pendahuluan - utpstudentrules.com · pelajar supaya memahami dan mematuhi keperluan tatatertib...

20
Universiti Teknologi PETRONAS Peraturan Tatatertib Pelajar Students Disciplinary Rules & Regulations ______________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ 1 PENDAHULUAN Seorang individu yang telah mendaftar sebagai seorang pelajar di Universiti Teknologi PETRONAS diwajibkan membaca, memahami dan mematuhi Peraturan Tatatertib Pelajar UTP, sebaik sahaja mendaftar dan sepanjang pengajian mereka di UTP. Peraturan Tatatertib Pelajar ini adalah untuk memberi panduan kepada Pelajar supaya memahami dan mematuhi keperluan tatatertib Universiti di dalam kawasan Universiti atau Desa Kediaman. Buku Panduan ini juga memberi maklumat tentang prosedur dan Sistem Tatatertib Pelajar serta jenis-jenis tindakan/hukuman yang boleh dikenakan terhadap seseorang Pelajar jika gagal mematuhi mana-mana Peraturan Tatatertib Pelajar yang dikuatkuasakan di UTP. Referen/Rujukan: 1. Perlembagaan Universiti Teknologi PETRONAS. 2. Garispanduan Tatatertib Universiti Teknologi PETRONAS, 1998. 3. Akta 555: Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996. 4. Buku Panduan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS Terbitan September 2011

Upload: vohanh

Post on 03-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

1

PENDAHULUAN

Seorang individu yang telah mendaftar sebagai seorang pelajar di Universiti Teknologi PETRONAS diwajibkan membaca, memahami dan mematuhi Peraturan Tatatertib Pelajar UTP, sebaik sahaja mendaftar dan sepanjang pengajian mereka di UTP.

Peraturan Tatatertib Pelajar ini adalah untuk memberi panduan kepada Pelajar supaya memahami dan mematuhi keperluan tatatertib Universiti di dalam kawasan Universiti atau Desa Kediaman. Buku Panduan ini juga memberi maklumat tentang prosedur dan Sistem Tatatertib Pelajar serta jenis-jenis tindakan/hukuman yang boleh dikenakan terhadap seseorang Pelajar jika gagal mematuhi mana-mana Peraturan Tatatertib Pelajar yang dikuatkuasakan di UTP. Referen/Rujukan: 1. Perlembagaan Universiti Teknologi PETRONAS. 2. Garispanduan Tatatertib Universiti Teknologi PETRONAS, 1998. 3. Akta 555: Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996. 4. Buku Panduan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS

Terbitan September 2011

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

2

1.0 PERATURAN TATATERTIB PELAJAR 1.1 Peraturan ini dinamakan “Peraturan Tatatertib Pelajar Universiti Teknologi

PETRONAS” (selepas ini dirujuk sebagai Peraturan)

1.2 Peraturan ini melibatkan semua Pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka di Universiti. Tindakan Tatatertib boleh diambil terhadap pelajar-pelajar yang melakukan apa-apa perlanggaran terhadap peruntukan yang terkandung dalam Peraturan ini.

1.3 Dalam apa-apa keadaan pun, perlakuan dan tatatertib Pelajar juga tertakluk

kepada lain-lain peraturan bertulis yang sedang atau akan dikuatkuasakan oleh Universiti dari semasa ke semasa.

2.0 PIHAK BERKUASA TATATERTIB 2.1 Dalam Peraturan ini, istilah “Pihak Berkuasa Tatatertib” bermakna Pihak

Pengurusan Universiti, yang mempunyai kewajipan termasuk mengawasi tatacara dan tingkahlaku semua pelajar UTP.

2.2 Dalam melaksanakan tanggungjawab ini Pihak Pengurusan Universiti boleh

mewakilkan dengan budi bicaranya sebarang kewajipan, kuasa atau tugas kepada mana-mana kakitangannya.

2.3 Definisi

2.3.1 “Universiti” ertinya Universiti Teknologi PETRONAS. 2.3.2 “Kampus” ertinya kawasan dan/atau kawasan-kawasan, bersama

dengan semua bangunan atau lain-lain struktur yang sedemikian, yang menjadi kepunyaan atau digunakan, samada secara tetap atau tidak, oleh Universiti.

2.3.3 “Desa Kediaman” ertinya apa-apa perumahan, baik apa pun ia

dinamakan, yang disediakan oleh Universiti untuk kediaman pelajar-pelajar.

2.3.4 “Pelajar” ertinya seseorang yang berdaftar dengan Universiti

dengan tujuan menerima pendidikan, tunjuk ajar atau latihan dalam apa-apa jua bentuk daripada atau dalam Universiti.

