assignment hubungan etnik

11

Click here to load reader

Upload: kevin-vin

Post on 20-Jun-2015

5.903 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment hubungan etnik

1.0 Pengenalan

Setiap lima tahun, pasti akan ada dasar baru yang akan diperkenalkan oleh perdana

menteri yang telah dipilih oleh rakyat berdasarkan sistem pilihan raya. Dalam buku yang ditulis

oleh Aizat Khairi, 2011, membincangkan konsep 1Malaysia dan cabaran pelaksanaannya ke

arah pemangangan perpaduan sesebuah Negara-bangsa. Beliau merupakan Calon Sarjana

Sains Politik USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau Pinang, Malaysia. Secara ringkasnya,

artikel yang ditulis oleh beliau mengenai konsep 1malaysia dan cabaran yang dihadapi dalam

merealisasikan hasrat Negara Malaysia menjadi sebuah Negara maju menjelang tahun 2020.

Sebaik sahaja Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, beliau

mengetengahkan idea Satu Malaysia, Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan. Slogan ini

mampu menyaingi ‘cemerlang, gemilang, terbilang’ yang menjadi ikon kepimpinan Tun Abdullah

Ahmad Badawi semasa era kepimpinannya. Namun, Satu Malaysia lebih cepat diperdebatkan

kerana masa pengenalannya adalah tepat dan bersesuaian dengan asakan Pakatan Rakyat

yang membawa konsep baru dalam suasana politik semasa negara. Potensi konsep Satu

Malaysia juga amat cerah andainya idea ini dilihat dalam perspektif serantau dan persaingan

antarabangsa kerana isu hubungan etnik semakin menjadi masalah banyak negara khususnya

di Eropah apabila proses migrasi berlaku secara besar-besaran dan ditambah pula dengan

persepsi negatif masyarakat bukan Islam ke atas agama Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

1

Page 2: Assignment hubungan etnik

2.0 Ringkasan artikel

Secara umumnya, artikel ini membincangkan tentang konsep 1Malaysia dan bagaimana

pelaksanaannya dijalankan agar semua rakyat faham akan tujuan konsep ini diperkenalkan.

Konsep 1Malaysia ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Dato’

Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak pada tahun 2009 yang lalu. Ia merupakan lanjutan

daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar

Pembangunan Nasional, Dasar Sosial Negara, dan seumpamanya agar sebarang konflik

perkauman dapat dielakkan serta pencapaian dapat dipertingkatkan. Dasar-dasar seperti ini

telah diperkenalkan bagi menghargai dan menghormati identiti setiap etnik dan mengukuhkan

lagi perpaduan antara kaum di Malaysia.

Terdapat dua aspek utama dalam konsep 1Malaysia yang perlu dilaksanakan agar

konsep ini mencapai matlamatnya dengan baik. Pertama, penerapan teras-teras perpaduan

dan penerapan nilai-nilai aspirasi. Elemen-elemen yang terdapat dalam teras perpaduan adalah

sikap toleransi dan penerimaan keunikan setiap kaum yang ada, serta memahami dan juga

menghormati antara satu sama lain. Seterusnya elemen memahami prinsip kenegaraan yang

berasaskan perlembagaan persekutuan, dan Rukun Negara juga penting dalam menerapkan

perpaduan di kalangan kaum. Elemen keadilan sosial yang mana mementingkan perasaan

kekitaan agar semua kaum terbela dan mereka tidak berasa dipinggirkan. Teras perpaduan

haruslah dilandaskan oleh nilai-nilai murni, ia merangkumi empat aspek iaitu hormat-

menghormati antara setiap kaum agar dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham.

Kedua, rendah hati. Mengajar kita erti keinsafan dan kesedaran dalam diri. Di samping

kesedaran setiap kaum mempunyai kelemahan dan kelebihan. Ketiga, kesederhanaan.

