asuh januari 2010

7
JANUARI 2010 jom JADI BAIK 150 Bil. 1 Tahun 14 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • Januari 2010 • Muharram - Safar 1431H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00 Sabah/Sarawak: RM3.80 Singapura: $2.50 Brunei B$2.50 Wina Distributors Reg. No. 53122820K 505 West Coast Drive #01-210 Singapore 120505 Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia. ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA PENERBITAN MAJALAH BERKALA TERBAIK 2009 www.galeriilmu.com.my RABBANI – duta RAKAN ASUH SYAITAN MENYERANG ASUH!! Mak oii, berat betul beg sekolah adikku ini!! URRGH! AL-QURAN Penawar hati AMALAN BERSUGI ‘NENEK’ berusia 4600 tahun? RIBUT PASIR YANG DAHSYAT

Upload: galeri-ilmu-dot-com

Post on 22-Mar-2016

281 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Preview Asuh Januari 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Asuh Januari 2010

JANUARI 2010

jom JADI BAIK 150

Bil. 1 Tahun 14 • ISSN 1394 9470 • PP9892/04/2010 (023812) • MICA 140/06/2009 • Januari 2010 • Muharram - Safar 1431H • Harga: Semenanjung Malaysia: RM3.00Sabah/Sarawak: RM3.80Singapura: $2.50 Brunei B$2.50

Wina Distributors Reg. No. 53122820K 505 West Coast Drive#01-210 Singapore 120505

Majalah ini mengandungi nama ALLAH dan petikan kalimah suci al-Quran. Tolong letak di tempat yang mulia.

ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA

PENERBITAN MAJALAH BERKALA

TERBAIK 2009

www.galeriilmu.com.my

RABBANI – dutaRAKAN ASUH

SYAITANMENYERANG

ASUH!!

Mak oii,berat betul

beg sekolah adikkuini!! URRGH! AL-QURAN

Penawar hati

AMALANBERSUGI

‘NENEK’berusia

4600 tahun?

RIBUTPASIR

YANG DAHSYAT

Page 2: Asuh Januari 2010

Doa Naik Doa Naik Kenderaan di DaratKenderaan di Darat

Doa Naik Doa Naik Kenderaan di AirKenderaan di Air

Doa&Zikir

Doa&Zikir

“Dengan nama Allah yang menjalankan kenderaan ini berlayar dan berlabuh, sesungguhnya Tuhanku Maha

Pemaaf lagi Maha Pengasih.”

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya, Dan

sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!.”

Page 3: Asuh Januari 2010

BIL. 1 TAHUN 14 • JANUARI 2010 BIL. 1 TAHUN 14 • JANUARI 2010 MUHARAM – SAFAR 1431HMUHARAM – SAFAR 1431H

MAJALAH ASUH

Pengarah UrusanHaji Abu Hassan Morad

Pentadbiran & KewanganAbd Halim Che Pa

KreatifHaji Badrul Hisham Shaari

PemasaranMohd Yusri Mohd Yusof

Operasi & Komunikasi KorporatAliyah Sijari, A.M.N

REDAKSI

EditorMarzhatul Syima Md Saad

Sidang EditorNorhashimah Abd Rahman, Rosmawati Saidin, Shamsiah Puad

Penulis TamuDr. Nik Yusri Musa, Zuraimi Ismail, Shahrin Ahmad

STUDIO / ARTIS

Rekabentuk & GrafikHj Badrul Hisham Shaari

Aturhuruf & RekaletakMohd Hanafiah Taib, Fauzi Abd Hamid,Che Su Husin

Ilustrasi / WarnaBadrul, Mokhtar Lufti, Amran, Bakafro, Alif

Jurufoto:Anis Suhaili Rosenan

PROMOSI & IKLANNur Suriati Mohd Soffee, Ismail Kassim

LANGGANANElyas Yusuf

PENGEDARANMohd Nor Rafuzi, Zulkarnain Suhaimi, Hafizi Yusof, Muhd Asshaari Ramli, Rosli Abd Razak

