkan perosak yang resistan terhadap racun Meninggalkan kesan bau dan rasa pada hasil tanaman

Langkah Keselamatan Apabila Menggunakan Racun Kimia Gunakan racun kimia yang paling sesuai dengan sesuatu jenis perosak Baca maklumat yang terdapat pada setiap bungkusan atau botol racun Sukat kadar racun yang hendak digunakan dengan tepat Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum menggunakannya Jangan sentuh, hidu atau merasa racun kimia Gunakan kayu atau benda lain yang sesuai untuk membancuh racun kimia (JANGAN GUNAKAN TANGAN UNTUK MEMBANCUH BAHAN KIMIA) Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun Pakai pakaian pelindung yang sesuai Bersihkan semua alat sebelum dan selepas menggunakannya Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat Simpan racun kimia di tempat yang selamat dan berkunci Tanam semua bekas dan sisa racun Dapatkan rawatan doctor dengan segera sekiranya berlaku kemalangan

Maklumat pada label racun kimia menerangkan : Pengelasan racun Bagaimana digunakan Cara menyediakan ramuanya dan alat yang perlu Cara menyimpan atau menghapuskan racun Jenis pakaian keselamatan yang perlu Kadar penggunaanya Maklumat tentang tarikh luput Perosak sasaran Tahan keracunan kepada haiwan dan manusia Langkah-langkah keselamatan Ubat penawar yang boleh digunakan Gejala keracunan

Page 39: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

39

Kaedah Undang-undangKaedah penguatkuasaan undang-undang hanya berkesan untuk mengawal perosak atau penyakit yang belum wujud di negara ini. Untuk mengekang perabakan perosak atau penyakit yang sedia ada pendekatan kuarantin diamalkan. Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada penguatkuasaan undang-undang yang ditetapkan.

Kawalan cara undang-undangKaedah

Kuarantin Bahan tumbuhan yang dibawa masuk dari luar negara harus diperiksa terlebih dahulu dan disahkan bebas daripada perosak atau penyakit

Penghapusan Kaedah ini penting dalam mengawal penyakit hawar daun pokok getah dari USA. Bahagian tumbuhan yang berpenyakit dikeluar dan dihapuskan Cara ini berkesan untuk menghapuskan penyakit lenggai hitam koko yang disebabkan oleh kulat Phytophora palmivora

Peraturan Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981

Pensijilan Biji benih dan bahan tumbuhan yang dibawa masuk perlu mendapat sijil yang mengesahkannya bebas daripada penyakit sebelum digunakan Akta Racun makluk Perosak 1974 pula menetapkan peraturan bagi kedai-kedai menjual dan menyimpan racun makluk perosak

Pengurusan BersepaduPengurusan Perosak Bersepadu adalah pendekatan sistem pengurusan yang melibatkan menggembleng beberapa kaedah kawalan perosak kea rah mengurangkan kerosakkan tanaman.Sebelum pengawalan melalui Pengurusan Perosak Bersepadu dijalankan, beberapa perkara perlu dikaji terlebih dahulu seperti : Ekologi perosak Kos perlaksanaan Kaedah pengawalan yang berkesanKaedah Pengurusan Perosak Bersepadu melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling melengkapi seperti: Penggunaan varieti resistan Amalan kultur Pemantauan dan ramalan perosak Kawalan biologi Penggunaan kimia secara bijaksanaMusuh semula jadi digalakkan bertambah di samping menjalankan kawalan secara kultur. Bahan kimia juga digunaklan secara terkawal supaya tidak mencemarkan alam sekitar.

Page 40: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

40

Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu mengalakkan petani mengguna pakai prinsip ekologi dalam pengurusan ladang di samping mengoptimumukan penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem yang cekap dan berkesan. Musuh semula jadi memainkan peranan dalam mengawal populasi perosak.Kaedah Pengurusan Perosak Bersepadu menghadapi beberapa masalah :

Pengetahuan tentang ekologi perosak masih kurang Petani keberatan untuk menerima pakai kaedah ini Keberkesanan kawalan tidak tidak dapat dilihat dengan segera Tenik membiakkan musuh semula jadi perosak turut menimbulkan masalah Petani kurang berpengatahuan

Contoh Pengurusan Perosak BersepaduKawalan Bersepadu Benah PerangLangkah kawalan yang disyorkan bagi kawalan benah perang ialah :

Tanaman varieti yang resistan terhadap bena perang Penggunaan baja nitrogen secara terkawal Mengamalkan penanaman serentak Elakkan semburan racun pada peringkat awal penanaman Elakkan penggunaan racun serangga yang mempunyai spectrum luas sekiranya

semburan racun serangga perlu dibuat untuk mengawal perosak lain Mengenal pasti musuh-musuh semula jadi yang utama seperti labah-labah,

Crytorhinus sp. dan kumbang pemangsa Racun serangga yang lebih khusus Penggunaan perangkap cahaya Pengawasan secara kerap oleh petani di kawasan yang terlibat Jika serangan didapati merebak, pengeringan sawah dapat mengurangkan populasi

benah perang

2.5 GenetikSains genetik mengkaji hukum dan proses berkenaan pewarisan ciri-ciri tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Bahan genetik sel merujuk kepada kandungan kromosom dalam nukleus sel organisma berkenaan. Setiap kromosom membawa beribu-ribu unit pewarisan organisma yang dikenali sebagai gen. Setiap gen menentukan pewarisan ciri tertentu.

Page 41: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

41

Kajian sains genetik membantu kita memahami bagaimana tanaman dan ternakan mewarisi ciri-ciri tertentu dan ini dapat membantu usaha pembiakbakaan, iaitu suatu proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik tanaman dan ternakan kepada ciri-ciri yang dikehendaki.Klon pula merujuk kepada sekumpulan tumbuhan yang dibiak daripada pokok induk yang sama melalui cara aseks.

2.5.1 Ciri Tumbuhan Yang DikehendakiMatlamat utama pembiakbakaan adalah untuk mendapatkan jenis tumbuhan yang lebih baik daripada yang sedia ada. Ciri tanaman yang dikendaki semasa melakukan pembiakbakaan ialah :

1.Cepat mengeluarkan hasil Tanaman yang cepat matang memerlukan tempoh masa yang singkat untuk mengeluarkan hasil. Tempoh matang yang pendek membolehkan penanaman ulangan berganda dilakukan.

Contoh Durian Siam seperti D129 (Chanee), D130 (Kan Yan), dan D131 (Kato) mengambil masa matang kira-kira 125 hari dari peringkat pengeluaran bunga sehingga peringkat buah gugur. Klon D99 yang diperkenalkan mempunyai tempoh matang yang lebih pendek iaitu 90 hari sahaja

2.Hasil tinggi Objektif utama kebanyakan program pembiakbakaan ialah memperkenalkan tanaman baru yang berupaya mengeluarkan hasil tinggi. Ini kerana lebih banyak makanan perlu dikeluarkan untuk memenuhi keperluan makanan penduduk dunia yang meningkat. Contoh benih kopi polihibrid yang dikeluarkan oleh MARDI, iaitu MCL 34, MCL 43, MCL 44 dan MCL 46 (untuk kopi Liberica) dan MCR 09, MCR 10, MCR 11 dan MCR 16 ( untuk kopi Robusta) mampu mengeluarkan hasil sebanyak 1.7 tan metrik sehektar berbanding 0.75 tan metrik sehektar untuk benih biasa.3.Hasil berkualiti Kualiti hasil tanaman ditentukan oleh kelazatan, kandungan gula dan nutrien yang tinggi serta warna isi atau bentuk buah ayang seragam. Pelanggan sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan buah-buahan yang lebih baik. Contoh durian D 24 dianggap sebagai salah satu klon yang terbaik dan digemari di pasaran tempatan.4.Resistan terhadap penyakit dan perosak Resistan merujuk kepada ciri-ciri tumbuhan atau haiwan yang mampu menangkis atau menghalang perkembangan patogen dan serangga perosak. Tahap resistan tanaman terhadap serangan penyakit dan perosak biasanya disebabkan oleh halangan mekanik tumbuhan seperti duri resin, bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak. Contoh sifat pokok tomato dan kacang soya yang berbulu menyebabkan vector virus seperti lelompat daundan afid tidak menghampiri tanaman tersebut. Ini secara langsung mengurangkan penggunaan racun mahluk perosak.

Page 42: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

42

5.Bernilai estetik Nilai estetik timbul daripada kecenderungan dan citarasa pembeli mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk atau aroma. Bau merupakan satu ciri estetika bagi beras wangi keluaran Malaysia MRQ50 yang mempunyai kualiti standing dengan beras Basmathi. Buah rambutan berwarna merah seperti R161 lebih digemari oleh penduduk tempatan berbanding klon R156 yang berwarna kuning.

2.5.2 Kaedah Menghasilkan Varieti BaruKejayaan dalam aktiviti pembiakbakaan tanaman membolehkan varieti baru dihasilkan. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah :

1.Mengenal pasti baka yang berpotensi Tujuan memperkenalkan tumbuhan yang berpotensi dalam program pembiakabakaan adalah untuk menyediakan populasi tumbuhan yang pelbagai sifat. Melalui cara mengenal pasti baka berpotensi, penilaian dapat dilakukan terhadap populasi tumbuhan sebelum memilih pokok induk yang sesuai. Jenis tumbuhan yang dikenalpasti termasuk :

Varieti yang sedang ditanam Tumbuhan lain daripada genus yang sama Tumbuhan liar yang tumbuh di tempat asal tanaman itu

2.Melakukan pemilihan Pokok insuk yang sesuai perlu dipilih daripada populasi tumbuhan yang diperkenalkan sebelum proses kacukan dilakukan. Pemilihan dilakukan setelah :

Mengesan sifat yang dikehendaki dalam populasi tumbuhan yang pelbagai sifat Membuat penilaian membandingkan prestasi pokok tersebut dengan pokok lain.

