bab 1 pengenalan - dme innovation project pengenalan 1.1 pendahaluan ... pili paip (rajah 2.1) ialah...

63
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN Air mutlak adalah air utama yang digunakan untuk berwuduk. Berdasarkan pemerhatian di surau putih Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, kami dapati air yang telah digunakan untuk berwudhuk mengalir ke longkang dan buang begitu saja. Bedasarkan pengiraan, purata bagi setiap orang menggunakan air ketika berwudhuk ialah 3 hingga 5 liter air setiap kali berwudhuk sedangkan 2 liter air pun sudah mencukupi. Jadi terdapat pembaziran yang berlaku disebabkan tabiat negatif tersebut. Hasil daripada pemerhatian tersebut, air wudhuk yang terbuang begitu saja tanpa kegunaan dan dimanfaatkan. Alangkah bagusnya jika digunakan atau dimanfaatkan untuk menjadi air siraman pada tanaman-tanaman di sekitar Surau Putih Jabatan kejuruteraan Mekanikal. Maka dengan itu, air untuk siraman tidak perlu lagi menggunakan air mutlak atau air bersih kerana air yang terbuang tadi boleh digunakan kembali. Maka terhasillah sebuah sistem takungan air kitar semula di surau putih JKM. Dengan adanya sistem takungan air tersebut bukan sahaja dapat menggunakan semula air yang terbuang setelah berwudhuk malah dapat mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja menyiram tanaman. Sistem takungan ini direka khas supaya memudahkan pengguna dan tidak perlu diselengara selalu. Sistem ini tidaklah terlalu sukar untuk dilaksanakan di surau putih JKM tersebut.

Upload: phungdieu

Post on 04-May-2018

383 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHALUAN

Air mutlak adalah air utama yang digunakan untuk berwuduk. Berdasarkan

pemerhatian di surau putih Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, kami dapati air yang telah

digunakan untuk berwudhuk mengalir ke longkang dan buang begitu saja. Bedasarkan

pengiraan, purata bagi setiap orang menggunakan air ketika berwudhuk ialah 3 hingga 5

liter air setiap kali berwudhuk sedangkan 2 liter air pun sudah mencukupi. Jadi terdapat

pembaziran yang berlaku disebabkan tabiat negatif tersebut. Hasil daripada pemerhatian

tersebut, air wudhuk yang terbuang begitu saja tanpa kegunaan dan dimanfaatkan.

Alangkah bagusnya jika digunakan atau dimanfaatkan untuk menjadi air siraman pada

tanaman-tanaman di sekitar Surau Putih Jabatan kejuruteraan Mekanikal. Maka dengan

itu, air untuk siraman tidak perlu lagi menggunakan air mutlak atau air bersih kerana air

yang terbuang tadi boleh digunakan kembali. Maka terhasillah sebuah sistem takungan air

kitar semula di surau putih JKM. Dengan adanya sistem takungan air tersebut bukan

sahaja dapat menggunakan semula air yang terbuang setelah berwudhuk malah dapat

mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja menyiram

tanaman. Sistem takungan ini direka khas supaya memudahkan pengguna dan tidak perlu

diselengara selalu. Sistem ini tidaklah terlalu sukar untuk dilaksanakan di surau putih

JKM tersebut.

Page 2: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

2

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Hasil dari penelitian yang dilakukan, kadar pembaziran air yg terlalu banyak iaitu

sekitar 3 hingga 5 liter bagi seorang. Air wudhuk yang dibazirkan itu pula kemudiannya

dibuang begitu saja tanpa ada proses kitar semula atau alternatif lain untuk memanfaatkan

air wudhuk yang bazirkan tersebut. Oleh yang demikian satu sistem takungan air untuk

dikitar semula telah dicipta. Sistem ini adalah untuk memanfaatkan air wudhuk dengan

kegunaan untuk menyiram tanaman di sekitar kawasan Surau Putih Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Di Surau Putih Jabatan Kejuruteraan Mekanikal POLISAS, air wuduk yang telah

digunakan di buang dan di salurkan ke longkang begitu sahaja. Untuk memanfaatkan air

wuduk ini, satu sistem takungan air untuk dikitar semula dicipta. Sistem ini juga di reka

bentuk bagi mengatasi masalah pembuangan air setelah berwudhuk begitu saja tanpa

dimanfaatkan. Air tersebut boleh di kitar semula untuk menyiram tanaman dan tujuan

pembersihan. Selain itu, air yang digunakan setelah berwudhuk tersebut dapat

menjimatkan penggunaan air mutlak atau air bersih bagi tujuan menyiram tanaman.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

i. Dapat menjimatkan penggunaan air bersih untuk menyiram tanaman.

ii. Sistem takungan air kitar semula yang automatik.

iii. Dapat memanfaatkan penggunaan air wudhuk daripada dibuang begitu saja.

Page 3: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

3

1.5 PERSOALAN KAJIAN

i. Menganalisis sistem takungan air untuk dikitar semula yang mampu menakung air

sekurang-kurangnya 160 liter setiap hari.

ii. Menganalisis system takungan air untuk dikitar semula yang sistematik, automatik

dan mudah diselenggara.

iii. Mengenalpasti sistem penyiraman yang bersuaian digunakan di Surau Putih JKM

POLISAS.

1.6 SKOP KAJIAN

i. Mereka bentuk sistem takungan air yang boleh menakung air wudhu yang di tapis

atau yang di kitar semula minimum 160 liter.

ii. Mereka bentuk sistem takungan air yang pintar, automatic dan sistematik serta

mudah di selenggara.

iii. Sistem ini bertujuan untuk menghasilkan siraman yang berkala mengikut waktu

dan menberikan siraman yang sekata pada tumbuhan yang ditanam di sekitar

surau putih JKM.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian dijalankan bertujuan untuk menjimatkan penggunaan air untuk penyiraman

tanaman, menghasilkan sistem takungan air yang automatik dan sistematik serta mudah

diselenggara dan memanfaatkan air wuduk yang dibazirkan setiap hari. Pembaziran air

wuduk yang dibazirkan setiap hari dikaji supaya kami dapat mengalisis jenis dan saiz

tangki yang bersesuaian untuk menakung air wudhuk. Kami juga membuat kajian

mengenai pum air yang bersesuaian digunakan menyedut air untuk siraman supaya

proses penyiraman berjalan dengan lancar dan menepati aspek-aspek yang dikehedaki.

Kaedah penyiraman juga dikaji supaya penyiraman yang dijalani oleh sistem takungan

ini lebih efektif dan menghasilkan siraman yang lebih baik dari yang sedia ada.

Page 4: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

4

1.8 TAKRIFAN ISTILAH/ OPERASI

Aliran dalam saluran paip adalah merujuk kepada berlakunya pergerakan air yang

memenuhi keseluruhan permukaan dalam saluran aliran paip yang mempunyai tekanan

tertentu. Pergerakan air ini akan menghasilkan kadar alir iaitu isipadu air yang mengalir

dalam sesaat. Jumlah kadar alir berkadar terus kepada luas keratan rentas saluran paip dan

kelajuan pergerakan air seperti persamaan di bawah (Donald F. Elger 2009).

Q = Kadar alir m³/s

V = Kelajuan aliran air m/s

A = Keluasan keratan rentas

Pergerakan aliran air di dalam saluran paip juga menghasilkan tiga jenis tenaga utama

yang berkaitan iaitu:

a) Tenaga kinetik iaitu tenaga yang menggerakkan aliran air dan ianya boleh dikira

dengan menggunakan persamaan di bawah (Donald F. Elger 2009).

Persamaan 1.8.2

V = Kelajuan aliran air m/s

g = Tarikan graviti (9.81) m/

Tenaga Kinetik = V²/2g

Q = VA

Page 5: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

5

1.9 RUMUSAN BAB

Daripada bab ini dapat dirumuskan bahawa sistem takungan air wudhuk ini boleh

menakung air yang telah digunakan untuk berwudhuk ke dalam tangki sebanyak 160

liter.Air tersebut kemudiannya dapat dimanfaatkan apabila digunakan untuk menyiram

tanaman.Sistem siraman yang dihasilkan juga adalah berkala dan automatik.Ia juga telah

dapat digunakan untuk menyiram tanaman di sekitar kawasan Surau Putih JKM

POLISAS dan bersesuaian dengan struktur tanah dan keadaan di Kawasan tersebut.

Page 6: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

6

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN BAB

Sistem takungan semula air wuduk ini tidak seperti yang sedia ada di pasaran.

Sistem ini telah di ubah suai untuk penyiraman secara automatik mengikut waktu yang

telah di tetapkan tanpa perlu di kawal oleh manusia. Berdasarkan pemerhatian sistem ini

tidak lah terlalu rumit untuk di laksanakan tetapi agak memakan masa untuk diuji terus

menerus. Sistem ini harus dikaji adakah kuat aliran air untuk masuk ke dalam tangki bagi

penjimatan dari perlu memasang pam yang kedua untuk pam air dari tempat wuduk

tersebut. Sistem takungan ini tidak perlu diselengara dengan kerap.

