b12#:#sistem#pembentungan# - laman web rasmi...

8
B12 : SISTEM PEMBENTUNGAN

Upload: vankhue

Post on 22-Mar-2018

269 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN#

Page 2: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL

B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan

B4.0 Perindustrian

B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0 Pelancongan

B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0 Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi Dan Jalur Lebar

B11.0 Saliran Dan Perparitan

B12.0 SISTEM PEMBENTUNGAN

B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid

B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

B15.0 Pemeliharaan Warisan

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

LAPORAN TINJAUAN Sistem Pembetungan

B12-1

B12.0 SISTEM PEMBETUNGAN

Kajian sistem pembetungan meliputi aspek corak dan taburan sistem pembetungan

sedia ada, Keperluan kepada sistem pembetungan berpusat dan isu-isu berkaitan

terutamanya isu pencemaran akibat pelaksanaan sistem pembetungan tidak sistematik

dan teratur.

B12.1 PENEMUAN SEMASA B12.1.1 Taburan, Jenis, Corak dan Tren Sistem Pembetungan Semasa

Secara keseluruhannya, sistem pembetungan di Selangor melibatkan sejumlah 27,016

atau melebihi 9 juta P.E dengan panjang paip pembetung utama melebihi 1.5 juta km

(Jadual B12.1) bagi kawasan yang terletak di bawah perkhidmatan Indah Water

Konsortium (IWK). Bagi kawasan di luar perkhidmatan IWK, dianggarkan terdapat

sejumlah 1 juta P.E.

Semua sistem rawatan di bawah IWK pada tahun 2002 berjumlah 2,014 dengan kaedah

communal septic tank adalah paling tinggi sebanyak 911. Namun begitu pada tahun

2012, terdapat sebanyak 26,726 bilangan (Perkhidmatan IWK) atau 188,947 bilangan

keseluruhan Selangor dengan jumlah P.E keseluruhan melebihi sepuluh juta (>10 juta

P.E) (Jadual B12.1). Ia adalah satu peningkatan yang begitu ketara dalam tempoh 10

tahun dengan jumlah melebihi 24,000 dari 2002 hingga 2012 (di bawah perkhidmatan

IWK). Oleh sebab itu, proses rasionalisasi oleh pihak IWK perlu dilakukan lagi untuk

pertambahan dari segi bilangan penggunaan Regional Plants dan Multipoint Plants. Jadual B12.1: Perkhidmatan Pembetungan Semasa (2012) di Negeri Selangor

Mengikut Jenis dan Kategori Jenis Sistem

Pembetungan Di Bawah

Perkhidmatan IWK Bukan Di Bawah

Perkhidmatan IWK Bilangan Jumlah P.E Bilangan Jumlah P.E

Regional Plants 33 1,877,724 2 23,000 Multipoint Plants 2,116 7,277,238 303 235,902 Individual Septic Tank 22,577 123,224 145,672 728,360 Pour Flush 2,000 10,000 16,244 81,220 Jumlah 26,726 9,288,186 162,221 1,068,482 Pump Station 321 2,027,591 18 6,410 Sewer Network 1,334,040.26km -

Jumlah Keseluruhan (P.E) Negeri Selangor 12,507,717 Sumber: Indah Water Konsortium, Bahagian Perancangan Wilayah Tengah, 2012. Berdasarkan cadangan kawasan tadahan & tertakluk kepada perubahan pelan perancangan negeri.

Page 4: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

LAPORAN TINJAUAN Sistem Pembetungan

B12-2

Jadual B12.1 juga menunjukkan bilangan jenis sistem pembetungan yang paling tinggi

digunapakai di Selangor adalah jenis Individual Septic Tank iaitu sebanyak 22,577

yangmerangkumi 123,224 P.E (di bawah perkhidmatan pihak IWK). Namun begitu,

jenispenggunaan kaedah rawatan Individual Septic Tank hanya dipraktikkan di bawah

pihak berkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Daerah Hulu Selangor

sahaja.

