b11#:#saliran# -...

44
B11 : SALIRAN

Upload: dinhtram

Post on 09-Feb-2018

306 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

B11#:#SALIRAN#

Page 2: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

BIDANG B PERANCANGAN SPATIAL

B1.0 Guna Tanah Dan Fizikal

B2.0 Petempatan Bandar Dan Desa Serta Koridor Pembangunan

B3.0 Pertanian, Perhutanan Dan Perlombongan

B4.0 Perindustrian

B5.0 Perumahan Dan Kejiranan Hijau

B6.0 Kemudahan Masyarakat, Rekreasi Dan Sukan

B7.0 Pelancongan

B8.0 Perniagaan dan Perkhidmatan

B9.0 Perhubungan Dan Pengangkutan

B10.0 Bekalan Air, Elektrik, Gas, Telekomunikasi Dan Jalur Lebar

B11.0 SALIRAN DAN PERPARITAN

B12.0 Sistem Pembentungan

B13.0 Pengurusan Sisa Pepejal Dan Toksid

B14.0 Alam Sekitar Dan Pengurusan Sumberjaya

B15.0 Pemeliharaan Warisan

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-1

B11.0 SALIRAN DAN PERPARITAN

Kajian sektor saliran dan perparitan meliputi tiga aspek utama iaitu pengurusan

lembangan sungai-sungai utama Negeri Selangor, kajian fenomena banjir dan

keupayaan saliran semasa bagi kedua-dua kawasan lembangan sungai utama dan

perbandaran utama.Kajian ini juga mengenalpasti isu-isu berkaitan dan

mengemukakan cadangan-cadangan am bagi mengatasinya.

B11.1 Penemuan Semasa

Terdapat (tujuh 7) lembangan utama dalam Negeri Selangor, iaitu Lembangan Sungai

Bernam, Lembangan Sungai Tengi, Lembangan Sungai Selangor, Lembangan Sungai

Buloh, Lembangan Sungai Klang, Lembangan Sungai Langatdan Lembangan Sungai

Sepang/Sepang Kecil(Rajah B11.1). Setiap lembangan tersebut mempunyai latar

belakang dan ciri-ciri fizikal tertentu termasuk keupayaan pembekalan air mentah bagi

setiap lembangan serta kegunaan sumber air tersebut untuk aktiviti pertanian.

B11.1.1 Lembangan-Lembangan Sungai Utama Negeri Selangor

i. Lembangan Sungai Bernam

a) Kedudukan Geografi

Sungai Bernam merupakan sungai yang menjadi sempadan antara Negeri

Selangor dan Negeri Perak.Ianya mengalir bermula dari Bukit Liang Timur

yang menjadi sebahagian dari Banjaran Titiwangsa, di bahagian

timurlembangan dan mengalir kebahagian barat lembangan ke Selat

Melaka, di mana terletaknya pekan Sabak Bernam.Bahagian timur

lembangan ini merupakan kawasan pertanian yang sesuai untuk

penanaman getah dan kelapa sawit, manakala di bahagian barat

(hilir/menghampiri laut), merupakan kawasan berpaya dan rendah yang

sebahagian besarnya telah di tukarkan kepada kawasan penanaman padi

dengan perlaksanaan projek IADA Barat Laut Selangor.

(b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 200 km

Lebar (Purata) : 50 meter

Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 3,335km persegi

Kuantiti aliran (Q) = 2,100 JLH

Page 4: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 5: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-3

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Fenomena banjirbukanlah merupakan isu utama bagi Lembangan Sungai

Bernam.Walaubagaimanapun terdapat beberapa lokasi di dalam lembangan ini

yang sering dilanda banjir, sebagaimana berikut:

x BahagiantengahSungaiBernam yang rendah, iaitu Kg. Sungai Panjang,

Ladang PKPS, LadangGagasandankawasansekitarnya.

x Bahagian hulu Sungai Bernam yang rendah seperti Kg.Paya

Lebar,Kg.Sg.Nilam,Kg.SungaiSelisik,Kg.Lalang,Kg.Sri Keledang dan

kawasan berdekatan.Bahagian menghampiri muara Sungai Bernam

seperti Kampung Sg. Air Tawar, pekan Sabak Bernam di sebabkan oleh

fenomena pasang surut air Laut Selat Melaka menghalang pengaliran

air Sungai Bernam.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Lembangan Sungai Bernam mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan

sumber bekalan air mentah masa hadapan bagi Negeri

Selangor.Walaubagaimanapun, terdapat aktiviti pengorekan dan pengambilan

pasir di Sungai Bernam telah menyebabkan pencemaran dan menjejaskan

kualiti sumber air mentah.Aktiviti ini perludikawal dan diberi

perhatian/pengawasan yang sewajarnyaoleh pihak Pejabat Tanah dan Daerah

terutama di sebelah Negeri Perak.

Terdapat tiga (3) LojiRawatan Air (LRA) bersih di dalamLembangan Sungai

Bernam, iaitu LRA Bernam River Head Works, LRA Sungai Selisek dan LRA

Kalumpang. Perincian jumlah kapasiti dan muka sauk boleh didapati di dalam

laporan sistem bekalan air (BabB10.1).

Sungai Bernam Sumber :www.selangorku.com

Page 6: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-4

e) Rizab dan Koridor

Sungai Bernam mempunyai kelebaran laluan air antara tebing melebihi 40

meter, justeru rizab sungai adalah 50 meter dari kedua-dua belah tebing

sungai.Di kawasan-kawasan rendah yang terdedah kepada banjir di bahagian

tengah dan hulu Sungai Bernam dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai

dengan jarak 75 meter bagi setiap tebing sebagai tambahan kepada rizab sungai

untuk dijadikan flood plainarea.

f) Saliran Pertanian

Sungai Bernam membekalkan juga air saliran pertanian untuk kawasan

penanaman padi sekitar Sekinchan dan Sungai Besar, yang menjadi sebahagian

dari Barat Laut Selangor.Terdapat sebuah rumah pam di Bagan Terap yang

berfungsi mengepam dan membekalkan air saliran pertanian bagi kawasan

penanaman padi tersebut melalui sebuah terusan yang dinamakan Terusan

Sungai Sireh.

ii. Lembangan Sungai Tengi

a) Kedudukan Geografi

Sebahagian besar dari kawasan tadahannya adalah berada di Daerah Kuala

Selangor, tetapi kawasan tadahan lembangan ini juga menjangkau ke daerah-

daerah berhampiran iaitu SabakBernam dan Hulu Selangor.Muara lembangan

sungai ini adalah Bandar TanjongKarang, manakala bahagian hulu lembangan

ini adalah Hutan Simpan Paya Gambut di Kuala Selangor yang terdiri dari Hutan

Simpan Paya Gambut Raja Musa dan Hutan Simpan Paya Gambut Sungai Karang.

Terusan Sungai Sireh Sumbetr :http://sgsireh.com.my/images/IMG_3532.jpg

Page 7: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-5

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 21 km Lebar (Purata) : 50 meter Keluasankawasantadahankeseluruhan : 528 km persegi

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Secara umumnya fenomena banjir di lembangan Sungai Tengi tidak begitu

kritikal di sebabkan terdapat hutan simpan paya bakau yang mampu menakung

air lebihan dari bahagian hulu lembangan ketika berlakunya hujan

lebat.Keupayaan menakung air ini bagi Hutan Simpan Paya Gambut di Kuala

Selangor dapat melindungi kawasan hilir/muara sungai daripada banjir yang

terdiri dari penempatan utama sepanjang Sungai Tengi. Walaupun begitu

terdapat juga banjir yang sering berlaku di kawasan Kampung Sg. Sireh di

sebabkan limpahan air terusan utama Sungai Sireh.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Hutan Simpan Paya Gambut di Kuala Selangor yang terdiri dari Hutan Simpan

Paya Gambut Raja Musa dan Hutan Simpan Paya Gambut Sungai Karang adalah

bahagian hulu Lembangan Sungai Tengi, justeru penjagaan dan pengekalan

hutan paya gambut ini amat penting untuk sumber air kawasan pengairan IADA

Barat Laut Selangor.