2.2 TEORI

Tenaga kinetik iaitu tenaga yang menggerakkan aliran air dan ianya boleh dikira

dengan menggunakan (Donald F. Elger 2009)

V = Kelajuan aliran air m/s

g = Tarikan graviti (9.81) m/s²

Tenaga tekanan adalah tenaga yang menghasilkan pergerakan dengan

menggunakan (Donald F. Elger 2009)

Tenaga Kinetik = V²/2g

Page 7: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

7

P = tekanan KN/m²

ʏ = pg iaitu p bersamaan dengan ketumpatan dan g tarikan gravity

Tenaga keupayaan adalah tenaga yang berkaitan dengan di mana tempatnya air itu

berada dan dikenali dengan h. Tenaga ini lebih mudah dikenali bila adanya perbezaan

turus dari datum dan unitnya adalah m.

Menurut kajian dari, kekurangan tekanan air adalah bergantung kepada perkara

berikut :

i) Arah pergerakan aliran air

ii) Panjang saluran paip, L

iii) Diameter paip, D

iv) Kekuatan tenaga dalam kelajuan air, V

v) Berkaitan dengan kekasaran permukaan dalam saluran paip

Kajian aliran masuk dan penyusupan dalam sistem pembetungan

Q2 = Q1 + Qpenyusupan

Atau V2 = V1 + Vpenyusupan

Di mana:

Q1 = Aliran masuk

Q2 = Aliran keluar

V1 = Isipadu aliran masuk

V2 = Isipadu aliran keluar

Tenaga tekanan = p/ʏ

Page 8: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

8

2.3 KAJIAN TERDAHULU

Kajian terdahulu dilakukan bagi mengenalpasti sistem pengaliran sistem

perpaipan, jenis tangki yang sesuai, jenis pam air yang sesuai digunakan dan kaedah yang

terbaik untuk mencipta sistem ini berdasarkan komponen-komponen yang dipilih.

2.3.1 Pengaliran Air Melalui Paip

i. Pili Paip

Rajah 2.1: Pili Paip

Sumber: http://image.slidesharecdn.com/t1kpaip

Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di

hujung batang paip. Pili diperbuat daripada bahan loyang (campuran logam kuprum dan

zink). Ada juga pili yang disadur dengan kromium dan diperbuat daripada PVC. Pili

berbibir mempunyai alur air msauk yang mendatar. Digunakan di tab mandi, sink dapur

dan kelengkapan perpaipan di luar rumah.

Page 9: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

9

2.4.1 Pengairan Air Di Ladang

Rajah 2.2: Pengairan Permukaan

Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/

Dalam sistem pengairan permukaan (Rajah 2.2), air mengalir di atas dan merentas

darat secara aliran graviti ringkas untuk melembapkan darat serta menembusi tanah.

Pengairan permukaan terdiri daripada jenis-jenis pengairan alur, jalur pinggir atau

lembangan. Kaedah ini sering dipanggil pengairan banjir kerana boleh menyebabkan

tanah pertanian terbanjir. Inilah kaedah pengairan tanah pertanian yang biasa digunakan

pada masa kini.

Di mana paras air dari punca pengairan membenarkannya, parasnya dikawal oleh

daik yang lazimnya disumbat oleh tanah, seperti yang sering dilihat di sawah padi

berteres, di mana kaedah ini digunakan untuk membanjiri atau mengawal paras air di

setiap sawah. Kadang-kadang, air dipam atau diangkut oleh tenaga manusia atau haiwan.

Page 10: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

10

Rajah 2.3: Pengairan Renjis

Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/

Sistem Pengairan Renjis atau Sprinkler Irrigation (Rajah 2.3) adalah satu sistem

dimana semburan air dilakukan keudara daripada Sprinkler dan jatuh ke tanah seperti air

hujan.Semburan ini berlaku apabila air daripada sumber seperti kolam atau air sungai

dipam masuk melalui penyalur paip dengan tekanan yang tinggi melalui nozel sprinkler

secara berputar 360 darjah secara mekanikal. Jarak pancutan air ini bergantung kepada

kuasa tekanan air darpada pam dan juga jenis peralatan nozel sprinkler yang digunakan.

Lazimnya jarak semburan 20-20 kaki radius tau lebih bergantung kepada spesifikasi pam

air dan sistem nozel yang digunakan.sistem ini sering digunakan dan sesuai untuk

tanaman sayuran dan tanaman singkat masa seperti sayuran daun, sayuran buah, tanaman

umbisi dan juga tanaman yang berkepadatan tinggi. Sistem pengairan renjis ini juga

sesuai digunakan pada banyak kawasan sama ada kawasan rata, bercerun, kawasan tidak

sekata atau kawasan kebun yang baru dibuka. Pemasangan sistem ini perlukan kemahiran

khusus dan kiraan yang tepat bagi kecekapan bekalan air yang optima.

Kebaikan sistem pengairan renjis ini ialah cara semburan yang sekata dan

seragam, sesuai untuk kebanyakkan jenis tanah, tidak mudah tersumbat, mudah dialihkan

kekawasan yang lain dan sistem ini adalah tahan lasak. Cara ini jugak boleh disesuaikan

dengan aplikasi penyemburan racun, baja dan bahan kimia yang lain untuk tujuan

pertumbuhan pokok yang sihat. Kos penyelenggaraan adalah mudah dijalankan. Kesan

hakisan juga dapat dikurangkankan jika menggunakan sistem pengairan ini. Bagaimana

pun sistem sprinkler ini menggunakan kadar air yang banyak, perlukan jenis pam air yang

Page 11: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

11

mempunyai tekanan tinggi serta kos pembangunan awal lebih tinggi. Kaedah ini juga

memerlukan pekerja yang mahir untuk mengendali pam, sistem pembahagian air dan juga

pengawalan tekanan air serta penyelenggaraan sistem. Jika berlaku tiupan angin kencang

akan menyebabkan semburan air tidak sekata dan menganggu pertumbuhan pokok.

Sistem ini menyebabkan berlaku banyak pembaziran air jika ianya tidak dikawal dengan

betul. Penggunaan sistem sprinkler dengan tekanan yang sangat kuat dan jauh kurang

sesuai untuk sesetengah tanaman seperti cili, terung dan lain-lain kerana ini juga akan

menyebabkan bunga gugur akibat tekanan pancutan tersebut (Animhosnan 2012)

Rajah 2.4: Pengairan Titis

Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/43/Dripperwithdrop.png

Sistem pengairan titis atau drip irrigation (Rajah 2.4) merupakan satu sistem

pengairan yang membekalkan air kepada tanaman dengan tempoh kerap mengikut kadar

keperluan air tanaman tersebut. Kadar sebaran air dan kecekapan penggunaan air oleh

tumbuhan-tumbuhan adalah sangat cekap melebihi 90%. Pengedaran air menggunakan

tiub yang mendapat bekalan air daripda pam berkuasa rendah atau bekalan air dari tangki

yang dialirkan melalui tekanan graviti. Air keluar melalui lubang halus atau alatan emitter

(Rajah 1.4) yang mempunyai lubang halus. Kaedah ini memerlukan jumlah air yang

sedikit dan menjimatkan tegana serta kos. Kos pemasangan awal adalah lebih murah

berbanding sistem sprinkler. Sesuai untuk tanaman yang berkepadatan rendah serta

tanaman bermusim seperti pokok buah-buahan. Sistem ini sangat sesuai untuk penanaman

sayuran atau buah-buahan terpilih dengan menggunakan sistem fertigasi. Baja cecair dan

Page 12: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

12

racun kimia boleh dicampur untuk tumbesaran dan kawalan penyakit. Sistem ini boleh

diprogramkan untuk pemberian air dan baja mengikut peringkat tumbesaran pokok. Kini

kebanyakan pengeluaran sayur bernilai tinggi seperti tomato, lada, benggala, timun Jepun,

tomato cherry, cili padi dan salad menggunakan sistem fertigasi (Animhosnan 2012)

2.3.2 Pengaliran Air Di Longkang

Rajah 2.5: Pengaliran Air Di Longkang

Sumber: http://4.bp.blogspot.com/_bmK9M0Z_fag

Pemasangan longkang (Rajah 2.5) perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan

kebersihan, dapur, sesalur air hujan serta air permukaan berturap kepebentung awam dan

seterusnya ke tempat pembuangan. Kadar kecerunan longkang amat penting supaya

pergerakan air tidak menjadi lambat dan tersumbat ke dalam longkang bawah tanah.

Ianya mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi mengelakkan dari berlakunya

paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di atasnya. Pengudaraan

perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang menyenangkan. Penutup

perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak menghalang

laluan. Laluan bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika

longkang tersekat. Bahan – bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk

memastikan paip dan longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan.

Sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau keretakkan

pada longkang. Penahan perlu untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan

Page 13: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

13

dan tidak mudah pecah. Saiz dan isi padu muatan hendaklah mengikut jenis atau bentuk

longkang.

