bab 1 pengenalan - dme innovation

37
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pada era modenisasi ini, kebanyakkan manusia menggunakan peralatan untuk memudahkan urusan kehidupan mereka dalam semua aspek. Manusia sentiasa mencari sesuatu untuk membantu melakukan kerja-kerja yang berat dan susah dalam urusan seharian mereka. Disebabkan itu, troli dibina untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga manusia ketika mengangkat dan memindahkan barang yang berat dari satu tempat ke tempat yang lain. Di samping itu, sejarah penciptaan troli yang pertama berlaku di Amerika Syarikat ketika mana orang ramai disana mengalami kesulitan dalam membawa barang yang mereka belanjakan. Seorang lelaki bernama Sylvan Nathan Goldman ialah merupakan pencipta awal troli ini. Seterusnya, sehinggalah hari ini terdapat pelbagai jenis troli yang ada dipasaran antaranya, troli pasaraya, troli pengangkat barang, troli pengangkat tong gas dan lain-lain lagi. Kesemua jenis troli ini sudah biasa terdapat dipasaran dan dalam kehidupan seharian. Walaupun demikian, agak sukar sekali terdapat di pasaran pengangkut troli yang boleh mengangkat kerusi dalam jumlah yang banyak hanya dengan menggunakan seorang tenaga kerja sahaja. Kebiasaanya ia dilakukan oleh tenaga kerja yang ramai dan mengambil masa yang agak lama untuk mengangkat ataupun memindahkan kerusi dalam kuantiti yang banyak ke satu tempat yang lain.

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada era modenisasi ini, kebanyakkan manusia menggunakan peralatan untuk

memudahkan urusan kehidupan mereka dalam semua aspek. Manusia sentiasa mencari

sesuatu untuk membantu melakukan kerja-kerja yang berat dan susah dalam urusan

seharian mereka. Disebabkan itu, troli dibina untuk membantu mengurangkan

penggunaan tenaga manusia ketika mengangkat dan memindahkan barang yang berat dari

satu tempat ke tempat yang lain. Di samping itu, sejarah penciptaan troli yang pertama

berlaku di Amerika Syarikat ketika mana orang ramai disana mengalami kesulitan dalam

membawa barang yang mereka belanjakan. Seorang lelaki bernama Sylvan Nathan

Goldman ialah merupakan pencipta awal troli ini.

Seterusnya, sehinggalah hari ini terdapat pelbagai jenis troli yang ada dipasaran

antaranya, troli pasaraya, troli pengangkat barang, troli pengangkat tong gas dan lain-lain

lagi. Kesemua jenis troli ini sudah biasa terdapat dipasaran dan dalam kehidupan

seharian. Walaupun demikian, agak sukar sekali terdapat di pasaran pengangkut troli

yang boleh mengangkat kerusi dalam jumlah yang banyak hanya dengan menggunakan

seorang tenaga kerja sahaja. Kebiasaanya ia dilakukan oleh tenaga kerja yang ramai dan

mengambil masa yang agak lama untuk mengangkat ataupun memindahkan kerusi dalam

kuantiti yang banyak ke satu tempat yang lain.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

2

Dengan wujudnya permasalahan ini, maka tercetusnya ilham untuk mencipta

pengangkat kerusi yang berkonsepkan troli supaya dapat mengatasi masalah yang wujud

ini. Selain itu dapat menjimatkan masa dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak

dalam melakukan kerja-kerja ini.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, pengguna mempunyai masalah untuk mengangkat dan

memindahkan kerusi dalam kuantiti yang banyak ke tempat lain, ia juga memerlukan

penggunaan tenaga yang ramai dan tenaga kerja yang banyak. Selain itu, penggunaan troli

ini juga dapat menjimatkan masa kegunaannya kerana ia memudahkan pengguna untuk

menaiki tangga.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah sangat penting sebagai garis panduan bagi tujuan

produk dihasilkan. Ia merujuk kepada penyataan masalah yang berlaku untuk mencari

penyelesaian terhadap masalah tersebut.

i. Merekabentuk troli khas untuk mengangkat kerusi plastik.

ii. Memfabrikasikan troli khas untuk mengangkat kerusi.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

3

1.4 SKOP KAJIAN

Bagi memastikan objektif ini tercapai, beberapa pengkhususan telah dilaksanakan.