Penilaian dijalankan untuk menentukan sifat agronomi yang baik seperti hasil yang tinggi, sifat hasil yang baik dan kesesuaiannya dengan kawasan penanaman. 3.Melakukan pengacukan Pengacukan dilakukan untuk menggabungkan bahan genetic daripada dua pokok induk. Hasil Pengacukan antara pokok induk ini dikenali sebagai hybrid. Anak pokok yang dihasilkan kini Mempunyai kombinasi baru bahan genetik. Kini terdapat teknik lebih moden yang menggunakan bioteknologi, khasnya kejuruteraan genetik, untuk melakukan pengacukan. 4. Menguji generasi F 1 Pokok F 1 anak pokok generasi pertama ialah anak pokok dihasilkan daripada penggabungan bahan genetik kedua-dua pokok induk secara kacukan. Anak pokok generasi F 1 yang mempunyai prestasi lebih baik daripada kedua-dua pokok induknya dijadikan punca biji benih untuk penanaman secara meluas. Menguji anak pokok generasi F 1 merupakan amalan asas pembiakbakaan. Pengujian dilakukan berdasarkan sifat tertentu seperti daya pengeluaran atau resistan terhadap

Page 43: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

43

penyakit. Hasil yang diperoleh kemudian dibandingkan dengan anak pokok yang lain. Anak pokok yang berpotensi dikenal pasti dan digunakan untuk langkah pembiakbakaan seterusnya.

2.5.3 PembiakanPembiakan dilakukan untuk memperbanyakkan tumbuh-tumbuhan yang dikehendaki. Tanaman yang diperlukan untuk pertanian dapat dibiak melalui cara seks atau aseks. Kaedah yang digunakan bergantung kepada ketersediaan bahan menanam serta kos untuk mengeluarkan bahan penanaman.

Kaedah seksPembiakan cara seks melibatkan penghasilan biji benih pendebungaan. Selepas itu proses persenyawaan berlaku dalam ovari bunga untuk menghasilkan biji benih.

Biji benihBiji benih merupakan ovul matang yang terkandung di dalamnya embrio dan simpanan makanan.Contoh tanaman yang ditanam melalui biji benih ialah jagung, langsat, sayur-sayuran dan manggis.Cara pembiakan menggunakan biji benih mudah dilakukan kerana:

Kuantiti biji benih yang banyak melibatkan kos yang paling rendah

Kaedah aseksPembiakan cara aseks melibatkan penggunaan bahagian-bahagian tampang tumbuh untuk menghasilkan pokok baru.

KeratanKeratan sesuai digunakan untuk memperbanyakan jenis tumbuhan. Cara ini cepat dan mudah dilakukan. Bahan penanaman yang dihasilkan lebih seragam dan keratan mudah dikendalikan. Bahagian batang, daun dan akar boleh dijadikan keratan.Kebanyakan pokok bedar jarang dibiak melalui keratan batang kerana mempunyai sistem akar yang kurang mencengkam dengan kuat.

TutTut juga dikenali sebagai markot. Ia merupakan satu kaedah mengakar dahan yang masih melekat pada pokok induk. Akar adventitius didorong tumbuh daripada keratan. Tut boleh dilakukan kepada pokok hiasan seperti pokok puding dan pokok buah-buahan seperti limau, ciku, jambu air dan jambu batu.Masalah utama kaedah tut ialah bilangan bahan tanaman adalah terhad dan tidak sesuai dilakukan pada dahan tua. Oleh itu tut hanya sesuai sekiranya cara lain sukar dijalankan.

CantumanCantuman ialah teknik menyatukan bahagian-bahagian tumbuhan supaya ia tumbuh sebagai satu tumbuhan baru.Bahagian tumbuhan yang menjadi bahagian atas cantuman dinamakan tunas baka dan bahagian yang membentuk bahagian bawah atau akar dinamakan pokok penanti.

Page 44: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

44

Pokok penanti yang dipilih mestilah subur dan sihat. Kayu mata tunas mestilah juga sihat dan segar. Cantuman tidak akan berjaya jika mata tunas dan pokok penanti tidak serasi.Satu lagi teknik cantuman ialah cantuman baji. Ia telah diamalkan untuk beberapa jenis tanaman seperti manggis, ciku dan durian.Perbezaan kaedah cantuman dengan kaedah tutKaedah Cantuman Kaedah Tut

Baka yang diperlukan diambil daripada mata tunas atau keratan pucuk pokok terpilih

Cantuman tunas membolehkan lebih daripada satu mata tunas diperoleh

Sebahagian daripada dahan pokok terpilih didorong untuk mengeluarkan akar sebelum diasingkan daripada pokok induk

Satu bahan penanaman sahaja diperoleh daripada bahan yang dirawat

Organ penyimpananTumbuhan menggunakan struktur seperti daun, batang dan akar sebagai organ penyimpanan makanan. Contohnya bebawang, stolon, rizom dan umbisi adalah organ penyimpanan yang diubahsuai daripada batang tumbuhan.Cara membiak dengan menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan itu adalah terhad kerana tidak banyak pokok boleh dihasilkan apabila struktur itu dibahagi-bahagikan.

Pembahagian rumpunKaedah pembahagian rumpun dilakukan untuk membiak tumbuhan yang mempunyai rizom, stolon dan ubi-ubi akar.Melalui kaedah ini rumpun dikeluarkan dan bahan tanaman yang sesuai sama ada stolon, rizom atau bebawang diasingkan mengikut saiz yang sesuai.Rizom dan stolon biasnya ditanam dalam alur yang cetek sementara bebawang ditanam dalam lubang yang cetek.

Kultur tisuKultur tisu ialah kaedah membiak tanaman di dalam medium akar dan persekitaran buatan dalam keadaan steril iaitu tanpa mikroorganisma. Pokok yang terbentuk melalui kultur tisu disebut klon. Tisu yang dikultur kebiasaannya merupakan tisu seragam yang dinamakan kalus.Pembentukan sel-sel baru diaruhkan di dalam medium tertentu. Pembentukan pucuk dan akar diaruh menggunakan medium yang mengandungi pengawalatur auksin dan sitokinin.Tisu eksplan diambil dari sel yang aktif seperti sel meristem. Tisu ini perlu disterilkan dengan merendamnya dalam larutan netrium hipoklorit. Selepas itu eksplan dicuci dalam air suling yang disteril.Seterusnya eksplan itu di masuk ke dalam bekas yang mengandungi cecair steril. Medium cecair steril itu mengandungi air, mineral, vitamin, gula dan sedikit auksin.Berikutnya kerja memindahkan tisu dilakukan dengan menggunakan alat khas seperti kotak beraliran laminar dalam bilik yang bebas daripada pencemaran agen penyakit. Kemudian eksplan digoncang dalam bekas pada kadar tertentu selama beberapa hari untuk meleraikan sel-sel kalus.Kepingan-kepingan kalus dikeluarkan dan disusun di atas medium pepejal steril di bawah cahaya. Setelah pucuk terbentuk, ia dipindahkan ke medium pepejal baru untuk menggalakkan pembentukan akar.Anak pokok kemudiannya dipindahkan ke pasu yang mengandungi medium steril denganberhati-hati dan diberi penjagaan rapi. Setalh besar tumbuh-tumbuhan itu boleh di alih ke ladang.

Page 45: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

45

Kultur tisu sesuai untuk orkid bagi mengatasi peratusan percambahan biji benih orkid yang rendah.

2.6 Pengawalatur Pertumbuhan

2.6.1 PengenalanPengawalatur pertumbuhan merangkumi hormon iaitu bahan semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuhan serta bahan kimia sintetik yang digunakan untuk menghasilkan kesan yang serupa dengan hormon semula jadi bagi mengawal gerak balas pertumbuhan tumbuhan.Pengawal pertumbuhana adalah :# bahan kimia yang sintetik seperti IBA (asid indolbutirik) dan Ethrel# hormon semula jadi yang diekstrak daripada tisu tumbuhan seperti IAA (asid indo-asetik) dan asid giberelik.Pengawalatur pertumbuhan hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mendapatkan hasil perubahan pertumbuhan yang ketara.Kepentingan pengawalatur pertumbuhan ialah :

Penggunaan pengwalatur pertumbuhan seperti racun rumput 2,4-D dan 2,4,5-T Mengawal beberapa proses fisiologi tumbuhan seperti aruhan pendebungaan dan

pengeluaran buah, percambahan biji benih dan pembiakan tumbuhan Dalam bidang florikultur, ia digunakan sebagai perencat pertumbuhan berbunga supaya lebih rendah atau untuk menghasilkan populasi tumbuhan yang lebih tinggi. Pengkulturan tisu tumbuhan Pengawalan pengeluaran pucuk sisi tanaman.

