atbm 3.5 - 04 - artikel pengiring pelajaran1

Upload: alam-mala

Post on 09-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 04 - Artikel Pengiring Pelajaran1

    1/6

    2010

    Original Author: Srikandi

    For: MistisFiles

    From: Mistis Organisation

    Republish by Alam Mala

    ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU(Versi 3.5)

    ARTIKEL PENGI RING: MALAYO-POLINESIAN & AUSTRONESIAN

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 04 - Artikel Pengiring Pelajaran1

    2/6

    M A L A Y O - P O LI N E S I A N & A U S T R O N E S I AR A B U , 2 0 H B OKTOBER 2010

    [HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/10/PELAJARAN-PERTAMA-MALAYO-POLINESIAN.HTML]

    Untuk memahami apa yang dikatakan rumpun Melayu atau Nusantara, kita mesti belajar apakah

    persamaan antara etnik-etnik di dalam rumpun Nusantara itu. Kita mesti tahu apakah beza antara

    rumpun Nusantara dengan kelompok-kelompok bangsa yang lain. Saya jujur mengatakan bahawa

    ketika zaman klasik Kesultanan Melaka, telah timbul apa yang dinamakan rumpun Melayu kerana

    Kesultanan Melaka telah bertindak sebagai satu empayar yang menakluk seluruh semenanjung dan

    sebahagian Sumatera; menyambung warisan yang ditinggalkan empayar Melayu Sriwijaya dahulu.

    Empayar ini amat kuat dan disegani Timur dan Barat sehingga hanya kuasa Eropah sahaja bergabung

    dengan pengkhianatan dari dalam,yang mampu menumbangkan Kesultanan ini.

    Mengapa orang Bugis lebih senang menyerap budaya Melayu Selangor? Mengapa orang Jawa senang

    berasimilasi dengan orang Melayu Johor? Mengapa orang Banjar, Mendahiling atau Rawa lebih rapat

    dengan orang Melayu berbanding dengan orang Thai contohnya? Mengapa budaya berkeris ada pada

    orang Sulu, Jawa, Bugis dan Melayu (sekadar menamakan beberapa contoh)? Kita lebih faham bahasa

    orang Boyan atau orang Burma?

    Kita mesti faham betul-betul perkara ini sebab jika kita tidak memahami perkara ini sebetulnya, nanti

    ada orang yang dari kelompok bangsa lain contohnya Tai-Kadai akan cuba memutarbelitkan fakta

    berkaitan kaum dan bangsa ini. Tidak memahami kategori antara bangsa-bangsa ini menyebabkan

    kegiatan merompak budaya dan identiti akan berlaku. Juga untuk mengelakkan kekeliruan budaya

    sesama sendiri di dalam kelompok yang sama. Contohnya keris adalah budaya etnik-etnik Malayo-

    Polinesian. Jika orang Melayu berkeris, ini tidak bermakna mereka merompak budaya dari orang Jawa.

    Jika orang Jawa pakai kain batik, ini tidak bermakna mereka mencuri kain batik orang Kelantan. Kena

    faham betul-betul. Nanti tidaklah berperang sesama rumpun sendiri disebabkan hal yang remeh-temehbegini. French Fries contohnya adalah makanan orang Perancis dan Amerika. Namun tidak pernah

    orang Perancis berperang dengan orang Amerika semata-mata berebutkan French Fries (pommes

    frites dalam bahasa Perancis). Tetapi ada orang yang ghairah mahu berperang semata-mata ingin

    berebutkan rendang! Lihat beza mentaliti orang Eropah dengan orang Asia yang terjajah pemikirannya.

    Apa yang mahu saya katakan lagi, why are you so stupid?

    Ok, kita belajar sejarah secara santai. Tidak perlu tension-tension. Anda suka belajar sejarah dengan

    cara menghafal tarikh-tarikh? Saya pun tidak suka! Sebenarnya sejarah adalah subjek yang menarik.

    Sejarah melangkaui politik, budaya, geografi dan banyak bidang lain. Sejarah akan menjawab banyak

    persoalan. Apa, mengapa, bila, di mana, siapa dan bagaimana. Ok, biar saya teruskan lecture saya

    tentang kelompok budaya dan bahasa yang dikelaskan sebagai, Austronesia.

    Austronesia adalah kelompok bahasa yang tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan Asia Tenggara

    sehingga ke Madagaskar. Orang Austronesia pula adalah mereka yang bertutur bahasa-bahasa di dalam

    kelompok Austronesia.

    Dahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia. Kemudian ditemui di Taiwan di mana

    terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip bahasa-bahasa dalam Malayo-

    Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa Formosa.