Berikut adalah senarai pengkhususan yang telah dibuat.

i. Produk ini hanya dihadkan penggunaannya untuk mengangkat kerusi plastik dan

boleh juga mengangkat barang yang bersaiz 520mm x 490mm sahaja.

ii. Beban maksimum yang mampu ditampung ialah sebanyak 50kg.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Sesuatu kajian itu perlu dilaksanakan kerana kajian adalah elemen penting bagi

mengumpulkan data serta memastikan sesuatu bahan yang dihasilkan itu mencapai objektifnya.

Selain itu, untuk melihat sejauh mana keberkesanan sesuatu bahan yang dihasilkan itu. Ia juga

bagi memastikan sesuatu bahan itu dapat dihasilkan dengan jayanya.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Dalam melaksanakan sesuatu projek, adalah amat penting untuk menjalankan

kajian tentang bahan yang akan digunakan untuk menyiapkan projek tersebut. Bab ini

menerangkan komponen utama yang digunakan dalam menghasilkan projek ini.

2.2 KAJIAN TERDAHULU

Kajian terdahulu dilakukan bagi mengenalpasti cara troli ini berfungi, jenis rangka

yang sesuai, jenis roda yang untuk sesuai digunakan dan kaedah yang terbaik untuk

mencipta alat pengangkat kerusi ini berdasarkan komponen-komponen yang dipilih.

Sebelum ini, kerja-kerja mengangkat dan memindahkan kerusi memerlukan tenaga

manusia yang ramai dan memakan masa untuk menyiapkan tugas tersebut.

Page 5: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

5

2.3 KAJIAN PRODUK YANG TERDAPAT DIPASARAN

Pelbagai jenis troli telah dipasarkan di pasaran tempatan mahupun di pasaran

antarabangsa. Setiap troli mempunyai kebolehan, keunikan dan ciri-ciri reka bentuk yang

tersendiri yang telah disuaikan seperti kehendak penciptanya. Pencipta menciptanya atas

dasar permasalahan yang timbul hasil daripada pemerhatian terhadap pengguna

2.3.1 Troli Pasaraya

Troli pasaraya ini banyak dilihat dipasaraya besar seperti di Aeon big

,Giant,Mydin dan lain-lain supermarket yang besar. Berdasarkan kajian harga seunit troli

seperti ini sekitar RM190 hingga RM220 seunit, sesetengah pasaraya mengambil langkah

keselamatan dengan membuat sistem token untuk mengelakkan troli tersebut hilang dicuri

atau dibawa pulang oleh pengguna . Di antara kelebihan troli pasaraya ia mempuyai saiz

yang besar dan boleh memuatkan barang dalam kuantiti yang banyak. Troli pasaraya

mempunyai dua saiz yang berbeza iaitu saiz kecil dan besar.

Rajah 2.1 Troli Pasaraya

Page 6: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

6

2.3.2 Troli empat roda

Troli 4 roda ini biasa digunakan di kilang-kilang industri , kedai runcit, bengkel

dan sebagainya. Troli ini mempunya dua saiz yang berbeza iaitu saiz besar dan kecil .

Selain itu harga untuk seunit sekitar RM200. Troli 4 roda ini mempunyai kekuatan

maksimum 300kg untuk menampung beban. Manakala Troli empat roda bersaiz kecil

pula mempunyai kekuatan maksimum 150kg untuk menampung beban . Kelebihan troli

empat roda mudah dibawa dan mudah untuk penyelengaraan.

Rajah 2.2 Troli Barang

2.3.3 Troli Tong Gas

Troli jenis ini biasa digunakan oleh penjual tong gas untuk membawa tong gas dari lori ke

rumah pembeli. Biasanya troli jenis ini mempunyai dua tayar, dan bentuk fizikalnya memanjang

ke atas, ini kerana mengikut sifat fizikal pada tong gas itu sendiri. Kajian harga mendapati harga

untuk seunit ialah sekitar RM120 – RM160. Dan biasanya troli jenis ini sukar untuk membelok

kerana kedua-dua rodanya cuma satu hala sahaja, susah digerakkan ke kanan dan kiri.