Merupakan gaya hidup yang tidak terlalu ekstrem yang mana apabila menghadapi situasi yang

negatif, tidak mudah terpengaruh dan mencuba untuk mencari jalan penyelesaian. Keempat,

berbudi bahasa. Merupakan tingkah- laku yang bersopan-santun.

Konsep 1 Malaysia merupakan model untuk memperkasa perpaduan dan

kesinambungan kepada pendekatan-pendekatan sebelum ini yang pernah dilaksanakan oleh

pihak kerajaan. Konsep ini bertujuan agar sebarang konflik perkauman dapat dielakkan serta

pencapaian dapat dipertingkatkan, serta menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan

persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinaan sebuah Negara-bangsa yang Berjaya.

Konsep ini turut menekankan sikap penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua pihak

saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam aspek budaya, bahasa, dan agama.

2

Page 3: Assignment hubungan etnik

Dalam usaha kerajaan untuk menjayakan konsep 1 malaysia ini, terdapat segelintir

golongan masyarakat yang mempunyai persepsi negatif terhadap konsep 1 malaysia. Dalam

pada itu, sebahagian masyarakat Malaysia juga dilihat kurang begitu mengendah dan memberi

perhatian kepada pelancaran dan pelaksanaan konsep 1 Malaysia ini. Memandangkan Negara

Malaysia ini terbentuk hasil daripada perpaduan pelbagai etnik dan kaum, memang banyak

masalah yang akan timbul sekiranya tidak ditangani secara bijak oleh para pemimpin tertinggi

Malaysia. Hal ini demikian kerana, untuk mencapai perpaduan yang utuh bukanlah satu perkara

yang mudah malah ia mengambil masa yang lama untuk diperolehi. Oleh itu, sebagai rakyat

yang cintakan Negara Malaysia, kita haruslah mengamalkan sikap saling toleransi antara satu

sama lain. Selain itu, setiap rakyat hendaklah menekankan sikap penerimaan antara kaum

dalam semua aspek seperti budaya, bangsa dan agama. Hal ini sangat penting bagi

mengukuhkan lagi perpaduan yang terjalin sejak dahulu kala.

Konsep Negara bangsa, ianya lahir daripada gabungan kedua-dua konsep Negara dan

bangsa, iaitu pembentukan yang berasaskan kepada proses penyatuan bangsa dan

diperkukuhkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai sebuah identiti. Konsep

Negara-bangsa harus mempunyai gabungan daripada tiga komponen utama, iaitu individu,

bangsa, dan Negara. individu adalah asas kepada pembentukan bangsa dan Negara. Bangsa,

adalah sebuah kesatuan manusia yang tinggal dalam sesebuah Negara. Negara, ialah suatu

unit politik yang mempunyai kuasa, kedaulatan, tanggungjawab, dan tidak terikat kepada mana-

mana pihak dalam menjalankan agenda pemerintahan.

3

Page 4: Assignment hubungan etnik

3.0 Ulasan kritis

Seperti kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia Kelima Dato Seri Najib Tun

Razak telah mengisytiharkan konsep 1Malaysia iaitu mengambil kira kepentingan dan aspirasi

semua lapisan masyarakat dalam menggerakkan negara ke depan. Terdapat beberapa nilai-

nilai utama daripada konsep 1Malaysia -- budaya kecemerlangan, meritokrasi, integriti dan

kesetiaan dan ia adalah selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Sebagai rakyat Malaysia banyak halangan yang dihadapi sebelum kita dapat menjayakan

konsep tersebut buat masa sekarang.

