award 1023 tahun 2012 kesatuan kebangsaan pekerja pekerja akhbar dan kwong wah yit poh press berhad

28
b3 MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 1 812-1120110 ANTARA KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA.PEKERJA AKHBAR DAN I(WONG WAH YIT POH PRESS BERHAD NO. AWARD: 1023 TAHUN 2012 Dt HADApAN : Y.A. PUAN RASIDAH BINTI HAJI CHIK - PENGERUSI Encik Lim Yee Kong 'Panel Majikan Encik K. Veeriah a/l V. Krishnasamy - Panel Pekeria TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia, Cawangan Pulau Pinang. TARIKH RUJUKAN : 29 SePtember 2010' TARIKH SEBUTAN : 30 November 2Afi;6 Januari 2011;7 Mac 2011; TApril 2A11;9 Mei 2011;21 Jun2011;28 Julai 2011; 5 Disember 2A11. TARIKH BICARA : 15 Mac 2012' PERWAKILAN : Encik chandrasekaran Rajamanikam Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar Bagi Pihak Kesatuan. Encik Hong Kam Weng DariTetuan Hong, Cheah & Co Bagi Pihak SYarikat. RUJUKAN: lni adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 26(2) Akta perhubungan Perusahaan, 1967. lanya berpunca daripada pertikaian perusahaan di antara ,Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (Pihak Kesatuan) dengan Kwong Wah Yit Poh Press Berhad (Syarikat)' I'

Upload: salam-salam-solidarity-fauzi-ibrahim

Post on 10-Aug-2015

460 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

TRANSCRIPT

Page 1: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

b3MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 1 812-1120110

ANTARA

KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA.PEKERJA AKHBAR

DAN

I(WONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

NO. AWARD: 1023 TAHUN 2012

Dt HADApAN : Y.A. PUAN RASIDAH BINTI HAJI CHIK - PENGERUSIEncik Lim Yee Kong 'Panel MajikanEncik K. Veeriah a/l V. Krishnasamy - Panel Pekeria

TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Malaysia,Cawangan Pulau Pinang.

TARIKH RUJUKAN : 29 SePtember 2010'

TARIKH SEBUTAN : 30 November 2Afi;6 Januari 2011;7 Mac 2011;

TApril 2A11;9 Mei 2011;21 Jun2011;28 Julai 2011;

5 Disember 2A11.

TARIKH BICARA : 15 Mac 2012'

PERWAKILAN : Encik chandrasekaran RajamanikamSetiausaha AgungKesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja AkhbarBagi Pihak Kesatuan.

Encik Hong Kam WengDariTetuan Hong, Cheah & Co

Bagi Pihak SYarikat.

RUJUKAN:

lni adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen

26(2) Akta perhubungan Perusahaan, 1967. lanya berpunca daripada pertikaian

perusahaan di antara ,Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (Pihak Kesatuan)

dengan Kwong Wah Yit Poh Press Berhad (Syarikat)'

I'

Page 2: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

1.

2.

34AWARD

lni adalah pertikaian perusahaan yang wujud diantara Kesatuan

Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar (selepas ini dirujuk

sebagai Pihak Kesatuan) dan Kwong Wah Yit Poh Press

Berhad (selepas ini dirujuk sebagai Syarikat) berkaitan dengan

terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan yang hendak

dimasukkan kedalam Perjanjian Kolektif untuk tempoh 1 Mei

2010 hingga 30 April 2013.

Secara ringkasnya peristiwa yang membawa kepada pertikaian

ini adalah seperti b'erikut. Pihak Kesatuan metalui surat bertarikh

8.3.2010 telah memberi notis kepada pihak Syarikat berhubung

dengan niat mereka untuk berunding berkaitan dengan terma-

terma Perjanjian Kolektif dan telah mengemukakan cadangan-

cadangan mereka kepada pihak Syarikat. Walaubagaimanapun

Pihak Kesatuan dan Pihak Syarikat telah gagal mencapai

persetujuan mengenai terma-terma untuk Perjanjian Kolektif

tersebut. Pertikaian ini seterusnya telah dirujuk oleh Y.B. Menteri

Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen

26(2)Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk diselesaikan.

Cadangan Perjanjian Kolektif untuk tempoh 1.5.2010 hingga

30.4.2019 ini terdapat di UBD B m.s t hingga 25.

Berdasarkan kepada UBD - B, Perjanjian Kolektif yang sedang

terpakai mengandungi 37 perkara yang terdiri dari 36 Artikel

dan Appendix A. Walaubagaimanapun cadangan Perjanjian

Kolektif yang tidak dapat dipersetujui ini dan yang perlu

3.

Page 3: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

diputuskan oleh Mahkamah kini mempunyai pertambahan iaitu

42 perkara yang terdiri dari 4l Artikel dan AppendixA.

4. Pada tarikh perbicara an,15.3.2012,En. Chandrasekaran,General

Secretary N.U.N.W yang mewakili Pihak Kesatuan,

memaklumkan kepada Mahkamah bahawa kedua-dua Pihak

Kesatuan dan Syarikat telahpun bersetuju dengan 24 Artikel yang

terkandung didalam Non-Disputed Articles, UBD - G iaitu Artikel

1,2,3,4,5, 6, 7,8,9, 10, 13, 18,21,23,24,27,28, 30, 31,32,

33, 34, 36 dan 39. Sebagai tambahan pada pagi hari perbicaraan,

kedua-dua pihak telah bersetuju kepada 10 lagi Artikel, iaitu

Artikel 2, 14, 16, 19, 25, 35, dan 41 (sebahagian saja).

Selanjutnya untuk Artikel 37, 38 dan 40, Pihak Kesatuan telah

bersetuju untuk menarik balik Artikel-artikel tersebut. Oleh yang

demikian kini hanya terdapat B Artikel dan Appendix A yang

dipertikaikan dan yang tidak dapat dipersetujui oleh kedua-dua

pihak. Artikel-artikel yang dipersetujui kini dilampirkan bersama-

sama dengan Award ini dan ianya menjadi sebahagian daripada

Award ini.

