assingmnt sebenar

11
1.0. Pendahuluan Tekanan emosi bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan emosi biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Secara umumnya, tekanan emosi atau stress telah digunakan secara meluas dalam kajian sains sosial selepas seorang ahli perubatan ternama, Selye pada tahun 1950-an menjadi perintis dalam menjalankan kajian tentang psikologi stress ini. Cox & Brockley (1984) berpendapat stress adalah satu fenomena persepsi yang wujud dari satu perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan kebolehan untuk melakukan arahan tersebut dengan jayanya. Ketidakseimbangan dalam mekanisme ini menyebabkan wujudnya pengalaman ketegangan yang mana akan diikuti pula oleh gerak balas ketegangan. Ketika tertekan, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan- perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan) pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika 1

Upload: abu-fariha-din

Post on 08-Aug-2015

21 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assingmnt sebenar

1.0. Pendahuluan

Tekanan emosi bukanlah satu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan

emosi biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak

menyeronokkan. Secara umumnya, tekanan emosi atau stress telah digunakan secara

meluas dalam kajian sains sosial selepas seorang ahli perubatan ternama, Selye pada

tahun 1950-an menjadi perintis dalam menjalankan kajian tentang psikologi stress ini.

Cox & Brockley (1984) berpendapat stress adalah satu fenomena persepsi yang wujud

dari satu perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan

kebolehan untuk melakukan arahan tersebut dengan jayanya. Ketidakseimbangan

dalam mekanisme ini menyebabkan wujudnya pengalaman ketegangan yang mana

akan diikuti pula oleh gerak balas ketegangan.

Ketika tertekan, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang

bernama ‘adrenaline’ kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan

beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam

tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu

ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk

mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di

dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan)

pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang

diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii

selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau

tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya,

ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu

menimpa kita.

Stress yang tinggi pada pelajar boleh mengakibatkan kekecewaan, agresif,

kebimbangan, sifat suka mengelak, peningkatan tahap ketidakhadira, penurunan tahap

prestasi pelajar dan pelbagai lagi masalah sosial dikalangan pelajar.

1

Page 2: Assingmnt sebenar

2.0. Apa itu tekanan emosi atau stress?

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau

lebih karasteristik oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi

maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat konflik yang

tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan

atau perlakuan tertentu. Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai

kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil.

Antara gangguan personaliti yang berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk

belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi

definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan

bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi

murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan

terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat

serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius

dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

Menurut Robbins (2001) stress juga dapat diartikan sebagai suatu kondisi yang

menekan keadaan psikis seseorang dalam mencapai suatu kesempatan dimana untuk

mencapai kesempatan tersebut terdapat batasan atau penghalang. Dan apabila

pengertian stress dikaitkan dengan penelitian ini maka stress itu sendiri adalah suatu

kondisi yang mempengaruhi keadaan fisik atau psikis seseorang karena adanya

tekanan dari dalam ataupun dari luar diri seseorang yang dapat mengganggu

pelaksanaan kerja mereka.

Menurut Woolfolk dan Richardson (1979) menyatakan bahwa adanya system

kognitif, apresiasi stress menyebabkan segala peristiwa yang terjadi disekitar kita akan

dihayati sebagai suatu stress berdasarkan arti atau interprestasi yang kita berikan

terhadap peristiwa tersebut, dan bukan karena peristiwa itu sendiri.Karenanya

dikatakan bahwa stress adalah suatu persepsi dari ancaman atau dari suatu bayangan

akan adanya ketidaksenangan yang menggerakkan, menyiagakan atau mambuat aktif

organisme.

2

Page 3: Assingmnt sebenar

Sedangkan menurut Handoko (1997), stress adalah suatu kondisi ketegangan

yang mempengaruhi emosi, proses berpikir dan kondisi seseorang. Stress yang terlalu

besar dapat mengancam kemampuan seseorang untuk menghadapi lingkungannya.

Stress menurut Hans Selye 1976 merupakan respon tubuh yang bersifat tidak spesifik

terhadap setiap tuntutan atau beban atasnya. Berdasarkan pengertian tersebut dapat

dikatakan stress apabila seseorang mengalami beban atau tugas yang berat tetapi

orang tersebut tidak dapat mengatasi tugas yang dibebankan itu, maka tubuh akan

berespon dengan tidak mampu terhadap tugas tersebut, sehingga orang tersebut dapat

mengalami stress. Respons atau tindakan ini termasuk respons fisiologis dan psikologis

2.1. Punca tekanana) Mengikut Teori Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan

gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya

gangguan emosi adalah persekitaran sekolah, peristiwa berlaku dalam

keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru-guru

dan lain-lain.

b) Gangguan emosi dalam kalangan murid-murid berpunca daripada

persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya, gangguan emosi

berpunca daripada masalah kesesakan dalam kelas yang boleh mewujudkan

kecendurungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin.

c) Peristiwa dalam keluarga melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian

dalam kehidupan murid.

