bab 1 konsep kecemerlangan

88
BAB 1 KONSEP KECEMERLANGAN Kecemerlangan amat penting dan menjadi idaman setiap manusia. Kecemerlangan bukan milik satu-satu kaum, bangsa atau penganut agama. Kecemerlangan mempunyai konsep yang luas pengertianya. Kecemerlangan adalah milik setiap individu yang berusaha dengan gigih dan bersunguh-sungguh. Cara pengukuran kecemerlangan bergantung pula kepada tahap pencapaian dan berbeza Antara satu sama lain. Bagi seorang pekerja kaedah pengukuran kecemerlangan bergantung kepada sejauh mana pencapaiannya melakukan satu-satu tugas. Bagi seorang pelajar, kecemerlangan bermakna Berjaya mencapai keputusan yang baik dalam bidang akademik ataupun menjuarai acara-acara tertentu dalam sukan dan aktiviti lain. Kecemerlangan akademik Kecerdikan pelajar diukur melalui keputusan peperiksaan yang dibuat untuk membuktikan penguasaan ilmu yang dipelajari. Apabila mereka Berjaya menguasai ilmu pada tahap tertentu, ketika ini gelaran pelajar cemerlang menjadi milik mereka. Kecemerlangan akademik bermaksud penguasaan ilmu pada tahap yang sangat baik menurut ukurna tertentu , mislanya menerusi ujian atau peperiksaan. Kecemerlangan akademik menjadi impian pelajar. Mereka mahukan kecemerlangan dalam ilmu yang mereka pelajari di sekolah kerana sebarang keputusan yang mereka perolehi bakal menentukan arah hidup mereka. Keputusan yang cemerlang melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke institute pengajian tinggi dalam dan luar negeri. Jurusan atau bidang yang dipilih juga bergantung kepada keputusan akademik mereka samada layak ataupun tidak untuk mengikut kursus-kursus tertentu. Untuk meguasai ilmu dengan cemerlang, pelajar perlu berusaha dengan bekerja keras. Kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai namun bukan sesuatu yang mustahil. Setiap tahun, beratus-ratus pelajar mendapat keputusan yang cemerlang

Upload: mohamad-syukuri

Post on 11-Sep-2015

391 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Motivation

TRANSCRIPT

SIFAT DAN SIKAP PELAJAR CEMERLANG

BAB 1KONSEP KECEMERLANGANKecemerlangan amat penting dan menjadi idaman setiap manusia. Kecemerlangan bukan milik satu-satu kaum, bangsa atau penganut agama. Kecemerlangan mempunyai konsep yang luas pengertianya. Kecemerlangan adalah milik setiap individu yang berusaha dengan gigih dan bersunguh-sungguh. Cara pengukuran kecemerlangan bergantung pula kepada tahap pencapaian dan berbeza Antara satu sama lain. Bagi seorang pekerja kaedah pengukuran kecemerlangan bergantung kepada sejauh mana pencapaiannya melakukan satu-satu tugas. Bagi seorang pelajar, kecemerlangan bermakna Berjaya mencapai keputusan yang baik dalam bidang akademik ataupun menjuarai acara-acara tertentu dalam sukan dan aktiviti lain.Kecemerlangan akademikKecerdikan pelajar diukur melalui keputusan peperiksaan yang dibuat untuk membuktikan penguasaan ilmu yang dipelajari. Apabila mereka Berjaya menguasai ilmu pada tahap tertentu, ketika ini gelaran pelajar cemerlang menjadi milik mereka. Kecemerlangan akademik bermaksud penguasaan ilmu pada tahap yang sangat baik menurut ukurna tertentu , mislanya menerusi ujian atau peperiksaan.Kecemerlangan akademik menjadi impian pelajar. Mereka mahukan kecemerlangan dalam ilmu yang mereka pelajari di sekolah kerana sebarang keputusan yang mereka perolehi bakal menentukan arah hidup mereka. Keputusan yang cemerlang melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke institute pengajian tinggi dalam dan luar negeri. Jurusan atau bidang yang dipilih juga bergantung kepada keputusan akademik mereka samada layak ataupun tidak untuk mengikut kursus-kursus tertentu.Untuk meguasai ilmu dengan cemerlang, pelajar perlu berusaha dengan bekerja keras. Kejayaan bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai namun bukan sesuatu yang mustahil. Setiap tahun, beratus-ratus pelajar mendapat keputusan yang cemerlang apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Mereka menjadi tumpuan media. Ditanya mengenai rahsia kejayaan, kerja keras selain memberi tumpuan. Ditanya mengenai rahsia kejayaan, kerja keras selain memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran menjadi resepu kecemerlangan mereka. Selain dari kerajinan, terdapat berbagai-bagai factor yang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam usaha tersebut. Antaranya jelas matlamat, bercita-cita, bijak merancang , factor rakan sebaya , tabiat dan cara pembelajaran serta lain-lain lagi sekiranya seseorang pelajar itu tahu apakah perkara yang perlu dilakukan dan perlu dielakkan, maka jalan kea rah kecemerlangan mudah bagi dirinya.

TANGGUNGJAWAB MENCAPAI KECEMERLANGAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR SECARA INDIVIDUPelajar sebagai individu mempunyai tanggungjawab yang amat penting untuk menentukan kecemerlangan sendiri. Anda merupakan penentu terhadap segala usaha dan kerja keras serta fakto sokongan yang ada samada Berjaya ataupun tidak Berjaya. Pelajar berperanan untuk belajar, mengejar pengetahuan untuk menjadi orang yang berilmu serta mencapai cita-cita dan matlamat menjadi orang yang berguna.Tugas mereka ialah memastikan markah dan keputusan yang cemerlang kerana keputusan yang diperolehi bakal menjadi penentu masa deoan mereka. Oleh itu pelajar perlu berungkus-lumus untuk memastikan kejayaan berada dalam genggaman mereka. Asalkan rajin dan sanggup berusaha maka kejayaan pasti tiba. Ramai individu Berjaya kerana sikap rajin dan gemar untuk berusaha serta mencuba antaranya ialah Thomas Elva Edison.Thomas Elva Edison, seorang saintis Amerika telah Berjaya mencipta lebih dari 1000 rekaan dalam hidupnya dan diiktiraf sebagai seorang genius. Salah satu rekaanya yang kita gunakan ialah mentol eletrik. Edison pernah disoal mengenai kemampuan beliau mencipta rekaan-rekaan yang menjangkau pemikiran seseorang ketika itu. Ramai yang bertanya Adakah kerana beliau memang dilahirkan bijak?, Edison menjawab bahawa ilham atau nasib mewakili hanya 1% daripada kejayaan tetapi 99% lagi usaha dan kerajinan beliau untuk terus mencuba.Beliau Berjaya jerana tidak putus asa berusaha dan bekerja keras. Beliau tidak percaya kepada kebijaksanaan semata-mata boleh membawa kepada kejayaan. Sifat rajin beliau itu terbukti apabila beliau berupaya menghasilkan sesuatu ciptaan dalam keadaan serba kekurangan. Anda sebagai pelajar harus mencontohi kerajinan dan semangat beliau untuk medapatkan apa yang dicita-citakan. Sifat rajin adalah satu sifat yang mesti ada dalam jiwa seorang pelajar kerana ia mempunayi kaitan rapat dan pnentu kepada kegagalan atau kejayaan hidup mereka.Pelajar harus mengenalpasti bagaimanakah atau kaedah-kaedah yang menjamin kecemerlangan dan mulakan langkah seterusnya setelah ianya dikenalpasti. Mempunyai matlamat yang jelas , sentiasa bercita-cita tinggi, factor rakan sebaya, mengamalkan hidup beragama, suka menerima nasihat, gemar membaca, kenal rapat dengan orang Berjaya, tidak mudah menyerah kalah adalah Antara kaedah yang akan dibincangkan dalam bab seterusnya.Kejayaan dalam pelajaran pula tidak hanya bergantung kepada kecerdikan (memiliki kecerdikan adalah satu bonus dan kelebihan )tetapi juga kepada cara pembelajaran yang baik. Pembelajaran yang baik menjamin menjamin keputusan yang cemerlang , pelajar digalakkan untuk mengetahui teknik-teknik serta tips mengenai cara pembelajaran yang baik. Seperti yang telah disebut pada bab seterusnya, cara pembelajaran bistari meliputi semua kaedah yang diperlukan dalam pembelajaran. Cara ini sangat berguna serta berfaedah kerana pelajar dapat memanfaatkan semasa belajar. rujukan tanpa mengharap nota dari guru semata- mata. Begitu juga dengan bahan bacaan yang lain seperti akhbar, buku, majalah dan internet yang mengandungi banyak pengetahuan dan ilmu di dalamnya. Berusaha dengan gigih, rajin dan sentiasa bersemangat tinggi. Pelajar pasti berjaya.TANGGUNGJAWAB IBU BAPADorongan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang ditingkatkan melalui hubungan yang erat antara anggota keluarga terutama ibu bapa.Dalam satu kajian yang dibuat, didapati keluarga yang utuh lebih berjaya menghasilkan anak-anak yang cemerlang dari keluarga yang berpecah belah. Ini kerana ibubapa dari keluarga yang utuh memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak mereka, membantu mereka di rumah dan berusaha untuk mengatur kehidupan anak-anak di rumah dengan sempurna. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu cemerlang.Ibubapa diumpamakan sebagai tulang belakang kepada seorang pelajar yang bertindak sebagai penyokong kepada mereka. Sokongan dalam bentuk kasih sayang ditunjukkan kepada anak mereka supaya mereka tahu bahawa mereka disayangi dan dihargai sebagai seorang anak.Ibubapa merupakan pendidik pertama untuk anak-anak, selama lima tahun awal kehidupan mereka, ibubapa bertanggungjawab untuk memberi kemahiran dan pengetahuan asas serta nilai-nilai murni dalam hidup mereka. Dalam usia yang masihmuda, mereka memerlukan percontohan yang baik daripada individu yang paling hampir dengan mereka untuk bertindak. Mereka mula belajar membezakan nilai yang baik dari nilai yang buruk. Semuda itu anak-anak boleh ditanamkan dengan semangat serta cita-cita untuk menjadikan kecemerlangan dalam hidup mereka.Hubungan erat antara anak dan ibubapa serta ahli keluarga yang lain perlu dipupuk dengan me- lakukan aktiviti bersama-sama seperti keluar bersiar- siar, makan bersama-sama dan berbagai aktiviti yang boieh dijadikan aktiviti keluarga. Ibubapa juga harus sentiasa bersikap terbuka apabila meng- hadapi kerenah anak-anak demi menjamin per- hubungan yang baik. Nasihat dan teguran diberi dalam keadaan baik tanpa perlu memarahi atau memaksa anak-anak untuk mematuhinya. Ibubapa juga perlu untuk memahami jiwa remaja justeru itu sedikit rasa keterbukaan dan memahami kehendak dan tabiat mereka diperlukan supaya remaja tidak tertekan.Ibubapa juga harus sentiasa menanamkan cita-cita dan memberi kata-kata semangat dan perang- sang dari awal lagi. Keinginan untuk berjaya akan tertanam dalam diri pelajar sekiranya dimulakan sedari kecil. Kasih sayang juga membentuk situasi pelajar yang aman dan tenang. Pelajar tidak perlu memikirkan hal-hal keluarganya kerana semuanya berjalan dengan baik seperti hubungannya dengan ibubapa atau hubungan sesama adik- beradik.Suasana dan persekitaran yang baik menjamin pelajar untuk belajar dengan tekun. Sokongan dalam bentuk kewangan juga penting seperti penyediaan wanguntuk membeli buku, perbelanjaan harian atau bulanan seperti tambang bas juga pelajar tidak dibebani dengan yuran sekolah yang tertangguh.Sering kita baca bahawa terdapat pelajar-pelajar yang tidak mahu meneruskan persekolahan kerana keluarga mereka tidak mampu untuk membiayai persekolahan mereka. Faktor kemiskinan menjadi punca utama, pernah terjadi dalam sebuah keluarga, pelajar tidak mahu ke sokolah kerana malu kepada guru yang sering bertanya mengenai yuran sekolah yang belum dijelaskan, satu kes yang lain pelajar takut ke kelas kerana tidak mampu membeli buku latihan yang berharga tidak lebih dari RM3 yang wajib dimiliki oleh setiap pelajar. Kemungkinan pelajar-pelajar tersebut berpotensi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang sekiranya mempunyai peluang namun peluang itu tentu tidak dapat direalisasikan kerana kemampuan ibu bapa mereka terbatas.Persekitaran yang baikseperti kawasan kediaman yang selesa bukan taktor utama dalam menentu- kan kecemerlangan dan kejayaan seseorang pelajar. Tetapi ia diakui menyumbang kepada koadaan yang lebih baik. Satu kajian dilakukan lorhadap penghuni rumah pangsa atau flat di bandaraya mendapati pelajar dan remaja yang mendiami kawasan tersebut cenderung untuk menghabiskan masa di luar rumah, melepak dan terlibat dengan gejala sosial. Faktor persekitaran rumah dikatakan menjadi punca utama gejala ini berlaku. Ruang rumah yang sempit, dikongsi dengan jumlah adik-beradik yang ramai menyebabkan pelajar suka melarikan diri ke tempat lain.Selain daripada itu, kewangan dan keadaan ekonomi yang kukuh membantu pelajar untuk belajardengan sempurna dengan bantuan bahan bacaan, menghadiri kelas-kelas tambahan, suasana bilik dan persekitaran yang juga mem- berikan kesempatan untuk pelajar belajar dengan tumpuan yang tinggi.Ibubapa juga perlu memastikan anak-anak dididik dengan nilai-nilai keagamaan untuk memastikan jiwanya sentiasa dalam keadaan tenang. Anak-anak yang terdidik dengan nilai- nilai agama yang kuat tidak mudah goyah dan jarang melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Mereka dengan mudah dapat dibimbing untuk menjadi seorang yang berjaya. Amalan-amalan seperti sembahyang berjemaah, membaca Quran dijadikan amalan harian yang dapat menguatkan jiwa dan memantapkan lkekuatan dalam diri setiap individu dalam keluarga tersebut.Ibubapa digalakkan untuk memainkan peranan aktif di dalam kegiatan sekolah dengan membantu guru dan pentadbir sekolah yang cuba untuk menjaga pendldikan yang bermutu. Ibubapa perlu bertindak aktif melibatkan diri dalam persatuan ibubapa dan guru untuk mengetahui setiap perkembangan berkaitan sekolah anak-anak mereka. Sekiranya ibubapa lidak berpuashati atau mahu memberikan cadangan untuk pihak pentadbiran sekolah, semuanya boleh disuarakan mengikut saluran yang ada. Segala permasalahan yang timbul diselesaikan dengan baik dan menguntungkan semua pihak serta menjaga kepentingan anak- anak mereka.Kenali guru anak anda dan dapatkan pandangan daripada mereka mengenai prestasi yang dilunjukkan anak-anak sepanjang persekolahan mereka. Manfaatkan pandangan guru untuk sama-sama memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dari ibubapa. Ibubapa merupakan pondidik utama dalam dunia anak-anak, keslnambungan dari guru dan pihak lain dapat membentuk mereka menjadi pelajar yang c omerlang.TANGGUNGJAWAB WARGA SEKOLAHGuru bertanggungjawab untuk mendidik pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Tugas mereka amat berat kerana tugas mendidik bukanlah mudah. Perubahan demi perubahan dalam dunia pendidikan menjadikan kerjaya tersebut semakin mencabar.Menyingkap sejarah pendidikan zaman dahulu , sistem pendidikan zaman penjajah hanya bertujuan untuk menjadikan seorang anak menjadi sedikit bijak dari ayahnya seorang petani, begitu juga seorang anak sedikit pandai dari ayahnya seorang nelayan kerana penjajah tidak mahukan orang- orang yang bijak yang menyedari bahawa penjajahan adalah sesuatu yang sangat pedih. Mereka tidak mahu goiongan bijak pandai muncul di kalangan penduduk pribumi. Penjajah memandang rendah kepada masyarakat Malaya pada zaman tersebut dan mereka tidak yakin bahawa Malaysia (Malaya pada masa itu) mampu untuk membangunkan diri apabila merdeka. Namun negara ini mampu membuktikan kebolehan untuk membangunkan diri.Sistem pendidikan hari ini jauh berubah dan maju Warga sekolah khususnya guru, mengambilalih perubahan tersebut dengan dibekalkan dengan ilmu pendidikan, kemahiran dan keazaman supaya apa yang diharapkan oleh ibubapa ialah anak mereka berilmu dan menjadi orang yang berguna boleh direalisasikan.Ramai pelajar dilihat kurang bersemangat untuk belajar kerana itu mereka memerlukan seseorang untuk memberi semangat, cabaran dan motivasi Maka ketika inilah, kehadiran guru amat periting dalam membantu kecemerlangan pelajar.Menurut Ericksen, 1978, pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada kemampuan guru untuk mengekalkan minat pelajar terhadap apa yang diajar. la menunjukkan betapa peranan guru amat penting dalam menentukan proses penerimaan pelajar terhadap ilmu pengetahuan.Secara asasnya, guru yang baik mempunyai empat sifat iaitu mahir dalam perkara yang diajar. Seorang guru sebelum mencurahkan ilmu harus mahir mengenai perkara yang diajar. Perkara ini amat penting kerana guru adalah orang yang akan memberi kefahaman dan mengajar satu perkara yang belum diketahui oleh pelajarnya. Guru tersebut haruslah memahami dengan mendalam ilmu-ilmu tersebut untuk memastikan Ilmu yang dicurahkan kepada pelajarnya adalah benar-benar berkualiti dan melengkapi tahap tertentu.Contohnya, mengenai ilmu sejarah yang memerlukan guru untuk menerangkan dengan terperinci sesuatu perkara, bermula dari tarikh, tempat, punca dan akibat serta kesan daripada berlakunya peristiwa tersebut. Selain itu, seorang guru juga harus tahu hubungkait sesuatu peristiwa itu dengan peristiwa yang lain. Sebarang pertanyaan yang dikemukakan oleh pelajar jugamampu dijawab dengan bernas dan meyakinkan pelajar, ini akan menjadikan mereka para guru yang dikagumi oleh pelajar kerana ketinggian ilmunya.Selain itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam banyak perkara, kerana kadangkala pelajar akan bertanya sesuatu yang berkaitan dengan senario semasa dan guru hendaklah bersedia dengan pengetahuan yang sedia ada.Guru juga hendaklah sentiasa menanamkan semangat dan memberi kata-kata perangsang kepada pelajar. Kata-kata semangat hendaklah disuntik selalu ke dalam jiwa dan minda pelajar, guru hendaklah sentiasa mengingatkan mengenai peripentingnya kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup. Guru juga harus menjadi model kepada pelajar-pelajarnya untuk diikuti. Segala cara, gerakerja, gerakgeri mereka menjadi tumpuan pelajar.Guru harus mempunyai sifat rajin dan penyabar, di mana ia adalah sifat yang penting semasa proses pembelajaran, kerenah berbagai pelajar, tahap penerimaan dan daya kefahaman yang berlainan antara pelajar semuanya memerlukan kesabaran para guru namun guru yang berwibawa adalah guru yang mampu mengendalikan kesemua keadaan tersebut dengan tenang.

