ayat terbitan(perluasan)

10
Disediakan oleh: Nor Asnida binti Mad Daud NorAzila binti Abiden Nurul Hidayah binti Zakaria Nur Zawani binti Mhd Fakhruddin Rodhiah binti Md Rodzi

Upload: rodhiah-rodzi

Post on 13-Jul-2015

613 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat terbitan(perluasan)

Disediakan oleh:

Nor Asnida binti Mad Daud

NorAzila binti Abiden

Nurul Hidayah binti Zakaria

Nur Zawani binti Mhd Fakhruddin

Rodhiah binti Md Rodzi

Page 2: Ayat terbitan(perluasan)

PERLUASAN

Perluasan frasa nama sebagai objek

Perluasan frasa nama sebagai predikat

Perluasan dengan kata hubung

Perluasan melalui proses komplementasi

AY

AT T

ER

BITA

N

Page 3: Ayat terbitan(perluasan)

Proses Perluasan

Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu terdapat beberapa jenis proses perluasan

Perluasan frasa nama sebagai objek

Perluasan frasa nama sebagai predikat

Perluasan dengan kata hubung

Perluasan melalui proses komplementasi

Page 4: Ayat terbitan(perluasan)

Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek

Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancangan yang.Ia dilakukan melalui proses relativasi.Contohnya

Bomba memadam kebakaran

Bomba itu abang saya

Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya

Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.

Bagi mengabungkan ayat terbabit maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).

Dalam keadaan yang sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja sebagai subjek dalam ayat tersebut.

Page 5: Ayat terbitan(perluasan)

Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat

Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan sebagaimana contoh dibawah

Ibu membeli sayur

Sayur itu segar

Ibu membeli sayur yang segar

Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan predikat.

Dalam ayat (c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.

Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut telah digugurkan.

Page 6: Ayat terbitan(perluasan)

Perluasan dengan Kata Hubung

Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara kata hubung ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,keranadan sebagainya.Antara contoh perluasan dengan menggunakan kata hubung ialah

1. (a) Ali suka belajar

1.(b) Abu suka belajar

1.(c) Ali dan Abu suka belajar

Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut.

Page 7: Ayat terbitan(perluasan)

2.(a) Ali suka belajar

2.(b) Rakan-rakan Ali suka belajar

2.(c) Ali serta rakan-rakannya suka belajar

Dalam contoh 2 kata hubung serta telah digunakan.

Page 8: Ayat terbitan(perluasan)

3.(a) Ali rajin

3.(b) Ali penyakit lelah

3.(c) Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah

Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat (b).

Page 9: Ayat terbitan(perluasan)

Perluasan melalui Proses Komplementasi

Perluasan melalui proses komplentasi bermaksudmengubah ayat menjadi satu frasa nama danmemancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap sebagaimanacontoh dibawah

(a) Kerajaan memberitahu

(b) Ekonomi Malaysia meningkat

(c) Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.

Dalam contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses komplementasi dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya perkataan bahawa.

Page 10: Ayat terbitan(perluasan)

TAMAT