3.0 PERATURAN TINGKAHLAKU 3.1 Mengikut peruntukan peraturan ini, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap

mana-mana Pelajar yang terlibat dan/atau melakukan mana-mana perkara berikut:

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

3

3.1.1 Apa-apa aktiviti dan/atau perlakuan yang dilarang oleh undang-undang Malaysia termasuk undang-undang Sivil dan Syariah seperti penggunaan dadah, arak, bahan lucah, merosakkan harta awam dan/atau persendirian, berjudi, pelacuran, mencuri, kecederaan fizikal, membakar, merompak, gangguan seksual, membunuh dan lain-lain.

3.1.2 Apa-apa aktiviti perlakuan yang boleh mencederakan orang lain dan

diri sendiri seperti bergaduh, mengganggu, menganiaya, membuli, memeras ugut, demonstrasi (piket), melakukan dan/atau terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, melakukan dan/atau terlibat dengan sebarang bentuk keganasan, melakukan dan/atau terlibat dengan perbuatan yang kurang sopan, aktiviti yang tidak dibenarkan, vandalisma dan lain-lain.

3.1.3 Apa-apa aktiviti dan/atau perlakuan yang bertentangan dengan etika

Pendidikan Nasional seperti berambut panjang, merokok dalam Kampus, gagal mematuhi Peraturan Berpakaian dan Rupa Diri, mengalih hartabenda Universiti tanpa kebenaran dan lain-lain.

3.1.4 Apa-apa perlakuan yang boleh menyebabkan gangguan kepada

aktiviti Universiti, dan/atau berhubung dengan pengajian.

3.1.5 Apa-apa perlakuan yang boleh dianggap mencemarkan reputasi Universiti dan/atau Pelajar-Pelajarnya.

3.1.6 Apa-apa perlakuan yang boleh menyebabkan pihak awam hilang

kepercayaan kepada Universiti. 3.1.7 Tidak jujur dan/atau apa-apa perlakuan yang boleh dianggap sebagai

tidak jujur.

3.1.8 Tidak bertanggungjawab dan/atau apa-apa perlakuan yang boleh dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

3.1.9 Tidak patuh dan/atau apa-apa perlakuan yang boleh dianggap

sebagai ketidakpatuhan.

3.1.10 Menghasilkan, menyimpan dan/atau menggunakan apa-apa objek, yang boleh dianggap sebagai senjata yang berbahaya, senjata api dan/atau bahan letupan.

3.1.11 Menghasilkan, memiliki, menguasai, dalam jagaan dan/atau simpanan

apa-apa jenis bahan yang boleh dianggap sebagai dadah dan/atau racun dan/atau bahan kimia yang dilarang oleh kerajaan kecuali ubat-ubatan yang diluluskan oleh kerajaan.

3.1.12 Memberi, membekal, mengedar, menawar dan/atau bercadang untuk

memberi, memiliki dan/atau menawar apa-apa bahan yang dianggap sebagai dadah dan/atau racun dan/atau bahan kimia yang dilarang oleh kerajaan.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

4

3.1.13 Memakan, meminum, merokok dan menghadamkan apa-apa bahan yang boleh dianggap sebagai dadah dan/atau racun dan/atau memasukkan kedalam badan dengan menggunakan suntikan dan/atau menggunakan apa-apa cara lain.

3.1.14 Berada di bawah pengaruh dan/atau kesan apa-apa bahan yang

boleh dianggap sebagai dadah dan/atau bahan kimia yang dilarang oleh kerajaan.

3.1.15 Menghalang pihak pentadbiran dan/atau pihak berkuasa Universiti

daripada menyuruh Pelajar yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah daripada menjalani ujian kesihatan dan/atau perubatan dan/atau ujian lain yang berkaitan.

3.1.16 Pelajar, dan/atau kumpulan pelajar dan/atau majlis/persatuan/kelab

Pelajar tidak dibenarkan untuk menerbitkan dan/atau mengedar apa-apa risalah/dokumen/tulisan, samada di dalam Universiti dan/atau luar, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada pihak pengurusan, bergantung kepada apa-apa kekangan, limitasi dan/atau syarat yang dianggap perlu dan/atau bersesuaian.

3.1.17 Pelajar, dan/atau kumpulan pelajar dan/atau majlis/persatuan/kelab

Pelajar tidak dibenarkan untuk menghasilkan, mengibar, mempamerkan, menunjukkan, memiliki, menyimpan dan/atau mengawal apa-apa bendera, kain rentang, pelekat/stiker, poster, simbol dan/atau apa-apa objek lain yang boleh menyebabkan kekacauan, rusuhan dan/atau tidak mempedulikan Peraturan Pelajar.

3.1.18 Menyebar dan/atau mempromosi apa-apa ajaran yang menyimpang

dan/atau yang bertentangan/menyimpang dengan ajaran Islam.