Diterbitkan oleh:GALERI ILMU SDN. BHD. (417643-K)

Urusan surat menyurat & langganan:GALERI ILMU SDN. BHD.44, Jln. Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota D‘sara,47810 Petaling Jaya, Selangor.Tel: 03-614 21 614 / Faks: 03-614 21 612 Web: www.galeriilmu.com.my

Dicetak oleh:ULTIMATE PRINT SDN. BHD. (19965-V)Lot 2, Jln. Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

© Hakcipta terpelihara. Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam majalah ini adalah hak milik penerbit dan tidak di benarkan disiarkan kembali sama ada dalam bentuk cetak atau elektronik tanpa kebenaran bertulis daripada GALERI ILMU SDN. BHD.

AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Wina Distributors Reg. No. 53122820K, 505 West Coast Drive, #01-210 Singapore 120505.Tel: 02-6778 4347, 02-9180 7794, 02-67784307 Email: [email protected].

WAJIBWAJIB MENUNTUT ILMUMENUNTUT ILMU

Assalamualaikum dan apa khabar adik-adik?

Alhamdulillah... Kak Mar panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah SWT

kerana masih dipanjangkan umur kita dan dapat bertemu lagi pada tahun

2010. Moga pertemuan pada permulaan tahun ini semakin mengeratkan

lagi silaturahim sesama kita. Mudah-mudahan juga kita senantiasa berada

dalam lindungan dan limpahan kasih sayang dari-Nya.

Kini, sudah pasti adik-adik sibuk membuat persiapan terakhir sebelum

memulakan sesi persekolahan baru pada awal Januari ini. Dengan pakai-

an dan peralatan sekolah yang baru serta diiringi semangat dan azam

yang baru, diharap adik-adik dapat memulakan sesi persekolahan ini

dengan semangat juang yang tinggi untuk meraih kecemerlangan dalam

pelajaran. Jangan sesekali mempersia-siakan masa muda adik-adik dan

juga mengecewakan harapan kedua ibu bapa.

Tanggungjawab adik-adik sebagai seorang anak dan juga pelajar

amat besar dan perlu dipikul sebagai menunaikan janji adik-adik kepada

ibu bapa. Sebenarnya kejayaan cemerlang adik-adik merupakan penentu

sama ada adik-adik telah melaksanakan janji tersebut ataupun tidak.

Besar harapan ibu bapa untuk melihat anak-anaknya berjaya dengan

cemerlang bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Untuk menjadi

anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam hidup, sudah pasti adik-

adik perlu menunaikan lima tanggungjawab utama iaitu janji terhadap

Allah SWT, Rasulullah SAW, ibu bapa, sesama manusia dan juga pada diri

sendiri.Mmm... tahukah adik-adik, sebenarnya, wajib untuk setiap diri kita me-

nuntut ilmu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW: “Menuntut ilmu adalah

wajib ke atas setiap muslim.”Justeru, menuntut ilmu merupakan jihad yang dituntut dalam Islam ke

atas setiap penganutnya. Jadi, ayuh adik-adik sekalian! Kita sama-sama

belajar dan tingkatkan ilmu pengetahuan kerana ia menjadi bekalan

penentu masa hadapan serta darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT.

Selamat belajar!

Editor.. .

KANDUNGANPekerti Mulia 2Tiru Nabi 4Nak Tahu 5Komik Syaitan 6Ilmuan Islam 11Alam Semesta 12Nenek Bercerita 14

Mahmudah vs Mazmumah 16Peraduan Sudoku 17Tanya Ustaz 18Uji Minda 20Amir & Amirah 23Lukis & Warna 24Dialog 25

Asah Bakat 26Sudut Kraf 30Komen@Cadangan 32Lughatul Arabiah 38Cerita Haiwan 40Cerpen 42Kelab Rakan Asuh 44Keputusan Mewarna 48

Page 4: Asuh Januari 2010

Amalan

Apa Itu Bersugi?Pernahkah adik-adik mendengar perkataan bersugi? Mmm... kalau adik-adik hendak tahu, bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan membersihkan mulut dan gigi. Ia merupakan amalan yang sentiasa dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali baginda berwuduk.