2.3.3 Jenis – jenis Pam

Terdapat dua jenis pam anjakan positif utama iaitu:

i. Pam Salingan (Reciprocating Pump)

Pam salingan mempunyai halaju (RPM) kendalian yang rendah. Tetapi ia

mempunyai kapasiti yang tinggi untuk aliran / sesaran yang besar. Walaupun terdapat

aliran bertentangan dalam pam, ia masih beroperasi dengan cekap kerana jumlah isipadu

yang besar boleh dipindahkan.

1. Jenis omboh

Rajah 2.6: Pam Jenis Piston

Sumber: afzairizal.blogspot.my

Page 14: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

14

Rajah 2.7: Pam Jenis Piston

Sumber: afzairizal.blogspot.my

Pam jenis omboh (Rajah 2.7) ini memerangkap cecair dalam omboh dan omboh

akan menyesarkannya juga. Ia mempunyai dua injap iaitu injap sedutan dan injap aliran.

Kedua-dua injap ini mengawal aliran cecair dengan kaedah perbezaan tekanan. Apabila

piston ditarik, injap sedutan akan terbuka kerana takanan tekanan di bahagian bawah

injap tersebut lebih tinngi dari bahagian atas. Sejumlah cecair dengan isipadu yang sama

dengan isipadu yang tersesar akan mengalir ke dalam silinder. Apabila piston tertolak,

tekanan dari dalam silinder akan memaksa injap aliran terbuka dan mengalirkan kuantiti

isipadu dalam silinder keluar. Untuk pam omboh kembar pula, apabila injap sedutan yang

pertama terbuka, injap aliran kedua akan terbuka. Apabila injap aliran pertama terbuka,

injap sedutan kedua akan tertutup. Proses ini berlaku dengan bersongsangan apabila injap

sedutan kedua dan injap aliran kedua terbuka.

2. Jenis plunger

Rajah 2.8: Pam Jenis Plunger

Sumber: afzairizal.blogspot.my.

Page 15: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

15

Rajah 2.9: Pam Jenis Plunger

Sumber: afzairizal.blogspot.my

Pam ini hampir sama dengan pam jenis piston. Bezanya ialah bahagian dinding

plunger tidak menyentuh dinding selinder. Biasanya digunakan pada keadaan yang

memerlukan tekanan yang tinggi atau untuk mengepam cecair yang melekat atau melekit

pada dinding silinder. Plunger bergerak secara salingan dalam perumah yang tetap dan

tidak bergerak bagi mengelakkan kebocoran di antara bahagian plunger dan silinder.

Plunger kembar mempunyai dua plunger yang disambung bersama dengan sambungan

luaran dan rod melintang.

3. Jenis gegendang

Rajah 2.10: Pam Jenis Gegendang

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my/2011/07/bab-5-pam-air.html

Page 16: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

16

Rajah 2.11: Pam Jenis Gegendang

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my/2011/07/bab-5-pam-air.html

Pam ini beroperasi dengan mengubah gerakan berputar kepada gerakan bentuk

salingan untuk menggerakkan pam. Gegendang merupakan satu benda yang bersifat

fleksibel atau elastic. Pada lejang sedutan, lapisan ini akan mengekalkan sedikit tekanan

pada bahagian sedutan bagi membenarkan cecair masuk. Pada lejang mampatan, lapisan

akan menolak cecair keluar daripada kebuk pam. Biasanya ia digunakan untuk mengepam

cecair pekat dan mengakis.

ii. Pam berputar (Rotary Pump)

Pam ini lebih ringkas pembinaannya berbanding dengan pam salingan. Ia boleh

beroperasi sehingga halaju 7000 rpm. Ia dibina dengan kapasiti yang tinggi untuk sesaran

yang lebih banyak. Ruang operasinya lebih kecil berbanding dengan pam salingan tetapi

kapasitinya yang boleh dimuat adalah sama. Ia boleh mengepam semua jenis cecair

kecuali yang bersifat melelas.

Page 17: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

17

1. Lobe Pump

Rajah 2.12: Lobe Pump

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my

Rajah 2.13: Lobe Pump

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my

Pam (Rajah 2.13) ini mempunyai dua rotor dan setiap rotor mempunyai lebih

daripada dua lobe yang dipasang pada aci yang berbeza. Kedua-dua aci berputar dalam

arah yang berbeza. Cecair memasuki bahagian sedutan dan terperangkap di antara dinding

dan lobe berputar secara gelincir di dalam perumah. Kelegaan di antara bahagian lobe

serta perumah menggelincirkan cecair yang terperangkap dan memindahkannya ke

bahagian aliran. Gelinciran akan bertambah bertambah pada tekanan yang tinggi.

Page 18: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

18

2. Sliding Vane Pump

Rajah 2.14: Vane Pump

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my

Rajah 2.15: Vane Pump

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my

Vane Pump (Rajah 2.15) ini mempunyai satu set bilah yang menggelongsor

keluar. Rotor ini dipasang secara longgar di bahagian tengah perumah. Semasa bilah

berputar, cecair akan masuk dan diperangkap oleh dinding perumah, bilah gelongsor dan

rotor. Semasa putaran diteruskan, cecair yang terperangkap akan terus disesarkan ke

bahagian sesaran. Dinding perumah menyebabkan bilah gelongsor masuk dan

menggelongsor ke dalam rotor dan menolak salah satu hujung bilah ini ke bahagian aliran

dan salah satu lagi ke bahagian sedutan.

Page 19: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

19

3. Pam Gear

Rajah 2.16: Gear Pump

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my

Dalam pam ini (Rajah 2.16), cecair dipindahkan oleh sepasang gear yang

berputar pada arah yang berlawanan. Salah satu gear adalah pemacu dan satu lagi gear

adalah gear bebas yang dipacu oleh gear pemacu tersebut. Semasa pemacu berputar, gear

pemacu menggerakkan gear bebas dalam arah yang bertentangan. Pada bahagian sedutan,

cecair akan masuk dan terperangkap di antara gigi gear dan perumah. Gear ini

direkabentuk untuk menahan tekanan yang tinggi sehingga 1500 Psi. Disebabkan terdapat

beberapa perbezaan tekanan yang tinggi dalam arah jejarian untuk gear pemacu, ia

diletakkan untuk mengawal keadaan vakum daripada bahagian sedutan. Gear jenis

herringbone digunakan untuk operasi yang melebihi 1750 rpm.

4. Pam Skru

Rajah 2.17: Pam Skru

Sumber: http://afzairizal.blogspot.my

Page 20: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

20

Terdapat dalam beberapa saiz, pam skru (Rajah 2.17) yang bersaiz kecil

digunakan untuk mengepam cecair yang pekat atau mempunyai benda asing di dalamnya.

Terdapat dua cara pam skru memindahkan cecair iaitu secara selari dengan atau secara

serenjang dengan paksi batang skrunya.

2.3.5 Jenis Pam Yang Dipilih

Rajah 2.18: Potenza PWJ 100

Sumber: afzairizal.blogspot.my

Rajah 2.19: Self-priming Centrifugal Pump

Pam yang dipilih dan digunakan ialah Self-priming Centrifugal Pump (Rajah

2.19) yang berjenama Potanza PWJ 100. Pam ini direka khas untuk kegunaan sistem

penghantaran air secara kecil-kecilan di rumah mahu pun kebun dan lain-lain. Suhu cecair

Page 21: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

21

yang mampu yang mampu ditampung oleh pam ini ialah tidak melebihi 60 celsius. Badan

pam dan badan motor pam ini diperbuat daripada cast iron. Brass impeller pam ini ini

dicipta daripada campuran Seramik dan Karbon. Bebola bearing Pam ini pula dicipta

daripada keluli tahan karat.Motor pam ini adalah jenis 2 pole induction motor dan

kebolehan pam ini adalah 1 kuasa kuda.

2.3.4 Jenis-jenis Tangki

Rajah 2.20: Plastic Septic Tank

Sumber: http://www.septicmatters.com

Tangki Plastic Septic seperti Rajah 2.20, antara kelebihan tangki ini ialah

harganya lebih murah berbanding tangki konkrit, ia juga lebih tahan lasak dan tidak

mudah retak seperti tangki Konkrit. Tanki ini juga tidak akan berkarat dan lebihan ringan

serta mudah untuk dibawa. Namun tangki ini terdapat juga beberapa kelemahan,

antaranya ialah memerlukan kepakaran yang tinggi untuk memasangnya, jika

pemasangan tidak dengan cara yang betul, tangki ini akan rosak. Ia juga jarang dijual

dalam pemasaran Malaysia kerana tidak disarankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Page 22: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

22

Rajah 2.21: Septic Concrete Tank

Sumber: http://www.septicmatters.com

Tangki Septic Concrete seperti Rajah 2.21 kelebihan tangki ini ialah ia sangat

berat hal ini menjadikan ianya tidak dapat dihanyutkan jika terjadinya banjir. Selain itu,

tangki ini juga tahan lama dan tahan kerana ia sangat keras.Tangki ini juga mudah di

dapati dalam pemasaran Malaysia dan mendapat pengiktiran dari Jabatan Kerja Raya

(JKR). Kelemahan tangki ini ialah ia sangat mahal jika dibandingkan dengan tangki-

tangki lain. Keberatannya juga menyebabkan ia sukar untuk dipasang. Pemasangannya

juga perlu dilakukan dengan teliti kerana tangki ini mempunyai risiko keretakan yang

boleh mengakibatkan kebocoran.