Keadaan semasa menunjukkan terdapat tiga (3) Loji Rawatan Air (LRA) bersih

di dalam Lembangan Sungai Tengi, iaitu LRA Sungai Tengi, LRA Sungai Dusun

dan LRA Sungai Sireh.

Hutan Simpan Paya Gambut Sungai Karang Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0110&pub=kosmo&sec=rencana_utama&pg=ru_03.htm

Page 8: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-6

e) Rizab dan Koridor

Sungai Tengi termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai

dari tebing ke tebing melebihi 40 meter, justeru rizab sungai adalah 50 meter

dari kedua-dua tebing sungai.

f) SaliranPertanian

Sungai Tengi juga merupakan sebahagian dari sistem saliran pertanian projek

IADA Barat Laut Selangor. Sebuah struktur pintu air yang berfungsi sebagai ibu

bekalan air saliran pertanian telah dibina di Sungai Tengi yang menyalurkan

bekalan ke Terusan Sungai Sireh dan seterusnya ke kawasan-kawasan

penanaman padi sekitar Tanjong Karang.

iii. Lembangan Sungai Selangor

a) Kedudukan Geografi

Sungai Selangor yang panjangnya 110 km bermula di pergunungan Banjaran

Titiwangsa yang bersempadan dengan Negeri Pahang (berhampiran pusat

peranginan Fraser Hill) mengalir melalui Pekan Kuala Kubu Baru dan Rasa di

Daerah Hulu Selangor, seterusnya ke Batang Berjuntai dan Bandar Kuala

Selangor di Daerah Kuala Selangor sebelum memasuki muara di Selat Melaka.

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 110 km

Lebar (Purata) : 50 meter

Keluasankawasantadahankeseluruhan : 2,200 km persegi

Sungai Selangor Sumber :news.abnxcess.com

Page 9: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-7

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

d) Sumber Air Dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Lembangan Sungai Selangor menyumbangkan 60% daripada sumber air bersih

bagi kegunaan domestik dan industri bagi Negeri Selangor dan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terdapat dua (2) empangan di

Lembangan Sungai Selangor, iaitu Empangan Sungai Tinggi dan Empangan

Sungai Selangor.

Pada tahun 2008, purata pengabstrakan air bulanan dari Lembangan sungai ini

untuk bekalan air adalah sebanyak 2,609 Juta Liter SeHari (JLH).Kadar

pengabstrakan air telah meningkat pada purata 2% setiap tahun. Oleh itu Sungai

Selangor tidak berupaya untuk menampung kadar pengabstrakan air tersebut

semasa musim kemarau jika tanpa pelepasan air dari empangan Sungai Selangor

dan Empangan Sungai Tinggi.

Buat masa ini terdapat sembilan (9) Loji Rawatan Air (LRA) yang beroperasi di

dalam Lembangan Sungai Selangor, iaitu LRA Sungai Selangor Plant 1(SSP1),

LRA Sungai Selangor Plant 2(SSP2), LRA Sungai Selangor Plant 3(SSP3), LRA

Rantau Panjang, LRA Sungai Buaya, LRA Sungai Rangkap, LRA Batang Kali, LRA

Rasa dan LRA Kuala Kubu Bharu.

Kawasan Banjir Lembangan Sungai Selangor

Petunjuk :

Kawasan Banjir

Page 10: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-8

e) Rizab dan Koridor

Sungai Selangor termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai

dari tebing ke tebing melebihi 40 meter, justeru rizab sungai adalah 50 meter

dari kedua-dua tebingsungai.

Di kawasan-kawasan rendah yang terdedah kepada banjir di bahagian tengah

dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai

dengan jarak 75 meter bagi setiap tebing sebagai tambahan kepada rizab sungai

untuk dijadikan ‘flood plain area’.

iv. Lembangan Sungai Buloh

a) Kedudukan Geografi

Lembangan Sungai Buloh terletak di bahagian selatan Lembangan Sungai

Selangor adalah lembangan sungai yang paling kecil di antara ke tujuh-tujuh

lembangan-lembangan sungai yang terdapat di dalam Negeri Selangor.

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjang keseluruhan :11.6 km

Lebar (Purata) : 10 meter

Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 524 km persegi

Sungai Buloh Sumber :http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.81635.1346720437!

/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Page 11: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-9

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Dengan kedudukan lembangan sungai ini di pinggir dan berhampiran Bandaraya

Kuala Lumpur serta penempatan yang padat dan aktiviti ekonomi maka ianya

mempunyai skala tahap pembangunan yang maksima dan tinggi. Kepesatan

pembangunan membawa perubahan seperti kadar larian air permukaan yang

tinggi dan masa penumpuan yang pendek.

Dengan kawasan tepubina yang tinggi maka jumlah air larian permukaan yang

sampai ke sungai juga adalah dengan kuantiti yang banyak, maka terjadilah

banjir dengan limpahan air sungai menenggelami kawasan sepanjang Sungai

Buloh, walaupun tempoh hujan yang pendek dan intensi yang sederhana.

Fenomena ini jelas berlaku di kawasan-kawasan yang kurang prasarana

perparitan menghubungkan lokasi berkenaan ke Sungai Buloh seperti Kampung

Melayu Sungai Buloh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak,

Kampung Baru Sungai Buloh dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Tiada aktiviti abstraksi air permukaan dan tiada terdapat loji rawatan air yang

terdapat di dalam lembangan sungai ini, justeru itu buat masa ini tiada

penggantungan sumber bekalan air mentah untuk Negeri Selangor dari

Lembangan Sungai Buloh.

e) Rizab dan Koridor

Sungai Buloh termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai

dari tebing ke antara 10-20 meter, justeru rizab sungai ini adalah 20 meter dari

kedua-dua tebing sungai.

v. Lembangan Sungai Klang

a) Kedudukan Geografi

Lembangan Sungai Klang terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung

Malaysia bermula dari Banjaran Titiwangsa, di bahagian hulu Daerah Gombak

dengan aras tertinggi mencecah 1,330 meter dari aras laut dan mengalir terus

ke Selat Melaka melalui Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. Sebahagian besar lembangan Sungai Klang adalah kawasan yang

paling pesat membangun dan paling padat penduduk di Malaysia di mana

Page 12: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-10

terletaknya Lembah Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.Pertemuan antara

Sungai Klang dan Sungai Gombak (salah satu cabang Sungai Klang) adalah lokasi

pertemuan yang membentuk Bandaraya Kuala Lumpur.

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 120 km (W.P Kuala Lumpur : 40 km dan Selangor : 80 km) Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 1,288 km persegi

c) Guna Tanah, Keupayaan Saliran dan FenomenaBanjir

Lembangan Sungai Klang merupakan satu kawasan bandar yang membangun

dengan pesat.Kawasan-kawasan tidak telap air di bandar termasuklah litupan

bangunan, jalan raya, tempat meletak kereta dan sebagainya yang terdapat di

lembangan ini.Ini berbeza dengan kawasan luar bandar yang mempunyai

permukaan telap air yang besar.

Guna tanah di lembangan sungai ini meliputi bangunan-bangunan

perniagaan/komersial, skim/taman perumahan, bank, pusat membeli-belah,

landasan dan stesen Transit Aliran Ringan dan tempat letak kenderaan yang

berturap.Ini menjelaskan bahawa perubahan guna tanah di kawasan ini banyak

dipengaruhi oleh aktiviti manusia dan bukannya oleh faktor-faktor semulajadi.

Dengan perubahan guna tanah ini, air larian permukaan akan bertambah

sementara masa aliran di atas permukaan berkurangan serta mengakibatkan

peningkatan kadaralir puncak.

