bab 2-konsep perakaunan

49
1 PERAKAUNAN AA015 PERAKAUNAN AA015 BAB 1 : BAB 1 : KONSEP-KONSEP ASAS KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN PERAKAUNAN

Upload: atiey

Post on 02-Oct-2015

171 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

prinsip perakaunan tingkatan 4 bab 2

TRANSCRIPT

  • *PERAKAUNAN AA015 BAB 1 :

    KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

    KMNS

  • *ObjektifMenjelaskan makna prinsip perakaunan diterima umum dan kepentingannya.Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan.Menjelaskan persamaan perakaunan dan definisi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dan ambilan serta kesannya.Menganalisis kesan transaksi perniagaan ke atas persamaan asas perakaunan.Menerangkan sistem catatan bergu.Menjelaskan hukum debit dan kredit.

  • *KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

    Prinsip Perakaunan Diterima UmumKonsep-konsep PerakaunanPersamaan PerakaunanSistem Catatan BerguSoalan Pengukuhan

  • *Peraturan yang perlu dipatuhi dalam perakaunan.Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti ekonomi.Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan yang standard.Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor dengan cara yang sama oleh semua akauntan.

    TUJUANMaklumat yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat perbandingan.

    Prinsip Perakaunan Diterima Umum

  • *KONSEP-KONSEP PERAKAUNANRUMUSAN

    KMNS

  • *11 Prinsip PerakaunanMaterialitiPemadananKonservatisme Prinsip Catatan Bergu(PCB)Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama

    Kos SejarahWang Sebagai UkuranEntiti BerasinganUsaha BerterusanKetekalanTempoh Perakaunan

  • *Aset direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli.Sebab objektif dan boleh dibuktikan.

    Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan harga RM20,000 pada 21 Ogos 2005. Harga pasaran meningkat kepada RM25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa? Penyelesaian: Nilai yang direkod adalah RM20,000 kerana nilainya telah dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga belian.

    Kos Sejarah (Historical Cost)

  • * Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan dan ia dianggap stabil. Contoh: Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntan perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan.Penyelesaian: Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat dan nilai ini tidak akan diubah mengikut nilai inflasi.

    Pengukuran Wang / Wang Sebagai Ukuran (Monetary Unit)

  • *

    Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza.Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik .

    Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untuk kereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya.

    Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah perbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku perniagaannya.

    Entiti Berasingan (Separate Entity)

  • *Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan.Tidak dibubarkan dalam jangka pendek.Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan.

    Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM20,000 dengan anggaran jangka hayatnya selama 10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM25,000. Adalah dicadangkan kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut. Penyelesaian: Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep usaha berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM20,000 dan disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan

    Usaha Berterusan (Going Concern)

  • *

    Kekalkan semua kaedah yang digunakan.Tujuan mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lain.Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan.

    Contoh: Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilai susutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan? Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya.Ketekalan (Consistency)

  • *Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur dan dibandingkan.

    Contoh: Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006. Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat.

    Penyelesaian: Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

    Tempoh Perakaunan (Accounting Period)

  • *Dianggap material atau tidak dari segi nilai (angka) dan maklumat jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pembuat keputusan.Penentuan materialiti:-a) perlu buat bandingan.b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat.

    Contoh: Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan RM10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda. Penyelesaian: Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM10. Ia lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun.

    Materialiti (Materiality)

  • *Realisasi (Realisation)

    Hasil hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku.Kriteria:-berlaku pertukaran hakmilik.pembeli sanggup bayar.kestabilan nilai matawang.pembeli berupaya bayar.

    Contoh: En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100 pasu tembikar dan telah menerima bayaran sebanyak RM100. Beliau telah merekodkan tempahan tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan diterima. Berikan pendapat anda. Penyelesaian: En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai hasil kerana urusniaga pertukaran hak milik belum berlaku dan bayaran tersebut hanyalah sebagai deposit. Tindakannya tidak menepati konsep realisasi.

  • *

    Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk tempoh yang sama.Tujuan ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan..Contoh: En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember sebanyak RM 2000 kerana bil hanya diterima dalam bulan Januari berikutnya.

    Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh semasa perlu direkodkan dalam tempoh perakaunan semasa.

    Pemadanan (Matching/Accrual)

  • *Jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata

    Contoh: Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat menjangkakan syarikat akan kalah dalam perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar RM10,000 sebagai pampasan. Apa pendapat anda?Penyelesaian: Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam Penyata Kewangan.

    .

    Konservatisme / Pruden (Conservatism / Prudent)

  • *Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi.

    Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

    Pendedahan Penuh (Full Disclosure)

  • *Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga.Tujuan elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepat.Rekod boleh dipercayai benar dan tepat.

    Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga pemulangan barang jualan tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Beri pendapat anda. Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga pemulangan barang jualan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat.

    Objektiviti (Objectivity)

  • *RUMUSAN

    Konsep-konsep asas dalam perakaunan menjadi garis panduan yang diterima umum dan dipraktiskan sebagai satu standard yang universal.

    Konsep-konsep ini penting bagi memastikan penyediaan penyata kewangan yang standard kepada pengguna maklumat perakaunan.

  • * PENGKELASAN AKAUNDALAM SESUATU ENTITI

    Rumusan PERSAMAAN PERAKAUNAN Rumusan

    KMNS

  • *Pengkelasan Akaun Dalam Sesuatu Entiti

  • *

  • *Hasil (Revenues)Segala perolehan daripada jualan barang atau penyediaan perkhidmatan.

    2 jenis hasil iaitu:-Hasil Pengendalian PernigaaanContoh:- Jualan, hasil perkhidmatan Hasil Bukan Pengendalian PerniagaanContoh:- Faedah diterima, simpanan, sewa diterima, untung atas jualan aset tetap

  • *Belanja (Expenses)

    Kos atau pembayaran dalam memperolehi hasil.

    2 jenis belanja iaitu:-Belanja Operasi Contoh:- Kadar bayaran / utiliti, Belanja Jualan, Angkutan KeluarBelanja Bukan Operasi Contoh:- Faedah atas Overdraf

  • *

  • *Harta /sumber yang dimiliki oleh perniagaan. Aset dibahagikan kepada dua:-1. Aset Bukan SemasaAset yang tahan lama dan boleh digunakan untuk beberapa tahun.Terbahagi kepada 2:-Aset ketara/nyata/tetap Dapat dilihat secara fizikal.Contoh:- Bangunan, kenderaan, peralatanAset tak ketara Tidak dapat dilihat secara fizikal.Contoh:- Tanda dagang, paten, hak cipta

    Aset (Asset)

  • *2. Aset Semasa

    Wujud dalam satu tempoh perakaunan dan boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh setahun.

    Sentiasa berubah bentuk dan nilai.Contoh :- Inventori, Akaun Belum Terima, Tunai, Bank dan sebagainya.

  • * LIABILITI (LIABILITY)Hutang / obligasi perniagaan yang perlu dibayar olehentiti kepada pihak lain.

    Liabiliti dibahagikan kepada 2 jenis:-

    1. Liabiliti Jangka Panjang ( > 1 tahun)Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang melebihi satu tahun. Contoh:- Pinjaman jangka panjang, gadai janji

  • *2. Liabiliti Semasa ( < 1 tahun)

    Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang dari setahun.

    Contoh:- Akaun belum bayar, Belanja utiliti belum bayar, overdraf.

  • *EKUITI PEMILIK(OWNERS EQUITY)- Tuntutan pemilik ke atas perniagaan. Ia termasuk :Modal yang dilaburkan oleh pemilik ke dalam perniagaan.Untung bersih hasil daripada kegiatan perniagaan.

  • *Elemen-elemen yang terlibat dalam ekuiti pemilik :ModalTerdiri daripada aset-aset yang diletakkan dalam perniagaan oleh pemilik.Ia akan menambahkan ekuiti pemilik.AmbilanPemilik mengeluarkan wang tunai atau barang niaga untuk kegunaannya sendiri.Kesannya akan mengurangkan nilai ekuiti pemilik.UntungBelanjaKesannya akan mengurangkan ekuiti pemilik.HasilKesannya akan menambahkan nilai ekuiti pemilik.