2.6.2 Kesan Pengawalatur PertumbuhanPengawalatur pertumbuhan terdiri daripada lima jenis hormon iaitu :

a.Auksinb.Sitokininc. Asid giberelikd.Etilenae.Perencat pertumbuhan

Auksin Auksin adalah bahan pengawaltur pertumbuhan yang menyebabkan pemanjangan sel. Asid indol asetiik (IAA) adalah auksin semula jadi dihasilkan oleh tisu meristem aktif. Auksin sintetik seperti asid naftalena asetik (NAA) digunakan sebagai hormon pengakaran. Kesan auksin ke atas tumbuhan : i. Pertumbuhan kearah sumber cahaya (fototropisme) Pertumbuhan batang ke arah cahaya adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang lebih cergas di bahagian pucuk yang terlindung daripada cahaya. ii. Pertumbuhan akar ke arah graviti (geotropisme) Pertumbuhan akar ke arah graviti disebabkan oleh pengumpulan auksin di bahagian bawah

Page 46: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

46

akar yang lebih dekat dengan tanah akibat tindakan graviti. iii. Kedominan apeks Kedominan apeks disebabkan oleh penghasilan auksin yang lebih oleh mata tunas pada hujung pucuk yang dinamakan mata tunas apeks. Auksin yang dihasilkan itu akan merencatkan pertumbuhan mata tunas sisi. Apabila mata tunas apeks itu dibuang, kesan auksin yang dihasilkan oleh mata tunas apeks sudah tiada, maka mata tunas sisi akan tumbuhan lebih cepat.

iv. Pembentukan bunga Pembentukan bunga dipengaruhi oleh auksin dan giberelin. Auksin merencatkan pembentukan bunga tetapi giberelin boleh mengaruh pembentukan bunga. v. Kejadian dan pembentukan buah Tanaman famili Solanacea seperti tomato dan terung boleh menghasilkan buah tanpa biji (seedless) jika dirawat dengan auksin. vi. Pembentukan akar adventitius Apabila keratan batang dirawat dengan kepekatan auksin yang tinggi ia akan merangsang pembahagian sel dan seterusnya pembentukan akar.

Sitokinin Sitokinin yang terdapat dalam akar, buah muda dan biji benih merangsang pembahagian sel. Sitokinin banyak digunakan dalam pengkulturan tisu untuk menghasilkan bahan-bahan tanaman. Sitokinin berinteraksi dengan pengawalatur pertumbuhan lain untuk menghasilkan pertumbuhan tertentu.

Asid giberelik (GA) atau giberelin Asid giberelik berperanan menggalakkan pembahagian sel, pemanjangan sel, mengatasi kedominan biji benih dan percambahan biji. Biji benih yang sukar bercambah boleh dirawat dengan menggunakan larutan adid giberelik (GA).

Etilena Etilena berbentuk gas dalam keadaan semula jadi. Gas etilena dihasilkan apabila tumbuhan mengalami ketegangan, kepekatan bahan ini meningkat dalam tisu daun tua menyebabkan daun gugur. Etilena juga terdapat dalam daun, batang, akar, bunga dan biji benih. Etilena dihasilkan oleh buah yang masak.

Perencat pertumbuhan Asid absisik (ABA) adalah sejenis perencat pertumbuhan semula jadi. ABA menyebabkan kodormanan biji benih dan menghalang biji benih daripada bercambah serta keguguran daun, buah dan bunga. Penggunaan bahan ini juga menyebabkan liang stoma tertutup.

2.6.3 Penggunaan PengawalaturPengawalatur digunakan secara meluas dalam industri pertanian. Di antara aktiviti pertanianyang berpotensi mengaplikasikan pengetahuan ini ialah:

a.Aruhan pembungaan

Page 47: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

47

Seringkali pembungaan tanaman di Malaysia tidak menentu. Penggunaan pengawalatur yang mengandungi auksin dapat membantu mempengaruhi pembungaan seperti sesetengah pokok hiasan dan mangga. Pendekatan ini telah memberi peluang dalam industri hortikultur semasa musim perayaan.b.Pengurusan tapak semaian Perencat pertumbuhan digunakan dalam merawat anak benih bagi mengawal pertumbuhan supaya semasa pengubahan dapat disesuaikan mengikut keadaan. Perencat pertumbuhan seperti Alar, B-9 dan maleik hidrazid digunakan untuk merencat tanaman hiasan.c.Penghasilan tumbuhan rendah Pokok hiasan lazimnya dibiarkan tumbuh besar. Dalam keadaan tertentu bahan pengawalatur pertumbuhan digunakan pada tanaman hiasan bagi menghasilkan tanaman rendah untuk memenuhi permintaan pasaran.d.Pengurangan kos pemangkasan Biasanya pemangkasan dilakukan secara fizikal. Penggunaan bahan perencat pertumbuhan mengawal pertumbuhan dahan dan ini boleh mengurangkan kos pemangkasan.

Bahan kimia sintetikJenis Pengawalatur

pertumbuhanKesan

Auksin Asid Naftalena Asetik (NAA)Asid Indol-butirik (IBA)

# Mempengaruhi kedominan apeks# Menggalakkan pengeluaran akar# Menyebabkan keluruhan daun

Giberelin Asid tulen yang diekstrakkkanSeperti GA3 dan GA7

# Menggalakkan pembahagian sel# Menggalakkan pemanjangan sel# Mengatasi kedormanan biji benih serta percambahan biji benih

Gas Etilena Ethepon, Ethrel # Agen pemasakan tisu# Menggalakkan keluruhan daun dan buah

Sitokinin Benziladenina # Mempengaruhi pembahagian sel# Mempengaruhi perkembangan mata tunas# Mengawal proses tua

Perencat Pertumbuhan

Alar, B-9, maleik hidrazid # Mengawal proses tua# Mengurangkan pertumbuhan tampang# Merangsangkan pengeluaran buah

Penggunaan hormon/bahan kimia sintetikHormon/ Pengawalatur Pertumbuhan KegunaanGas Etilena @ Boleh mempercepatkan kemasakan buah

@ Meningkatkan hasil buah nanas@ Ethepon boleh disapu pada tapak torehan untuk menambahkan penghasilan lateks getah

Asetilena @ Terhasil apabil air dicampur kepada kalsium karbida@ Kerap digunakan dalam proses memeram buah- buahan

NAA @ Membantu pembungaan pada pokok mangga

Page 48: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

48

@ Mempercepatkan pengakaran pada keratan2,4-D dan 2,4,5-T @ Pada kepekatan yang rendah mampu menambahkan

pengeluaran lateks getah@ Digunakan sebagai racun rumpai

Perencat Pertumbuhan @ Mengawal pertumbuhan anak benih supaya masa pengubahan disesuaikan dengan keadaan@ Merencatkan pokok untuk menghasilkan tumbuhan yang rendah

BAB 1 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN

1.1 PengenalanKeperluan pengeluaran ternakan yang berbeza memerlukan cara pengurusan yang berbeza.Tumbesaran dan pengeluaran haiwan sangat bergantung kepada iklim, corak permakanan, taraf kesihatan dan baka.Pemakanan yang lengkap sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan, memenuhi keperluan tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan.Selain pengurusan makanan, pengurusan kesihatan yang sistematik dapat mengurangkan kadar kematian, menghasilkan pengeluaran yang tinggi dan mengurangkan kos pengeluaran.Ternakan hendaklah dipilih daripada baka yang cepat membesar dan kuantiti hasil tinggi, resistan terhadap penyakit, cepat mengeluarkan hasil dan toleran terhadap persekitaran.

1.2 Iklim1.2.1 Unsur iklimSuhu, hujan atau kelembapan dan cahaya adalah unsur-unsur iklim yang mempengaruhi ternakan.

SuhuPurata suhu badan kebanyakan ternakan adalah antara 36°C hingga 41°C dan berbeza-beza mengikut jenis ternakan serta aktiviti yang dilakukan.Pada suhu yang terlalu rendah, ternakan tidak dapat mengawal keseimbangan suhu badannya dan ini akan menganggu semua proses metabolisme dalam badan ternakan. Ternakan akana mati kesejukkan atau kepanasan.

KelembapanPertumbuhan dan pengeluaran ternakan yang optimum memerlukan kelembapan yang berbeza-beza mengikut jenis dan sepsis ternakan.Pada kelembapan yang terlalu rendah ternakan akan kehilangan air dari badanya (pengwapan). Pada kelembapan yang terlalu tinggi pula wap air di udara akan disedut semasa pernafasan. Paru-paru akan dipenuhi wap air yang menganggu proses pernafasan ternakan.

CahayaCahaya memainkan peranan yang kecil sahaja dalam pertumbuhan dan pengeluaran ternakan iaitu dalam aspek pembiakan ternakan.Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan malam.Kesan pancaran cahaya amatahari bergantung kepada faktor seperti keluasan bahagian badan ternakan yang terdedah kepada cahaya matahari, tempoh pendedahan, warna dan tebal bulu badan ternakan.

Page 49: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

49

1.2.2 Kesan iklim ke atas Pengeluaran Ternakan Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan.Terdapat dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan iaitu :

1. Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan.2. Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakan

Kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakana. perlakuan semasa meragut

Suhu yang tinggi dan pancaran matahari yang terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan ternakan semasa meragut. Ini menyebabkan jangka masa meragut ternakan akan berkurangan.

b. pengambilan makananPeningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan ternakan mengambil air belebihanberbanding makanan.Pada suhu rendah ternakan akan menambahkan pengambilan makanan untuk memenuhi keperluan kenaikan kadar metabolisme tubuh.

c. TumbesaranSuhu persekitaran yang menurun, ternakan perlu menggunakan makanan yang diambil untuk bekalan haba tubuh. Penukaran makanan kepada simpana lemak dan pembentukan rangka tubuh akan berkurangan, kadar tumbesaran akan terjejas.Apabila suhu meningkat ternakan akan mengalami tekanan haba yang menyebakan kurang selera makan. Ini akan mengurangkan kadar tumbesaran ternakan.

d. Pengeluaran hasilSuhu persekitaran 20 - 34°C dan kelembapan 60 - 98% mempengaruhi pengeluaran hasil ternakan.Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan tekanan dan akibatnya proses fisiologo tubuh terganggu yang boleh mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan penghasilan susu.

e. PembiakanSuhu persekitaran yang tinggi akan menjejaskan kesuburan ternakan, kematian embrio dan merencatkan janin. Keadaan lembap akan memudahkan anak ternakan yang baru dilahirkan menghidapi gangguan sistem pernafasan.