3.1.19 Melakukan apa-apa tindakan yang dianggap sebagai tidak wajar dari segi moral dan/atau berdosa dan/atau bertentangan dengan ajaran Islam, samada di dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

3.1.20 Memiliki, menyimpan, di dalam simpanan dan/atau mengedar apa-apa

jua benda, yang boleh dianggap sebagai lucah di dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

3.1.21 Membawa, memiliki, menyimpan, meminum dan/atau mengedar apa-

apa jenis minuman beralkohol di dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

3.1.22 Menganjur, mengurus, melaksanakan dan/atau mengambil bahagian

dalam apa-apa pun cara aktiviti perjudian, pertaruhan dan/atau loteri di dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman, sama ada secara individu dan/atau secara berkumpulan.

3.1.23 Menggunakan apa-apa perlakuan dan/atau bahasa yang boleh

dianggap kurang sopan terhadap kakitangan Universiti, Pelajar-Pelajar Universiti dan/atau orang awam.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

5

3.1.24 Memasuki mana-mana tempat dan/atau kawasan larangan Universiti,

kecuali mendapat kebenaran khas dari pihak berkuasa Universiti.

3.1.25 Menghalang dan/atau mengganggu pihak berkuasa Universiti daripada melaksanakan tugas, kewajipan dan/atau tanggungjawabnya.

3.1.26 Menahan dan/atau menghalang mana-mana Pelajar daripada

menghadiri syarahan, kelas, kerja praktikal dan/atau apa-apa aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Universiti dan/atau dianggap sah mengikut undang-undang dan/atau atas arahan Universiti dan/atau dibenarkan oleh Universiti.

3.1.27 Menganjur, menghasut dan/atau mengambil bahagian dalam apa-apa

pemulauan mana-mana syarahan, kelas, kerja praktikal, peperiksaan, ujian dan/atau apa-apa aktiviti yang sah mengikut undang-undang dan/atau arahan Universiti, dan/atau dibenarkan oleh Universiti.

3.1.28 Menganggu dan/atau mengacau apa-apa kelas, syarahan, kerja

praktikal, pentadbiran dan/atau apa-apa jenis aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan/atau diarahkan oleh Universiti, dan/atau dibenarkan Universiti.

3.1.29 Melakukan gangguan dalam apa-apa cara pun yang boleh

menyebabkan bahaya dan/atau kesusahan di dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

3.1.30 Melakukan dan/atau terlibat dalam apa-apa jenis kerja dan/atau

aktiviti yang tidak diluluskan oleh pihak Universiti. 3.1.31 Merokok di dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman. 3.1.32 Menggunakan kemudahan-kemudahan pejabat, Desa Kediaman

dan/atau harta benda Universiti tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa Universiti yang berkenaan.

3.1.33 Berpakaian tidak sesuai dan/atau tidak sopan dalam kawasan

Universiti dan/atau Desa Kediaman.

3.1.34 Gagal membawa dan/atau mempamerkan dan/atau menunjukkan kad Pelajar dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

3.1.35 Pelajar-pelajar adalah dilarang sama sekali daripada melakukan apa-

apa bentuk kekejaman terhadap Pelajar lain, termasuk membuli, peras ugut, keganasan, seksaan, gangguan dan/atau menggunakan kekerasan.

3.1.36 Adalah dilarang bagi Pelajar untuk membentuk, mengambil bahagian

dalam dan/atau menjadi ahli mana-mana kumpulan dan/atau persatuan yang tidak diluluskan oleh Universiti.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

6

3.2 Peraturan-peraturan Desa Kediaman.

Pelajar yang tinggal di dalam Desa Kediaman dikehendaki mematuhi Peraturan-peraturan Desa Kediaman yang ditetapkan oleh Universiti seperti yang termaktub di dalam Buku Panduan. Tambahan kepada Peraturan-peraturan Desa Kediaman adalah seperti di Lampiran II di dalam buku ini.

3.3 Program Latihan Industri.

Pelajar yang menjalani Program Latihan Industri dikehendaki mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Universiti dan juga pihak industri/syarikat yang terbabit.

3.4 Penggunaan dan Penjagaan Harta

3.4.1 Pelajar adalah dilarang daripada:

a. Mengubah, membawa masuk dan/atau membawa keluar apa-apa benda, harta milik Universiti dan/atau di bawah simpanan Universiti daripada bilik kuliah, dewan, bengkel, makmal, Desa Kediaman dan/atau kawasan Universiti.

b. Memindah, mengusik dan/atau mengambil apa-apa barang,

objek, benda dan/atau harta milik Universiti dan/atau di bawah kawalan Universiti di dalam Kampus dan Desa Kediaman dan/atau diluar yang boleh menghalang dan/atau menyebabkan kesusahan, kerosakan, kemusnahan dan/atau kehilangan.

