assignment hubungan etnik

55
WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK HAK CIPTA TERPELIHARA © 1

Upload: shah-ran-ray

Post on 29-Jun-2015

2.536 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

HAK CIPTA TERPELIHARA©

1

Page 2: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

2

Page 3: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

SOALAN TUGASAN

3

Page 4: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

4

Page 5: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Allah dengan limpah kurnia-Nya.

Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Nabi pembawa rahmat ke

seluruh alam.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah kami, En. Zulkifli bin Senin yang banyak memberikan bimbingan dan

dorongan untuk terus maju dalam pelajaran.

Tidak ketinggalan juga buat sahabat sekalian yang menjadi pembantu ketika

senang dan susah. Buat bonda dan ayahanda, terima kasih kerana banyak memberi

sokongan dan bantuan dari segi kewangan dan emosi.

Akhir kalam, kami dahulukan dengan ucapan Jazakumullahu khairan kathira.

Mohd Azrai Haron

Mohd Fadhli Othman

Muhammad Hanis Abdul Mutalib

5

Page 6: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

ISI KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN 3

PENGHARGAAN 5

ISI KANDUNGAN 6

PENGENALAN 7

a) PETA MINDA 8

KONSEP PERLEMBAGAAN 9

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN 11

b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

SEHINGGA TAHUN 1963 DI MALAYSIA. 13

c) LAPORAN 17

1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA 17

2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 19

3.0 KONTRAK SOSIAL 20

3.1KONSEP KONTRAK SOSIAL 21

3.2UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL23

3.3KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL 26

3.4KESIMPULAN 28

3.5BIBLIOGRAFI 29

3.6LAMPIRAN 31

KOLABORASI

6

Page 7: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

PENGENALAN

Kira-kira 1000 tahun lampau, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi

pusat perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan

mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal

daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,

Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-

15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat

penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau

koloni di Selat Melaka.

Sejarah penempatan kolonial diraja Britain diwujudkan pada tahun 1826. Britain

atau dikenali sebagai British sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan

kawalannya ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Penempatan awal kolonial

British ini bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, British menjadi

semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Terdapat

banyak faktor-faktor yang menjadikan colonial Britisnh ini berminat untuk mendapatkan

Tanha Melayu antaranya untuk mendapatkan bahan atau hasil mentah seperti biji besi

dan timah. Pada tahun 1810-an, British mula mengambil peluang campurtangan dalam

negeri-negeri Melayu. Disebabkan perang saudara,dan gangguan kongsi gelap Cina,

Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk di Negeri-Negeri Melayu

dan Negeri-Negeri Selat.

Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan

kuasa British ke atas tanah air bangsa Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan

Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri

7

Page 8: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah,

Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.

Di Borneo pula, Borneo Utara British dahulunya berada di bawah pemerintahan

Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala

Sarawak menjadi milik keluarga Brooke (Raja berbangsa Inggeris). Akibat penaklukan

Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan

semakin kuat. Apabila British mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang

berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-

Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan

tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat

status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk

Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan

Malaya, tanpa penyertaan Singapura.

Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September

1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian

dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan

hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat

Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan

Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan

Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965,

Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada bulan Mei

1969.

Kini Malaysia berdiri di atas sejarahnya yang unik. Bermula dengan penaklukan

bangsa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun sehinggalah penubuhan

sebuah negara merdeka, Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya pada tahun

1963 dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Pembabitan negara-negara asing

tersebut meninggalkan banyak kesan terhadap bangsa dan budaya masyarakat malah

mengubah sosio-politik negara.

8

Page 9: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

a) PETA MINDA

KONSEP PERLEMBAGAAN

9

PERLEMBAGAAN

KONSEP JENIS-JENIS

BERTULIS TIDAK BERTULIS

Page 10: Assignment Hubungan Etnik

KONSEP PERLEMBAGAAN

TUN SALLEH ABAS

Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden.

SHAMSUL AMRI

Kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis.

Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

SALMAH HUSSAIN

Suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan.

Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara.

Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa.

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

10

• BERTULIS: Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh: Perlembagaan Malaysia

• TIDAK BERTULIS: Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang adat. Contoh: adat perpatih.

Page 11: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

11

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAHASA MELAYU

AGAMA ISLAM

KEDUDUKAN

ISTIMEWA ORANG

MELAYU, BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK

PEMERINTAHAN BERAJA

Page 12: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

12

BM adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmiTiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain.

BAHASA MELAYU

Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama.