Justeru, proses perbandaran mampu meningkatkan isipadu air larian

permukaan dan aliran puncak dan keadaan ini menimbulkan masalah kepada

sistem saliran yang terdapat di dalam lembangan ini.

Tulang belakang kepada aktiviti-aktiviti pembangunan adalah tebus tanah.

Tebus tanah akan menghasilkan kadar hakisan terhadap tanah dan hakisan ini

akan mengakibatkan mendapan. Proses perbandaran mempunyai pertambahan

pemendapan sebanyak 100 hingga 250 kali berbanding kawasan luar bandar.

Tahap pencemaran yang berlaku turut bertambah akibat daripada pembuangan

sisa perindustrian, perumahan dan sebagainya. Akibatnya kecekapan hidraulik

bagi sungai utama dan anak-anak sungai yang terdapat di dalam lembangan ini

akan berkurangan dengan adanya mendapan berlaku pada dasar sistem saliran.

Mendapan ini akanmengecilkan saiz sebenar dan aliran dalam saliran

tersebut.Masalah ini menjadi lebih serius jika terdapat hakisan dan runtuhan

Page 13: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-11

tebing berlarutan.Maka, fenomena-fenomena ini menyumbang ke arah kejadian

banjir yang sering berlaku di Lembangan Sungai Klang ini.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Terdapat dua (2) takungan di dalam Lembangan Sungai Klang iaitu Empangan

Batu dan Empangan Klang Gates, sembilan (9) Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA

Bukit Nanas (Kuala Lumpur), LRA Wangsa Maju (Kuala Lumpur), LRA Ampang

Intake, LRA Sungai Batu, LRA Gombak, LRA Sungai Rumput,LRA North

Hummock, LRA Kepong, Kepong (Kuala Lumpur) dan LRA Sungai Keroh (Kuala

Lumpur).

e) Rizab dan Koridor

Sungai Klang termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai

dari tebing ke tebing antara 30-40 meter, justeru rizab sungai ini adalah 40

meter dari kedua-dua tebing sungai. Sungai Klang telah diwartakan di bawah

Sub perenggan 13(1)(ii)(a), KTN 1965 pada Jun 2009 (No. warta 2004).

vi. Lembangan Sungai Langat

a) Kedudukan Geografi

Lembangan Sungai Langat yang alirannya berpunca dari Gunung Nuang,

Banjaran Titiwangsa terletak di bahagian selatan Negeri Selangor dan

merupakan lembangan kedua (ke-2) terbesar di Negeri Selangor. Ia terletak di

selatan Bandaraya Kuala Lmpur dan mengalir merentasi tiga (3) buah negeri

Sungai Klang Sumber :malaysiaaktif.my

Page 14: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-12

iaitu Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan

sebelum sampai ke penghujungnya atau muaranya di Selat Melaka berhampiran

Bandar Banting, Kuala Langat.

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 200 km

Lebar (Purata) : 20-52 meter

Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 2,423 km persegi

c) Guna Tanah, KeupayaanSaliran dan Fenomena Banjir

Lembangan Sungai Langat merupakan salah satu kawasan pertumbuhan

ekonomi yang pesat dan pembangunan fizikal yang rancak. Justeru, lembangan

sungai ini menyaksikan proses pembangunan yang berterusan berlaku,

terutama pembangunan-pembangunan mega seperti KLIA, Putrajaya, Cyberjaya,

Litar F1 dan pembukaan kawasan-kawasan baru bagi memenuhi keperluan

perumahan, perniagaan dan perindustrian.

Sebagaimana yang terjadi kepada kedua-dua lembangan Sungai Buloh dan

lembangan Sungai Klang yang mana guna tanah telah berubah dengan begitu

ketara sekali, situasi yang sama juga berlaku di lembangan Sungai Langat ini

yang mana kawasan tepu bina pembangunan meningkat menyebabkan

peningkatan kuantiti air larian permukaan dan penurunan keupayaan saliran

sungai-sungai yang berada di dalam lembangan ini. Ini adalah faktor-faktor yang

menyumbang ke arah kekerapan berlakunya kejadian banjir di dalam

Lembangan Sungai Langat.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Lembangan Sungai Langat merupakan salah satu lembangan sungai yang

menjadi sumber air mentah utama Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

Putrajaya.Prasarana sistem bekalan air yang terdapat di dalam Lembangan ini

adalah seperti berikut terdapatnya dua (2) buah Empangan iaitu Empangan

Sungai Langat dan Empangan Sungai Semenyih. Terdapat sepuluh (10) Loji

Rawatan Air (LRA) dalam Lembangan Sungai Langat iaitu LRA Salak Tinggi, LRA

Bukit Tampo, LRA Sungai Semenyih, LRA Batu 11 (Cheras), LRA Sungai Langat,

LRA Sungai Serai, LRA Sungai Pangsoon, LRA Sungai Lolo, LRA Sungai Lolo

(Baru) dan LRA Sungai Labu.

Page 15: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-13

Pada tahun 2011, purata pengabstrakan air bulanan dari lembangan sungai ini

untuk bekalan air adalah sebanyak 1,138 Juta Liter SeHari (JLH).Kadar

pengabstrakan air telah meningkat pada purata 2% setiap tahun.Jumlah ini

adalah separuh dari jumlah air yang diabstrak dari Lembangan Sungai Selangor.

e) Rizab dan Koridor

Sungai Langat termasuk di dalam kategori yang mempunyai kelebaran sungai

dari tebing ke antara 20-52 meter, justeru rizab sungai ini adalah 50 meter dari

kedua-dua tebing sungai.

f) SaliranPertanian

Lembangan Sungai Langat tidak membekalkan air untuk kegunaan sistem

pengairan pertanian pada skala yang besar.

vii. Lembangan Sungai Sepang/Sepang Kecil

a) Kedudukan Geografi

Untuk memudahkan kajian kedua-dua sungai ini disatukan dalam satu

lembangan yang dipanggil Lembangan Sungai Sepang/Sepang Kecil.Lembangan

Sungai Sepang /Sepang Kecil adalah lembangan yang terkecil di dalam Negeri

Selangor.Sungai Sepang merupakan sungai yang menjadi persempadanan antara

Negeri Selangor dan Negeri Sembilan dan terletak di kedudukan paling selatan

di Negeri Selangor.

Sungai Langat Sumber :www.abhamz.com

Page 16: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-14

b) Ciri-ciri Fizikal :

Panjangkeseluruhan : 18 km (Sungai Sepang) dan 12 km (Sungai Sepang Kecil)

Lebar (Purata) : 20 meter

Keluasan kawasan tadahan keseluruhan : 135 km persegi

c) Guna tanah, KeupayaanSaliran dan FenomenaBanjir

Sungai Sepang Kecil yang terdapat di dalam Lembangan Sungai Sepang

merupakan sungai yang amat penting bagi sistem saliran kawasan KLIA kerana

sebahagian besar kawasan tadahan KLIA (selatan) terletak pada lembangan

sungai ini, justeru sungai ini berfungsi sebagai ‘discharge’ atau outlet bagi kawasan tadahan KLIA tersebut. Sungai ini mengalir ke arah selatan KLIA

melalui perkampungan tradisional seperti Kg. Ulu Chucoh dan Kg. Ulu Teris dan

terus mengalir ke muara di Selat Melaka yang terletak di Bagan Lalang.

d) Sumber Air dan Pengurusan Abstraksi Air Permukaan

Tiada aktiviti abstraksi air permukaan dan tiada terdapat loji rawatan air yang

terdapat di dalam lembangan sungai ini, justeru itu buat masa ini tiada

penggantungan sumber bekalan air mentah untuk Negeri Selangor dari

Lembangan Sungai Sepang.

e) Rizab dan Koridor

Sungai Sepang/Sepang Kecil termasuk di dalam kategori yang mempunyai

kelebaran sungai dari tebing ke antara 20-40 meter, justeru rizab sungai ini

adalah 40 meter dari kedua-dua tebing sungai.