Untuk mencapai status Negara maju, setiap rakyat harus menanamkan sikap patriotik

iaitu cintakan tanah air dan sanggup berkorban kepada Negara dalam apa jua perkara. Namun,

sejak akhir-akhir ini, tahap kesedaran atau semangat patriotik masyarakat kita masih ditahap

rendah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan kerajaan. Selain itu masalah yang

dihadapi sesetengah rakyat Malaysia yang masih di diskriminasi oleh sesetengah pihak

merupakan halangan untuk konsep tersebut berjaya. Sebagai contoh kita dapat lihat melalui

aspek Agama di Semenanjung amnya dimana ianya di dominasi oleh Agama Islam, Kristian,

hindu, dan Buddha banyak memberi impak atau cabaran dilalui tidak mudah kerana

kepelbagaian merumitkan usaha ke arah perpaduan dan kesatuan masyarakat sampai ada

sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dengan membakar bibble dan mencemarkan tempat

ibadah. Tetapi, menjadi persoalan apabila rakyat di Sabah dan Sarawak tidak pula menghadapi

masalah sedemikian.

Medan pendidikan merupakan antara tempat untuk menyemerakkan lagi perpaduan di

Malaysia. Namun langkah kerajaan mewujudkan sistem pendidikan yang berasingan adalah

satu langkah yang kurang bijak. Sistem pendidikan sebelum Laporan Razak 1956

memperlihatkan bahawa wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India

dan Inggeris. Dan Kurikulum yang berlainan iaitu sekolah Melayu dengan kurikulumnya yang

tersendiri, sekolah Cina dan India mengunakan kurikulum sepertimana di negara China dan

India. Malahan buku teks dan guru juga dibawa masuk dari luar. Hal ini secara tidak langsung

menyebabkan wujudnya jurang perpaduan antara kaum dimana mereka tiada peluang untuk

bergaul sesama sendiri. Dari segi politik pula, kewujudan pelbagai persatuan politik yang

berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka.

Contohnya UMNO yang diwakili oleh orang melayu, MIC daripada orang india dan MCA diwakili

oleh orang cina. Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik

yang diwakilinya walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang

sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman. Demi kepentingan

4

Page 5: Assignment hubungan etnik

kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,

agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata masing-masing.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula

bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras

dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam

Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa

kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk

sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di

Malaysia. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme

atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam

bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme

sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara.

Masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’.

Maksudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak

mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui

program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan

kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar

Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan

bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh

Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi). Dalam Artikel 152 telah

menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang

memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-

masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih

mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan

kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik,

dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik

kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralism

Furnival. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat

bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang

lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih

agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus

5

Page 6: Assignment hubungan etnik

tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat

ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada

tamadun Melayu. Dengan perkiraan sebegini kadangkala kerajaan juga menjadi serba salah

dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan

Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa

etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-

mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula

sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk

menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran. Dengan ekstrim pendekatan

pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam

situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan

bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa

Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan

ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu

sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina. Dalam martabat bahasa Melayu

sebagai rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan

sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat

sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-

hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri

Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik

Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad

Said, sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses

perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan

pendekatan ‘mangkuk sayur-mayur’ Malaysia?

6

Page 7: Assignment hubungan etnik

4.0 Kesimpulan

Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi

memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang

digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat

perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum.

Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan

kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa

Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di

mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati

pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu

padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat

iaitu untuk negara.

7

Page 8: Assignment hubungan etnik

5.0 Rujukan

Awang Sariyan (2008), Trend penulisan kritis semasa: Analisis isu-isu utama bangsa dan

negara. Kesturi 15 (1&2): 19-35.

Hasnah Hussin . (2007) . Pembangunan etnik di Malaysia. Pemikir. April-Jun Bil. 43.

Mansor Mohd Nor, Abdul Rahman Aziz & Mohammad Ainuddin Iskandar Lee. ( 2006 ).

Hubungan etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman. (2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa: Siri Khas

Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit UM [Universiti Malaya].

Shamsul Amri Baharuddin. (Ketua Editor). 2007. Modul hubungan etnik. Shah Alam:

Penerbit UITM.

Shamsul Amri Baharuddin. Et. Al. ( 2003 ) . Membina Bangsa Malaysia. Jil. 1, 2 & 3. Kuala

Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara.

8