5. Artikel-artikel yang kini dipertikaikan adalah seperti berikut:

Article 11 - Annual lncrements

Article 12 - Promotions

Article 15 - TransPort Allowance

Article 17 - NightAllowance

Article 20 - Annual Leave

Article 26 - Retirement Benefits

\.,

Page 4: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

$&

vii. Article 29 - Notice Of Termination Of Contract Of Service

viii. Article 41 - Transitional Provisions

6. Sebagai permulaannya ingin dinyatakan di sini bahawa apabila

mengendalikan kes-kes yang melibatkan pertikaian perusahaan

seperti ini, maka Mahkamah ini sentiasa memperingatkan diri

sendiri dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada

Mahkamah ini di dalam menyelesaikan kes-kes pertikaian

tersebut, iaitu Seksyen 30(4), (5) dan (6) Akta Perhubungan

Perusahaan 1967.

7. Setelah mengambil kira kepada peruntukan-peruntukan di atas,

Mahkamah dengan ini meneruskan dengan artikel-artikel yang

dipertikaikan.

8. Dalam kes ini terdapat beberapa ikatan yang telah difailkan oleh

kedua-dua pihak iaitu:

vt.

vii.

Union's Bundle Of Documents

Union's Bundle Of Documents

Union's Bundle Of Documents

Union's Bundle Of Documents

(Non-Disputed Articles)

Union's Bundle Of Documents

(Comparisons on disputed articles

with other newspaper companies)

Union's Bundle Of Documents

Union's Bundle Of Documents

UBD _A,B,C

UBD- D

UBD _ E,F

UBD_G

. UBD-H

. UBD_J

. UBD_K

Page 5: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

3?viii. Union's Bundle Of Documents

ix. Union's Bundle Of Documents

x. Company's Bundle Of Documents

xi. Company's Bundle Of Documents

xii. Company's Bundle Of Authorities

xiii. Company's Bundle Of Authorities 2

ARTI KEL.ARTIKEL YANG DIPERTIKAIKAN

ARTICLE 11 -ANNUAL INCREMENTS

UBD- L

UBD_M

COB_1

COB-2

9. Sekiranya UBD B dirujuk, dapat dilihat bahawa sebenarnya

Pihak Kesatuan telah bersetuju untuk mengekalkan peruntukan

sedia ada kepada Artikel 11 seperti yang terkandung didalam

Perjanjian Kolektif yang terpakai pada masa kini tanpa apa-apa

pindaan atau perubahan. Walaubagaimanapun Pihak Syarikat

melalui Pernyataan Jawapan mereka telah mencadangkan untuk

memasukkan klausa tambahan kepada Artikel 11 tersebut.

Cadangan klausa tersebut adalah sepertimana yang digariskan di

bawah ini:

ARTICLE 11 -ANNUAL INCREMENTS

(i) On the first day of May in every year while this Agreement is

in force the monthly salary of every employee who has been

paid the same monthly salary in the salary scale

continuously for not less than six months preceding that

date shall be raised to the next higher monthly salary range

of the category in which he is employed, on condition that

Page 6: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

38

he achieves a minimum standard on his performance

vide his annu,al appraisal report until he has reached the

highest maximum monthly salary in the scale of the

category in which he is employed.

(ii) The Company may at its own dis_cretion grant merit

increment to any employee whose performance was

exceptionally outstandinq in the previous yearly

appraisal report.

10. En. Chandrasekaran bagi Pihak Kesatuan didalam hujahannya

telah memaklumkan bahawa Pihak Kesatuan tidak bersetuju

dan tidak dapat menerima cadangan Pihak Syarikat untuk

memasukkan klausa tambahan kepada Aftikel 11 sepertimana

yang digariskan diatas. Mengikut beliau kenaikan tahunan

(annual increment) dan penilaian (appraisal) adalah dua

perkara yang berbeza. Annual increment adalah satu "added

value". Sekiranya Pihak Syarikat memilih untuk membuat

penilaian,mereka boleh berbuat demikian tetapi Pihak Kesatuan

tidak bersetuju dengan cadangan Pihak Syarikat untuk

melaksanakan sistem kenaikan gaji berdasarkan penilaian

prestasi pekerja.

11. Sementara itu menurut En. Hong, peguam yang mewakili Pihak

Syarikat, cadangan kemasukan ini adalah selaras dengan

amalan yang di praktiskan oleh pihak kerajaan. lanya bertujuan

untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah

memberikan prestasi kerja yang cemerlang. Bagi pekerja-

Page 7: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

3q

12,

pekerja yang tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang,

maka Syarikat boleh memberi amaran dan tidak akan diberi

kenaikan gaji tahunan. Selanjutnya beliau menghujahkan juga

bagi pekerja-pekerja yang begitu cemerlang semasa

menjalankan tugas mereka, maka Syarikat akan memberi

kenaikan dua kali ganda.

Setelah mendengar dan menimbang hujahan dari kedua-dua

pihak, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pihak Kesatuan

dan memutuskan agar peruntukan Artikel 11 ini dikekalkan

seperti Perjanjian Kolektif yang terpakai buat masa kini. lni

adalah kerana kebanyakan daripada pekerja Syarikat adalah

terdiri dari mereka yang telah lama berkhidmat dengan Syarikat.

Mereka telah banyak menyumbang, memberi sokongan dan

taat serta setia dengan Syarikat demi untuk memaju dan

meningkatkan prestasi Syarikat. Oleh itu sebagai menghargai

segala pengorbanan dan sumbangan mereka kepada Syarikat,

maka kenaikan tahunan adalah satu "added value" kepada

mereka berbanding dengan cadangan yang dikemukakan oleh

pihak syarikat. Pada masa yang sama Mahkamah juga

berpendapat demi kepentingan awam peruntukan Artikel 11

tersebut sepatutnya dikekalkan. Dengan itu Mahkamah tidak

dapat menerima cadangan Pihak Syarikat untuk menambah

klausa tambahan kepada Artikel 11 dan peruntukan Artikel 11

adalah dikekatkan.