Guru perlu memainkan peranan menggalakkan pelajar hingga menimbulkan keseronokan pelajar supaya mereka terdorong mempelajari perkara yang tidak berapa mereka minati. Selain itu guru seharusnya memudahkan pembelajaran dengan memberi maklumat secara lisan memberitahu pelajar tentang buku yang harus dibaca, memberi bahan-bahan asas dan Iain-Iain perkara yang menyenangkan proses belajar.Guru juga boleh menggalakkan pelajar berfikir dan menaakul dengan membantu menyusun pemikiran supaya jelas kefahaman mereka. Merangsang dan mendorong pelajar dengan persoalan dan perbincangan. Selain itu, mereka boleh menggalakkan dan membimbing supaya pelajar tahu membuat nota dan rujukan buku dengan sendiri untuk membantu memudahkan proses pembelajaran mereka. Guru juga harus menguji kemampuan pelajar dari masa ke semasa untuk mengesan perkembangan mereka.Pihak pentadbiran sekolah sering bimbang dengan pencapaian keputusan peperiksaan sekolah mereka setiap kali diumumkan. Pihak sekolah berusaha untuk mencatat keputusan yang baik supaya nama sekolah mereka tersenarai dalam sekolah yang cemerlang dalam peperiksaan. Setiap tahun dengan dibantu oleh guru-guru, pihak sekolah akan menyusun agenda untuk pelajar khasnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Kelas-kelas tambahan, program motivasi, seminar dianjurkan untuk memberi persediaan dan ilmu yang mantap kepada mereka.Guru yang baik pasti menjalankan tugas dengan berkualiti dan mampu memberi jalan ke arah kejayaan cemerlang. Namun Allahyarham Aminuddin Baki, Penasihat Pelajaran Malaysia sering mengeluh bahawa untuk mendapat guru yang berjiwa pendidik adalah susah. Pada masa ini, wujud fenomena baru dalam hubungan pelajar dan guru, guru tidak lagi dihormati seperti yang pernah diperolehi oleh rakan sejawatan mereka zaman dahulu.Guru kini tidak lebih dari dilihat sebagai golongan yang mengajar dan tidak lebih dari itu. Sebarang tindakan yang diambil oleh guru akan dianggap oleh pelajar sengaja bertujuan untuk menghukum mereka. Campurtangan dari ibubapa memburukkan keadaan apabila terdapat guru yang diheret ke mahkamah kerana didakwa menampar dan mencederakan anak murid.Guru sering dijadikan objek cacian, celaan kerana sifat mereka yang sering marah, menghukum atau memberi kerja rumah yang banyak pada cuti sekolah. Hasilnya, coretan syiling di kereta mereka, tayar kereta kehilangan angin malahan bertengkar dan bertumbuk jika hubungan pelajar dan guru menjadi tegang dan sampai ke peringkat serius. Keadaan tersebut sering berlaku, namun sistem pendidikan harus lebih murni dan bebas dari gejala dendam.

Apabila kita mengimbas semula sistem pembelajaran konvensional seperti kelas mengaji Al-Quran pada zaman dahulu, kita dapati bahawa guru Antara individu berpengaruh ketika itu. Ibu bapa melayu khasnya membawa rotan bersama-sama semasa mula-mula menghantar anak-anak untuk belajar mengaji. Secara simbolik, ia memberi kuasa dan kebenaran untuk guru tersebut memukul dan merotan anak-anak itu bertujuan untuk mengajar . Ibubapa percaya bahawa seorang guru memukul dan menghukum pelajar itu untuk kebaikan anak-anak itu. Ketika itu guru-guru dihormati dan bukan ditakuti dan berbaik dengan guru adalah satu perkara terhormat. Semangat itu seharusnya dikekalkan hingga sekarang kerana ia membantu proses penerimaan ilmu berlaku dengan lebih mudah.

