dme innovation directory volume 2
Post on 06-Apr-2016
251 views
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Directories for Mechanical Engineering, POLISAS final project.TRANSCRIPT
innovationdirectoryv o l u m e 0 2
DIREKTORI INOVASI
PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR
VOLUME 02
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
i
KATA-KATA ALUAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan Nya jua maka dapat saya
merakamkan sepatah dua kata dalam Direktori Inovasi Projek Pelajar Semester Akhir Volume 02.
Direktori Inovasi ini merupakan satu koleksi kajian/projek yang pernah dihasilkan oleh pelajar
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang boleh dijadikan sumber rujukan oleh pelajar-pelajar junior
bagi mencetuskan idea baru yang lebih kreatif dan inovatif. Selain itu, ia juga merupakan satu
platform bagi pelajar dan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal mengetengahkan
kajian/projek yang mempunyai nilai komersial.
Direktori ini juga sebagai menyahut seruan Kementerian Pendidikan bagi merealisasikan
transformasi melalui inovasi yang dinamik serta merupakan satu cara menghargai usaha dan
pengorbanan mereka dalam menyiapkan projek inovasi dengan jayanya.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Editorial Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal di komitmen yang diberikan untuk menghasilkan direktori ini.Semoga
dengan terbitnya direktori ini, kita dapat menggalakkan budaya inovasi di kalangan pelajar dan
pensyarah jabatan ini.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh warga Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal.
YM TENGKU BESARUDDIN SHAH BIN TENGKU YAAKOB
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
ii
JAWATANKUASA EDITORIAL
PENAUNG : MEJ. (K) DATO HAJI ABU BAKAR BIN AHMAD, DIMP., SMP., AAP., AMN.
Pengarah POLISAS
PENGERUSI : YM TENGKU BESARUDDIN SHAH BIN TENGKU YAAKOB
Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
TIMBALAN PENGERUSI : ZAIRUL AZRUL BIN ZAKARIA
PENGURUS PROJEK : NURUL IZZAH BT AB RAHIM
SETIAUSAHA : ZULY ASYRAF BIN ZULKIFLI
KETUA PENYUNTING : NORAZLINA BINTI ABDUL RAHMAN
MOHD AMIN BIN AHAMDA
MOHD RIDHUAN BIN ISMAIL
PENYUNTING : ZAIRUL AZRUL BIN ZAKARIA
NURUL IZZAH BT AB RAHIM
MOHD RAZUAN BIN MOHAMED SARI
AIDA HARYATI BT MUDA
MOHD SAFIAN BIN MUDA
MOHD NAIM BIN MARZUKI
HAMDAN BIN SULONG
MASLIANA BINTI IDRIS
SYED MOHADZAM SHAH BIN SYED BADIUZAMAN
MUHD RAMZAM BIN ABU HASAN
MISKIAH BINTI WAKIJAN
NORLINI BINTI HUSSHIN
NORAINI BINTI ABDUL AZIZ
NIK MOHD HAIKAL BIN MOHAMAD HASSAN
NORLIANA BINTI AHMAD
MUHAMAD SOFFI BIN MANDA
MOHD KHASPI BIN KOSNIN
ROSPI BIN MAT HUSIN
ROSEDHILA BINTI RAMLI
NURUL FUADDI BINTI SULAIMAN
AZLI BIN OMAR
MOHD AZIZI BIN OMAR
AHMAD RIDHWAN BIN ABDULLAH
ZULKEFLI BIN IBRAHIM
AHMAD ZAIFAZLIN BIN ZAINORDIN
PENERBIT
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,
25350 Kuantan,
Pahang
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
iii
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT KATA ALUAN KETUA JKM i JAWATANKUASA EDITORIAL ii TAJUK PROJEK MESIN PENGGAUL AYAM 1 PEMOTONG SAYUR BURGER 2 PENGGERA KESELAMATAN BERLAMPU 3 MODEL AUTOMASI MENGGUNAKAN SISTEM PNEUMATIK 4 INVERTER BOX 5 SEMI AUTO HANGER 6 STEAM EGG 7 PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK MENGGUNAKAN ENJIN STERLING 8 MINI WIND GENERATOR 9 STEPPERHUMP SISTEM 10 ELECTRICAL VEHICLE BODY PART 11 MINI INCINERATOR 12 MINI GENERATOR 13 ALAT TABUR BAJA MINI 14 MINI MODEL FOR BEAM 15 PENAPIS ASAP BENGKEL KIMPALAN 16 AUTOMATIC SUSPENSION COVERED CLOTH 17 MULTIPURPOSE CANOPY 18 COCONUT WATER REMOVER 19 SMALL SCALED HYDRAULIC EXCAVATOR 20 SMART GREASE TRAP 21 SMART WELDING SHIELD 22 INKUBATOR 23
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
iv
TAJUK PROJEK MUKA SURAT REHAL ELEKTRONIK 24 PORTABLE AIR CONDITIONER 25 NATURE FIBRE COMPOSITE 26 EVOLUTION IN MANUAL TUBEWELL 27 S.O.S PUMP 28 SIMPRO DRIVE SHAFT 29 MACHINE GRINDVALVE 2 WAYS (MGV 2) 30 UNMANNED CARRIER 31 PORTABLE BEARING PRESS MACHINE 32
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
1
TAJUK
MESIN PENGGAUL AYAM
NAMA PELAJAR
AMIRUL SAFWAN BIN MAT ARIF
NORAZHAM BIN AZHAR
TN MOHD FAHMI B TN MD JAFFAR
PENYELIA
ZAIRUL AZRUL BIN ZAKARIA
Mesin penggaul di pasaran kini hanya terhad kepada
penggunaan dalam kuantiti yang besar sahaja. Peniaga
kecil seperti di kedai makan, masih menggunakan
kaedah menggaul secara manual. Ini menyumbang
kepada beberapa permasalahan terutama tahap
kebersihan dan faktor ergonomik.