Kesan himpitan secara tidak langsung ke atas pengeluaran ternakana. Penghasilan bahan makanan ternakan

Taburan hujan yang tinggi akan menggalakkan pertumbuhan foraj yang banyak dan subur di padang ragut. Ini akan membekalkan makanan yang banyak kepada ternakan.Iklim yang lembap pula akan menggalakkan pertumbuhan kulat (Aspergillus flavus) pada maakanan ternakan dan jika ternakan termakan makanan yang dicemari oleh kulat ini ternakan akan mengalami keracunan alatoksin.

b. Serangan parasit dan penyakit ternakanSuhu dan kelembapan yang tinggi sering menimbulkan jangkitan mikrob pada ternakan. Taburan hujan yang tinggi pula menggalakkan pembiakan parasit dalam dan ini boleh menyerang sistem pencernaan ternakan semasa meragut.

c. Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakanHasil ternakan seperti susu, daging dan telur perlu disimpan pada suhu dan kelembapan yang sesuai supaya tidak rosak. Apabila kelembapan udara tinggi, mikroogranisma akan membiak dan menjalankan proses penapaian kesannya susu dan daging segar akan busuk atau berkulat.

Page 50: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

50

Cara mengurangkan kesan himpitan iklimTekanan akibat himpitan iklim dapat dikurangkan melalui :1. mengadakan perumahan yang sempurna2. menanam pokok naungan3. mengamalkan ragutan pada waktu malam4. memilih baka yang toleran terhadap haba5. memberi makanan bernutrien tinggi

Mengadakan perumahan yang sempurnaPerumahan yang sempurna melindungi ternakan daripada iklim melampau seperti suhu, hujan, tiupan angina, cahaya matahari dan kelembapan, serangan musuh, mengawal pemberian makanan, mengawal penyakit dan parasit, memgawal pergerakkan, mengawal pembaian secara bebas dan memudahkan rawatan.Ciri sistem perumahan yang sempurna ialaha. ruang lantai yang mencukupib. pengaliran udara dalam rebanc. kedudukan banguanan dengan prasaranad. bekalan cahayae. mudah dibersihkan

Menanam pokok naungan Tekanan haba dapat dikurangkan melalui penanaman pokok naungan terutama yang mempunyai knopi besar di kawasan meragut. Selain melindungi pancaran terik matahari, pokok akan membebeaskan oksigen dan memberikan teduhan semasa ternakan berehat.

Mengamalkan ragutan waktu malam Pada waktu malam, suhu sekitar lebih sejuk ini akan mengurangkan tekanan semasa haiwan Meragut. Justeru ternakan meragut lebih banyak berbanding pengambilan air. Tumbesaran Ternakan lebih baik kerana kesan himpitan iklim telah dapat dikurangkan.

Memilih baka yang toleran haba Pemilihan baka yang tahan tekanan haba boleh dihasilkan daripada kacukan baka tempatan dengan baka iklim sederhana. Contoh baka Kedah – Kelantan dikacukan dengan baka Frisien. Anak yang dihasilkan mewarisi ciri ketahanan tekanan haba ( diwarisi dari baka Kedah – Kelantan ) dan pengeluaran susu yang lebih tinggi ( diwarisi dari baka Frisien ).

Memberi makanan bernutrien tinggi Lazimnya setiap ternakan memerlukan karbohidrat, mineral, vitamin dan protein. Oleh itu makanan yang diberi mestilah mengandungi semua unsur pemakanan yang diperlukan dengan kadar yang seimbang, formulasi makanan sesuai dengan peringkat umur ternakan

Page 51: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

51

1.3 Pemakanan Peakanan seimbang ialah pemberian sajaian makanan yang mengandungi semua kelas makanan yang diperlukan oleh haiwan dalam kuantiti dan kadar yang betul untuk keperluan tenaga dan fisiologi tubuh. Perumusan makanan hendaklah berasaskan kos bahan yang murah, kemampuan meningkatkan pencapaian ternakan dan kandungan bahan kering. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa membuat satu rumusan pemakanan ialah a. kandungan nutrien dalam bahan makanan b. keperluan harian untuk sesuatu nutrien c. jumlah makanan yang diambil d. prestasi ternakan.

1.3.1 Kepentingan pemakanan

1. Mengekalkan kesihatanTiga faktor penting berkait dengan taraf kesihatan ternakan ialah agen penyakit, persekitaran dan pemakanan.Ternakan memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul untuk mengelakkan keadaan hiper atau hipo.Air dan lemak diperlukan untuk membantu mengawal suhu badan ternakan. Air, mineral dan vitamin sangat diperlukan kerana semua makanan ini adalah komponen yang mempengaruhi tindakbalas kimia biokimia tubuh.

2. Memenuhi keperluan pertumbuhanPertumbuhan ialah pertambahan saiz tubuh atau pertamabahan sabarang bahagian yang terlibat dalam pembesaran. Proses pertumbuhan amat memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan pelbagai vitamin.Lemak membantu pembentukan lapisan baru pada kulit, kalsium membantu pembentukan tisu tulang, natrium dan air membantu pembentukan bahan interselular

3. Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan.Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa.Fosforus yang mencukupi dalam diet ruminant akan mempercepatkan umur kematangan seks, mengatur kedatangan estrus dengan teratur, mempercepatkan kebuntingan, menambah kesuburan.

1.3.2 Kelas makanan Kelas makanan terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, air dan bahan aditif.Karbohidrat, protein dan lemak diperlukan dengan banyak untuk memberi tenaga dan keperluan tumbesaran. Vitamin dan mineral hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit .

1. Karbohidrat

Page 52: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

52

Karbohidrat adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon, nitrogen dan oksigen.Karbohidrat diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan, tumbesaran dan pengeluaran susu.Sumber karbohidrat didapati daripada gula, molasses dan kanji.Kekurangannya menyebabkan kadar tumbesaran terencat, berat badan menurun, pembiakan terganggu, tempoh pengeluaran susu pendek, toleransi terhadap parasit dan penyakit merosot

2. LemakLemak merupakan sebatian organik kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen dan oksigen.Sangat diperlukan sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah kulit sebagai penebat haba dan sebagai pelarut bagi vitamin A, D, E dan K.Sumber lemak boleh didapati daripada minyak dan daging hancur.Kekurangan lemak menyebabkan ternakan letih lesu, kurus, tidak tahan sejuk .

3. Protein Protein adalah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hydrogen, nitrogen, Sulfur dan kadangkala mengandugi fosforus dan ferum. Protein diperlukan bagi pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan pengeluaran Susu,membentuk enzim dan antibody, hormon dan hemoglobin bagi sistem imun tubuh, juga merupakan pembekal tenaga. Sumber protein boleh didapati daripada kacang soya, kacang panjang, daging hancur dan ikan. Kekurangannya menyebabkan marasmus (kurus dan lemah ), peka kepada aflatoksin, terencat Tumbesaran, kecekapan penukaran makanan menurun dan rendah kadar pembiakan.

4. MineralMineral merupakan bahan tak organik untuk menjalankan fungsi badan dengan sempurna. Mineral terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu garam mineral yang terkandung dalam tisu badan, garam terlarut dalam bendalir badan dan garam mineral dalam tulang dan gigi.Sumber mineral boleh didapati dalam dua bentuk iaitu campuran atau batu garam. Campuran yang biasa diberi mengandungi Tricalsium phosphate (TCP), trace elemen dan garam biasa.

5. Vitamin Vitamin ialah sebatian organik yang mengandungi unsur karbon, hydrogen dan oksigen. Vitamin dikelaskan kepada larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak ialah vitamin A, D, E dan K. Vitamin B kompleks dan C adalah vitamin larut air. Sumber vitamin boleh terbina sendiri dalam badan ternakan ( vitamin B kompleks dan K ) dan melalui pemberian makanan. Setiap vitamin mempunyai fungsi tersendiri dan kekurangannya menyebabkan fungsi badan terganggu.

6. Air

Page 53: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

53

Air berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan-bahan ke seluruh anggota badan. Air diperlukan untuk mengawal suhu badan, perjalanan dan pengambilan zat oleh badan, pengeluaran susu, tindakbalas biokimia dan membantu kesegaran sel badan. Haiwan ternakan boleh bertahan tanpa bekalan air dalam tempoh 24 jam. Sumber air boleh didapati daripada bekalan air bersih yang disediakan untuk diminum atau melalui air yang terkandung dalam makanan seperti rumput basah Kehilangan air daripada badan haiwan berlaku melalui urin, tinja, perpeluhan, pernafasan, pengeluaran telur dan susu.

7. Aditif Aditif ialah bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan. Aditif terbahagi kepada kumpulan:

a. Antibiotik dan probiotikb. Antioksidan dan antikulatc. Vitamin dan minerald. Agen pewarna, pigmen dan hormon.

1.3.3 Sistem PencernaanPencernaan ialah satu proses penguraian bahan makanan daripada bentuk kasar kepada bentuk yang mudah diserap oleh sel haiwan.Proses penguraian makanan ini melibatkan aktiviti mekanikal (pengunyahan dan gerak peristalsis usus ), aktiviti kimia ( tindakbalas enzim untuk menukarkan bahan makanan) dan aktiviti mikrob ( proses fermantasi mikrob untuk menghasilkan protein, vitamin dan tenaga).Struktur sistem pencernaan haiwan dapat dikelaskan kepada dua kelas iaitu haiwan ruminan dan haiwan bukan ruminan.

Sistem pencernaan ruminanHaiwan ruminan ialah haiwan yang meluahkan semula makanan daripada perut ke dalam mulut untuk dikunyah berulangkali.Perut haiwan ruminan terbahagi kepada empat ruangan iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum.

1. RumenBahagian perut yang terbesar. Apabila makanan ditelan makanan ini akan disimpan di dalam rumen.Makanan yang disimpan ini akan menjalani proses fermantasi (selulosa) menghasilkan protein dan vitamin.