Rajah 2.22: Stainless steel tank

Sumber: http://h2oplus.co/images/vertical.jpg

Page 23: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

23

Tangki Besi Tahan Karat seperti (rajah 2.22). Antaranya kelebihan tangki ini ialah

air yang ditakungkan dalam tangki ini tidak akan berbau. Tangki ini juga tahan lasak

tahan lama dan tahan karat. Tangki ini juga tidak akan berlumut, ia juga mudah dijaga

dan kurang untuk diselenggara. Kelemahan tangki ini pula ialah harganya mahal. Ia juga

mempunyai berat tinggi, disebabkan itu pemasangan tangki ini sangat rumit dan

memerlukan alatan khas untuk menjalankan kerja menebuk dinding tangki dan

sebagainya.

Rajah 2.23: Polyethylene tank

Sumber: http://img.directindustry.com

Tangki Polyethylene (Rajah 2.23) adalah tangki yang murah berbanding tangki-

tangki lain.Tangki juga tidak terlalu berat, ia jugak mudah dilakukan pemasangan serta

mudah diselenggara. Namun tangki ini kerap kali berlaku kebocoran. Air yang

ditakungkan di dalamnya juga akan berbau jika ditakungkan terlalu lama tanpa

digunakan. Bahan kimia dari tangki ini juga akan bercampur dengan air jika air terlalu

panas.

Page 24: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

24

2.3.5 Tangki Yang Dipilih

Rajah 2.24: Tangki Biru

Sumber: http://img.directindustry.com

Tong Biru (Rajah 2.24) ini biasanya digunakan untuk tempat atau tadah air di

rumah. Tong ini diperbuat daripada plastik berkualiti dan selamat untuk segala keperluan

sendiri, keperluan rumah khususnya tempat penyimpanan air yang selamat dari kotoran.

Tong biru ini boleh didapati di kedai-kedai peralatan rumah. Salah satu kelebihan tong

biru ini adalah tekstur bahan pada tong biru tersebut. Tong biru ini mempunyai tekstur

yang lebih anjal berbanding baldi. Disebabkan ke anjalannya itu, ia membuatkan tong

biru ini tidak mudah pecah. Namun tong biru ini mempunyai kelemahan tersendiri iaitu

tong ini air mungkin berbau jika terletaknya di tengah panas dan mudah pecah jika

dibiarkan di bawah terik matahari.

2.3.6 Jenis-jenis Paip

Rajah 2.25: Paip bergalvani

Sumber: http://www.fairosmasnankhb.blogspot.com

Page 25: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

25

Paip besi bergalvani (BG) (Rajah 2.25) diperbuat daripada keluli yang disadur

dengan zink. Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip.

Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.

Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm,

32 mm, 38 mm dan 50 mm. Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan

pemasangan.

Jadual 2.1: Jenis-jenis Paip bergalvani

Gred Ketebalan Kod

warna

Kegunaan

A Nipis Perang Paip Limpah

B Sederhana Biru Paip Agihan

C Tebal Merah Paip perhubungan dan paip

perkhidmatan

Rajah 2.26: Paip PVC

Sumber: http://3.bp.blogspot.com

Page 26: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

26

Paip polivinil klorida PVC (Rajah 2.26) diperbuat daripada plastik polivinil

klorida (PVC). Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Paip ini ringan

dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas. Saiz paip PVC

yang terdapat di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm. Panjang

piawaian paip PVC ialah 6 m.

Rajah 2.27: Paip Poli (HDPE)

Sumber: http://2.bp.blogspot.com

Paip Poli (Rajah 2.27) ialah paip ringan dan berwarna hitam. Paip ini tahan karat,

elastik, liat dan boleh melentur akibat bebanandan tahan panas. Paip ini lebih mahal

berbanding Paip PVC dan sukar ditegakkan kerana paip ini tersedia dalam keadaan

bergulung. Apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat

kesan pencengkam pada hujung paip tersebut. Paip ini boleh dipotong menggunakan

pemotong paip PVC atau gergaji. Penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat

sleeve di dalam penutup untuk mencengkam paip ini. Didalam sleeve pula terdapat gelang

merah.

2.3.7 Penapis Air

Penapis air digunakan bagi menghilangkan kekotoran daripada air melalui satu

halangan fizikal yang halus, proses kimia atau proses biologi. Penapis membersihkan air

Page 27: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

27

pada takat yang berbeza untuk tujuan seperti pengairan, air minuman, akuarium,

kolam,kolam renang dan sebagainya.

Pada abad ke-19 dan ke-20, penapis air untuk pengeluaran air domestik secara

umumnya dibahagikan kepada penapis pasir perlahan dan penapis pasir pesat (juga

dikenali sebagai penapis mekanikal). Sungguhpun terdapat banyak sistem penapisan air

berskala kecil sebelum 1800, Paisley, Scotland pada amnya diiktiraf sebagai bandar

pertama yang menerima air yang ditapis bagi sebuah bandar keseluruhan. Penapis Paisley

mula beroperasi pada 1804 dan merupakan jenis penapis pasir perlahan awal. Sepanjang

tahun 1800, beratus-ratus penapis pasir perlahan telah dibina di UK dan di benua Eropah.

Penapis pasir perlahan berkala telah dibina dan dikendalikan di Lawrence, Massachusetts

pada tahun 1893 akibat wabak demam kepialu berterusan yang disebabkan oleh

pencemaran kumbahan pada bekalan air. Penapis pasir perlahan secara berterusan

beroperasi yang pertama direka oleh Allen Hazen untuk bandar Albany, New York pada

tahun 1897. Sejarah penapisan air yang paling komprehensif telah diterbitkan oleh Musa

N. Baker pada tahun 1948 dan dicetak semula pada tahun 1981.

Pada tahun 1800, penapisan mekanikal merupakan proses perindustrian yang

bergantung kepada penambahan aluminium sulfat sebelum proses penapisan. Kadar

penapisan untuk penapisan mekanikal adalah biasanya lebih daripada 60 kali lebih pantas

berbanding penapis pasir perlahan, dengan itu ia memerlukan kawasan tanah yang lebih

kecil. Kilang penapisan mekanikal moden yang pertama di Amerika Syarikat telah dibina

di Little Falls, New Jersey untuk Syarikat Air Timur Jersey. George W. Fuller mereka

dan menyelia pembinaan kilang yang mula beroperasi pada tahun 1902. Pada tahun 1924,

John R. Baylis Situs membangunkan sistem bantuan songsang grid tetap yang terdiri

daripada paip bermuncung yang menyuntik jet air ke dalam bahan penapis semasa

pengembangan.

Kaedah asas untuk menapis air ialah menggunakan bahan-bahan tertentu

sepertiPasir,arang sabut kelapa,dan bahan-bahan tambahan yang bersesuaian untuk

dijadikan penapis air mengikut tahap kekotoran air yang hendak ditapis.Pasir yang paling

bersesuaian untuk dijadikan bahan tapisan air ialah pasir yang berukuran 0.2 mm

sehingga 0.8 mm.Pasir ini digunakan untuk menapis habuk-habuk halus dan bendasing

Page 28: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

28

yang terdapat dalam air. Pasir perlu diganti jika air saringan sudah tidak jernih lagi.Ini

kerana pasir yang telah digunakan mengalami kekotoran atau sudah ditumbuhi lumut.

Arang yang boleh digunakan untuk menapis air adalah yang saiz diameternya berukuran

0.1 mm dan berbentuk serbuk.Arang digunakan bagi menghilangkan warna dan bau air

supaya menjadi neutral.Arang perlu diganti jika air saringan sudah tidak hilang baunya

atau neutral dan air tidak jernih. Kerikil, ijuk, dan batu juga boleh dijadikan alat penapis

air. Sementara kapur, tawas, dan kaporit akan membantu menggumpalkan kimia

pencemar menjadi endapan.

Rajah 2.28: Penapis Air

Sumber: http://ciricara.com/

Pembuatan media penapis air seperti Rajah 2.28 di atas ialah dengan menyediakan

tiga bekas takungan air. Letakkan batu kerikil yang sudah dibersihkan di dalam bekas

pertama yang sudah diberi lubang di tengah-tengahnya.Masukkan batu ke dasar bekas

kedua, tambahkan batu kerikil, arang tempurung kelapa, pasir halus, ijuk, pasir halus, dan

tambah ijuk semula, susun bahan mengikut Rajah2.28. Sebelum ini, bekas sudah

dilubangi di bawahnya. Ketebalan masing-masing lapisan disesuaikan dengan besarnya

bekas penapis.Bekas ketiga pula digunakan mengumpul air yang sudah ditapis.