Peranan warga sekolah adalah sangat penting dalam proses membina dan melahirkan pelajar cemerlang. Pelajar menghabiskan sebahagian besar daripada masanya berada di sekolah. Tanggungjawab dan peranan penting yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak harus dipikul dengan perasaan penuh tanggungjawab.TANGGUNGJAWAB RAKAN SEBAYARakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam diri pelajar. Mereka lebih memberi kepercayaan kepada rakan-rakan daripada orang lain seperti ibubapa, guru dan individu lain yang lebih dewasa. Rakan dirujuk apabila mereka mempunyai masalah berbanding ahli keluarga sendiri. Rakan sebaya boleh bertindak memberi nasihat kepada pelajar untuk membezakan antara salah dan betulnya sesuatu perkara.Pelajar juga lebih senang bersama rakan sebaya kerana wujudnya persamaan di antara mereka. Dilihat daripada sudut positif, rakan sebaya banyak membantu dan mendorong seseorang pelajar untuk berjaya dengan cemerlang dalam kedua-dua akademik dan ko-kurikulum. Perbincangan secara berkumpulan banyak membantu serta menjimatkan masa untuk seseorang pelajar mengulangkaji pelajaran mereka."Study group" atau belajar secara berkumpulan biasanya wujud di kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran untuk berjaya dengan cemerlang. Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada rakan-rakan pelajar yang dipilih atau terdiri dari kalangan mereka sendiri yang mempunyai fikiran atau minat yang sama. Setiap ahli dalam kumpulan itu biasanya mengharapkan antara satu sama lain untuk membantu mereka dalam pelajaran.Dengan adanya kumpulan-kumpulan belajar begini, pelajar akan lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar. Segala masalah dan kelemahan dalam pelajaran akan diajukan kepada rakan-rakan dalam kumpulan yang akan bertindak untuk membincang atau menyelesaikannya. Kumpulan-kumpulan belajar seperti ini biasanya mempunyai waktu-waktu tertentu untuk mengulangkaji, oleh itu setiap penggunaan waktu adalah terarah dan tidak membazir.Selain menjadi pendorong dan rakan belajar, rakan sebaya juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap diri pelajar berbanding dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Pelajar lebih mengutamakan pandangan dan nasihat dari rakan-rakan mengenai pelbagai perkara termasuk minat dan citarasa terhadap sesuatu contohnya pakaian serta muzik yang digemari. Rakan-rakan lebih mengenali dan mengetahui mengenai masalah yang dihadapi oleh rakan mereka. Rakan yang baik sering bertindak untuk menasihati rakan-rakan pelajar yang lain sekiranya rakan-rakannya itu dilihat lalai dan tidak serius untuk belajar. Sebagai contoh, pelajar lebih gemar ke perpustakaan sekiranya diajak rakan-rakan berbanding ke perpustakaan bersendirian.Rakan yang cemerlang juga sentiasa mengajak ke arah kebaikan dan melakukan perkara- perkara yang bermanfaat. Pelajar juga dengan mudah akan mengikut apa yang dikatakan olehnya kerana sifat kepercayaan yang tinggi terhadap rakan tadi. Ada ibu bapa yang meminta pertolongan dari rakan-rakan anak mereka untuk menasihati anak mereka kerana anak itu lebih mempercayai rakan-rakannya berbanding ibu bapa sendiri. Ini kerana rakan merupakan orang yang paling hampir dengan diri pelajar iaitu di sekolah ataupun di luar waktu persekolahan manakala ibu bapa hanya terbatas di rumah.Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar dalam diri seorang pelajar. Oleh itu ibu bapa tidak boleh memandang rendah terhadap pengaruh seorang rakan sebaya dalam hidup anak-anak.TANGGUNGJAWAB ANGGOTA MASYARAKATSebagai seorang anggota masyarakat, tanggung-jawab dalam pembentukan pelajar yang cemerlang turut dipikul bersama. Masyarakat harus memainkan peranan yang lebih aktif bagi tujuan ini. Setiap individu membentuk keluarga dan dari keluarga pula terbentuknya masyarakat. Pelajar hidup dalam lingkungan masyarakat, oleh itu masyarakat haruslah mengambil tahu mengenai diri pelajar tadi.Masyarakat di kota sering digambarkan sebagai masyarakat yang tidak tahu dan tidak kenal siapakah jiran mereka. Perkara ini jika benar pastilah sangat menyedihkan. Kita harus meneruskan tradisi di desa yang mementingkan semangat kerjasama dan gotong royong untuk menguatkan lagi tali silaturrahim.Masyarakat haruslah bergerak aktif bagi memastikan generasi yang bakal mewarisi hari esok adalah generasi yang cemerlang. Oleh itu, sebarang usaha untuk melahirkan dan mendidik mereka haruslah di sokong dan dibantu sedaya upaya. Contohnya, sumbangan boleh diberikan dalam bentuk tenaga atau wang ringgit serta disalurkan ke dalam persatuan-persatuan tertentu bagi membantu pelajar-pelajar maju dalam pelbagai bidang yang diceburi contohnya pihak swasta yang memberi penajaan berbentuk biasiswa kepada atlit-atlit yang cemerlang.Masyarakat juga boleh melibatkan diri dalam persatuan-persatuan atau menghadiri forum yang melibatkan remaja dan golongan pelajar. Sebarang bentuk buah fikiran dan cadangan boleh diberikan untuk meningkatkan lagi martabat mereka yang terlibat sama. Dalam sesetengah perkara, ungkapan jangan menjaga tepi kain orang tidak boleh diamalkan. Ungkapan bermaksud tidak menggalakkan masyarakat supaya tidak mengambil tahu hal orang lain perlu diubah kepada harus dan mesti mengambil tahu hal orang lain.Contohnya masyarakat haruslah prihatin kepada pelajar-pelajar yang dilahirkan dalam keluarga yang susah di dalam kawasan kediaman mereka. Pelajar-pelajar seperti ini perlulah dibantu persekolahan serta kebajikan mereka. Begitu juga sekiranya ada pelajar- pelajar yang telah dikenal pasti terjebak dengan masalah-masalah sosial contohnya penggunaan dadah atau merosakkan harta benda awam. Masyarakat haruslah bertindak sebagai orang tua yang menasihati dan mengajar mereka untuk membezakan antara perkara-perkara yang salah dan benar.Setiap individu dalam masyarakat bertanggungjawab mengubah pandangan yang diberikan atau dilabel ke atas mereka. Contohnya, masyarakat Jepun sering dilabel sebagai masyarakat maju yang gemar membaca, masyarakat di negara-negara Asia termasuklah Malaysia sering dilabel sebagai masyarakat yang peramah. Malaysia juga boleh menjadi masyarakat yang berjaya serta cemerlang apabila setiap individu menggubah sikap masing- masing. Sikap tolong menolong serta berazam untuk memajukan masyarakat dan bangsa boleh dijadikan modal untuk tujuan ini.Masyarakat juga harus memberi sokongan terhadap apa juga usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang. Memberi sumbangan kepada dana-dana pendidikan berupaya men- jadikan cita-cita pelajar-pelajar miskin untuk cemerlang apabila dana tersebut dapat membantu membiayai pengajian mereka. Setiap individu mempunyai peranan dan apabila mereka melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing maka masyarakat cemerlang akan dapat direalisasikan kewujudannya.TANGGUNGJAWAB BADAN DAN PERTUBUHANBadan dan pertubuhan tertentu mampu menyumbang kepada penerusan tradisi kecemerlangan pelajar. Sebagai sebuah badan atau pertubuhan, kelebihan yang ada pada mereka ialah mempunyai satu bentuk tenaga kerja yang tersusun. Segala perancangan boleh dilakukan dengan teratur dan sebarang kerja yang bakal diagih-agihkan boleh dipertanggungjawabkan kepada individu yang sedia dikenalpasti berdasarkan kedudukan dalam hieraki badan atau pertubuhan tersebut.Dalam satu-satu badan ataupun pertubuhan, ahli- ahli yang ramai membolehkan aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan cemerlang. Terdapat banyak badan dan pertubuhan pelajar di negara ini yang ditubuhkan untuk menyokong dan memberi satu bentuk aktiviti kepada pelajar sebagai contohnya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan St John Ambulans dan Iain- lain. Semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan mutu dan kecemerlangan dalam diri pelajar.Ramai pelajar samada peringkat sekolah ataupun institusi pengajian tinggi yang menyertai badan dan pertubuhan seperti itu berdasarkan kesesuaian minat masing-masing. Badan atau pertubuhan seperti ini biasanya mempunyai jadual dan program tersendiri yang telah disusun setiap awal tahun.Sumber kewangan yang diperolehi biasanya datang dari sumbangan orang perseorangan, pihak swasta ataupun melalui sumber kewangan sendiri contohnya kutipan yuran atau jualan amal. Rancangan dan program yang disusun biasanya mempunyai kaitan secara langsung dalam meningkatkan mutu dan kecemerlangan pelajar sebagai contohnya seminar pelajar cemerlang, forum-forum pendidikan, pameran ataupun aktiviti kebajikan.Seminar yang dianjurkan diberi tajuk atau topik yang menarik untuk mendapat sambutan dari pelajar, penceramah-penceramah terkenal dijemput untuk memastikan program itu mampu mencapai objektif dan matlamatnya. Ahli yang terdiri dari pelajar terlibat secara langsung untuk menjayakan majlis atau program seperti ini. selain memberi ilmu mereka juga mendapat manfaat dan pengalaman mengendalikan program. Ada program yang menawarkan sijil penyertaan kepada pelajar, pemberian sijil ini juga mengalakkan pelajar mengikuti program seperti ini kerana sijil yang diperolehi boleh membantu menaikkan imej pelajar sebagai seorang yang aktif selain bijak dalam pelajaran.Pertubuhan dan badan-badan seperti ini juga biasanya mendapat sambutan kepada pelajar yang berminat untuk melibatkan diri dalam organisasi untuk mendapatkan pengalaman bekerja. Pengalaman seperti ini juga menambahkan pengetahuan serta meluaskan pandangan bahawa pendidikan bukanlah hanya tertumpu di bilik darjah sahaja. Pengalaman seperti ini menjadikan seorang pelajar itu mampu mengimbangi kedua-duanya iaitu belajar dan mempunyai aktiviti luar yang sihat.TANGGUNGJAWAB AHLI AGAMAAhli agama sering dijadikan pakar rujuk kepada sesiapa yang dahagakan ilmu mengenai agama mereka. Masyarakat juga sering memandang mereka sebagai individu terhormat yang mampu menyelesaikan masalah mengikut hokum agama. Contohnya, ustaz sering dirujuk untuk mendapatkan jawapan kepada setiap kemusykilan berkaitan agama. Manusia memang dilahirkan dengan naluri ingin mempunyai agama. Roh manusia sebelum ditiup ke dalam jasad telah terlebih dahulu diperakukan supaya menyembah hanya Allah yang esa.Manusia mempunyai rasa pergantungan, rasa mengharap kepada sesuatu yang berkuasa, rasa takut serta rasa rindu terhadap Penciptanya. Justeru individu yang tidak mempunyai agama dan hanya menjadikan akal sendiri sebagai panduan akan mudah sesat, putus asa serta sering merasakan kehidupan mereka tidak mempunyai tujuan.Ramai individu yang lalai dari mengingati urusan agama begitu juga pelajar tidak terkecuali. Lebih malang sekiranya mereka datang dari keluarga yang tidak mementingkan agama sebagai tunjang kehidupan.Pelajar yang tidak mempunyai pegangan agama yang teguh akan mudah putus asa sekiranya mereka gagal dalam sebarang bidang yang diceburi. Mereka tidak tahu kepada siapakah mereka mahu mengadu apabila berhadapan dengan perkara-perkara seperti itu. Ahli-ahli agama harus mengambil inisiatif untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai supaya ingat semula akan kehidupan beragama kerana tanpa agama kehidupan boleh menyesatkan.Melalui masjid, mereka boleh menganjurkan pelbagai program seperti penghayatan Islam agar setiap insan beragama mempunyai keteguhan dan cekal menghadapi kehidupan. Pelajar juga harus tahu dan faham mengenai agama mereka kerana hanya dengan agama satu-satu kegagalan dapat diterima dengan fikiran waras.Di Jepun, ramai pelajar yang membunuh diri kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan yang diperolehi, kemungkinan keputusan itu tidak membolehkan mereka untuk memasuki institusi pengajian tinggi kerana persaingan di negara matahari terbit itu amatlah hebat, namun orang yang mempunyai keimanan dan fikiran beragama pasti tidak akan membunuh diri sebagai jalan terakhir.Ahli-ahli agama juga boleh menyediakan perkhidmatan kaunseling secara percuma untuk membantu pelajar mendapatkan khidmat nasihat bagi menyelesaikan masalah mereka. Doa-doa untuk mudah belajar, meningkatkan keyakinan diri dan Iain-Iain diajar untuk memperkukuhkan keyakinan mereka untuk belajar dengan cemerlang.TANGGUNGJAWAB PAKAR RUNDINGPakar runding atau pakar kaunseling menjadi tempat rujukan individu bermasalah yang mahukan jalan penyelesaian. Individu yang mempunyai kemahiran profesional seperti ini boleh menghulurkan bantuan kepada para pelajar yang mempunyai masalah ataupun memberikan panduan dan petunjuk. Melalui program ceramah atau motivasi, segala tips dan panduan pembelajaran boleh disalurkan. Begitu juga khidmat nasihat yang boleh diberikan kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran mereka. Pelajar-pelajar ini diberi motivasi dan semangat untuk meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.

Menyedari peripentingnya motivasi dan semangat diri yang tinggi perlu wujud dalam diri pelajar, sekolah-sekolah kini giat untuk menganjurkan program-program seumpama itu. Penceramah dan pakar kaunseling dijemput untuk memberikan ceramah motivasi mereka di hadapan pelajar- pelajar. Tips-tips untuk cemerlang, kaedah-kaedah pembelajaran yang bijak serta beberapa tajuk mengenai kecemerlangan diri dipilih menjadi topic ceramah.

Pelajar memperolehi banyak manfaat daripada program seperti itu. Segala kesamaran dan ketidakjelasan mengenai masa hadapan mereka segera terjawab apabila mereka didedahkan dengan ceramah-ceramah ilmu seperti itu. Selain daripada sekolah, terdapat banyak program yang dibuat oleh individu yang terkenal sebagai pakar motivasi untuk pelajar. Sambutan yang dibuat ke atas program mereka amat menggalakkan kerana kesedaran ibu bapa mengenai perlunya anak dimotivasi semakin tinggi.