AGAMA ISLAM

Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan, kemudahan khas. Tanah rizab orang Melayu dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG

MELAYU, BUMIPUTERA

SABAH & SARAWAK

Raja berkuasa mutlakDibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.

PEMERINTAH

BERAJA

Page 13: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

b) CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN

PERLEMBAGAAN SEHINGGA TAHUN 1963 DI

MALAYSIA

13

MALAYAN UNION Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat.

Ditentang hebat oleh Orang Melayu.

Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British Colonial Office.

Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh kerajaan 'Labour' yang memerintah

pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan

atau mana-mana pegawai di Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah;

1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan tidak

akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.

2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan yang mana

majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor memerlukan nasihat itu.

3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak dan

gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang walaupun tanpa

pandangan Sultan.

4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-tiap

negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja.

5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan majlisnya

sendiri.

6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI adalah negeri

mereka.

Page 14: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

14

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948 British isytihar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi mengekalkan beberapa isi

penting perlembagaan Malayan Union iaitu;

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih lagi terbuka

tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara automatik ataupun membuat

permohonan . Iaitu; Kerakyatan automatik, kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja

yang menjadi rakyat Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja, kerakyataan permohonan,

seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada masa 12 tahun

sebelum memohon atau seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun

daripada masa 20 tahun sebelum memohon.

2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun. Ini bermakna

Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian Pangkor 1874.

3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British. PesuruhJaya

Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis mesyuarat kerajaan tetapi

pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai

bidang kuasa yang lebih berbanding Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma

bezanya Federated Malay State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.

4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak negeri-negeri

Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

Page 15: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

15

PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU (1957)Perlembagaan ini diambil dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. ia dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

Page 16: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

16

PERLEMBAGAAN MALAYSIA (1963)Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia di luluskan pada 26

ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16

September 1963. Antara Akta Malaysia ialah ;

1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat

2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama

3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan

4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu

5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan

6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.

7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan secara automatik dan

akan dapat hak yang sama

8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

Page 17: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

c) LAPORAN

1.0 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan sebagai tulang belakang sebuah negara selalunya muncul

serentak dengan pembentukan sesebuah negara itu. Ini mungkin berlaku akibat

revolusi, kemerdekaan atau sesuatu perubahan yang amat mendadak menyebabkan

sebilangan besar rakyat atau golongan yang berpengaruh mahukan satu titik tolak yang

baru.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan

disambut baik oleh British kerana ia akan memudahkan British menguasai Malaysia

melalui badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah dibentuk yang

diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah dan Sarawak

dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 Jun 1962 .

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta

Malaysia di luluskan pada 26 Ogos 1963 untuk menyesuaikan konsep dan stuktur

penubuhan Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 September 1963. Antara Akta

Malaysia ialah yang dipersetujuai adalah hal-hal luar negeri menjadi tanggungjawab

kerajaan pusat, agama Islam sebagai agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama

kepada penganut agama lain, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa

Inggeris dan bahasa lain boleh terus digunakan, negeri-negeri di Borneo beransur-

ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu, negeri-negeri di Borneo diberi

kuasa imigresan serta perkhidmatan awam dan semua warganegara Persekutuan,

negeri-negeri Borneo dan Singapura mendapat kewarganegaraan secara automatik

dan akan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu.

17

Page 18: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan

apa yang terkandung di dalam Malayan Union dan Federated of Malaya iaitu

kekuasaan akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala

Yang Dipertuan Agong hanya menjadi Ketua Agama Islam bagi seluruh Persekutuan

serta setiap negeri mempunyai Majlis Agama yang menasihati raja-raja tentang agama

Islam. Ia masih sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu raja

sebagai pengendali agama dan adat-istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan

daripada aspek keagamaan. Sekiranya dilihat dalam perlembagaan Malayan Union,

kekuasaan tertumpu pada Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya

Tinggi dan Perlembagaan Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna

perkembangannya adalah mengikut apa yang terkandung di dalam Perlembagaan

Malayan Union.

Menurut Tun Mohamed Suffian, Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri

berikut iaitu pertama, Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah

negara Persekutuan. Kedua, Malaysia sebagai sebuah negara raja berperlembagaan.

Ketiga, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen. Keempat,

perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada

masa yang sama menjamin kebebasan beragama. Selain itu juga, Malaysia yang akan

dibentuk mempunyai perlembagaan yang memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-

tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai Perdana Menteri yang

dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga mempunyai status yang sama.

Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai

fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah

badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan parlimen manakala badan

eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang menentukan pertikaian dan hak serta

liabiliti lain dalam perlembagaan.

Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia mengikut cara Persekutuan iaitu

kuasa-kuasa Parlimen Persekutuan dan Dewan Negeri disebut dengan nyata

sementara segala baki kuasa terserah kepada kerajaan negeri. Perlembagaan Malaysia

juga menjelaskan tentang hubungan antara Persekutuan dan negeri-negeri. Ia

18

Page 19: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

diterangkan melalui senarai Persekutuan iaitu meliputi hal-ehwal luar negeri,

pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang dan secara sivil jenayah serta

pentadbiran keadilan, kewarganegaraan dan beberapa perkara lain.

Senarai bersama iaitu perkara-perkara yang membolehkan badan perundangan

negeri membuat undang-undang tetapi jika ada pertentangan antara undang-undang

negeri dan undang-undang persekutuan, maka undang-undang negeri tersebut terbatal.

Antaranya ialah perlindungan bagi kanak-kanak, biasiswa, perlindungan bagi binatang

liar dan burung liar, perancangan bandar dan kampung, kesihatan awam dan lain-lain

lagi.

Senarai negeri iaitu senarai perkara-perkara yang diserahkan kepada kerajaan

negeri. Ia meliputi hukum syarak, undang-undang diri dan keluarga orang Islam, hari

kelepasan negeri, jentera kerajaan negeri dan beberapa perkara lain.

Perlembagaan mempunyai fungsi utama iaitu memperincikan kuasa, hak dan

tanggungjawab sesuatu golongan. Ini bukan sahaja releven dalam soal individu malah

releven dalam hubungan antara wilayah. Dalam negara Persekutuan, perlembagaan

amat penting di mana setiap wilayah mempunyai hak dan batasan, begitu juga dengan

kerajaan yang berada di peringkat pusat.

2.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

Setiap perlembagaan atau undang-undang ada kepentingannya. Begitu juga

dengan Perlembagaan Malaysia. Kebanyakkan kepentingannya bertujuan mengekalkan

perpaduan dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia ini. Antara keistimewaannya

ialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk

pentadbirannya. Di dalam merangka dan membentuk pentadbiran, ketua atau Perdana

Menteri bersama ahli kabinet hendaklah meneliti dahulu perlembagaan. Perlembagaan

dijadikan sebagai panduan di dalam merangka sesuatu kenyataan.

Selain itu juga dengan adanya perlembagaan ini dapat membantu dan menjamin

kecekapan ,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah kerajaan. Ini kerana di dalam perlembagaan terdapat garis

19

Page 20: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

panduan bagaimana cara gerak kerja sesuatu pentadbiran agar segala tindakan dapat

dijalankan dengan lancar sehingga berjaya. Selain itu juga aspek yang paling penting di

dalam pentadbiran ialah kejujuran, keadilan dan ketelusan sesebuah pentadbiran

menjalankan tugas di dalam sesebuah negara. Kerana di sinilah terletaknya

kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka untuk

membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni.

Perlembagaan juga sebagai panduan kepada pemimpin semasa memerintah

supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Ini

kerana masa hadapan rakyat dan negara terletak diatas bahu seorang pemimpin yang

berkaliber dan bertanggungjawab di dalam mengatur dan mengurus negara supaya

segala kemudahan dan kesenangan dapat di kecapi oleh semua golongan masyarakat.

Dengan cara yang telus, jujur dan amanah berpandukan perlembagaan, rakyat akan

terus menyokong pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

Dan yang terakhir, dengan adanya perlembagaan ini hak keistimewaan

masyarakat pribumi dan bumiputra tidak akan dipersoalkan. Ini kerana majoriti

masyarakat Malaysia adalah terdiri daripada orang Melayu. Selain itu juga orang

Melayu hendaklah mempertahankan hak mereka dan bertolak ansur jika sesuatu

masalah yang di bangkitkan agar tidak menimbulkan huru-hara sesama kaum.

3.0 KONTRAK SOSIAL

Negara kita merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik,

budaya dan agama. Penubuhan Persekutuan Malaysia dan masyarakat yang berbilang

kaum merupakan satu keunikan. Ini kerana masyarakat Malaysia dapat hidup dalam

suasana yang harmoni dan sejahtera serta dijamin keselamatan merka oleh

perlembagaan.

