bab 1 - cabaran pendidikan abad 21

11
BAB 1 CABARAN PENDIDIKAN ABAD 21 1.1 PENDIDIKAN ABAD 21 Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketrampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing. Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohan ian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersepadu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresi f dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan modal, barangan dan manusia tetapi juga berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah negara bangsa akan lenyap begitu sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangn ya segala yang dibawa oleh arus globalisasi. Pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju dan bersepadu bukan sahaja perlu berasaskan ekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai, ketidakseimbanganpeluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkan berlarutan sehingga mengugat pembangunan negara. Justeru, Malaysia berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh walauoun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Sehubungan itu, Malaysia telah memperkenalkan rangka kerja perlaksanaan baru, iaitu MISI

Upload: zulliana-hazmi

Post on 04-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 1/11

BAB 1

CABARAN PENDIDIKAN ABAD 21

1.1 PENDIDIKAN ABAD 21

Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan

Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi,

liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran negara Malaysia

waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi menghadapi

persaingan dengan negara lain. Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga

manusia yang berketrampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing. Menjelang tahun

2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai

kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan.

Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersepadu dan

mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh pada nilai agama, moral dan etika

serta menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi

yang adil dan saksama, progresif dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing,

dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

Dalam usaha mencapai negara maju, pembentukan negara bangsa menjadi semakin

mencabar terutama dalam era globalisasi. Globalisasi bukan sahaja berkuasa menggerakkan

modal, barangan dan manusia tetapi juga berupaya mengubah gagasan, budaya, nilai dan jati

diri secara transnasional. Gagasan, budaya, nilai dan jati diri sesebuah negara bangsa akan

lenyap begitu sekiranya bangsa tersebut lalai dan menerima sewenang-wenangnya segala yang

dibawa oleh arus globalisasi.

Pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju dan bersepadu bukan sahaja perlu

berasaskan ekonomi yang berdaya tahan tetapi juga kepada pengagihan kekayaan yang lebih

adil dan saksama. Di samping pertumbuhan dan kedinamikan ekonomi yang perlu dicapai,

ketidakseimbanganpeluang ekonomi dan sumber pendapatan tidak harus dibiarkan berlarutan

sehingga mengugat pembangunan negara.

Justeru, Malaysia berazam dan berusaha untuk menjadi sebuah negara maju yang

teguh, bersatu dan kekal utuh walauoun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Sehubungan itu, Malaysia telah memperkenalkan rangka kerja perlaksanaan baru, iaitu MISI

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 2/11

2

NASIONAL bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam dalam jangka masa 15 tahun

akan datang. Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan

 ‘minda kelas pertama’dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status

negara maju. Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan

nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima (5) teras utama iaitu:

MISI NASIONAL

Teras 1 Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi

Teras 2 Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 

 ‘minda kelas pertama’ 

Teras 3 Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara

membina dan produktif 

Teras 4 Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup

Teras 5 Mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan.

Dua daripada lima teras tersebut menyatakan peranan pendidikan secara langsung:

Teras 2: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk 

 ‘minda kelas pertama’.

•  Melaksanakan penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian

pendidikan dan latihan

•  Memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama rakyat

Malaysia

•  Merapatkan jurang prestasi antara sekolah di luar bandar dengan sekolah di Bandar

•  Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti, latihan dan

pembelajaran sepanjang hayat di semua peringkat

•  Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi yang kukuh

•  Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai

perspektif progresif dan sistem nilai yang boleh diteladani

•  Memperluas forum perbincangan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan

masyarakat dalam pembangunan modal insan

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 3/11

3

Teras 3: Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan

secara

membina dan produktif.

•  Meningkatkan bahagian pendapatan bagi kumpulan isi rumah 40% terendah dengan

meningkatkan produktiviti menerusi pembangunan modal insan

•  Mengurangkan jurang antara penduduk luar bandar dan bandar, antara negeri dan

antara wilayah melalui penjanaan pendapatan yang mampan dan penambaikan akses

terhadap keperluan asas serta pendidikan

•  Merapatkan jurang digital antara sekolah Bandar dan luar Bandar

•  Memperluas akses kepada program pendidikan dan latihan bagi meningkatkan bilangan

pengurus dan professional Bumiputera, terutama sektor swasta.

