azfa hanani

5
Azfa Hanani (Halis Azhan Mohd Hanafiah) NOVEL KEMBARA AMIRA (Amer Hmzah L.Kadir) LATAR Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa. LATAR Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka. Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa. Latar Tempat Latar tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu. Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan. Kedatangan mereka berjumpa dengan Azfa Hanani adalah untuk meminta pertolongannya menyamar sebagai Tengku Murni untuk mengatasi masalah ibu mereka yang tidak menerima hakikat bahawa anaknya Tengku Murni meninggal dunia akabiat kemalangan jalan raya. Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain- lain lagi. Mereka cuba untuk memberi gambaran perwatakan Tengku Murni agar Datin Maziah ibu mereka tidak mengesan penyamaran Azfa Latar tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat Di dalam kereta api, contohnya Amira sedang membaca e-mel yang dihantar kepada ibunya beserta gambar terbaru penemuan tulang karpus. Di rumah Jenifer di Melaka, contohnya Jenifer mendesak Malique supaya menemani John O’Hara ke Bukit Mat Raya. Di Stesen Dahan Hijau, contohnya Amira dan Jacinta turun daripada keretapi dan menungu Pak Lias sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Mat Raya. Di Desa Karpus, Bukit Mat Raya, contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar universiti tahun akhir berbincang tentang penemuan tembikar dan kapak batu yang digunakan oleh manusia zaman Neolitik. Di Air Terjun Angin, contohnya, Amira bertemu Malique buat kali ketiga. Di hulu sebatang sungai, contohnya, Amira terpegun melihat

Upload: callie-jia-li

Post on 12-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Azfa Hanani

Azfa Hanani

(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

NOVEL KEMBARA AMIRA

(Amer Hmzah L.Kadir)

LATAR

Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan

suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.

Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.

LATAR

Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan

suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.

Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.

Latar Tempat

Latar tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat

      Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya

mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin

akan    dihukum atas kesalahannya itu.

      Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku

Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan. Kedatangan mereka berjumpa dengan Azfa Hanani

adalah untuk meminta pertolongannya menyamar sebagai Tengku Murni untuk

mengatasi masalah ibu mereka yang tidak menerima hakikat bahawa anaknya Tengku

Murni meninggal dunia akabiat kemalangan jalan raya.

      Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara

Tengku Murni  makan, bercakap, dan Iain-lain lagi. Mereka cuba untuk memberi

gambaran perwatakan Tengku Murni agar Datin Maziah ibu mereka tidak mengesan

penyamaran Azfa Hanani sebagai tengku Murni walaupun wajah dan paras rupa kedua-

dua watak tersebut agak sama.

      Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya

Latar tempat ialah keterangan mengenai kejadian yang berlaku di tempat

         Di dalam kereta api, contohnya Amira sedang membaca e-mel yang dihantar kepada

ibunya beserta gambar terbaru penemuan tulang karpus.

         Di rumah Jenifer di Melaka, contohnya Jenifer mendesak Malique supaya menemani

John O’Hara ke Bukit Mat Raya.

         Di Stesen Dahan Hijau, contohnya Amira dan Jacinta turun daripada keretapi dan

menungu Pak Lias sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Mat Raya.

       Di  Desa Karpus, Bukit Mat Raya, contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar

universiti tahun akhir berbincang tentang penemuan tembikar dan kapak batu yang

digunakan oleh manusia zaman Neolitik.

         Di Air Terjun Angin, contohnya, Amira bertemu Malique buat kali ketiga.

        Di hulu sebatang sungai, contohnya, Amira terpegun melihat banyak ketulan emas. Di

sungai tersebut jugalah berlaku peristiwa makhluk berbulu membawa seorang lelaki

yang diikat tangan dan ditutup matanya.

         Di perkampungan Orang Asli Semai. Contohnya di situ diadakan mesyuarat adat

dijalankan bagi membuat keputusan tentang tindakan Itai yang membawa Amira ke

sebatang sungai yang banyak mempunyai ketulan emas.

         Di Gunung Gua Gajah, contohnya, Tau membawa Dr. Zawawi, Rusdi, Amira, Jacinta,

Page 2: Azfa Hanani

menetap di banglo ini dengan tinggal di bilik Tengku Murni anak kepada Datin Maziah

dan Datuk Tengku Makmur.

      Di  Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar

tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.

      Di bilik Tengku Murni, Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh

membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban

siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

Latar Masa

      Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian

dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari

selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.

      Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca

dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang

menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

      Pada waktu petang. Contohnya. semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir

Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17.

      Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar

sekolah.

dan Itai ke Gua tersebut. Di situ mereka menemukan pelbagai lakaran pada dinding gua

dan kapak batu.

       Di pulau Pinang, contohnya John O’Hara mengadakan perbincangan dengan beberapa

orang pelabur yang akan melabur dalam perlombongan emas di kawasan Hutan Bukit

Mat Raya.

         Di dalam kapal terbang dari Pulau Pinang ke KLIA. Contohnya, John O’Hara

menceritakan kisah silamnya sebagai seorang buruh lombong opal di Australia kepada

Malique.

