koleksi pantun dalam

Upload: mohd-yusof-ahmad

Post on 07-Jul-2015

472 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Koleksi Pantun Dalam MaksudMac 27, 2009

Burung jelatik sarang kedidi, Sarang tempua sarang berjuntai; Sungguhpun cantik sutera dipuji, Belacu juga tahan dipakai. Berbaju batik bujang kelana, Duduk bermadah di tilam pandak; Usah dipetik si bunga sena, Warnanya indah berbau tidak. Budak-budak mendayung perahu, Sambil berdayung sambil bermain; Macam mana bunga tak layu, Embun menitis di tempat lain. Cahaya redup menyegar padi Ayam berkokok mengirai tuah Jikalau hidup tidak berbudi Umpama pokok tidak berbuah. Seri Andalas ke kota Ambon, Hendak mencari asam paya; Kasih ibarat setitis embun, Ditiup angin berderai ia. Mengapa bising di tepi laut, Ombak menghempas berderai-derai; Kusangka tuan beras pulut, Bila ditanak nasi berderai. Nasi dingin bersayur mumbang, Sayur dimasak dalam belanga; Kami tak ingin melihat kumbang, Kalau kumbang merosak bunga. Di sana merak di sini merak, Merak mana hendak dikepung; Di sana hendak di sini pun hendak, Pusing belakang terajang punggung. Tuan ketam padi pulut, Saya ketam padi Jawi;

Tuan berkata sedap di mulut, Saya mendengar sakit hati. Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis, Mari dibawa angin utara; Berhadapan saja mulutnya manis, Paling belakang lain bicara. Berilah saya pisau raut, Hendak meraut bingkai tudung; Gila apakah ikan di laut, Mengidam umpan di kaki gunung. Buah cempedak buah nangka, Ditanam orang dalam di dalam kebun; Haram tidak disangka-sangka, Buah delima menjadi racun. Raja di gua jalan ke teluk, Cantik halus rupa mukanya; Ibarat buah busuk di pokok, Hilang manis pahit rasanya. Meninjau berpadi masak Batang kapas bertimpal jalan Hati risau dibawa gelak Bagai panas mengandung hujan Panjanglah rumput di permatang Disabit orang Inderagiri Disangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengah hari Pergi ke hutan memotong nibung Parangnya tumpul tidak diasah Petir berdentum kilat bersabung Hujan tak jadi bajuku basah Riuh rendah di tepi telok Lihat orang duduk bertenun Tengah malam ayam berkokok Serasa tuan datang membangun Terang bulan di Pulau Pinang Anak Belanda turun ke kapal

Tengah malam bangkit terkenang Air mata turun ke bantal.

Pantun 2 Kerat Jenaka Simpulan BahasaJanuari 8, 2009

Menjala senangin dapat di beting, si kepala angin cepat melenting. Menyuling air pada senja sepi, si juling air terbawa ke mimpi. Kepal pulut di dalam piring, gatal mulut kena tempeleng. Kuini berulat di dalam piring, berani lalat temberang lebih. Tabuh betingkah di malam gelita, Subuh gajah dapatkah pahala? Todak seluang betutu pari, si otak udang guru cabut lari. Sudah bertiti tiada bergalah, buah hati tiada yang salah. Di tepi kolam menjahit sepatu, si kaki ayam berkulit kematu. Berbunyi jelatik di rimba sana, pelangi tak cantik dek buta warna. Petola madu isi di kotak, gila-gila memandu mati katak. Semilir angin mersik berbisik, puteri lilin asyik bersolek. Pedada jati semalu kerakap, ada hati malu nak cakap. Menjerat seladang di tepi hutan, berat tulang tapi kuat makan.

Cerpelai singa harimau landak, si bangkai bernyawa pun tak hendak. Melata mempelas di depan kota, kerja culas makan gaji buta. MOHD KASIM MAHMUD PPJ Kota Tinggi.