Namum, liku-liku awal sejarah kemerdekaan Malaysia tercalit beberapa masalah.

Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait

rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa dan agama. Setiap kaum

mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum

20

Page 21: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama

rasmi. Sementara itu orang bukan Melayu menuntut supaya mereka diberikan

kerakyatan.

Sebaliknya orang Melayu mempersoalkannya. Masalah ini bukan disebabkan

oleh sikap kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu tetapi hasil daripada dasar pecah

dan perintah Inggeris yang mengasingkan mereka dari segi tempat tinggal dan bidang

ekonomi. Ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi, akhirnya mewujudkan jurang

perbezaan dan menjejaskan perpaduan.

3.1 KONSEP KONTRAK SOSIAL

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara

kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan

pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak

sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu

UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan

Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam

sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita

dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk

negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan

sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.

Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha

untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus

dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 kerana

mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

Malaysia.

Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti

Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai

satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini

21

Page 22: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk

memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan

syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen

yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yang

berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan

dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial

apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau

permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang

melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara.

Dalam sistem demokrasi moden, kontrak sosial diungkapkan melalui pilihanraya.

Pilihanraya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan sistem demokrasi

berparlimen. Di Malaysia pilihanraya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah

menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat.

Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru

daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi.

Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam

konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan

masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap maksud

saling faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur.

Manfaatnya, negara yang aman damai dapat dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial

adalah semangat dalaman yang kepentingannya tidak semata-mata dihujahkan dengan

bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat

sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah negara.

Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian

hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di

negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada

sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun

22

Page 23: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan bersama.

Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang

terlibat dalam perjanjian itu mesti bersetuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi

kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan mencatatnya ke dalam Perlembagaan

Persekutuan.

Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,

diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi

muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami

dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini

amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan

masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas

maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama

melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan

universiti.

3.2 UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai

antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India.

Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah

kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa

elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para

penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang

dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks negara

Malaysia yang berbilang kaum. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar

pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan

tahun 1957.

Inilah asas kepada perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia

dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak

23

Page 24: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

sebahagian komuniti yang lain demi keseimbangan dalam masyarakat bernegara.

Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak.

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada

perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu

merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan

bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu di masukkan ke

dalam Perlembagaan. Perlembagaan negara mengekalkan keistimewaan mereka iaitu

institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai

agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila

Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula

tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum member

kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan

diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan

beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen

dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal

negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian

daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu

identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi

kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya

menekankan ciri-ciri kemelayuan.

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan oleh

British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka sebagai

penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan

India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada

masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di

bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan

Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

24

Page 25: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang

Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka

kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan

atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen

perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara

89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-

undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada

diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam

Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana

dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada

kedudukan istimewa orang Melayu.

Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu

isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan orang

Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

[Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan]

Manakala isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati

diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang

menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk

menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa

pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak

mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152

Perlembagaaan Persekutuan.

25

Page 26: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

3.3 KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang

telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku

sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di

Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam

perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan

pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana

daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan

dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu

berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di

Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang

mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati

dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak

sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan

kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.

Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu

yang sudah berlalu.

Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia

adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat

bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan

Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera

pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa

orang Melayu.

26

Page 27: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau

sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum

bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di

negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama

bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak

harus saling memahami.

Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak

dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat

polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh Jawatankuasa

Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu) satu ketika dahulu iaitu

tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua

perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan menghapuskan hak istimewa orang

Melayu (Utusan Malaysia, 1998)

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim

Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara

kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. Menurut beliau,

formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

Malah negara kita juga pernah gempar dengan kontroversi berkaitan isu agama

iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan usaha

Kumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan

individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan

kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan kempen-kempen penerangan mereka.

[Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16 November

2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kes perebutan mayat

Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga si mati dan juga

Jabatan Agama Islam.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin

keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak

27

Page 28: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara

perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka

akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia.

Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini

sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu

bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah

lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang

kontrak sosial secara terbuka.

3.4 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup

yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan dalam kepelbagaian

berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama, toleransi dan bersatu padu. Formula ini

sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan

secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan inspirasi untuk membawa

Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju.