c. Meletak kenderaan dan/atau lain-lain kenderaan

pengangkutan pada tempat yang tidak dibenarkan oleh Universiti.

d. Membakar apa-apa barang, objek, benda dan/atau harta milik

sendiri/milik Universiti dan/atau di bawah kawalan dan/atau Desa Kediaman.

e. Melakukan sebarang modifikasi dan/atau penambahan yang

tidak dibenarkan ke atas kelengkapan elektrik yang telah dipasang dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

f. Melakukan sebarang modifikasi yang tidak dibenarkan

dan/atau baikpulih tanpa kebenaran ke atas mesin dan/atau bangunan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

3.4.2 Pelajar dikehendaki:

a. Menjaga premis Universiti dan/atau Desa Kediaman pada setiap masa dengan memastikan kebersihan, kesempurnaan dan keselamatannya.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

7

b. Melaporkan kepada pihak berkuasa Universiti, apa-apa perkara dan/atau kelakuan individu yang mereka syaki boleh membahayakan keselamatan Universiti dan/atau Desa Kediaman.

c. Membayar gantirugi bagi sebarang kerosakan dan/atau

kehilangan harta milik Universiti dan/atau Desa Kediaman yang dilakukan oleh Pelajar secara sengaja dan/atau pun tidak sengaja.

3.5 Peraturan-peraturan Berpakaian & Sahsiah Rupa Diri. Semua Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan bersesuaian pada setiap

masa di dalam Kampus serta mematuhi Peraturan Berpakaian & Sahsiah Rupa Diri yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti seperti dalam Lampiran III.

3.6 Peraturan Lalulintas.

Pelajar yang menggunakan kenderaan di dalam kawasan Universiti dan/atau Desa Kediaman dikehendaki mematuhi Peraturan Trafik dan Lalulintas yang telah di tetapkan oleh pihak Universiti seperti di Lampiran IV.

4.0 SISTEM TATATERTIB 4.1 Sistem Tatatertib Universiti merangkumi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib

Pelajar, Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dan Jawatankuasa Tatatertib Kesalahan-kesalahan Kecil Pelajar.

a. Jawatankuasa Tatatertib Kesalahan-kesalahan Kecil Pelajar.

Jawatankuasa Tatatertib Kesalahan-kesalahan Kecil Pelajar akan bersidang setiap bulan dan/atau pada bila-bila masa yang munasabah mengikut budibicaranya jika perlukan untuk berbuat demikian Jawatankuasa Tatatertib Kesalahan-kesalahan Kecil Pelajar. i. Keahlian:

Pengurus Kanan JPSP - Pengerusi Pengurus Kanan Jabatan Keselamatan - Ahli Pengurus Desa Kediaman - Ahli Eksekutif Kewangan - Ahli Eksekutif Pentadbiran Akademik - Ahli Eksekutif Pejabat Pendaftar - Ahli Eksekutif Unit Perhubungan & Tatatertib Pelajar - Setiausaha

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

8

ii. Tanggungjawab:

(a) Untuk membincangkan rayuan kesalahan-kesalahan kecil pelajar.

(b) Untuk memutuskan rayuan dan denda yang dikenakan.

b. Jawatankuasa Tatatertib Pelajar. Jawatankuasa Tatatertib Pelajar akan bersidang jika menerima laporan rasmi berhubung dengan kes tatatertib pelajar. i. Keahlian:

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni - Pengerusi Pengurus Kanan Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelajar - Ahli Eksekutif Unit Perhubungan &Tatatertib Pelajar - Setiausaha

Dan dua (2) atau lebih mana-mana kakitangan Eksekutif yang dilantik oleh Pengerusi mengikut budi bicaranya.

ii. Tanggungjawab:

(a) Meneliti laporan kes yang diterima. (b) Menentukan samada perbicaraan perlu dilaksanakan

dan/atau sebaliknya (c) Melantik ahli-ahli untuk Perbicaraan Tatatertib. (d) Meneliti laporan perbicaraan dan syor-syor oleh ahli

panel. (e) Memutuskan hukuman yang patut dijatuhkan

berdasarkan kepada Perlembagaan Universiti & Peraturan Tatatertib Pelajar.

(f) Mengemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar, rayuan rasmi bertulis yang diterima daripada tertuduh.

c. Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar akan bersidang, apabila ada rayuan tatatertib diterima daripada tertuduh. i. Keahlian: Naib Canselor dan mana-mana kakitangan

Eksekutif yang dilantik oleh Naib Canselor.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

9

ii. Tanggungjawab: Meneliti kes rayuan tatatertib pelajar yang diterima. Jawatankuasa boleh dengan budibicaranya meminda dan/atau mengesahkan hukuman yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.