RUMUSANTanggungjawab Mencapai KecemerlanganPelajar: Pelajar merupakan penentu terhadap segala usaha dan kerja keras serta faktor sokongan yang ada samada berjaya ataupun tidak berjaya.Ibu Bapa: Ibu bapa merupakan tulang belakang kepada kecemerlangan anak-anak. Faktor asas seperti nilai-nilai kasih sayang, kewangan dan persekitaran yang selesa menjamin kecemerlangan anak-anak.Warga Sekolah: Warga sekolah iaitu guru dan pihak pentadbir perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa dan bersedia menyampaikan ilmu dengan kaedah yang paling efektif.

Anggota Masyarakat: Masyarakat perlu peka dan prihatin dengan peri penting kewujudan satu komuniti masyarakat yang mementingkan kecemerlangan insan.Rakan Sebaya: Rakan sebaya harus bersedia menjadi pembimbing dan pendorong sesama sendiri ke arah kecemerlangan.Badan Dan Pertubuhan Kemasyarakatan: Mengatur program-program ilmu bertujuan untuk memantapkan lagi nilai-nilai positif dalam diri seseorang.Ahli Agama: Ahli agama berperanan untuk menjadi pembimbing kerohanian, mengajak insan untuk mengamalkan kehidupan beragama.

Pakar Runding: Memberikan pandangan, nasihat dan idea bagaimana untuk melahirkan pelajar cemerlang dengan ilmu yang lebih baik.KONSEP KECEMERLANGAN

14TEKNIK MENDIDIK PELAJAR CEMERLANG

BAB 2HALANGAN KEPADA KECEMERLANGANSetiap usaha yang dilakukan pasti mempunyai halangan-halangan tertentu samada besar atau kecil. Kejayaan untuk merealisasi apa yang sedang diusahakan itu bergantung kepada sejauh manakah individu itu mampu untuk mengatasi halangan-halangan tersebut. Sebagai seorang pelajar, halangan-halangan yang menghantui mereka dikenal pasti berpunca dari faktor luaran dan faktor dalaman diri.Tanggungjawab sebagai seorang pelajar harus dilaksanakan, dalam masa yang sama pelajar sebagai seorang remaja bergelut mencari identiti diri. Sifat mahukan keseronokan, kebebasan dan ingin segera menamatkan persekolahan bercampur baur dengan keinginan untuk cemerlang dan berjaya dalam pelajaran.Setiap tahun, ramai pelajar yang terkandas dalam peperiksaan. Samada turun atau naik peratusan pelajar yang gagal tetapi pasti ada pelajar yang kecewa dengan keputusan yang mereka terima. Kegagalan dalam pelajaran berpunca daripada kegagalan mereka menangani halangan-halangan yang ada di hadapan mereka sebelum peperiksaan tersebut.Sebagai seorang pelajar yang inginkan kecemerlangan dalam semua aspek yang mereka ceburi, terlebih dahulu mereka harus mengenalpasti apakah di antara halangan-halangan untuk mereka mencapai cita-cita tersebut. Setelah mengenal pasti halangan-halangan tersebut, pelajar harus mencari formula yang berkesan untuk melepasi halangan-halangan tersebut.1. Matlamat Yang Tidak JelasHalangan pertama yang dikenalpasti ialah matlamat yang tidak jelas. Matlamat atau arah yang tidak jelas menyebabkan pelajar tidak tahu apakah yang mahu dicapai dalam hidup mereka. Mereka bersekolah kerana semua rakan mereka bersekolah, mereka menceburkan diri ke dalam bidang sukan kerana rakan sebaya mereka berbuat demikian.

HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN

Tidak dinafikan, sebilangan pelajar mempunyai matlamat, matlamat tersebut ialah mahu berjaya dalam semua bidang yang mereka ceburi. Tetapi mereka tidak menetapkan matlamat tersebut dalam satu bentuk yang jelas seperti ingin lulus peperiksaan dengan keputusan-keputusan tertentu ataupun ingin menjadi seorang pemain bolasepak yang terkenal. Mereka sekadar puas dengan

34TEKNIK MENDIDIK PELAJAR CEMERLANG

Keputusan lulus peperiksaan ataupun sekadar puas mewakili pasukan bolasepak sekolah. Matlamat yang tidak jelas menyukarkan seseorang itu untuk bergerak dan bertindak. Sikap seorang pelajar yang mempunyai matlamat dalam diri mereka tentu amat berbeza dengan pelajar yang tidak bermatlamat.Bagi pelajar yang mempunyai matlamat, segala gerakerja diatur kerana mereka tahu apa yang mereka inginkan iaitu sebagai contoh, memperolehi keputusan 8A bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mereka akan bertindak selari dengan apa yang mereka inginkan seperti belajar mengikut jadual dan rajin mengulangkaji.Matlamat samada berupa matlamat jangka pendek atau matlamat jangka panjang berupaya mengubah hidup seseorang. Kehidupan seseorang pelajar yang bosan dengan rutin hariannya akan berubah menjadi gaya hidup yang lebih bertenaga apabila dia meletakkan satu-satu matlamat di hadapannya. Pelajar akan lebih yakin, lebih berusaha dan kehidupannya akan lebih bermakna apabila tahu akan matlamatnya.2. Tiada Cita-CitaCita-cita dan matlamat adalah dua perkara yang hampir sama. Lazimnya, pelajar mempunyai cita- cita sejak kecil lagi. Orang sekeliling mereka seperti ibu bapa dan saudara terdekat ghairah untuk mengetahui apakah cita-cita mereka. Jawapan yang diterima amat menggembirakan apabila anak-anak ini mempunyai cita-cita besar.Namun persoalannya, adakah ibu bapa berbuat perkara yang sama kepada anak-anak apabila mereka meningkat remaja. Ramai ibu bapa yang tidak pun tahu apakah cita-cita anak mereka dan lebih teruk lagi, ibu bapa tidak tahu tingkat persekolahan anak mereka. Perkara ini sering terjadi kepada ibu bapa yang tidak mengambil peduli mengenai persekolahan dan pendidikan anak mereka.Ketiadaan cita-cita menyebabkan sukarnya pelajar untuk menentukan masa hadapannya sendiri. Dirinya terumbang-ambing kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan. Wujudnya cita-cita bermakna pelajar tahu apa yang mahu dilakukan dan perlu bekerja keras untuk mencapai apa yang dicita-citakan.Pelajar hendaklah membezakan di antara cita-cita dan angan-angan. Sekiranya pelajar suka berangan-angan, ia boleh membunuh masa hadapan pelajar. Berangan-angan tanpa berusaha bersungguh-sungguh adalah satu perbuatan yang membuang masa pelajar. Oleh itu seharusnya pelajar menjauhi perbuatan tersebut.Kekerapan menukar cita-cita juga menjejaskan tumpuan pelajar untuk melakukan apa yang sepatutnya. Pengaruh rakan, tidak yakin mampu mencapai cita-cita tersebut juga adalah di antara faktor pelajar sering menukar cita-cita mereka. Walaupun ia sesuatu yang lumrah, namun penukaran cita-cita haruslah dapat mendorong semangat untuk berusaha dengan lebih maju lagi. Pemilihan cita-cita juga mestilah bersesuaian dengan minat dan kecenderungan yang ada dalam diri pelajar. Keserasian ini perlu bagi menjamin pelajar dapat mencapai apa yang diimpikan dalam hidupnya.

Setiap pelajar yang cemerlang mempunyai cita-cita dalam hidupnya untuk dicapai. Ketiadaan cita- cita menyukarkan seorang pelajar itu untuk bertindak. Dia juga tidak mempunyai sebarang bentuk rangsangan dan dorongan dalam dirinya. Seorang pelajar tidak mungkin cemerlang kerana tidak mempunyai sesuatu untuk dicapai. Amatlah penting bagi seorang pelajar mempunyai cita-cita kerana cita-cita itu mampu mendorong pelajar untuk bekerja keras demi mengejar cita-cita.3. Tidak Pandai Mengurus DiriPelajar tidak cemerlang sekiranya tidak pandai mengurus diri. Pengurusan diri melibatkan pengurusan pakaian, perkataan dan perbuatan. Pengurusan diri berkait rapat dengan cara pengurusan keluarga pelajar. Keluarga yang terurus menurut kebiasaannya akan melahirkan pelajar yang terurus dan sebaliknya keluarga yang tidak terurus melahirkan pelajar yang tidak terurus. Pelajar tidak perlu mempunyai sumber kewangan yang besar untuk belajar mengurus diri. Yang penting, pelajar mempunyai kesedaran untuk mengurus diri supaya hidupnya menjadi lebih teratur.Setiap pelajar mesti belajar untuk mengemas biliknya. Biliknya harus bersih kerana ia dijadikan tempat belajar dan tempat berehat. Pakaian kotor diletakkan di dalam bakul berasingan dari bakul pakaian yang bersih. Buku-buku hendaklah disusun rapi supaya kerja-kerja mengulangkaji tidak terganggu dengan kesukaran mencari buku atau bahan yang diperlukan. Pakaian yang bersih atau sudah digosok digantung di dalam almari, pakaian yang telah dilipatkan pastikan bersusun di dalam tempat yang sama jenisnya bagi memudahkan pengambilannya.Pelajar juga harus menjaga kesihatan diri supaya sentiasa bersih. Kuku hendaklah dipotong kerana kuku yang panjang menimbulkan rasa kurang senang individu lain untuk mendekati pelajar. Begitu juga dengan rambut yang tidak terjaga, panjang serta kotor yang menyebabkan pelajar lain menjauhi diri.Pelajar juga mesti tahu menjaga penampilan dirinya, pakaian yang bersih sesuai dengan penampilan diri sebagai pelajar hendaklah dipilih. Pelajar yang tidak mempunyai penampilan diri yang kemas juga sering merasa rendah diri, sebahagian mereka mempamerkan kelakuan yang buruk seperti percakapan yang kasar, tidak beradab menyukarkan mereka untuk berinteraksi dengan baik dengan orang di sekeliling mereka.Pelajar yang tidak mampu mengurus diri dengan baik akan merasai kesukaran untuk bergaul dengan orang sekeliling. Individu seperti guru dan rakan sebaya akan menjauhkan diri daripada pelajar yang bersikap sebegini. Kecemerlangan hampir mustahil milik pelajar kerana sikap mereka yang tidak pandai menguruskan diri. Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan, pengurusan diri patut diutamakan kerana pengurusan diri yang sempurna memberi kesan langsung kepada diri pelajar.