2.2. Kesan tekanan emosi

a) Menunjukkan reaksi yang berlebihan apabila berlakunya kejadian-kejadian

biasa.

b) Pelajar akan menunjukan rasa tidak gembira terhadap pencapaian diri.

c) Mengalami keletihan yang melampau, menunjukkan tingkah laku gelisah,

menunjukkantingkah laku untuk menarik perhatian

3

Page 4: Assingmnt sebenar

3.0. Pendapat dan hujah

Tekanan emosi merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang

yang kerap menghadapi masalah. pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugas -

tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan mungkin akan menghadapi tekanan

emosi jika dia gagal berbuat demikian. Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan

tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian

mereka. Kanak -kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan

merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress

dikalangan ibu bapa tersebut. Berbagai -bagai lagi keadaan boleh menimbulkan

tekanan emosi kepada seseorang individu.

Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Seorang

lelaki yang dibuang kerja tiba - tiba mendapati dia tidak lagi mempunyai sumber

kewangan yang tetap. Dia tidak dapat menjelaskan hutang piutangnya dan mengatur

belanjawan bulananya seperti biasa. Ini menimbulkan rasa resah dan boleh

menyebabkan seleranya hilang. Tidurnya tidak lagi nyenyak, tubuhnya sering

menggeletar dan jantungnya berdegup kencang. Dia mungkin sering diserang sakit

kepala dan sakit perut. Semua tanda -tanda ini adalah ekoran daripada tekanan emosi

yang dialaminya.

Pelajar dalam alam remaja sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman dan

desakan yang mengganggu ketenteraman emosi dan interaksi sosial, kecelaruan idea

dan pegangan hidup.  Fenomena ini mewujudkan masalah dalam jiwa remaja apabila

berlakunya  kematian orang yang disayangi, mengidap penyakit serius, ibu bapa

bertukar pekerjaan, peperiksaan, konflik antara ibu bapa, kurang kasih sayang keluarga

dan tiada sokongan keluarga dan sosial. 

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu (1993)

dalam laporannya telah menyenaraikan tiga faktor diri pelajar yang menyebabkan

wujudnya kes pelanggaran disiplin.  Faktor tersebut termasuk sikap negatif terhadap

pelajaran seperti tidak berminat dan mudah jemu tiada dorongan motivasi akibat kurang

kemahiran asas belajar dan lebih mementingkan hiburan serta gangguan kesihatan

diri. Sehubungan itu pelajar yang bermasalah ialah pelajar yang tiada kawalan diri,

kurang mengerjakan kerja sekolah dan latihan  di rumah, kurang patuh kepada arahan

4

Page 5: Assingmnt sebenar

guru, kurang berminat untuk belajar, kurang hormat guru, suka mengganggu pelajar lain

dan suka membuat bising. 

Golongan remaja juga boleh menghadapi masalah kesihatan mental dan 

lazimnya bertingkah laku agresif termasuk kedegilan, keresahan, tingkah laku

bermasalah, penyalahgunaan bahan-bahan terlarang, kemurungan, penderaan dan

tingkah laku seksual  dan kehamilan remaja luar nikah. Justeru pelajar yang melanggar

disiplin sebenarnya tidak memahami peranan dan tugas mereka sebagai pelajar.

Mereka tidak menyedari bahawa tindakan sedemikian mendatangkan kemudaratan. 

Pelajar terbawa-bawa dengan perasaan dan hilang kawalan diri dan  mudah

terpengaruh dengan anasir luar.Selain itu pelajar terdedah kepada kehidupan yang

bersifat hedonistik atau bersifat mementingkan keseronokan, salah memilih rakan

sebaya dan pelajar mengalami masalah penyesuaian atau masalah peribadi.

Namun demikian apa yang membimbangkan ialah kesalahan disiplin termasuk

penyalahgunaan dadah, telah menular dari peringkat sekolah randah lagi.  Ini terbukti

apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (2009)  melaporkan

bahawa  walaupun peningkatan sekolah  rendah hanya daripada 0.78 peratus kepada

0.79 peratus namun pihak kementerian tetap menganggapnya sebagai serius. 

Pada keseluruhannya menurut beliau lagi isu yang melibatkan disiplin  berada

dalam situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul buli, gaduh

dan  ponteng tegar.  Statistik tahun 2009 KPM menunjukkan terdapat 3.2 juta murid

sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Walau

bagimanapun  jumlah aduan disiplin murid diterima bagi tempoh januari hingga ogos

tahun 2009 ialah 65 kes tetapi menurun 31 kes berbanding 96 kes bagi tempoh sama

tahun 2008 (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009) .

lmpak  daripada perangkaan  inilah yang perlu ditangani oleh seorang kaunselor

atau pegawai psikologi yang terlatih. Pengetua atau Guru Besar selaku pemimpin

sekolah sewajarnya memantau  dari  semasa ke semasa prosedur pelaksanaan sesi

kaunseling dan program di sekolah. Apatah lagi kini wujud kaunselor atau pegawai

psikologi sepenuh masa di sekolah.Yang penting, sesi kaunseling di sekolah tidak

mengganggu waktu pengajaran-pembelajaran formal di bilik darjah. Kendatipun pelajar

lelaki lebih cenderung  merokok, menghisap ganja, menghidu gam, menghidu petrol,

5

Page 6: Assingmnt sebenar

minum minuman keras, menonton atau menyimpan bahan lucah dan berjudi namun 

pelajar perempuan pula lebih cenderung terlibat dengan rokok, bahan lucah dan

bercinta.