Pantun PerantauOgos 11, 2008

Ribu-ribu jalan ke Kandis Landak membawa geliganya Bondaku tinggal jangan menangis Anakanda pergi membawa nasibnya Singkarak kotanya tinggi Asam pauh dari seberang Kekanda berangkat ditangisi Badan terbuang di rantau orang Selasih di tebing tinggi Kalau tinggi berdaun jangan Anakanda pergi bonda tangisi Alamat dagang mati beragan Pisang kelat digonggong helang Jatuh ke lubuk Inderagiri Kalau berdagang ke tempat orang Baik-baik membawa diri Baju baru dalam almari Baju dijahit tuakng pilihan Kalaulah pandai membawa diri Ke mana pergi pun orang kasihan Berbuah pokok setambun tulang Jangan dibuat ramuan santau Jikalau untung anakanda pulang Jikalau rugi hilang di rantau Kajang tuan kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Dagang tuan dagang bertempat Dagang hamba terbuang lalu

Bengis sungguh orang pangkalan Lalu-lalang perahu dihalang Menangis dagang sepanjang jalan Mengenang nasib di negeri orang Sayang Singkarak kotanya tinggi Asam pauh dari seberang Awan berarak hamba tangisi Dagang jauh di rantau orang Asam pauh dari seberang Tumbuhnya dekat tepi tebat Dagang jauh di rantau orang Sakit siapa akan mengubat? Dari ladang pergi ke gurun Buluh duri melingkar kota Hari petang hujan pun turun Dagang berurai air mata Lurus jalan ke Paya Kumboh Anak Padang mandi-manda Bagaimana hati tidak rusuh Terpaksa tinggalkan ayahanda bonda Cik Mahat menahan bubu Bubu dijemur di tengah halaman Tingallah ayah tinggallah ibu Anakanda merantau timba pengalaman Apa digulai orang di ladang Pucuk kacang sayur ketola Apakah untung anak dagang? Hari petang hatipun hiba Telur cicak dalam dulang Entah bertulang entahkan tidak Sudah sampai negeri orang Entah pulang entahkan tidak Duduk berjuntai di atas batu Sambil mengetuk si akar tuba Berdagang ke tempat yang belum tentu Macam menempah maut kan tiba

Pungut teritip di tiang batu Batu pecah dilanda karang Beginilah nasib dagang piatu Kain basah kering di pinggang Lebah terbakar terbang sekawan Hinggap di celah kayu berduri Alangkah cabar rupanya tuan Dagangan indah tidak terbeli Belayar dilaut menaiki kapal Kapal berlabuh di Teluk Sawar Bukannya banyak membawa modal Harapkan untung bila menawar Orang Padang mandi di gurun Mandi berlimau bunga lada Hari petang matahari pun turun Dagang berembai air mata Ambilkan saya sebilah pisau Buat meraut bingkai lelayang Hidup anakanda jauh merantau Wajah bonda selalu terbayang Bersiar-siar di tepi telaga Untuk berlibur hati yang lara Kepada bonda yang jauh di mata Hati anakanda rindu tak terkira Tudung saji hanyut terapung Disulam mari dengan benang Hajat hati nak pulang ke kampung Lautan lebar tidak terenang Anak enggang di kayu tinggi Patah ranting terbanglah ia Anak dagang tak lama di sini Sampai musim pulanglah ia Dari mana hendak ke mana Tinggi rumput dari padi Tahun mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi?

Pak Tani mengasah parang Parang disimpan di atas para Dagang seorang di negeri orang Tiada teman tiada saudara

Pantun AgamaMei 6, 2008

Sungguh indah pintu dipahat Burung puyuh di atas dahan Kalau hidup hendak selamat Taat selalu perintah Tuhan Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan rebahnya Dunia ini pinjam-pinjaman Ke akhirat juga akan sudahnya Redup bulan nampak nak hujan Pasang pelita sampai berjelaga Hidup mati di tangan Tuhan Tiada siapa dapat menduga Belatuk di atas dahan Terbang pergi ke lain pokok Hidup mati ditangan Tuhan Kepada Allah kita bermohon Daun tetap di atas dulang Anak udang mati dituba Dalam kitab ada terlarang Perbuatan haram jangan dicuba Terang bulan terang bercahaya Cahaya memancar ke Tanjung Jati Jikalau hendak hidup bahagia Beramal ibadat sebelum mati Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat jasad tidak sembahyang Kulit lembu celup samak Mari buat tapak kasut