Page 7: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

7

Rajah 2.3 Troli Tong Gas

2.4 Kajian Dimensi Kerusi Plastik

Sebelum memulakan projek ini kajian tentang dimensi kerusi plastik itu sendiri

haruslah dikenalpasti. Kerusi plastik ini mempunyai berat sekitar 2.5kg, cukup untuk

membuatkan kerusi ini menjadi pilihan No.1 sebagai kerusi plastik murah dan tahan

lasak. Bahan kerusi plastik yang digunakan bukanlah daripada bahan plastik terpakai di

mana bahan plastik terpakai akan membuat sesebuah kerusi itu akan menjadi ringan dan

rapuh. Paling popular di kedai-kedai makan, yang mementingkan kerusi plastik yang

tahan dan murah. Gambar rajah dibawah menunjukkan ketinggian kerusi dan

kelebarannya.

Page 8: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

8

Rajah 2.4 Dimensi kerusi Plastik

2.5 KAJIAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

Terdapat pelbagai jenis troli yang berada dipasaran dari segi saiz dan ketahanan.

Selain ringan dan terdapat juga troli yang agak berat ini adalah disebabkan faktor material

yang digunakan. Material yang kebiasaanya digunakan adalah seperti stainless steel,

aluminium, steel, chrome plate. Selain itu, pemilihan roda bertiga dipilih sebagai

memudahkan pengguna untuk membawa troli untuk menaiki halangan semasa membawa

muatan.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

9

2.5.1 KELULI TAHAN KARAT

Keluli tahan karat atau besi tahan karat ditakrifkan sebagai sebatian besi karbon

dengan kandungan minimum 10.5% krominium. Nama ini berasal dari fakta bahawa besi

tahan karat tidak berkarat, comot atau terhakis semudah keluli biasa. Bahan ini juga

dikenali sebagai besi tahan hakisan apabila ia tidak diperinci mengenai jenis sebatian atau

grednya, terutama dalam industri penerbangan. Dengan itu terdapat pelbagai jenis

permukaan besi tahan karat yang ditawarkan dan mudah didapati, bagi memenuhi

persekitaran di mana bahan tersebut terdedah sepanjang hayatnya. Kegunaan biasa besi

tahan karat adalah sudu, garfu harian, tali jam besi dan lain-lain lagi.

Rajah 2.5 Keluli Tahan Karat

Page 10: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

10

2.5.2 BESI “HOLLOW”

Besi “hollow” ini digunakan untuk dijadikan tempat pemegang troli yang bersaiz

25mm diameter di bahagian luar. Besi “hollow” di bahagian dalam pula mempunyai

ukuran diameter 20 mm. Ini akan membolehkan tempat pemegang troli ini dapat dilaras

mengikut kesesuaian.

Rajah 2.6 Besi “hollow”

2.5.3 BESI BERSUDUT

Besi bersudut ini digunakan untuk membuat kerangka dibahagian tapak. Besi ini

bersudut 90 dapat menyokong besi plat yang diletakkan di atasnya dan juga dapat

menyokong besi plat untuk menampung beban yang dikenakan.

Page 11: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

11

Rajah 2.7 Besi Bersudut

2.5.4 RODA

Roda jenis heavy duty dipilih untuk projek ini kerana mempunyai daya ketahanan

yang tinggi. Selain itu, ciptaan projek ini membenarkan roda ini berada dua biji dilantai

setiap satu bahagian maka ketahanan juga akan bertambah kerana beban dapat

dibahagikan pada kedua-dua roda pada setiap bahagian.

Rajah 2.8 Roda

Page 12: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

12

2.5.5 TALI “FLEXIBLE”

Tali ini digunakan untuk mengikat bebanan yang ditampung oleh troli. Bebanan

yang ingin dibawa oleh troli tidak stabil tanpa bantuan tali pengikat jika menaiki tangga.

Bebanan tersebut berkemungkinan besar akan jatuh kerana kurangnya kestabilan. Tali ini

digunakan supaya dapat mengikat beban agar lebih selamat dan stabil.

Rajah 2.9 Tali “flexible”

2.5.6 BESI PLAT

Besi plat ini digunakan supaya menjadi penampung beban serta menjadi tapak

untuk beban berada di atasnya. Besi plat yg ketebalannya bersaiz 3 mm digunakan kerana

ianya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis. Selain itu, ukuran panjang x lebar besi plat

yang digunakan adalah 520mm x 490mm. Selain itu juga besi ini juga dipotong untuk

menjadi pemegang kepada tiga roda yang memerlukan empat keping yang berbentuk

segitiga.