B11.1.2 Profil Banjir Negeri Selangor

Mengikut Laporan Kajian Bagi Menentukan Keutamaan Kawasan Banjir Di Negeri

Selangor yang dilakukan pada tahun 2011 sehingga Mei 2012, terdapat sejumlah 117

lokasi banjir di Negeri Selangor. Kajian tersebut melalui 3 agensi utama iaitu Jabatan

Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT). Bilangan lokasi banjir mengikut daerah adalah berdasarkanJadual

B11.1 dan senarai keutamaan lokasi banjir bagi Negeri Selangor berdasarkan jadual

B11.2.

Page 17: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-15

Jadual B11.1: Bilangan Lokasi Banjir Mengikut Daerah Daerah Bilangan Lokasi Banjir

Data JPS Data Tambahan Dari Pejabat Daerah

Sabak Bernam 3 Tiada Tambahan Kuala Selangor 4 Tiada Tambahan Hulu Selangor 4 14 Gombak 4 5 Hulu Langat 15 3 Petaling 10 5 Klang 6 Tiada Tambahan Kuala Langat 14 1 Sepang 13 16 Jumlah 73 44 Jumlah Besar 117

Sumber:Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (Mei 2012) Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor (Mei 2012)

Jadual B11.2: Keutamaan Lokasi Banjir di Negeri Selangor

Keutamaan Banjir

Daerah Nama Lokasi

1. Klang Kg. Delek, Kg. Sg. Udang dan Taman Chi Leong

2. Hulu Langat Taman Sri Nanding

3. Klang Taman Klang Utama, Rantau Panjang, Sementa dan Kg. Tok Muda

4. Klang Kg. Jawa, Taman Sri Sentosa, Taman Bukit Kemuning dan Taman Bandar Puteri

5. Sabak Bernam Kawasan Sg. Panjang (Ladang PKPS dan Ladang Gagasan)

6. Sabak Bernam Kaw. Sawah Parit 6-8 7. Hulu Selangor Kg. Batu 30 Hulu Yam Lama 8. Gombak Kg. Batu 8 - Batu 10 Gombak Utara 9. Hulu Langat Sg. Putih, Sg. Serai dan Sg. Betong

10. Sepang Kg. Salak Tinggi

11. Sepang Estet Teluk Merbau 12. Sepang Rancangan Tanah Belia (RTB) Labu Lanjut

13. Sepang Revolusi Hijau 14. Petaling Persiaran Jubli Perak, Kg. Kebun Bunga dan

Laluan Motorsikal Lebuhraya Persekutuan 15. Hulu Langat Kg. Dusun Tua Sebarang, Batu 16, Dusun Tua

16. Petaling Kondo One Avenue, USJ 1, Persiaran Subang Mewah

20. Hulu Selangor Kg. Sg. Masin, Kg. Sentosa, Kg. Rantau Panjang, Kg. Rawang Putar, Kg. Sekolah & Kg. Genting Malik

21. Sabak Bernam Kg. Sekendi 22. Hulu Selangor Kg. Sg. Kamin

Page 18: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-16

bersambung…

Keutamaan Banjir

Daerah Nama Lokasi

23. Petaling Kg. Budiman 24. Gombak Kg. Kuala Ampang

25. Petaling Kg. Seri Aman 26. Petaling Kg. Padang Jawa

27. Sepang Taman Baiduri 28. Klang Jalan Sg. Rasa (Kaw. Stesen Minyak)

29. Sepang Kg. Seri Tanjung

30. Hulu Langat Kg. Batu 10 Jalan Cheras 31. Sepang Kg. Pulau Meranti

32. Hulu Langat Pekan Kajang, Kg. Sg. Kantan & Kg. Jalan Kelapa 33. Hulu Langat Sg. Michu

34. Hulu Langat Kg. Melayu Ampang

35. Hulu Langat Kg. Bangi Lama 36. Gombak Kg. Melayu Sg. Buloh

37. Sepang Kg. Hulu Teris, Kg. Ulu Chucoh & Agrotek Sepang 38. Sepang Kg. Ampar Tenang

39. Hulu Selangor

Kg. Gurney Hulu Yam Baru

40. Hulu Selangor

Kg. Lalang Hulu Bernam

41. Kuala Langat Kg. Jaya Sepakat

42. Hulu Langat Sg. Gahal 43. Hulu

Selangor Kg. Soeharto 1 & 2, Hulu Bernam

44. Kuala Langat Kg. Batu 10, Kebun Baru

45. Sepang Kg. Sg. Merab 46. Sepang Kg. Ginching Hilir

47. Hulu Langat Sg. Semungkis 48. Sepang Kg. Jenderam Hulu

49. Hulu Selangor

Kaw. Perindustrian Mat Taib

50. Hulu Langat Kg. Liu 51. Sepang SRJK Tamil Taman Perumahan

52. Sepang Kg. Cemperai 53 Hulu Langat Batu 20, Kg. Sg. Lui

54. Petaling Kg. Baru Hicom 55. Sepang Taman Permata

56. Klang Bukit Kapar, Meru

57. Petaling Kg. Kubu Gajah, Kg. Merbau Sempak & Kg. Paya Jaras Hilir

58. Petaling Kg. Bt. 13 Puchong

Page 19: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-17

bersambung…

Keutamaan Banjir

Daerah Nama Lokasi

59. Petaling Kg. Kenangan, Puchong 60. Kuala Selangor Kg. Parit Mahang, Kg. Bukit Cerakah, Kg. Bukit

Hijau, Kg. Sentosa, Kg. Bukit Kuching & Kg. Bukit Kerayong

61. Hulu Selangor Sg. Koskan Tambahan

62. Sepang Pusat Penetasan Ayamas Integrated

63. Sepang Kg. Lembah Paya 64. Hulu Langat Kg. Sg. Jernih 65. Hulu Langat Taman Selamat, Taman Saujana& Taman Jenaris 66. Sepang Kg. Semarang

67. Hulu Langat Kg. Pandan Dalam 68. Gombak Jalan J1 Fasa 6, Taman Melawati

69. Gombak Kg. Fajar 70. Kuala Selangor Kg. Ampangan, Kg. Sg. Sireh& Kg. Sawah Sempadan

71. Hulu Selangor Kg. Seri Keledang

72. Hulu Langat Kg. Padang 73. Sepang Taman Sri Siantan

74. Petaling Kg. Bukit Lanchong 75. Sepang Taman Desa Indah

76. Petaling Kg. Bukit Cherakah

77. Gombak Batu 8 Hulu Kelang 78. Sepang Taman Desa Jenderam

79. Sepang SRJK Tamil (Mukim Sepang) 80. Petaling Pintu Masuk Belakang UiTM Shah Alam

81. Sepang Kg. Dato Abu Bakar Baginda 82. Sepang Kg. Pengkalan Manggis

83. Hulu Selangor Kg. Sg. Buaya

84. Petaling Bandar Baru Sg. Buloh Jalan 2/2 85. Sepang Pasar Pekan Salak

86. Kuala Langat Kg. Sg. Judah & Kg. Melayu Pulau Carey 87. Hulu Langat Jalan Kolam Air

88. Hulu Selangor Kg. Jawa Kerling

89. Hulu Selangor Kg. Gedangsa 90. Gombak Jalan Rawang ke Kundang

91. Gombak Pekan Baru Kundang 92. Gombak Kg. Bunga Raya

93. Kuala Selangor Kg. Permatang, Kg. Bukit Belimbing, Kg. Raja Musa, Kg. Makmur, Ladang Raja Musa & Kg. Sri Makmur

94. Klang Taman Sri Muda & Taman Bukit Rimau 95. Kuala Langat Jalan Sukun Kanchong Darat

96. Kuala Langat Kg. RTB Bukit Changang 97. Sepang Kg. Bukit Bangkong

98. Hulu Selangor Taman Damai KKB

Page 20: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-18

bersambung… S

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor , Mei 2012 Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , Mei 2012