    Gabungan bahasa Formosa dan Malayo-Polinesia inilah kemudiannya digelar Austronesia.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 04 - Artikel Pengiring Pelajaran1

    3/6

    Austronesia adalah salah satu

    kelompok bahasa utama di dunia.

    Austronesia juga merupakan

    kelompok bahasa yang terbesar dari

    segi jumlah bahasa iaitu kira-kira

    1268 jenis bahasa. Austronesia jugamemiliki kawasan penyebaran

    paling luas, iaitu dari Madagaskar

    hingga ke Pulau Easter.

    Bahasa Melayu dan bahasa Jawa

    adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai penutur. Bahasa Melayu mempunyai lebih 40

    juta penutur asli dan bahasa Jawa mempunyai kira-kira 80 juta penutur asli. Dari segi etnologi dan

    jumlah penutur sebenar, bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu

    kira-kira 300 juta penutur (digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari bahasa

    Melayu) dan menduduki tangga ke-6 dunia, ranking bahasa paling meluas digunakan.

    Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa Malayo-

    Polinesian Barat, bersama-sama bahasa Jawa, Sunda, Bugis dan lain-lain. Bahasa Malayo-Polinesian

    Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti Hawaii, Tonga, Maori, Samoa dan

    lain-lain.

    Ok, sekarang anda faham siapakah itu orang Austronesia? Persamaan antara bahasa-bahasa

    Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan jamak sesuatu dengan mengulangi dua kali

    perkataan. Contohnya jika ada banyak kapal, mereka namakan kapal-kapal (bukan kapals). Satu lagi

    rahsia yang paling ketara namun jarang orang ketahui ialah penyebutan nombor-nombor. Terdapat

    persamaan ketara antara penyebutan nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii, Tonga,

    Samoa dan lain-lain dengan bahasa Jawa, Sunda dan ya, sudah pasti bahasa Melayu. Lihat jadual:

    Bahasa Melayu Jawa Sunda Bugis Samoa Hawaii Tonga Siam

    0 sifar selo sun

    1 satu siji hiji ceddi tasi kahi taha nueng

    2 dua loro dua dua lua lua ua song

    3 tiga telu tilu telu tolu kolu tolu sam

    4 empat papat opat eppa fa h f si

    5 lima limo lima lima lima lima nima ha

    6 enam enem genep eneng ono ono ono hok

    7 tujuh pitu tujuh pitu fitu hiku fitu chet

    8 lapan wolu dalapan arua valu walu valu paet

    9 sembilan songo salapan asera iva iwa hiva kao10 sepuluh sploh sapuluh sapulo sefulu -hulu -fulu sip

    Lihat, nombor-nombor mereka, sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi bahasa Jawa.

    Sebab apa? Jawapan yang paling mudah, kena salahkan dua empayar ini: Sriwijaya dan Majapahit.

    Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks, kena jawab dengan sejarah linguistik dan pergerakan kaum-

    kaum Austronesia. Bahasa Sunda misalnya sebutan nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan

    Jawa.

    Ok, itu adalah persamaan antara bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia atau nama klasiknya

    rumpun Melayu. Rumpun ya, bukan orang Melayu. Serumpun maknanya berkongsi budaya dan bahasa.

    Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu. Jadi orang Batak bukan orang Melayu dari segietnik-etnik dalam kelompok budaya Austronesia. Masing-masing ada identiti. Apabila bercakap dalam

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 04 - Artikel Pengiring Pelajaran1

    4/6

    konteks dalam rumah sendiri Melayu adalah salah satu kaum atau sub-bangsa dalam rumpun

    Austronesia. Samalah apabila bercakap dalam konteks Malaysia, orang Kedah, orang Perak dan orang

    Kelantan misalnya adalah orang Melayu. Namun bila bercakap soal kenegerian, masing-masing ada

    identiti sendiri seperti bahasa, senibina, makanan atau pakaian. Jadi bila orang-orang Melayu sedar

    bahawa ada kaum lain yang seakan sama dari segi wajah, bahasa dan budaya dengan orang Melayu

    maka mereka menyebut, "kita serumpun" (rumpun Austronesia atau Nusantara). Jadi Thai, Burma, Vietataupun Mon-Khmer bukanlah serumpun dengan orang Melayu (ditolak faktor asimilasi atau cedokan

    bahasa dan budaya) sebab asas atau induk mereka berlainan dari orang Melayu. Thai boleh mencedok

    budaya Melayu Segenting Kra atau Khmer tetapi lihat bahasanya. Jauh berbeza. Ini dinamakan

    asimilasi. Bukan serumpun. Tetapi ini asimilasi antara dua kelompok berbeza. Kalau anda faham

    masalah ini, saya tanya anda, orang Siam itu sama atau tidak dengan orang Melayu? Serumpun atau

    tidak?