4. Tidak Pandai Mengurus MasaSatu lagi perkara yang menjadi penghalang pelajar untuk cemerlang adalah tidak pandai mengurus masa. Kesibukan menghadiri sekolah, ko-kurikulum, kelas tambahan dan Iain-Iain aktiviti menuntut pelajar untuk menguruskan waktunya dengan cekap. Kegagalan mengurus masa mengakibatkan pelajar berada dalam kesukaran serta tidak dapat melakukan satu-satu perkara dengan sempurna.Pelajar yang tidak mempunyai jadual harian sering mendapati mereka terperangkap dalam kesibukan. Ketiadaan jadual menyebabkan pelajar tidak mempunyai panduan untuk diikut. Jadual sangat penting kerana ia menunjukkan gerakerja yang harus dilakukan setiap hari. la juga menunjukkan jangka masa yang diambil untuk satu- satu perkara.Mempunyai jadual waktu yang tersendiri untuk mengatur masa belajar amatlah penting, kerana usaha untuk belajar di luar darjah amat penting untuk mencapai kecemerlangan. Peruntukan waktu belajar yang tersendiri akan membolehkan pelajar memberikan penumpuan yang lebih terkawal. Pembelajaran secara berjadual boleh mengawal daripada berlakunya pembaziran waktu secara rahsia. Di samping itu, ia memberi penguasaan pelajar terhadap pelajaran mereka secara teratur dan tersusun.Ketiadaan jadual menyebabkan pelajar sukar untuk mendisiplinkan diri. Berehat, lepak dengan rakan-rakan serta menonton televisyen menyebabkan pelajar tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi ataupun mengulangkaji pelajaran. Pelajar tidak dapat meletakkan keutamaan yang seharusnya dilakukan kerana dia tidak mempunyai perkara-perkara yang harus dilakukan untuk satu- satu masa.Sebagai contoh, pukul lapan hingga pukul sepuluh malam dihabiskan untuk menontoh televisyen sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Begitu juga waktu tidur yang sesuai untuk pelajar ialah sekitar pukul sebelas malam dihabiskan untuk berbual dengan rakan di telefon.Pelajar sukar untuk mencapai kecermerlangan kerana tidak mempunyai pengurusan masa yang tersusun. Masa yang begitu berharga dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Perkara ini sangat merugikan pelajar yang sepatutnya tahu menghargai masa dengan perkara-perkara tertentu. Adalah sangat penting untuk seorang pelajar mengubah cara mengurus masanya menjadi lebih tersusun sebaik-baiknya mempunyai jadual waktu tersendiri. Sekiranya perkara tersebut tidak dilakukan maka pelajar tentu berada dalam keadaan yang sukar menjelang hari peperiksaannya nanti.5. Malas BelajarMalas belajar membawa kegagalan lebih dekat menghampiri pelajar. Sifat buruk ini seharusnya dielakkan daripada menjadi amalan dan tabiat seseorang pelajar. Sebagai pelajar, tanggungjawab utama mereka adalah untuk belajar dengan rajin supaya segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sempurna di kemudian hari. Sifat malas belajar mengakibatkan pelajar ketinggalan dalam semua perkara. Sekiranya pelajar mendapat sokongan daripada semua pihak di sekelilingnya, namun sifat malas belajar yang terdapat dalam dirinya masih menghalangnya dari terus cemerlang.Sifat malas belajar berpunca dari berbagai faktor antaranya kesukaran menerima pelajaran, benci kepada persekolahan ataupun dipaksa belajar oleh ibu bapa dan Iain-Iain lagi. Terdapat juga pelajar yang malas untuk belajar lantaran kesempitan dan kesukaran hidup yang melanda mereka. Kesukaran membeli buku-buku rujukan dijadikan alasan untuk malas belajar. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kesempitan dan kemiskinan seharusnya dijadikan pendorong untuk dirinya menjadi lebih kuat berusaha. Kekurangan buku rujukan umpamanya boleh diatasi dengan membuat rujukan dan pinjaman dari perpustakaan sekolah. Bagi pelajar yang datang dari keluarga yang susah, kemudahan perpustakaan perlu dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin.Ada juga ibu bapa yang tidak memberi perhatian terhadap persekolahan anak-anak. Kesibukan mereka samada bekerja atau menguruskan rumahtangga menyebabkan pelajaran anak-anak sering diabaikan. Mereka tidak memberi teguran membina yang boleh menghilangkan sifat malas belajar dalam diri anak-anak mereka. Kemarahan mereka bersifat sementara, iaitu ketika menerima berita mengenai kegagalan anak mereka di dalam peperiksaan ataupun ketika melihat dakwat merah memenuhi buku laporan pelajar. Namun ibu bapa ini tidak memberi penumpuan khusus terhadap cara memperbaiki kelemahan anak mereka.Sifat malas belajar membuatkan pelajar sering gagal dalam peperiksaan, dihukum kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi, dimarahi oleh guru atau tidak hadir di sekolah. Sifat ini tidak membawa sebarang manfaat kepada seorang pelajar melainkan keburukan. Walaupun apa pun faktor yang menyebabkan pelajar malas untuk belajar, tanggungjawab sebagai pelajar harus ditunaikan terlebih dahulu.Kadangkala pelajar kurang menyedari tanggungjawab dan peranan yang harus dilakukan oleh mereka ketika berada di sekolah. Seharusnya pelajar perlu ingat bahawa tanggungjawab yang perlu dilakukan ketika ini adalah belajar dengan bersungguh-sungguh. Kerana dengan cara itu sahaja pelajar dapat melepasi halangan seperti peperiksaan dengan mudah dan penuh berkeyakinan. Sifat malas perlu dibuang dan seterusnya diganti dengan sifat cintakan ilmu. Kerana sifat cintakan ilmu berupaya mendorong pelajar untuk lebih tekun dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan.6. Kurang BermotivasiAkhir-akhir ini ramai pihak seperti ibu bapa, sekolah dan persatuan mengadakan program-program motivasi. Kesedaran pentingnya motivasi ditanamkan dalam diri anak-anak semakin ketara. Ibu bapa sanggup membayar harga yang tinggi bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat motivasi dari pihak-pihak yang mempunyai kewibawaan dalam perkara tersebut.

Ketiadaan motivasi dalam diri anak-anak mem- berikan impak yang besar terhadap pembelajaran mereka. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi menurut kebiasaannya tidak gemarkan sekolah, malas belajar, sering melakukan perkara hanya apabila disuruh dan dimarahi dan berbagai-bagai sifat negatif yang lain. Akibatnya pelajaran mereka tidak membuahkan hasil yang memuaskan, buku laporan juga tidak menunjukkan peningkatan yang cemerlang, rekod sekolah pula mencatatkan rekod yang buruk dalam kehadiran pelajar ke sekolah.Pelajar tidak mempunyai semangat untuk belajar kerana tiada dorongan wujud dalam diri. Sangat susah untuk bercerita mengenai kecemerlangan dengan pelajar yang tidak mempunyai motivasi. Ada pepatah Inggerisyang berbunyi You may lead a horse to the water but you cannot make him drink ataupun terjemahannya berbunyi Anda mungkin boleh membawa kuda kepada air tetapi anda tidak boleh memaksa kuda tersebut untuk minum. la menunjukkan bahawa faktor luaran tidak banyak membantu sekiranya tiada dorongan dari dalam untuk melakukan sesuatu.

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi sentiasa berada dalam kelekaan dan tidak sedar akan tanggungjawab yang harus dilakukan. Pelajar sebegini tidak memahami peri pentingnya pendidikan dan pelajaran. Oleh itu, sangat penting sekiranya pelajar ini disedarkan mengenai tanggungjawabnya yang sebenar.

7. Lemah Kemahiran BelajarRamai pelajar menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran tetapi masih tidak dapat mencatatkan keputusan yang cemerlang. Masa berjam-jam lamanya digunakan untuk membaca dan mengulangkaji sehinggakan tiada waktu untuk beriadah. Pelajar juga kerapkali berjaga sehingga lewat malam untuk menghabiskan satu-satu matapelajaran terutama menjelang peperiksaan. Semua perkara seperti mencatat nota, membaca buku, mendengar guru mengajar dengan teliti tetapi semuanya masih tidak membuahkan hasil yang memuaskan.Aktiviti lain hampir dilupakan semata-mata mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Pelajar tidak mahu melibatkan diri dengan aktiviti lain seperti sukan kerana khuatir mengganggu tumpuannya terhadap pelajaran. Begitu juga dengan pergaulan sesama rakan dibataskan kerana tidak mahu dipengaruhi oleh rakan-rakannya. Tetapi keputusan masih tidak setanding dengan usaha yang dilakukan.Tetapi sebaliknya, ada pelajar yang tidak perlu lama belajar tetapi masih mampu mencatat keputusan yang baik. Mereka masih dapat bergaul dengan rakan-rakan, aktif dalam ko-kurikulum dan tidak berjaga sehingga lewat malam. Keputusan peperiksaan sentiasa berpihak kepada mereka walaupun sekiranya dilihat dengan mata kasar, usaha mereka tidak seberapa.

Pelajar perlu menyedari bahawa untuk mencatat keputusan yang cemerlang, terlebih dahulu pelajar harus tahu cara pembelajaran yang bijak ataupun Smart Learning. Pelajar perlu tahu cara yang betul bagaimana untuk membaca, mencatat nota, mengulangkaji dan Iain-Iain aspek yang berkait rapat dengan pembelajaran. Pengetahuan mengenai Smart Learning dapat menjimatkan tenaga dan pelajar mempunyai masa yang terluang untuk bersosial.Ramai pelajar tidak mendapat pendedahan mengenai sistem pembelajaran yang betul. Guru di sekolah juga tidak memberikan panduan cara belajar yang berkesan kepada pelajar. Ibu bapa pula tidak menyedari wujudnya teknik tertentu yang boleh memudahkan pembelajaran anak-anak. Akibatnya pelajar melalui jalan yang panjang dan sukar untuk mencatat keputusan yang cemerlang. Satu cara untuk memperbaiki keadaan ini adalah pelajar perlu mempelajari sistem pembelajaran bistari. la mampu memperbaiki keputusan malah membantu pelajar mencatat kejayaan lebih cemerlang.8. Pengaruh Rakan SebayaRakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas diri pelajar. Ketika ini, remaja lebih dekat kepada rakan sebaya lebih daripada rapatnya mereka dengan ibu bapa. Pengaruh rakan dapat dilihat dengan cepat melalui cara berpakaian, cara percakapan, mentaliti berfikir dan cara bertindak. Remaja sering hanyut dan terjerumus melakukan perbuatan yang tidak berfaedah kerana dorongan dan ajakan rakan-rakan mereka.Remaja yang datang dari keluarga yang kurang memberi perhatian dan kasih sayang mendapat apa yang diperlukan dari rakan-rakannya. Ketika ini, rakan-rakan dilihat sebagai individu yang paling dipercayai. Segala ajakan samada negatif ataupun positif diterima bulat-bulat tanpa berfikir kerana khuatir kehilangan rakan-rakan tadi.Seringkali dilihat, pelajar yang mempunyai budi pekerti yang mulia mengalami perubahan yang mendadak apabila bercampur dengan rakan-rakan yang biadap dan kurang ajar. Begitu juga pelajar yang rajin belajar gagal dalam peperiksaannya apabila bercampur dengan rakan yang malas belajar.Sekiranya rakan sebaya terdiri daripada individu yang cintakan kecemerlangan, maka pelajar tadi mempunyai dorongan dan keinginan untuk cemerlang. Rakan sebaya memainkan peranan yang besar dalam dunia seorang pelajar remaja. Namun rakan sebaya juga dianggap sebagai penghalang kepada kecemerlangan seorang pelajar. Ini kerana kesilapan memilih rakan berupaya menghancurkan masa hadapan pelajar.

9. Sering Menonton TelevisyenSaban waktu, televisyen menayangkan siri dan program-program yang hebat, menghiburkan dan terkini. Sedutan siri dan program kerapkali ditayangkan bertujuan untuk menarik ramai penonton menonton saluran mereka. Sebagai seorang remaja, daya tarikan seperti ini tidak dapat dielakkan apatah lagi apabila televisyen menayangkan filem atau program yang digemari.Akhir-akhir ini wujud pula saluran televisyen yang menawarkan perkhidmatan selama 24 jam tidak berhenti. Program pula sentiasa bertukar ganti mengikut saluran yang digemari. Tarikannya sungguh hebat kerana menawarkan filem dan program terbaru. Pelajar tidak terkecuali tertarik dengan program yang ditayangkan menyebabkan pelajar menjadi couche potatoes iaitu individu yang gemar menghabiskan masa untuk menonton televisyen.Pelajar didapati sering menghabiskan masa yang lama untuk menonton lantaran filem dan program mengambil masa paling minimum _ jam ditayangkan, manakala filem pula mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih termasuk iklan yang disiarkan. Adalah tidak sesuai pelajar menghabiskan masa yang panjang di hadapan televisyen sedangkan masa tersebut boleh dihabiskan untuk mengulangkaji. Pelajar juga sering berjaga sehingga lewat malam untuk menonton program yang ditayangkan sehingga larut malam. Keadaan ini menyebabkan waktu tidurnya semakin kurang dan menyebabkan pelajar tidak mendapat tidur yang mencukupi.Pada masa ini, hampir setiap rumah memiliki pemain cakera padat (cd player) yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Pelajar yang gemar menonton mengambil kesempatan tanpa mengira waktu semata-mata untuk memenuhi kegemarannya. Tambahan pula cakera padat semakin murah angkara cetak rompak yang berleluasa.Menonton televisyen sehingga mengganggu masa pelajar untuk mengulangkaji dan belajar adalah perbuatan yang sangat tidak sihat dan perlu dielakkan. Selain menggambil masa yang lama, pelajar juga mudah dipengaruhi melalui program-program yang ditayangkan.10. Tiada InisiatifRamai pelajar sering meletakkan kesalahan terhadap orang lain sebagai punca kepada kegagalan mereka. Sebagai contoh, kemiskinan keluarga, kegagalan guru memberi ilmu dan nota yang lengkap, guru sukan yang memaksa penglibatan pelajar dalam pasukan sekolah dan Iain-Iain lagi dituduh menyebabkan kegagalan pelajar mencapai keputusan cemerlang.

HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN

Pelajar sebegini adalah pelajar yang tidak mempunyai sebarang inisiatif untuk menjadikan proses pembelajarannya menjadi lebih mudah .