2. RetikulumOrgan pencernaan yang menyimpan air yang diminum oleh ternakan ruminan. Cecair di dalam reticulum digunakan untuk membasahkan bahan makanan supaya memudahkan regurgitasi atau pemuntahan bahan makanan belum cerna ke dalam mulut untuk dikunyah.Retikulum juga memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum.

3. OmasumOrgan pencernaan yang menyimpan bahan makanan yang telah dikunyah halus dan ditelan. Di dalam omasum bahan makanan yang masih kasar diasingkan supaya tidak dapat memasuki abomasum digaul sehingga sebati dan air dalam bahan makanan tersebut diserap semula.

4. AbomasumMerupakan perut sebenar kerana proses pencernaan yang sebenar berlaku di dalamnya. Abomasum mengeluarkan asid hidroklorik, enzim pepsin dan rennin.Asid hirdoklorik digunakan untuk membunuh bacteria dan protozoa yang menganggu fungsi tubuh. Enzim pepsin memangkin hidrolisis protein kepada polipetida. Enzim rennin membantu menguraikan susu.

Sistem pencernaan bukan ruminan

Page 54: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

54

Organ sistem pencernaan bukan ruminan terdiri daripada paruh, esophagus, tembolok, proventrikulus, hempedal, duodenum, usus, sekum dan kloaka.Ayam menggunakan paruh untuk mematuk makanan. Air liur di dalam mulut akan membasah dan melembutkan makanan. Enzim ptyalin dalam air liur menukarkan kanji kepada gula.Melalui esophagus makanan yang ditelan disimpan sementara di dalam tembolok sebelum dihantar ke dalam proventrikulus (perut sebenar).Pada hujung proventrikulus terdapat hempedal yang mempunyai dinding yang kasar dan berotot untuk mengisar makanan kepada butiran halus seterusnya di disalurkan ke usus untuk dicerna.Proses pencernaan dilakukan oleh tindakan enzim yang dirembeskan oleh kelenjar pada dinding usus, rembesan pankreas dan hempedu.Bahan tidak dicerna dikumpulkan di dalam sekum sebelum dikeluarkan sebagai tinja melalui kloaka.

1.3.4 Bahan Makanan Ternakan Makanan ternakan boleh diberikan dalam bentuk kering, segar dan berkelembapan tinggi (high moisture). Sumber makanan ternakan dapat digolongkan kepada foraj dan kosentrat

ForajForaj ialah tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan untuk ternakan ruminan. Foraj terdiri daripada rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.

1. KekacangKekacang mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara. Ini menjadikan kekacang sangat sesuai sebagai makanan kerana dapat meningkatkan aktiviti mikrob dalam sistem pencernaan.Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.

2. Rumput ternakMerupakan suber makanan ruminan yang murah dan bermutu. Pemilihan rumput ternak yang sesuai mestilah mengandungi protein, mineral dan tenaga yang tinggi, kandungan serabut rendah, bebas daripada unsur keracunan, duri, daun yang tajam dan rasa yang tidak digemari ternakan.Rumput ternak terbahagi kepada jenis kelompok (Guinea, Napier dan Setaria ) dan jenis menjalar (African Star, Digitaria, Para dan Signal).

Foraj boleh dimakan oleh ternakan secara pastura atau foder.

1. Pastura Pastura ialah rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut. Kadar muatan (bilangan ternak yang optimum untuk seuatu kawasan ragutan) adalah sangat penting untuk mengawal pertumbuhan dan pengeluaran ternakan. Pengamalan ragutan pusingan dan pembajaan juga dapat mengawal pertumbuhan rumput ternak. Untuk mengekalkan mutu nutrien rumput ternak perlu satu program pembajaan.

3. FoderFoder ialah rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut. Foder boleh diberikan dalam bentuk segar atau awetan.Foder awetan terdapat dalam bentuk :a. rumput kering

disediakan secara menjemur atau menggunakan pegering tiruan (mengurangkan kandungan air suaya rumput tahan disimpan lama)

b. silajfoder yang tinggi kandungan airnya diperam dalam keadaan anaerob menggunakan silo. Mutu silaj dipengaruhi oleh udara, panjang keratin, kandungan air dan kandungan gula dalam rumput.

Page 55: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

55

Mutu silaj yang baik adalah seperti berikut :i. nilai pemakanan hampir menyamai bahan asalii. berwarna hijau kekuninganiii. pH kurang daripada 4.5iv. disukai ternakan.

KonsentratKonsentrat ialah makanan ternakan yang mengandugi fiber yang rendah tetapi tinggi nutriennya. Konsentrat didapati daripada bijirin, sisa industri, sisa makanan dan bahan tambahan makanan.,Konsentrat diberikan dalam bentuk until, wafer, kiub atau serbuk. Konsentrat hendaklah ditambah dengan molas untuk meningkatkan selera dan nilai pemakanan.

Rumput baik pilihRumput pastura yang sesuai ditanam dipilih berdasarkan ciri berikut :

1. Pengeluaran hasil yang tinggi Oleh kerana kos makanan dianggarkan sebanyak 70% daripada kos keseluruhan maka bekalan rumput yang berterusan adalam sumber makanan yang paling murah. Penternak mestilah menguatamakan rumput yang memberikan hasil tertinggi seperti Napier dan Guinea.

2. Nilai nutrien yang tinggi Penanam rumput yang membekalkan tenaga metabolisme yang tinggi dan kaya dengan nutrien hendaklah diutamakan.

3. Kadar tumbesaran dan pertumbuhan semula cepat Pertumbuhan semula yang cepat membolehkan sistem ragutan secara pusingan dapat diamalkan dengan sempurna oleh penternak.

4. Cepat tindakbalas terhadap baja nitrogen Kadar cepat tindakbalas nitrogen ini membolehkan ternakan mendapat bekalan nitrogen yang mencukupi untuk membantu pertambahan berat badan ternakan.

5. Jenis Saka Pemilihan pastura jenis saka penting supaya kos penanaman semula dan amsa menunggu untuk pastura matang dapat dikurangkan, hasil juga boleh dipungut berterusan dan ini menjamin bekalan yang sentiasa ada dan mencukupi.

6. Ketahanan tinggi Rumput yang baik mestilah tahan suhu tinggi, keadaan kering, dipijak, diragut, kelembapan tinggi dan serangan perosak. Rumput yang tahan faktor itu akan mempunyai kemandirian yang tinggi.

7. Kecernaan yang baik Kandungan air dan struktur tisu lembut yang ada di dalam foraj memudahkan pencernaan oleh haiwan. Kandungan lignin yang minimum juga memudahkan rumput dicerna.

Page 56: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

56

8. Kadar daun kepada batang tinggi Daun adalah bahagian yang paling digemari ternakan kerana ia rapuh dan mudah diragut berbanding bahagian batang.

9. Digemari ternakan Rumput yang digemari ternakan mempunyai daun yang lembut, segar, berperisa dan disukai oleh ternakan serta rapuh untuk memudahkan pengunyahan.

1.3.5 Catuan Makanan TernakanCatuan makanan ternakan ialah pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut keperluan dan kuantiti yang betul.Keperluan terhadap formulasi makanan bergantung kepada bentuk pengeluaran, peringkat umur, jenis baka dan persekitaran.Dalam menentukan satu formulasi makanan, sumber makanan yang diberi mestilah dikira dari segi tenaga metabolisme, kandungan protein, mineral dan aditif, kebolehdapatan dan kos penyediaan.Selain catuan makanan ternakan, makanan tambahan juga sangat diperlukan. Makanan tambahan perlu diberi mengikut peringkat pengeluaran ternakan seperti :

betina sedang bunting betina sedang menyusukan penggemukan penjantan yang sering digunakan anak yang baru cerai susu

Nisbah penukaran makananNisbah penukaran makanan (NPN) ialah unit pengeluaran yang diperolehi daripada satu unit pengambilan makanan.Bagi ternakan daripada baka yang baik, makanan yang diambil dapat ditukarkan kepada pertambahan berat badan dengan cekap.Kualiti makanan yang baik juga dapat menukarkan pertambahan berat dengan cekap.Tujuan mengira nisbah penukaran makanan ialah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu ternakan. Pada satu peringkat umur ternakan, jumlah makanan yang diberi tidak banyak mendatangkan perbezaan pada pertambahan berat badan

NPM = Jumlah makanan diberi ------------------------------- Jumlah pertambahan berat badan

Contoh pengiraanBerat permulaan = 1.0 kgBerat akhir = 1.2 kgBerat makanan diberi = 450 gNPM = 450 200 = 2.25Ini bermakna 2.25 g makanan dapat ditukarkan kepada daging sebanyak 1 g

Page 57: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

57

1.4 KesihatanKesihatan sangat penting untuk tumbesaran, pengeluaran dan pembiakan. Sihat dapat diertikan sebagai keupayaan badan menjalnkan fungsi tubuh dan mengekalkan kesimbangan badan.Kesihatan dipengaruhi oleh pemakanan, pathogen dan parasit, genetik, keracunan dan persekitaran.

1.4.1 Kepentingan Kesihatan Ternakan 1. Mengurangkan kadar kematian Ternakan di peringkat anak masih belum mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan pelbagai pathogen, parasit dan gangguan persekitaran. Oleh itu kesihatan sangat perlu dijaga supaya kadar kematian ternakan dapat dikurangkan. Amalan sanitasi dapat memastikan ternakan terhindar daripada penyakit dan wabak. 2. Mencapai keupayaan tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum Ternakan yang sihat dapat menukarkan makanan kepada tenaga lemak dan susu. Penukaran bentuk ini penting untuk tumbesaran dan pengeluaran yang maksimum. 3. Mengelakkan jangkitan penyakit dari ternakan lain Sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi berfungsi dengan baik hanya pada ternakan yang sihat. Oleh itu kesihatan penting untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

4. Mendapatkan keupayaan penukaran makanan yang optimumMakanan yang diambil oleh ternakan perlu dicerna dan diserap oleh badan untuk ditukar kepada keperluan tubuh. Dalam keadaan tidak sihat seperti cirit birit, segala makanan yang diambil akan keluar semula sebagai najis. Ini menandakan ternakan tidak upaya membuat penukaran makanan.

