68179001 pendekatan induktif deduktif dan integratif dalam mata pelajaran major
DESCRIPTION
pongisamakan do deduktif om induktif kaanu do popotosol kumaa tokou toinsanan iingkuo do momguno pongunsamakan diti.TRANSCRIPT
PENDEKATAN
INDUKTIF,DEDUKTIF
DAN INTEGRATIF DALAM
MATA PELAJARAN MAJOR
LOWCHEN FRED JR SIPAANPISMP BKD AMBILAN
JANUARI 2014
PENDEKATAN INDUKTIF• Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul
dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.
• Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
• Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
KHUSUS
UMUM
PENDEKATAN DEDUKTIF• Ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar
yang bermula daripada suatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang dikhususkan.
• Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui.
• Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang komprehensif dan pengetahuan yang lengkap serta berupaya memilih rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikannya dalam contoh-contoh yang khusus.
UMUM
KHUSUS
PENDEKATAN INTEGRATIF• Pendekatan ini menggabungjalinkan beberapa
pendekatan, kaedah, strategi dan teknik supaya murid-murid lebih memahami apa yang sedang disampai
• Digunakan untuk mewujudkan kesinambungan antara satu unit pengajaran dengan unit pengajaran yang lain
• Mengintegrasi idea-idea baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada
• Pembelajaran menjadi lebih berkesan dan murid berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian
PENDEKATAN
TEKNIK
KAEDAH STRATE
GI
PENDIDIKAN MAJOR DI SEKOLAH RENDAH
• Di Malaysia, pendidikan rendah dijalankan di sekolah-sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah swasta. Antara kemahiran yang diajar di peringkat ini ialah asas-asas membaca, menulis dan mengira.
• Di peringkat pendidikan rendah,pelbagai mata pelajaran didedahkan kepada murid-murid untuk menggabungkan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
• Ianya juga merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni bagi melahirkan insan yang seimbang.
BIDANG MATA PELAJARAN MATA PELAJARAN
FASA 1 FASA 2
KOMUNIKASI BAHASA MELAYUBAHASA INGGERISBAHASA CINABAHASA TAMILMATEMATIK
BAHASA MELAYUBAHASA INGGERISBAHASA CINABAHASA TAMILMATEMATIK
MANUSIA DAN PERSEKITARAN
PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN MORALSAINS
PENDIDIKAN ISLAMPENDIDIKAN MORALSAINSKAJIAN TEMPATANPENDIDIKAN SIVIK DAN KENEGARAAN
PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU
PENDIDIKAN MUZIKPENDIDIKAN SENIPJPK
PENDIDIKAN MUZIKPENDIDIKAN SENIPJPK
• Walaupun terdapat banyak matapelajaran yang diajar di peringkat sekolah rendah, beberapa mata pelajaran major diberi penekanan oleh guru-guru seperti mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ,Matematik dan Sains untuk murid-murid tahap 1 dan 2.
• Keempat-empat mata pelajaran major ini juga diuji dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah untuk murid-murid Tahun Enam.
PENDEKATAN INDUKTIF DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
• Guru mengajar konsep baru dalam mata pelajaran bahasa Melayu
• Guru menunjukkan gambar kucing, pokok, meja,ibu dan sebagainya.
CONTOH PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN DALAM MATA PELAJARAN MAJOR DI SEKOLAH RENDAH
• Berdasarkan jawapan murid-murid mengenai apa yang mereka lihat dalam gambar tersebut, guru perkenalkan pengajaran pada hari tersebut iaitu “kata nama am”.
• Kemudian, murid-murid memberi contoh pelbagai jenis “kata nama am” yang boleh mereka perhatikan dalam persekitaran masing-masing.
PENDEKATAN DEDUKTIF DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK
• Guru memulakan sesi pengajaran dengan menjelaskan konsep bentuk
• Kemudian, guru membincangkan ciri-ciri bentuk 3 dimensi (3D)
• Murid diminta memberi contoh-contoh bentuk 3D berserta ciri-cirinya- bilangan sisi, bucu dan permukaan
PENDEKATAN INTEGRATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS
• Guru mengajar tentang konsep binatang kepada kelas.
• Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan mengikut kumpulan binatang dan meminta mereka menyenaraikan pelbagai contoh binatang.
• Murid dikehendaki mengenalpasti ciri-ciri binatang dalam kumpulan binatang tersebut
• Guru meminta semua kumpulan untuk membentangkan ciri-ciri binatang dalam 5 kumpulan (mamalia, amphibia, ikan, reptilia dan burung).