Harta dunia janganlah tamak Kalau mati tidak diikut Banyaklah masa antara masa Tidak seelok masa bersuka Meninggalkan sembahyang jadi biasa Tidak takut api neraka? Dua tiga empat lima Enam tujuh lapan sembilan Kita hidup takkan lama Jangan lupa siapkan bekalan Kalau Tuan pergi ke Kedah Singgah semalam di Kuala Muda Sembahyang itu perintah Tuhan Jika ingkar masuk neraka Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat Pak Kulup anak juragan Mati diracun muntahkan darah Hidup di dunia banyak dugaan Kepada Allah kita berserah Letak bunga di atas dulang Sisipkan daun hiasan tepinya Banyak berdoa selepas sembahyang Mohon diampun dosa di dunia Encik Borhan seorang kerani Terkemut-kemut bila meniti Tinggalkan sembahyang terlalu berani Sepertii tubuhnya takkan mati Sayang-sayang buah kepayang Buah kepayang hendak dimakan Manusia hanya boleh merancang Kuasa Allah menentukan Masa berada di Pulau Jawa Rakan diajak pergi menjala

Maha Berkuasa jangan dilupa Kuasa Allah tidak terhingga Nyiur mudah luruh setandan Diambil sebiji lalu dibelah Sudah nasib permintaan badan Kita di bawah kehendak Allah Kemuning di dalam semak Jatuh melayang ke dalam paya Meski ilmu setinggi tegak Tidak sembahyang apa gunanya? Harimau belang turun sekawan Mati ditikam si janda balu Ilmu akhirat tuntutlah tuan Barulah sempurna segala fardu Kera di hutan terlompat-lompat Si pemburu memasang jerat Hina sungguh sifat mengumpat Dilaknat Allah dunia akhirat Anak ayam turun sepuluh Mati seekor tinggal sembilan Bangun pagi sembahyang subuh Minta doa kepada Tuhan Anak ayam turun sembilan Mati seekor tinggal lapan Duduk berdoa kepada Tuhan Minta Allah jalan ketetapan Anak ayam turun lapan Mati seekor tinggal tujuh Duduk berdoa kepada Tuhan Supaya terang jalan bersuluh Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Turut mengikut alim ulama Supaya betul jalan makrifat Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat

Kita hidup mesti beragama Supaya hidup tidaklah sesat Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tengah lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung Bulu merak cantik berkaca Gugur sehelai ke dalam baldi Jika tak banyak kitab dibaca Jangan mengaku khatib dan kadi Inderagiri pasirnya lumat Kepah bercampur dengan lokan Sedangkan nabi kasihkan umat Inikan pula seorang insan Sang puteri pergi berenang Sambil berenang berdondang sayang Jika hidup dikurnia senang Jangan lupa tikar sembahyang

Pantun PeribahasaFebruari 19, 2008

Pantun Peribahasa & Kias Ibarat Ombak badai menggulung-gulung Kelasi terdampar di tepi pantai Hajat di hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai Maksud: Bercita-cita besar, namun tak tercapai. Budak-budak bermain rakit Rakit buluh tolong buatkan Harap-harapkan guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Maksudnya: Bodoh mendengar cakap orang sehingga diri sendiri kerugian Burung jelatik burung jeladan Terbang mari ke hujung benua Sama cantik sama padan

Bagai pinang di belah dua Maksud: Pasangan pengantin yang nampak serasi dan sepadan Sayur kucai sayur tumis Gatal sungguh getah jelatang Dua-dua sama manis Bagaikan bulan dipagar bintang Maksud: Seorang lelaki kacak yang dikelilingi gadis-gadis cantik belaka Buah langsat kuning mencelah Keduduk tidak berbunga lagi Sudah dapat gading bertuah Tanduk tidak berguna lagi Maksud: Sudah dapat teman baru, teman lama dilupakan/ditinggalkan Ayam disabung jantan dipaut Jika ditambat kalah laganya Asam di darat ikan di laut Dalam belanga bertemu jua Maksud: Ke mana pergi jika sudah jodoh bertemu juga Sungguh dalam di tengah lautan Tempat bertapa sang buaya Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada gunanya Maksud: Lebih baik menyedari kesilapan awal-awal supaya boleh dibetulkan Dara sunti berhias di cermin Sedang melentik si bulu mata Dua mempelai di atas pelamin Seperti cincin dengan permata Maksud: Sepasang suami isteri yang sama sepadan Hang Nadim Hang Setia Dua-dua pahlawan Melayu Tidak kusangka begitu dia Ada udang di sebalik batu Maksud: Berpura-pura baik tetapi sebenarnya menyimpan niat tertentu

