ayat cakap ajuk

Upload: riz1363694

Post on 13-Oct-2015

197 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

dapat tukar dengan mudah

TRANSCRIPT

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    1/73

    Ayat Cakap Ajuk/Pindah

    LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

    A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

    a. Langkah menukarkan ayat:

    1. Jangan mengubah makna asalnya.

    2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)

    3. Lakukan perubahan perkataan:

    contoh:

    - saya .....................dia..................................- kamu...............................dia

    - kami ....................mereka..........................-hamba..............................dia- di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu

    - kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

    4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.

    contoh:

    - mengapa..............punca/sebab................-bagaimana........................cara/keadaan

    - berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa

    5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.

    contoh:

    i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan

    sebagainya yang sesuai dengan situasi.

    ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.

    iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.

    iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.

    v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.

    vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.

    vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah, hairan,

    terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

    6. Contoh penukaran ayat:

    i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.

    Jawapah:Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

    ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

    Jawapan:Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya

    penipisan ozon.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    2/73

    iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.

    Jawapan:Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

    iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.

    Jawapan:Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.

    v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.

    Jawapan:Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya

    itu.

    vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.

    Jawapan:Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul

    11.00 pagi.

    vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

    Jawapan: Fai Jun Pui menegur Sally sambil bertanyakan khabar.

    b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

    Contoh 1:

    Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan

    susunan isi dalam petikan ini.

    Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

    Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti

    Indonesia, .................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

    Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong

    ....................tempatan .pelancong di dalam negeri.

    Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi

    .................... potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat

    .....................percutian mereka.

    Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam

    ....................dalam diri.

    Jawapan:...............Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak

    mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan

    mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi

    yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka

    melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

    Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana

    kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    3/73

    bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta

    seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong

    tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di

    samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam

    dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

    Contoh 2:

    Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap

    pindah.

    Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.

    Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di

    halamannya.

    Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di

    dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.

    Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan

    Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.

    Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul

    memberikan alasan.

    Jawapan:

    1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat

    rapat.

    2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan

    mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu

    Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.

    4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia

    tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.

    5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur.

    6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana

    kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

    ................................................

    c. Latihan Pengukuhan

    ...........................................

    Latihan 1Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap

    pindah.

    Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.

    Rancangan apa? jawab Ani.

    Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh.

    Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    4/73

    Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !

    Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.............[ 6 markah ]

    Latihan 2:

    Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

    Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......

    Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.

    Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.

    Ya, Tuk Yahya tahu.........

    Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada,jelas anak

    itu hampir meraung.

    Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6 markah ]

    Latihan 3:

    Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

    Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.

    Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya

    bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.

    Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk

    membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.

    Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan

    ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.

    Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara

    yang sebenarnya, kata Nizam.Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim......[ 6 markah ]

    Latihan 4:

    Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

    MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?

    FELIX : Mi Pedas.

    MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?

    FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.

    MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?

    FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia....................[ 6 markah ]

    .......................

    .......................................................................

    Latihan 5:

    Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

    Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    5/73

    Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.

    Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita

    ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?

    Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.........................................................[ 6 markah ]

    Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap Pindah

    JAWAPAN SOALAN 1:

    1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.

    2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.

    3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan

    rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.

    4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu

    akan datang.

    5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya.6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

    JAWAPAN SOALAN 2:

    1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan

    2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat itu bahaya

    sambil meneliti mata belolok Ani.

    3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .

    4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .

    5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah

    itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya sudah tiada lagi.

    6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan Comot

    JAWAPAN SOALAN 3:

    1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.

    2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul bertanyakan tentang

    yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.

    3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum menjelaskanyuran peperiksaannya.

    4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan

    abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

    5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan menjelaskan

    perkara yang sebenarnya.

    6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau merupakan seorang

    yang sangat garang.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    6/73

    JAWAPAN SOALAN 4:

    1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada

    Felix.2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.

    3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian

    namanya sekali lagi daripada Felix.

    4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.

    5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata-

    mata makan Mi Pedas.

    6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan

    dahulu.

    JAWAPAN SOALAN 5:

    1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.

    2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan

    bahawa dia menghadapi masalah di rumah.

    3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan

    perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung

    kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.

    4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

    B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

    a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

    1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)

    i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.

    ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.

    2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya semula kepada

    bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat

    pindah. Jika anda lupa, sila rujuk semula.

    3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk

    mengelakkan markah anda ditolak.

    b. Contoh soalan dan jawapan:

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    7/73

    Contoh 1:

    Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan

    susunan isi dalam petikan ini.

    Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak

    mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan

    mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi

    yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka

    melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

    Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana

    kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz

    bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta

    seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancongtempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di

    samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam

    dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

    Jawapan :

    Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

    Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi

    ...................... yang ..indah.

    Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,

    ....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

    Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong

    ....................... tempatan melancong di dalam negeri.

    Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan

    ........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian

    ........................mereka.

    Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu

    .........................ditanam dalam diri.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    8/73

    Contoh 2:

    Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan

    susunan isi dalam petikan ini.

    ...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan

    tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-

    ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu

    walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop

    memberitahu ii itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi

    itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti

    kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA

    untuk membeli sebuah bas.

    Jawapan:

    Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?

    Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.

    Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.

    Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.

    Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?

    Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

    ...................................................................................

    c. Soalan Latihan:

    Latihan 1:

    Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan

    susunan isi dalam petikan ini.

    ...............Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke bandar.

    Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azman

    memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung mereka pun tiada

    kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di

    kampung yang bergelumang dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa

    mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi

    pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    9/73

    sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di

    kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman

    sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

    Latihan 2:

    Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.

    Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat

    rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan

    mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan,

    Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan

    bahawa Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas

    ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia

    datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarulpula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja

    menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

    Jawapan Latihan Ayat Cakap Pindah ke Cakap Ajuk

    Jawapan soalan 1:

    Azman : Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke bandar?

    Yahya : Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi.

    Azman : Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan bandar?

    Yahya : Aku bosan, hari-hari bermain lumpur di sawah.

    Azman : Bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita.

    Yahya : Kalau engkau hendak engkau sahajalah yang buat, aku tetap hendak ke bandar.

    Azman : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan.

    Yahya : Engkau sahajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji.

    Jawapan soalan 2:

    Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.

    Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di

    halamannya.

    Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di

    dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    10/73

    Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan

    Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.

    Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul

    memberikan alasan.

    Ayat Aktif dan Ayat Pasif

    A. AYAT AKTIF:

    i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala

    benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)

    ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i.

    iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena

    buat)

    B. AYAT PASIF:i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai subjek ayat)

    manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).

    ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga boleh

    menggunakan perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua

    yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.

    Contoh :

    i. Ikan itu dipancing oleh Ali.

    ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)

    iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

    C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

    Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

    1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.

    Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa

    saudara saya.

    2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana

    sekolahnya.

    Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru

    disiplin yang garang tersebut.

    3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit

    tersebut.

    Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca

    mata tebal itu.

    4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.

    Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    11/73

    5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.

    Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

    D. LATIHAN:

    Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

    1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

    2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

    3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung

    Malaysia.

    4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi

    tadi.

    5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

    6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

    7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

    8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

    9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

    10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.

    11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

    12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

    13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.

    14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.

    15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

    E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:

    Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

    1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.

    Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

    2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.

    Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan

    gadis tersebut.

    3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    12/73

    Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal

    bulan lalu.

    4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah

    Saham Nasional.

    Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentangpelaburan saham tersebut.

    5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di

    bahagian pemprosesan.

    Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses

    itu ke dalam bekas plastik.

    F. LATIHAN :

    Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

    1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi

    negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.

    2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi

    menarik penyertaan orang ramai.

    3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi

    memudahkan keluarga yang menetap di situ.

    4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di

    Kuala Lumpur.

    5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi

    semua mata pelajaran teras.

    6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan

    pada akhir bulan itu.

    7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia

    lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

    8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasaldari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

    9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun

    sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

    10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak

    kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    13/73

    11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka

    pada setiap akhir tahun.

    12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak

    ditinggalkan oleh pemiliknya.

    13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang

    tahun kelahirannya.14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam

    pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.

    15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah

    padinya pada petang kelmarin.

    Mengesan Kesalahan Ayat

    TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT

    A. Langkah yang perlu diikuti:1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahan

    imbuhan, kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa.

    2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.

    3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan

    hukum tatabahasa yang telah dipelajari.

    4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan lengkap.

    5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.

    6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.

    7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat tersebut.

    8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah.

    B. Jenis kesalahan dalam ayat:

    i. Kesalahan ejaan

    ii. Kesalahan penggunaan imbuhan

    iii. Kesalahan penggunaan kata atau istilah

    iv. Kesalahan tatabahasa

    Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

    MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT:

    A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:

    Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

    penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis

    ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    14/73

    1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi

    suka hati kepada pemborong ayam.

    2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah

    bekalan simen.

    3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu

    membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

    4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh

    pihak polis.

    5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang

    dijalankan.

    6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak

    berubah.

    7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan

    kepada Menteri Pengangkutan.