22TEKNIK MENDIDIK PELAJAR CEMERLANG

Faktor kemiskinan, kegagalan guru dan kesibukan pelajar dalam sukannya tidak harus dijadikan alasan. Kekurangan buku rujukan boleh diatasi dengan meminjam di perpustakaan, rakan atau guru, kegagalan guru memberi nota dan ilmu boleh diatasi dengan membuat rujukan sendiri, begitu juga kesibukan dalam sukan masih mampu memberi ruang kepadanya untuk cemerlang sekiranya mempunyai inisiatif belajar lebih dari rakan yang tidak terlibat dalam bidang sukan.Pelajar yang kurang mahir dalam satu-satu matapelajaran perlu mempunyai inisiatif berjumpa guru atau individu yang dapat membantu memperbaiki prestasi pelajarannya. Belajar secara berkumpulan, berusaha bersungguh-sungguh lebih daripada rakan yang lain pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Segala halangan boleh diatasi sekiranya pelajar mempunyai inisiatif untuk berusaha sendiri. Pelajar tidak perlu bergantung kepada guru dan individu lain untuk menentukan hidupnya. Sikap bergantung kepada orang lain hanya akan merugikan diri sendiri.11. Berpandangan Negatif Dan Berfikiran SempitSatu lagi kelemahan yang menghalang kepada kecemerlangan ialah berpandangan negatif dan berfikiran sempit terhadap diri sendiri. Pelajar yang mempunyai tanggapan negatif sukar untuk maju kerana sifat negatif itu menjadi penghalang yang utama. Sifat negatif itu menyebabkan pelajar sukar untuk bergerak. Perasaan rendah diri dan tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam apa juga perkara yang diceburi. Pelajar harus membebaskan diri dari dikongkong dengan perkara-perkara seperti itu.Selain berpandangan negatif, pelajar perlu mengelakkan diri dari berfikiran sempit. Jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata bahawa segulung ijazah tidak menjadi penentu kepada kejayaan dalam hidup. Tidak dinafikan, kejayaan adalah milik semua individu yang rajin berusaha, samada dia memiliki ijazah ataupun tidak. Namun seorang pelajar harus menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran sehingga berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya segulung ijazah. la dapat membuktikan bahawa pelajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat antara penghormatan yang tinggi dalam bidang akademik.Pelajar seharusnya tidak melihat individu yang tidak menghabiskan persekolahan sebagai satu contoh dan ikutan yang baik. Sebahagian individu tidak mahu bersekolah kerana mahu segera bekerja terutama di sektor pembuatan. Pelajar perlu sedar bahawa peluangnya untuk bekerja di tempat yang lebih baik akan muncul sekiranya dia berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.Pelajar perlu sedar dan mempunyai fikiran yang terbuka mengenai masa depannya. Pelajar juga tidak seharusnya mengikut perasaan dan keinginan untuk segera menamatkan persekolahan. Pelajar perlu tahu bahawa ilmu yang dipelajari menjadi harta yang tidak ternilai. Ilmu juga berupaya menjadi pemisah antara individu yang berfikir dan tidak berfikir.12. Jarang BerdoaRamai pelajar yang sudah berusaha tetapi masih tidak mencatat kecemerlangan dalam pelajaran. Segala-galanya telah dilakukan secara yang sepatutnya, pelajar berusaha gigih untuk belajar, mengulangkaji, sering mendapat markah yang tinggi dalam ujian namun keputusan peperiksaan tidak menyebelahi pelajar. Dalam hal ini, pelajar perlu mengkaji hubungan dirinya dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T. Kemungkinan pelajar kurang berdoa atau membelakangi Allah dalam semua perkara yang dilakukan.Pelajar perlu sedar bahawa sejauh manapun mereka mampu berusaha tetapi segala-galanya berada dalam genggaman Allah. Pelajar yang Kurang berdoa adalah individu yang sombong kerana mengenepikan Penciptanya dalam sebarang bentuk usahanya. Mereka tidak mempunyai sifat pergantungan terhadap Allah menjadikan mereka begitu kecewa dengan kegagalan yang diperolehi.Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan agama dalam keluarga. Mereka tidak menitik beratkan amalan agama dalam kehidupan sehari-harian. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya anak-anak mereka begitu jauh dengan amalan-amalan agama seperti sembahyang, mengaji Al-Quran, berpuasa dan Iain-Iain lagi. Mereka berfikir dan bertindak mengikut logik akal fikiran, akibatnya apabila sesuatu perkara buruk yang berlaku, mereka bertindak menyalahkan takdir.Adalah sangat penting bagi seorang pelajar untuk berdoa. Sebaik-baiknya setelah berusaha, pelajar perlu berdoa dan bertawakal iaitu menyerahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha. Pelajar akan merasa puas dengan segala yang dilakukan dan perkara yang lain diserahkan kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Melalui doa, pelajar memohon, merintih dan meminta dari Khaliknya agar memberi rahmat dan kecemerlangan menjadi miliknya.

HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN

13. Tidak Kenal Kehebatan Dan Potensi Diri

46TEKNIK MENDIDIK PELAJAR CEMERLANG

Ramai pelajar tidak mengenali kehebatan dan potensi diri sendiri. Apabila berhadapan dengan pelajar lain yang lebih bijak dan lebih cemerlang daripada mereka, mereka akan merasa rendah diri. Perasaan rendah diri ini akan memberi kesan terhadap setiap tindakan yang akan mereka lakukan seperti kurang yakin, takut akan kegagalan, takut untuk mencuba dan berbagai lagi perasaan negatif. Pelajar yang sering gagal dalam matapelajaran tertentu akan merasa kurang senang dan timbul rasa takut apabila kelas tersebut bermula. Pelajar takut tidak mampu menguasai topik-topik baru dan tidak yakin dapat memahami perkara itu.Pelajar yang tidak mengenai kehebatan diri jarang sekali boleh berjaya dengan cemerlang. Mereka tidak tahu apakah perkara yang harus diberi penekanan. Mereka menganggap hanya kejayaan akademik sahaja yang menjadi nilai kepada kecemerlangan pelajar. Pelajar yang berfikiran seperti ini hendaklah mengubah fikiran mereka ke arah lebih positif.Pelajar seharusnya sedar bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza antara satu sama lain. Kelemahan seorang yang lain menjadi kelebihan bagi seorang individu yang lain pula. Justeru pelajar tidak perlu merasa tergugat dengan kecemerlangan individu lain. Pelajar perlu mengenali potensi diri dan menyerlahkan kehebatan dirinya.14. Tidak Minat MembacaRamai pelajar dikenalpasti tidak mempunyai minat untuk membaca. Perkara ini dilihat sangat tidak wajar, kerana sebahagian ilmu yang dipelajari terkandung di dalam buku. Pelajar perlu membaca untuk mengulangkaji pelajaran. Apabila pelajar tidak gemarkan membaca, satu pintu ke arah ilmu sudahpun tertutup. Tabiat tidak gemar untuk membaca meletakkan pelajar dalam keadaan yang sukar. Ini kerana mengulangkaji pelajaran berkait rapat dengan tabiat membaca. Sebilangan besar ilmu yang dipelajari di sekolah memerlukan pembacaan seperti Sejarah dan Geografi. Begitu juga rujukan nota-nota dan bahan rujukan lain yang perlu dirujuk dan dibaca.

Pelajar yang kurang membaca juga lemah kemahiran bahasa lantaran mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Sekiranya dibuat perbandingan, Individu yang gemar membaca mempunyai karangan-karangan bernas berbanding pelajar yang tidak minat membaca. Pelajar yang tidak gemar membaca menganggap pembacaan adalah satu perkara yang sangat membosankan. Media juga sering menggambarkan individu yang gemar membaca sebagai seorang yang kurang menarik dan juga membosankan. Tarikan sekeliling seperti menonton dan mendengar radio lebih menarik untuk dilakukan selain daripada membaca.Pelajar yang tidak gemar untuk membaca akan ketinggalan berbanding pelajar yang gemar membaca. Tabiat itu meletakkan mereka berada dalam keadaan tidak bersedia dan kurang yakin untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan berbanding individu yang mengulangkaji dan membaca bukunya.

Sebagai seorang pelajar, pelajar perlu membuang perasaan tersebut sebaliknya digantikan dengan perasaan sukakan membaca. la adalah halangan yang tidak sepatutnya terjadi di kalangan pelajar yang sepatutnya bergelumang dengan timbunan bahan-bahan ilmu.

RUMUSAN

Halangan Kepada Kecemerlangan :

1. Matlamat Yang Tidak Jelas Ramai pelajar tidak mempunyai matlamat yang jelas justeru mereka bertindak seperti individu yang kehilangan arah dan tidak mempunyai sebarang tujuan.2. Tiada Cita-Cita Tiada cita-cita menjadikan hidup seorang pelajar tidak bermakna dan tidak bersemangat untuk hidup. Ramai pelajar yang masih tidak tahu cita-cita mereka walaupun mereka hampir menamatkan persekolahan.3. Tidak Pandai Mengurus Diri Tidak pandai mengurus diri menunjukkan kelemahan diri pelajar yang sangat ketara. Pengurusan diri seperti penampilan diri, kebersihan diri, pakaian dan Iain-Iain memberikan gambaran tertentu terhadap diri seseorang pelajar.

Pengurusan diri yang tidak sempurna akan menimbulkan kesukaran dalam kehidupan seorang pelajar yang harus bijak menangani semua aktiviti harianya.

4. Tidak pandai mengurus masa

Tidak dapat mengurus masa menyebabkan ramai pelajar gagal dalam mengimbangi semua aktiviti hariannya. Tiada pengurusan waktu menyebabkan pelajar menghabiskan masa dalam perkara-perkara tidak berfaedah.5. Malas Belajar la adalah kelemahan pelajar secara umum. Sokongan luaran tidak banyak membantu sekiranya seorang pelajar itu malas untuk belajar. Malas belajar menyebabkan pelajar tidak hadir ke sekolah, gagal menyiapkan tugasan yang diberikan dan mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan.

HALANGAN KEPADA KECEMERLANGAN

27 _ TEKNIK MENDIDIK PELAJAR CEMERLANG

26TEKNIK MENDIDIK PELAJAR CEMERLANG

6. Tidak pandai mengurus masa

Tidak dapat mengurus masa menyebabkan ramai pelajar gagal dalam mengimbangi semua aktiviti hariannya. Tiada pengurusan waktu menyebabkan pelajar menghabiskan masa dalam perkara-perkara tidak berfaedah.7. Malas Belajar la adalah kelemahan pelajar secara umum. Sokongan luaran tidak banyak membantu sekiranya seorang pelajar itu malas untuk belajar. Malas belajar menyebabkan pelajar tidak hadir ke sekolah, gagal menyiapkan tugasan yang diberikan dan mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan.8. Kurang Bermotivasi Pelajar yang tidak bermotivasi tidak mempunyai semangat untuk belajar Pelajar seperti ini perlu disedarkan mengenai tanggungjawab sebenar yang perlu dilakukan oleh mereka.9. Lemah Kemahiran Belajar Pelajar menghabiskan masa lama untuk mengulangkaji tetapi masih tidak cemerlang kerana kelemahan ilmu pembelajaran yang berkesan. Cara pembelajaran yang kurang berkesan menyebabkan masa lama yang dihabiskan untuk belajar tidak memulangkan hasil yang berbaloi.10. . Pengaruh Rakan Sebaya Pemilihan rakan yang mahukan keseronokan serta membenci persekolahan menyebabkan pelajar kecundang dalam pelajaran.

Pengaruh rakan sebaya memperlihatkan perubahan besar dalam diri remaja yang menjadikan rakan-rakan sebagai tempat mengadu.11. Sering Menonton Televisyen Pelajar menghabiskan masa yang banyak untuk menonton televisyen tanpa mengira waktu. Kegemaran menonton televisyen sepanjang masa menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran.

12. Sering Menonton Televisyen Pelajar menghabiskan masa yang banyak untuk menonton televisyen tanpa mengira waktu. Kegemaran menonton televisyen sepanjang masa menyebabkan pelajar mengabaikan pelajaran.13. Tiada Inisiatif Pelajar terlalu berharap kepada bantuan individu lain untuk belajar. Kekurangan nota, kekurangan bahan ulangkaji dijadikan sebab pelajar tidak dapat belajar dengan sempurna tanpa mencari alternatif lain seperti meminjam dari perpustakaan atau sekolah.

14. Kurang Berdoa Pelajar sangat jauh dengan amalan-amalan keagamaan. Tidak mempunyai rasa penggantungan kepada Penciptanya menyebabkan mudah kecewa apabila ditimpa kegagalan.15. Tidak Mengenal Kehebatan dan Potensi Diri Pelajar sering merasakan diri mereka penuh kelemahan berbanding rakan-rakan lain. Merasa kurang pandai, kurang bijak dan rendah diri menjadikan pelajar tidak mahu berusaha dan hanya bergantung kepada takdir dan nasib sahaja.16. Tidak Minat Membaca Pelajar tidak gemar membaca kerana terdapat banyak alternative untuk mengisi masa lapang. Pelajar kurang pengetahuan dan ilmu kerana tidak mahu membaca.