  • *RUMUSANTerdapat 5 kumpulan utama akaun-akaun di dalam Penyata Kewangan untuk keperluan perekodan akaun perniagaan iaitu:HasilBelanjaAsetLiabilitiEkuiti Pemilik

  • *

  • *Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil Dan Belanja

  • *Contoh:-1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000 ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiModal +1000+1000

    ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiAmbilan -100 -100

    Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang

  • *3. Perniagaan meminjam dengan En. BB sebanyak RM3,000 dan diberikan cek.

    ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiPinjaman +3000+3000

    ASET=LIABILITI+EKUITI

    Tunai Pinjaman -100 -100

    Kesannya: Aset bertambah : Liabiliti bertambah4. Perniagaan membayar hutang RM 100 secara tunai

    Kesannya: Aset berkurang : Liabiliti berkurang

  • *Persamaan Perakaunan Mengambilkira Hasil dan Belanja

  • *Contoh:1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada CC Agensi bernilai RM2,000

    ASET=LIABILITI+EKUITI

    PenghutangJualan+2000+2000ASET=LIABILITI+EKUITIBil telefonBelanja telefon+90-90 Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah (Peningkatan HASIL)2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM90 Kesannya: Liabiliti bertambah : Ekuiti berkurang (Peningkatan BELANJA)

  • *3.Pemilik perniagaan En. JJ mengambil wang tunai sebanyak RM150 untuk kegunaannya sendiri.

    ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiAmbilan-150-150Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang(Peningkatan Ambilan)

  • *RUMUSANPersamaan Perakaunan adalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan.

    Semua catatan urusniaga di dalam rekod-rekod perakaunan perlu mengekalkan keseimbangan Persamaan Perakaunan ini.

  • * SISTEM CATATAN BERGU (DOUNBLE ENTRY)Rumusan

  • *Bergu bererti berpasangan dan sistem catatan bergu adalah satu sistem yang melibatkan catatan debit dan catatan kredit.Difinisi Catatan Bergu

  • *Prinsip Sistem Catatan BerguDEBIT= Catatan sebelah KIRI akaunKREDIT= Catatan sebelah KANAN akaun

    Format Akaun T :

    Tajuk Akaun

    DEBIT KREDIT

  • *Hukum Debit Dan Kredit

    Akaun Rekod Catatan Baki Normal

    ASET DEBIT DEBIT KREDIT

    LIABILITI KREDIT KREDIT DEBIT

  • *Hukum Debit Dan Kredit

    Akaun Rekod Catatan Baki Normal

    EKUITI PEMILIK KREDIT KREDIT DEBIT

    HASIL KREDITKREDIT DEBIT

    BELANJA DEBITDEBIT KREDIT

  • *Contoh:-1. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 1,000Aset = Liabiti + Ekuiti PemilikTunai (Debit) = Modal (Kredit)2. Membeli peralatan pejabat secara tunai RM 150Peralatan (Debit) =Tunai (Kredit) Akaun TunaiAkaun Modal 1. 1000 1. 1000 2. 150 Akaun Peralatan 2. 150

  • *Mengira Baki Akaun - TContoh:- Akaun Tunai

    Baki b/b 0 1000 150 h/b 850 1000 1000 b/b 850

  • *

    Terdapat 2 jenis baki iaitu:

    1.Baki NormalBaki normal sesuatu akaun adalah di sebelah di mana peningkatan akan direkodkanContoh:- Aset disebelah DEBIT Liabiliti dan Ekuiti di sebelah KREDIT

    2.Baki Tidak NormalBaki adalah disebelah bertentangan dari baki normal

  • *RUMUSANMengikut Sistem Catatan Bergu jumlah sebelah debit akan sama dengan jumlah sebelah kredit.

    Dalam merekod urusniaga mesti mematuhi peraturan merekod dalam Sistem Catatan Bergu iaitu hukum debit dan kredit.

    Dengan itu, sistem catatan bergu akan terjadi secara automatik dan persamaan perakaunan akan seimbang.

    Akaun T adalah satu cara merekod urusniaga secara sistematik.

    *