Rajah 2.10 Besi Plat

Page 13: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

13

2.5.7 “BOLT” DAN “NUT”

“Bolt” yang bersaiz 12 mm dan mempunyai panjang 25 mm digunakan untuk

menahan tempat pemegang yang boleh dilaras. “Bolt” yang diikat dengan “nut” tidak

memerlukan ikatan yang kuat kerana ikatan yang sedikit sahaja dapat menahan tempat

pemegang troli

Rajah 2.11 “Bolt” dan “nut”

2.5.8 “BEARING”

“Bearing” digunakan untuk melancarkan putaran pada roda tiga apabila ia

melalui halangan. “Bearing” jenis 6204-2RS digunakan pada kedua-dua bahagian.

“Bearing” ini mempunyai dua bilangan pada setiap bahagian kiri dan kanan.

Rajah 2.12 “Bearing”

Page 14: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

14

Jadual 2.1 komponen yang digunakan

PART & KOMPONEN KUANTITI

1. Besi “hollow”

4

2. Besi bersudut

4

3. Roda

6

4. Tali “flexible”

1

5. Besi plat

2

6. “Bearing”

4

Page 15: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

15

2.6 KAJIAN JENIS-JENIS RODA DIPASARAN

2.6.1 Super Duty Caster

Roda jenis ini mampu menampung beban sekitar 540-2300kg kapasiti beban yang

dibawanya.

Rajah 2.13 Super Duty Caster

2.6.2 Nylon Caster

Roda jenis Nylon Caster ini pula mampu menampung sehingga 50kg kapasiti sahaja.

Rajah 2.14 Nylon Caster

Page 16: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

16

2.6.3 Elastic Rubber Caster

Roda jenis ini biasanya boleh dilihat pada kereta sorong budak dan ia mampu

menampung beban kapasiti sehingga 100-200kg dalam satu-satu masa.

Rajah 2.15 Elastic Rubber Caster

2.6.4 PVC Caster

Roda jenis PVC Caster ini pula mempunyai keupayaan untuk menampung beban sekitar

40-80kg kapasiti sahaja.

Rajah 2.16 Pvc Caster

Page 17: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

17

2.7 PERALATAN PROJEK

Peralatan - peralatan yang digunakan untuk menjayakan projek ini adalah seperti berikut:

2.7.1 Mesin Pemotong Besi

Mesin pemotong besi merupakan mesin yang bertujuan untuk mengasah benda

kerja seperti pisau dan pahat, atau dapat juga bertujuan untuk membentuk benda kerja

seperti merapikan hasil pemotongan, membentuk lengkungan pada benda kerja yang

bersudut, menyiapkan permukaan benda kerja untuk dan lain-lain.

Mesin pemotong besi ini mampu untuk dapat menghasilkan kecepatan sekitar

11000 – 15000 rpm. Dengan kecepatan tersebut mata pemotong yang merupakan

komposisi aluminium oxide dengan kekasaran serta kekerasan yang sesuai, dapat

membentuk permukaan logam sehingga menghasilkan bentuk yang diinginkan. Dengan

kecepatan tersebut juga, mesin pemotong besi juga dapat digunakan untuk memotong

benda logam dengan menggunakan mata pemotong yang dikhususkan untuk memotong

Rajah 2.17 Mesin Pemotong Besi

Page 18: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

18

2.7.2 Mesin Kimpalan TIG

Mesin kimpalan TIG digunakan untuk melakukan penyambungan logam yang

menggunakan haba dari arka kimpalan yang menggunakan kuasa elektrik serta

menggunakan gas tertentu bagi mendapatkan satu sambungan yang bermutu tinggi.

Kimpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja yang memerlukan kualiti

penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hampir semua jenis

penyambungan.

Rajah 2.18 Mesin Kimpalan TIG

2.7.3 Mini Grinding Machine

Mini grinding machine adalah mesin canai mudah alih yang mengacu pada

pembuatan bentuk datar dan permukaan yang rata pada sebuah benda kerja yang berada

di bawah batu pencanai yang berputar. Pada umumnya mesin canai ini digunakan untuk

mencanai permukaan yang meja mesinnya bergerak mengufuk berbolak-balik. Benda

kerja dicengkam pada meja magnetik, digerakkan kehadapan dan belakang di bawah batu

pencanai. Meja pada mesin canai mendatar dapat dioperasikan secara manual atau

automatik yang dapat diatur pada bahagian mata alat.