5.0 HUKUMAN TATATERTIB

Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu atau lebih hukuman-hukuman yang sesuai bersekali dan /atau berasingan daripada hukuman-hukuman berikut :

a. amaran. b. denda tidak melebihi Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM 1000.00) c. penggantungan daripada mana-mana satu dan/atau lebih

kemudahan-kemudahan Universiti selama tempoh yang ditentukan. d. penyisihan daripada mana-mana bahagian Universiti selama tempoh

yang ditentukan. e. penggantungan pengajian bagi satu tempoh yang ditetapkan. f. penyingkiran daripada Universiti.

6.0 HUKUMAN & KAEDAH RAYUAN

6.1 Hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar

6.2 Rayuan terhadap hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar hendaklah dimajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas surat rasmi diterima oleh tertuduh.

6.3 Hukuman terhadap Kesalahan-kesalahan Kecil

Denda yang dikenakan terhadap Pelajar hendaklah dijelaskan oleh Pelajar tersebut dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh saman dikeluarkan kepada Jabatan Kewangan & Pengurusan Dana Universiti. Jika Pelajar ingin merayu, rayuan hendaklah dimajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Kesalahan-kesalahan Kecil Pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh saman dikeluarkan.

Lampiran-lampiran A. Lampiran I - Peraturan-peraturan Am. B. Lampiran II - Peraturan-peraturan Desa Kediaman. C. Lampiran III - Peraturan Berpakaian dan Rupa Diri. D. Lampiran IV - Peraturan Lalulintas.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

10

Lampiran I A. PERATURAN-PERATURAN AM

Nota : Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTP)

NO

KESALAHAN

DENDA/TINDAKAN

1a.

1b.

Mengadakan aktiviti sosial dan/atau majlis dan/atau perhimpunan di dalam Kampus tanpa kebenaran pihak berkuasa Universiti. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 1a.

Perjumpaan yang melebihi 3 (tiga) orang adalah di definasikan sebagai perhimpunan

i) Denda maksima sehingga RM 50.00 dan/atau, ii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

2.

Mengganggu dan/atau menyebabkan kesusahan kepada pelajar dan/atau orang lain

i) Denda maksima sehingga RM 50.00 dan/atau, ii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

3a.

3b.

Merosakkan dan/atau mencacatkan dan/atau mengotorkan dan/atau menyalahgunakan sebarang kelengkapan dan/atau peralatan dan/atau hartabenda yang dimiliki dan/atau dibawah kawalan Universiti. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 3a.

i) Denda maksima sehingga 3

(tiga) kali ganda atas kos baik pulih/ganti

ii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

4a.

4b.

Mengambil dan/atau memiliki dan/atau menyimpan dan/atau mengedar dan/atau dipengaruhi oleh bahan yang memabukkan di dalam kawasan Universiti. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 4a.

i) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

5a.

Memiliki dan/atau menyimpan dan/atau dalam

i) Denda maksima sehingga RM 50.00 dan/atau,

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

11

NO

KESALAHAN

DENDA/TINDAKAN

5b.

jagaan dan/atau menyimpan dan/atau menggunakan bahan mudah bakar dan/atau bahan letupan dan/atau beracun dan/atau berasid di dalam kawasan Universiti. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 5a.

ii) Alat dirampas dan/atau iii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

6a.

6b.

Menyimpan dan/atau memiliki dan/atau mengambil dan/atau mengedar dadah merbahaya. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 6a.

i) Laporan dibuat kepada

Jabatan Keselamatan Universiti

ii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

7a.

7b.

Menyimpan dan/atau memiliki peralatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan/atau pengedaran dadah. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 7a.

i) Laporan dibuat kepada Jabatan Keselamatan Universiti ii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

8a.

8b.

Memiliki dan/atau menyimpan dan/atau penggunaan senjata berbahaya. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 8a.

i) Senjata dirampas ii) Denda maksima sehingga

RM50.00 dan/atau iii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

9a.

9b.

Membuat dan/atau memiliki dan/atau menyimpan kunci pendua mana-mana bangunan Universiti tanpa kebenaran. Membenarkan seseorang menggunakan dan/atau menyimpan dan/atau membuat dan/atau memiliki kunci pendua mana-mana kunci milik Universiti.

i) Kunci akan dirampas

dan/atau ii) Denda maksima sehingga RM 50.00 dan/atau, iii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

10.

Berkhalwat dengan jantina yang berbeza di dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan Universiti.

i) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

12

NO

KESALAHAN

DENDA/TINDAKAN

11a.

11b.

Berkelakuan dan/atau melakukan perbuatan tidak senonoh dan/atau tidak sopan dan/atau di luar batas tatasusila dan/atau di luar tabie. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 11a.

i) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

12a.

12b.