Page 8: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

4oARTICLE 12 - PROMOTIONS

13. Pihak Kesatuan telah mencadangkan untuk memasukkan dua

kategori iaitu jawatan CTP dan Print Unit Minder didalam Non-

Supervisory Posts dan jawatan Assistant Supervisor, CTP

Supervisor, CTP di dalam kategori Supervisory Posts. Mengikut

En. Chandrasekaran, kemasukan ini adalah diperlukan

memandangkan CTP adalah terma yang kini digunakan

didalam industri persuratkhabaran. Menurut beliau jabatan atau

bahagian ini bukanlah merupakan bidang tugas kerahsiaan.

Tambahan pula mereka telah dilatih di dalam bidang kerja

mereka. Selanjutnya beliau telah merujuk kepada Perjanjian

Kolektif beberapa Syarikat lain dalam industri yang sama

seperti yang terdapat di dalam UBD - H. Menurut beliau lagi

cadangan ini adalah munasabah selaras dengan kemajuan

teknologi kini dimana beberapa bidang atau jenis kerja dalam

industri persuratkhabaran telah mula menggunakan teknologi

terkini dan tidak lagi menggunakan cara kerja yang lama.

14. Mahkamah sebulat suara bersetuju dengan hujahan Pihak

Syarikat atas perkara ini. Memandangkan kumpulan pekerja-

pekerja ini adalah termasuk didalam bidang tugas kerahsiaan

dengan itu ia sepatutnya dikecualikan dibawah Seksyen I (1)

Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Seksyen 9(1A) Akta

Perhubungan Perusahaan 1967 memperuntukkan sekiranya

ada apa-apa pertikaian yang timbul samada mana-mana

pekerja atau pekerja-pekerja yang diambil bekerja dalam bidang

tugas pengurusan, eksekutif, kerahsiaan atau keselamatan,

Page 9: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

&t

15.

maka kesatuan sekerja atau majikan bolehlah merujuk perkara

tersebut kepada Ketua Pengarah bagi Perhubungan

Perusahaan. Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan

diperingkat Ketua Pengarah, maka Ketua Pengarah hendaklah

memberitahu Menteri dan Menteri setelah menerima

pemberitahuan ini hendaklah memberikan keputusannya atas

perkara tersebut. Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan

1967 dengan jelas memperuntukkan bahawa bidangkuasa

berkaitan dengan pertikaian ini adalah terletak dengan Menteri

dan bukan Mahkamah ini. Dengan itu Mahkamah menolak

cadangan Pihak Kesatuan untuk memasukkan dua kategori

jawatan tersebut dalam Artikel 12.

ARTIGLE 15 . TRANSPORT ALLOWANGE

Pihak Kesatuan telah memohon agar elaun pengangkutan

dinaikkan bagi maksud Perjanjian Kolektif ini. Mengikut En.

Chandrasekaran, tuntutan ini dibuat memandangkan kos

penyetenggaraan yang telah meningkat sehingga 50%

walaupun harga petrol telah diturunkan. Menurut beliau lagi oleh

kerana peningkatan kos penyelenggaraan ini disamping

peningkatan kos-kos lain, maka Pihak Kesatuan kini

mencadangkan supaya elaun pengangkutan ini dinaikkan

sebanyak 25%. Untuk menyokong tuntutan Pihak Kesatuan,

beliau telah merujuk kepada Perjanjian Kolektif beberapa

syarikat dalam industri yang sama seperti yang dapat dilihat di

m.s.30-35 UBD H. Daripada pembandingan yang dibuat

dapat dilihat NSTP membayar elaun pengangkutan sebanyak

Page 10: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

4RM700.00 sebulan bagi pekerja-pekerja yang menggunakan

kereta sendiri dan RM 520.00 sebulan bagi pekerja-pekerja

yang menggunakan kenderaan lain sekiranya mereka tidak

mempunyai kereta mereka sendiri apabila menjalankan tugas

untuk urusan syarikat. Sementara itu mengikut Perjanjian

Kolektif SUN pula, elaun pengangkutan yang diberikan adalah

RM480.00 bagi yang menggunakan kereta sendiri dan

RM400.00 bagi yang menggunakan motorsikal serta RM250.00

sebulan bagi mereka yang tidak memiliki kereta atau motorsikal

sendiri. Sementara UTUSAN MALAYSIA pula memperuntukkan

RM600.00 dan RM480.00 masing-masing bagi yang

menggunakan kereta dan motorsikal sendiri. Berdasarkan

kepada perbandingan yang dibuat dengan syarikat-syarikat

persuratkhabaran dalam industri yang sama, maka Pihak

Kesatuan memohon agar elaun pengangkutan untuk pekerja

yang menggunakan kereta sendiri dinaikkan dari RM368.00 ke

RM568.00 dan yang menggunakan motorsikal sendiri pula

dinaikkan ke RM409.00 sebulan. Mengikut beliau lagi cadangan

yang dicadangkan ini adalah amat munasabah dan berpatutan.

16. En. Hong, peguam bagi pihak Syarikat sebaliknya menyatakan

Pihak Kesatuan tidak mempunyai justifikasi yang kukuh untuk

menyokong cadangan untuk kenaikan elaun pengangkutan ini,

dengan itu memohon agar peruntukan yang sedia ada sekarang

ini dikekalkan. Beliau mengakui fakta bahawa terdapat

peningkatan didalam kos penyelenggaraan tetapi kos-kos lain

seperli cukai kenderaan dan insuran tidak meningkat. Menurut

beliau elaun pengangkutan ini hanya melibatkan dua kategori

10

Page 11: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

pekerja sahaja iaitu Pemungut Bil dan bahagian pengiklanan

dimana kedua-dua kategori ini ada dibayar insentif dan

komisyen yang berjumlah RM200.00 sebulan. Oleh sebab itu

Syarikat tidak menawarkan kenaikan dalam elaun ini, tambahan

pula tiada justifikasi untuk menyokong keperluan kenaikan ini.