Page 19: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

19

Rajah 2.19 Mini Grinding Machine

2.8 RUMUSAN BAB

Bab ini menerangkan secara terperinci tentang troli yang sedia ada dan yang

terdapat dipasaran. Seterusnya, dalam bab ini juga menerangkan fungsi-fungsi komponen

dan bahan asas yang digunakan bagi menyiapkan projek ini. Segala kajian yang pernah

dijalankan sewaktu dahulu telah banyak menerangkan bagaimana sebuah troli itu

berfungsi.

Page 20: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

20

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi ialah aspek yang perlu dikaji untuk menghasilkan sesuatu projek.

Perancangan proses perlu diteliti sebaik mungkin untuk menghasilkan suatu projek atau

produk yang berkualiti. Berikut adalah turutan segala proses atau tatacara yang perlu

dilalui sebelum sesuatu produk itu siap sepenuhnya. Kaedah kerja perlu dilakukan dengan

teratur dan sesuai bagi mendapatkan kerja dan hasil yang lebih baik dan terjamin. Dengan

adanya kaedah kerja yang teratur, maka segala kerja dan tugas yang ingin dilakukan dapat

diikuti dan dilaksanakan dengan teratur dan selamat. Dalam bab ini akan membincangkan

mengenai langkah-langkah kerja yang akan dilakukan untuk menyiapkan projek ini.

Setiap langkah kerja yang akan dilakukan akan diterangkan bersama rajah yang boleh

membantu pemahaman mengenai penghasilan projek ini.

Page 21: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

21

3.2 CARTA ALIR PROSES PERLAKSANAAN PROJEK

TIDAK

YA

Rajah 3.1 Carta alir

MULA

PERMASALAHAN

PENYELIDIKAN

PENCIPTAAN

PENGUBAHSUAIAN

PENILAIAN

PENGUJIAN

TAMAT

Page 22: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

22

3.2.1 MAKSUD CARTA ALIR

Carta alir adalah sejenis rajah yang mewakili suatu proses di mana ia ditunjukkan

dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan anak panah. Gambarajah

dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara selangkah demi

selangkah. Selain itu, operasi proses diwakili dalam bentuk kotak dan anak panah yang

menghubungkannya pula mewakili aliran kawalan data. Disamping itu, aliran data tidak

selalunya diwakili dalam carta aliran, berbanding dengan gambar rajah aliran data

sebaliknya, mereka tersirat oleh turutan operasi. Carta aliran telah digunakan dalam

menganalisis, merekabentuk, mendokumentasi atau menguruskan proses atau program

dalam pelbagai bidang.

Pemilihan projek ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang

mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang

diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu

produk dihasilkan. Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek.

Skop dan objektif ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan Projek 1,

melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan masalah,

kajian literasi, metodologi, lukisan berbantu computer dan lain-lain. Selepas projek

diluluskan dan diterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti proses merekabentuk dibuat

untuk penghasilan projek. Setelah projek telah siap, semakan projek dilakukan oleh

penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang dirancangkan. Penghasilan

laporan projek untuk menganalisis data-data yang terdapat pada projek yang dicipta.

Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua diadakan untuk mengetahui tentang

pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas

pembentangan kedua

Page 23: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

23

3.2.2 PENERANGAN CARTA ALIR

i) Mula

Perbincangan mengenai pemilihan bahan dan sebagainya.

ii) Problem Statement (Pernyataan Masalah)

Mengetahui mengapa dan bagaimana projek ini dipilih.

iii) Research (Penyelidikan)

Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesaikan masalah.

iv) Invention (Ciptaan/pembuatan)

Berkaitan dengan pelbagai amalan pembuatan serta penyelidikan dan

pembangunan sistem, proses, mesin, alat dan kelengkapannya.

v) Modification (Pengubahsuaian)

Berkaitan pengubahsuaian produk untuk menjadi lebih baik.

vi) Evaluation (Penilaian)

Melakukan penilaian untuk mendapatkan data yang terhasil.

vii) Tamat

Menghantar laporan dan membuat persediaan untuk pembentangan projek.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

24

3.3 KONSEP KERJA PRIME

Konsep kerja PRIME merangkumi lima fasa iaitu pernyataan masalah, untuk

mengenal pasti masalah sesuatu kajian. Seterusnya, penyelidikan untuk membuat

penyelidikkan produk terdahulu. Inovasi adalah menaik taraf daripada produk terdahulu.

