a3#:#asas#ekonomi# -...

13
A3 : ASAS EKONOMI

Upload: trinhkhuong

Post on 05-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

A3#:#ASAS#EKONOMI#

Page 2: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

BIDANG A RANGKA WILAYAH DAN EKONOMI MAKRO

A1.0 Kepentingan Dan Hubungan Wilayah

A2.0 Penduduk Dan Perancangan Sumber Manusia

A3.0 ASAS DAN PROSPEK EKONOMI

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-1

A3.0 ASAS DAN PROSPEK EKONOMI

Perubahan ekonomi dunia telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia dan Negeri Selangor khususnya. Perubahan yang ketara adalah dari komposisi struktur di mana Selangor kini mencatatkan sumbangan sektor perkhidmatan yang meningkat berbanding sektor pembuatan. Di samping itu pergantungan kepada sektor pertanian terus menyusut; pendapatan dan pekerjaan. Selangor perlu merancang untuk terus menangani perubahan jangka sederhana dan panjang supaya ekonomi negeri mampu terus berkembang seiring dengan perubahan ekonomi global.

A3.1 PENEMUAN SEMASA A3.1.1 Profil Ekonomi Negeri Selangor

Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri tahun 2012 (RM176 ribu juta) menyumbang sebesar 23.4% KDNK negara (RM751 ribu juta)1. Selangor juga mencatatkan saiz penduduk paling ramai dengan jumlah penduduk tahun 2012 (5.651 juta) adalah 19.3% dari jumlah penduduk negara (29.336 juta) (Sumber: Buletin Perangkaan Sosial 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia). Negeri ini juga adalah penyumbang terbesar pekerjaan dengan saiz pekerjaan adalah 20.2% jumlah pekerjaan negara. Ekonomi Selangor bergerak pantas ke arah ekonomi perkhidmatan. Sumbangan sektor perkhidmatan kepada ekonomi negeri telah meningkat kepada 58.3% tahun 2012, mengatasi sektor pembuatan yang menyumbang sebanyak 31.5%. Di samping itu, sumbangan sektor pertanian dan perladangan terus menyusut kepada hanya 1.7%. Demikian juga trennya berkaitan dengan sumbangan sektor ekonomi berkenaan kepada pekerjaan. Sektor perkhidmatan adalah penyumbang terbesar iaitu 68% manakala sektor pembuatan 20%. Sumbangan sektor pertanian terus menyusut kepada hanya 2%.

i. Prestasi KDNK Negeri Selangor 2005 - 2012

Jadual A3.1 menunjukkan antara tahun 2005 hingga 2012 KDNK Negeri meningkat pada kadar yang lebih tinggi dari purata nasional iaitu 6.5% berbanding 4.7%. Pada tahun 2012 KDNK negeri Selangor adalah RM 176,240 juta berbanding RM 113,186 juta tahun 2005. Hanya pada tahun 2009 KDNK mencatakan susutan kecil, iaitu 0.5%. Tahun 2010 mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan paling tinggi iaitu 11.9%.

1 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Ogos 2013

Page 4: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-2

Jadual A3.2 menunjukkan sektor pembuatan masih lagi merupakan penyumbang penting kepada ekonomi negeri, Bagaimanapun sumbangan sektor ini kepada KDNK menyusut dari 36.8% tahun 2005 kepada 31.5% tahun 2012. Sebaliknya, sumbangan sektor perkhidmatan meningkat dari 53.8% kepada 58.3% bagi tempoh yang sama. Jelas sekali susutan 5% sektor pembuatan digalas oleh tambahan sektor perkhidmatan. Lebih dari 70% KDNK negeri disumbangkan oleh daerah-daerah di sekitar Lembah Klang; Klang, Gombak, Hulu Langat dan Petaling.