         Di kaki Gunung Gua Gajah, contohnya O’Hara, Jenifer, dan Jacinta menunggu Amira

dan kumpulannya mencari Malique di puncak gunung tersebut.

         Di Universiti Kuala Lumpur, contohnya Amira mengemaskan barang-barangnya bagi

menghadapi cuti semester pertama.

Latar Masa

      Latar masa novel “Kembara Amira” ialah semasa Amira dan Jacintamenghabiskan cuti

sekolah di Bukit Mat Raya sehingga Amira berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah

universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa.

         Peristiwa dalam novel berlaku pada:-

a)  waktu pagi, iaitu ketika Amira dan Jacinta berada di dalam khemah dapur di Desa

Korpus untuk sarapan pagi.

b) Waktu petang, iaitu ketika Ludin memberitahu Tau bahawa isterinya Ipah membawa

anak sulungnya lari dari perkampungan Orang Asli Semai.

c) Waktu senja, iaitu ketika Amira dan Jacinta tiba di perkampungan Itai.

d) Waktu malam, iaitu semasa Amira sedang mengemas kini laman web ibunya, Prof.

Zaidah di dalam kereta api.

Page 3: Azfa Hanani

Latar Masyarakat

Latar masyarakat ialah situasi atau gambaran manusia yang dibicarakan oleh

pengkarya dalam karyanya antaranya ialah budaya, pekerjaan, pemikiran dan

sebagainya.

      Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta

kelangsungan masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran

Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan

apabila beliau bersetuju untuk menanggung perbelanjaan Zuraini menerima rawatan di

Indonesia sebagai balasan Azfar Hanani untuk menyamar sebagai Tengku Murni.

      Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku

Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari

kampung dan miskin. Dia beranggapan Azfa Hanani cuba membolot harta keluarganya

dengan menyamar menjadi Tengku Murni.

      Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di

Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam

Tingkatan Lima Kenanga.

      Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya

upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan

penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia. Hal ini kerana  Tengku

Latar   Masyarakat

Latar masyarakat ialah situasi atau gambaran manusia yang dibicarakan oleh

pengkarya dalam karyanya antaranya berkaitan dengan budaya, pekerjaan,

pemikiran dan sikap mereka.

         Masyarakat penyayang, contohnya Amira menunjukkan kasih sayangnya kepada

ibunya, Prof. Zaidah dengan meluangkan masa menjaga ibunya setelah terlibat dalam

kemalangan kereta yang dipandu oleh Pak Lias.

        Masyarakat pelajar yang menghabis masa lapang dengan melakukan aktiviti yang

berfaedah. Contohnya Amira dan Jacinta menghabiskan masa cuti persekolahan

mereka dengan menyertai kerja-kerja cari gali arkeologi di Bukit Mat Raya bersama Prof

Zaidah dan pelajar tahun akhir.

         Masyarakat berpendidikan tinggi yang terlibat dalam kerja-kerja mencari gali

arkeologi atau bahan bersejarah. Contohnya, Prof. Zaidah, Dr. Zawawi, dan pelajar

tahun akhir menjalankan aktiviti arkeologi di kawasan Bukit Mat Raya.

         Masyarakat orang asli yang berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang

mereka.  Contohnya Tau, menganggap kerja-kerja cari gali yang dilakukan di kawasan

hutan akan mengganggu roh-roh di situ.

       Masyarakat yang mementingkan diri dan mengutamakan kekayaan. Contohnya,

John O’Hara ingin membuktikan bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak emas.

Dia akan memperoleh keuntungan apabila menarik para pelabur untuk melabur dalam

aktiviti perlombongan emas kawasan Gunung Mat Raya.

         Masyarakat yang mengamal budaya bantu-membantu bagi menyelesaikan masalah

yang timbul seperti mencari Jacinta dan Malique yang hilang di dalam hutan.

Contohnya,  Itai, Tau dan Ludin, banyak membantu Prof Zaidah, dan rakan-rakannya

bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Page 4: Azfa Hanani

Mazran telah berjanji untuk merawat penyakit Zuraini sepupu kepada Azfar Hanani

sebagai timbal balas kesanggupan Azfar Hanani menyamar menjadi Tengku Murni.

      Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang daripada

menghadapi tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi

Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai

akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

      Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, Pak Long Madi dan

sekeluarga hidup dalam keadaan aman, dan mesra kerana kaya dengan kasih sayang

walaupun mereka hidup dalam serba kekurangan.

       Masyarakat yang tertekan oleh sikap negatif rakan sebaya. Contohnya, Ipah

sanggup lari bersama dengan anaknya, Sabi mengikut lelaki kulit putih kerana tertekan

dengan pandangan negatif suku Orang Asli Semai terhadapnya yang berambut perang

dan bermata biru.

         Masyarakat yang komited terhadap tugasan atau tanggungjawab, contoh Prof.

Zaidah yang terlampau komited terhadap tugasannya untuk mencari gali bahan arkeologi

sehingga pada suatu ketika beliau sedar bahawa beliau telah mengabaikan

tanggungjawabnya  sebagai ibu kepada Amira.