Pengujian dilakukan untuk memastikan produk yang dihasilkan berjaya.

3.3.1 Problem Statement (P) (Pernyataan masalah)

Merujuk kepada permasalahan diatas, kesulitan untuk mengangkat kerusi sering

berlaku dikalangan pengguna ketika ingin menaiki tangga dengan mengangkat sejumlah

kerusi yang banyak. Hal ini akan menyukarkan pengguna sehingga memerlukan tenaga

kerja sekurang-kurangnya dua orang. Demikian akan menyebabkan berlaku pembaziran

tenaga kerja.

Selain daripada itu, pengunaan masa juga bertambah apabila mempunyai

kesukaran ini dan akan menyebabkan pengambilan masa yang lama untuk mengangkat

kerusi atau barangan ke suatu tempat yang lain.

Page 25: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

25

3.3.2 Research (R) (Penyelidikan)

Berdasarkan daripada penyelidikan yang dijalankan, didapati troli ini memerlukan

modal yang agak rendah untuk dibeli oleh pengguna. Troli ini dicipta untuk penggunaan

dewan, industri serta di rumah atau di IPTA/IPTS.

Troli ini mempunyai rekabentuk yang agak mudah namun dibahagian rodanya

agak kompleks berbanding bahagian badannya. Saiznya juga yang sesuai dengan purata

saiz manusia juga dapat menjadi punca kesesuaian troli tersebut.

Dengan bahan yang digunakan adalah berasaskan besi, jisim troli ini juga agak

berat jika diangkat. Namun, penggunaannya yang menggunakan roda dapat meringankan

serta melancarkan pergerakan troli ini.

Page 26: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

26

3.3.3 Invention (I) (Pembuatan)

i) Percambahan Idea

Percambahan idea adalah satu teknik perbincangan bagi meningkatkan kreativiti

sesuatu produk. Kaedah ini dijalankan secara berkumpulan dimana idea-idea baru akan

dibincangkan dan idea tersebut dijana keatas produk tertentu.

a) Analisis Konsep Rekabentuk

Dalam analisis konsep ini, projek ini mengetengahkan konsep dimana untuk

memudahkan pengguna. Dari segi reka bentuk, pemegang troli ini direka agar memudah

dan menyelesakan pengguna menggunakannya. Troli tiga roda ini direka khas untuk

memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja pengangkutan kerusi menaiki tangga.

Rekabentuk ini bukanlah satu proses atau aktiviti yang dilakukan secara spontan,

sebaliknya ia adalah proses yang memakan masa berminggu-minggu malah berbulan-

bulan sebelum ianya membuahkan hasil. Ini termasuklah proses pemikiran, percubaan

dan ujian sehingga terhasil produk yang diingini.

Page 27: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

27

ii) Pemilihan Idea

Pemilihan idea merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum

memulakan kerja-kerja yang berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dicari perlulah

bersesuaian dengan taraf diploma kerana merupakan satu projek akhir sepanjang

pengajian ini. Selain itu, pemilihan projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran

yang kreatif dan inovatif disamping ia melambangkan individu tersebut dalam aspek-

aspek yang melibatkan kebersiha pemilihan alam sekitar.

Selepas projek dipilih, tajuk kepada projek tersebut perlu dipilih berdasarkan

kemampuannya menarik minat orang lain untuk mengetahui lebih dalam lagi mengenai

projek tersebut secara dekat. Tajuk yang mampu menarik perhatian orang lain

melambangkan status awal projek tersebut.

Dalam membuat pemilihan projek, aspek dan faktor tertentu amat dititik beratkan

diantaranya dari segi pemilihan bahan,fungsi,kos dan keselamatan. Bahan yang

digunakan haruslah bersesuain dengan produk yang dihasilkan. Bagi hasil produk yang

berkualiti dari segi ketahanan bahan bagi menjamin keselamatan pada pengguna.

Page 28: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

28

iii) Pemilihan bahan

Berdasarkan analisis ekonomi oleh sumber rujukan, terdapat dua kos yang

terlibat dalam menentukan jumlah kos iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap

bermaksud malar dan bebas daripada keluaran atau aktiviti peringkat. Contoh-contoh kos

seperti cukai tanah,pengurusan dan gaji pentadbiran, insurans, bayaran lesen dan kos

faedah ke atas modal yang dipinjaman atau pajakan dan sewa.