Berjudi dan/atau bertaruh di dalam perjudian dan/atau pertaruhan Terlibat dan/atau bersubahat dan/atau berada di dalam persekitaran pertaruhan dan/atau perjudian.

i) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

13a.

13b.

Membaca dan/atau memiliki dan/atau menyimpan dan/atau mengedar bahan bacaan yang berunsur lucah dan/atau diharamkan Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 13a.

i) Bahan dirampas dan/atau ii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

14a.

14b.

Menonton dan/atau memiliki dan/atau menyimpan dan/atau mengedar gambar dan/atau audio visual yang berunsur lucah dan/atau diharamkan. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 14a.

i) Bahan dirampas dan/atau ii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

15.

Merokok di kawasan Kampus.

i) Denda maksima sehingga

RM50.00

16.

Membuang sampah merata-rata di dalam kawasan Kampus.

i) Denda maksima sehingga

RM50.00

17a.

17b.

Biadap dan/atau menghalang dan/atau menahan pegawai dan/atau ejen Universiti daripada menjalankan tugas rasmi. Cuba menghalang dan/atau cuba menahan pegawai dan/atau ejen Universiti daripada menjalankan tugas rasmi.

i) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

13

NO

KESALAHAN

DENDA/TINDAKAN

17c.

Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 17a dan/atau 17b.

18a.

18b.

Melakukan apa-apa perbuatan dan/atau perlakuan yang diklasifikasikan sebagai jenayah. Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 18a.

i) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

19a.

19b.

Melakukan perbuatan yang boleh membahayakan diri sendiri dan/atau juga orang lain Terlibat dan/atau bersubahat dalam perkara 19a.

i) Denda maksima sehingga RM 50.00 dan/atau, ii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

20.

Melanggar Etika Berpakaian dan Sahsiah Rupa Diri Pelajar.

i) Denda RM20.00 dan/atau ii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

21.

Tidak hadir Perbicaraan Tatatertib tanpa sebarang sebab yang munasabah.

i) Digantung dari pengajian

dan/atau ii) Diberhentikan dari pengajian.

22.

Tidak mematuhi arahan pihak berkuasa Universiti yang sah seperti mengosongkan bangunan dalam latihan kebakaran dan lain-lain.

i) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya

23.

Melanggar peraturan-peraturan lain yang dikuatkuasakan oleh Universiti dari semasa ke semasa

i) Denda maksima sehingga RM 50.00 dan/atau, ii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

Nota Penting Peruntukan ini adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dibuat oleh Universiti mengikut budibicaranya dari semasa ke semasa.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

14

Lampiran II B. PERATURAN-PERATURAN DESA KEDIAMAN Nota : Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTP)

NO

KESALAHAN DENDA/TINDAKAN

1a.

1b.

Membenarkan seseorang yang berlainan jantina memasuki dan/atau berada di dalam blok asramanya dan/atau bilik asramanya. Membenarkan pihak ketiga memasuki dan/atau berada di dalam blok asramanya dan/atau bilik asramanya tanpa kebenaran pihak Desa Kediaman.

i) Denda maksima sehingga RM 50.00 dan/atau, ii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

2.

Membenarkan pihak ketiga menetap di bilik asramanya.

i) Denda maksima bayaran 3 kali

ganda kadar bilik (sepanjang dalam tempoh masa menetap) dan/atau

ii) Laporan dibuat kepada JTP

untuk tindakan selanjutnya.

3.

Pelajar yang menghuni di dalam bilik asrama dan/atau Desa Kediaman lain tanpa kebenaran.

i) Denda maksima bayaran 3 kali

ganda kadar bilik (sepanjang dalam tempoh masa menetap) dan/atau

ii) Diarah keluar daripada Desa

Kediaman.

4.

Gagal membuat pendaftaran asrama mengikut masa yang telah ditetapkan

i) Denda maksima sehingga

RM50.00 ii) Diarah keluar daripada Desa

Kediaman.

5.

Menukar bilik tanpa kebenaran daripada Pihak Pengurusan Desa Kediaman.

i) Denda maksima sehingga

RM50.00 dan/atau ii) Diarah kembali ke bilik asal.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

15

NO

KESALAHAN DENDA/TINDAKAN

6.

Mengganggu dan/atau menyebabkan kesusahan kepada orang lain di dalam bilik asrama dan/atau Desa Kediaman.

i) Denda maksima sehingga

RM50.00 ii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

7a.

7b.

Tidak mengosongkan bilik seperti yang di arahkan oleh Pihak Pengurusan Desa Kediaman. Tidak memulangkan kunci seperti yang diarahkan oleh Pihak Pengurusan Desa Kediaman.

i) Denda maksima bayaran 3 kali ganda kadar harian bilik (sepanjang dalam tempoh masa menetap) dan/atau ii) Diarah keluar daripada Desa Kediaman.

8.