Kalau ada duit sekupang Boleh beli cuka mentahun Habis padi burung terbang Ulat tidak kenangkan daun Maksud: Lupa diri Tinggi sungguh Gunung Daik Mercunya nampak terang berkilau Kalau asal benih yang baik Jatuh ke laut menjadi pulau Maksud: Orang yang baik sentiasa diterima walau di mana berada Hujan panas turun berderai Guruh menyambar pohon jati Kasih sayang tak boleh bercerai Bagaikan rambut bersimpul mati Maksud: Perasaan cinta dan kasih sayang yang sangat erat Burung puyuh burung taktibau Terbang tinggi si burung bayan Di dalam kilat ada kilau Rupanya awan mengandung hujan Maksud: Orang yang berpura-pura baik tetapi sebenarnya ada niat tidak baik Berburu ke padang datar Dapat rusa berbelang kaki Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi Maksud: Sia-sia melakukan sesuatu kerja jika tak cukup kepakaran dan kemahiran Ayam hutan terbang ke hutan Turun ke tanah mencari makan Kerana digila burung di hutan Denak di rumah mati tak makan Maksud: Sanggup tinggalkan seseorang yang dekat kerana dapat orang baru Orang gagah pergi berperang Terlalu berani lagi perkasa Gajah mati meninggalkan tulang Manusia mati meninggalkan jasa

Maksud: Hidup biar berjasa supaya mati dikenang orang Ku sangka nanas atas permatang Rupanya durian tajam berduri Ku sangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengahari Maksud: Kebahagiaan yang hanya sementara/ ujian yang datang tanpa diduga Kalau mandi pergi ke tebat Tunggu malam bulan mengambang Kalau berjanji tak pernah tepat Macam biawak lidah bercabang Maksud: Orang yang suka berdalih-dalih dan mencipta pelbagai alasan Dara bersimpu dihujung bendul Sambil leka bersembang-sembang Cakap tidak pernah betul Macam lidah tidak bertulang Maksud: Orang yang kuat menipu dan tak boleh dipercayai Berbunga lebat pohon rambutan Hinggap tempua berjuntai kaki Bila dapat memandang bulan Jangan lupa rumput di bumi Maksud: Jangan lupa diri dan asal-usul setelah menempa kejayaan Anak buaya makan di pantai Surut pasang makan ke tengah Dari hidup bercerminkan bangkai Baiklah mati bergalang tanah Maksud: Baik mati dari hidup dibawah pemimpin yang zalim Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri Maksud: Cuba lihat kekurangan diri kita sendiri Satu dua tiga empat Lima enam tujuh setengah

Sepandai-pandai tupai melompat Sekali sekala jatuh ke tanah Maksud: Betapa pintar dan liciknya orang yang berbuat salah, suatu hari akan tertangkap juga akhirnya. Satu tangan jarinya lima Dua tangan jarinya sepuluh Saya tanam pokok delima Mengapa peria pula yang tumbuh? Maksud: Berbuat baik pada orang tetapi dibalas dengan kejahatan Gesek biola tiup serunai Sayu dara berhati walang Putih mata si burung punai Kayu ara ditunggu helang Maksud: Gadis pingitan yang dikawal rapi oleh ayahnya Tumbuk padi jadikan emping Buat juadah teman sebaya Pipit hendak bertenggek ke ranting Sudikah enggang bertenggek sama? Maksud: Ingin melamar seseorang yang berbeza darjat dan tarafnya Pendekar handal di tengah gelanggang Pendekar bergelar Raja Saksama Bagaikan pipit dengan enggang Manakan boleh terbang bersama? Maksud: Orang yang tak sama taraf dan darjat tak boleh berbaik dan berkawan rapat Pergi ke rumah Cik Mariam Ramai orang tengah berjaga Carik-carik si bulu ayam Lama-lama bercantum juga Maksud: Adik beradik yang bergaduh, lambat-laun berbaik semula Anyam sarung ketupat pulut Ketupat hendak direbus juga Tidak sudahnya seluang melaut Akhirnya kembali ke pantai juga