Kos ini tidak menyumbang kerana dalaman fabrikasi telah digunakan.

Sementara itu, kos berubah bermakna berkadar dengan keluaran atau aktiviti peringkat

seperti kos bahan langsung dan kos buruh langsung. Persamaan untuk menentukan jumlah

kos berdasrkan analisis ekonomi kejuruteraan. Jumlah kos = kos tetap + Jumlah Kos

Berubah.

iv) Pembuatan

Pembuatan model adalah bertujuan untuk mengenalpasti atau mendapat

gambaran rekabentuk dan susur atur komponen projek secara visual supaya pemahaman

dan imaginasi tentang reka bentuk sistem ini dapat diperluaskan dan diharapkan dapat

menjana idea untuk terus ditambah baik semaksima yang boleh. Ciri-ciri pemilihan model

yang terbaik mestilah bersesuaian dengan bentuk dan kedudukan projek ini dengan

mengambil kira terlebih dahulu saiznya yang tidak menggangu langkah kerja pembuatan

produk.

Page 29: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

29

3.3.4 Modification (M) (Pengubahsuaian)

i. Pengubahsuaian

Berkaitan pengubahsuaian rekabentuk projek berdasrkan kelemahan data yang

diambil semasa proses ujilari untuk menjadikan produk lebih baik.

3.3.5 Evaluation (E) (Pengujian)

i. Pengujian

Apabila siap rekabentuk, alat perlu diuji bagi mendapatkan keberkesanan

penjimatan ruang tersebut. Ujian terhadap produk yang dicipta ialah untuk menentukan

ketahanannya dan beban yang mampu ditampung oleh troli tiga roda.

ii. Prosedur Ujilari

Prosedur ujilari adalah proses yang penting untuk dilakukan setelah projek siap

dibina. Prosedur ini dilakukan bagi menguji keselamatan, ketahanan, kecekapan dan lain-

lain bagi sesebuah projek. Langkah-langkah ini perlu dijalankan sebelum dijual ke

pasaran luar.

1. Pastikan keadaan sekeliling selamat

2. Pastikan bahan projek dalam keadaan selamat untuk proses pengujian

dilakukan.

3. Mulakan pengujian dengan meletakan kerusi atau barang yang bersaiz 520mm

x 490mm sahaja.

Page 30: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

30

3.4 MENGENAL PASTI MASALAH

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini antaranya

adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara ahli

kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan maklumat dan

data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang dirancang juga

perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang

masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada pensyarah, ahli-ahli kumpulan dan

di laman web yang berkaitan dengan troli ini juga banyak membantu dalam mengatasi

dan mengenalpasti masalah yang timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.

3.5 PERANCANGAN RANGKA DAN PERLAKSANAAN KERJA

Proses merekacipta merupakan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi

menghasilkan suatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas suatu projek. Antara

langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses merekacipta ialah :

a) Mencari maklumat

Proses mencari maklumat dan menganalisis bahan rujukan

mengenai komponen-komponen dan peralatan-peralatan yang

perlu digunakan sepanjang projek ini dijalankan. Peralatan yang

telah dikenalpasti akan disenaraikan untuk diambil tindakan

seterusnya.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

31

b) Membuat lakaran secara kasar

Lakaran secara kasar dilakukan di dalam tiga pandangan utama

iaitu pandangan hadapan, belakang dan sisi kiri atau kanan.

Lakaran secara kasar ini menggunakan imaginasi dan idea yang

telah dikenalpasti semasa tinjauan dilakukan. Lakaran yang telah

dilakukan di atas kertas dilaksanakan sebelum diadaptasi menjadi

lebih berkualiti dan mantap tanpa ada sebarang permasalahan.

Rajah 3.2 Lakaran secara kasar

c) Mencari Bahan-bahan Dan Komponen

Sebelum memulakan kerja pencarian bahan yang sesuai, seperti

bahan yang mampu menahan beban yang tinggi dan mudah

didapati di pasaran untuk membuat model troli ini. Pihak

penyelidik terlebih dahulu membuat rujukan dari sumber-sumber

yang diperolehi dari internet dan buku-buku rujukan.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

32

d) Proses Pengujian

Melakukan proses pengujian peralatan dan komponen dari segi

kesesuaian. Pengujian dilakukan untuk menentukan peralatan

daan komponen tersebut dapat beroperasi dengan baik.

e) Khidmat penyelia dan individu berkenaan

Membincangkan projek yang akan dilaksanakan dengan penyelia

projek dan individu berkenaan untuk mengembangkan idea bagi

membaiki kelemahan dan menambahkan kecekapan projek

tersebut.