1.2 PELAJAR ABAD 21

Pendidikan selama 150 tahun yang lalu disediakan untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi

kehidupan kerjaya dalam bidang "Ekonomi Perindustrian". Pengubahsuaian dalam pendidikan

perlu seiring dengan perubahan pesat dalam dunia teknologi bagi menyediakan pelajar yang

berdaya saing dalam bidang "Ekonomi Maklumat/Pengetahuan"(Knowledge Economy). Maka,pendidikan abad ke-21 perlu diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan cabaran abad ke-21.

Pedagogi yang menggunakan teknologi baru dan memeberi peluang kepada pelajar

mengembangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21

mesti diberi perhatian. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa kemahiran asas dan

mata pelajaran utama boleh diabaikan.

Seharusnya pelajar generasi ke-21 telah menjadi lebih profesional dan amat memahami

tugasan mereka sebagai pelajar. Sementara kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada

guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mencari maklumat

daripada pelbagai sumber.

Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masih

bergelut dengan soal asas pembelajaran, iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan

mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Persoalannya bagaimana isu

sebegini masih wujud sedangkan pengisian kemerdekaan telah berlaku selama 53 tahun.

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 4/11

4

 Adakah isu kaedah pengajaran guru atau isu kesediaan murid untuk belajar hanya bergantung

semata-mata kepada persekitaran.

Ciri- ciri pelajar abad ke 21 :

•  Ingin untuk menyuarakan dalam pendidikan mereka. Mereka akan bertindak balas lebih

baik apabila suara mereka didengar.

•  Sering mempunyai tahap literasi digital yang lebih tinggi daripada ibu bapa atau guru-

guru mereka. Mereka tidak tahu dunia tanpa komputer.

•  Pelajar abad ke-21 mogok pada pembelajaran hafalan dan menghafal. Mereka akan

lakukan jika anda membuat mereka, tetapi bersedia untuk membiarkan mereka untuk 

menjadi lebih kreatif.

•  Bekerjasama menakjubkan mereka. Mereka suka kerja berpasukan bersama rakan-

rakan.

•  Menghayati "percubaan dan kesilapan" pendekatan untuk belajar kemahiran baru.

•  Mempunyai sikap "boleh buat". Sudah tentu, mereka boleh melakukannya.

•  Berkembang maju dalam suasana cabaran terkawal. Mereka suka akan cabaran.

•  Mempunyai kesedaran dan penghayatan budaya. Generasi ini adalah lebih sedardaripada budaya pelbagai, negara-negara dan cara hidup daripada mana-mana generasi

sebelum mereka.

•  Bersikap terbuka kepada perubahan.

•  Semakin sedar akan dunia di sekeliling mereka. Dari persekitaran politik, pelajar hari ini

bertanyakan soalan dan menuntut jawapan.

•  Tahu di mana untuk pergi untuk mencari maklumat. Google telah mula ditubuhkan pada

tahun 1998. Pelajar abad ke-21 tidak pernah dikenali dunia tanpa Google.

•  Lebih berpendidikan daripada mana-mana generasi sebelum mereka.

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 5/11

5

1.3 GURU ABAD 21

Ciri-ciri yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:

•  Kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)

•  Kekuatan minda (kreatif dan proaktif)

•  Nilai-nilai luhur dan harmoni

•  Semangat jati diri, jaya diri, keusahawanan, dan

•  Ketrampilan

• Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para

pendidik dan guru-guru pelatih perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

•  Menguasai subjek (kandungan kurikulum)

•  Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran)

•  Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.

•  Memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

•  Memiliki kemahiran kaunseling

•  Menggunakan teknologi terkini•  Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

•  Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain

•  Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik 

Tanggungjawab pendidik 

1.  Membina budaya ilmu

•  Teknologi dan perkomputeran

Para pendidik seharusnya mengorak langkah dan mengembleng peluang untuk 

melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta

bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk 

pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 6/11

6

•  Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif 

Pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk 

melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal

intektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif 

perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

•  Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes

Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan berketrampilan mengaitkan

domain teori dan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara

developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learing) untuk mencapai

kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya memberi ruang untuk disesuaikan

dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa,

dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui 4 Pillars of Learning

iaitu:

•  Belajar untuk menguasai ilmu•  Belajar untuk menguasai kemahiran

•  Belajar untuk menjadi insan berguna

•  Belajar untuk harmoni dan bekerjasama

•  Menerapkan nilai-nilai murni/ akhlak/ moral

Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insane dalam

hubungannya sesame manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam

usaha pembudayaan masyarakatyang dapat mewujudkan kesejahteraan dan

keharmonian negara.