Mesin ini mampu menggaul ayam secara automatik
dan menepati tahap kebersihan yang ditetapkan.Mesin
ini dibina menggunakan motor mesin basuh untuk
memutarkan syaf di bahagian tengah. Ia adalah jenis
XD-150 AC, 220V 50Hz 1.2A. Ia mampu memutarkan
beban dalam lingkungan 6-7 kg. Rangka projek dibuat
menggunakan besi hollow kerana bentuknya yang
kecil tetapi mempunyai kekuatan yang bersesuaian
dengan projek ini. Ia mampu menahan beban bahan,
tangki air mini dan motor serta gegaran yang dihasilkan
oleh pergerakan syaf.
Sudip buluh dipilih antara pelbagai jenis sudip yang
terdapat di pasaran kerana rekabentuknya yang
panjang dan sesuai mengikut keluasan besen yang
dipilih. Selain itu, ia juga ringan, jadi ia mengurangkan
beban pada syaf dan motor. Bahagian badannya yang
mempunyai lubang pula memudahkan kerja mengapit
dari senduk kepada syaf.
Secara keseluruhannya mesin ini mampu memudahkan
proses penggaulan ayam. Selain menitikberatkan
aspek kebersihan, tempoh masa untuk melakukan kerja
menjadi lebih cepat dan mengurangkan pengguaan
tenaga manusia. Projek ini mampu beroperasi
berterusan dengan menggunakan sedikit tenaga dan
bantuan manusia Secara tidak langsung ia dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti makanan tersebut
Mesin ini mempunyai rekabentuk yang menarik dan
mudah dikendalikan kerana saiznya yang kecil.
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
2
TAJUK
PEMOTONG SAYUR BURGER
NAMA PELAJAR
MUHAMMAD ZULFAQQARUDDIN
NUR SYAHIRA ATIQA OTHMAN
AHMAD FIRDAUS SHAMSUDIN
PENYELIA
NURUL IZZAH BT AB RAHIM
Pemotong sayur burger merupakan satu alat
memotong sayur khusus untuk sayur yang akan
digunakan dalam membuat burger. Objektif rekabentuk
alat ini adalah untuk memudahkan kerja memotong
sayur, menjimatkan masa dan menjamin keselamatan
pengguna.
Bahagian badan yang diperbuat daripada perspek
setebal 5mm. Bahan perspek didapati sesuai kerana
ianya tidak berkarat serta mudah untuk dipotong dan
disambung. Selain daripada itu, keselamatan pengguna
lebih terjamin kerana bilah pisau pemotong ditutup
menggunakan perspek dan dietakkan dibahagian
tengah
Beberapa ujian pemerhatian telah dijalankan bagi
memastikan objektif alat ini tercapai. Jadual 1 di bawah
menunjukkan masa yang diambil oleh 3 kategori
pengguna untuk memotong sayur yang sama
1 2 3 Min (s)
Pemotong sayur mahir
60 54 57 57
Pemotong sayur tidak mahir
150 154 145 150
Pengguna mesin sayur burger
45 35 40 40
Jadual 1
Jadual 2 di bawah pula menunjukkan ketebalan
pemotongan dan keadaan potongan yang diperhatikan
Pengguna Ketebalan Kemasan
Pemotong mahir 2mm 3mm Pemotongan
hampir sekata
Pemotong tidak mahir
2mm 5mm Pemotongan
tidak sekata
Pengguna mesin permotong sayur
burger
3mm Pemotongan
sekata
Jadual 2
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
3
TAJUK
PENGGERA KESELAMATAN
BERLAMPU
NAMA PELAJAR
MOHAMAD HAZIQ IZHAM B NAZAR
MOHAMAD HAFIZ IZMER B NAZAR
MUHD HAFIZZUDIN B HARUN
PENYELIA
ZAIRUL AZRUL BIN ZAKARIA
Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan
suatu alat yang bertindak seperti penggera apabila
pergerakan dikesan. Alat ini diletakkan di tempat gelap
supaya boleh menjadi amaran apabila berlakunya
kecurian. Lampu dan bunyi penggera akan terhasil
bersama apabila sensor dapat mengesan pergerakan.
Litar motor menggunakan sensor untuk menyalakan
mentol dan penggera apabila mengesan pergerakan.
Sensor yang digunakan dapat mengesan pergerakan
dalam lingkungan 7 meter diameter. Bunyi dan lampu
dapat disetkan mengikut tempoh yang dikehendaki oleh
pengguna.
DIREKTORI INOVASI PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR VOLUME 02
4
TAJUK
MODEL AUTOMASI
MENGGUNAKAN SISTEM
PNEUMATIK
NAMA PELAJAR
YOGENDRAN A/L SUBURAMANIAM
TAN HOCK LAI PARASURAMAGURU
A/L SIVA PIRASAGAM
PENYELIA
MOHD RAZUAN B MOHAMED SARI
Kebanyakan model automasi yang terdapat di pasaran
menggunakan kawalan PLC dan PIC yang tidak
dipelajari dalam kursus JJ512 Pneumatik & hidraulik.
Oleh itu, untuk