    8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.

    9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.

    10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak

    pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.

    11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang

    ditawarkan berpatutan juga.

    12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian

    asli yang ditontonkan.

    13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya

    menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.

    14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkanperlumbaan kerana suntuk masa.

    15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.

    16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang

    diberikan oleh pegawai harta tanah itu.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    15/73

    17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka

    menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.

    18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan

    gejala gengsterisma.

    19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam

    bidang perniagaan dan industri kecil.

    20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan

    yang menarik dan penuh semangat sukan.

    21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena

    disambut kemerdekaan tanah air selesai.

    22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.

    23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6

    tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

    24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi

    pingat dalam acara yang disertai.

    25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama

    pada waktu puncak.

    26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada

    awal minggu lepas.

    27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak tradisional

    Melayu pada minggu yang lalu.

    28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh pihak polis

    di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

    29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat

    diri dalam lapangan perniagaan.

    30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar di

    sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

    31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan

    kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    16/73

    32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa

    untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

    33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri

    daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

    34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana

    bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

    35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan

    baginda yang ke 52 tahun.

    36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan

    tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

    37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau

    daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

    38. Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk

    khidmatan menggunting rambut, katanya dengan ramah.

    39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya

    sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

    40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah

    memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

    41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan

    termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

    42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca

    sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.

    43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan

    mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan

    lebih efisyen.

    44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah dikenalibagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita.

    45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita

    dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita sehingga dewasa.

    46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    17/73

    matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang

    timbul.

    47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun

    di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.

    Kesalahan Istilah dan Tatabahasa

    MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

    A. Kesalahan istilah:

    Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak

    sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.

    Contoh 1:

    Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar

    negara.Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan sering ke luar

    negara.

    Contoh 2:

    Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

    Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

    B. Kesalahan tatabahasa:

    Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam pembinaan ayat yang

    gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum tatabahasa.

    Contoh 1:

    Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia.

    Betul: Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

    Contoh 2:

    Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

    Betul: Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan itu.

    Latihan:

    Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.

    Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

    1. Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu? tanya para pesertaperlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

    2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang

    dia buat.

    3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh

    gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    18/73

    4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan

    wang syarikat tersebut.

    5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri

    Melaka yang syarikat itu anjurkan.

    6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung

    yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

    7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik

    menerima arahan daripada pihak berkuasa.

    8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat

    tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

    9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam,

    akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

    10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada

    bungkusan buku tersebut.

    11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan

    ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

    12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan

    jalan penyelesaian perlu segera diambil.

    13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik

    puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

    14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan

    disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

    15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa

    memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.

    16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yangdibaluti tepung itu.

    17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah

    berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

    18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan

    oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    19/73

    19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan

    dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.

    20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai

    masih berada pada ibu negara berkenaan.

    21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana

    dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.

    22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami

    berjoging di taman yang berhampiran.

    23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan

    kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

    24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat

    dalam kecederaan.

    25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta

    api di kawasan landasan itu.

    26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

    27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja

    tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.

    28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang

    dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

    29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para

    pemain gagal memasukkan gol.

    30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak

    selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.

    31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh

    perniagaan yang terkenal.

    32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa

    agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

    33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke

    luar negara.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    20/73

    34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air

    kita dari ancaman musuh.

    35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan

    yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.

    36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa

    jenis bahan masakan di ruang masakan itu.

    37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja

    pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.

    38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh

    kelemahan pengurusan syarikat terbabit.

    39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

    40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan,

    namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.

    41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi

    pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.

    42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada

    pihak pengantin perempuan.

    43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar

    setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.

    44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang

    kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

    45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan

    untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

    46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos

    segera.

    47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh

    yang singkat.

    48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu

    keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    21/73

    49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa

    ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

    50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan

    penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaranmereka.

    ..........................

    Peribahasa

    PERIBAHASA

    Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di

    bawah:

    A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:

    1. bagai menatang minyak yang penuh

    Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang

    penuh sehinggalah mereka dewasa.

    2. seperti katak di bawah tempurung

    Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran

    tertutup seperti katak di bawah tempurung.

    3. seperti paku dengan penukul

    Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih

    kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus

    Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji

    pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

    B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi:

    Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.