1.4.2 Penyakit Ternakan 1. Tiada selera makan 2. Cirit birit 3. Suhu badan tinggi 4. Mata kuyu dan berair 5. Tidak aktif 6. Pengeluaran berkurangan 7. Bulu kasar dan kusut 8. Penurunan berat badan

Tiada selera makan Tanda tiada selera makan perlu dikenal pasti untuk mengesan serangan penyakit yang sedang dialami. Jika simtom tiada selera makan disertai dengan cirit atau sebarang pengeluaran mukus

Page 58: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

58

yang berlebihan menunjukkan ternakan sedang sakit.

Cirit birit Cirit birit ialah pembuangan tinja yang kerap ataupun perkumuhan tinja yang lembut atau cair. Cirit birit berlaku akibat pemakanan tidak sesuai, pencemaran peralatan dan sumber makanan atau minuman, jangkitan cacing, radang usus disebabkan bacteria, virus atau protozoa dan keracunan makanan.Ternakan akan lemah, lesu, hilang selera makan dan sakit abdomen.

Suhu badan tinggi Suhu maksimum badan normal pada ternakan ayam ialah 43 °C, kambing 40.5 °C dan lembu 39.5 °C. Jika suhu melebihi paras tersebut ternakan akan mengalami keadaan demam dengan suhu badan tinggi. Pengesanan kenaikan suhu badan boleh dilakukan dengan memasukkan thermometer ke dalam dubur atau meletakkannya di celah kepak.

Mata kuyu dan berair Apabila mata ternakan kuyu atau mengeluarkan mukus yang melebihi paras biasa menandakan ternakan sedang sakit. Ternakan yang sihat mempunyai mata yang bersinar.

Tidak aktif Jika ternakan sering duduk atau baring, sukar berjalan atau berjalan dalam keadaan tidak seimbang dan sering tertinggal daripada kumpulannya, ini menunjukkan ternakan tersebut sedang sakit. Gangguan ini akan menyekat pergerakkanya dan menjadikan ternakan tidak aktif.

Pengeluaran hasil berkurangan Pengeluaran susu, telur atau keupayaan membuat kerja yang menurun adalah simtom ternakan sakit. Simtom ini dapat dikesan jika penternak membuat catatan pengeluaran harian.

Bulu kasar dan kusut Ternakan yang sihat mempunyai bulu yang kemas, berkilat dan bersih. Ternakan yang mempunyai bulu yang kusut dan kasar biasanya mengalami gangguan jangkitan cacing atau kekurangan mineral dalam makanan.

Penurunan berat badan Penurunan berat badan dapat dikesan apabila timbangan dibuat dan dicatatkan. Penurunan berat badan yang berterusan atau mendadak menandakan ternakan sedang sakit.

Punca penyakit ternakan1. Serangan pathogen dan parasit

Parasit ialah organisma yang menumpang hidup dan mendapat faedah daripada perumah. Parasit terdapat dalam dua bentuk iaitu Endoparasit dan Ektoparasit.a. Endoparasit Endoparasit ialah organisma yang hidup dalam badan ternakan terutama pada sistem pencernaan. Endoparasit boleh menyerang usus, hati, peparu, pembuluh darah dan sistem pencernaan ternakan.

Page 59: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

59

Terdapat empat kumpulan endoparasit yang sering menyerang ternakan ruminan iaitu :i. nematod seperti Hemonchus contortusii. sestod (cacing pita) seperti Hemoniesia expansaiii. trematod seperti Faciola spiv. protozoa seperti koksidia dari sepsis Eimeria zurniib. Ektoparasit Ektoparasit pula ialah organisma yang terdapat pada kulit dan memudaratkan ternakan yang dijangkiti. Antara kesan jangkitan ektoparasit ialah berat badan menurun.Patogen ialah mikroorganisma yang hidup secara pasif pada ternakan. Contoh patogen ialah bacteria, virus, protozoa dan kulat.

2. Kekurangan nutrienKekurangan nutrien akan menyebabkan kurang daya ketahanan badan dan akhirnya menyebabkan penyakit.Ternakan memerlukan makronutrien dalam jumlah yang lebih besar berbanding mikronutrien.

3. Kecederaan fizikalKecederaan fizikal disebabkan oleh :

a. pemangasaan sejenisb. serangan binatang liarc. terjatuhd. tertusuk benda tajam

Kecederaan fizikal yang biasa dialami ialah luka kulit luar. Ternakan yang mengalami kecederaan fizikal yang tidak serius perlu diasingkan daripada kumpulan sehingga sembuh.

4. Kecacatan kongenitalKecacatan konginetal atau cacat sejak lahir meliputi kecacatan bentuk tubuh, bilangan anggota yang abnormal dan kebutaan. Kecacatan konginetal juga disebabkan oleh kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom semasa peringkat janin. Ternakan ini tidak ekonomik untuk diternak dan perlu dihapuskan.

5. Pencemaran makanan dan minumanMakanan dan minuman yang tercemar boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada ternakan. Pencemaran makanan boleh disebakan oleh bahan beracun semula jadi seperti keracunan mimosin, hydrogen sianida dan oksalat atau anasir luar.

Pencegahan dan pengawalan penyakitPenyakit perlu dicegah dan dikawal supaya tidak merebak dan menjadi wabak. Langkah pencegahan dan pengawal penyakit yang boleh diambil ialah :

1. KuarantinKuarintin ialah menahan sementara atau mengasingkan ternakan yang dibawa masuk daripada negara asing ke dalam satu tempat khas untuk mencegah kemasukan penyakit eksotik ke Malaysia.Antara penyakit eksotik yang sangat dilindungi ialah antraks, rabies, rinderpest, equine ensefalitis dan sebagainya.Kuarantin dijalankan ke atas semua jenis haiwan import kecuali daripada negara Brunei, Singapura, United Kingdom, Eire, Northern Ireland, Australia dan New Zealand.Bidang kuasa kuarantin dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kementerian Pertanian Malaysia.

2. Penghapusan

Page 60: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

60

Jika serangan agak kronik ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan. Penghapusan dilakukan secara membunuh dan bangkai ditanam atau dibakar dalam insinerator bagi mengelakkan patogen merebak kepada ternakan lain.

3. PemvaksinanPemvaksianan ialah pemberian vaksin kepada ternakan. Vaksin ialah suatu bahan antigen yang digunakan untuk merangsang perkembangan antibody bagi memberikan keimunan terhadap penyakit tertentu.Vaksin dihasilkan daripada kultur bacteria atau virus yang telah hilang kemudaratannya tetapi sifat antigen masih dikekalkan.Pemvaksinan boleh dijalankan secara :a. pemberian melalui mulutb. calaran pada ototc. suntikan subkuteneusd. dicampur dalam makananPemvaksinan digunakan untuk mengawal :a. penyakit kuku dan mulutb. Salmonelosisc. Brucelosisd. Purue. Samparf. Bronkitis

4. Penggunaan baka yang resistanSetiap baka ternakan mempunyai ketahanan tersendiri terhadap iklim, patogen dan parasit. Jika baka import hendak digunakan, sebaiknya baka ini dikacukkan dengan baka tempatan untuk menghasilkan baka yang resistan kepada halangan yang sedia ada.

5. Pengawalan vektorVektor ialah organisma seperti lalat, tikus, lipas dan burung yang membawa mikroorganisma berparasit. Akibatnya penyakit akan berjangkit daripada seekor ternakan kepada ternakan yang lain atau kepada manusia.Kawalan vektor dijalankan dengan mengamalkan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan ubat pencegah.

6. Amalan sanitasiAmalan sanitasi atau menjaga kebersihan hendaklah dilakukan pada peringkat sebelum memasukkan ternakan, semasa menternak dan selepas musim menternak

a. Sebelum memasukkan ternakanReban, peralatan dan ruang yang boleh dijadikan perumah oleh parasit atau patogen hendaklah dibersihkan. Selepas dibersihkan jalankan program pembasmian kuman.

b. Semasa menternakReban sentiasa bersih daripada tinja, air kencing atau sisa makanan. Air kencing dan tinja haiwan akan membebaskan gas ammonia dan hydrogen sulfid yang boleh menganggu sistem pernafasan. Sisa makanan juga boleh menarik perhatian haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan lalat.

c. Selepas musim menternakBersihkan reban daripada tinja, sisa makanan dan kotoran lain. Peralatan yang telah digunakan, dibersihkan dan disimpan dalam satu tempat simpanan.

7. PenakaianPenakaian ialah pengasingan ternakan berpenyakit daripada kelompok ternakan (mengelakkan penyakit berjangkit).

8. Pemberian makanan seimbang

Page 61: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

61

Makanan yang diberikan mestilah mengandungi semua kelas makanan dalam kuantiti yang betul. Apabila ternakan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, tubuh badannya akan dapat menghasilkan antibody untuk melawan penyakit.

Bahan untuk merawat penyakitTernakan yang sakit perlu menerima rawatan dengan segera. Tindakan ini boleh mengelakkan penyakit ternakan daripada menjadi kronik dan mengakibatkan kematian.Kaedah rawatan meliputi :

1. AntiseptikAntiseptik merupakan bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan bacteria penyebab penyakit. Antiseptik digunakan secara luaran dan dalaman.Antiseptik luaran digunakan untuk merawat luka atau kudis (iodin dan benzyl benzoate). Antiseptik dalaman pula digunakan untuk merawat infeksi usus dan urinary.

