assignment lengkap baru model inkuiri dan penemuan

9
MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN Model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajar menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat model ini adalah untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. dalam model inkuiri, terdapat lima fasa seperti rajah berikut : Fasa Satu : Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan . . Fasa Dua : Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data . Pegumpulan data dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang didapati. Fasa Tiga : Dalam Fasa Tiga , pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu untuk membentuk hipotesis

Upload: aziz-ismail

Post on 17-Feb-2015

39 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Lengkap Baru Model Inkuiri Dan Penemuan

MODEL INKUIRI DAN PENEMUAN

Model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajar menggunakan

keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat

model ini adalah untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan

intelek bagi mencari jawapan akibat daripada rasa ingin tahu. dalam model

inkuiri, terdapat lima fasa seperti rajah berikut :

Fasa Satu :

Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu

diselesaikan oleh pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur

bagaimana untuk menjalankan inkuiri yang digunakan . .

Fasa Dua :

Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data .

Pegumpulan data dibuat melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi

sebenar. Guru-guru hendaklah cuba membantu murid dengan mengembangkan

jenis maklumat yang didapati.

Fasa Tiga :

Dalam Fasa Tiga , pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah

yang releven iaitu untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang

sebab dan akibat masalah berlaku.

Fasa Empat :

Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua

data-data yang telah mereka perolehi bagi membentuk satu keterangan

mengenai kajian mereka.

-8-

Page 2: Assignment Lengkap Baru Model Inkuiri Dan Penemuan

Fasa Lima :

Dalam fasa yang terakhir ini , pelajar diminta untuk menganalisis corak

inkuiri yang telah mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan

pelaporan mengenai kajian yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan,

gambarajah atau sebagainya.

Walaupun model inkuiri banyak digunakan dengan meluas dalam bidang

sains tetapi kini ianya juga digunakan secara meluas dalam semua mata

pelajaran.

Model ini terhasil daripada gabungan kaedah inkuiri dan penemuan ,

ianya kelihatan hampir sama dengan kaedah Eksperimen. Konsep Model Inkuiri

dan Kaedah Penemuan adalah berlainan , tetapi pendekatan , strategi, tujuan ,

prinsip dan langkah- langkah menjalankan aktivitinya adalah sama.

Model ini adalah merupakan satu pengajaran yang menarik serta

merangsangkan pelajar-pelajar kerana mereka memerlukan kreativiti, pemikiran,

penaakulan serta penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya

membuat sesuatu keputusan.

PRINSIP-PRINSIP MODEL INKUIRI

Terdapat beberapa prinsip yang perlu diketahui oleh guru sebelum

melaksanakan model inkuiri di dalam pengajaran . Ini sangat penting untuk

memastikan kaedah yang digunakan . Ini benar-benar mampu menghasilkan

satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Prinsip pertama yang perlu diberi tumpuan oleh guru ialah mereka perlu

memilih topik kajian yang terdapat dalam sukatan dan mengikut objektif

pelajaran . Ini penting agar proses pengajaran itu nanti sesuai dengan tahap

kemampuan mereka . Objektif pengajaran guru akan mempunyai matlamat yang

perlu dicapai oleh pelajar.

-9-

Page 3: Assignment Lengkap Baru Model Inkuiri Dan Penemuan

Prinsip kedua ialah penyediaan alatan . Guru perlu menyediakan alatan

yang sesuai dan mencukupi sebelum memulakan sesuatu kajian. Alatan yang

tidak sesuai serta tidak berfungsi akan menggangu kelancaran proses

pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian para guru perlu memastikan alatan

sentiasa dalam keadaan baik, berfungsi, sesuai dan mencukupi.

Prinsip ketiga ialah peranan yang dimainkan oleh guru. Guru perlu

berbincang dengan pelajar mengenai tujuan kajian dibuat. ini akan dapat

memberikan pengetahuan awal kapada pelajar apa yang perlu mereka lakukan.

Guru perlu juga memastikan murid- murid memahami langkah-langkah untuk

menjalankan kajian.

Prinsip yang keempat ialah guru perlu mengelak daripada memberi

jawapan atau memberitahu murid jawapan dan kesimpulan yang diharapkan.

Dalam peringkat ini , guru perlu memberi kebebasan kepada murid dalam setiap

jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan.

Guru juga perlu memastikan agar aktiviti dibuat oleh pelajar sendiri.

Kegagalan guru memastikan kajian dibuat oleh pelajar akan memberikan impak

yang besar kepada proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru juga perlu mengawal pelajar agar mereka tidak menyeleweng dari

kaedah kajian. Guru harus sentiasa peka dan mudah mengesan kesilapan yang

dilakukan oleh pelajar serta membuat peneguran kepada pelajar. Ini penting

supaya pelajar tidak terpesong daripada matlamat dan objektif kajian.

Sebaik sahaja kajian selesai dijalankan , guru perlu mengadakan

perbincangan dengan pelajar. Dalam perbincangan ini , guru boleh mendengar

keputusan dan kajian pelajar di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan

dan pengalaman. Setiap pandangan daripada murid hendaklah diterima dan

diberi perhatian . Guru boleh membuat kesimpulan atau keputusan di akhir

perbincangan tersebut. -10-

Page 4: Assignment Lengkap Baru Model Inkuiri Dan Penemuan

KEBAIKAN MODEL INKUIRI

Terdapat beberapa kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh

pelajar-pelajar. Di antaranya ialah :-

1. Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diri

dalam aktiviti pembelajaran sepenuhnya.