    1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih sayang sanggupmelakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu terlibat dalam kes

    ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh mangsa itu tidak

    dapat diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.

    i. bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)

    ii. bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    22/73

    iii. anak emas (anak kesayangan)

    iv. air muka (diri, peribadi)

    2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal melayari hidup

    sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada perselisihan pendapat, mereka

    perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidakakan dapat bertahan lama dan perasaan kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh

    menyebabkan perceraian berlaku.

    i. bagai pinang dibelah dua.

    ii. sedangkan lidah lagi tergigit.

    iii. bagai embun di hujung rumput.

    C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:

    Contoh:

    1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut

    dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.

    * keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

    2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula ke kampung

    halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.

    * hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

    3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu,

    keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.

    * bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

    D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:

    Contoh:

    1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika mesyuarat

    dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak

    kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka sepatutnya tidak mengemukakan

    pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan

    orang lain. Hal ini demikian kerana (ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok

    penghulu akan berusaha untuk menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat

    memuaskan hati semua pihak.

    i. rumah siap pahat berbunyi

    ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata

    buruk padahnya.

    iii. anak buah

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    23/73

    Latihan 1:

    Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

    1. bagaikan kera mendapat bunga

    2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit

    3. burung terbang dipipiskan lada4. menegakkan benang yang basah

    5. bagaikan telur dihujung tanduk

    6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

    7. bagaikan tikus jatuh di kepuk

    8. matinya semut kerana gula

    9. air dicincang tidak akan putus

    10. bagaikan embun di hujung rumput

    Latihan 2:

    Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

    1. seperti mendukung biawak hidup

    2. sudah jatuh ditimpa tangga

    3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

    4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak

    5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

    6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang

    7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

    8. genggam bara api biar sampai menjadi arang

    9. bagai mencurah air ke daun keladi

    10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

    Latihan 3:

    Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

    1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi

    2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

    3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain

    4. seperti pelanduk dua serupa

    5. melentur buluh biarlah dari rebungnya

    6. seperti ular kena palu

    7. mati semut kerana gula8. bagai mendapat durian runtuh

    9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain

    10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

    Jawapan Latihan 1

    1. bagaikan kera mendapat bunga

    -Orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    24/73

    -Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana diabagaikan kera mendapat

    bungadan tidak menghargai pemberian kita itu.

    2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.

    -disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk.

    -Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemarkerana

    seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.3. burung terbang dipipiskan lada

    -mengharapkan sesuatu yang belum pasti.

    -Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagaiburung terbang dipipiskan

    ladakerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma.

    4. menegakkan benang yang basah

    -cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar.

    -Janganlah kamu cubamenegakkan benang basahkerana semua rakan kita telah tahu bahawa

    perkara itu tidak benar.

    5. bagaikan telur dihujung tanduk

    -dalam keadaan berbahaya.

    -Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnyabagai telur di hujung tanduk.

    6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

    -orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya.

    -Walaupun pandai namun James sentiasa merendah diri keranaular menyusur akar tidak akan

    hilang bisanya.

    7. bagaikan tikus jatuh di kepuk

    -mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.

    -Manprit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu danbagaikan tikus

    jatuh di kepuk.

    8. matinya semut kerana gula

    -mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat keranamatinya

    semut kerana gula.

    9. air dicincang tidak akan putus

    -pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan tetapi akan berbaik semula.

    -Pergaduhan anak-anak Pak Samad tidak berpanjangan keranaair dicincang tidak akan putus.

    10. bagaikan embun di hujung rumput

    -kasih-sayang yang tidak berkekalan.

    -Cinta Sam Kong kepada Winniebagaikan embun di hujung rumputdan tidak berkekalan.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------

    Jawapan Latihan 2

    1. seperti mendukung biawak hidup-membuat pekerjaan yang sukar dan berbahaya.

    -Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itubagaikan mendukung biawak hidup.

    2. sudah jatuh ditimpa tangga

    -menerima nasib malang/ kesusahan yang bertimpa-timpa/ berterusan.

    -Hidupnya bagaikansudah jatuh ditimpa tanggakerana selepas kematian anaknya, dia kematian

    isterinya pula.

    3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    25/73

    -mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.

    -Sikap Abu membiayai pengajian gadis itu bagaikankera di hutan disusukan, anak di rumah mati

    kelaparankerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan.

    4. ditelan mati emak, diluah mati bapak

    -dalam keadaan serba salah.

    -Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah merekabercerai keranaditelan mati emak, diluah mati bapa.

    5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

    -berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi.

    -Saya tahu, Sabrina berbuat baik untuk memikat Manprit keranakalau tidak berada-ada,

    masakan tempua bersarang rendah.

    6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang

    -orang yang tamak akan rugi.

    -Jangan terlalu tamakbagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi.