Jadual A3.1: KDNK Mengikut Aktiviti Utama, Selangor 2005 - 2012 (Dalam RM juta)

Tahun Pertanian Kuari & Lombong Pembinaan Pembuatan Perkhid

matan Duti

Import Jumlah

2005 1,701 111 5,047 41,648 60,917 3,762 113,186 2006 2,049 116 5,028 42,584 65,861 3,181 118,819 2007 1,926 121 5,963 42,880 74,001 3,279 128,170 2008 2,306 122 6,244 44,795 81,918 4,492 139,877 2009 2,519 125 6,585 41,858 84,233 3,917 139,237 2010 2,707 127 7,248 50,189 90,800 4,668 155,739 2011 2,766 126 7,881 52,570 96,024 5,237 164,604 2012 2,916 147 8,736 55,498 102,695 6,248 176,240

KPPT (%) 8.0 4.1 8.2 4.2 7.8 7.5 6.5

Sumber: Akaun Nasional Tahunan, KDNK 2005-2012, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013 (muat turun dari www.statistics.gov.my pada 11/5/2014)

Jadual A3.2: Peratusan Aktiviti Utama Kepada KDNK, Selangor 2005 - 2012 (Dalam %)

Tahun Pertanian Perlombongan Pembinaan Pembuatan Perkhidmatan

Duti Import Jumlah

2005 1.50 0.10 4.46 36.80

53.82

3.32 100.0

2006 1.72 0.10 4.23 35.84

55.43

2.68 100.0

2007 1.50 0.09 4.65 33.46

57.74

2.56 100.0

2008 1.65 0.09 4.46 32.02

58.56

3.21 100.0

2009 1.81 0.09 4.73 30.06

60.50

2.81 100.0

2010 1.74 0.08 4.65 32.23

58.30

3.00 100.0

2011 1.68 0.08 4.79 31.94

58.34

3.18 100.0

2012 1.65 0.08 4.96 31.49

58.27

3.55 100.0

Sumber: Dikira dari Akaun Nasional Tahunan, KDNK 2005-2012, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013 saperti dalam Jadual A3.1 di atas

Page 5: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-3

Rajah A3.1 berikut menunjukkan tren perubahan KDNK Selangor dalam carta garis. Prestasi meningkat ditunjukkan oleh garis biru dengan pertumbuhan negatif di tunjukkan bagi tahun antara 2008 dan 2009. Garisan yang hampir mendatar di sebabkan oleh pertumbuhan negatif yang kecil antara tahun 2008 dan 2009 iaitu 0.5%. Sumbangan sektor utama ekonomi kepada KDNK negeri pada tahun 2012 diringkaskan seperti di Rajah A3.2

Rajah A3.1: Tren Perubahan KDNK Negeri Selangor 2005 - 2012

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (rujukan kepada Jadual A3.1)

Rajah A3.2: Sumbangan Sektor Utama Ekonomi Negeri Selangor 2012

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (rujukan kepada Jadual A3.2)

113,186 118,819

128,170 139,877 139,237 155,739

164,604 176,240

-

20,000

40,000

60,000

80,000

100,000

120,000

140,000

160,000

180,000

200,000

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

KDNK Selangor 2005 - 2012

KDNK Selangor 2005 - 2012

Tahun

1.7% 0.1% 5.0%

31.5%

58.3%

3.4%

Pertanian Perlombongan Pembinaan Pembuatan Perkhidmatan Lain-lain

Nilai Dalam RM Juta

Page 6: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-4

ii. Prestasi Sektor Ekonomi Utama Selangor 2005 - 2012

a) Sektor Pembuatan Sektor pembuatan secara bersendiri adalah penyumbang utama kepada ekonomi Selangor, menyumbang sebanyak 31.5% KDNK negeri pada tahun 2012 dan menjana lebih kurang 28% pekerjaan negeri. Bagaimanapun, sektor ini mencatatkan kadar pertumbuhan yang relatif perlahan iaitu 4.2% bagi tempoh antara 2005 dan 2012, lebih rendah dari kadar pertumbuhan purata KDNK negeri.

b) Sektor Perkhidmatan Sektor Perkhidmatan mencatatkan kadar pertumbuhan yang relatif tinggi, iaitu 7.8%. Sumbangannya kepada KDNK juga meningkat dengan signifikan; dari 53.8% tahun 2005 kepada 58.3% tahun 2012. Sektor ini menjana lebih 57% jumlah pekerjaan negeri.

c) Sektor Pertanian Kepentingan sektor pertanian kekal kecil bagi tempoh 2005 - 2012. Pada tahun 2012, sumbangan sektor ini kepada KDNK hanyalah 1.7%. Bagaimanapun, sektor ini masih signifikan bagi daerah-daerah di luar konurbasi Lembah Klang; Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang. Tanaman utama adalah kelapa sawit manakala getah adalah tanaman sekunder dan berkurangan. Tanaman padi kini tertumpu di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor; satu-satunya jelapang padi di negeri ini.