2. AntibiotikAntibiotik ialah sebatian kimia hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bacteria bagi tujuan menghalang pertumbuhan mikrob lain. Antibiotik digunakan sebagai dadah terapi, mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit yang teruk dan bahan penggalak pertumbuhan ternakan.Antibiotik boleh diberikan secara suntikan atau sebagai bahan aditif dalam makanan.

3. Racun cacingRacun cacing atau anthehelmintik perlu diberikan bagi kawalan serangan cacing terhadap ternakan khasnya yang meragut bebas. Contoh seperti albendazol, fenbendazol, ivermektin dan levamisol.Terdapat lima kaedah pemberian iaitu :a. pemberian secara mulut

Dilakukan sebelum musim hujan, awal musim kemarau, ternakan bunting 4 bulan dan anak berumur 4-6 minggu. Alat yang digunakan ialah “drenching gun” dan kaedah ini sesuai bagi perladangan komersial dalam sistem “feed lot”.

b. suntikan melalui kulit atau ototAlat yang digunakana ialah jarum suntikan yang diisi dengan racun cacing.

c. Aditif dalam bahan makananRacun cacing atau vaksin pencegah cacing dicampurkan dalam bahan makanan ternakan.Aditif akan dicampur ke dalam konsentrat bagi tujuan mengelakkan kerosakkan, menambah vitamin dan mineral serta mengawal jangkitan penyakit.

d. GenutGenut yang mengandungi racun cacing diikat pada pokok dalam kawasan ternakan meragut. Ternakan akan menjilat genut untuk mendapatkan garam dan pada masa yang sama menelan racun cacing.Kaedah ini sesuai digunakan bagi kawasan sistem ekstensif dan perladangan komersial.

e. Kapsul lepas lambatRacun cacing yang terkandung dalam kapsul diberikan melalui mulut dan masuk ke dalam sistem pencernaan ruminan. Kapsul akan hadam dan racun cacing yang terkandung di dalamnya akan membunuh cacing secara perlahan.

f. Racun parasit luarRacun parasit luar ialah bahan kimia ayang digunakan untuk mengawal dan membunuh endoparasit . Penggunaan racun parasit luar boleh dilakukan secara :i. semburanii. celupaniii. sapuaniv. suntikanv. mandianContoh racun parasit luar ialah Retenone, benzyl benzoate, Asuntol dan BHC (benzin Heksaklorida).

Page 62: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

62

1.5 GenetikGenetik ialah kajian tentang baka dan ciri organisma diwarisi. Ciri yang boleh diwarisi terkandung di dalam gen. Gen ialah sebahagian juzuk daripada sel dalam benda hidup yang menentukan baka.Apabila sepasang ternakan menjalani program pembiakbakaan, anak yang akan dilahirkan mengandungi gen kedua-dua induknya.

1.5.1 Ciri Ternakan yang DikehendakiPembiakbakaan ternakan dilakukan untuk memperoleh ternakan yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Antara ciri-ciri ternakan yang dikehendaki ialah :1. Cepat membesar

Ternakan perlu membesar dalam masa yangs ingkat. Ini dapat mengurangkan kos makanan dan penjagaan. Ciri ini juga membolehkan ternakan cepat dipasarkan dan tempoh pusingan penternakan disingkatkan.

2. Cepat megeluarkan hasilCiri ternakan yang baik adalah cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan telur.Contoh lembu tenusu akan mula mengeluarkan hasil susu selepas beranak pertama. Tempoh masa beranak pertama dan selang masa beranak yang singkat menunjukkan lembu ternakan yang dikehendaki.

3. Berupaya melahirkan banyak anakKeupayaan melahirkan banyak anak, kadar bunting, peratus kematian anak semasa dilahirkan rendah dan tempoh bunting semula yang cepat ciri baka baik yang perlu dipertimbangkan.

4. Hasil tinggiHasil yang tinggi meliputi pengeluaran daging, susu atau telur. Baka yang menghasilkan berat dewasa yang tinggi akan menjadi keutamaan pilihan.

5. Hasil berkualitiHasil karkas (meliputi bahagian yang boleh dimakan, nisbah daging dengan tulang dan jumlah daging yang dihasilkan) yang tinggi adalah ciri yang perlu diutamakan.Contoh hasil telur yang berkualiti dapat ditentukan melalui ciri luaran dan mutu isi telur.

6. Kecekapan penukaran makanan yang baikTernakan yang mempunyai kecekapan penukaran makanan yang baik secara tidak langsung telah menjimatkan kos pengeluaran penternak. Ini kerana makanan ditukarkan kepada bentuk hasil seperti telur, daging dan susu.

7. Resistan terhadap penyakitBaka ternakan yang baik semestinya resistan terhadap penyakit terutamanya penyakit yang disebakan oleh serangan parasit. Baka Brahaman, LID dan Draughtmaster baka yang resistan terhadap endoparasit.

Page 63: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

63

8. Toleran terhadap persekitaranTekanan persekitaran seperti pancaran cahaya matahari yang berlebihan, tekanan haba serta suhu dan kelembapan tinggi memerlukan baka tertentu untuk diternak. Contoh baka kambing Saanen toleran terhadap cahaya matahari berlebihan, baka lembu Kedah-Kelantan toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi.

1.5.2 Memperbaiki Baka yang Sedia AdaDalam usaha memperbaiki baka yang sedia ada, terdapat dua kaedah pembiakbakaan yang lazim digunakan oleh penternak. Kaedah tersebut ialah :

1. Pembiakbakaan kacukPembiakbakaan kacuk ialah pembiakan antara ternakan daripada dua baka yang berlainan. Contoh lembu baka Bos indicus dikacukkan dengan baka Bos taurus untuk mendapatkan genotip gabungan daripada kedua-dua baka.Kelebihan pembiakbakaan kacuk ialah :a. menghasilkan anak yang mempunyai pencapaian yang lebih baik daripada indukb. menghasilkan anak yang mempunyai tahap kecergasan yang lebih tinggi berbanding

purata prestasi induk. Keadaan ini dipanggil heterosisc. mempunyai ciri kemandirian yang lebih tinggi.

2. Pembiakbakaan seturunanPembiakbakaan seturunan ialah pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat untuk mendapatkan genotip asal keturunannya.Hasil daripada pembiakbakaan seturunan, anak akan mewarisi 50% genotip F1, 75% genotip induk pada generasi F2, 87.25% genotip induk pada generasi F3, 93.7% genotip induk pada generasi F4. Akhirnya 98.87% genotip pada generasi F5.Kelebihan pembiakbakaan seturunan ialah :a. mengekalkan ciri dalaman baka

Setelah kacukan seturunan sebanyak lima generasi genotip asal hampir diperolehi secara tidak langsung ciri dalaman baka telah dapat dikekalkan

b. mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragamMelalui pembiakbakaan seturunan generasi F5 mempunyai ciri luaran seragam kerana genotip yang terkandung adalah menyamai antara satu sama lain

Kekurangan pembiakbakaan seturunan ialah :a. pengurangan kecergasan

Oleh kerana pembiakan ini melibatkan keluarga rapat, anak daripada generasi berikutnya mengandungi genotip yang resesif. Gen resesif ini akan menyebabkan pengurangan kecergasan terhadap anak-anak yang dilahirkan.

b. penurunan keupayaan membiakPembiakbakaan seturunan juga akan menyebabkan keupayaan membiak yang semakin menurun. Fenomena ini disebabkan oleh gen yang diwarisi oleh anak pada generasi berikutnya.

1.5.3 Pembiakan TernakanHaiwan mempunyai sistem pembiakan yang berlainan berdasarkan jantina. Haiwan jantan menghasilkan sperma dan betina menghasilkan ovum.

Page 64: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

64

Sistem pembiakan jantan

Organ FungsiTestis Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis

Mengeluarkan hormone testoteranSkrotum Pelindung, penahan dan pengawal suhu testisEpididimis Menatang, memekat dan menyimpan sperma

Sebagai saluran keluar sperma daripada testisVas deferens Sebagai salur keluar sperma daripada epididimisPundi sperma Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan

spermaKelenjar prostat Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineralKelenjar Cowper Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan uretaUretra Saluran keluar semenZakar Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina

Sistem pembiakan betina

Organ FungsiOvari Mengeluarkan ovum

Mengeluarkan hormon estrogen dan progestronOviduktus Menghubungkan uterus dengan ovari

Menerima ovumTanduk rahim Tempat ovum yang tersenyawa bergerak ke uterusUterus Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan

Menampung perkembangan zaigotMenyediakan nutrien untuk perkembangan zaigotMerembes hormone prostaglandin

Serviks Menyalurkan sperma ke dalam uterusSaluran kelahiran anakMengeluarkan lender semasa estrusTempat pemancutan semenMenghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting

Faraj Menyalurkan semenSaluran kelahiran

Vulva Mengelilingi bukaan faraj dan uretra

Tanda biangBiang atau estrus ialah fasa kesediaan betina untuk dikahwini. Tanda estrus pada lembu betina dapat dikesan melalui perlakuan dan keadaan faraj.Tanda biang yang diperlihatkan melalui pelakuan ialah :1. Membenarkan dirinya dipanjat Pada kebiasaannya pada peringkat kemuncak estrus, lembu akan berdiri setempat dan membiarkan dirinya di panjat.2. Kerap kencing Lembu betina akan kerap kencing walaupun kuantiti urinya sedikit.3. Sentiasa menegakkan ekor Lembu yang estrus akan kerap menegakkan ekornya.4. Mengasingkan diri Lembu yang estrus akan mengasingkan diri daripada kumpulannya5. Kurang selera makan Selera makan lembu estrus akan berkurangan sehingga peringkat akhir estrus.6. Gelisah dan membising Lembu yang estrus akan kelihatan gelisah dan sentiasa membising memanggil pasangannya.