    7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

    -telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja.

    -Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya keranasekilas ikan di air, sudahku tahu jantan

    betina.

    8. genggam bara api biar sampai menjadi arang

    -membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil.

    -Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpamagenggam bara api biar sampai menjadi arang.

    9. bagai mencurah air ke daun keladi

    -membuat kerja dengan sia-sia.

    -Nasihat guru kepadanya bagaimencurah air ke daun keladikerana dia tidak pernah mahu

    mendengarnya.

    10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

    -kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidaknampak.

    -Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikapkuman di seberang laut nampak, gajah di

    depan mata tak nampak.

    ----------------------------------------------------------------------------------------

    Jawapan Latihan 3

    1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi

    -di mana ada punca rezeki/ keramaian, di situlah orang ramai berkumpul.

    -Di tempat menjual loteri itu terlalu ramai orang berkumpulbagaikan lalat mengharung najis.

    2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

    -pembangunan yang tumbuh dengan pesat.

    -Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin majubagaikan cendawantumbuh selepas hujan.

    3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain

    -usaha gigih yang berterusan.

    -Jika kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan keranasehari sehelai

    benang, lama-lama menjadi kain.

    4. seperti pelanduk dua serupa

    -mempunyai wajah yang serupa.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    26/73

    -Saya menegur orang itu kerana saya menyangkanya Manprit Singh sedangkan dia

    hanyapelanduk dua serupa.

    5. melentur buluh biarlah dari rebungnya

    -mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil.

    -Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak dari kecil keranamelentur buluh biarlah dari

    rebungnya.6. seperti ular kena palu

    -barisan yang bengkang-bengkok.

    -Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak

    lurusseperti ular kena palu.

    7. mati semut kerana gula

    (Sila rujuk maksud dan ayat di atas = soalan ulangan)

    8. bagai mendapat durian runtuh

    -mendapat keuntungan dengan banyak.

    -Pada minggu lepas, Nazrimendapat durian runtuhapabila peniaga itu menghadiahkan beliau

    sebuah kereta baru.

    9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain

    -dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza.

    -Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang

    berbezaumpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

    10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

    -mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ ditinggalkan.

    -Apabilamendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkankerana apabila mendengar berita

    yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Ah Cun berhenti daripada kerja

    lamanya.

    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Latihan 4:

    Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

    1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak

    disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang

    tertentu.

    2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan

    telah berbaik-baik semula seperti sediakala.

    3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun

    kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

    4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng

    seorang yang baik hari dan lemah lembut.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    27/73

    5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat

    dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

    6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu

    menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

    7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan

    bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan

    cemerlang.

    8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian

    dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap

    semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

    10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya

    berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.

    Latihan 5:

    Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

    1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi

    akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.

    2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikathati adik perempuan Santos yang cantik itu.

    3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan

    berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.

    4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut

    panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.

    5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-

    nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.

    6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin

    sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.

    7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang

    asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    28/73

    8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji

    yang telah diucapkannya kepada mereka.

    9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita

    kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.

    10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan

    pandai bersilat itu.

    Latihan 6:

    Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan

    cerita dan situasi tersebut.

    1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook

    benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi

    kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee

    menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur

    luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka

    kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak

    baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi

    dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

    2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka,

    kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang

    ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan

    menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanahmereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa

    kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu

    separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat

    disempurnakannya.

    3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-

    rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka

    sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada

    satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh

    majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung

    kepada budi bicara majikannya.

    Latihan 7:

    Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan

    cerita dan situasi tersebut.

    1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan

    mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    29/73

    Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal

    suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.

    2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet

    mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru.

    Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namunkeseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di

    Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat

    kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.

    3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek

    pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik tidur.

    Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan

    yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran,

    namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang

    itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah

    tentulah kita tidak akan berjaya.

    Jawapan Latihan 4:

    1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak

    disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang

    tertentu.

    Jawapan:Ada udang di sebalik batu / Seperti menanam tebu di tepi bibir(janji yang ada sesuatu

    di sebaliknya)

    2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhantelah berbaik-baik semula seperti sediakala.

    Jawapan:Biduk berlalu kiambang bertaut(perselisihan faham akan kembali tenang/ baik semula)

    3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun

    kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

    Jawapan:Bagai itik pulang petang(tiada perubahan sebelum atau selepasnya)

    4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng

    seorang yang baik hari dan lemah lembut.