Page 29: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

29

2.3.8 Jenis-jenis Wayar Elektrik

Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah bersesuaian dengan jenis alatan dan

keselamatan.Jenis-jenis wayar biasa adalah seperti wayar kuprum berenamel, wayar

lembar tunggal, wayar teras tunggal, wayar teras kembar, dan wayar tiga teras.

Rajah 2.29: Wayar kuprum berenamel

Sumber: http://1.bp.blogspot.com/

Wayar seperti Rajah 2.29 digunakan untuk membuat gegelung pada motor elektrik

dan transformer.Wayar ini disalut dengan lapisan enamel.

Rajah 2.30: Wayar lembar tunggal

Sumber: http://4.bp.blogspot.com/

Wayar seperti Rajah 2.30 ini digunakan untuk membuat pendawaian dalam litar

mudah seperti radio dan komponen elektronik.

Page 30: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

30

Rajah 2.31: Wayar terus tunggal

Sumber: http://i.bosscdn.com/

Terdapat dua bentuk wayar teras tunggal, iaitu Lembar wayar halus, ia boleh

dilentur dan digunakan untuk pendawaian litar elektrik seperti di radio dan pembesar

suara.Lembar wayar kasar ,ia biasanya digunakan untuk pendawaian litar elektrik

domestik.

Rajah 2.32: Wayar teras kembar

Sumber: http://4.bp.blogspot.com/

Wayar ini terdiri daripada dua wayar teras tunggal yang dicantumkan sekali.Ia

digunakan untuk membuat pendawaian lampu meja, televisyen, soket dan penyuai.

Page 31: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

31

Rajah 2.33: Wayar tiga teras

Sumber: http://http://3.imimg.com/

Terdapat dua jenis wayar tiga teras, iaitu Wayar tiga teras berpenebat PVC

digunakan pada perkakas elektrik yang tidak menghasilkan haba seperti kipas angin,

komputer, dan mesin basuh.Wayar tiga teras berpenebat PVC beranyam benang pula

digunakan pada perkakas elektrik yang menghasilkan haba pemanas seperti seterika,

ketuhar, cerek elektrik, dan pembakar roti.

2.3.9 Sistem Takungan Air

Sistem takungan yang digunakan ini merupakan tangki penyimpanan air bawah

tanah. Sistem takungan ini merupakan penyimpanan air di bawah tanah. Kaedah

penyimpanan air di bawah tanah ini adalah untuk mengelakkan tekanan udara dan

meningkatkan daya tarikan graviti. Tangki penyimpanan air bawah tanah ini diletakkan di

dalam tanah. Air wudhu akan di salurkan melalui paip dan akan di tempatkan di dalam

tangki tersebut. Air wudhu yang mengalir ke dalam tangki bawah tanah akan di gunakan

semula menggunakan pam. Kebiasaanya orang lebih memilih menggunakan tangki bawah

tanah kerana letaknya yang tidak di lihat (terpendam di bawah tanah) dan dari segi

pembuatan juga relative lebih murah jika dibandingkan menara tangki air.

Page 32: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

32

2.4 Jurnal 1 (Prosedur Untuk Memulihkan Air Untuk Pembersihan)

Penyelidik dari Universiti Nebraska Lincoln telah mencari kaedah untuk mengitar

semula dan menggunakann semula air yang telah dipakai dalam sistem pembersihan air.

Penemuan mereka ini telah dapat membuktikan saintifik terhadap keselamatan

penggunaan air yang telah digunakan. Bukti keselamatan ini juga telah disaksikan oleh

kajian saintifik yang dibuat di kilang dengan menapis air tersebut hingga menjadi sangat

bersih. Selain pemprosesan air ini juga telah menyumbang kepada pembinaan budaya

pemuliharaan air dan pengeluaran makanan di setiap pelusuk dunia. (Richard 1986)

2.5 Jurnal 2 (Penggunaan Semula Air Wuduk)

Ritual atau dikenali sebagai wuduk diperlukan oleh orang Islam untuk mencuci

bahagian bahagian badan yang terdedah dengan air bersih. Di Malaysia, sistem wudhuk

terdiri daripada barisan paip air dengan bekas saliran untuk menjalankan air keseluruh

parit utama. Memandangkan pembaziran air wuduk yang terlalu banyak, sistem kitar

mudah telah direka untuk mengumpul, mengolah dan penggunaan kitar semula air wuduk

ini. Penggunaaan air wuduk ini telah dikitar semula dan dijadikan sebagai air untuk

menyiram tumbuhan dan pembasuhan. Seterusnya, bukan sahaja dapat menjimatkan

penggunaan air, malah dapat memperkenalkan penyelesaian kejuruteraan praktikal dalam

mempromosikan kehidupan lestari. Ia juga adalah selaras dengan prinsip prinsip Islam

iaitu menjimatkan alam semula jadi demi kesejahteraan ummah (Muhammad Asyraf

2001)

2.6 RUMUSAN BAB

Hasil daripada bab ini dapat dirumuskan kaedah-kaedah untuk menghasilkan

“sistem takungan air wudhuk untuk dikitar semula”. Pemilihan komponen-komponen

yang terbaik telah dapat dikenal pasti bagi menghasilkan sistem takungan, sistem

siraman, dan pengaturan sistem kerja yang terbaik. Antaranya ialah, pam yang

bersesuaian untuk sistem ini ialah Centrifugal Pump. Pam ini bersesuaian dengan sistem

ini kerana spesifikasinya yang merakumi segala aspek yang diperlukan untuk

Page 33: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

33

mengopersikan sistem ini seperti dari segi tekanan, kuasa motor, saiz, ketahanan, dan

lain-lain. Selain itu, Pam ini juga dipadankan dengan kaedah penyiraman yang terbaik.

Kaedah yang dipilih ialah kaedah pengairan renjis. Kaedah penyiraman secara renjis ini

sangat bersesuaian kerana pam yang diguna pakai dapat menghasilkan tekanan yang

tinggi. Hal ini dapat menghasil kaedah siraman secara renjis ini lebih sempurna dan

berkesan.

Page 34: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

34

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN BAB

Metodologi adalah salah satu kaedah yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti

yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pemilihan metodologi untuk

membina sebuah projek merupakan aspek penting untuk memastikan sesebuah projek itu

dibina mengikut langkah yang tersusun dan sistematik. Oleh yang demikian, bab ini akan

menerangkan tentang langkah yang diambil bagi menyelesaikan projek tentang sistem

takungan air untuk di kitar semula. Untuk pemahaman yang lebih jelas tentang

perlaksanaannya, metodologi akan di tunjukkan dalam bentuk carta alir. Bab ini juga

akan menerangkan tentang prosedur yang di lakukan untuk memudahkan perlaksanaan

projek.

Page 35: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

35

3.2 CARTA ALIR

Rajah 3.1: Carta Alir Proses Sistem Takungan Air Wuduk Untuk Di Kitar Semula

Problem statement telah di bincangkan secara terperinci di dalam bab 1 manakala research telah dibincangkan di dalam bab 2.

Start

Problem Statement

Research

Idea / Invention

Modification

Evaluation

End

Yes

Page 36: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

36

3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Rajah 3.2: Reka Bentuk 1

Konsep pertama seperti Rajah 3.1, mempunyai kebaikan untuk menjimatkan kos

dan mudah dilaksanakan dan keburukannya terlalu hampir dengan surau dan

menyusahkan orang untuk lalu lalang, air yang bertakung di dalam longkang juga akan

mengakibatkan pembiakan nyamuk.

Rajah 3.3: Reka Bentuk 2

Konsep kedua seperti Rajah 3.2 mempunyai kebaikan untuk memudahkan air

mengalir ke dalam dan mempunyai keburukan iaitu kesukaran apabila melakukan sistem

perpaipan kerana tangki terlalu jauh sekaligus meningkat penggunaan paip dan

meningkatkan pengeluaran modal.

Page 37: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

37

Rajah 3.4: Reka Bentuk 3

Konsep ketiga seperti dalam Rajah 3.3 mempunyai kebaikan seperti memudahkan

air untuk mengalir kerana paras tangki lebih bawah dari longkang. Pam juga boleh

dipasang berhampiran dengan surau. Keburukannya pula, sistem ini terlalu berhampiran

dengan surau, hal boleh mengganggu laluan di surau JKM di POLISAS.

Rajah 3.5: Reka bentuk yang di pilih

Reka bentuk yang dipilih seperti (Rajah 3.4). Terdapat banyak kelebihan pada

reka bentuk ini iaitu air mudah di alirkan ke dalam tangki simpanan. Seterusnya, pam

boleh dipasang berhampiran surau dan dengan ini dapat menjimatkan penggunaan paip

sekaligus menjimatkan kos dan menjimatkan ruang kawasan yang digunakan. Rujuk pada

Lampiran C.

Page 38: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

38

3.4 PENILAIAN DAN PEMILIHAN KONSEP

Penilaian dan pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep

dengan konsep rujukan (Datum). Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai

setiap konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini

dinamakan Matrix Evaluation Method (Jalil, M.K.A, 2000) seperti yang ditunjukkan di

Jadual 3.1. Keputusan yang diperolehi ditentukan berdasarkan kelebihan dan kekurangan.

