asuh

Upload: adila-fazleen

Post on 08-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja

TRANSCRIPT

Kertas kerja Program Bersama ASUH

1.0 PENGENALAN

SK Bukit beruang terletak di KM 7 Bukit beruang. Sekolah ini mempunyai 800 orang murid yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Sekolah ini mempunyai 64 orang guru dan 8 orang staf sokongan. Sekolah ini mula dibuka pada tahun 1960 dan merupakan salah sebuah cemerlang di Melaka. Antara keistimewaan sekolah ini ialah mempunyai pasukan ragbi sekolah rendah yang terlibat sehingga pertandingan antarabangsa. Bukan itu sahaja sekolah ini juga telah menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang. Antaranya Ayda Jebat yang kini kian menempa nama di industri perfileman merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

2.0 RASIONAL

Program ASUH ini adalah merupakan salah satu projek tahun akhir sebagai guru pelatih di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Projek ini juga akan dinilai oleh pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar SK Bukit Beruang. Program ini adalah salah satu usaha kami di pihak guru pelatih dengan kerjasama pihak sekolah untuk memberi pendedahan kepada murid untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak luar terutama media cetak. Bukan itu sahaja, rasional program ini dijalankan adalah sebagai wadah kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas yang menyeronokkan dan berfaedah. Ini juga sebagai langkah membawa pelajar keluar dari kepompong aktiviti harian mereka di dalam kelas yang penat dan membosankan. Di samping itu, program ini juga merupakan salah satu platform untuk mendekatkan pihak media cetak dengan murid serta pihak sekolah dan membina hubungan baik bersama pihak media massa. 3.0 MATLAMAT

Program ASUH ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berkembang secara holistik di mana mereka mampu untuk belajar di luar dan di dalam kelas. Selain itu, melalui program ini diharapkan dapat mengeratkan silaturahim sesama guru dan murid serta membina hubungan baik dengan pihak ASUH. Program ini juga bermatlamat untuk meningkat motivasi dalam kalangan pelajar tahun 3 dan juga guru-guru pendidikan khas.

4.0 OBJEKTIF

1) Melahirkan murid yang berkembang secara holistik2) Mengeratkan hubungan silaturahim sesama guru dan murid-murid3) Membina hubungan baik antara pihak sekolah dan pihak media cetak (Majalah Asuh)4) Meningkat motivasi murid-murid tahun 3 untuk belajar5) Meningkatkan motivasi kepada guru-guru pendidikan khas serta 6) Memberikan pendedahan kepada guru-guru pendidikan khas berkaitan cara terbaik untuk mengendalikan pelajar pendidikan khas.

5.0 TARIKH

10 Ogos 2015 (Isnin)

6.0 LOKASI

Tapak Perhimpunan SK Bukit Beruang/ Kantin SK Bukit Beruang

7.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar tahun 3 (126 murid 10 orang guru)Pelajar Pendidikan Khas (15 Orang)

8.0 ANJURAN

Guru pelatih PISMP Bahasa Inggeris Semester 8 IPG Kampus Perempuan Melayu

9.0 JAWATAN KUASA PENGENDALI PROGRAMPenaung: Encik Mohd Rodzhi Bin Hj Ibrahim (Guru Besar)Penasihat 1 : Puan Nali Basah Binti Sabon (GPK 1)Penasihat 2 : Encik Hj. Saiful Rahimi Chua Bin Abdullah (GPK HEM)Penasihat 3: Puan Hazaranum Binti Mohamed (GPK KOKO)Penyelaras: Cik Adila Fazleen Binti Che MananSetiausaha : Cik Syazana Fatin Binti Abdul RazakBendahari : Puan Jasmin Bin Mansor

Pengacara MajlisPuan Amizah Binti Anuar

Fotografi / DokumentasiPuan Huzaimah Binti Hj AhmadEncik Sivabalan Pilsy A/L Munian

SiarayaPuan Zuraidah Binti Zakaria

Kawalan MuridEncik Rohaidee Bin MustafaGuru kelas Tahun 3

Persiapan Tempat dan TeknikalEncik Aide Hafizi Bin FardilEncik Khairul Anuar Shazwan Bin Romadzan

Jamuan Makanan dan MinumanPuan Nor Jannah Binti Abdul Wahab

10.0 TENTATIF PROGRAM

TarikhMasaAktiviti

11 Ogos 20158.15 pagiSemua pelajar tahun 3 berkumpul di tapak perhimpunan.

8.30 pagiMajlis Pembukaan

9.00 pagiCeramah Motivasi bersama Pihak Asuh (Pendidikan Khas)

10.30 pagiMinum pagi (Sesi bersama Vitagen)

11.00 pagiCeramah Motivasi bersama pelajar tahun 3

12.30Majlis PenutupBersurai Makan tengah hari

11.0 PENUTUP

Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksanakan dan menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.