17. Setelah meneliti dan menimbang hujahan dari kedua-dua pihak

serta per:bandingan yang dibuat dengan syarikat-syarikat lain

dalam industri yang sama, Mahkamah mendapati terdapat

kewajaran didalam cadangan Pihak Kesatuan untuk elaun

pengangkutan ini dinaikkan. Adalah tidak dinafikan bahawa kos

penyelengEaran kenderaan pada masa ini telah meningkat

dengan tinggi sekali dan sekiranya peruntukan yang sedia ada

ini dikekalkan maka sudah tentu ianya akan membebankan

pekerja-pekerja yang menggunakan kenderaan mereka sendiri

untuk tujuan atau urusan Syarikat. Sekiranya dilihat kepada

syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama, jelas dapat

dilihat peruntukan elaun pengangkutan bagi syarikat-syarikat

tersebut telahpun dinaikkan selaras dengan keadaan ekonomi

sekarang ini. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat

bahawa cadangan kenaikan sebanyak 25% adalah agak tinggi.

Setelah mengambilkira kepentingan awam, implikasi kewangan

dan kesan award ini ke atas ekonomi Negara dan ke atas

industri berkenaan serta kesan terhadap industri yang sama,

Mahkamah berpendapat kenaikan 15% adalah munasabah dan

berpatutan. Dengan itu Mahkamah membenarkan kenaikan

elaun pengangkutan sebanyak 15% dari kadar yang sedia ada

sekarang.

,ry5

11

Page 12: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

trti

18.

ARTICLE 17 - NIGHT ALLOWANCE

Sekiranya Perjanjian Kolektif yang terdahulu diteliti didapati

tiada peruntukan untuk "night allowance" ini.

Walaubagaimanapun Pihak Kesatuan kini memohon agar

peruntukan ini dimasukkan iaitu mana-mana pekerja-pekerja

yang diperlukan untuk bekerja selepas pukul 1.30 petang

perlulah di bayar "night allowance" sebanyak RM5.00 sehari.

Mengikut Pihak Kesatuan, pemikiran industri persuratkhabaran

kini telah berubah di mana "night allowance" kini telah menjadi

satu keperluan. Bagi pekerja-pekerja yang terpaksa bekerja

pada waktu malam, maka ianya sudah tentu akan memberi

kesan kepada kehidupan sosial mereka. Dengan itu "night

allowance" sepatutnya dibayar kepada mereka.

Bagi menyokong hujahan Pihak Kesatuan, En. Chandrasekaran

telah merujuk dan membuat perbandingan kepada Perjanjian

Kolektif syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama. Di m.s

44 UBD - H, dapat dilihat Perjanjian Kolektif bagi tahun 2009

untuk STAR dan NSTP (bagi tahun 2008-2011) ada

memperuntukkan bayaran "night allowance" ini. Begitu iuga

dengan Nan Yang Siang Pau (NYSP), SUN,Tamil Nesan dan

Utusan Malaysia, dimana kesemua syarikat-syarikat ini ada

membayar "night allowance" bagi mana-mana pekerja mereka

yang diperlukan bekerja pada waktu malam, Adalah jelas

bahawa kebanyakan syarikat-syarikat persuratkhabaran yang

lain ada memperuntukkan bayaran untuk "night alloawance" ini

kecuali Pihak Syarikat dalam kes ini sahaja yang tidak

19.

t2

Page 13: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

45

20.

memperuntukkan bayaran untuk "night allowance" tersebut.

Oleh yang demikian Pihak Kesatuan kini memohon agar

bayaran elaun tersebut dapat dimasukkan kedalam Perjanjian

Kolektif yang baru.

Pihak Syarikat sebaliknya berhujah bahawa "night allowance"

ini tidak sepatutnya dibenarkan. lni adalah kerana dari awal-

awal lagi pekerja-pekerja tersebut telahpun mengetahui bahawa

mereka perlu bekerja pada waktu malam. Bayaran gaji yang

ditawarkan kepada mereka juga adalah mengikut keperluan

bekerja pada waktu malam. Memandangkan hal yang demikian

maka mereka telah mengetahui dan telah bersetuju kepada

perkara tersebut. Dalam Award No.1 42 of 1994 Pihak Kesatuan

telah membangkitkan isu yang sama untuk bayaran "night

allowance" ini tetapi permohonan tersebut telahpun ditolak.

Setelah meneliti dan menimbang hujahan kedua-dua pihak,

mengambilkira kepentingan awam dan mengkaji peruntukan

Perjanjian Kolektif bagi industri-industri yang serupa,

Mahkamah membenarkan permohonan Pihak Kesatuan untuk

memasukkan peruntukan untuk "night allowance" ini dalam

Perjanjian Kolektif kali ini. Sungguhpun permohonan yang sama

telah dibuat didalam Award 142 of 1994 dan telah ditolak oleh

Mahkamah pada ketika itu, ini tidaklah bermakna Pihak

Kesatuan adalah dihalang dari memohon perkara yang sama

untuk tujuan Perjanjian Kolektif kali ini. Walaupun semasa

memohon untuk jawatan-jawatan ini, para pekerja telahpun

mengetahui mengenai waktu bekerja mereka, ini tidak

21.

13

Page 14: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

bermakna mereka tidak layak untuk bayaran elaun ini.

Sekiranya Perlanjian Kolektif syarikat-syarikat lain dikaji dan

diteliti dapat dilihat kebanyakan syarikat-syarikat lain dalam

industri yang sama seperti SIAR, NSTP, NYSR SUN, Tamil

Nesan dan Utusan Malaysia ada memberi peruntukan untuk

"night allowance ini". Berdasarkan kepada Penyata Kewangan

untuk tahun 2007,2008 dan 2009, Mahkamah berpendapat

Syarikat mampu membayar elaun ini dan bayaran ini tidak akan

memberi implikasi kewangan yang teruk kepada Syarikat. Oleh

itu Mahkamah berpendapat untuk tujuan keseragaman dalam

industri persuratkhabaran dan kepentingan awam, maka

permohonan Pihak Kesatuan adalah dibenarkan. Dengan itu

Aftikel 17 hendaklah dibaca seperti berikut:

ARTICLE 17 - NIGHT ALLOWANCE

An employee who is required to commence his work on or

after 1.30 p.m. shall be paid at the rate as spec ified for each

such complete period:

(a) Between the hours of 1.30 p.m. - RM5.00

(inclusive) and hefore 9.00 p.m.