Oleh itu, sebarang kelemahan yang terdapat dalam reka bentuk yang dipilih boleh

ditambah baik.

Jadual 3.1: Matrix Evaluation Method

No.

Kriteria

Kriteria

minat

Konsep 1

Konsep 2

Konsep 3

Konsep

rujukan

1. Reka bentuk

komersial

4 - + +

D

A

T

U

M

2. Kos 5 + - -

3. Mudah alih 5 + - +

4. Saiz 4 + + +

5. Berat 4 + + +

6. Bahan 4 - - +

7. Jumlah + 4 3 5 0

8. Jumlah - 2 3 1 0

9. Jumlah keseluruhan 2 0 4 0

Page 39: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

39

Daripada jadual 3.1 di atas, (-) mewakili kriteria yang kurang memuaskan.

Manakala, (+) mewakili kriteria yang memuaskan. Konsep 3 mendapat pilihan yang

memberangsangkan iaitu 4. Jumlah keseluruhan bagi konsep 1 adalah 3 dan konsep 2

adalah 0. Reka bentuk konsep 1 tidak bersesuai dengan skop kajian iaitu mampu

menakung semula air wuduk maksima 160 liter. Konsep 2 pula memerlukan penggunaan

paip yang lebih banyak dan menyebabkan kos meningkat dan tidak mudak alih. Konsep 3

menjadi reka bentuk pilihan kerana reka bentuknya yang komersial dalam menjimatkan

penggunaan pam kerana tangki untuk takungan akan di tanam ke dalam tanah bagi

memudahkan air dari longkang terus mengalir masuk ke dalam tangki.

3.5 PROSEDUR UJILARI

i. Permulaan untuk posedur ujilari ini ialah air yang di gunakan pakai ketika

berwuduk akan mengalir ke longkang. Setiap pengguna menggunakan air wuduk

sebanyak 3 liter seorang. Setiap hari isnin hingga khamis purata yang

menggunakan surau putih jkm tersebut pada waktu zohor dalam 35 orang

manakala pada waktu asar dalam 25 orang.

ii. Air yang mengalir dari longkang akan melalui sistem penapisan.

iii. Air yang telah di tapis kemudiannya akan terus mengalir ke tong biru.

iv. Jumlah maksima air yang boleh di takungkan ke dalam tong biru adalah 160 liter.

Jika tong biru penuh, lebihan air yang terkumpul di dalam tong biru tersebut akan

melalui paip air lebihan. Air dari paip lebihan akan mengalir ke longkang yang

berlainan.

v. Paip untuk air sandaran akan dibuka ketika cuti di mana tiada pengguna yang

menggunakan air untuk berwuduk. Air sandaran tersebut di ambil dari paip air

wuduk. Air tersebut akan terus mengalir ke tong biru. Apabila mencapai had air

akan disekat dengan pelampung.

Page 40: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

40

vi. Pemasa elektrik di tetapkan berfungsi selama seminit pada waktu pagi dan petang

2 kali sehari untuk mengalirkan arus elektrik ke pum supaya berfungsi.

vii. Pum yang di aplikasikan pada sistem takungan ini adalah pum menggunkan 1 hos

power. Apabila pum telah di hidupkan, air yang telah di takungkan di tong biru

akan di sedut melalui pum elektrik.

viii. Air yang telah di sedut melalui pum akan dialirkan ke pili berbibir.

ix. Air daripada pili berbibir akan dibahagikan kepada tanaman.

Jadual 3.2: Tempoh saat bagi setiap pengguna

Pengguna Tempoh (saat)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Jumlah

Page 41: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

41

Jadual 3.3: Kadar air oleh setiap pengguna

HARI PENGGUNA LITER

ISNIIN

SELASE

RABU

KHAMIS

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah yang kami gunakan ialah melakukan pemerhatian.contohnya, kami telah

meakukan pemerhatian tentang jumlah pengguna yang yang menggunankan air di surau

JKM untuk berwudhuk. Kami juga melakukan pemerhatian tentang masa yang diperlukan

untuk memenuhkan tangki yang berukuran 160 liter berdasar jumlah pengguna yang

mengambil wudhuk. Setiap pemerhatian yang kami lakukan direkod dan dikumpul untuk

dianalisis.

Selain ini, kami juga mengumpul data melalui Jurnal atau Diari yang berkaitan

dengan projek kami. Data yang kami peroleh dari jurnal atau diari tersebut direkod dan

catat serta dikaji semula.

Akhir sekali, kami juga melakukan sesi temu bual bersama dengan pakar sistem

perpaipan dan sistem saliran. Kami telah merekod setiap hasil dari temu bual tersebut dan

seterusnya melakukan kajian semula supaya bersesuaian dengan projek kami ini.

3.7 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian kami ini, kami telah menggunakan tangki takungan untuk

mendapatkan data bilangan air wuduk yang digunakan oleh seseorang apabila mengambil

wuduk.

Page 42: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

42

Kami menggunakan jam randik untuk mencatat masa yang diperlukan untuk

mengosongkan air wuduk didalam tangki takungan tersebut. Kami juga menggunakan

pum yang berkuasa 1 kuasa kuda untuk menyedut air wuduk keluar daripada tangki

takungan.

3.8 TEKNIK PERSEMPELAN

Dalam kajian kami ini, kami telah mengambil bilangan orang yang diperlukan

untuk memenuhkan tangki simpanan yang berukuran 160 liter. Kemudian kami telah

membahagikan nilai air wuduk yang dikumpulkan dengan nilai orang yang

menggunakannya untuk mendapatkan bilangan purata air yang digunakan oleh seseorang

individu apabila berwuduk.

Kami menggunakan jam randik untuk mencatat masa yang diperlukan untuk

mengosongkan air wuduk didalam tangki takungan tersebut. Masa yang diambil untuk

mengosongkan tangki takungan tersebut dengan menggunakan pum yang berkuasa 1

kuasa kuda ialah sekitar 2 minit 25 saat.

3.9 Kaedah Analisis Data

Kami menjalankan kaedah pemerhatian, setiap ahli kumpulan kami membuat

pemerhatian terhadap jumlah pengguna yang solat disurau putih JKM, kadar air yang

digunakan setiap orang untuk berwudhuk, meninjau jenis-jenis bahan seperti tangki yang

sesuai digunakan dan kaedah yang sesuai kami gunakan berdasar pemerhatian yang

dilakukan.Setelah pemerhatian dilakukan kami akan merekodkan hasil permerhatian yang

kami dapati.

Kami juga mengumpulkan data melalui contoh-contoh dokumen yang boleh

digunakan seperti Diari atau Jurnal.Kami menyelidik dan memeriksa data-data yang

terdapat di dalam Diari atau jurnal tersebut.Setelah itu kami membuat perincian khas

yang berkaitan dengan sistem takungan air wudhuk untuk dikitar semula ini.inferensi

dapat dibuat dari dokumen tersebut.

Page 43: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

43

Akhir sekali, kaedah yang kami lakukan adalah dengan melakukan temu bual

bersama pakar-pakar tentang sistem perpaipan dan sistem saliran. Kami juga menemu

bual pengurus Hardware untuk meminta pendapat tentang bahan dan kaedah yang sesuai

untuk menjalankan sistem ini. Kami merekodkan setiap maklumat yang diperolehi

dengan penulisan serta rakaman.

3.10 RUMUSAN BAB

Dalam bab ini, kami dapat merumuskan bahawa kaedah yang menerangkan

tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu,

kami dapat mengetahui langkah yang diambil bagi menyelesaikan projek tentang sistem

takungan air untuk di kitar semula. Daripada data-data yang kami dapat, maka terhasillah

methodologi untuk projek Sistem Takungan Air Wudhuk ini.

Page 44: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

44

BAB 4

HASIL DAPATAN

4.1 PENDAHALUAN

Bab ini membincangkan hasil dapatan yang diperolehi analisis yang dilakukan

pada bab-bab sebelumnya. Setelah melakukan beberapa ujian, kami membuat statistic

mengenai jumlah pelajar yang berwudhuk di surau Putih JKM setiap hari isnin-khamis,

purata masa setiap seorang mengambil wudhuk dan masa yang diperlukan untuk

memenuhkan satu tangki biru. Hasilnya kami telah dapat mencapai objektif kajian iaitu:

i. Dapat menjimatkan penggunaan air bersih untuk menyiram tanaman.

ii. Sistem takungan air kitar semula yang automatik.

iii. Dapat memanfaatkan penggunaan air wudhuk daripada dibuang begitu saja.

Selain itu, hasil daripada perbincangan dari setiap ahli kumpulan, kami juga

telah dapat menjawap persoalan kajian seperti yang tertera di bawah:

i. Apakah sistem takungan air untuk dikitar semula ini mampu menakung air

sekurang-kurangnya 160 liter setiap hari?

ii. Adakah sistem takungan air kitar semula dapat menghasilkan dengan sistematik

dan automatik serta mudah diselenggara?

iii. Adakah sistem penyiraman tanaman ini sesuai digunakan di Surau Putih POLISAS?