    Jawapan:Meriam buluh(kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut)

    5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat

    dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

    Jawapan:Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup / bangkai gajah tidak

    dapat ditutup dengan sehelai daun/ pelepah.(sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan

    tersebar juga)

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    30/73

    6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu

    menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

    Jawapan:Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit / kerana nila setitik, rosak susu

    sebelanga(seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar)

    7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan

    bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan

    cemerlang.

    Jawapan:Belakang parang jika diasah lagikan tajam(Orang yang bodoh jika diajar akan menjadi

    pandai)

    8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian

    dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Jawapan:Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga(Jika tidak ada kemampuan

    janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan)

    9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap

    semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

    Jawapan:Bagai ikan pulang ke lubuk/ bagaikan belut pulang ke lumpur(balik semula ke kampung

    halaman setelah lama tinggal di tempat orang)

    10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya

    berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.

    Jawapan:Mencurah air ke daun keladi(membuat kerja yang sia-sia)

    ------------------------------------------------------------------------------------------

    Jawapan Latihan 5:

    1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki komputernya tetapi

    akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.

    Jawapan:Bagaikan tikus membaiki labu(menjadikan sesuatu lebih teruk rosaknya)

    2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat

    hati adik perempuan Santos yang cantik itu.

    Jawapan:batu loncatan(menggunakan seseorang untuk mencapai sesuatu maksud)

    3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan

    berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.Jawapan:Bagai itik pulang petang(balik dalam keadaan berbaris-baris)

    4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut

    panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.

    Jawapan:ikut rasa binasa, ikut hati mati(melakukan perbuatan tanpa berfikir akan menyebabkan

    kesan yang buruk)

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    31/73

    5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-

    nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut.

    Jawapan:Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi(Orang bijak yang tidak suka menunjuk-

    nunjuk)

    6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya semakin

    sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya.

    Jawapan:seperti kaduk naik junjung(semakin berlagak setelah mendapat kenaikan pangkat)

    7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki, pendatang

    asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

    Jawapan:Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak / di mana

    bumi dipijak, di situ langit dijunjung(mengikut adat resam di mana kita berada)

    8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji

    yang telah diucapkannya kepada mereka.

    Jawapan:Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.(manusia dipercayai

    jika menunaikan janjinya)

    9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita

    kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras.

    Jawapah:Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung(berita kejayaan yang tidak

    seberapa tetapi menjadi riuh di seluruh tempat)

    10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang garang dan

    pandai bersilat itu.Jawapan:Kecil-kecil cili padi(walaupun berbadan kecil tetapi amat berani)

    ---------------------------------------------------------------------------------

    Jawapan Latihan 6:

    1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook

    benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi

    kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee

    menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur

    luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka

    kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak

    baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi

    dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.Jawapan:

    -anak emas

    -bagai menatang minyak yang penuh

    -susu diberi, dibalas tuba

    2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka,

    kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    32/73

    ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan

    menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah

    mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa

    kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu

    separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat

    disempurnakannya.Jawapan:

    -ada udang di sebalik batu

    -tanam tebu di tepi bibir

    -(cikgu lupa!!!!!!!! bagi kemudian)

    3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-

    rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka

    sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada

    satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh

    majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung

    kepada budi bicara majikannya.

    Jawapan:

    -curi tulang

    -bagai mencurah air ke daun keladi

    -bagai telur di hujung tanduk.

    ---------------------------------------------------------------------------------

    Jawapan Latihan 7:

    1. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan

    mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat

    Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakalsuaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.

    Jawpan:

    -langkah bendul

    -atas angin

    -bulan madu

    2. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet

    mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru.

    Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun

    keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di

    Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakatkerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.

    Jawapan:

    -belut pulang ke lumpur/ ikan pulang ke lubuk

    -hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

    -(cikgu lupa!!!!!!! bagi kemudian)

    3. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    33/73

    pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia asyik tidur. Cikgunya

    iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang

    cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun

    jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu

    mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah

    tentulah kita tidak akan berjaya.Jawapan:

    -seperti paku dengan penukul

    -belakang parang kalau diasah lagikan tajam

    -di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

    -----------------------------------------------------------------------------

    LATIHAN TAMBAHAN PERIBAHASA

    Beri maksud peribahasa di bawah:

    1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi

    2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

    3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

    4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

    6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

    7. umpama mintak setitik, di laut sekalipun timbul juga

    8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

    9. bagai lebah menghimpun madu

    10. cepat kaki, ringan tangan

    11. genggam bara api biar sampai jadi arang

    12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

    13. malas bergarit perut perit

    14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

    15. seperti anai-anai makan kayu

    16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

    17. bagai beliung dengan asahan

    18. biduk berlalu kiambang bertaut

    19. buang yang keruh ambil yang jernih

    20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

    21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama

    22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua

    23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga

    24. jauh bau bunga, dekat bau tahi

    25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    34/73

    27. seperti pungguk rindukan bulan

    28. ikut hati mati, ikut rasa binasa

    29. nasi sudah menjadi bubur

    30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

    31. sudah terantuk baru tengadah32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya

    33. alah membeli menang memakai

    34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah

    35. biar titik jangan tumpah

    36. cencaru makan petang

    37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

    38. cicir dipungut, hilang di cari

    39. ukur baju di badan sendiri

    40. sediakan paying sebelum hujan

    41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

    42. seperti air dalam kolam

    43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

    44. cacing hendak menjadi naga

    45. membujur lalu melintang patah

    46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat

    47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah

    48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni

    49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut

    50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

    52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya

    53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek

    54. seperti kerbau dicucuk hidung

    55. seperti belut pulang ke lumpur

    56. seperti gagak pulang ke benua

    57. seperti ikan pulang ke lubuk

    58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga

    59. jangan bermain di air keruh

    60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

    61. diam ubi berisi, diam besi berkarat

    62. bagaikan harimau sembunyikan kuku

    63. jauhari juga yang mengenal manikam

    64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

    65. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

    66. air yang dingin juga dapat memadamkan api

    67. bagai menjaga intan dicanai

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    35/73

    68. karam sambal oleh belacan

    69. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan

    70. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

    71. bagai menatang minyak yang penuh

    72. bagai ditatang di anak lidah73. kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai seberang

    74. pandai menyelam air dangkal

    75. timba air mandikan diri

    76. yang tegak disokong, yang lemah ditopang

    77. bagai duduk dengan cupak dan gantang

    78. seduit dibelah tujuh

    79. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan terserak

    80. umpama jari di tangan ada bercincin ada tidak

    81. nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati

    82. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya

    83. bagai kaduk naik junjung

    84. bagai laying-layang terputus talinya

    85. alah bias tegal biasa

    86. ditelan mati emak, diluah mati bapa

    87. beras secupak tak akan jadi segantang

    88. kerana nyamuk seekor kelambu dibakar

    89. bagaikan hidup segan mati tak mahu

    90. bagaikan itik pulang petang

    Jawapan Latihan Tambahan PeribahasaJAWAPAN LATIHAN PERIBAHASA

    Maksud peribahasa:

    1. ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi

    Jawapan: Semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin merendah diri sifatnya.

    2. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

    Jawapan: Mengikut sifat orang berilmu yang suka merendah diri daripada bersikap sombong.

    3.buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

    Jawapan: Berbuat baik biarlah berpatutan tetapi janganlah berbuat jahat sama sekali.

    4. harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Jawapan: Perkara yang selalu dikenang apabila seseorang telah tiada ialah nama baiknya.

    5. hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

    Jawapan: Berbuat baiklah semasa masih hidup untu diri dan masyarakat dan jangan berbuat

    jahat.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    36/73

    6. kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

    Jawapan: Orang yang berketurunan baik, ke mana dia pergi akan menjadi baik juga akhirnya.

    7. umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga

    Jawapan: Orang yang baik jika berada di mana-manapun akan dimuliakan orang juga.

    8. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganJawapan: Setiap perbuatan mesti dilakukan bersungguh-sungguh sehingga mendapat hasil yang

    baik.

    9. bagai lebah menghimpun madu

    Jawapan: Orang yang sangat rajin mencari ilmu atau harta.

    10. cepat kaki, ringan tangan

    Jawapan: Orang yang rajin dan cekap bekerja.

    11. genggam bara api biar sampai jadi arang

    Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sehingga mendapat hasil.

    12. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaJawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika kita tidak berusaha.

    13. malas bergarit perut perit

    Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan kita mendapat kesusahan.

    14. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

    Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.

    15. seperti anai-anai makan kayu

    Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin.

    16. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

    Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezekitidak datang dengan sendiri.

    17. bagai beliung dengan asahan

    Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat rapat.

    18. biduk berlalu kiambang bertaut

    Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.

    19. buang yang keruh ambil yang jernih

    Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

    20. cubit peha kanan peha kiri terasa juga

    Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan, kita akan merasakan

    kesusahan itu juga.

    21. enggang dengan enggang, pipit dengan pipit, baru boleh terbang bersama

    Jawapan: Perhubungan yang sama taraf.