(b) Between 7.00 p.m.(inclusive) and - RM6.00

12.00 midnight

ARTICLE 20 . ANNUAL LEAVE

22. Pihak Kesatuan mencadangkan bilangan hari cuti tahunan di

tambahkan. Buat masa kini, bagi pekerja-pekerja yang telah

berkhidmat satu (1) hingga lima (5) tahun, mereka adalah

T4

Page 15: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

47layak untuk enam belas (16) hari cuti tahunan sementara bagi

pekerja-pekerja yang telah berkhidmat genap lima (5) tahun dan

keatas pula, mereka layak untuk dua puluh tiga (23) hari. Pihak

Kesatuan telah meminta agar cuti tahunan ini dinaikkan ke

sembilan belas (19) hari bagi pekerja yang telah berkhidmat

antara satu (1) hingga lima (5) tahun, dua puluh enam (26) hari

bagi mereka yang telah berkhidmat melebihi lima (5) tahun

hingga dua puluh lima (25) tahun, iaitu pertambahan sebanyak

tiga (3) hari untuk setiap kategori. Disamping itu Pihak Kesatuan

juga mencadangkan agar satu lagi kategori diwujudkan iaitu

bagi pekerja yang telah berkhidmat melebihi dua puluh lima (25)

tahun, kelayakan cuti tahunan mereka adalah sebanyak dua

puluh sembilan (29) hari. Sebaliknya Pihak Syarikat tidak

mencadangkan apa-apa kenaikan untuk bilangan hari cuti

tahunan ini. Pihak Syarikat hanya memohon agar bilangan cuti

yang diperuntukkan kini dikekalkan. Pihak Kesatuan

menyatakan bilangan cuti tahunan enam belas (16) hari dan

dua puluh tiga (23) hari tersebut telah statik sejak B tahun yang

lalu dimana dalam Award 142 of 1994, Mahkamah telah

mengawardkan tambahan 2 hari cuti tahunan bagi bilangan cuti

tahunan ketika itu.

23. Setelah mengkaji dan membuat perbandingan dengan syarikat-

syarikat lain yanE terlibat dalam industri yang sama seperti

NSTP, STAR, SUN dan Utusan Malaysia, Mahkamah

mendapati peruntukan bilangan cuti tahunan bagi syarikat-

syarikat ini lebih tinggi dari peruntukan bilangan hari cuti

tahunan untuk kes yang sedang dipertikaikan ini. Pihak Syarikat

15

Page 16: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

Ir&

menghujahkan bahawa pefiambahan cuti tahunan ini akan

menyebabkan peningkatan kos dan ini sudah tentu akan

memberi kesan kepada pengeluaran. Wataubagaimanapun

tiada butir-butir lanjut yang ditunjukkan bagaimana kenaikan

cuti tahunan ini akan memberi kesan kepada pengeluaran.

Dalam kes ini memandangkan tiada peningkatan cuti tahunan

sejak lapan (B) tahun yang lalu, Mahkamah berpendapat sedikit

pembaharuan adalah diperlukan. lni adalah selaras dengan

keperluan kepentingan awam dimana pekerja-pekerja

memerlukan bilangan hari cuti tahunan yang mencukupi supaya

mereka dapat merancang untuk bersama-sama keluarga

mereka dan sekiranya bilangan cuti tahunan ini ditambah maka

ianya sudah tentu akan akhirnya dapat memberi motivasi

kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih baik dan memberi

sepenuh komitment mereka kepada pekerjaan mereka.lni

sudah tentu akan meningkatkan produktiviti syarikat.

Kebanyakan pekerja-pekerja di Syarikat ini telah pun

berkhidmat melebihi dua puluh lima (25) tahun dan perkara ini

tidak dinafikan oleh Pihak Syarikat maka sudah tentu dengan

sedikit pembaharuan ia akan meningkatkan motivasi mereka

untuk bekerja dengan keras lagi dan memberi sepenuh tenaga

dan usaha mereka demi untuk memantapkan lagi perniagaan

Pihak Syarikat. Dengan itu Mahkamah membenarkan

pertambahan cuti tahunan dan berpendapat ianya adalah adil

dan berpatutan. Artikel 20 hendaklah dibaca seperti berikut:

t6

Page 17: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

4qARTICLE 20 - ANNUAL LEAVE

Suhject to the provisions hereof every employee shall

enjoy an annual leave as sef forth:

(a) On completion of 1 year buf less than 5 years' service

- 17 days

(b) On comptetion of 5 years hut /ess than 25 years' service

- 24 days

(c) On completion of 25 years of service and more

- 27 days

ARTICLE 26 - RETIREMENT BENEFITS

24. Untuk artikel faedah persaraan ini, apa yang menjadi pertikaian kini

adalah berkaitan dengan kuantum faedah persaraan tersebut.

Amalan yang dipakai dalam Perjanjian Kolektif sedia ada adalah:-

(iii) Benefits

a. The retirement benefit to each employee who retires on or

after the normal retirement date shall be:-

1. For Period uP to 30.4.1992

One (1) month last drawn basic salary for each five (5)

completed seruice but up to a maximum of six (6) months

onlY.

2. For Period from 1 .5.1992

14 days' last drawn salary for each year of completed

seruice.

t7

Page 18: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

5pPihak Kesatuan kini mencadangkan sedikit pembaharuan

kepada faedah persaraan tersebut iaitu:-

(iii) Benefits

a. The retirement benefit to each employee who retires on or

after the normal retirement date shall be:-

1. 1 month's last drawn salary per year of seruice or part

thereof for employees with ten (10) buf /ess than twenty

(20) years continuous employment with the Company.