BAB 3SIFAT DAN SIKAP PELAJAR CEMERLANGMenjadi pelajar yang cemerlang adalah impian setiap pelajar. Impian tersebut tidak mustahil mampu dicapai sekiranya pelajar mempunyai kriteria-kriteria dalam dirinya. Jalan kecemerlangan menjadi mudah bagi pelajar yang mempunyai sifat dan sikap yang positif. Sifat dan sikap tersebut harus selari dengan matlamat dan cita-cita pelajar, antaranya rajin berusaha, mampu mengurus masa dengan baik, belajar dengan bersistematik dan mengikut jadual dan Iain-Iain. Semuanya merupakan antara intipati ciri-ciri pelajar yang cemerlang. Sifat-sifat ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk membuahkan hasil yang cemerlang.1. Bermatlamat Dan Bercita-Cita TinggiCiri-ciri yang ada dalam diri seorang pelajar yang cemerlang ialah tahu akan matlamat hidupnya. Seorang pelajar yang cemerlang juga mempunyai cita-cita yang tinggi. Matlamat menentukan arah dan haluan pelajar untuk bertindak. Pelajar yang menjadikan kejayaan dalam pelajaran sebagai matlamatnya akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan tersebut. Kesungguhan untuk belajar terbit kerana didorong oleh keinginan mencapai matlamat tersebut.Pelajar yang bermatlamat tidak pernah kehilangan punca apabila berhadapan dengan sesuatu kegagalan. Sebagai contoh, sekiranya dia gagal dalam satu ujian, rasa kekecewaan itu segera diatasi dengan menguatkan lagi usaha untuk mengatasi kelemahan matapelajaran itu. Pelajar yang mempunyai matlamat tahu apa yang mahu dicapai. Oleh itu, sekadar gagal dalam ujian tidak menggagalkan dirinya untuk mencapai matlamat yang mahu dicapai.Selain matlamat, cita-cita tinggi juga sentiasa membara dalam diri seorang pelajar yang cintakan kecemerlangan. Kerana mahu mencapai apa yang dicita-citakan, pelajar tidak jemu berusaha untuk berjaya dalam pelajaran. Ini kerana kecemerlangan dalam bidang akademik menjamin mudahnya beliau mencapai cita-cita tersebut.Sebagai contoh, seorang pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang perlu memastikan dirinya menepati kriteria-kriteria asas yang diperlukan untuk menjadi seorang juruterbang. Pelajar harus mampu menempatkan diri dalam aliran sains sebagai keiayakan asas untuk jawatan tersebut. Pelajar harus bersiap sedia dari tahun-tahun awal di mana matapelajaran-matapelajaran tersebut mula diajar.Kuatnya hasrat untuk mencapai cita-cita memungkinkan pelajar mampu berbuat apa sahaja untuk tujuan tersebut. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

2. Bijak Mengurus MasaPelajar yang cemerlang ialah pelajar yang bijak mengurus masa. Individu yang terkenal dalam bidang masing-masing turut mempunyai masa 24 jam sama seperti orang lain. Namun kebijaksanaan mereka memanfaatkah setiap saat yang dimiliki memungkinkan mereka memperolehi kejayaan serta maju jauh ke hadapan. Pelajar harus mencontohi dan belajar untuk mengkagumi individu-individu seperti mereka untuk berjaya.Pelajar yang bijak tahu bahawa masa yang telah berlalu tidak akan kembali, oleh itu kewajaran menghargai masa begitu dititikberatkan agar tidak timbul kekesalan di kemudian hari.Sistem persekolahan terutama pada peringkat awal menuntut pelajar untuk bijak membahagi-bahagikan masa yang terhad untuk semua perkara. Sebagai contoh, pelajar menghabiskan hampir setengah hari di sekolah aliran kebangsaan sementara waktu petang, pelajar perlu pula untuk menghadiri sekolah aliran agama. Waktu malam yang singkat dihabiskan dengan mengulangkaji dan membuat kerja-kerja sekolah. Hari sabtu pula, pelajar kadangkala diwajibkan menghadiri kelas komputer atau aktiviti ko-kurikulum. Waktu untuk rehat dan bermain hampir tiada sekiranya pelajar tidak memanfaatkan waktu dengan bijaksana.Sistem persekolahan masa kini sangat memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar-pelajar. Selain mahukan kehadiran penuh dalam kelas, pelajar juga diwajibkan untuk melibatkan diri dengan ko-kurikulum, satu lagi perkara yang menuntut kebijaksanaan penggunaan masa oleh pelajar. Dalam kesibukan ko-kurikulum, menghadiri kelas tambahan, kelas tuisyen, pelajar masih perlu menjalinkan hubungan dengan individu lain seperti keluarga, rakan sebaya dan masyarakat secara umumnya.Pelajar yang bijak mampu menguruskan waktu dengan baik tanpa meninggalkan aspek-aspek tertentu seperti bermesra bersama-sama keluarga atau keluar beriadah dengan rakan-rakan. Pengurusan masa yang bijak dapat menjamin pelajar untuk menjalani hari-harinya dengan lebih yakin. Ini kerana setiap saat dari masa yang dimiliki dimantaatkan dengan sebaik-baiknya dan semaksimum mungkin.

3. Belajar Menurut JadualPelajar cemerlang sentiasa mempunyai perancangan serta waktu yang tetap untuk belajar. Untuk memudah dan mendisiplinkan dirinya, pelajar digalakkan merangka satu jadual belajar. Jadual ini menyenaraikan segala matapelajaran dan waktu yang harus digunakan untuk mengulangkaji matapelajaran-matapelajaran tersebut. Jadual Juga penting untuk menjadi panduan mengguna masa dengan penuh bermanfaat dan sangat berkesan sekiranya diikut dengan penuh disiplin.Jadual memudahkan pelajar mengurus waktunya dengan baik. Ini kerana segala gerakerja telah dirangka sedari awal. Seorang pelajar yang benar-benar mahukan hasil yang maksimum daripada penggunaan masanya haruslah mengikuti jadual yang telah dirangka. Jadual yang dirangka pula haruslah realistik dan bersesuaian dengan kemampuan pelajar.Ramai pelajar yang merangka jadual tetapi gagal untuk mengikuti jadual yang dirangka lantaran mereka tidak mempunyai semangat serta disiplin diri yang kuat. Seharusnya seorang pelajar cemerlang mampu untuk menghindarkan sebarang gangguan yang berupaya menggagalkan usaha mengikut jadual yang telah dirangka.

Contohnya, rakan baik menggesa anda supaya singgah ke rumah selepas waktu sekolah untuk menonton filem terbaru. Walaupun keinginan untuk menikmati filem tersebut ada, namun sebaik- baiknya pelawaan itu ditolak dengan baik. Ini kerana waktu dua atau tiga jam yang anda telah peruntukkan untuk membuat kerja rumah akan terganggu dan ia akan memberi kesan kepada jadual anda untuk sepanjang hari.Sebelum merangka jadual, beberapa panduan harus digunakan bagi menjamin jadual tersebut merangkumi segala perkara yang penting dalam kehidupan sehari-harian anda sebagai seorang pelajar: Antaranya ialah:1. Cuba peruntukkan masa: berapa jam sehari yang diperlukan untuk tujuan belajar dan kemudian cuba bahagikan masa tersebut menurut keperluan setiap mata pelajaran.2. Cuba hitung berapa banyak kerja yang mesti dilakukan menurut keupayaan anda untuk mematuhi jadual waktu belajar itu. Peruntukan masa yang sebanyak-banyaknya untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran.3. Melakukan kerja sampingan lain hanya jika masa untuk belajar masih berbaki.4. Memilih waktu pada hari-hari tertentu untuk melaksanakan tujuan ini dengan bersungguh.

5. Cuba kesampingkan masa satu jam atau dua jam setiap hari di rumah untuk membaca dan membuat nota (catatan fakta-fakta penting sesuatu topik). Memang ada sebilangan pelajar yang membuat nota di rumah sebaik sahaja sesuatu topik disentuh di sekolah.6. Cuba utamakan masa untuk hal-hal persekolahan dan pelajaran di rumah. Aktiviti lain boleh dilakukan ketika hari Sabtu atau Ahad pada hujung minggu.4. Belajar Secara KonsistenCiri-ciri seorang pelajar yang cemerlang dapat dilihat dengan sistem pembelajaran yang konsisten. Cara pembelajaran yang sempurna dan berterusan dari awal menjamin kecemerlangan dalam bidang akademik. Seelok-eloknya, pelajar harus bermula mengulangkaji pelajaran sebaik sahaja guru bermula dengan topik yang pertama. Di saat ingatan dan ketahaman anda terhadap apa yang telah diajar masih tinggi dan kuat, anda digalakkan untuk terus membuat nota atau mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari.Terdapat segelintir pelajar yang mempunyai daya ingatan yang tinggi dan mampu memperolehi keputusan yang baik hanya bersandarkan kepada ingatan mereka. Mereka ini sungguh bertuah. Namun, tidak semua di antara kita yang begitu bertuah kerana berdasarkan kajian, daya ingatan seseorang remaja hanya tinggal kira-kira 30 peratus selepas dua minggu membaca sesuatu topik. Selepas empat minggu pula, daya ingatan itu hanya bertahan kira-kira lima peratus sahaja. Keperluan mengulangkaji dan belajar dengan konsisten berupaya meningkatkan semula daya ingatan anda terhadap satu-satu topik mata pelajaran.Seakan menjadi budaya, ramai pelajar menunggu hingga ke saat akhir untuk belajar. Budaya "last minute" atau menunggu hingga ke saat akhir seakan begitu sinonim dengan gaya dan amalan belajar remaja masa kini. Ketika itu, timbunan nota, buku dan kertas ujian kelihatan amat merisaukan anda. Ramai pelajar kehilangan punca akibat tidak tahu apa yang harus dilakukan terlebih dahulu oleh mereka. Semua mata pelajaran kelihatan amat penting untuk diutamakan. Segala-galanya sudah kelihatan agak terlewat, ketika ini berjaga hingga ke awal pagi menjadi satu kemestian bagi mereka. Timbul kekesalan dalam diri mereka kerana tidak bersedia dari awal.Pelajar yang belajar dengan konsisten tidak perlu melalui saat-saat getir seperti itu kerana persediaan telah dibuat daripada awal. Ulangkaji yang dibuat daripada awal telah merangkumi semua topik dalam setiap matapelajaran. Keadaan ini telah meletakkan pelajar dalam keadaan sentiasa bersedia walaupun ujian dilakukan dengan mengejut oleh guru mereka. Pelajar yang mahukan kecemerlangan menjadi miliknya perlu sentiasa bersedia dan tidak menunggu saat-saat akhir untuk belajar.5. Tinggi Keyakinan DiriSebagai seorang pelajar, semangat yakin kepada diri sendiri adalah antara ciri-ciri yang harus dimiliki. Kekuatan mental serta keyakinan mampu melakukan yang terbaik memainkan peranan penting dalam pembentukan diri seorang pelajar yang cemerlang. Keyakinan untuk meraih keputusan peperiksaan yang cemerlang telah mendorong pelajar untuk berusaha dengan kuat dan penuh semangat. Dalam konteks ini, pelajar perlu tahu dan kenal dengan kebolehan dirinya sendiri dan sejauh manakah yang mampu dicapai oleh dirinya.Setiap insan boleh berjaya sekiranya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, samada beliau adalah pelajar yang sering mendapat keputusan cemerlang mahupun pelajar yang baru sedar dari alpa dan kelalaiannya. Keyakinan diri juga memperlihatkan semangat tidak mudah menyerah kalah dengan rintangan yang datang.Sebagai contoh, kegagalan ujian matematik pada semester pertama dilihat sebagai pemangkin untuk terus cemerlang oleh pelajar yang berkeyakinan diri. Sementara pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri memandang perkara yang sama sebagai pemusnah kepada kejayaan seterusnya.Tips Membina Keyakinan Diri1. Anda adalah apa yang anda fikirkan, perbuatan dan tindakan melenyapkan rasa takut. Pencilkan rasa takut anda lalu lakukanlah perbuatan-perbuatan konstruktif. Tidak berbuat apa-apa, tidak bertindak dalam menghadapi situasi akan memperkuat rasa takut dan menghancurkan rasa percaya pada diri sendiri.2. Berusahalah untuk hanya menyimpan fikiran positif dalam minda anda. Jangan biarkan fikiran negatif menjadi masalah mental.3. Pandang manusia seimbang seperti anda, kembangkan sikap bahawa manusia itu sama sahaja.4. Buat perkara yang sesuai dengan jiwa anda.5. Usahakanlah supaya ada kesan dari anda bahawa "Saya percaya, betul-betul percaya".