    Rujukan tambahan;

    Decimal Numbers 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

    PAN, circa 4000 BC *isa *DuSa *telu *Sepat *lima *enem *pitu *walu *Siwa *puluq

    Tetum ida rua tolu haat lima neen hitu ualo sia sanulu

    Tagalog is dalaw tatl pat lim nim pit wal siym sampu

    Ilokano (Ilocano) maysa dua tall uppat lim innem pit wal sim sangpulo

    Kapampangan metung adwa atlu apat lima anam pitu walu siyam apulu

    Cebuano us duh tul upat lim unom pit wal siym napulu

    Malay satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh

    Javanese siji loro telu papat limo nem pitu wolu songo sepuluh

    Malagasy irai(ka) roa telo efatra dimy enina fito valo sivy folo

    Mori tahi rua toru wh rima ono whitu waru iwa tekau

    Tongan taha ua tolu f nima ono fitu valu hiva -fulu

    Chamorro maisa/hcha hugua tulu fatfat lima gunum fiti gulu sigua mnot/fulu

    Hawaiian kahi lua kolu h lima ono hiku walu iwa -hulu

    Siam adalah nama yang diberikan kepada kerajaan Ayutthaya. Rakyatnya ialah Siam. Tidak kira Tai,

    Mon, Khmer atau Melayu. Ada satu lagi kerajaan Tai iaitu Sukhotai yang lebih awal dari Ayutthaya.

    Tetapi Sukhotai bukan Siam. Siam adalah budaya bercampur antara Tai-Mon-Khmer-Melayu. Siam

    bukan Melayu dalam ertikata sebenarnya. Jadi konotasi adakah orang Melayu mencedok adat Siam

    adalah salah sama sekali. Siamlah yang mencedok segala budaya di sekelilingnya!

    Inilah gunanya tahu sejarah. Tidaklah nanti kita terkeliru sampai menjatuhkan prestij sendiri secarasukarela.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 04 - Artikel Pengiring Pelajaran1

    5/6

    Orang Tai (Tai bermaksud bangsa ini seluruhnya manakala Thai ialah konotasi baru lebih merujuk

    kepada orang Tai di Thailand) termasuk dalam kelompok Tai-Kadai atau Kradai. Orang Tai ini juga

    banyak sub-bangsanya seperti orang Shan, orang Li, orang Kam-Sui, Tai-Dam dan lain-lain. Etnik kedua

    terbesar di China selepas orang Han adalah Zhuang, yang berasal dari bangsa Tai-Kadai ini. Bangsa Tai-

    Kadai ini asalnya tinggal berselerak di selatan China sehingga ke utara Burma dan Assam di India.

    Mereka kaum petani (agraria). Tai-Kadai adalah kelompok bahasa yang dipertuturkan oleh semua etnikTai ini. Mereka juga dilihat berkongsi beberapa budaya, yang paling ketara ialah perayaan Songkran.

    Budaya etnik Tai berbeza dengan apa yang dinamakan sebagai Siam. Siam adalah gabungan apa yang

    saya sebutkan tadi. Mula-mula orang Tai ini tinggal di bawah pemerintahan Empayar Khmer. Jadi

    asimilasi telah ada dengan budaya Khmer. Kemudian selepas berjaya membebaskan diri dari empayar

    ini, mereka mula membina kerajaan. Yang paling tersohor ialah Sukhotai. Mereka mula menakluk

    kerajaan-kerajaan Mon di tengah Thailand pada hari ini. Jadi mereka sudah berasimilasi dengan orang

    Mon yang lebih dahulu punya peradaban di Indochina. Akhir sekali ketika menubuhkan Ayutthaya,

    mereka telah berasimilasi dengan teruknya dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dan Kerajaan

    Angkor menjadi apa yang dinamakan sebagai Siam. Ketika menjarah Angkor (serta menakluk sekali

    Angkor Wat) raja Ayutthaya telah mengangkut beribu-ribu artisan, tukang ukir, tukang batu, parapenari dan seniman Khmer ke Ayutthaya. Kemudian apabila mereka mara lebih ke selatan, orang Tai ini

    melengkapkan identiti mereka sebagai Siam, apabila berasimilasi dengan orang Melayu ketika

    menakluk negeri-negeri Segenting Kra. Malah Ayutthaya itu sendiri adalah wilayah Negara Sri

    Dharmaraja, sebuah negeri Melayu Segenting Kra. Kemudian terjadi konflik merebut tanah Ayutthaya

    dengan U-Thong, raja pertama Ayutthaya yang menceroboh masuk ke Ayutthaya sehingga ke beberapa

    raja selepasnya. Riwayat Khmer menyebutkan apabila raja Negara Sri Dharmaraja akhirnya tewas,

    beliau menyerahkan wilayah Ayutthaya sepenuhnya kepada seorang raja Tai dengan syarat mengambil

    anak-anaknya sebagai anak angkat raja Ayutthaya.