Keutamaan Banjir

Daerah Nama Lokasi

99. Kuala Langat Kg. Kelanang, Jalan Raba 100. Kuala Langat Kg. Olak Lempit

101. Kuala Langat Kg. Sg. Nangka 102. Petaling Taman Mesra 103. Petaling Persiaran Kewajipan (Berhampiran Bangunan

Mesiniaga) 104. Kuala Langat Kg. Orang Asli Paya Rumput

105. Kuala Langat Kg. Kundang

106. Hulu Selangor Kg. Karong Tengah 107. Sepang Kg. Orang Asli Jenderam Hilir

108. Hulu Selangor Kg. Paya Dalam KKB 109. Hulu Selangor Kg. Paya Lebar, Kg. Sg. Nilam & Kg. Sg. Selisik

110. Hulu Selangor Kg. Hulu Rening 111. Hulu Selangor Kg. Kelapa KKB

112. Kuala Selangor Kg. Rantau Panjang

113. Kuala Langat Kg. Sg. Buaya 114. Kuala Langat Sg. Tongkah

115. Kuala Langat Kg. Tanjung Sepat 116. Kuala Langat Batu Laut

117. Kuala Langat Kanchong Tengah

Page 21: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 22: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-20

i. Daerah Petaling

Lembangan-lembangansungaiutama yang berada di dalam Daerah

PetalingadalahSungai Klang dan Sungai Buloh.Kira-kira 85% daripada keluasan

daerah ini terletak dalam Lembangan Sungai Klang dan 15% di dalam

Lembangan Sungai Buloh. Terdapat tiga zon banjir yang telah dikenalpasti

seperti di Jadual B11.3.

Jadual B11.3: Kawasan Banjir di dalam Daerah Petaling Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1. Zon Pinggir Pusat Bandar Shah Alam

seperti Taman TTDI, Batu 3 & sekitarnya. Sungai Damansara / Sungai Klang

2.

Zon Paya Jaras sepertikawasan Kg. Kubu Gajah, Merbau Sempak, Paya Jaras, dansekitarnya.

Sungai Buloh

3. Zon Serdang seperti di Seri Kembangan, Seri Serdang dan kawasan yang berhampiran.

Sungai Kuyoh / Sungai Klang

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

ii. Daerah Hulu Langat

Lembangan-lembangansungaiutama yang berada di dalam Daerah Hulu Langat

adalah Sungai Langat yang meliputi 90% daripada keluasan daerah dan

Lembangan Sungai Klang yang hanya meliputi sebahagian kecil daerah

(10%).Kawasan banjir meliputi kawasan Dusun Tua dan Pusat Bandar Kajang

(Jadual B11.4).

Jadual B11.4: Kawasan Banjir di dalam Daerah Hulu Langat

Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1. Zon Dusun Tua, iaitu jajaran Sungai Langat

dari Batu 10 hingga Batu 18 seperti Dusun Tua, Sungai Serai, Pekan Batu 18, Pekan Batu 16, Kg. Sungai Lui dan sekitarnya.

Sungai Langat

2. Zon Pusat Bandar Kajang.

Sungai Jelok @ Sungai Langat

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

Page 23: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 24: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 25: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-23

iii. Daerah Klang

Sebahagian besar Daerah Klang (85%) terletak di dalam Lembangan Sungai

Klang dan kira-kira 15% di dalam Lembangan Sungai Langat.Terdapat empat

zon banjir seperti di Jadual B11.5.

Jadual B11.5: Kawasan Banjir di dalam Daerah Klang Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1.

Zon Pusat Bandar Klang seperti Taman Melawis, Kg. Sungai Udang, Delek, Taman Sentosa, Telok Gadong dan kawasan sekitarnya.

a) Sungai Kelang @ Sungai Klang b)Sungai Telok Gadong @Selat Melaka

2. Zon Kota Raja seperti Sri Andalas, Johan Setia, Sri Muda dan kawasan berhampiran.

a) Sungai Aur @ Sungai Langat b)Sungai JohanSetia @Selat Langat

3. Zon Sementa seperti Kg. Sementa, Kampung Rantau Panjang dan kawasan berdekatan.

Sungai Puloh/Selat Melaka

4. Zon Padang Jawa seperti Kg. Padang Jawa dan sekitarnya.

Sungai Rasau/Sungai Klang

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor, 2012

iv. Daerah Gombak

Terdapat tiga lembangan sungaiutama yang berada di dalam Daerah Gombak

iaitu Sungai Klang yang meliputi 60% daripada keluasan daerah, Sungai

Selangor (25%) dan Sungai Buloh (15%).Kawasan mudah banjir di daerah ini

adalah seperti di Jadual B11.6.

Jadual B11.6: Kawasan Banjir di dalam Daerah Gombak Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1.

Zon Kundang seperti Kg.Melayu Kundang, Pekan Kundang,Kampung Sri Kundang, Kampung Muhibbah/Kundang Tambahan.

Sungai Kuang@ Sungai Selangor

2.

Zon Gombak Setia seperti Batu 6-12,Jalan Gombak, Kampung Sg. Chinchin,Kampung Sungai Pusu, Taman Greenwood, Kampung Kerdas.

Sungai Gombak@ Sungai Klang

3. Zon Batu Caves seperti Kampung WiraDamai, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Taman Jasa Utama, Kampung Melayu Batu Caves, Taman Sri Selayang.

Sungai Batu@ Sungai Klang

4. Zon Rawang seperti Pekan Lama Rawang, Kampung Lee Kim Sai, Sungai Choh, Kampung Bunga Raya, Taman Garing.

Sungai Rawang@ Sungai Selangor

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor. 2012

Page 26: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 27: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 28: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-26

v. Daerah Hulu Selangor

Lembangan-lembangan sungai utama yang berada di dalam Daerah Hulu

Selangor adalah Sungai Selangor yang meliputi 70% daripada keluasan daerah,

Sungai Bernam (20%) dan Sungai Tengi (10%).Terdapat empat kawasan yang

mudah mengalami banjir di daerah ini termasuklah kawasan Batang Kali dan

Hulu Yam (Jadual B11.7).

Jadual B11.7: Kawasan Banjir di dalam Daerah Hulu Selangor Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1. Zon Batang Kali seperti Pekan Batang Kali,

Kampung Genting Malik, Kampung Masjid, Kampung Sekolah, Kampung Tengah, Kampung Sri Cahya dan Kampung Sentosa.

Sungai Batang Kali@ Sungai Selangor

2. Zon Kuala Kubu Bharu sepertiKampung Kelapa, Kampung Paya Dalam, Taman Damai Sungai Ampang Pecah

@ Sungai Selangor 3. Zon Hulu Bernam seperti Kampung Soeharta

1 dan 2, Kampung Lalang, Kampung Sri Keledang.

Sungai Bernam@ Sungai Bernam

4. Zon Hulu Yam seperti Kampung Hulu Yam, Kampung Batu, Hulu Yam Lama, Kampung Hulu Kalong.

Sungai Liam@ Sungai Selangor

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

vi. Daerah Sepang

Kira-kira 80% daripada keluasan Daerah Sepang adalah terletak di dalam

Lembangan Sungai Langat dan 20% lagi di dalam Lembangan Sungai Sepang

/Sepang Kecil. Kawasan tadahan kritikal dan kawasan banjir adalah di zon Salak

Tinggi dan Dengkil (Jadual B11.8).

Jadual B11.8: Kawasan Banjir di dalam Daerah Sepang

Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1. Zon Salak Tinggi seperti Kg. GincingHilir, Kg.