A3.1.2 Pendapatan Purata Isi Rumah i. Pendapatan Per Kapita

Pendapatan per kapita Negeri Selangor tahun 2009 adalah RM 27,609; lebih tinggi dari purata nasional tetapi rendah dari Pulau Pinang (RM 29,569), Sarawak (RM 30,318) dan WP Kuala Lumpur (RM 51,197). Untuk tahun 2012, pendapatan per kapita negeri dijangka meningkat seiring dengan peningkatan nasional, tetapi pada kadar purata yang sedikit rendah 7.4% berbanding 8.3%. Dengan itu pendapatan per kapita Negeri Selangor tahun 2012 dianggarkan RM 34,200. Bagi tahun 2013, pendapatan per kapita negeri dianggarkan meningkat kepada RM 36,020 (Jadual A3.3).

Page 7: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-5

Jadual A3.3: Pendapatan Per Kapita, 2009 - 2013 Pendapatan Per Kapita Tahun Malaysia Selangor 2009 24,366 27,609 20122 30,926 34,200 KPPT (2009-2011) (%) 6.5 5.3 KPPT (2009-2012) (%) 8.3 7.4 2013 (Anggaran)3 32,947 36,020

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2011) Laporan Ekonomi Malaysia, 2012-2013

ii. Pendapatan Isi Rumah 2007-2012 Jadual A3.4 berikut mencatatkan perbandingan pendapatan purata isi rumah nasional dan Negeri Selangor berdasarkan bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (bagi tahun 2007, 2009 dan 2012). Pendapatan purata dan penengah bagi Negeri Selangor adalah lebih tinggi dari purata nasional; masing-masing pada kadar 40% dan 47% bagi tahun 2012. Bagaimanapun kadar pertumbuhan pendapatan negeri Selangor adalah lebih rendah dari purata nasional iaitu 4.7% berbanding 6.3% pendapatan purata dan 5.8% berbanding 7.3% pendapatan penengah. Jadual A3.4: Pendapatan Isi Rumah Purata dan Penengah Malaysia dan Selangor

Pendapatan Purata Pendapatan Penengah Tahun Malaysia Selangor Malaysia Selangor 2007 3,686 5,580 2,552 4,046 2009 4,025 5,962 2,841 4,306 2012 5.000 7,023 3,626 5,353 KPPT (2007-2012) (%) 6.3 4.7 7.3 5.8

Sumber: : Laporan Household Income Survey 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia , 2011 Laporan Household Income Survey 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia , 2013 (Dimuat turun dari www.statistics .gov.my pada 11/5/2014)

iii. Taburan Peratusan Isi Rumah Mengikut Kelas Pendapatan, 2002-2012 Jadual A3.5 menunjukkan bahawa lebih separuh (53.7%) isi rumah negeri Selangor mempunyai pendapatan melebihi RM 5,000 sebulan. Hanya 8.2% mempunyai pendapatan kurang dari RM 2,000 sebulan. Selangor juga mencatatkan nisbah isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM 1,000 sebulan paling rendah iaitu 1.4% berbanding 5.0% purata nasional dan negeri Perlis 12.9%, yang tertinggi.

2 Berdasarkan anggaran KDNK Negeri Selangor bagi tahun 2012 dan saiz penduduk 5.65 juta, per kapita KDNK bagi tahun 2012 dianggar adalah RM 25,008. Per kapita dalam Jadual adalah dikira berdasarkan perangkaan rasmi yang disediakan. oleh Jabatan Perngkaan dan dinyatakan dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2012-2013. 3 Anggaran Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Selangor, 2012

Page 8: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-6

Jadual A3.5: Taburan Peratusan Isi Rumah Mengikut Kelas Pendapatan, Selangor 2002 - 2009

Kelas Pendapatan 2002 2004 2007 2009 20114

RM 999 < 1.4 1.0 0.7 0.4 0.3 RM 500 - 999 9.0 7.9 3.9 3.3 3.1 RM 1,000 - 1,499 13.9 12.2 11.3 9.9 9.0 RM1,500 - 1,999 12.9 12.7 11.8 10.1 9.8 RM 2,000 - 2,499 11.2 11.4 11.0 10.5 10.1 RM 2,500 – 2,999 9.6 9.0 9.0 8.9 9.0 RM 3,000 - 3,499 7.5 7.6 8.0 8.0 8.3 RM 3,500 - 3,999 5.7 6.2 6.8 7.1 7.3 RM 4,000 - 4,999 8.6 9.1 10.3 11.3 11.8 RM 5,000 > 20.2 22.9 27.2 30.6 31.3 Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Sumber: Taburan Peratusan Isi Rumah Mengikut Kelas Pendapatan, Malaysia 1970 – 2009, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011.