2. 1 - % months' last drawn salary per year of seruice or part

thereof for employees with twenty (20) and above years

continuous employment with the Company.

25. Setelah meneliti perbandingan-perbandingan yang telah dibuat

dan menimbang hujahan dari kedua-dua pihak, Mahkamah

memutuskan supaya peruntukan yang sedia ada dan terpakai

kini dikekalkan. Permohonan Pihak Kesatuan agar kuantum

faedah persaraan ini dinaikkan jelas dibuat tanpa sebarang

merit dan tiada apa-apa justifikasi bagi menyokong

pertambahan tersebut. Harus diingat bahawa Pihak Syarikat

hanya mempunyai tanggungjawab dan obligasi seperti yang

ditetapkan oleh undang-undang untuk mematuhi keperluan di

bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 berkaitan

dengan faedah persaraan ini. Pihak Syarikat telahpun

memenuhi kehendak undang-undang ini. Faedah persaraan

yang diberikan dan dinikmati sekarang addlah semata-mata

insentif yang diberi mengikut budi bicara Pihak Syarikat. Oleh

itu Mahkamah berpendapat Pihak Kesatuan sepatutnya

18

Page 19: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

KrLJI

membenarkan Pihak Syarikat menggunakan budibicara mereka

untuk menentukan jumlah atau kuantum tersebut. Disamping

itu Pihak Kesatuan juga harus mengambil kira bahawa apa-apa

peningkatan yang tidak berasas dan tidak mempunyai justifikasi

akan mengakibatkan kesusahan kewangan kepada Pihak

Syarikat yang mana akhirnya akan memberi implikasi kepada

semua pekerja-pekerja Syarikat sendiri. Dengan itu Artikel 26

yang sedia ada kini adalah dikekalkan.

ARTIGLE 29 . NOTICE OF TERMINAflON OF CONTRACT OF

SERVICE

26. Pihak Syarikat mencadangkan agar pertambahan dibuat

kepada Artiket 29 ini dengan memasukkan ayat-ayat berikut:-

Except as otherwise provided herein, the employment af an

employee may be terminated by the Company or by the

employee by giving thirty p0) days' notice in writing, exclusive

of any period of annual leave to which the employee may be

entitled or basic salary in lieu of such notice as the case may

be.

Mengikut En. Hong, peguam yang mewakili Pihak Syarikat,

pertambahan ini adalah perlu kerana Syarikat biasanya akan

mengalami masalah apabila pekerja Syarikat yang berhenti

kerja dengan memberi notis dan membayar satu bulan gaji "in

lieu of notice", kerana tiada serahan tugas dan ini sudah tentu

menyulitkan bagi pekerja-pekerja baru yang akan mengambil

19

Page 20: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

]5alih jawatan tersebut. Mahkamah tidak dapat bersetuju dengan

cadangan Pihak Syarikat untuk menambahkan ayat-ayat diatas

kepada Artikel 29 ini kerana cadangan tersebut jelas

bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Oleh yang

demikian Artikel 29 yang sedia ada'adalah dikekalkan.

ARTICLE 41 - TRANSITIONAL PROVISIONS

27. Pihak Kesatuan mencadangkan pelarasan gaji baru dibuat

dengan kenaikan 15% "across the board" dari gaji asas bagi

semua pekerja yang termasuk dibawah Perjanjian Kolektif ini.

Mengikut wakil Pihak Kesatuan kenaikan ini adalah perlu dalam

keadaan ekonomi sekarang dimana semua harga barang-

barang di pasaran telah meningkat dengan begitu mendadak

sekali. Sekiranya pelarasan gaji ini tidak dibuat, maka sudah

tentu para pekerja mempunyai kuasa membeli yang rendah.

Kebanyakan dari pekerja-pekerja telahpun berkhidmat dengan

Syarikat lebih dari 25 tahun dimana gaji mereka adalah rendah

jika dibandingkan dengan kadar pasaran sekarang. Pihak

Kesatuan telah membuat perbandingan dengan syarikat-

syarikat lain dalam industri yang sama (rujuk UBD - H) dimana

kebanyakan dari syarikat-syarikat tersebut telah pun membuat

pelarasan gaji baru dengan memberi kenaikan seperti STAR

yang memberi kenaikan 13Yo, NSTP - 12.5o/o, SUN - 12% dan

uM - 9%.

20

Page 21: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

5328. Pihak Kesatuan juga telah merujuk kepada Laporan Dan

Penyata Kewangan Syarikat, UBD E dan F. Berdasarkan

Penyata Kewangan berakhir pada 31.12.2007, didapati Pihak

Syarikat telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 2.2 iula

dan dengan keuntungan tersebut Syarikat telah

mengisytiharkan dividen sebanyak 5% kepada semua

Pengarah. Sementara bagi tahun berakhir pada 31.12.2008

pula, keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak RM 1.19

juta dan dengan keuntungan ini Syarikat masih mampu

mengisytiharkan dividen 5% kepada semua Pengarah,

Sementara itu untuk tahun berakhir pada 31.12.2009 pula,

keuntungan syarikat didapati telah menurun ke RM 602,336.00,

namun Syarikat masih mengisytiharkan peratus dividen yang

sama seperti tahun sebelum ini iaitu sebanyak 5%. Selanjutnya

En. Chandrasekaran juga menambah sekiranya Penyata

Kewangan yang berakhir pada 31.12.2008 diteliti, didapati

Syarikat telah mengambilkira nilai 2682 "newsprints" iaitu

sebanyak RM 2.5 juta yang didapati hilang sebagai

perbelan jaan Syarikat. Menurut Pihak Kesatuan perkara ini

tidak sepatutnya berlaku memandangkan Pihak Syarikat

sepatutnya menginsurankan "newsprints" tersebut sepertimana

yang biasa dilakukan oleh syarikat persuratkhabaran yang lain.

Sekiranya Syarikat gagal menginsurankan "newsprints"

tersebut, maka beban kerugian kerana kehilangan alat-alat

tersebut tidak sepatutnya dibebankan keatas pekerja-pekerja.