Sistem pembetungan bukan di bawah perkhidmatan pihak IWK, sebahagian besarnya

didominasikan oleh Individual Septic Tank sebanyak145,672 dengan jumlah penduduk

setara (P.E) melebihi 700 ribu. Manakala jenis pour flush pula sebanyak 16,244. Kedua-

dua jenis pembetungan ini tidak mempunyai kaedah rawatan kumbahan yang

dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan boleh menyebabkan pencemaran.Sistem

pembetungan bukan di bawah perkhidmatan pihak IWK juga menunjukkan

penggunaan jenis pembetungan Regional Plants adalahadalah sangat terhad iaituhanya

2 unit sahaja, manakala jenis Multipoint Plants sebanyak 303 unit. Kaedah ini

merupakan jenis rawatan yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan

mematuhi piawaian yang ditetapkan.Dari segi sewer network pula, tiada data dapat

direkodkan bagi kawasan bukan di bawah kelolaan atau perkhidmatan pihak IWK.

Jenis sistem pembetungan dan jumlah Penduduk Setara atau Population Equivalent

(P.E) bagikawasan di bawah perkhidmatan pembetungan IWK mengikutPihak

Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti di Jadual B12.2.

Kaedah rawatan dan jenis sistem pembetungan yang terbaik adalah dari jenis

Regional Plants, yang mana merupakan jumlah paling rendah digunapakai iaitu

sebanyak 33 loji (1,877,660 P.E).Kawasan Pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kajang

menggunapakai jenis/kaedah ini yang paling tinggi iaitu sebanyak 8 bilangan.

Kaedah rawatan jenis multipoint hanya sebanyak 2,116 (7,277,238 P.E).Majlis

Perbandaran Klang banyak menggunakan kaedah multipoint iaitu kira-kira 357 unit

dari segi bilangan.Penggunaan jenis pembetungan Individual Septic Tank yang

berjumlah 22,577 unit digunakan hanya di kawasan Majlis Daerah Hulu Selangor dan

Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Jenis sistem pembetungan cara tradisional atau pour flush masih lagi digunakan iaitu

melibatkan 2,000 bilangan atau 10,000 P.E dan hanya terdapat di Majlis Perbandaran

Ampang Jaya.

Page 5: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

LAPORAN TINJAUAN Sistem Pembetungan

B12-3

Jadual B12.2: Jenis Sistem Pembetungan bagi Kawasan dibawah Perkhidmatan

IWK dan Penduduk Setara Mengikut PBT, 2012 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Jenis Sistem Pembetungan Sewer Network Regional

Plants Multipoint

Plants Pump Station

Individual Septik Tanks

Pour Flush

Majlis Daerah Sabak Bernam

- 87 (20,605 P.E)

- - - 20.18 km

Majlis Daerah Kuala Selangor

1 (22,473 P.E)

195 (141,879 P.E)

3 (8,416 P.E)

- - 127.87 km

Majlis Daerah Hulu Selangor

5 (122,027 P.E)

130 (169,036 P.E)

10 (0 P.E)

10,339 (51,695 P.E)

- 292.55km

Majlis Perbandaran Selayang

1 (8,856 P.E) 183 (511,572 P.E)

17 (27,387 P.E)

- - 524.62 km

Majlis Perbandaran Ampang Jaya

1 (0 P.E)

121 (639,762 P.E)

26 (51,151 P.E)

12,238 (61,190 P.E)

2,000 (10,000 P.E)

653.2 km

Majlis Perbandaran Kajang

8 (263,829 P.E)

279 (866,520 P.E)

59 ( 125,423 P.E)

- - 634 km

Majlis Perbandaran Subang Jaya

3 (270,847 P.E)

125 (1,442,833

P.E)

49 (535,461 P.E)

- - 664,884 km

Majlis Bandaraya Shah Alam

5 (596,950 P.E)

140 (1,725,630 P.E)

45 (534,253 P.E)

- - 598,416 km

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

3 (389,000 P.E)