Maksud: Orang yang merantau jauh sampai masa pulang ke tempat asalnya Bukan saya condong ke dulang Saya tak mahu condong ke desa Biar saya berputih tulang Saya tak mahu berputih mata Maksud: Sanggup berjuang mati-matian kerana tak sanggup kecewa Lemaknya nasi bergulai udang Lemak berbau santan kelapa Rela kumati berputih tulang Tidak kumahu berputih mata Maksud: Sanggup berjuang habis-habisan kerana tak sanggup kecewa Cabang apakah tidak bergetah Kiranya embun turun pagi Tanah tak lekuk kayu tak patah Ular dipalu mestilah mati Maksud: Buat sesuatu kerja biarlah cermat supaya siap sempurna Petani pergi ke bendang Tangkap keli masuk ke bakul Sungguh berat mata memandang Berat lagi bahu memikul Maksud: Orang yang menanggung masalah lebih menderita daripada orang yang melihat penderitaannya Bunga Melur kembang sekaki Mari dibungkus dengan kertas Di dalam telur lagi dinanti Inikan pula sudah menetas Maksud: Sudah terlalu lama menunggu dan bersedia sehingga masanya Bunga telepuk kembang separak Kembang bersusun setiap batang Awan bertepuk mega bersorak Bulan terbit dipagari bintang Maksud: Lelaki tampan yang dikelilingi wanita-wanita cantik

Medang sila buahnya cantik Jatuh menimpa ke pasu bunga Dengan sebab nila setitik Habis rosak susu sebelanga Maksud: Satu kesalahan telah menyebabkan semua orang terkena tempiasnya Hulubalang pergi berperang Gempita bunyi gendang dipalu Jangan suka serkap jarang Nanti sendiri yang terima malu Maksud: Main teka-teka atau tuduh-menuduh Tarik dayung berderap-derap Hendak melawan sampan kotak Dia ibarat si bunga dedap Sungguh pun merah berbau tidak Maksud: Gadis cantik tetapi tidak mempunyai nilai kesopanan Lalu di depan bongkok menunduk Tanda hormat tidaklah takbur Ibarat telur di hujung tanduk Jika tergolek pecahlah bersembur Maksud: Berada dalam keadaan yang sangat bahaya Nyiur gading puncak mahligai Sayang ketupat berisi inti Hancur daging tulang berkecai Belum dapat belum berhenti Maksud: Sanggup berjuang habis-habisan sehingga akhir hayatnya Tampi melukut di hujung tambak Orang kota memasang rantai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai Maksud: Jika takut cabaran, jangan pura-pura berani Limau purut lebat ke pangkal Daun selasih di dalam raga Kalau kail panjang sejengkal Lautan dalam jangan diduga

Maksud: Jika tak cukup persediaan, jangan berhajat atau berlagak besar Angin turun bersama ribut Melanda segala apa jua Kasih ibarat embun di rumput Datang panas keringlah ia Maksud: Kasih yang kemungkinan besar akan berubah hati Kayu keras si kayu kempas Alas tempat orang berjudi Ada beras kerja pun deras Ada padi kerja pun menjadi Maksud: Jika ada kemahiran dan keupayaan, segala kerja mudah dilakukan Pohon rendah akar sebatang Hinggap nuri duduk sekawan Bulan indah dipagar bintang Tinggal mentari di balik awan Kayu perahu sampai seberang Singgah bermalam di kampung hulu Bukan tak tahu dunia sekarang Gaharu dibakar kemenyan berbau Tebang gelam tebang kenanga Batang tumbang menimpa gadung Kumbang mengidam nak seri bunga Bunga kembang di puncak gunung Dang Nila memangku puan Berembang buah pedada Adakah gila bagimu tuan Burung terbang dipipiskan lada? Encik Embong anak Melaka Tanam peria di tepilah pantai Usah sombong tuan berkata Mana buaya menolak bangkai? Punggur rebah puyuh mendengut, Dengut melata di tengah padang; Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang

Burung Merak terbang ke laut Sampai ke laut mengangkut sarang Sedangkan bah kapal tak hanyut Inikan pula kemarau panjang Dalam perlak ada kebun Dalam kebun ada tanaman Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada mainan

Pantun AdatNovember 29, 2007

Lebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempaka Adat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pesaka Gadis Acheh berhati gundah Menanti teruna menghulur tepak Gula manis sirih menyembah Adat dijunjung dipinggir tidak Manis sungguh gula Melaka Jangan dibancuh dibuat serbat Sungguh teguh adat pusaka Biar mati anak jangan mati adat Anak teruna tiba di darat Dari Makasar langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak dijual beli Menanam kelapa di Pulau Bukum Tinggi sedepa sudah berbuah Adat bermula dengan hukum Hukum bersandar di Kitab Allah Buah berangan di rumpun pinang Limau kasturi berdaun muda Kalau berkenan masuklah meminang Tanda diri beradat budaya Laksamana berbaju besi Masuk ke hutan melanda-landa