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial ini dengan

menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang

sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang

erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan tersendiri yang unik dan

menyenangkan. Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat

keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk sama rendah, berdiri sama

tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam

sebuah masyarakat majmuk di Malaysia.

28

Page 29: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

3.5 BIBLIOGRAFI

__________.(1994). Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Service.

__________.(2008). Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 dilayari pada 4 Februari 2008

dari laman htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman

htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Perlembagaan dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman

htttp://www.wikipedia.com

__________.(2008). Perlembagaan Malaysia dilayari pada 4 Februari 2008 dari laman

htttp://www.wikipedia.com

Ahmad Ibrahim. (1992). Sistem Undang-Undang Di Malaysia. Selangor: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohamed Salleh Abas, Tun. (1999). May Day For Justice.

Mohamed Salleh Abas, Tun.(1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia. Selangor: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nasir Sulaiman. (2005). Sejarah (Fakta Diagramatik).Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim (2006). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustka.

Ruslan Zainuddin. (2001). Sejarah Malaysia STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Ruslan Zaharuddin. (2005). Kenegaraan Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

29

Page 30: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Salmah Hussain. (2007). Pengenalan Kepada Sistem Kemasyarakatan dan

Kenegaraan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA).

Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam:

Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA)

Utusan Malaysia (24 Disember 1998). Suqiu keterlaluan-Kerajaan menolak sama sekali

tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu. m/s 23.

Utusan Malaysia. (14 Ogos 2005). Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng

Yaik. m/s 7.

30

Page 31: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

3.6 LAMPIRAN

PENGENALAN

Di dalam bab ini, kita akan melihat beberapa perkara penting mengenai sejarah

penggubalan perlembagaan negara Malaysia. Ia merangkumi beberapa bahagian

perbincangan iaitu konsep perlembagaan, unsur-unsur yang terdapat dalam

perlembagaan dan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia.

1.1 KONSEP PERLEMBAGAAN

Menurut buku “Perlembagaan Persekutuan”, terbitan International Law Book

Service (1994) menyatakan bahawa konsep perlembagaan terbahagi kepada dua

bahagian iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang.

Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Salleh Abas, takrifan

bagi perlembagaan yang dijelaskan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang

terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang pengertian yang lebih

luas dan menyeluruh. Menurut beliau, perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat

cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi

mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi

punca bagi semua undang-undang yang telah diwartakan atau yang akan dibuat.

Sekiranya terdapat sesuatu undang-undang yang telah diwartakan atau baru hendak

dibuat itu bercanggah dengan perlembagaan, maka undang-undang tersebut terbatal

dengan sendirinya mengikut setakat mana percanggahan yang berlaku.

Ruslan Zainuddin (2005), memberi takrifan perlembagaan sebagai satu dokumen

yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang

dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan

ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah

kerajaaan dan hak-hak rakyat. Ia digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara

memerintah, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, disamping memberi

jaminan perlindungan kepada rakyat. Setiap perlembagaan dinyatakan tanggungjawab

dan kewajipan setiap warganegara terhadap negara.

31

Page 32: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Tun Salleh Abas (1999), perlembagaan negara berfungsi untuk mewujudkan

satu bentuk pemerintahan yang adil, saksama dan mampu untuk memenuhi tuntutan

dan kehendak rakyatnya. Kerana itu, beliau menambah bahawa penggubalan dan

pewartaan sesuatu undang-undang hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat.

Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya

tanpa berlkunya penyalahgunaan kuasa. Sebagai contoh, kezaliman dan

penyelewengan yang dilakukan pihak berkuasa Perancis, iaitu Raja Louis XIV yang

memerintah Perancis pada kurun ke-17 memaksa seorang ahli fikir Perancis,

Montesquieu mencipta satu teori yang dinamakan Teori Pengasingan Kuasa. Teori ini

mengenengahkan bahawa kuasa pemerintahan tidak boleh dikawal dan dipegang oleh

seorang pemerintah sahaja, ini kerana berkemungkinan berlakunya penyelewengan

kuasa adalah lebih besar. Beliau berpendapat Teori Pengasingan Kuasa perlu

digunakan.

Perlembagaan atau dikenali juga sebagai Piagam (bahasa Arab dikenali sebagai

Dustur) merupakan suatu catatan yang amat penting dalam menyatakan kedaulatan

dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan

kemasyarakatan. Piagam tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin

keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan piagam juga

berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, atau

sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa (Salmah,

2007). Piagam ini dibuktikan melalui perjanjian antara Rasulullah dengan masyarakat

Madinah yang terdiri dari suku bangsa Arab iaitu Aus dan Khazraj di samping beberapa

kabilah Yahudi seperti Bani Quraizah dan Bani Nadhir sehingga diwartakan Piagam

Madinah.