2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau

generalisasi yang dibuat.

3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti

pembelajaran yang dilakukan.

4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti

pembelajaran secara bebas .

5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh murid-murid akan kekal

lama.

6. Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.

KELEMAHAN MODEL INKUIRI

1. Model ini hanya sesuai kepada pelajar tahap dua di sekolah rendah.

2. Model ini memerlukan penggunaan masa yang panjang.

3. Pelajar yang kurang pengalaman akan menghadapi kesulitan untuk

mendapatkan hasil kajian yang tepat.

4. Model ini hanya sesuai kepada pelajar yang cerdas dan kurang sesuai kepada

pelajar yang lemah.

5. Model ini memerlukan kecekapan guru untuk mengurus dan

mengendalikan aktiviti kajian .

6. Hasil dapatan yang kurang tepat mampu melemahkan pelajar.

-11-

Page 5: Assignment Lengkap Baru Model Inkuiri Dan Penemuan

MODEL INKUIRI - SATU PENILAIAN DAN REFLEKSI

Model inkuiri merupakan satu model pengajaran yang sangat menarik

minat pelajar apabila ianya dilaksanakan. Saya adalah seorang guru sains, bagi

saya model ini merupakan pilihan saya ,setiap kali proses pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan dalam makmal sains , model ini menjadi pilihan

saya.

Bagi memenuhi tugasan ini, saya telah memilih satu tajuk dari mata

pelajaran sains Tahun 5. Tajuk pilihan saya ialah “ Bahan Konduktor dan Bahan

Penebat “.Di bawah ini saya sediakan satu rancangan pelajaran harian yang

digunakan bagi tujuan kajian ini.

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : Sains

Kelas : 5 Al-Amin

Tarikh : 6 Julai 1999

Bil.Murid : 35 orang

Masa :8.45-9.45pagi(1Jam)

Bidang Kajian : Menyiasat Alam Fizikal

Objektif Khusus : 3.2- Bahan Konduktor dan Bahan Penebat

Kemahiran Proses : 1. Menyatakan 2 maklumat

2. Membuat hipotesis

3. Menanalisis data

Alatan Bantu Mengajar : Litar elektrik, getah, kertas, cuka, paku, kain, kuprum,

plastik, lidi, batang ais krim , carta , daun, duit syiling. kaca.

( perancangan)

Page 6: Assignment Lengkap Baru Model Inkuiri Dan Penemuan

Di antara objektif kajian ialah untuk memberikan pengetahuan dan

pembelajaran kepada murid mengenai jenis bahan yang boleh mengalirkan arus

elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

Pada awal penerangan mengenai tajuk, ada pelajar yang tidak dapat

memahami apakah yang dimaksudkan bahan konduktor dan bahan penebat.

Melalui aktiviti kumpulan, setiap ahli akan menyiasat dan mencari maklumat

serta mengumpulkan bahan-bahan yang diuji mengikut dua kumpulan iaitu yang

boleh mengalirkan arus elektrik dan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

Setiap kumpulan akan memberikan persembahan mengikut cara masing-masing.

Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki

kemahiran komunikasi mereka.

Apa yang dapat saya perhatikan sewaktu sesi pemantauan saya dengan

setiap kumpulan , semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Mereka telah

membahagikan tugas secara adil , sentiasa memberikan bantuan apabila

diperlukan rakan. Kebanyakkan kumpulan yang ditemui melahirkan rasa seronok

kerana dapat menjalankan aktiviti ini. Keadaan ini secara tidak langsung

memberikan peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran

secara bersungguh-sungguh.

Model ini telah memberikan satu pengalaman dan pemahaman kepada

semua pelajar. Pengalaman dan pemahaman ini akan kekal lama dalam ingatan

pelajar. Model ini juga berjaya menimbulkan rasa ingin tahu pelajar serta

berupaya membentuk minat pelajar terhadap pelajaran sains.

Kejayaan dalam melaksanakan model ini banyak bergantung kepada

disiplin diri pada setiap pelajar. Faktor ketepatan masa dan juga keinginan untuk

mengatasi kumpulan lain perlu dipupuk dalam diri.

Page 7: Assignment Lengkap Baru Model Inkuiri Dan Penemuan

KESIMPULAN

Model pengajaran Inkuiri ini merupakan suatu proses pengajaran dan

pembelajaran yang cukup menarik minat pelajar. Pelajar di sekolah rendah

khususnya memerlukan satu kaedah dan cara yang paling berkesan bagi

menarik minat mereka untuk terus belajar. Banyak faedah dan kebaikan yang

dapat diperolehi oleh pelajar sewaktu menjalankan aktiviti.

Kesesuaian tajuk dengan aktiviti yang dijalankan adalah penting bagi

memastikan objektif dan matlamat yang ditetapkan akan tercapai. Kesungguhan

dan kecekapan guru dalam melaksanakan proses pengajaran amat perlu agar

pelaksanaannya dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.

Justeru itu, proses pengajaran menggunakan model inkuiri merupakan

suatu bentuk pengajaran yang boleh dijayakan oleh setiap guru dalam

menyampaikan pengajaran mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.