Memindah dan/atau mengubahsuai harta benda Desa Kediaman dari tempat asalnya tanpa kebenaran Pihak Pengurusan Desa Kediaman.

i) Meletakkan semula harta benda Desa Kediaman tersebut ke tempat asalnya dan /atau ii)Denda maksima bayaran 3 kali ganda kos baikpulih dan/atau gantian harta benda.

9.

Membawa masuk makanan ke dalam bilik tidur

i) Denda maksima sehingga RM50.00

10.

Tidak menggunakan cadar dan/atau sarung bantal.

i) Denda maksima sehingga RM50.00

11.

Menggunakan alat elektrik selain daripada yang disediakan dan/atau diluluskan oleh pihak Pengurusan Desa Kediaman.

i) Denda maksima sehingga RM50.00 ii) Peralatan elektrik dirampas.

12.

Meninggalkan unit kediaman/bilik tanpa menutup kipas dan/atau lampu dan/atau peralatan elektrik dan/atau air.

i) Denda maksima sehingga RM10.00 bagi setiap satu kesalahan.

13.

Meletakkan kenderaan di dalam bangunan Desa Kediaman dan/atau diluar kawasan yang tidak dibenarkan.

i)Denda maksima sehingga RM50.00

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

16

NO

KESALAHAN DENDA/TINDAKAN

14.

Memasak dalam unit kediaman.

i) Denda maksima sehingga RM50.00 dan/atau ii) Peralatan dirampas.

15.

Bilik kotor.

i) Arahan kepada penghuni

berdaftar untuk membersihkan bilik serta-merta dan/atau

ii) Denda maksima sehingga RM20.00

16a.

16b.

Menghalang dan/atau cuba menghalang pegawai dan/atau ejen Universiti daripada memasuki bilik dan/atau blok pelajar kerana menjalankan tugas rasmi Universiti. Terlibat dan/atau bersubahat di dalam 16a.

i) Denda maksima sehingga RM50.00 dan/atau ii) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

17.

Membuat ampaian dan/atau menyidai pakaian di tempat selain daripada ditempat-tempat yang disediakan/ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Desa Kediaman

i) Denda maksima sehingga RM30.00 dan/atau ii) Ampaian dirampas

18.

Berkelakuan mencurigakan di kawasan kediaman jantina lain.

i) Laporan dibuat kepada JTP untuk tindakan selanjutnya.

Nota Penting Peruntukan ini adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dibuat oleh Universiti mengikut budi bicaranya dari semasa ke semasa.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

17

Lampiran III

III. PERATURAN BERPAKAIAN DAN RUPA DIRI

Semua pelajar diwajibkan memakai pakaian yang sesuai pada setiap masa serta mengikut kod & etika berpakaian seperti berikut :

Bil

PERATURAN

1. 1a. 1b. 1c. 1d.

PAKAIAN (Pelajar Lelaki) Baju/Baju-T i. Berlengan. ii. Berkolar. iii. Tidak terlalu besar. iv. Tidak koyak dan/atau bertampal v. Tidak mempunyai tulisan dan/atau perkataan dan/atau gambar yang lucah

dan/atau kurang sopan. vi. Tidak memakai “Wind-Breaker” dalam perpustakaan, bilik kuliah, makmal,

pejabat dan/atau dewan peperiksaan. Jika keadaan terlalu sejuk baju panas adalah dibenarkan.

vii. Pelajar adalah digalakkan memakai pakaian kebangsaan masing-masing (mengikut bila/masa yang sesuai)

Seluar a. Tidak koyak dan/atau bertampal-tampal. b. Kaki seluar tidak berserabut dan/atau berbulu-bulu. c. Tidak terlalu ketat dan/atau tidak terlalu longgar. d. Seluar lusuh adalah tidak dibenarkan. e. Seluar pendek adalah tidak dibenarkan semasa di kelas, makmal, pejabat

dan perpustakaan. Pakaian Sukan a. Pakaian sukan yang bersesuaian hendaklah dipakai ketika melakukan aktiviti

bersukan di tempat sukan. b. Tidak dibenarkan memakai pakaian sukan ketika menghadiri kelas, makmal

dan perpustakaan. Kasut Pelajar adalah diingatkan untuk memakai kasut yang sesuai apabila berada di dalam kelas, makmal, pejabat dan/atau perpustakaan. Selipar, sandal dan/atau seumpamanya dianggap tidak bersesuaian di tempat yang dinyatakan di atas.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

18

1e

Rambut i. Secara amnya, rambut hendaklah kemas dan tidak panjang. ii. Rambut dibahagian belakang tidak mencecah dan/atau melebihi kolar baju. iii. Rambut dibahagian tepi tidak menutupi telinga. iv. Rambut di bahagian hadapan tidak menutupi kening. v. Jika rambut dicukur hendaklah semuanya dicukur. vi. Meluntur atau mewarna rambut adalah tidak dibenarkan. vii. Fesyen rambut mohican, afro, punk dan sebagainya adalah tidak

dibenarkan.