Untuk "salary range" pula, Pihak Kesatuan mencadangkan agar

gaji minima dan maksima para pekerja mengikut kategori

21

29.

Page 22: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

54,,

30.

masing-masing dinaikkan. Pihak Syarikat hanya bersetuju

untuk menaikkan gaji minima sahaja dan ini sudah tentu

mendatangkan ketidakadilan kepada pekerja-pekerja yang

telah lama berkhidmat dimana kebanyakan daripada pekerja-

pekerja Syarikat telahpun mencapai tahap gaji maksima.

Dengan itu Pihak Kesatuan memohon agar gaji maksima juga

dinaikkan.

Sementara itu peguam bagi Pihak Syarikat pula menyatakan

Pihak Syarikat telah bersetuju untuk memberi pelarasan

sebanyakS% sahaja. Menurut En. Hong, berdasarkan Penyata

Kewangan Syarikat untuk tahun 2009, UBD - E, dapat dilihat

perbelanjaan Syarikat untuk para pekerja adalah RM 16.9 juta.

Sekiranya Pihak Kesatuan menuntut pelarasan gaji sebanyak

10o/o, ini bermakna Pihak Syarikat perlu membelanjakan

sebanyak RM1.69 juta untuk tujuan ini sahaja. Persoalannya

ialah samada Syarikat mampu dari segi kewangan untuk

membayar jumlah ini. Berkaitan dengan "salary range" pula,

cadangan Pihak Kesatuan adalah terlalu terlampau. Syarikat

sedang mengalami cabaran yang sangat besar berpunca dari

kenaikan harga bahan-bahan mentah dan newsprints yang

memberi kesan keatas kos pengeluaran. OIeh yang demikian

prestasi Syarikat telah merosot dan ini dapat dibuktikan melalui

keuntungan Syarikat yang telah menurun. Berbanding dengan

syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama dimana dapat

dilihat keuntungan syarikat-syarikat tersebut adalah kukuh dan

sudah tentu mereka berupaya dari segi kewangan untuk

memberi kenaikan dalam pelarasan gaji (rujuk para 28.1

Page 23: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

31.

r#Er'\ *-\\.,'eA#)

Pernyataan Jawapan). Mengikut Pihak Syarikat lagi, sekiranya

cadangan Pihak Kesatuan ini dibenarkan, maka Syarikat akan

menanggung kos tambahan sebanyak RM 770,312.51 setahun

dimana keuntungan Syarikat bagi tahun 2009 pun tidak

mencukupi untuk menampung kos ini. Selain dari pekerja-

pekerja yang termasuk dibawah Perjanjian Kolektif ini, Syarikat

juga harus mengambil kira pekerja-pekerja lain yang tidak

termasuk dalam perjanjian ini. Memandangkan keadaan

kewangan Syarikat yang tidak berkemampuan untuk

membayar, maka Syarikat mencadangkan dan memohon agar

pelarasan 3% diawardkan oleh Mahkamah ini dan selanjutnya

Pihak Syarikat bersetuju untuk menaikkan gaji minima semua

pekerja-pekerja seperti yang ditunjukkan di dalam Appendix 'A'

yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Apabila menyemak sistem gaji atau struktur gaji, maka adalah

menjadi tugas Mahkamah ini untuk memastikan bahawa

keadilan hendaklah dilaksanakan demi kebajikan majikan dan

juga para pekerja. Bagi pihak para pekerja, tujuan utama

pelarasan gaji dan semakan semula struktur gaji adalah untuk

mempastikan mereka memperolehi gaji yang setanding dan adil

selaras dengan tenaga yang telah mereka curahkan kepada

majikan mereka. Adalah menjadi harapan dan impian para

pekerja untuk pelarasan dan kajian semula gaii mereka.

Sekiranya para pekerja dibayar dengan lebih baik, adalah tidak

dinafikan bahawa ini akan membolehkan mereka menikmati

kehidupan yang lebih baik. Selain daripada itu ia juga akan

mendorong para pekerja untuk meningkatkan lagi mutu

Page 24: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

-r&,

perkhidmatan mereka dan sokongan padu mereka pada

syarikat dan ini sudah tentu akan meningkatkan produktiviti

syarikat. Sebaliknya pada Pihak Syarikat pula, mereka terpaksa

menanggung kos tambahan sekiranya tuntutan Pihak Kesatuan

dibenarkan. Syarikat perlu menimbang banyak perkara seperti

menyimpan peruntukan yang secukupnya dari keuntungan yang

diperolehi. Oleh itu penetapan struktur gaji adalah suatu tugas

yang rumit kerana pertimbangan perlu dibuat diantara tuntutan

untuk keadilan sosial yang memerlukan para pekerja menerima

jumlah yang sesuai dengan sumbangan mereka demi untuk

meningkatkan taraf hidup mereka. Didalam mengkaji untuk

kenaikan gaji ini, Mahkamah perlulah mengambil kira beberapa

faktor iaitu:

(a) Upah atau gaji dibandingkan dengan industri yang

serupa;

(b) Samada terdapat peningkatan dalam kos sara hidup

sejak kajian semula gaji kali terakhir dilakukan;

(c) Keupayaan kewangan syarikat untuk membayar

pertambahan kenaikan tersebut; dan

(d) Keinginan yang sah pihak majikan untuk membuat

keuntungan yang munasabah.