Hidup berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda Berbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedap Bersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab Ikan berenang di dalam lubuk Ikan belida dadanya panjang Adat pinang pulang ke tampuk Adat sirih pulang ke gagang Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati Bukan kacang sebarang kacang Kacang melilit si kayu jati Bukan datang sebarang datang Datang membawa hajat di hati Budak-budak berlari ke padang Luka kaki terpijak duri Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan kami Helang berbega Si Rajawali Turun menyambar anak merbah Dari jauh menjunjung duli Sudah dekat lalu menyembah Angin kencang turunlah badai Seumur hidup cuma sekali Tunduk kepala jatuh ke lantai Jari sepuluh menjunjung duli Gobek cantik gobek cik puan Sirih dikunyah menjadi sepah Tabik encik tabiklah tuan Kami datang membawa sembah Doa mustajab selalu terkabul Kepada Allah kita panjatkan

Sebelum berlangsung ijab dan kabul Majlis berinai kita dulukan 27 Komen | Koleksi Pantun Melayu | Tagged: Pantun Adat | Dikirim oleh Haniey Pautan Kekal

Pantun Hari RayaNovember 20, 2007

Buah pauh di tengah bendang Jadi dagangan di tengah kota Saudara jauh datang bertandang Bermaaf-maafan sesama kita Masak udang dan gulai ketam Pembasuh mulut kuih keria Berbunyi mercun berdentum-dentam Riang gembira di Hari Raya Sungai disusur sehari-hari Dalam gelap menangkap ikan Kami meyusun sepuluh jari Salah dan silap harap maafkan Aidilfitri hari kemaafan Menghapus kesalahan sesama insan Memupuk perpaduan sesama ehsan Mengikat tali keakraban Disisir diandam dengan cekap Potong rambut pelbagai gaya Puasa sebulan sudahlah lengkap Kita menyambut Hari Raya Adik tersayang segak bergaya Mengait kuih di atas para Suasana riang di Hari Raya Bermaaf-maafan riang gembira

Pantun PerpisahanMac 16, 2007

Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi Hari ini menanam jagung Hari esok menanam serai Hari ini kita berkampung Hari esok kita bersurai Malam ini menanam jagung Malam esok menanam serai Malam ini kita berkampung Malam esok kita bercerai Hari ini menugal jagung Hari esok menugal jelai Hari ini kita berkampung Hari esok kita bercerai Batang selasih permainan budak Berdaun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun kembali juga Orang Aceh sedang sembahyang Hari Jumaat tengah hari Pergilah kasih pergilah sayang Pandai-pandailah menjaga diri Mana Manggung, mana Periaman Mana batu kiliran taji Tinggal kampung tinggal halaman Tinggal tepian tempat mandi Bintang Barat terbit petang Bintang Timur terbit pagi Jika tidak melarat panjang Ada umur ketemu lagi

Dari mana hendak ke mana Tinggi ruput dari padi Tahun mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi? Dian tiga lilin pun tiga Tanglung tergantung rumah laksamana Diam juga sabar pun juga Ada umur tidak ke mana Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi Rujukan: Persuratan Melayu 2 Pantun Melayu Sastera Rakyat Pantun Serbaneka Pantun Adat dan Resam Manusia Kumpulan Pantun Melayu, DBP 1983

Pantun Azah AzizFebruari 28, 2007

Kalau tuan pergi ke bendang, Jangan petik buah rembia, Tuan umpama bulan mengambang, Cahaya meliput serata dunia. Burung merpati kepak bersilang, Turun ke bendang makan pagi,

Simpan di peti takutkan hilang, Baik disimpan di dalam hati. Kalau ya selasih dandi, Cendawan tumbuh di atas pintu, Kalau ya kasihkan kami, Guntingkan kami sehelai baju. Melepuh kakiku terkena tunggul, Tunggul besar di tengah padang, Gelusuh hatiku melihat sanggul, Sanggul besar berbunga goyang. ~ Azah Aziz Buku karya Azah Aziz, Rupa dan Gaya Busana Melayu kini sudah pun terdapat di pasaran dengan harga RM180, berkulit tebal rona merah dan bersepuh keemasan di bahagian tepi setiap helai buku.