Islam amat mementingkan kebersihan sehinggakan Nabi Muhammad SAW menegaskan ia sebagai se bahagian daripada iman. Penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani mahupun jasmani, sehingga pakai an, kediaman dan persekitaran. Begitu juga dengan penjagaan mulut yang dititik-berat kan dalam Islam.

Apa Hukumnya?• Hukumnya adalah sunat dan masanya, pada bila-bila masa. Namun, masa yang paling dituntut ialah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, membaca al-Quran dan berubah bau mulut.• Walau bagaimanapun, makruh bersugi apabila telah gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) bagi orang yang berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu di sisi Allah SWT lebih harum daripada kasturi.” (Riwayat Muslim)

Bagaimana Bersugi?Cara bersugi adalah dengan tangan kanan, dimulakan di sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

Kelebihan Bersugi • Sabda Rasulullah SAW: “Dua rakaat solat dengan

bersugi itu lebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat solat dengan tidak bersugi.” (Riwayat Muslim)

• Menambahkan akal. • Mencerahkan mata. • Melambatkan tumbuh uban. • Dapat menggandakan pahala. • Dapat mengucapkan kalimah Syahadah apabila ajal

hampir tiba.

Oleh itu, adik-adik…. Apa kata mulai dari sekarang kita sama-sama jadikan bersugi sebagai satu amalan dalam kehidupan. Sekiranya kita tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntut, sekurang-kurangnya kita dapat bersugi sekali dalam sehari.

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk.” (Riwayat Ahmad)

Solat orang yang bersugi itu lebih afdal dan lebih besar fadilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk. Malah, secara tidak langsung ia dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa solat dengan bau mulut yang bersih dan harum.

Alat BersugiAlat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi, siwak, rotan dan manggar kelapa.

Dari Aisyah r.a.: “Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” (Riwayat Baihaqi)

4 BIL. 150 • JANUARI 2010BIL. 150 • JANUARI 2010

BERSUGIBERSUGI

Page 5: Asuh Januari 2010

5BIL. 150 • JANUARI 2010

Langit berwarna kemerah-merahan apabila matahari mula terbenam pada waktu senja. Ini kerana hanya warna merah sahaja yang sampai ke mata

kita .Warna-warna selain merah akan berpecah dan berserakan sebelum sempat sampai ke mata kita. Syabas merah!

Deria bau anjing 100 kali ganda lebih peka daripada manusia. Ini

kerana hidungnya yang lembab boleh mengesan zarah

bau yang wujud di dalam udara. Polis melatih anjing

yang mempunyai deria bau yang sangat peka ini

menjalankan tugas mencari dan menyelamat. Contohnya

mencari mangsa yang tertimbus di dalam tragedi gempa bumi atau mencari dadah yang disorok oleh

pengedar dadah.

Pensel dibezakan menurut komposisi. Huruf B bermaksud tebal, bererti kandungan grafitnya

tinggi. Huruf H bermaksud keras, bererti kandungan tanah liatnya lebih banyak. 2H lebih

keras daripada H dan 2B lebih lembut dan tebal berbanding B. Pensel HB bererti pensel

memiliki kedua-dua sifat keras dan tebal. Tentunya adik-adik tahu apa pensel pilihan

apabila memasuki bilik peperiksaan kan?

Dipercayai benda hidup yang paling tua di dunia ini ialah sebatang pokok yang tumbuh di California, Amerika. Pokok pine bristlecone ini berusia lebih 4600 tahun. Masya-Allah, panjangnya nyawa dia!

» Secara purata, perempuan ber-cakap 7000 patah perkataan sehari berbanding lelaki hanya bercakap 2000 patah perkataan saja!