32. Dalam kes ini, sekiranya perbandingan dibuat dengan syarikat-

syarikat dalam industri yang sama ( rujuk UBD - E ) jelas dapat

dilihat syarikat-syarikat tersebut telah memberi kenaikan antara

9% hingga 13% kepada pekerja-pekerja mereka. Dalam kes

dihadapan Mahkamah ini, kenaikan 10% telah diawardkan pada

tahun 1994. Adalah tidak dinafikan sejak dari itu kos sara hidup

Z4

Page 25: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

5ptelahpun meningkat dengan begitu tinggi sekali. Dengan itu"

dapatlah dikatakan disini pelarasan adalah perlu dibuat dalam

kes ini. Oleh itu adalah menjadi tugas Mahkamah kini untuk

mengkaji dan melihat kemampuan kewangan Pihak Syarikat

samada Syarikat boleh menampung kenaikan sepertimana

yang dicadangkan oleh Pihak Kesatuan. Sepertimana yang

telah dinyatakan sebelum ini, untuk tahun kewangan berakhir

pada 2OOT , Syarikat telah memperolehi keuntungan sebanyak

RM 2.2 juta, 2008 sebanyak RM 1.19 juta dan tahun 2009

sebanyak RM 602,336. Walaupun keuntungan Syarikat didapati

telah menurun tetapi harus diingat bahawa dividen yang

diisytiharkan untuk dibayar kepada Pengarah-Pengarah

Syarikat masih 5% untuk tahuntahun tersebut. Sepertimana

yang dibangkitkan oleh wakil Pihak Kesatuan nilai kehilangan

"newsprints" tidak Sepatutnya dimasukkan sebagai

perbelanjaan Syarikat kerana sudah tentu alat tersebut

diinsurankan. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa keuntungan

Syarikat untuk tahun 2008 sepatutnya lebih dari apa yang

ditunjukkan dan dengan sebab itu Syarikat mampu

mengisytiharkan dividen sebanyak 5%. Mahkamah mendapati

keupayaan kewangan Pihak Syarikat tidaklah begitu lemah

yang akan menyebabkan syarikat menanggung beban bagi

kenaikan gaji ini dan seterusnya akan mengakibatkan Syarikat

terpaksa menutup perniagaan mereka. Walaubagaimanapun

Mahkamah mendapati cadangan Pihak Kesatuan untuk

pelarasan sebanyak 15% adalah terlalu tinggi dimana ianya

akan memberi implikasi kewangan yang berat keatas Syarikat.

Sementara cadangan Pihak Syarikat pula adalah rendah jika

Page 26: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

5Fdibandingkan dengan syarikat-syarikat dalam industri yang

sama dan dengan berpandukan kepada Penyata Kewangan

Syarikat, Mahkamah berpendapat Syarikat berkeupayaan untuk

memberi kenaikan yang lebih tinggi sedikit dari apa yang

dicadangkan oleh Syarikat. Dengan itu untuk Artikel 41 (ii)

Mahkamah mengawardkan pelarasan gaji dengan kenaikan

sebanyak B% "across the board" dan adalah pendapat

Mahkamah kadar ini adalah munasabah, adil dan berpatutan.

Untuk annual increment pula, Mahkamah berpendapat kenaikan

RM 3.00 "across the board" adalah adil dan berpatutan setelah

mengambil kira kepbntingan awam, implikasi kewangan dan

kesan award keatas ekonomi negara serta kesan ke atas

industri yang sama.

33. Berdasarkan kepada keputusan di atas, maka APPENDIX "A"

yang baru adalah sepertimana yang diperturunkan di bawah ini.

APPENDIX "A'

Clerical Categories Minimum Maximum Annual lncrement

Officer Helper

Messenger

Despatch Rider

Telephone Operator

Receptionist

General Clerk

Bill Collector

Artist

RM801.00 RM1729.00

RM819.00 RM1741.00

RM860.00

RM48.00

RM48.00

26

RM1968.00 RM53.00

Page 27: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

t#

-J ?Advertisement Proof-Read er

Librarian

Clerk Class ll

Clerk Class I

RM1022.00

RM1118.00

RM2251.00

RM2317.00

RM58.OO

RMSB.OO

Advertising Canvassar

Senior Advertising

Canvasser

RM860.00

RM1118.00

RM1968.00

RM2317.00

RM53.00

RMsB.OO

Man0al Workeri

Packer

Offset Crewman/

Unit Minder

Computer Typist

Plate Processor

IBM Typist

Graphic Arts Operator

Phototypesetter

Driver

Asst. Supervisor of

Circulation

Asst. Supervisor of ComPuter

Typist

Asst. Supervisor' of Librarian

Asst. Supervisor of Artist

Asst. Supervisor of Printing RM1101 .00

RM801.00

RM819.00

RM860.00

RM877.00

RM1066.00

RM1729.00

RM1741.00

RM1968.00

RM1966.00

RM2126.00

RM4B.OO

RM4B.OO

RM53.00

RM53.00

RM58,OO

27

RM2305.00 RM58.00

Page 28: AWARD 1023 TAHUN 2012 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA PEKERJA AKHBAR DAN KWONG WAH YIT POH PRESS BERHAD

SupervisorofCirculation RM1209.00

Supervisor of Phototypesetting

Supervisor of Plate Processor

Supervisor of Graphic Artist

Supervisor of Computer RM1243.00

Typist

Supervisor of Printing RM1339.00

KESIMPULAN

RM2750.00

RM2774.A0

RM2840.00 RM6B.OO

33. Sebagai kesimpulan sekali lagi ingin ditegaskan disini bahawa

Mahkamah didalam menurunkan award ini telah mengambilkira

peruntukan Seksyen 30(4) APP 1967 iaitu "hendaklah memberi

perhatian kepada kepentingan awam, implikasi-implikasi

kewangan dan kesan award itu ke atas ekonomi negara dan ke

atas industri berkenaan dan juga kesan yang mungkin terhadap

industri yang berhubungan atau serupa. Selain daripada itu

Mahkamah juga telah bertindak mengikut ekuiti, perasaan nurani

dan merit kes yang substantial (Seksyen 30(5) APP 1967) serta

mengambil kira Seksyen 30(6) APPI 967. Akhir kata Mahkamah

juga ingin menekankan di sini bahawa segala keputusan yang di

capai bagi penurunan award ini adalah secara sebulat suara.

DIPERTURUNKAN PADA lNl 25Ha JULAT 2012.

HAJI CHrK)I

MAHKAMAH P SAHAAN MALAYSIA

4"' {r*

RM6B.OO

RM68.00

CAWANGAN PULAU PINANG