assignment penuh pendekatan induktif

3
ASSIGMENT PENUH TEORI PENDEKATAN Pendekatan induktif Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar melalui contoh- contoh. Ia merupakan kaedah pencarian yang melihat, mengkaji dan menganalisa sesuatu aspek dan membuat kesimpulan umum daripada data yang dikaji. Contohnya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru menceritakan kisah haiwan ‘Sang Kancil dengan Buaya’ dengan menayangkan gambar-gambar haiwan tersebut kepada pelajar. Konsep-konsep pendekatan induktif adalah memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman, cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran. Pendekatan induktif bercirikan penggunaan pengantara deria untuk mendapatkan pengetahuan. Contohnya semasa pemerhatian dilakukan ke atas proses pengajaran dan 1

Upload: sadai-lasan

Post on 08-Dec-2015

257 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Penuh Pendekatan Induktif

ASSIGMENT PENUH

TEORI PENDEKATAN

Pendekatan induktif

Pendekatan induktif merupakan satu pendekatan mengajar yang memulakan

sesuatu kajian itu dengan melihat penggunaan unsur-unsur bahasa yang

diajar melalui contoh-contoh. Ia merupakan kaedah pencarian yang melihat,

mengkaji dan menganalisa sesuatu aspek dan membuat kesimpulan umum

daripada data yang dikaji. Contohnya, berdasarkan pemerhatian yang

dilakukan, guru menceritakan kisah haiwan ‘Sang Kancil dengan Buaya’

dengan menayangkan gambar-gambar haiwan tersebut kepada pelajar.

Konsep-konsep pendekatan induktif adalah memperkenalkan pengetahuan

dan memberi pengalaman, cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu

urutan pemikiran.

Pendekatan induktif bercirikan penggunaan pengantara deria untuk

mendapatkan pengetahuan. Contohnya semasa pemerhatian dilakukan ke

atas proses pengajaran dan pembelajaran pelajar empat tahun, huru tersebut

telah menggunakan deria penglihatan pelajar dengan menunjukkan gambar

haiwan yang ingin dipelajari. Di samping itu, guru tersebut juga

menggunakan deria mendengar pelajar dengan mengulang-ulang nama

haiwan yang ingin dipelajari. Pendekatan induktif juga memerlukan

kekerapan ulangan dalam beraneka konteks untuk menguasai sesuatu

1

Page 2: Assignment Penuh Pendekatan Induktif

kemahiran. Ciri seterusnya yang ditekankan dalam pendekatan induktif

adalah pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif.

Pendekatan induktif juga menekankan banyak kepada aspek lisan.

Prinsip penggunaan pendekatan induktif seperti satu strategi penyoalan

haruslah diadakan supaya guru dapat menolong murid-murid membentuk

konsep-konsep dan seterusnya membuat generalisasi yang dikehendaki.

Contohnya berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, guru tersebut telah

menanyakan pelajar “kaki Kancil ada berapa?”. Soalan ini ditanya bagi

membantu pelajar mengetahui bahawa Sang Kancil mempunyai empat kaki.

Prinsip lain yang boleh digunakan dalam pendekatan induktif ialah guru harus

merancang dan mempelbagaikan aktiviti untuk menjadikan pengajaran guru

lebih menarik, dan memikat serta menggalakkan murid-murid belajar secara

aktif dan terlibat sepenuhnya. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan guru

tersebut sememangnya menjalankan aktiviti –aktiviti yang menarik bagi

menarik perhatian pelajar antaranya ialah menunjukkan kisah Sang Kancil

dengan Buaya di laptop, melaksanakan aktiviti mewarna gambar haiwan dan

menyusun gambar-gambar haiwan dan sebagainya.

2