assignment : membina pantun

17
J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN 1 KANDUNGAN HALAMAN 1.0 Soalan Tugasan 2 2.0 Pengenalan 3 Maksud dan Latar Belakang Pantun Jenis-jenis Pantun Format Pantun 3.0 Membina Pantun 8 3.1 Pantun Kanak-kanak 3.2 Pantun Remaja 3.3 Pantun Dewasa 3.4 Pantun Ibu Bapa 3.5 Pantun Nenek 3.6 Pantun Guru 4.0 Kesimpulan 14 5.0 Rujukan 17

Upload: lia-osman

Post on 03-Jul-2015

3.697 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

TUGASAN : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK 2012

TRANSCRIPT

Page 1: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

1

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Soalan Tugasan 2

2.0 Pengenalan 3

Maksud dan Latar Belakang Pantun

Jenis-jenis Pantun

Format Pantun

3.0 Membina Pantun 8

3.1 Pantun Kanak-kanak

3.2 Pantun Remaja

3.3 Pantun Dewasa

3.4 Pantun Ibu Bapa

3.5 Pantun Nenek

3.6 Pantun Guru

4.0 Kesimpulan 14

5.0 Rujukan 17

Page 2: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

2

1.0 Soalan Tugasan

Anda dikehendaki menulis pantun empat kerat berdasarkan tema motivasi dan nasihat

berdasarkan kelompok berikut :

i. Pantun Kanak-kanak

ii. Pantun Remaja

iii. Pantun Dewasa

iv. Pantun Ibu Bapa

v. Pantun Nenek

vi. Pantun Guru

Setiap satu kelompok, bina 5 rangkap pantun.

Page 3: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

3

2.0 Pengenalan

Maksud dan Latar Belakang Pantun

Pantun merupakan warisan lisan yang lahir dan berkembang sejak

zaman berzaman.Dalam pantun, tersirat satu bentuk ucapan yang

mengungkapkan rasa hati, melahirkan ideaserta fikiran tentang kehidupan dalam

rentak irama yang menarik dan menawan.

Me nu ru t Ka m u s De wa n Ed i s i Ke emp a t ,p an t un me n ga nd u n g i t i g

a p en ge r t i an . Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang

biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua

baris pertama merupakan pembayang maksud danyang selainnya mengandungi

maksudnya. Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasayang digunakan

sebagai sindiran. Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada

tuduhan dan lain-lain.

Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai “parikan” dan dalam bahasa

Sunda dikenali sebagai “paparikan”. Lazimnya pantun terdiri daripada empat baris dan

berakhir dengan pola a-b, a- b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan,

namun sekarang dijumpai dalam bentuk bertulis. Di samping itu juga,

pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu memelihara bahasa, menjadi penjaga

fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir

tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara

asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.

Menurut Mohd Taib Osman, (1996) menerusi buku beliau iaitu Ilmu Mengarang

Melayu(Jawi) muka surat 250-61, Dr P e nde ta Za ‟b a men ya ta kan b ah a wa

Page 4: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

4

ma kna a sa l ke ka ta „ p an t un ‟ i t u i a l ah : „ se pe r t i ‟ a ta u „umpama‟ ,

kemudian „pantun‟ itu dipakai dengan makna „perumpamaan‟. Namun demikian, ramai

menganggap bahawa „pantun‟ ialah sejenis karangan berangkap yang

terbahagi dua i a i t u s e b a h a g i a n n y a „ p e m b a y a n g m a k s u d ‟ d a n

s e b a h a g i a n l a g i i a l a h „ m a k s u d y a n g sebenarnya‟, seperti yang kita

fahami sekarang.

Pantun juga adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang

kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu

untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk

berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.

Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berlegar-legar

dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-

moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa

bersirat yang lain.

Jenis-jenis Pantun

Pantun terdiri daripada banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenis pantun ialah pantun

dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun

sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima

jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Berikut

adalah contoh jenis-jenis pantun :

i. Pantun dua kerat

Buah belubuk buah kepayang,

Page 5: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

5

Dimakan mabuk, dibuang sayang.

ii. Pantun empat kerat

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sekat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi darjat kerana bahasa. iii. Pantun enam kerat

Belayar perahu membawa kuini,

Ke Tanjung Jati mengadap Paduka,

Bunga kemboja sembah berkarang,

Kalau tahu jadi begini,

Tidaklah hati dibawa berduka,

Kupilih sahaja lain orang. iv. Pantun lapan kerat

Dini hari melawat pusara,

Bawa merbah bersama emas,

Nenas terletak di tepi belana,

Belanga China bersalut arang,

Benihku cari disemai mesra,

Semaian bercambah menjelma tunas,

Kemudian subur indah berbunga,

Page 6: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

6

Malangnya bunga digetu orang.

v. Pantun sepuluh kerat

Baju dastar kesumba,

Seluar gunting petani,

Jahitan nyonya kampung Erah,

Di hilir pasar Kampung Melaka,

Singgah di rumah nakhodanya,

Batang emas dahan suasa,

Buahnya intan dengan padi,

Bunga diisap burung merak,

Pipit hendak hinggap di rantingnya,

Adakah boleh oleh yang punya.

Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk nasihat,

adat, agama, teka-teki, jenaka dan ada juga yang berbentuk peribahasa. Antaranya

yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih

sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias

ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut

bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi

atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar

perkembangannya dengan isi atau persoalan lain yang berhubungan.

Page 7: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

7

Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada

umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas

bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan

meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan "agama" tidak

kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya,

persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-

undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari

kemudian.

Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya menggunakan

peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi pantun "kias dan

ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu

adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu

ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan

mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah merupakan satu

daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan dam membina kemahiran

berfikir dengan tepat.

Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran

keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan

sindirannya di dalamnya

Page 8: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

8

3.0 Membina pantun

3.1 PANTUN KANAK-KANAK

i) Tengah malam ada bulan,

Lepak-lepak atas titi,

Jangan main tepi jalan,

Banyak bahaya sedang menanti.

ii) Pergi kolam tangkap ikan,

Dapat tangkap ikan tioman,

Kerja sekolah cepat siapkan,

Baru boleh main di taman.

iii) Tijah suka dapat gelang,

Gelang diberi oleh Mak Siti,

Habis sekolah terus pulang,

Kalau tidak rotan menanti.

iv) Main guli tepi rumah,

Guli dibaling atas bumbung,

Ibu beri belanja sekolah,

Simpan bakinya dalam tabung.

v) Kaki terpijak paku karat,

Bawa berubat ke rumah Mak Aji,

Jangan suka tidur lewat,

Baru senang bangun pagi.

Page 9: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

9

3.2 PANTUN REMAJA

i) Bangun pagi terang-terang tanah,

Mandi guna air telaga,

Cinta monyet zaman sekolah,

Bukan boleh bawa ke mana.

ii) Bawah pokok mengupas kelapa,

Kelapa dikupas untuk diparut,

Berkawan ramai tidak mengapa,

Mana yang buruk jangan diikut.

iii) Sidai kain di ampaian,

Hujan turun tiba-tiba,

Lari rumah bukan penyelesaian,

Taati orang tua lebih bermakna.

iv) Bunga raya merah warnanya,

Mekar tumbuh di tepi paya,

Jangan dicuba dadah durjana,

Buat apa disia-sia usia muda.

v) Buah rambutan dimakan kera,

Anak tupai di pohon sena,

Jagalah diri hai anak dara,

Maruah tergadai, menyesal tak guna.

Page 10: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

10

3.3 PANTUN DEWASA

i) Melombong emas di Bukit Cina,

Melombong dengan kapal koek,

Malas kerja hidup tak ke mana,

Rezeki bukan datang bergolek.

ii) Kelapa dikupas dengan parang,

Ambil santannya dimasak kari,

Usah dibuka aib orang,

Jaga sahaja diri sendiri.

iii) Turun ke taman memetik cempaka,

Cempaka diisi ke dalam raga,

Selisih faham bermasam muka,

Rencah hidup berumah tangga.

iv) Ayam jantan ayam serama,

Di luar reban berlari aktif,

Was-was curiga tentang agama,

Tanya sahaja pada yang arif.

v) Pagi-pagi keluar bekerja,

Tolak basikal ke tengah jalan,

Beramah mesra jiran tetangga,

Semangat bermasyarakat jadikan amalan.

Page 11: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

11

3.4 PANTUN IBU BAPA

i) Puteri menyanyi lagu duka,

Duduk bersimpuh di atas beranda,

Jaga hatinya, usah derhaka,

Syurga di bawah telapak kaki bonda.

ii) Warna-warni pelbagai rupa,

Cantik sungguh bunga raya,

Sudah dewasa janganlah lupa,

Pengorbanan orang tua kita.

iii) Gelap gelita hati goyah,

Petik suis nyala lampunya,

Besar jasanya ibu dan ayah,

Tak terhitung dengan mewah dunia.

iv) Ibu menanam bunga kekwa,

Petik sekuntum selit di telinga,

Senangi hidup di hari tua,

Tanda tak lupa jasa mereka.

v) Pakai baju berenda-renda,

Berkain batik sanggul di kepala,

Usah sakiti hati ayah bonda,

Kelak murka Tuhan segala.

Page 12: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

12

3.5 PANTUN NENEK

i) Batang tebu panjang sedepa,

Diperah-perah manis airnya,

Pesan nenek jangan dilupa,

Bacalah doa sebelum lena.

ii) Buah manggis manis rasanya,

Rambutan pun apa kurangnya,

Pesan nenek jangan dilupa,

Berbudi bahasa budaya orang kita.

iii) Dayung sampan ke Pengkalan Chepa,

Sampai saja labuh sauhnya,

Pesan nenek jangan dilupa,

Belajar tekun sampai berjaya.

iv) Berjalan ke kedai membeli gula,

Di tengah jalan jumpa Tok Bomoh,

Pesan nenek jangan dilupa,

Bersatu teguh, bercerai kita roboh.

v) Aneka rasa dan juga rupa,

Kuih muih orang Melaka,

Pesan nenek jangan dilupa,

Berbuat jahat, Tuhan murka.