Page 45: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

45

Rajah 4.1: Peratusan soal selidik

Soalan 1 mendapat 60% kerana telah terbukti air takungan wuduk yang terbuang di

surau putih POLISAS melebihi 160 liter, lebih daripada 40 orang bewuduk di surau putih

Polisas dan purata setiap seorang yang berwuduk pada satu waktu ialah 8 liter.Oleh yang

demikian 8 liter kali 40 orang ialah 320 liter pada setiap waktu Zohor dan Asar.

Soalan 2 mendapat 25% kerana pembuktian tidak begitu jelas,walaupun sistem

takungan air wuduk ini telah terbukti bersifat sistematik dan automatik kerana di pasang

Timer namun dari segi mudah diselenggara tidak tercapai kerana tangki tanam ke dalam

tanah.hal ini menyukar proses pembesihan tangki apabila tiba masanya sebagai langkah

penyelenggaraan.

Soalan 3 mendapat 15% kerana pembuktian tidak dapat dilakukan,tanaman yang

harus disiram masih tidak dilaksana oleh pihak POLISAS.Walaupun terdapat beberapa

tamanan,namun masih terlalu sedikit jika dibandingkan keupayaan sistem ini untuk

menyiram tanaman yang sedia ada.Masalah ini juga memungkinkan kawasan menjadi

basah kerana taburan semburan air dari sistem ini lebih luas berbanding kuantiti tanaman

yang sedia ada.

60%

25%

15%

Peratusan soal selidik

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

Page 46: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

46

Purata masa bagi 10 orang pengguna dalam satu masa.

Jadual 4.1: Data penggunaan masa bagi 10 orang

Pengguna Tempoh (saat)

1 40

2 45

3 30

4 34

5 50

6 53

7 44

8 45

9 50

10 35

Jumlah 426

(a) Purata masa bagi 10 orang = 426/10

= 42.6 saat

(b) Melalui pengukuran yang dijalankan, purata kuantiti air yang digunakan selama 10

saat adalah 1.9366 liter.

10 saat = 1.9366 l

1 saat = 0.19366 l

Purata pengunaan air bagi 1 orang untuk mengambil wuduk ialah :

42.6 saat = 0.19366 l X 42.6 saat

= 8.25 l

Page 47: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

47

(c) Jadual 4.2: Kadar air oleh setiap pengguna

HARI PENGGUNA LITER

ISNIIN 37 305.25

SELASA 40 330

RABU 42 346.5

KHAMIS 39 321.75

(d) Limit tong = 160 liter

= 19 orang

= 42.6 x 19 = 809.4s

= 13m 29s

4.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Seramai 4 orang ahli kumpulan kami iaitu kesemuanya terlibat,menjalankan

kajian ini.Hasil dari pemerhatian yang kami lakukan,kami dapat masa untuk 10 orang

mengambil wudhuk ialah 426 saat,jumlah tersebut telah dipuratakan 426/10 menjadi 42.6

saat setiap orang. Melalui pengukuran yang dijalankan, purata kuantiti air yang digunakan

selama 10 saat adalah 1.9366 liter dan 1 saat adalah 0.19366 liter.Oleh yang demikian

setiap 46.2 saat, 8.25 liter air digunakan oleh setiap orang untuk berwudhuk.

Air yang mampu ditampung oleh tangki biru ialah 160 liter, dengan ini hanya

memerlukan 19 orang sahaja untuk memenuhkan satu tangki biru selama 809.4 saat

bersamaan 13 minit 29 saat.Air wudhuk yang digunakan pada waktu zohor sahaja

mencecah 305.25 liter hingga 346.5 setiap hari isnin hingga khamis, tetapi tangki biru

hanya mampu menampung 160 liter sahaja, ini bermakna 145.25 liter hingga 186.5 masih

terbuang begitu saja tanpa dimanfaatkan oleh sistem kami.

Page 48: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

48

4.3 PERNYATAAN MASALAH

Penyelidikan mendapatkan data masa serta jumlah pengguna yang diperlukan

untuk memenuhkan tangki takungan.

4.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang pertama ialah mengkaji data untuk memenuhkan air di

dalam tangki yang berukuran 160 liter. Seterusnya mengira, kadar lebihan air yang keluar

melalui paip lebihan.

4.5 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang telah kami dapati ialah:

i. Mengenalpasti masa yang diperlukan untuk memenuhi 160 liter air ke dalam

tangki.

ii. Mengenalpasti bilangan orang yang berwuduk untuk memenuhkan air di dalam

tangki.

iii. Mengenalpasti kadar lebihan air yang disalurkan melalui paip lebihan.

4.6 SKOP KAJIAN

i. Memperolehi data mengenai masa yang diperlukan untuk memenuhkan 160 liter

air kedalam tangki simpanan.

ii. Memperolehi data mengenai bilangan pengguna yang mengambil wudhuk untuk

memenuhkan tangki.

iii. Mengambil data tentang kadar lebihan air yang tidak dapat disimpan oleh tangki

simpanan.

Page 49: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

49

4.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kami ingin menguji sama ada sistem takungan air wuduk ini berfungsi seperti

yang dirancang.Iaitu mampu menyimpan 160 Liter air wudhuk, kadar masa yang sesuai

untuk siraman air dengan jumlah air yang tersimpan di dalam tangki dan waktu yang

sesuai untuk diprogramkan sistem melakukan siraman berkala.

4.8 TAKRIFAN ISTILAH /OPERASI

I = V / R

V - voltan digunakan, diukur dalam volt (V);

R - rintangan, diukur dalam ohm (Ω).

P dalam = I * V

I - semasa, diukur dalam ampere (A);

V - voltan digunakan, diukur dalam volt (V).

P keluar = τ * ω

τ - tork, diukur dalam Newton meter (N • m);

ω - sudut kelajuan, diukur dalam radian sesaat (rad / s).

ω = rpm * 2π / 60

. π - pi malar

60 - bilangan saat dalam satu minit

Page 50: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

50

4.9 RUMUSAN BAB

Hasil daripada bab ini dapat kami rumuskan projek kami mencapai objektif yang

diinginkan. Kami telah mendapat data mengenai jumlah pengguna dan masa yang

diperlukan untuk memenuhkan 160 liter kedalam tangki. Masa dan waktu yang perlu

untuk diprogramkan untuk siraman juga telah dikenal pasti. Akhir sekali, sistem siraman

juga telah dapat dihasilkan melalui bab ini.

Page 51: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

51

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN BAB

Bab ini membincangkan tentang perbincangan bersama ahli kumpulan.

Perbincangan bermula dengan pembentangan bagaimana dapatan kajian menyokong

dapatan kajian lepas, teori atau model yang berkaitan. Persoalan kajian telah pun

dibincangkan secara kritis atau persatu berpandukan dapatan kajian dan kajian literature.

Selain itu, kesimpulan kajian ini melibatkan penyenaraian dapatan-dapatan kajian dalam

urutan yang sesuai. Penemuan kajian telah disimpulkan selari dengan persoalan kajian. Di

samping itu, beberapa cadangan terhdapan kajian lanjutan untuk memantapkan lagi

dapatan kajian dalam bidang yang dikaji. Selain itu, cadangan cadangan baru yang

terhasil daripada penemuan penemuan kajian telah dikemukakan. Signifikan kajian dan

implikasi kajian untuk masa depan hadapan telah disertakan.

5.2 PERBINCANGAN

Sistem takungan air wuduk ini dapat mengitar semula air wuduk yang telah

digunakan. Sebagaimana yang kita ketahui umat Islam sentiasa menggunakan surau untuk

solat fardu, dan bermulanya dengan mengangkat hadas kecil iaitu dengan mengambil air

wuduk. Secara puratanya, setelah kami menjalankan ujilari, setiap waktu zohor dan asar,

umat Islam menggunakan sebanyak maximum 8 liter seorang dan minimum 3 liter

seorang. Dengan itu, tangki yang kami bekalkan untuk sistem ini hanyalah maximum

Page 52: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

52

160 liter. Secara puratanya dengan setiap waktu zohor dan asar, hanya 19 orang sahaja

menggunkan air tersebut, dan ia memenuhkan tangki yang telah disediakan.

Selain itu, air yang telah ditapis dan telah dikumpulkan ke dalam tangki itu, telah

digunakan untuk meyiram pokok yang telah ditanam di sebelah surau putih JKM. Air

yang ditapis sebelum masuk ke tangki itu, hanya ditapis sekali sahaja, ianya kerana air

yang kami buat takungan ini hanya digunakan untuk penyiraman pokok sahaja. Secara

teorinya jika ingin mendapatkan air yang bersih, air itu perlu ditapis sebanyak 3 kali.