    22. ibarat telur semangkuk/ sesangkar, pecah sebiji pecah semua

    Jawapan: Jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut

    merasai kesusahannya.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    37/73

    23. ikan di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga

    Jawapan: Jikalau ada jodoh, di mana-mana pun akan ditemukan juga.

    24. jauh bau bunga, dekat bau tahi

    Jawapan: Kaum keluarga yang tinggal berjauhan akan berasa rindu tetapi jika tinggal berdekatan

    akan selalu berkelahi.25. kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

    Jawapan: Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika melibatkan seorang sahaja.

    26. mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak

    Jawapan: Hubungan anak dengan bapa yang sangat baik dan saling bertolongan.

    27. seperti pungguk rindukan bulan

    Jawapan: Seseorang yang sentiasa mengingati dan merindui kekasihnya.

    28. ikut hati mati, ikut rasa binasa

    Jawapan: Orang yang mengikut kehendak nafsu akan musnah hidupnya.

    29. nasi sudah menjadi buburJawapan: Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak dapat diubah lagi.

    30. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

    Jawapan: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak

    menyesal kemudian hari.

    31. sudah terantuk baru tengadah

    Jawapan: Sudah ditimpa kemalangan barulah hendak beringat-ingat/ berhati-hati.

    32. air yang tenang jangan disangka tiada buaya

    Jawapan: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

    33. alah membeli menang memakaiJawapan: Biarlah membeli barang yang berkualiti dan lebih mahal harganya asalkan barangan itu

    tahan lama.

    34. berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah

    Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-hati.

    35. biar titik jangan tumpah

    Jawapan: Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.

    36. cencaru makan petang

    Jawapan: Mendapat keuntungan atau kemenangan pada saat-saat akhir.

    37. cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar

    Jawapan: Seseorang itu mestilah berhati-hati apabila bercakap atau memberi pendapat tentang

    sesuatu perkara.

    38. cicir dipungut, hilang di cari

    Jawapan: Jangan membazirkan sesuatu makanan hanya kerana ingin berjimat.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    38/73

    39. ukur baju di badan sendiri

    Jawapan: Berbelanja atau melakukan sesuatu perkara biarlah mengikut kemampuan diri kita

    sendiri.

    40. sediakan payung sebelum hujan

    Jawapan: Berjaga-jaga lebih baik sebelum bencana atau perkara buruk berlaku.41. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu

    Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih berhati-hati.

    42. seperti air dalam kolam

    Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.

    43. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

    Jawapan: Berhati-hati apabila bercakan kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.

    44. cacing hendak menjadi naga

    Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/ berpengaruh.

    45. membujur lalu melintang patahJawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.

    46. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat

    Jawapan: Mencapai kata sepakat.

    47. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah

    Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.

    48. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni

    Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang sanggup dihadapi

    bersama.

    49. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturutJawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di tempat kita berada.

    50. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana kita menetap.

    51. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

    Jawapan: Semasa hidup kita mesti mengikut peraturan dan adat, tetapi setelah mati kita akan

    mengikut hukum Tuhan.

    52. kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya

    Jawapan: Manusia akan dipercayai jika menepati segala janji.

    53. masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek

    Jawapan: Seseorang itu mestilah menyesuaikan diri dengan tempat di mana dia berada.

    54. seperti kerbau dicucuk hidung

    Jawapan: Seseorang yang hanya tahu mengikut kehendak atau arahan orang lain.

    55. seperti belut pulang ke lumpur

    Jawapan: Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau.

  • 5/22/2018 Ayat Cakap Ajuk

    39/73

    56. seperti gagak pulang ke benua

    Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

    57. seperti ikan pulang ke lubuk

    Jawapan: Orang yang pulang ke tempat asalnya setelah lama merantau.

    58. setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau jugaJawapan: Sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya dia akan kembali ke tempat asalnya

    semula.

    59. jangan bermain di air keruh

    Jawapan: Perbuatan yang negative janganlah ditiru.

    60. ke tengah boleh, ke tepi pun boleh

    Jawapan: Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

    61. diam ubi berisi, diam besi berkarat

    Jawapan: Orang yang berilmu biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu

    selalunya banyak bercakap.62. bagaikan harimau sembunyikan kuku

    Jawapan: Orang berilmu yang menyembunyikan kelebihan dirinya.

    63. jauhari juga yang mengenal manikam

    Jawapan: Orang yang bijaksana sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.

    64. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

    Jawapan: Sekiranya tiada ilmu untuk melaku