Page 13: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

13

3.6 PANTUN GURU

i) Nampak rusa senapang dibedik,

Rusa lari hilang arahnya,

Kenangi jasa para pendidik,

Tanpa mereka siapalah kita.

ii) Kalau sakit makanlah jamu,

Jamu adunan rempah herba,

Usaha guru tak pernah jemu,

Mendidik anak bangsa tercinta.

iii) Manis sungguh buah laici,

Beli sekilo di Pasar Kepayang,

Marah cikgu bukannya benci,

Marah cikgu kerana sayang.

iv) Melambai liuk daun kelapa,

Ditiup angin gugur buahnya,

Budi cikgu kami tak lupa,

Tak terbayar dengan harta dunia.

v) Tepi pantai udara nyaman,

Pasirnya putih cantiknya amat,

Pesanan guru jadikan pedoman,

Amat berguna sepanjang hayat.

Page 14: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

14

4.0 Kesimpulan

Pantun adalah sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-

luasnya di dalam masyarakat Melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun

dilahirkan untuk mewujudkansesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi

sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu

kerana dapat menunjukkan keperibadian orangMelayu yang mempunyai kesenian

serta kebudayaan sendiri.Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang

sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta

pantun dalam bentuk berangkap. Selain itu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan

tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat,adat istiadat, perkahwinan dan

sebagainya.

Antara ciri-ciri pantun yang menjadi kekuatan atau keistimewaannya adalah di

dalam pantun wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkapnya. Walaupun

kadang-kadang ada pantun yang pembayang dan maksudnya langsung tiada kaitan

tetapi ia menunjukkan keunikan tersendiri pantun tersebut. Ciri ini tidak terdapat dalam

puisi yang lain.

Seterusnya pantun boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah

membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan

dengan rangkap-rangkap berikutnya. Apabila kita mendengar satu rangkap pantun

sahaja, kita sudah dapat menerima mesejnya dengan jelas. Sebagai contohnya seperti

rangkap pantun nasihat di bawah :

Page 15: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

15

Sebesar-besar mayang pinang,

Takkan sama mayang kelapa,

Sebesar-besar sayang orang,

Tak sama sayang ibu bapa

Jelas sudah rangkap pantun di atas membawa maksud bahawa kasih sayang yang

diberi oleh ibu bapa kita tiada tandingannya lagi. Kita tidak perlu bersusah payah

memikirkan maksud yang ada di sebalik pantun tersebut.

Selain itu, rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak

demikian dalam puisi lain. Rima ini menjadikan pantun sangat enak didengar serta unik

sekali iramanya. Hendak pula orang lama yang menjadi pemantunnya. Pasti amat

menarik dan tidak jemu mendengarnya.

Di samping itu juga, pantun dapat disulami dalam puisi melayu yang lain bagi

mempelbagaikan ungkapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa

berirama dan sebagainya. Ini boleh menjadi satu persembahan tradisional Melayu yang

dapat membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.

Indahnya pantun bukan sahaja menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam

ungkapan-ungkapan bahasa malah amat mudah dicipta secara spontan. Bukan

masyarakat Melayu sahaja yang boleh mereka cipta pantun malah kaum lain juga

mudah mempelajarinya. Pantun adalah seni keindahan puisi tradisional yang

mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu.

Page 16: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

16

Walau bagaimanapun, pantun turut mempunyai kelemahannya. Antara kelemahannya

yang ketara, pantun yang terlalu mudah untuk direka cipta oleh sesiapa mudah pula

diubah ciri-cirinya yang unik itu. Sebagai contohnya, „Ada pantun yang dilontarkan tidak

ada hubung kait langsung antara bait pembayang dengan maksud sedangkan dalam

mengarang pantun inilah aspek yang perlu ditekankan. Pantun-pantun yang

dipersembahkan sekarang juga kurang menggunakan unsur perlambangan

(simbolisme). Ini bertentangan dengan ciri sebenar pantun Melayu yang mengutamakan

unsur perlambangan dalam pembayang dan maksud kerana masyarakat tradisional

menggunakan pendekatan itu untuk sindiran atau kritikan. Jika unsur perlambangan

tidak digunakan, ciri-ciri sebenar pantun Melayu yang baik serta bernilai tinggi gagal

terserlah.

Page 17: ASSIGNMENT : MEMBINA PANTUN

J 43701 EED3217 HASLIANA OSMAN

17

5.0 Rujukan

Zainal Abidin Bakar .1991. Pantun Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Harun Aminurrashid. 1990. Kajian Puisi Melayu. Singapura. Pustaka Melayu.