3.6 KOS PROJEK( Bill of Material )

Jadual 3.1 menunjukkan kos untuk penghasilan Three Wheel Trolley. Dalam jadual ini

menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang lengkap beserta unit.

BIL BAHAN HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH

(RM)

1. Roda 8.00 6 48.00

2. Besi Hollow

(30mm x 1600mm)

20.00 1 20.00

3. Besi padu

(20mm x 60mm)

25.00 1 25.00

4. Besi Plat (520mm x

480mm)

10.00 2 20.00

5. Bearing 6.00 4 24.00

Jumlah keseluruhan RM137

Page 33: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

33

3.7 PERLAKSANAAN PROJEK

Setelah penyelidik mengenalpasti keperluan dan kriteria yang perlu ada dalam

projek, penyelidik mula melakar beberapa lukisan bagi rekabentuk projek. Seterusnya,

semua ahli kumpulan sepakat untuk memilih rekabentuk ini sebagai projek yang akan

dilakukan. Proses perlaksanaan projek akan dijalankan mengikut jadual perancangan yang

telah ditetapkan.

Berikut adalah pelaksanaan yang perlu dijalankan untuk menghasilkan troli ini.

Rajah 3.3 Memotong Besi

Besi dipotong mengikut ukuran dan jenis besi yang berbeza. Antara besi yang digunakan

adalah seperti besi hollow, besi plat, dan besi padu. Kesemuanya dipotong mengikut

ukuran yang telah direncanakan.

Page 34: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

34

Rajah 3.4 Membina tapak troli

Membina bahagian tapak troli. Ia merupakan struktur yang pertama perlu didirikan untuk

membina troli pengangkat kerusi ini. Besi yang digunakan untuk membuat tapak troli

adalah besi bersudut (angle iron).

Rajah 3.5 Mengimpal tapak troli

Sebelum proses mengimpal dilakukan bahagian tapak troli , sudut 90 darjah perlu diukur

dengan tepat bagi memastikan struktur projek mendapat bentuk petak yang tepat.

Page 35: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

35

Rajah 3.6 Mencamtumkan pemegang dengan tapak projek

Proses mencantum bahagian ini adalah dengan mengimpal kedua-dua bahagian ini

dengan kemas supaya tidak bergoyang apabila digunakan.

Rajah 3.7 Proses membuat roda tiga

Proses membuat roda tiga ini adalah bahagian yang sangat sukar dalam menghasilkan

troli ini. Oleh kerana plat besi harus dipotong mengikut bentuk segitiga untuk meletakan

ketiga-tiga roda diantara kedua besi plat tersebut.

Page 36: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

36

Rajah 3.8 Proses mencanai

Proses mencanai harus dilakukan untuk menghilangkan kesan karat dan kimpalan yang

terdapat pada besi, Ini kerana untuk memastikan fizikal troli kelihatan kemas sebelum

proses mengecat dilakukan.

Rajah 3.9 Proses mengecat troli

Proses mengecat dilakukan pada besi yang sudah dicanai dan karatnya sudah dibuang.

Hasilnya cat yang disembur kelihatan lebih kemas dan sempurna.

Page 37: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation

37

3.8 KESIMPULAN

Metodologi kajian perlulah dikaji terlebih dahulu supaya kajian yang dikaji

mendapat metodologi kajian yang diingini. Metodologi projek ini menunjukkan kaedah

atau pendekatan atau kerangka yang digunakan di dalam penyelesaian projek ini, kajian

metodologi menunjukkan kaedah dan pendekatan yang digunakan seperti kaedah

pengumpulan data, model, carta alir, membuat pemilihan idea, pemilihan kaedah, dan

bahan yang terbaik. Selain itu, membuat perubahan rekabentuk, ataupun sistem dan juga

membuat pengujian pada bahan projek. Seterusnya, kajian metodologi projek ini juga

menunjukkan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan sesuatu kaedah

atau pendekatan tertentu.