5.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, objektif kajian sistem takungan air wuduk ini telah tercapai

kerana jumlah pengguna yang berwuduk di Surau Putih JKM POLISAS melebihi 50

orang setiap hari isnin hingga khamis pada waktu Solat Zohor dan Asar. Kadar air purata

bagi setiap orang berwuduk ialah 8.25 liter. Dengan kadar purata ini sistem takungan ini

dapat dijamin akan penuh setiap hari isnin hingga khamis kerana 50 orang kali 8.25 liter

bersamaan 412.5 liter.Dengan kadar air yang terhasil,ini telah terbukti 160 liter tangki

tong biru telah penuh malah melebihi kadar yang mampu ditampung oleh tangki. Namun

tidak menjadi masalah,kerana air lebihan tersebut akan mengalir ke paip buangan air dan

tidak akan menyebabkan air melimpah dari tangki.

Sistem takungan air wuduk untuk dikitar semula ini juga telah berjaya dijadikan

sistematik dan automatik. Sistem ini telah dilengkapi dengan Timer Digital yang mampu

memprogramkan Pam supaya berfungsi pada waktu yang hanya diinginkan. Dengan kata

lain,Pam tidak perlu dihidupkan dan dimatikan sebelum dan selepas digunakan kerana ia

dapat berfungsi dengan sendiri. Ia juga mudah diselenggara kerana,sebahagian paip yang

digunakan untuk sambungan ke pam ialah paip poli dengan penggunaan paip poli,

pemasangan dan peleraian paip dan pam dapat dilakukan dengan mudah. Pam ini juga

mampu menyedut air di dalam tangki sehingga habis,ini memudahkan lagi kerja-kerja

membersihkan tangki sebagai sebahagian langkah penyelenggaraan.

Page 53: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

53

Air yang dikitar semula dari air wuduk ini juga telah dapat dimanfaatkan untuk

menyiram tanaman. Air bersih sudah tidak diperlukan lagi untuk menyiram tanaman

kerana telah terdapat sistem takungan ini. Air yang dikitar semula ini malah lebih baik

untuk tanaman berbanding air bersih kerana terdapat banyak kandungan mineral

diperlukan untuk tanaman dalam air yang dikitar semula.

5.4 CADANGAN

Cadangan yang boleh di aplikasikan dalam projek ini adalah, kami seharusnya

menggunakan pam yang voltan yang tidak terlalu tinggi seperti pam yang terdapat di

akurium. Pam yang mengeluarkan voltan yang tidak terlalu tinggi akan menghasilkan air

yang tidak terlalu laju. Ini sangat sesuai untuk penyiraman pokok. . Oleh kerana pam yang

mengeluarkan air yang laju, apabila kami menyiram pokok, tempias air itu terkena kepada

orang yang lalu di surau JKM itu. Untuk menyelesaikan masalah yang sedemikian Pihak

Pengurusan POLISAS perlu menambah lebih banyak lagi tanaman di sekitar surau Putih

JKM POLISAS bagi memanfaatkan lagi tekanan air yang terhasilkan daripada

Pam,dengan pertambahan tanaman ini,tekanan air daripada Pam dapat dikurangkan

kerana air yang keluar daripada Pam air dialir kepada lebih banyak cabang Paip menuju

ke Paip Siraman.

5.5 RUMUSAN BAB

Bab ini merumuskan ralat seperti pam yang kurang sesuai digunakan untuk

penyiraman. Kajian ini hanya melibatkan perekodan masa kerana masa yang tidak cukup

untuk membuat modikasi terhadap projek ini. Projek kami dapat dihasilkan dengan lebih

sempurna jika pelajar yang akan datang membuat kajian yang lebih mendalam terhadap

sistem takungan air wudhuk ini.

Page 54: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

54

RUJUKAN

Abdul, S. (2009, march 12). teknologi pembinaan . Retrieved from blogspot: http://teknologi-

pembinaan.blogspot.my/2012/10/sistem-longkang.html

Amran, Q. (2008, may 12). kepentingan sungai. Retrieved from blogspot:

http://zaizak69.blogspot.my/2011/10/kepentingansungai.html

Animbosnan. (2012, june 12). wikipedia. Retrieved from wikipedia: Animbosnan 2012,

http://upload.wikipedia.org/wikipedia

Aron, H. (2011, december 19). pengairan. Retrieved from wikipedia:

http://www.wikipedia/pengairan.com

Bal. (2011, 3 12). balbalnep. Retrieved from ww.jlhgk: ehfhj

Elger, D. F. (2014, march 18). ENGINEERING FLUID MECHANICS. Retrieved from book: Donald F.

Elger 2009, Engineering Fluid Mechanics

Halim, H. A. (2011, januari 21). Pam Air. Retrieved from blogspot:

www.//afzairizal.blogspot.my/2011/07/bab5-pam-air.html

lee, c. (2011, june 01). mycahayamalamku. Retrieved from blogspot:

http://mycahayamalamku.my/2012/02/air-bawah-tanah-potensi-dan-cabarannya.html

marzuki, a. (2012, april 02). watercyclemalay. Retrieved from blogspot:

htttp:/water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html

Zuki, K. (2010, march 18). jenis jenis air. Retrieved from blogspot: http:intips-

rumah.blogspot.my/2013/01/jenis-jenis-air.html

Page 55: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

55

LAMPIRAN

LAMPIRAN A Carta Gantt

LAMPIRAN B Jadual Anggaran Kos

LAMPIRAN C Lukisan Ortografik

LAMPIRAN D Bill Of Material

LAMPIRAN E Directory Inovation

Page 56: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

56

LAMPIRAN A

Carta Gantt

Page 57: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

57

LAMPIRAN B

Jadual Anggaran Kos

Bahan dalam kerja Kuantiti Kos per unit Jumlah

Pam 1 RM 450.00 RM 450.00

Timer 1 RM 25.00 RM 25.00

Techplas WC Float/ V

Set 1007-PP

1

RM 5.04

RM 5.04

Tangki 160 liter 1 RM 60.00 RM 60.00

Non Return Valve 1 RM 30.00 RM 30.00

PVC Fitting 15mm 7 RM 0.60 RM 4.20

1” PVC Valve Socket 1 RM 1.00 RM 1.00

Barrier Tape

72mm x 70mm

1

RM 12.00

RM 12.00

Majesta HSS Hole saw

30mm

1

RM 20.00

RM 20.00

Sand Brick 30 RM 0.30 RM 9.00

Cement 1kg 5kg RM 1.00 RM 5.00

Pail 1 RM 3.50 RM 3.50

Sordex 1 RM 8.00 RM 8.00

Adhesive, Glue and

Silicone

3

RM 0.57

RM 1.71

Pipe & Hose 9 RM 2.60 RM 23.40

Jumlah RM 657.85

Page 58: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

58

LAMPIRAN C

Lukisan Ortografik

Page 59: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

59

LAMPIRAN D

Bill Of Material

Page 60: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

60

Page 61: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

61

LAMPIRAN E

Projek ini telah diaplikasikan daripada

pemerhatian berdasarkan pembuangan air wuduk.

Objektif projek yang telah dicapai ialah dapat

menjimatkan penggunaan air bersih untuk tujuan

menyiram tanaman di surau putih POLISAS.

Seterusnya, dapat mencipta sistem takungan air

sekitar semula yang automatik Projek ini juga

telah disempurnakan dengan bahan projek yang

mempunyai ciri khas iaitu tahan lasak dan boleh

mengalirkan air. Bahan yang telah digunakan

adalah seperti pam, tangki, paip PVC dan timer.

Kesemua ini telah ditetapkan bagi menyelesaikan

beberapa masalah yang timbul dengan kaedah

menakung air wuduk ini. Air yang dialirkan ke

dalam tangki tersebut dipam naik untuk tujuan

penyiraman. Timer telah digunakan untuk

menyiram tanaman pada waktu yang telah

ditetapkan. Pemerhatian dilakukan semasa waktu

zohor dan asar, dengan mengira sukatan jumlah

air diambil oleh setiap orang yang bewuduk.

Hanya 19 orang sudah mencukupi untuk

memenuhkan tangki biru. Purata bagi setiap orang

yang mengambil wuduk di situ adalah 8.25 liter.

Kajian metodologi telah dilakukan bagi proses

penghasilan projek dengan menggunakan carta alir

sebagai panduan untuk perancangan penghasilan

dan pengujian projek. Hasil keseluruhan projek ini

telah berjaya dijalankan dan dapat menggunakan

air yang dikitar semula untuk menyiram tanaman.

Dapat dirumuskan bahawa sistem takungan air

wuduk untuk dikitar semula ini telah mencapai

objektif yang telah dirancang.

TAJUK

SISTEM TAKUNGAN AIR WUDUK

UNTUK DIKITAR SEMULA

NAMA PELAJAR

MOHAMAMMAD IQBAL BIN

MOHD HELMI

SITI NUR AMIRAH BINTI SAIDIN

MUHAMMAD HAFIZUL HANIF

BIN ASAAD

MUHAMMAD MUKHLIS BIN

ABDULLAH

PENYELIA

FARHA BINTI MOHD FADZLI

Page 62: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

62

Page 63: BAB 1 PENGENALAN - DME Innovation Project PENGENALAN 1.1 PENDAHALUAN ... Pili paip (Rajah 2.1) ialah alat yang berfungsi mengawal pengaliran air keluar di hujung batang paip. Pili

63