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 7/11

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 8/11

8

global. Selain dari IPG, latihan perguruan juga dilaksanakan melalui Fakulti Pendidikan masing-

masing. Guru-guru yang dilatih di Universiti adalah bagi keperluan sekolah menengah.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab

melatih guru-guru untuk keperluan sekolah rendah dan menengah melalui Program Pendidikan

Perguruan Praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kesemua program dijalankan adalah

untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu

melahirkan guru-guru yang berketrampilan tinggi dalam pelbagai bidang, berdaya saing,

berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, berdaya fikir dan cekap teknologi. Ini selaras

dengan matlamat KPM yang mensasarkan 100 peratus guru siswazah di semua sekolah

menengah dan 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Falsafah

Pendidikan Guru Malaysia ialah:” Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan

saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,

menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif dan berdisiplin.” 

1.4 KEMAHIRAN ABAD 21

Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepadapelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif.Kegagalan

guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran

dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan

yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan

generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan. Terdapat 3

kemahiran yang diperlukan dalam abad ke 21 ini adalah seperti berikut:

1.  Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)

Kepentingan kemahiran abad ke -21.Secara ringkasnya, pendidikan atau pembelajaran

abad ke-21 berkitar selama 150 lalu ialah ciptaan abad ke-19.kita harus mengubah

seiring dengan permintaan ekonomi terkini. Sekolah kemahiran dan pembelajaran yang

direka untuk menyediakan pelajar untuk bekerja dan hidup dalam ekonomi perindustrian

perlu pemikiran baharu.Perubahan kemahiran pembelajaraan dan inovasi dalam

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 9/11

9

pengajaran amat diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang

banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi.Kemahiran

ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi

untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang.Penekanan

perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke-21 dengan

peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

2.  Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap

ICT.Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira, literasi

abad ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam

membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian

yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga

kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Contohnya seperti pembelajaran berasaskan projek (project-based learning)adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut.Topik-topik 

tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai

tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai

sumber.Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan

komunikasi interaktif dimana pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai

projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai

alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.Sumber terbaik menerusi lima

bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity

(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin

carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia

dan YouTube.

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 10/11

10

3.  Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk 

memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.Pendidikan boleh menjelaskan keupayaan

seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial

bergantung kepada pendidikan yang diterima.Melihat kepada ekonomi yang semakin

berkembang pesat pada abad ke-21 ini, pendidikan berkualiti menggunakan pendekatan

kemahiran hidup dalampendidikan dan memasukkan kemahiran lain dalam meorentasikan

pendidikanuntuk memperolehi keseimbangan. Mempelajari pelbagai kemahiran

akanmenyediakan individu untuk lebih berjaya dalam kehidupan di rumah, komuniti,serta di

tempat kerja. Dengan adanya pendekatan kemahiran hidupdalam pendidikan, para pelajar lebih

peka kepada perkembangan ilmu,mengguna dan mempraktikkan pelbagai jenis kemahiran

sesuai dengan tuntutanpersekitaran pembelajaran tersebut.Memiliki dan mempraktikkan

kemahirandengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan persekitaransemasa.

Beberapa elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad ke-21 ialah:-

1. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)2. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)

3. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

4. Literasi Maklumat (Information Literacy)

5. Literasi Media (Media Literacy)

6. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information,

Communications and Technology) Literacy)

7. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)

8. Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

9. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

10. Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

11. Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

7/30/2019 Bab 1 - cabaran Pendidikan abad 21

http://slidepdf.com/reader/full/bab-1-cabaran-pendidikan-abad-21 11/11

11

Secara kesimpulannya, kejayaan dalam melahirkan guru yang mempunyai pakej lengkap

dalam teknologi pendidikan serta penguasaan dalam kemahiran abad ke-21 akan memberikan

faedah ke atas pelajar yang bakal dilahirkan dengan memenuhi kehendak industri serta sejajar

dengan kepesatan teknologi kini supaya menjadi pemacu kepada sektor ekonomi Negara.