4 Anggaran Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

iv. Taburan Pendapatan Isi Rumah Bandar dan Luar Bandar Jadual A3.6 mencatatkan 45.9% isi rumah luar bandar mempunyai pendapatan purata kurang dari RM 4,000 sebulan berbanding 46.2% isi rumah bandar mempunyai pendapatan purata melebihi RM 6,000 sebulan. Ini bermakna hampir separuh isi rumah bandar mempunyai pendapatan tinggi manakala hampir separuh di luar bandar mempunyai pendapatan rendah. Jadual A3.6: Taburan Peratusan Isi Rumah Mengikut Kelas Pendapatan Bandar

dan Luar bandar, Selangor 2002 - 2012

Kelas Pendapatan Jumlah Bandar Luar bandar

Taburan Peratusan Taburan Peratusan Taburan Peratusan

Isi Rumah Agihan

Pendapatan Isi Rumah Agihan

Pendapatan Isi Rumah Agihan

Pendapatan RM 999 ke bawah 1.4 0.2 1.0 0.1 5.7 1.2 RM 1,000 - 1,999 6.8 1.5 5.5 1.2 21.0 8.4 RM 2,000 - 2,999 10.0 3.5 9.2 3.1 19.2 12.5 RM 3,000 - 3,999 16.3 8.0 16.3 7.7 17.0 15.4 RM 4,000 - 4,999 11.8 7.5 11.7 7.2 12.5 14.6 RM 5,000 - 5,999 9.8 7.7 10.1 7.6 7.0 10.0 RM 6,000 - 6,999 8.6 7.9 8.7 7.7 7.0 11.9 RM 7,000 - 7,999 6.8 7.2 7.1 7.3 3.0 5.9 RM 8,000 - 9,999 9.7 12.3 10.2 12.4 4.3 9.7 RM 10,000 ke atas 18.8 44.2 20.2 45.7 3.3 10.4 Jumlah 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Sumber: Laporan Household Income Survey 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia (dimuatturun dari www.statistics.gov.my pada 11/5/2014)

Page 9: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-7

A3.1.3 Tahap Kemiskinan di Negeri Selangor

Negeri Selangor mengambil pakai pendapatan Paras Garis Kemiskinan (PGK) pada RM 1,500. Berdasarkan PGK ini, Negeri Selangor dianggarkan mempunyai bilangan penduduk miskin dengan anggaran 12% tahun 2011. Program-program khusus perlu dikenalpasti untuk menangani perkara ini selaras dengan peningkatan penduduk.

A3.2 UNJURAN

KDNK Negeri Selangor dianggarkan akan meningkat pada kadar purata 5.4% setahun antara 2010 hingga 2035 (Jadual A3.7). Secara perbandingan, kadar ini adalah relatif tinggi untuk sebuah ekonomi maju. Walau bagaimanapun, ia adalah berdasarkan kepada peralihan yang dijangka dilakukan oleh negara untuk mendekati pasaran dan ekonomi negara membangun dengan saiz penduduk yang besar. Selangor dijangka akan menerima manfaat dari arah tuju ini.

Jadual A3.7: Unjuran KDNK Negeri Selangor Mengikut Sektor Ekonomi Utama,

2010 - 20354

Tahun Sektor (Nilai dalam RM ribu juta) Jumlah

(RM bil) Pertanian Perlombongan Pembinaan Pembuatan Perkhidmatan Lain-lain

2010 2707 127 7248 50189 90800 4668 155739 2012 2916 147 8736 55498 102695 6248 176240 2015 2519 210 9236 67168 124893 5877 209903 2020 2552 227 10548 79396 183460 7372 283555 2025 3319 295 13648 101801 241667 8115 368845 2030 3770 330 17433 128165 313016 8482 471196 2035 4770 388 21465 159793 400285 9540 596241 KPPT (%) 2.2 4.3 4.0 4.7 6.1 2.6 5.4

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 Sektor perkhidmatan diunjur meningkat pada kadar yang tinggi iaitu 6.1% dengan sumbangan kepada KDNK meningkat kepada 67.1% tahun 2035 (Rajah A3.3). Walaupun sumbangan sektor pembuatan dijangka akan berkurangan kepada 26.8% tahun 2035, aktiviti sektor ini dijangka akan terus berkembang. KDNK sektor ini dijangka akan meningkat pada kadar purata 4.7%. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK akan terus susut. Sektor ini dijangka meningkat pada kadar purata 2.2% sahaja.