178 (920,335 P.E)

37 (434,371 P.E)

- - 67,795 km

Majlis Perbandaran Klang

2 (32,964 P.E)

357 (689,307 P.E)

43 (183,985P.E)

- - 404.11 km

Majlis Daerah Kuala Langat

- 205 (123,314 P.E)

4 (2,280P.E)

- - 106.65 km

Majlis Perbandaran Sepang

4 (170,778 P.E)

116 (126,445 P.E)

28 (152,251 P.E)

- - 182.08 km

Sumber: Indah Water Konsortium, Bahagian Perancangan Wilayah Tengah, 2012. Berdasarkan cadangan kawasan tadahan & tertakluk kepada perubahan pelan perancangan negeri.

B12.1.2 Potensi Pemakaian Teknologi Hijau di dalam Sistem Pembetungan

Bagi mengaplikasikan teknologi hijau di dalam sistem pembetungan, sisa rawatan

kumbahan perlu direkabentuk dan dibina mengikut piawaian yang menepati ciri-ciri

teknologi hijau .Antaranya, memaksimakan dan meluaskan penggunaan Sistem

Rawatan Kumbahan Berpusat (CSTP) untuk pembangunan baru adalah sebahagian dari

ciri-ciri teknologi hijau di dalam sistem pembetungan. Penggunaan tangki septik tidak

lagi digalakkan di dalam melaksanakan konsep teknolog hijau.

B12.2 UNJURAN

Berdasarkan kepada unjuran perumahan, perniagaan dan pekerja industri, jumlah PE

pada tahun 2035 ialah 13,852,136 P.E (Jadual B12.3).

Page 6: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

LAPORAN TINJAUAN Sistem Pembetungan

B12-4

Jadual B12.3: Unjuran Keperluan Sistem Pembetungan Mengikut Pengiraan

Penduduk Setara [Population Equivalent (P.E)] bagi Negeri Selangor Sehingga 2035

Kategori Tahun

2010 2015 2020 2025 2030 2035 Perumahan Unit : 1,322,220 1,538,900 1,810,684 2,040,474 2,246,622 2,432,649

Kadar : (Setiap Unit)

5 P.E 5 P.E 5 P.E 5 P.E 5 P.E 5 P.E

Keperluan : 6,611,100 P.E

7,694,500 P.E

9,053,420 P.E

10,202,370 P.E

11,233,110 P.E

12,163,245 P.E

Perniagaan RuangLantai : (m2)

31,646,205 34,420,205 37,320,205 40,265,805 43,047,405 45,800,205

Kadar (Setiap 100m2)

3 P.E 3 P.E 3 P.E 3 P.E 3 P.E 3P.E

Keperluan : 949,386 P.E

1,032,606 P.E

1,119,606 P.E

1,207,974 P.E

1,291,422 P.E

1,374,006 P.E

Industri Pekerja : 506,269 600,826 712,647 795,176 914,452 1,049,617 Kadar : (SetiapPekerja)

0.3 P.E 0.3 P.E 0.3 P.E 0.3 P.E 0.3 P.E 0.3 P.E

Keperluan :

151,880 P.E

180,248 P.E

213,794 P.E

238,553 P.E

274,335 P.E

314,885 P.E

Jumlah

7,712,366 P.E

8,907,354 P.E

10,386,820 P.E

11,648,897 P.E

12,798,867 P.E

13,852,136 P.E

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

B12.3 INDIKATOR DAN SASARAN Jadual B12.4: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Sistem Pembetungan

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa (2012)

Sasaran (Tahun 2035)

Peratus Aksesibiliti Penduduk Kepada Sistem Pembetungan Berpusat dan Teratur.