    Kita boleh lihat persamaan senibina istana Raja Thai iaitu Grand Palace dengan istana Raja Khmer

    Kemboja di Phnom Penh:

    Istana diraja Khmer Kemboja Istana Raja Thai di Thailand

    Jadi siapa cedok siapa? Khmer adalah berbeza laras bahasa dan bangsa dengan orang Tai. Bahasa

    Khmer adalah dari kelompok Mon-Khmer. Jika senibina orang Aceh dan Melayu punya persamaan boleh

    dipertimbangkan kerana satu rumpun, tetapi orang Khmer dan orang Tai dari rumpun berbeza! Sebab

    apa tuan-tuan? Sebab asimilasi, tidak kira sebab peperangan mahupun perkahwinan. Perkaitan orang

    Melayu dengan orang Khmer pula banyak terkait akibat perkahwinan raja-raja Melayu Segenting Kra

    dengan gadis-gadis Khmer. Maka lahirlah raja-raja seperti Suryavarman I mahupun Jayaviravarman.

    Sujita, seorang raja Melayu Negara Sri Dharmaraja dari keturunan Sriwijaya telah berkahwin denganputeri Khmer dari keturunan Kambuja. Menarik bukan?

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 04 - Artikel Pengiring Pelajaran1

    6/6

    Ingat, jangan jadi katak di bawah tempurung. Melayu di Malaysia mula jadi katak di bawah tempurung

    selepas dijajah British. Samalah seperti nasionalis Jawa yang terlompat-lompat hulurkan buluh runcing.

    Itu semua akibat ditipu Belanda. Ingat dua kata-kunci ini:

    1. Dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia2.

    Budaya adalah milik bangsa bukan negara

    Bezanya, nasionalis Jawa ditipu Belanda sehingga jadi terlampau fanatik dengan bangsa khayalan

    bernama Indonesia. Tetapi Melayu Malaysia ditipu British sampai jadi lembik, tidak bersemangat dan

    buta sejarah. Datang orang Siam cuit sikit, kelam kabut tak ingat dunia, kemudian menyembah kaki raja

    Siam tanpa usul periksa.

    Jadi saudara saudari sekalian, nampak tak bahawa bahasa kita, budaya kita adalah amat luas

    menjangkau Malaysia sendiri. Bila bercakap tentang sejarah Melayu jangan sesekali berdasarkan

    kawasan sesempit Malaysia. Jangan saudara, jangan. Sebab nenek moyang kita adalah pedagang dan

    pelaut yang amat disegani Timur dan Barat. Dan kita bukan mula buat kerajaan ketika Kesutanan

    Melaka. Bukan saudara. Banyak kerajaan-kerajaan sebelum Melaka, yang paling terkenal ialah Empayar

    Sriwijaya. Belum lagi nak bercakap pasal city-states Melayu yang bertaburan dari utara semenanjunghingga ke Segenting Kra. Itu mungkin makan ratusan tahun Sebelum Masehi, sebab ketika Sriwijaya

    meluaskan jajahan takluknya, telah ada kerajaan Grahi, Kedah Tua atau Gangga Negara. Sejak bila

    kerajaan city-states Melayu ini wujud?

    Menariknya, prasasti Old Malay ditemui seawal abad ke-7 Masehi. Tulisan Old English pula dijumpai

    seawal abad 8 Masehi. Salah satunya ialah puisi Beowulf. Itupun bahasanya belum sepenuhnya English

    sebab ada yang mendakwa ia masih bahasa Anglo-Saxon, suku Jerman Kuno yang membentuk bangsa

    Inggeris hari ini. Prasasti Melayu Cham pula seawal abad 2 Masehi. Bila bercakap sejarah bangsa,

    ingatlah, kita adalah antara yang terbaik.

    Baiklah para pelajar semua, kelas bersurai. Jumpa lagi di lain artikel.

    The History of Thy Beloved,

    ~ Srikandi