32

Page 33: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

1.2.UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN

Menurut Montesquieu, di dalam bukunya Spirit des Lois menyatakan bahawa

unsur-unsur pembinaan sesebuah perlembagaan hendaklah mengambil kira kuasa

pemerintah iaitu badan pemerintah, badan kehakiman dan badan penggubalan undang-

undang disamping kedudukan dan hak rakyat. Pendapat beliau ini bersandarkan

kepada Teori Pengasingan Kuasa.

Namun begitu, dalam konteks perlembagaan negara Malaysia, unsur-unsur yang

menjadi asas kepada pembinaan perlembagaan dengan mengambil kira perkembangan

sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing. Kebanyakan perkara

dalam Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada

penjajah, kecuali peruntukan pentadbiran, parlimen dan kewarganegaraan. Terdapat

empat unsur-unsur tradisi yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan

dalam perlembagaan negara iaitu institusi beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan

kedudukan istimewa orang Melayu.

1.3SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

1.3.1 PERJANJIAN PANGKOR

Sejarah perlembagaan bagi Malaysia bermula pada 10 Sepember 1877 di Kuala

Kangsar apabila Raja Muda Yusuf dan Residen British Sir Hugh Low menerangkan

tujuan diadakan Majlis Mesyuarat Negeri, "…To submit for…. Consideration…. And in

the hope at receiving advice and assistance all important subjects concerning the

welfare of the states and it's inhabitats which might present any dificulties. Involve

extensve modifcations of existing laws or custum, or be considered of general interest".

Namun, apabila dirujuk Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 didapati keterangan

ini adalah bercanggah dan boleh dikatakan bahawa perlembagaan yang diperkenalkan

oleh British sebenarnya telahpun diperkenalkan melalui Perjanjian Pangkor 1874.

Perjanjian Pangkor menyebabkan British mula berkuasa menentukan undang-undang

mengikut kehendaknya tanpa melibatkan Sultan dan pembesar Melayu. Sultan dan

pembesar Melayu hanya berhak di dalam hal-hal keagamaan dan adat istiadat Melayu.

Ini didasari melalui Perjanjian Pangkor 20 Januari 1876, perkara 6 yang menyatakan

33

Page 34: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

bahawa Residen adalah berkuasa penuh dalam semua hal dan dan bertindak sebagai

mahkamah manakala Sultan haruslah meminta nasihat daripada Residen dan wajib

mematuhinya kecuali yang berkaitan dengan Agama dan adat-istiadat Melayu. Secara

tidak langsung, bermula pada tahun 1874, Sultan dan pembesar Melayu telah hilang

kuasa dan dirampas oleh British dengan alasan melindungi atau menaungi kepentingan

negeri.

1.3.2 PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

Perlembagaan Pangkor 1874 ini kekal sehinggalah Jepun menjajah Malaysia dan

apabila Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua, British kembali ke Tanah

Melayu dan memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union ini adalah untuk

menukarkan status 'melindungi' kepada status "koloni" penuh British seperti yang

dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid " The British for from trying to make amend

for it's failure to honour the treaties of protection insteand tried to colonies Malaya,

Changing the states of the Malay States from protec torates to colonies" . British telah

menyatakan untuk terus menguasai 'Tanah Melayu' dan menjadikannya jajahan penuh

British. Oleh kerana itu, Harold Macmicheal telah dihantar untuk membuat perjanjian

formal dengan Sultan Melayu dan telah menyelesaikan tugasnya pada 25 Disember

1945 . Selain itu, Malayan Union ini juga mempunyai peranan lain iaitu memudahkan

pentadbiran British dengan menyatukan pentadbiran. Segala kuasa terletak di tangan

Gabenor yang boleh membatalkan segala keputusan Majlis Perundangan manakala

Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam hal-ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat

orang-orang Melayu sahaja. Sultan telah hilang kuasa setelah menandatangani

perjanjian ini dan ini bermakna Sultan hanya boneka semata-mata untuk memastikan

orang Melayu tidak menentang British.