4 Perangkaan dan unjuran KDNK adalah berdasarkan harga malar tahun 2005.

Page 10: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-8

Rajah A3.3: Unjuran Sumbangan Sektor Utama Ekonomi Negeri Selangor, 2035

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (rujukan kepada Jadual A3.6)

A3.3 INDIKATOR DAN SASARAN Jadual A3.8 : Indikator, Pencapaian dan Sasaran Asas Ekonomi

Indikator Penanda Aras (Amalan Terbaik)

Pencapaian Semasa (2012)

Sasaran (Tahun 2035)

Pendapatan Per Kapita (RM)

48,000 30,070α 53,000

Pendapatan Purata Isi Rumah (RM)

15,000 7,023ð 16,500ɤ

Sumber: Program Transformasi Negara (2020) α Kenyataan Akhbar Perdana Menteri Malaysia, Berita Harian (April 2012) ð Household Income Survey (2012), Jabatan Perangkaan Malaysia

ɤ Sasaran adalah berdasarkan sasaran purata negara-negara maju yang diandaikan sebagai negera berpendapatan tinggi dengan purata pendapatan isi rumah USS 5,0005. Kadar pertukaran US$1 = RM 3.30

Nota: Penanda Aras (Amalan Terbaik) adalah merupakan satu ukuran yang menunjukkan prestasi indikator yang terbaik bagi sesebuah negeri /negara.

A3.4 POTENSI PEMBANGUNAN Selangor masih lagi mendapat perhatian pelabur. Selain lokasi yang strategik, negeri ini masih mempunyai banyak reruang untuk ditawarkan kepada pelabur. Selangor akan terus menjadi platform utama pilihan pelabur dan mengukuhkan sumbangan KDNK dalam sektor-sektor perkhidmatan.

5 Sebagai perbandingan, bagi tahun 2011, pendapatan purata isi rumah USA ialah US$ 4,300, Singapore S$ 7,040 (i.e. US$ 5,540), Jepun US$ 5,620, dan Switzerland CHF 8,490 (i.e. US$ 9,020)

0.8% 0.1% 3.6%

26.8%

67.1%

1.6%

Pertanian Perlombongan Pembinaan Pembuatan Perkhidmatan Lain-lain

Page 11: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-9

A3.4.1 Potensi Pembangunan

i. K-Ekonomi Sebagai Pendekatan Masa Hadapan K-Ekonomi kini merupakan pendekatan yang diambilpakai sebagai pemacu ekonomi wilayah. Melalui K-Ekonomi, usahawan Malaysia mempunyai akses kepada pelbagai ekonomi di mana-mana di dunia. Bagaimanapun, K-Ekonomi di Malaysia masih belum memberikan sumbangan yang signifikan kepada perubahan struktur ekonomi negara.

ii. Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor Merujuk kepada manifesto Kerajaan Negeri, Selangor perlu melaksanakan program pembangunan ekonomi negeri yang merakyatkan ekonomi negeri. Antara program sokongan oleh Kerajaan Negeri adalah geran keusahawanan untuk menggalakkan penduduk umur bekerja muda melibatkan diri dalam bidang keusahawanan; perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan. Di samping itu Kerajaan Negeri juga akan membuka ruang bagi menggalakkan penglibatan tenaga kerja dan usahawan dalam program-program transformasi pendidikan. Usaha untuk meningkatkan penglibatan wanita juga dipertingkatkan.