6. Keseimbangan PeribadiSeorang pelajar yang cemerlang mempunyai keperibadian yang seimbang. Kecemerlangan baginya bukan bermakna cemerlang dari sudut akademik sahaja tetapi ia turut merangkumi kehidupan sosialnya termasuk keperibadian diri yang tinggi. Seorang pelajar yang cemerlang juga mampu memberikan komitmen yang tinggi terhadap akademik dan tugas-tugas lain dengan penuh tanggungjawab.Sebagai contoh, keseimbangan peribadi memperlihatkan seorang pelajar mampu cemerlang dalam bidang akademik dalam masa yang sama mampu menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah dengan baik. Di kenali sebagai seorang yang sopan santun, dia juga seorang anak yang taat pada ibu bapanya. Pelajar seperti ini pasti menjadi kebanggaan dan sebutan semua yang mengenali dirinya.Ketika ini, persaingan untuk memasuki universiti semakin sengit apabila jumlah pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang bertambah ramai. Oleh itu, pemilihan antara yang terbaik di kalangan yang terbaik pasti dilakukan dengan nilaian-nilaian tertentu. Pelajar yang mempunyai sokongan seperti mewakili sekolah dalam sukan hoki atau menjadi johan debat antara sekolah-sekolah pasti mempunyai harapan yang cerah.

Di samping cemerlang dalam bidang akademik, fizikal dan sukan, pelajar juga haruslah cemerlang dari segi spiritual dan mental. Mereka mestilah menjadi pelajar yang taat melaksanakan tuntutan agama. Ketaatan terhadap agama menjadikan seorang manusia itu mempunyai panduan terhadap setiap perkara yang akan dilakukan.7. Rajin BerusahaPelajar cemerlang adalah pelajar yang rajin berusaha. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. Setiap individu tidak kira pelajar ataupun bukan sebenarnya digalakkan untuk mempunyai sikap ini. Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan rajin dan usaha yang kuat pasti membuahkan hasil.Sikap rajin berusaha yang terdapat dalam diri seseorang dapat dilihat melalui gerakerja mereka ketika melakukan sesuatu perkara. Semasa belajar, pelajar yang rajin berusaha tidak gemar untuk bergantung kepada apa yang diajar oleh guru. Sebaliknya, mereka akan berusaha untuk mencari nota dan bahan tambahan di luar daripada kelas seperti membaca majalah atau buku tambahan.Mereka juga mempunyai inisiatif untuk melatih diri menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lalu untuk memantapkan ilmu di dada, dengan cara ini, segala kelemahan yang lepas dapat diperbaiki. Pelajar yang rajin berusaha tidak pernah mengenai perasaan putus asa kerana perkataan itu hampir tiada dalam kamus hidup mereka.

Untuk pelajar yang rajin berusaha, tiada perkara yang mampu menyekat mereka dari terus cemerlang. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa usaha itu tangga kejayaan. Ini cukup membuktikan bahawa tiada perkara lain yang lebih penting selain daripada kerajinan untuk berusaha itu sendiri.8. Minat Yang TinggiMinat terhadap sesuatu perkara memungkinkan satu-satu kerja itu dilakukan dengan sempurna. Minat juga mendorong individu untuk melakukan satu-satu perkara walaupun ia membahayakan diri sendiri. Akhbar sering menyiarkan berita-berita mengenai minat seseorang sehingga sanggup melakukan perkara di luar jangkaan kita.Minat bermaksud gemar atau suka terhadap sesuatu perkara. Kerana minat, seseorang mampu melakukan apa sahaja kerana ia didorong dari perasaan dalam diri individu tanpa mempunyai sebarang bentuk tekanan dan paksaan dari orang lain. Di sekolah, pelajar pasti mempunyai minat terhadap matapelajaran tertentu dan lazimnya matapelajaran tersebut meraih keputusan yang paling tinggi di antara semua matapelajaran. Minat yang tinggi menyebabkan pelajar memberikan tumpuan yang lebih kepada matapelajaran tersebut. Pelajar memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diajar oleh guru dan melakukan ulangkaji terhadap matapelajaran yang diminati lebih dari matapelajaran lain.Seperti juga hobi, minat terhadap pelajaran menyebabkan pelajar sanggup berbuat apa sahaja untuk menguasai matapelajaran yang diminati. Pelajar akan belajar lebih dari apa yang diajar oleh gurunya, pelajar akan mencari maklumat dari sumber lain selain buku teks sekolah. Pengetahuan pelajar terhadap matapelajaran tersebut juga lebih mendalam berbanding rakan- rakan yang lain.Minat mencintai kecemerlangan boleh dipupuk sejak dari kecil oleh ibu bapa. Seterusnya ia disuburkan lagi dengan faktor lain seperti guru, sekolah, persekitaran dan individu terdekat sebagai contoh.9. Sifat Ingin Tahu Yang TinggiTanda-tanda kebijaksanaan seseorang itu dapat dilihat daripada sifatnya suka bertanya. Sifat itu didorong oleh perasaan ingin tahu dalam diri individu tersebut. Sifat ingin tahu yang tinggi menunjukkan kematangan berfikir. Seorang pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi kerap bertanya untuk mendapatkan kepastian dan penerangan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara. Jika di dalam kelas, pelajar pasti banyak bertanya dengan lebih lanjut kepada gurunya mengenai apa yang diajar.Sifat ingin tahu juga mendorong seorang pelajar untuk mencari maklumat tambahan dari buku-buku selain bertanya kepada orang yang arif mengenainya. Selain gemar untuk bertanya, perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri pelajar mampu memupuk keberanian dan keyakinan. Pelajar yang mempunyai rasa ingin tahu akan terdorong dengan sifat-sifat positif seperti kreatif, rajin, tidak berasa malu untuk bertanya dan tidak berasa tinggi diri. Mereka tidak merasa malu dengan kelemahan mereka, seperti khuatir dengan ejekan pelajar lain kerana mengajukan soalan yang dianggap "soalan bodoh".Pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mampu menguasai sesuatu perkara dengan cepat kerana sifat ingin tahu mereka mendorong kepada pencarian terhadap lebih banyak maklumat mengenainya. Pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa berada di hadapan berbanding dengan pelajar yang tidak gemar bertanya atau tiada inisiatif mencari maklumat. Ini disebabkan mereka mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap satu-satu perkara hasil sifat ingin tahu mereka yang tinggi itu.

10. Daya Juang Yang TinggiPelajar yang cemerlang mempunyai daya juang yang tinggi. Daya juang yang tinggi bermakna berusaha sedaya upaya tanpa mengenai erti putus asa. Daya juang yang tinggi juga membawa makna tidak tunduk dengan kegagalan walaupun telah berusaha. Daya juang yang tinggi mencerminkan kekentalan semangat dalam diri untuk terus mencuba. Walaupun kegagalan pernah dilalui, namun kegagalan itu dilihat dari aspekyang positif. Pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi akan mengkaji kelemahan yang menyebabkan kegagalan beliau.Pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi tidak jemu berusaha untuk berjaya. Bagi memastikan segala yang dicita-citakan menjadi impian, gerak kerja teratur disusun. Walaupun bermula dengan agak lewat, pelajar yang mempunyai daya juang yang tinggi tidak menoleh ke belakang melihat kepada kegagalan dirinya.Pelajar yang mempunyai semangat daya juang yang tinggi merupakan seorang yang boleh meletakkan dirinya dalam semua situasi. Meskipun datang dari keluarga yang susah dan tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh, seorang pelajar yang mempunyai semangat daya juang yang tinggi tidak menyerah kepada takdir. Dia akan berusaha untuk memastikan dirinya setaraf dengan pelajar lain yang datang dari latarbelakang yang lebih baik. Pelajar seperti ini berupaya mendatangkan rasa hormat orang lain terhadap dirinya lantaran mampu berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk terus belajar.Pelajar yang mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi tidak pernah mencari alasan untuk setiap kegagalan yang dilakukan. Walaupun pahit untuk ditelan, kegagalan itu diterima sebagai satu daripada kelemahan dirinya yang perlu diperbaiki untuk terus bertindak cemerlang.11. Hormat Pada GuruPelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mempunyai rasa hormat pada gurunya. Penghargaan tersebut perlu diberi kepada mereka kerana tingginya jasa mereka mendidik pelajar. Guru disanjung kerana jasa mereka membimbing dan memberi ilmu serta sifat mereka yang tidak pernah mengenal rasa jemu. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mampu menjalinkan hubungan baik antara guru dan murid. Hubungan baik yang terjalin mampu memberikan manfaat kepada kedua-duanya iaitu pelajar dapat penerangan dan kefahaman yang lebih mengenai pelajaran sementara guru boleh memperbaiki teknik dan cara penyampaian mereka menjadi lebih baik lagi.Pelajar yang cemerlang juga sentiasa mengenang budi gurunya. Antaranya pelajar perlu menjaga adab ketika bersama gurunya, memberikan hadiah ketika hari guru, mengucapkan salam apabila bertemu dengannya, menolong guru ketika guru meminta pertolongan pelajar dan Iain-Iain lagi. Tidak dinafikan terdapat guru yang tidak digemari oleh pelajar kerana beberapa sebab. Sebagai pelajar yang cemerlang, perasaan tidak menggemari guru tertentu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menghormati mereka. Perbincangan secara terbuka bersama-sama guru disertai dengan rakan sekelas adalah penyelesaian terhadap masalah tersebut. Masalah tersebut juga memainkan peranan dalam menentukan proses pemberian dan penerimaan ilmu berlaku dengan sempurna dan lancar.

Seseorang pelajar itu wajib menghormati guru dan Ini dapat dilakukan melalui :a) Pertuturan, tingkah laku, sikap dan amalan.b) Berbicara dan berbincang dengan guru, meminta izin daripada guru sekiranya mahu bertanya semasa guru sedang mengajar.c) Perlu sampai ke kelas dahulu sebelum guru.Pelajar hendaklah memberi tumpuan yang mendalam semasa guru mengajar. Pelajar juga hendaklah memahami isi utama setiap mata pelajaran. Sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami, pelajar boleh mengemukakan pertanyaan pada masa yang munasabah. Semasa di dalam kelas, pelajar mesti:a) Bersedia dengan buku yang akan diajarb) Duduk dalam keadaan yang selesac) Beri tumpuan yang maksimumd) Berperanan sebagai pelajare) Bertanya apabila tidak faham.12. Suka Menerima NasihatIndividu yang mudah dan suka untuk menerima nasihat akan melalui jalan hidup yang mudah. Sifat keterbukaan dalam menerima nasihat dan teguran sering mengingatkannya untuk berhati-hati dalam setiap perbuatan dan perlakuannya. Mereka melakukan sesuatu dengan peringatan mengenai kesilapan yang orang lain pernah lakukan. Untung bagi mereka kerana melakukan sesuatu perkara buat pertama kali dengan betul.Pelajar yang cemerlang sentiasa mendengar nasihat dari golongan yang lebih berpengalaman dari mereka. Contohnya bagaimana cara belajar yang baik, apa yang tidak harus dibuat ketika menjawab soalan, apa buku yang harus dicari untuk membuat tugasan-tugasan.Nasihat tidak semestinya berkaitan dengan soal-soal akademik semata-mata tetapi kemungkinan ia bersifat umum seperti cara berkawan, bagaimana memilih pakaian, soal-soal remeh yang sebenarnya memberi anda peluang untuk memperbaiki diri.Dalam menerima nasihat, anda juga harus melihat nasihat-nasihat yang diberikan. Tidak semua nasihat itu sesuai dengan diri anda. Anda secara individu seharusnya bijak menyesuaikan nasihat yang diterima demi kebaikan diri anda.13. Cita-Cita Yang Sentiasa MembaraAnda harus mempunyai keazaman tinggi untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Tanpa keazaman yang tinggi anda mungkin berhenti di tengah jalan sekiranya terdapat kegagalan dalam usaha untuk mencapai cita-cita dan matlamat anda. Kegagalan dalam mengejar kejayaan menjadi perkara lumrah yang dilalui oleh setiap individu. Namun pengalaman menempuh kegagalan adalah guru yang terbaik, dengan kegagalan yang pernah dilalui tentunya ia mengajar anda agar tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang.Apa yang diperlukan sebagai seorang pelajar yang mengejar kejayaan yang cemerlang ialah, keyakinan dan usaha yang berterusan adalah jalan terbaik. Kata-kata perangsang untuk individu yang pernah gagal membuktikan bahawa jalan menuju kejayaan bukan jalan yang mudah. Tentu anda pernah mendengar ungkapan "gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya".Sekiranya anda pernah gagal dalam mata pelajaran tertentu, bukan bermakna anda tidak boleh memperbaikinya prestasi anda pada masa hadapan, anda mempunyai peluang dan tahu di mana kelemahan yang harus anda perbaiki dengan menumpukan perha