Salak Tengah, Kg.Jijan, Kg.Chinchang, Kg. lbau Tengah dan sekitarnya

1. Sungai Jijan@ Sungai Labu@ Sungai Langat 2. Sungai Chinchang@ Sungai Labu@ Sungai Langat

2. Zon Dengkil seperti Kg. Limau Manis, Kg. Abu Bakar Baginda, Kg. Lalang, Kg. Sri Tanjong dan sekitarnya.

Sungai Langat@ Sungai Langat

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

Page 29: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 30: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 31: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-29

vii. Daerah Kuala Selangor

Lembangan sungai utama yang berada di dalam Daerah Kuala Selangor terdiri

daripada tiga lembangan iaitu Sungai Selangor yang meliputi 40% daripada

keluasan daerah, Sungai Tengi (34%) dan Sungai Buloh (16%). Daerah ini juga

mempunyai kawasan yang mudah dilanda banjir iaitu di kawasan Bestari Jaya,

Jeram dan di hilir Sungai Selangor (Jadual B11.9).

Jadual B11.9: Kawasan Banjir di dalam Daerah Kuala Selangor

Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1. Zon Bestari Jaya(Pertengahan ; Bestari Jaya)

seperti Kampung Rantau Panjang, Kampung Seri Makmur, Taman Suria, Jawa Selangor Estate.

Sungai Selangor@

Sungai Selangor

2. Zon Hilir Sungai Selangorseperti Kampung Bukit Belimbing, Kampung Permatang, Kampung Raja Musa, Ladang Raja Musa.

Sungai Selangor@

Sungai Selangor

3. Zon Jeram seperti Parit Mahang, Kampung Bukit Cerakah, Kampung Kucing, Kampung Kucing Tengah.

Sungai Buloh@

Sungai Buloh

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

viii. Daerah Kuala Langat

Bagi Daerah Kuala Langat yang keseluruhannya terletak di dalam Lembangan

Sungai Langat mempunyai empat kawasan yang mudah dilanda banjir seperti di

Jadual B11.10.

Jadual B11.10: Kawasan Banjir di dalam Daerah Kuala Langat

Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1. Zon Bukit Changgang seperti Bukit

Changgang, Olak Lempik, Paya Rumput. Sungai Langat@ Sungai Langat

2. Zon Bandar Banting seperti (Hilir ; Sungai Langat), Kampung Bukit Belimbing, Kampung Permatang, Kampung Raja Musa, Ladang Raja Musa.

Anak-Anak Sungai Langat@ Sungai Langat

3. Zon Telok Panglima Garang seperti Sijangkang, Jenjarom, Kampung Jaya Sepakat, Kampung Lombong, Batu 9, Kebun Baru.

Sungai Langat@ Sungai Langat

4. Zon Pantai Kuala Langat seperti Morib, Tanjung Sepat, Batu Laut.

Sungai Morib@ Sungai Batu Laut@ Sungai Tanjung Sepat

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor, 2012

Page 32: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 33: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 34: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-32

ix. Daerah Sabak Bernam

Dianggarkan 80% kawasan Daerah Sabak Bernam terletak dalam Lembangan

Sungai Bernam dan 20% di dalam Lembangan Sungai Tengi. Kawasan yang

mudah dilanda banjir hanya berlaku di kawasan Jalan Sungai Panjang (Jadual

B11.11).

Jadual B11.11: Kawasan Banjir Di Dalam Daerah Sabak Bernam Bil. Kawasan Mudah Banjir Outlet Saliran Utama 1. Zon Jalan Sungai Panjang iaitu Jalan ke

Tanjong Malim dari Sabak Bernam di KM45, KM44 & KM44.2, juga kawasan Ladang PKPS dan Ladang Gagasan.

Sungai Bernam@ Sungai Bernam

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor, 2012

B11.1.3 Pelan Induk Sistem Saliran Bandar

Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menjalankan kajian

Pelan Induk Sistem Saliran Bandar (Urban Drainage Master Plan) seperti Jadual B11.12.

Jadual B11.12: Senarai Kajian Pelan Induk Saliran Bandar yangTelah

Dijalankan oleh JPS Negeri Selangor Bil. Daerah Nama Kajian

Tahun

1. Sepang Kajian Makro Pelan Induk Saliran Untuk Multimedia Super Corridor (MSC).

1999

2. Klang Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Bandar Klang.

2009

3. Petaling dan Gombak

Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Sungai Buloh.

2009

4. Kuala Lumpur dan Petaling

Kajian Pelan Induk Saliran Untuk Bandar Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor.

2009

5. Hulu Langat Kajian Pelan Induk Saliran Bagi Majlis Perbandaran Kajang.

2010

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor , 2012

B11.1.4 Hakisan Pantai

Secara umumnya, pantai-pantai di Negeri Selangor tidak mengalami masalah hakisan

yang serius dan kritikal.Terdapat hanya sebilangan kecil lokasi yang mengalami

hakisan pada tahap kritikal seperti:-

i. Pantai Pasir Panjang, Daerah Sabak Bernam,

ii. Pantai Remis, Mukim Jeram, Kuala Selangor,

iii. Kampung Perepat serta Pulau Indah, Daerah Klang

iv. Kg. Batu Laut, Mukim Tanjong Sepat, Kuala Langat.

Page 35: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan
Page 36: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-34

Ini adalah kerana sebahagian besar kawasan pesisiran pantai di Negeri Selangor

dilindungi oleh hutan paya bakau dan dataran lumpur yang bertindak sebagai lapisan

pelindung atau buffer kepada ancaman hakisan dan bencana alam.Pesisir pantai di

Negeri Selangor juga terlindung dari tiupan angin kencang yang menyumbang ke arah

fenomena hakisan pantai.

Kawasan hutan paya bakau di Negeri Selangor meliputi kawasan seluas 15,202 hektar,

iaitu 23% dariapada keluasan keseluruhan hutan paya bakau yang terdapat di

Malaysia. Hutan paya bakau adalah jenis hutan khusus yang tumbuh di sepanjang

pantai atau muara sungai yang dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Lokasi-lokasi

utama hutan paya bakau dan dataran lumpur di Negeri Selangor adalah:-

i. Muara Sungai Bernam, Muara Sungai Burong, Muara Sungai Haji Dorani, Muara

Sungai Limau (Daerah Sabak Bernam).

ii. Muara Sungai Selangor, Muara Sungai Nibong (Daerah Kuala Selangor).

iii. Pulau-pulau di dalam Daerah Klang seperti Pulau Ketam, Pulau Tengah, Pulau

Selat Mahang, Pulau Selat Meriam, Pulau Che Mat Zain, Pulau Selat Kering dan

Pulau Pintu Gedong.

Walaubagaimanapun, hutan ini telah mula terancam dengan kesan semulajadi arus

pasang surut, kegiatan pembangunan dan penggunaan kayu bakau untuk aktiviti

pembinaan, kayu api dan arang. Namun kesan hakisan dan kegiatan pembangunan

yang berlaku telah menyebabkan kawasan hutan bakau itu semakin musnah dan kini

berada dalam zon 1 iaitu zon kawasan hutan paya bakau yang mengalami kemusnahan

serius.Justeru, pemeliharaan hutan paya bakau dan dataran lumpur ini amat penting

untuk memastikan ekosistem serta kehidupan flora dan fauna kawasan pesisiran

pantai dapat dikekalkan demi menjamin kelestarian hutan ini dan untuk memelihara

pesisiran pantai daripada ancaman hakisan.