A3.5 CADANGAN AM

i. Memastikan Negeri Selangor terus memacu pertumbuhan ekonomi Negara Selangor perlu melaksanakan progam-program pembangunan ekonomi berskala besar dan mampu menjana pendapatan yang tinggi. Untuk memastikan Selangor masih relevan sebagai pemacu ekonomi negara, negeri ini perlu terus menarik kemasukan pelabur.

ii. K-Ekonomi sebagai pemacu ekonomi masa hadapan Satu dasar khusus bagi menggalakkan pembangunan aktiviti ekonomi melalui K-ekonomi perlu disediakan. Dasar ini perlu mengambilkira kemampuan negeri ini menerap K-ekonomi dan prasarana yang ada membuka ruang dan peluang kepada pelaksana K-ekonomi menonjol dan boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.

iii. Menggerakkan ekonomi daerah-daerah di luar Lembah Klang Negeri Selangor perlu memandu pertumbuhan aktiviti ekonomi daerah-daerah di luar Wilayah Lembah Klang. Antara pendekatan dicadang adalah (i) menggalak pembangunan aktiviti pembuatan produk sokongan industri; (ii) meningkatkan usaha pengeluaran produk hasil tani secara setempat; (iii) menggalakkan aktiviti industri perkhidmatan beroperasi di luar Lembah Klang; dan (iv) memperkemaskan produk-produk pelancongan sedia ada dan urus tarikan pelancong secara pakej.

Page 12: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri

LAPORAN TINJAUAN Asas dan Prospek Ekonomi

A3-10

iv. Tumpukan kepada aktiviti-aktiviti perkhidmatan dan industri teknologi tinggi di daerah-daerah Lembah Klang

Ini adalah langkah dua serampang. Dengan memberikan tumpuan kepada industri teknologi tinggi di daerah-daerah Lembah Klang, pelabur akan mempunyai keyakinan yang lebih baik kerana pertumpuan ini akan diiringi oleh prasarana yang lebih baik. Di samping itu, langkah ini akan menyokong peranan daerah-daerah di luar Wilayah Lembah Klang dalam aktiviti pengeluaran produk sokongan industri.

v. Menyediakan prasarana fizikal, sosial dan persekitaran yang kondusif bagi

menarik dan menyokong aktiviti ekonomi negeri Selangor perlu, bukan sahaja membaikpulih dan menambahbaik prasarana sedia ada tetapi juga, menyediakan prasarana fizikal, sosial dan persekitaran yang baru bagi meningkatkan perkhidmatan prasarana supaya lebih kondusif kepada pelabur. Ini akan menjadikan pelabur terus menerus mempunyai keyakinan ke atas negeri ini untuk menjalankan perniagaan mereka.

vi. Menggalakkan aktiviti perniagaan tampung diri dan penghasilan produk

kreatif di kalangan tenaga kerja baru. Ekonomi masa kini dan masa hadapan mempunyai ruang yang banyak untuk perniagaan tampung diri. Permintaan yang meningkat kepada sektor perkhidmatan akan membuka peluang kepada tenaga kerja baru dan berpengalaman untuk menjalankan perniagaan bersendiri atau menggunakan bantuan kerja yang kecil. Perniagaan internet, jualan langsung, pengeluaran produk khusus, penghasilan produk kreatif dan perkhidmatan mobile personal care adalah antara pendekatan yang akan menjadi tarikan tenaga kerja baru masa hadapan. Di samping itu, khidmat bantuan atas talian dan rekacipta dalam talian juga mampu membuka peluang kepada tenaga kerja mahir untuk menjana pendapatan secara terus. Selangor perlu terus menyediakan program latihan kemahiran dan kecekapan bukan sahaja kepada isirumah miskin tetapi juga kepada semua pihak yang berkemahuan menjana sendiri pendapatan dari kemahiran diri.

vii. Melaksanakan program komprehensif membantu meningkatkan

pendapatan isi rumah miskin Program-program sedia ada perlu diteruskan untuk memastikan penerima mendapat faedah jangka panjang dan seterusnya mengeluarkan keluarga dari belenggu kemiskinan. Di samping menjana pekerjaan yang menghasilan pendapatan yang lebih tinggi dan pelaksanaan skim gaji minima yang melebihi pendapatan garis kemiskinan, Aktiviti ekonomi negeri juga perlu memastikan kos hidup dan harga tidak meningkat lebih tinggi dari pendapatan.

Page 13: A3#:#ASAS#EKONOMI# - jpbdselangor.gov.myjpbdselangor.gov.my/Laporan/RSN_Selangor/laporan-tinjauan/A3.0... · Selangor adalah negeri paling membangun di Malaysia dengan KDNK negeri