Page 65: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

65

Tanda biang yang diperlihatkan melalui keadaan faraj ialah :1. Pengeluaran mukus

Lendir atau mukus akan sentiasa meleleh keluar daripada faraj dan bertukar menjadi pekat.2. Vulva merah dan bengkak

Vulva lembu yang estrus akan menjadi merah dan membengkak

Teknik pembiakanHaiwan dapat dibiakan secara in-vivo atau in-vitro. In-vitro ialah kaedah pembiakan yang menggunakan radas makmal dan boleh dilakukan di luar uterus.Pembiakan secara in-vitro memerlukan kepakaran manusia untuk melakukannya.Teknik pembiakan in-vitro merangkumi permanian beradas, pemindahan embrio dan persenyawaan luar-pemindahan embrio (IVF-ET).Teknik pemindahan embrioTeknik pemindahan embrio ialah embrio dipindahkan daripada penderma terpilih dan dimasukkan ke dalam uterus penerima untuk dibuntingkan.Teknik IVF-ETTeknik IVF-ET ialah oosit diambil daripada uterus dan disenyawakan di dalam makmal. Setelah berkembang, embrio akan dimasukkan ke dalam uterus betina terpilih untuk dibuntingkan.

Pengawanan semula jadiPengawanan semula jadi atau in-vivo ialah penjantan dan betina induk dibiarkan bersama semasa tempoh estrus untuk menghasilkan kehamilan.Kaedah ini mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan.Kelebihan

a. Tidak memerlukan kepakaran manusiaKepakaran manusia tidak diperlukan untuk menjalankan proses permanian kerana pejantan dan betina akan melakukannya sendiri.

b. Penternak tidak perlu mengesan estrusPejantan akan mengesan lembu betina yang estrus dan terus menjalankan pengawanan semula jadi.

Kelemahana. Baka pejantan terpilih sukar ditentukan

Oleh kerana pengawanan semula jadi ini tiada pengawasan baka pejantan terpilih yang dikehendaki adalah sukar untuk ditentukan.

b. Kadar pejantan dengan betina terhadKemampuan sekor pejantan untuk mengawan dengan betina adalah terhad mengikut faktor masa. Pejantan diperlukan dengan banyak jika bilangan betina adalah banyak.

c. Boleh menimbulkan kerakusan pejantan yang menyebabkan kecederaan betinaPengawanan semula jadi boleh menjadikan pejantan rakus dan mengakibatkan kecederaan kepada induk betina.

d. Seekor pejantan hanya dapat melakukan proses permanian pada seekor betina pada satu masa.Jika bilangan betina banyak proses pemanian semula jadi memerlukan masa yang panjang

e. Data pembiakan sukar ditentukanOleh kerana pejantan bebas bergaul dengan induk betina, pengawanan semula jadi berlaku dengan bebas dan data pembiakan sukar ditentukan

f. Penghasilan baka baru memerlukan kos yang tinggi terutama melibatkan baka luar negeriPenternak perlu menanggung kos untuk membeli, membawa dan meyelenggara baka pejantan import.

Permanian beradas

Page 66: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

66

Permanian beradas ialah satu kaedah pembiakan dengana cara menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette / French Gun.Permanian beradas memberi banyak kelebihan, antaranya ialah :

a. Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesanAnak yang dilahirkan dapat dikenalpasti keturunannya dan sifat-sifat yang dikehendaki juga dapat ditentukan.

b. Baka baru dapat dihasilkan dengan lebih mudah dam murahOleh sebab semen boleh didapati secara beku, semen dari pejantan terpilih yang mungkin didapati di luar negara dapat disuntik ke uterus betina tempatan.

c. Mengurangkan masalah kecederaan induk betina akibat kerakusan baka pejantand. Kos pengenadalian murah

Melalui kaedah ini, baka pejantan tidak perlu disimpan, hanya memadai menyimpan semen beku.

e. Penggandaan pembiakan lebih cepat berlaku. Semen beku daripada seekor pejantan dapat disuntik kepada beberapa ekor betina pada satu-satu masa.

Walaupun begitu teknik ini masih mempunyai kelemahan, antaranya ialah :a. Memerlukan kemahiran teknik menyuntik

Kemahiaran ini faktor penentu kejayaan kaedah ini.b. Memerlukan kemahiran memerhatikan estrus.

Esterus berlaku dalam tempoh yang singkat antara 8 hingga 12 jam.c. Sesetengah kecacatan baka pejantan hanya dapat dikesan setelah semennya digunakan

untuk beribu betina.

Amalan permanian beradas melibatkan dua proses utama iaitu persediaan semen dan penyuntikan semen.Penyediaan semen melibatkan beberapa langkah iaitu :1. Penyediaan semen

Semen ialah lendir yang dipancutkan oleh pejantan semasa ejakulasi. Semen berwarna kekuningan, likat dan terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian bersel (sperma) dan bahagian cecair.Kuantiti semen bagi setiap ejaklulasi bergantung kepada jenis haiwan, tahap kesuburan dan tahap kesihatan.a. Mengumpul semen

Terdapat dua acara mengumpul semen daripada pejantan terpilihi. mengurut Pengumpul semen perlu memasukkan tangan ke dalam usus hujung dan mengurut pundi sperma sehingga ejakulasi berlaku. Teknik mengurut kelenjar vaskular sesuai untuk ternakan keceil seperti ayam

ii. Menggunakan faraj palsu Faraj palsu terdiri daripada suatu silinder getah keras berukuran 35 hingga 40 cm.Pada bahagian dalamnya disaluti dengan lapisan getah lembut. Pada satu hujung faraj palsu disediakan silinder pengumpul. Faraj palsu perlu dipam sehingga saiznya sesuai dengan saiz zakar pejantan. Air suam 42°– 45 ° C diisikan supaya suhu dalam faraj palsu menyamai suhu dalam faraj. iii. Diagnos mutu semen

Diagnos ialah proses mengenal pasti kualiti semen dan dapat dikesan melalui :a. pemeriksaan status kualiti fizikal semen

sukat isipadu semen yang dikumpulkan bandingkan warna semen - terima semen berwarna kelabu, putih, krim dan kuning uji kelikatan semen- terima semen yang alirannya sederhana perlahan, perlahan dan

sangat perlahan uji kandungan pencemaran

Page 67: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

67

periksa morfologi sperma- terima sperma normalb. mengira peratus sperma hidup

pemeriksaan dan penilaian motaliti semen hidup sperma pada suhu 37 °C pemeriksaan dan penilaian motaliti semen pada suhu 4 °C pemeriksaan dan penilaian motaliti semen beku

b. mencairkan semen Semen yang telah dikumpul perlu dicairkan sebelum disimpan atau disuntik kepada induk betina. Tujuan mencairkan semen ialah untuk mendapatkan isipadu semen yang lebih banyak dan cairan yang sesuai untuk permanian.

Semen yang dicairkan dengan menggunakan bahan seperti : @ pencair sitrat kuning telur @ pencair posfat kuning telur @ susu segar @ santan kelapa Pemilihan bahan yang digunakan sebagai pencair adalah berdasarkan : # berdaya mengekalkan keupayaan persenyawaan bagi jangka masa lama # mudah dan murah untuk disediakan # mudah didapati # tidak memberi kesan negatif terhadap induk betina

i. Bancuhan dengan karioawetan Semen yang diterima mestilah melebihi 115.6 juta sperma bagi setiap satu ml. Oleh itu semen perlu dicairkan dengan bahan khas supaya setiap straw semen terisi 0.25 ml atau 0.5 ml semen yang mengandungi 23 juta sperma. Semen disukat menggunakan alat hemositometer.

c. Menyimpan semen i. Mengisi semen ke dalam straw Semen boleh diisi ke dalam straw secara manual, semi automatik dan automatik. Straw yang telah diisi dicetak pengenalannya seperti nama pejantan, no kod pejantan, tarikh pengeluaran. ii. Kariobekuan dalam cecair nitrogen Semen yang telah diisi ke dalam straw dimasukkan ke dalam blok aluminium dan direndam dalam cecair nitrogen yang bersuhu -120 °C selama sembilam minit. Selepas semen membeku keluarkan dan simpan dalam tangki nitrogen yang bersuhu -196°C.

d. Penyuntik semen Penyuntikan semen ialah proses memasukkan semen ke dalam serviks. i. Pemilihan induk betina Induk betina yang dalam keadaan estrus dikenal pasti Kemudian induk itu dipasungkan. ii. Mengenyah beku semen Proses mengenyah beku ialah proses mengeluarkan semen sejukbeku daripada tangki cecair nitrogen dan dibiarkan semen dalam straw mencair semula. Proses ini dilakukan dengan merendam semen beku ke dalam air suam bersuhu 35 °C. Selepas semen cair, masukkan straw ke dalam pistolette iii.Menyuntik semen ke dalam serviks

Masukkan tangan kiri ke dalam dubur lembu betina sehingga kedudukan serviks dapat dikesan

Page 68: BAB 1 : PERTANIAN DI MALAYSIA Pengenalan · PDF fileSumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009 2 c. Kelapa sawit Tanaman ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk mengurangkan

Sumbangan: Paniti Sains Pertanian SMKBBSL 2009http://panatiasp.weebly.com

68

Apabila kedudukan serviks telah dikenal pasti rasa dengan jari kedudukan uterus dan tanduk uterus

Bersihkan bibir faraj Masukkan pistolette ke dalam faraj menggunakan tangan kanan dengan

kecondongan 30 ° sehingga hujung pistolette terkena serviks Suntik semen perlahan-lahan ke bahagian uterus dan bahagian tengah serviks Bersihkan semua peralatan selepas diguna Lepaskan lembu daripada pasung dan beri makanan kepadanya.