Contoh gangguan kawasan bakau dari aktiviti

manusia di Jugra, Kuala Langat Sumber : http://outdoor.sekolah4u.com/?tag=destinasi-outdoor

Contoh gangguan kawasan bakau oleh proses

semulajadi di Batu Laut, Kuala Langat Sumber : http://outdoor.sekolah4u.com/?tag=destinasi-outdoor

Page 37: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-35

B11.1.5 Potensi Pemakaian Teknologi Hijau di dalam Sistem Saliran danPerparitan

Teknologi hijau adalah satu pendekatan untuk mengatasi masalah kemusnahan

alamsekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan,

memelihara ekosistem, serta pengurangan bebanan kos kepada kerajaan di dalam

usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai

alternative dalam usaha meningkatkan ekonomi Negara tanpa menjejaskan alam

sekitar.

Justeru itu, dalam konteks sistem saliran dan perparitan, penggunaan Manual Saliran

Mesra Alam (MASMA) dalam semua rekabentuk sistem saliran dan perparitan perlu

digunapakai untuk mencapaia spirasi Teknologi Hijau Negara.

B11.2 Indikator Dan Sasaran Jadual B11.13: Indikator, Pencapaian dan Sasaran Sektor Sistem Saliran dan

Perparitan Indikator Penanda Aras

(Amalan Terbaik) Pencapaian

Semasa (2012) Sasaran

(Tahun 2035) Kawasan Mudah Dilanda Banjir

5% 22.5% 9% (Keseluruhan

Malaysia) Sumber: Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012 Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara

Page 38: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-36

B11.3 Cadangan Am i. Mematuhi Dasar Dan Strategi Kerajaan Negeri

Memastikan pengurusan sungai perlu mengikuti dasar dan strategi yang telah

ditetapkan oleh kerajaan negeri, iaitu;

a) Mematuhi pelan pengurusan lembangan sungai berikut (dalam peringkat

pelaksanaan dan akan diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor):

x Pelan Pengurusan Lembangan Sungai (IRBM) Sg. Selangor 2013-2017.

x Pelan Pengurusan Lembangan Sungai (IRBM) Sg. Langat 2013-2017.

x Pelan Pengurusan Lembangan Sungai (IRBM) Sg. Klang 2013-2017.

b) Pematuhan aktiviti pembangunan terhadap syarat-syarat pewartaan sungai

utama beserta rizab kawalan pembangunan 50 meter kiri dan 50 meter kanan

dari tebing sungai di bawah Seksyen 48, Enakmen LUAS 1999 yang dilaksanakan

oleh Lembaga. Pada masa ini Lembaga telah dan dalam tindakan untuk

mewartakan sungai-sungai utama iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai

Klang, Sungai Bernam, Sungai Tenggi, Sungai Buloh dan Sungai Sepang. Manakala

anak-anak sungai utama yang lain juga turut akan terlibat dengan pewartaan ini

kelak yang mana akan dibuat secara selektif.

c) Mematuhi dasar pengurusan sungai di Negeri Selangor yang telah ditetapkan oleh

Kerajaan Negeri berhubung tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti

pengubahan sumber terhadap badan air semulajadi bagi mana-mana bahagian

aliran badan air semulajadi dengan “mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tidak

dilencongkan, dijajarkan, dialihkan, dikecilkan, dikambus dan dikonkrit” melalui

konsep pembangunan mengikut fizikal sungai.

ii. Penetapan Rizab Sungai Dan Pewartaan Rizab Sungai

Penyelesaian banjir melalui pendekatan ‘non-structure’ seperti pewartaan rizab sungai

dan menggunapakai atau mensyaratkan garis panduan manual saliran mesra alam

dalam pembangunan tanah.

Saluran sungai dan pelbagai saluran semulajadi atau sedia ada hendaklah diperuntukkan rizab sepertimana berikut : Jadual B11.15: Penetapan dan Keperluan Rizab Sungai

Bil. Kelebaran Laluan Air Antara TEbing

Keperluan Kelebaran Rizab Dari Kedua Belah Tebing Berdasarkan Keluasan

Sungai Sedia Ada 1. > 40 meter 50 meter 2. 20 – 40 meter 40 meter 3. 10 – 20 meter 20 meter 4. 5 – 10 meter 10 meter 5. < 5 meter 5 meter

Sumber: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Selangor 2012

Page 39: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-37

Peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) untuk menyatakan bahawa tanah

negeri yang bersebelahan dengan sungai sebagai tanah simpanan dengan diwartakan

sebagai rizab sungai perlu diambil. Kepentingan pewartaan tanah negeri yang

berhampiran dengan sungai dijadikan sebagai rizab sungai di antara lainnya akan

dapat mengurangkan beberapa masalah yang dihadapi. Sebagai contoh terdapat

kesukaran dalam melaksanakan kerja-kerja operasi dan pemuliharaan sungai,

kurangnya pengawalan terhadap penggunaan tanah di sepanjang jajaran sungai bagi

tujuan pertanian atau tujuan lain dan juga pembinaan struktur tanpa kawalan yang

rapi merentasi sungai dan dalam sungai.

Kebenaran undang-undang yang berkaitan dengan kuasa reservasi terhadap tanah

negeri di Semenanjung Malaysia terkandung di dalam Seksyen 62 Kanun Tanah Negara

(Akta 56 tahun 1965).Menurut KTN, ‘Rizab Tanah’ bermaksud tanah yang disimpan pada masa berkenaan bagi tujuan kegunaan awam (bawah Seksyen 62 atau undang-

undang tanah terdahulu). Pihak Berkuasa Negeri atau Pemerintah atau Kerajaan Negeri

boleh menyatakan mana-mana tanah negeri sebagai tanah simpanan untuk sebarang

kegunaan awam dengan pemberitahuan dalam pengwartaan.Pemberitahuan tersebut

perlu menerangkan pengertian rizab tanah, tujuan merizabkan tanah dan melantik

pegawai yang mengawal tanah rizab tersebut.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk

mewartakan jaluran sungai sebagai rizab sungai dan dengan itu JPS mempunyai hak

pengawalan terhadap rizab sungai.Kertas maklumat mengenai fungsi dan keperluan

pewartaan rizab sungai hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada semua

Kerajaan Negeri melalui Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.Walau

bagaimanapun di dalam menentukan kelebaran rizab sungai ini, perlu juga mengambil

kira penggunaan dan status pemilikan tanah di dalam kawasan berkenaan.Dengan

pewartaan rizab, kawalan pembangunan di sepanjang koridor /rizab sungai dapat

dilaksanakan secara lebih teratur dan menyeluruh. iii. Cadangan ‘River Improvement’ bagi Beberapa Sungai Kritikal

Beberapa sungai yang menjadi tulang belakang kepada sistem saliran kawasan

perbandaran perlu dilaksanakan program river improvement yang merangkumi

beberapa komponen kerja, iaitu :

a) Penyelenggaraan berterusan dari aspek pembersihan laluan seperti pencucian

am dan pembersihan sampah sarap serta tumbuhan kecil yang menghalang

pengaliran air.

b) Mendalamkan dasar dan kerja-kerja ‘desilting’ untuk membersih dasar sungai dan mengelakkan dari mendapan yang berlarutan.

Page 40: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-38

c) Pelebaran sungai.

d) Memperkukuhkan tebing dengan ‘concrete lining’ atau kaedah yang lain yangberkesan bagi melindungi cerun dan tebing sungai.

e) Pelurusan dan penjajaran semula sungai.

f) Pembinaan kunci air dan pam di pertemuan antara dua sungai.

g) Membuat lencongan / ‘Diversion’. h) Membaiki Outlet.

i) Menyediakan perangkap sampah jenis ‘logboom’, ‘gross pollutant trap’ dan yang bersesuaian.

