Download - Ayat terbitan(perluasan)
Disediakan oleh:
Nor Asnida binti Mad Daud
NorAzila binti Abiden
Nurul Hidayah binti Zakaria
Nur Zawani binti Mhd Fakhruddin
Rodhiah binti Md Rodzi
PERLUASAN
Perluasan frasa nama sebagai objek
Perluasan frasa nama sebagai predikat
Perluasan dengan kata hubung
Perluasan melalui proses komplementasi
AY
AT T
ER
BITA
N
Proses Perluasan
Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu terdapat beberapa jenis proses perluasan
Perluasan frasa nama sebagai objek
Perluasan frasa nama sebagai predikat
Perluasan dengan kata hubung
Perluasan melalui proses komplementasi
Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek
Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancangan yang.Ia dilakukan melalui proses relativasi.Contohnya
Bomba memadam kebakaran
Bomba itu abang saya
Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya
Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.
Bagi mengabungkan ayat terbabit maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).
Dalam keadaan yang sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja sebagai subjek dalam ayat tersebut.
Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat
Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan sebagaimana contoh dibawah
Ibu membeli sayur
Sayur itu segar
Ibu membeli sayur yang segar
Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan predikat.
Dalam ayat (c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.
Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut telah digugurkan.
Perluasan dengan Kata Hubung
Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara kata hubung ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,keranadan sebagainya.Antara contoh perluasan dengan menggunakan kata hubung ialah
1. (a) Ali suka belajar
1.(b) Abu suka belajar
1.(c) Ali dan Abu suka belajar
Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut.
2.(a) Ali suka belajar
2.(b) Rakan-rakan Ali suka belajar
2.(c) Ali serta rakan-rakannya suka belajar
Dalam contoh 2 kata hubung serta telah digunakan.
3.(a) Ali rajin
3.(b) Ali penyakit lelah
3.(c) Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah
Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat (b).
Perluasan melalui Proses Komplementasi
Perluasan melalui proses komplentasi bermaksudmengubah ayat menjadi satu frasa nama danmemancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap sebagaimanacontoh dibawah
(a) Kerajaan memberitahu
(b) Ekonomi Malaysia meningkat
(c) Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat.
Dalam contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses komplementasi dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya perkataan bahawa.
TAMAT