60% (WHO)

18% 80%

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

Page 7: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

LAPORAN TINJAUAN Sistem Pembetungan

B12-5

B12.4 POTENSI PEMBANGUNAN

Langkah-langkah meningkatkan aksesibiliti penduduk kepada penggunaan sistem

retikulasi perkhidmatan pembetungan perlu dipertingkatkan dari masa ke

semasa.Negeri Selangor mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai matlamat ini

disebabkan kebanyakan kawasan perbandaran dibina dengan perancangan yang

rapidan teliti.Kawasan-kawasan pembangunan baru yang dirancang untuk masa

hadapan hendaklah mengambil kira matlamat ini.Bagi kawasan-kawasan perbandaran

sedia ada, program rasionalisasi sistem pembetungan perlu dipertingkatkan lagi dari

semasa ke semasa demi untuk mempertingkatkan pencapaian indikator ini.Susunatur

pembangunan yang dirancang dengan sempurna mempermudahkan program-program

rasionalisasi dan seterusnya menyumbangkan ke arah mempertingkatkan aksesibiliti

penggunaan sistem retikulasi perkhidmatan pembetungan.

B12.5 CADANGAN AM

i. Melaksanakan cadangan projek baru, naik taraf dan program rasionalisasi sistem pembetungan

Cadangan projek baru, naik taraf dan program rasionalisasi sistem pembetungan yang

terdapat di kawasan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam Negeri Selangor

iaitu melibatkan sub-lembangan:

a) Sub-LembanganKawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan di

bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

b) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan di

bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

c) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan

dibawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

d) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Strategi Pembangunan di

bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

e) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Strategi Pembangunan di

bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

f) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan di

bawah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

g) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan di

bawah Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

h) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan di

bawah Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

i) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan di

bawah Majlis Perbandaran Sepang (MPSpg).

Page 8: B12#:#SISTEM#PEMBENTUNGAN# - Laman Web Rasmi …jpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B12.0... · B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor ... B8.0 Perniagaan

LAPORAN TINJAUAN Sistem Pembetungan

B12-6

j) Cadangan Pembetungan Berpusat (CSTP) Di Bawah Majlis Perbandaran Klang

(MPK).

k) Sub-Lembangan Kawasan Tadahan Pembetungan dan Cadangan Pembangunan di

bawah Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Walau bagaimanapun cadangan ini adalah tertakluk kebolehperuntukan kerajaan.

ii. Cadangan Projek Baru, Naik Taraf Dan Kerja-Kerja Rasionalisasi Sistem

Pembetungan Di Bawah Program RIVER OF LIFE dan GREATER KL/KV

Program-program sistem pembetungan di bawah River Of Life Gretaer KL/KV yang

terdapat di dalam Negeri Selangor adalah melibatkan beberapa jenis projek dalam

tempoh pelaksanaan tertentu. Kerja-kerja pembinaan loji rawatan regional plant,

menaiktaraf loji, proses rasionalisasi dan pemulihan rangkaian paip pembetung

merupakan antara projek pembangunan yang terkandung di bawah program tersebut.

Rumusan bagi projek yang terlibat mengikut PBT adalah seperti berikut:

Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) Jenis Projek Pembangunan

Pembinaan Loji Wilayah

RasionalisasiLoji

Pengubahsuaian Loji

Pemulihan Rangkaian

Pembetungan Majlis Daerah Sabak Bernam - - - - Majlis Daerah Kuala Selangor

- - - -

Majlis Daerah Hulu Selangor - - - - Majlis Perbandaran Selayang 1 79 19 7km Majlis Perbandaran Ampang Jaya

4 113 - 55km

Majlis Perbandaran Kajang 3 147 11 19.841km

Majlis Perbandaran Subang Jaya

- 3 8 24.4km

Majlis Bandaraya Shah Alam - - 11 6.8km Majlis Bandaraya Petaling Jaya

- 219 8 35.6

Majlis Perbandaran Klang 1 72 10 40.362km Majlis Daerah Kuala Langat - - - 3.888km Majlis Perbandaran Sepang - - 2 4.617km

Sumber: Indah Water Konsortium, Bahagian Perancangan Wilayah Tengah, 2012. Berdasarkan cadangan kawasan tadahan & tertakluk kepada perubahan pelan perancangan negeri.