Sungai-sungai yang menjadi perhatian bagi dilaksanakan program di atas (‘River Improvement’) adalah seperti Sungai Klang, Sungai Telok Gadong, Sungai Aur, Sungai Puloh, Sungai Johan Setia, Sungai Rasau, Sungai Damansara, Sungai Buloh, Sungai

Kuyoh, Sungai Langat, Sungai Serai, Sungai Jelok, Sungai Kuang, Sungai Gombak, Sungai

Batu, Sungai Rawang, Sungai Batang Kali, Sungai Liam, Sungai Labu, Sungai Jijan,

Sungai Chinchang, Anak-anak Sungai Langat, Sungai Morib, Sungai Batu Laut Dan

Sungai Tanjung Sepat. Perincian kerja-kerja river improvement adalah diterangkan di

dalam laporan teknikal.

iv. Cadangan Kajian Pelan Induk Sistem Peparitan Bandar (Urban Drainage System Master Plan) bagi Beberapa Kawasan Tadahan Kritikal.

Kajian Pelan Induk Sistem Perparitan Bandar perlu dibuat bagi beberapa kawasan

tadahan kritikal yang sering dilanda banjir, yang meliputi kawasan-kawasan

sebagaimana pada jadual berikut, iaitu Jadual B11.16. JadualB11.16 : Kawasan Tadahan Perbandaran Utama yang Memerlukan

Kajian Pelan Induk Saliran dan Perparitan Bandar Bil. Kawasan Tadahan

Utama Kawasan Sub-Catchtment

Daerah

1. Bandar Klang a) Pusat Bandar b) Sementa c) Kota Raja d) Bukit Kemuning

Klang

2. Bandar Shah Alam a) TTDI b) Batu Tiga c) Pusat Bandar (Persiaran Jubli Perak)

Petaling

3.

Seri Kembangan / Seri Serdang

a) Seri Kembangan b) Seri Serdang

Petaling

4.

Bandar Kajang a) Bandar Kajang b) Hulu Sungai Jeluh

Hulu Langat

5. Batu Caves Kawasan Batu Caves Gombak

6. Bandar Rawang Bandar Rawang Gombak

Page 41: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-39

7.

Batang Kali a) Pekan Batang Kali b) Pekan Hulu Yam

Hulu Selangor

8. Salak Tinggi Pekan Salak Tinggi

Sepang

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 Jadual B11.17: Senarai Cadangan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar dan

Tebatan Banjir Sungai untuk Dilaksanakan Sehingga 2035 Bil. Daerah Nama Kajian

(Kajian Pelan Induk Saliran Bandar)

Nama Kajian (Projek Tebatan Banjir

Sungai) 1. Petaling Kajian Pelan Induk Saliran

Bandar Shah Alam dan sekitarnya.

Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara dan Sungai Rasau.

2. Hulu Langat -

Projek Tebatan Banjir Sungai Langat dari Batu 11 – Batu 18 Jalan Hulu Langat.

3. Klang -

Projek Tebatan Banjir Sungai Telok Gadong, Sungai Aur, Sungai Puloh dan Sungai Johan Setia.

4. Gombak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Rawang, Selayang dan Batu Caves.

Projek Tebatan Banjir Sungai Kuang, Sungai Chincin dan Sungai Pusu.

5. Hulu Selangor

Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Batang Kali.

-

6. Sepang Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Dengkil dan Salak Tinggi.

Projek Tebatan Banjir Sungai Jinjang, Chincang dan Sungai Labu.

7. Kuala Selangor

Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Bestari Jaya dan Batang Berjuntai.

-

8. Kuala Langat Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Bukit Changgang.

i. Projek Tebatan Banjir Sungai Kelanang, Sungai Nangka, Sungai Buaya, Sungai Tampoi, Sungai Serdang Belah, Sungai Tongkah, Sungai Kanchong Laut (anak-anak Sungai Langat).

ii. Projek Tebatan Banjir Sungai Batu Laut, Sungai Morib dan Sungai Tanjung Sepat. (sungai-sungai yang terus mengalir ke Selat Melaka).

9. Sabak Bernam

- -

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

Page 42: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-40

v. Cadangan ‘River Overflow Protection’ Beberapa lokasi perbandaran dicadangkan untuk Membina Ban Banjir atau ‘Dyke’ untuk melindungi kawasan-kawasan tersebut dari dilimpahi sungai-sungai utama.

Lokasi-lokasi pilihan bagi pelaksanaan program tebatan banjir kategori ini adalah yang

memenuhi kriteria-kriteria berikut :

a) Limpahan dari sungai-sungai utama

b) Intensi banjir yang sederhana / kecil

Beberapa lokasi pekan / bandar-bandar kecil yang dicadangkan pelaksanaan program

ini adalah seperti berikut:

Jadual B11.18: Cadangan Pembinaan Ban Banjir untuk Melindungi Bandar / Pekan daripada Limpahan Air Sungai

Bil. Lokasi /Zon Banjir Sungai Terbabit

Daerah

1. Bukit Changgang Dan Sekitarnya Sungai Langat Kuala Langat

2. Pekan Dengkil Sungai Langat Sepang

3.

Bestrai Jaya dan kawasan yang berhampiran

Sungai Selangor Kuala Selangor

4.

Jalan Sungai Panjang Dari Sabak Bernam ke Tanjong Malim (KM44 hingga KM45)

Sungai Bernam Sabak Bernam

5.

Paya Jaras, Merbau Sempak Dan Sekitarnya

Sungai Buloh Petaling

6.

Pekan Salak Tinggi Sungai Labu Sepang

7 Batu 6-12, Jalan Gombak, Kampung Sg. Chinchin Kampung Sungai Pusu dan sekitarnya.

Sungai Gombak Gombak

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035

vi. Cadangan Kolam Takungan Sungai Membina kolam takungan sungai (River Detention Pond) untuk mengawal aliran air

sungai-sungai terbabit ketika waktu puncak sungai hasil dari hujan lebat.Adalah

dicadangkan pembinaan beberapa kolam takungan untuk sungai-sungai tertentu bagi

melindungi kawasan mudah banjir terbabit dari limpahan sungai berkenaan. Kriteria-

kriteria pemilihan adalah seperti berikut :

a) Sungai-sungai kecil yang mempunyai ‘Q’ yang rendah.

b) Mempunyai intensi banjir yang tinggi dalam jangkamasa yang singkat.

c) Kawasan perbandaran utama

d) Mempunyai kawasan dan ‘availability’ tanah yang sesuai

Page 43: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan

LAPORAN TINJAUAN Saliran dan Perparitan

B11-41

Jadual B11.19 menunjukkan beberapa sungai dan kawasan tadahan yang dicadangkan

untuk dilaksanakan pembinaan kolam takungan.

Jadual B11.19: Cadangan Kolam Takungan Sungai untuk Beberapa Sungai dan

Kawasan Mudah Banjir yang Terbabit Bil. Sungai Lokasi /Zon Banjir Daerah

1. Sungai Serai Penempatan pinggir sungai sepanjang Sungai Langat mulai dari Batu 18 hingga ke Batu 10, Jalan Cheras, termasuk Batu 18, Kampung Jawa Sungai Lui, Kampung Sungai Lui, Batu 16-Dusun Tua, Pekan Batu 18, Pekan Batu 14, Batu 11, Kampung Sungai Semungkis, Taman Sri Nanding, Lembah Jaya Utara, Kampung Melayu Ampang dan Batu 10, Jalan Cheras.

Hulu Langat

2. Sungai Jelok Pekan Kajang dan sekitarnya Hulu Langat

3.

Sungai Kuyoh Seri Serdang, Sri Kembangan dan kawasan-kawasan yang berhampiran

Petaling

4.

Sungai Rasau Bandar Shah Alam Barat, Kampung Sg. Rasau, Padang Jawa Kampung Bukit Kuda, Taman Berkeley dan sekitarnya.

Klang

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2035 v. Setiap cadangan pembangunan perlu mematuhi keperluaan agensi yang terlibat seperti JPS dan LUAS untuk penyediaan perparitan dan kolam takungan.

Page 44: B11#:#SALIRAN# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/B11.0... · dan Hulu Sungai Selangor dicadangkan untuk mewujudkan koridor sungai dengan