Lantaran itu, Perlembagaan Malayan Union telah diselenggarakan oleh pihak British

Colonial Office. Malayan Union diselenggarakan di England yang diusulkan oleh

kerajaan 'Labour' yang memerintah pada masa itu. Perlembagaan ini bukanlah hasil

daripada perbincangan atau rundingan dengan Sultan atau mana-mana pegawai di

Tanah Melayu . Antara perlembagaan Malayan Union ialah;

34

Page 35: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

1. Malayan diketuai oleh gabenor yang berkuasa penuh dalam perkhidmatan awam dan

tidak akan bertanggungjawab kepada majlis undangan.

2. Sultan menjadi ketua negeri dan hanya penasihat, bersidang dalam Majlis Sultan

yang mana majlis ini yang memberikan nasihat kepada gabenor apabila gabenor

memerlukan nasihat itu. Apabila Malayan Union ditubuhkan, Negeri-negeri Selat

dimansuhkan sementara Singapura telah dijadikan sebuah Tanah Jajahan British yang

berasingan dan disebabkan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di

mansuhkan. Dalam perkara ini rancangan Malayan Union menjelaskan bahawa British

mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh Sultan negeri-negeri Melayu termasuklah

Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka dicantumkan dibawah kuasa pusat

yang diketuai oleh gabenor. Manakala Singapura adalah jajahan yang terasing daripada

Malayan Union. Gabenor dinasihatkan oleh Sultan tetapi tidak semestinya mengikuti

nasihat Sultan ini. Sultan hanya menjadi ketua agama dalam negeri-masing-masing .

Jelas ini amat berbeza dengan Perjanjian Pangkor 1874, iaitu Sultan harus meminta

nasihat daripada Residen dan wajib mematuhinya. Tetapi perlembagaan Malayan

Union, gabenor akan diberi nasihat tetapi tidak semestinya mematuhinya. Jelas Sultan

kehilangan kuasa selain hanya sebagai ketua agama negeri masing-masing.

3. Majlis Undangan mempunyai bilangan ahli rasmi dan tidak rasmi yang sama banyak

dan gabenor mempunyai kuasa membatal atau meluluskan satu-satu undang-undang

walaupun tanpa pandangan Sultan. Disini menunjukkan Sultan telah tidak ada peranan

lagi malah boleh dikatakan Sultan seperti rakyat biasa saja. Sultan hanya lambang bagi

orang Melayu agar orang Melayu tidak bangkit memberontak.

4. Sultan pula dimasukkan dalam Majlis Penasihat Melayu yang ditubuhkan dalam tiap-

tiap negeri dan hanya menguruskan hal ehwal agama Islam sahaja. Berdasarkan

pernyataan ini ia mempunyai persamaan dengan Perjanjian Pangkor 1874 . Ini

bermakna Malayan Union terus saja menggunakan perjanjian Pangkor sebagai asas

untuk mengabui Sultan dan masyarakat Melayu.

5. Singapura dijadikan negara jajahan yang berasingan dan mempunyai gabenor dan

majlisnya sendiri. Atas aasan bahawa rakyat Singapura mempunyai kerakyatan

35

Page 36: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

tersendiri dan dengan menyatakan untuk mengimbangi orang Melayu dan Cina serta

India di Singapura ketika itu kaum Cina dan India bilangannya adalah lebih 3 juta orang.

Bila dirujuk pembentukan Malaysia, Singapura telah turut serta dan setelah diistiharkan

'merdeka' Singapura keluar dan terus menjadi satu entiti negara yang berasingan.

Berdasarkan ini, Perlembagaan Malaysia adalah jelas menunjukkan penerusan

perlembagaan Malayan Union.

6. Gabenor dilantik untuk Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

7. Kewarganegaraan boleh diberikan kepada sesiapa saja yang menganggap negeri inI

adalah negeri mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Abdullah . Prinsip ini juga

dikenali sebagai Jus Soli seperti dinyatakan oleh Zainal Abidin Abdul Wahid . Malayan

Union ini juga sebenarnya telah disokong oleh masyarakat Cina kerana ia

membolehkan mereka mendapat kewarganegaraan. Malah Tan Cheng Lock juga telah

menghantar memorandumnya kepada pihak British tentang pendirian masyarakat Cina

terutamanya dalam hal kewarganegaraan .

Harold Mac Micheal tiba di Malaysia untuk membuat laporan kepada pihak

British pada Oktober 1945 hingga Januari 1946, tujuannya ialah;

1. Mendapatkan perjanjian rasmi dengan Sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan

kuasa penuh diserahkan kepada British.

