ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah

3
AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH A) Ayat Cakap Ajuk Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu.Ini bermakna cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog. Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( ..... ) B) Ayat Cakap Pindah Ayat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan. Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata. Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan adalah sama. Langkah-langkah menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah: i. Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata. ii. Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya menyuruh,meminta,mempersilakan,memberitahu,menerangkan,menjelaskan,melarang,mena sihatkan dan sebagainya. iii. Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh: Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah Kata ganti nama diri Kata ganti nama tempat Kata ganti nama tunjuk Kata keterangan masa saya,aku kami beta awak,kamu,eng kau kamu semua dia sini ini sekarang hari ini dia, beliau mereka baginda dia,-nya mereka -nya situ itu masa itu hari itu keesokkan

Upload: cik-su-yah

Post on 13-Dec-2015

140 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Cakap Ajuk Dan Ayat Cakap Pindah

AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAHA)     Ayat Cakap Ajuk

Ayat cakap ajuk ialah percakapan seseorang tentang sesuatu.Ini bermakna cakap ajuk berupa petikan percakapan yang berbentuk perbualan atau dialog.Ayat cakap ajuk menggunakan pembuka kata dan penutup kata dalam tulisan ( “.....”)

B)      Ayat Cakap PindahAyat cakap pindah ialah bentuk ayat yang ditulis semula daripada bentuk perbualan kepada bentuk karangan.Ayat cakap pindah tidak menggunakan tanda pembuka kata dan penutup kata.Walaupun bentuknya berbeza daripada bentuk ayat cakap ajuk tetapi maksud yang disampaikan adalah sama.Langkah-langkah menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah:

i.                     Membuang tanda pembuka kata dan penutup kata.ii.                   Mengenal pasti kata kerja yang sesuai, misalnya

menyuruh,meminta,mempersilakan,memberitahu,menerangkan,menjelaskan,melarang,menasihatkan dan sebagainya.

iii.                  Menukarkan kata ganti nama dan kata keterangan yang digunakan, contoh:

Golongan kata Ayat Cakap Ajuk Ayat Cakap PindahKata ganti nama diri

Kata ganti nama tempat

Kata ganti nama tunjuk

Kata keterangan masa

         saya,aku

         kami

         beta

         awak,kamu,engkau

         kamu semua

         dia

         sini

         ini

         dia, beliau

         mereka

         baginda

         dia,-nya

         mereka

         -nya

         situ

         itu

Page 2: Ayat Cakap Ajuk Dan Ayat Cakap Pindah

Kata keterangan cara

         sekarang

         hari ini

         esok

         semalam

         malam tadi

         kelmarin

         begini

         masa itu

         hari itu

         keesokkan harinya

         pada hari yang lepas

         malam yang lepas

         dua hari yang lalu

         begitu

Latihan

A.      Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.

1.       “Jemputlah makan kuih ini,” kata Puan Aishah kepada Puan Atie.

2.       “Siapakah yang mengambil pen saya,” Tanya Ahmad kepada Shaari.

3.       “Kamu perlu berhati-hati semasa melintas jalan,” kata Puan Nina kepada anaknya.

4.       “Jali, jangan mengusik adik,” kata Puan Rozita

5.       “Tolong tunjukkan kad pengenalan encik,”kata polis kepada Tuan Ahmad.

B.      Tukar ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk.

Page 3: Ayat Cakap Ajuk Dan Ayat Cakap Pindah

1.       Puan Lina mengaduh kesakitan pada kakinya.

2.       Encik Zul melarang Kamal menonton televisyen sebelum menyiapkan kerja rumah.

3.       Alan mengajak Kadir pergi ke rumah Siva.

4.       Encik Mazlan menasihatnya supaya rajin belajar dan menjadi orang yang berguna.

5.       Cikgu Razmi mengingatkan murid-muridnya supaya membawa pakaian sukan masing-masing untuk latihan yang akan diadakan pada esoknya.