» Otot terkuat pada tubuh kita ialah lidah.

» Purata mata kita berkedip ialah sebanyak 25 kali seminit!

Kenapa Merah? Kenapa Merah? Tiada Warna Lain?Tiada Warna Lain?

Kenapa Merah? Tiada Warna Lain?

Jangan begitu, banyak faedahnya ber-senam ni! {} Badan akan jadi sihat dan kuat {} Jauh daripada pelbagai penyakit{} Membina kekuatan otot {} Jantung bekerja lebih cekap ketika

bersenam dan berehat {} Meningkatkan kadar denyutan nadi{} Mencegah pengerasan arteri (arteri

yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar iaitu strok.)

{} Menguatkan tulang dan baanyaaak lagi!

5BIL. 150 • JANUARI 2010

Alaa Alaa . . .. . . Malas Malas Nak BersenamNak BersenamAlaa . . . Malas Nak Bersenam

Percaya Tak?Percaya Tak?Percaya Tak?

Hidung Anjing Hidung Anjing vs Hidung Kitavs Hidung KitaHidung Anjing vs Hidung Kita

Panjangnya Panjangnya Usia!Usia!Panjangnya Usia!

Ini Pensel Siapa?Ini Pensel Siapa?Ini Pensel Siapa?

Page 6: Asuh Januari 2010

AKU NAK PERGI JUGAK! DAH LEWAT

NI!!

ARGHH! MANA BOLEH. SOLAT TU WAJIB. AKU KENA

PERGI SOLAT JUGAK. TAK BOLEH LEWAT-

LEWAT!!

TAK BOLEH! KAU KENA TINGGALKAN SOLAT TU JUGAK. KAU KENA JADI

MACAM AKU.

TAK NAK!! AKU TAK NAK JADI AHLI

NERAKA MACAM KAU!!

APA? KAU KATA AKU NI AHLI NERAKA? NANTI KAU!!HAH?

HUH!

APAHAL MENGIGAU TERUK SANGAT NI.

HMMM… TENTU KENA GANGGU DENGAN

SYAITAN!

GodaanGodaanSyaitanSyaitan

Oleh: Pak Cik Bad

Dalam Dalam episod:Dalam episod:

AADEH!

B U A K

6 BIL. 150 • JANUARI 2010BIL. 150 • JANUARI 2010

TAK BOLEH! TAK BOLEH!

AKU TAK KAN BENARKAN KAU

PERGI!!

KLEPEK!

D U S H

!

D U S H

!SYAITANMENYERANG

SYAITANMENYERANG

ASUH!ASUH!ASUH!

Page 7: Asuh Januari 2010

7BIL. 150 • JANUARI 2010BIL. 150 • JANUARI 2010

OH! AKU MENGIGAU RUPA-RUPA-

NYA….

LAWAK BETUL KISAH KOMIK

GODAAN SYAITAN DALAM MAJALAH ASUH NI. HA HA

HIK HIK...

HOI, APA NI? SAKIT LA

KEPALA AKU.

MEMANG NAK BAGI SAKIT PUN!

KITA ADA MISSION IMPOSSIBLE

KAU SERONOK-SERONOK JER BACA

KOMIK YER?

ALAA, MAJALAH ASUH NI TAK MACAM KOMIK LAIN. BANYAK MANFAATNYA. OKEY

TAU!!

KALAU KAU BACA MAJALAH YANG TAK BERMANFAAT TU TAK

PE LA JUGA. TAPI KAU JANGAN BACA MAJALAH

ASUH NI. MUSUH SYAITAN NO.1

TAU TAK??

KKLLEEPPEEKK!!

HA... HO... HA... HO... HO...HOK... HO...HOK... ADOII...!ADOII...!

HA... HO... HO...HOK... ADOII...!

HAH HAHHAH HAH HAH HO HAH HO HE HOIHE HOI

HAH HAH HAH HO HE HOI