Oleh itu peranan guru kaunseling dan guru disiplin mengenal pasti masalah awal

salah laku yang sering dilakukan  pelajar amat dialu-alukan; mencegah lebih baik

daripada mengubati. Mereka berperanan  membantu pelajar mengurangkan dan

seterusnya meninggalkan salah laku tersebut. Sokongan dan dokongan ibu bapa dan

setiap ahli komuniti di luar sekolah banyak membantu mencegah salah laku pelajar

agar tidak berterusan menjadi barah dalam masyarakat.

Justeru banyak kajian  mendapati punca pelajar terlibat dalam salah laku kerana 

mereka tidak dapat  memahami pengajaran guru bagi sesetengah mata pelajaran yang

diajar. Kesulitan dan tekanan  yang dialami ini menyebabkan mereka tidak berminat 

menumpukan perhatian dan berkecenderungan ponteng kelas atau sekolah.Ekoran

daripada itu pelajar salah laku ini, tidak berminat dengan satu-satu mata pelajaran dan

tidak menyukai guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Berdasarkan beberapa

kajian ditemui mendapati bahawa jikalau pengajaran-pembelajaran berlaku dengan

berkesan maka masalah disiplin tidak akan timbul. Ini disebabkan faktor minat kepada

subjek pelajaran dan personaliti si pengajar/guru.

Selain itu ada kajian juga menunjukkan salah satu punca pelajar tidak minat

belajar ialah kerana mereka tidak berminat dengan beberapa mata pelajaran yang

diajar, tidak membuat tugasan sekolah dan tidak  mengulang kaji pelajaran.  Dengan itu

mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru sebaliknya

mereka sering  mengganggu pembelajaran- pengajaran dalam kelas. Sebagaimana

sedia maklum terdapat banyak masalah yang timbul dalam kehidupan seharian pelajar. 

Di peringkat awal, pelajar mula menghadapi konflik dengan keluarga dan rakan sebaya

terutama yang melibatkan aspek halangan komunikasi, kebejatan sosial dan silang

budaya.  Mereka tidak dapat meluahkan perasaan mereka kerana tidak ada siapa yang

boleh dipercayai . Senario ini menyebabkan  wujudnya tekanan perasaan dan konflik

dalam diri. Situasi demikian  disebabkan pelajar tersebut memerlukan orang tengah

yang berperanan mendidik; berbeza dari guru kelas atau guru subjek. 

6

Page 7: Assingmnt sebenar

Mereka memerlukan rakan ‘dewasa’ yang mempunyai hubungan dan struktur

kognitif  berbeza daripada seorang guru dan boleh meluahkan perasaan serta rahsia

hati tanpa curiga dan berasa gentar. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan jelas

menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling di sekolah serta maklumat berhubung dengan salah laku

pelajar dan  sikap atau persepsi pelajar-pelajar terhadap  perkhidmatan tersebut.

Kesimpulannya untuk melahirkan pelajar yang bermoral bukanlah mudah. 

Pembentukan pelajar dipenuhi  beberapa faktor  yang bertali- temali. Jika gagal salah

satu faktor ini maka kecewalah sistem pendidikan kebangsaan. 0leh itu kaedah

pengajaran dalam bilik darjah  yang membentuk  lima faktor yang saling kait mengait

iaitu: rakan sebaya, pengaruh kurikulum dalam sistem pendidikan, kaedah pengajaran

yang diterima daripada guru, pengaruh keluarga dan pengaruh persekitaran khususnya

media massa, sewajarnya dipraktiskan oleh guru  dengan berhemah lagi bijaksana. 

Pendekatan kasih sayang yang luhur murni tanpa pilih kasih dan tidak prejudis

banyak membantu guru menjayakan proses pengajaran-pembelajaran. Tegasnya,

bahaya besar akan menimpa masyarakat jika dibiarkan permasalahan salah laku

pelajar dan tekanan terhadap pelajar berterusan. Dan  sudah sewajarnya kerajaan

menekankan betapa perlunya pendidikan agama dan moral serta aspek kebahasaan

dan komunikasi di sekolah-sekolah diberikan keutamaan dan penilaian kembali. lni

selaras dengan hasrat kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam  dan semangat patriotisme

satu Malaysia dalam pentadbiran negara.

Jika masalah tekanan emosi ini tidak di bendung dari awal iaitu di bangku

sekolah lagi, kemungkinan masalah tekanan emosi dalam kalangan pelajar akan

meningkat dan diasmping itu kes-kes yang melibatkan tekanan emosi juga meningkat

seperti dalam laporan akhbar menyebut bahawa Negeri Sembilan mencatatkan jumlah

pesakit mental paling tinggi di negara ini (Harian kosmo, 27 November 2008). Justeru

itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membendung masalah tekanan

emosi dalam kalangan pelajar supaya tidak berlaku kes-kes di peringkat yang lebih

besar iaitu peringkat global.

7