Bil

PERATURAN

2. 2a. 2b. 2c. 2d.

PAKAIAN (Pelajar Perempuan) Baju i. Secara umumnya, pakaian hendaklah menutupi dari leher hingga ke lutut. ii. Tidak ketat dan/atau melekap di badan dan/atau menjolok mata. iii. Berlengan panjang. iv. Tidak mempunyai tulisan perkataan atau gambar yang lucah dan/atau

kurang sopan. Sarung/Maxi i. Labuh melebihi paras lutut. ii. Tidak berbelah sehingga mendedahkan bahagian peha. iii. Tidak jarang. Seluar i. Tidak koyak dan bertampal-tampal. ii. Kaki seluar tidak berserabut dan/atau berbulu-bulu. iii. Tidak ketat dan tidak terlalu longgar. iv. Seluar lusuh adalah tidak dibenarkan. v. Seluar pendek adalah tidak dibenarkan semasa di kelas, makmal, pejabat

dan perpustakaan. Pakaian Sukan i. Pakaian sukan yang bersesuaian hendaklah dipakai ketika melakukan

aktiviti sukan di tempat sukan. ii. Tidak dibenarkan memakai pakaian sukan ketika menghadiri kelas, makmal

dan perpustakaan.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

19

2e. 2f.

Rambut i. Meluntur atau mewarna rambut adalah tidak dibenarkan. ii. Tidak terlalu pendek dan/atau botak. iii. Fesyen rambut mohican, afro, punk dan sebagainya adalah tidak

dibenarkan. Kasut Pelajar adalah diingatkan untuk memakai kasut yang sesuai apabila berada di kelas, makmal, pejabat dan perpustakaan. Selipar, sandal dan/atau seumpamanya dianggap tidak bersesuaian di tempat yang dinyatakan di atas.

Bil

PERATURAN

3.

Peraturan Am Pakaian dan Rupa Diri a. Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian perempuan dan/atau

perhiasan seperti rantai, gelang, anting-anting, pengikat rambut atau sebagainya.

b. Topi adalah tidak dibenarkan di dalam perpustakaan, kelas, dewan dan pejabat.

c. Pelajar seharusnya sentiasa kelihatan kemas, bersih dan berketrampilan. Pakaian dan penampilan tidak melambangkan/menunjukkan apa-apa budaya yang tidak diingini atau diterima oleh masyarakat.

d. Semua pelajar diwajibkan membawa Kad Pelajar pada setiap masa. Kad Pelajar hendaklah sentiasa dipinkan pada baju dan/atau pakaian di bahagian dada dengan gambar menghadap ke hadapan.

Bil

HUKUMAN

4.

Pelajar yang gagal untuk mematuhi peraturan Pakaian dan Rupa Diri yang dinyatakan di atas, tindakan berikut boleh diambil terhadap pelajar. i. Amaran. ii. Denda maksimum RM 50.00. iii. Laporan dimajukan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.

Nota Penting Peruntukan ini adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dibuat oleh Universiti mengikut budibicaranya dari semasa ke semasa.

Universiti Teknologi PETRONAS

Peraturan Tatatertib Pelajar

Students Disciplinary Rules & Regulations

______________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

20

Lampiran IV

D. PERATURAN LALULINTAS

NO

KESALAHAN (OFFENCE)

DENDA/TINDAKAN

1.

Menggunakan kenderaan tanpa mempamerkan pelekat kenderaan yang telah disahkan dan dikeluarkan oleh pihak Universiti.

Denda maksima sehingga RM50.00

2.

Meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan dan/atau menghalang lalulintas.

Denda maksima sehingga RM50.00

3.

Memandu kenderaan bermotor melebihi had laju dan/atau secara merbahaya.

Denda maksima sehingga RM50.00

4.

Memandu kenderaan bermotor dengan tidak menggunakan jalan-jalan dan/atau laluan yang telah disediakan/ditetapkan.

Denda maksima sehingga RM50.00

5.

Menunggang basikal, motosikal dan/atau skuter yang mempunyai lebih dari seorang pembonceng.

Denda maksima sehingga RM 50.00 (pemandu dan/atau pembonceng)

6.

Melanggar peruntukan-peruntukan Akta Pengangkutan Jalanraya 1967 dan/atau perundangan kecil yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.

i) Denda maksima sehingga

RM50.00 (pemandu dan/atau pembonceng) dan/atau

ii) Laporan di buat kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk tindakan.

Nota Penting Peruntukan ini adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dibuat oleh Universiti mengikut budibicaranya dari semasa ke semasa.