2. Melaporkan tentang pendirian raja.

3. Menggesa supaya meyetujui Malayan Union.

Dan sehingga Januari 1946 Harold Mac Micheal telah mendapatkan sembilan

tandatangan Sultan dan April 1946 Malayan Union telah diwartakan dan gabenor

pertamanya ialah Edward Dent. Namun kerana protes orang Melayu yang memulaukan

Majlis Penasihat dan Sultan-Sultan Melayu tidak menghadiri upacara angkat sumpah

menyebabkan Malayan Union dimansuhkan atas desakan orang Melayu. Namun British

masih berdalih untuk menyatukan negeri Melayu menjadi satu agar mudah diperintah

dan dikendalikan, walaupun Malayan Union tidak dilaksanakan tetapi semangat

Malayan Union masih terus dilaksanakan. Lantaran itu, satu perjanjian telah dibuat

36

Page 37: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

antara Raja Melayu dengan Kerajaan British pada 21 Januari 1948 dan terbentuklah

Federation of Malaya atau diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang

berkuatkuasa pada 1 Februari 1948.

1.3.3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Federated Malay State) masih lagi

mengekalkan beberapa isi penting perlembagaan Malayan Union iaitu;

1. Melalui pelembagaan Federated Malay State 1948 hal-hal kewarganegaraan masih

lagi terbuka tetapi dengan agenda tertentu. Kerakyataan dibuat sama ada secara

automatik ataupun membuat permohonan . Iaitu;

• Kerakyatan automatik

• Kerakyataan automatik akan diberikan kepada sesiapa saja yang menjadi rakyat

Sultan Melayu dan British pada bila-bila masa saja.

• Kerakyataan permohonan

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 8 tahun dariada

masa 12 tahun sebelum memohon. Atau

• Seseorang itu telah berada di Federated Malay State tidak kurang 15 tahun daripada

masa 20 tahun sebelum memohon.

2. Raja Melayu mendapat semula kuasanya iaitu seperti sebelum pendudukan Jepun.

Ini bermakna Sultan-Sultan negeri-negeri Melayu akan tertakluk berdasarkan Perjanjian

Pangkor 1874.

3. Kerajaan British mempunyai PesuruhJaya Tinggi yang dilantik oleh kerajaan British.

PesuruhJaya Tinggi mempunyai kuasa dalam segala hal dan dinasihatkan oleh majlis

mesyuarat kerajaan tetapi pesuruhjaya tinggi boleh menghiraukan nasihat ini . Dan ini

37

Page 38: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

menunjukkan PesuruhJaya Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih berbanding

Sultan. Dan ia merupakan penerusan Malayan Union. Cuma bezanya Federated Malay

State ada;lah Pesuruhjaya Tinggi manakala Malayan Union adalah Gabenor.

4. Pesuruhjaya Tinggi mempunyai tanggungjawab mempertahankan mana-mana hak

negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat dan kuasa raja Melayu.

Desakan mahukan kemerdekaan menyebabkan British terpaksa mengadakan

Pilihanraya. Pilihanraya ini telah diadakan dan keputusan pilihanraya telah dimenangi

oleh Parti Perikatan yang mengandungi UMNO, MCA dan MIC dengan mendapat 51

kerusi . Setelah pilihanraya , badan Membuat Undang-undang dibentuk dan satu

mesyuarat Perlembagaan diadakan di London dari 8 Januari hingga 6 Februari 1956

yang dihadiri oleh empat wakil raja, ketua Menteri, tiga menteri lain, Pesuruhjaya Tinggi

dan penasihatnya. Perlembagaan dibentuk untuk Federated Malay State atau

diterjemahkan sebagai Persekutuan Tanah Melayu supaya mampu berkerajaan sendiri

dan "merdeka dalam Komanwel". Perlembagaan ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 .

Perlembagaan Malaysia adalah yang tertinggi dan agak sukar untuk dipinda iaitu ia

terkandung Dalam fasal (1) perkara 4 Perlembagan Malaysia disebutkan

"Perlembagaan ini ialah undang-undang tertinggi bagi persekutuan dan mana-manan

undang-undang yang dibuat selepas hari merdeka yang bertentangan dengan

Perlembagaan ini mana setakat mana pertentangannya akan terbatal undang-undang

itu . Oleh kerana ketinggiannya Perlembagaan bertulis mempunyai 3 syarat ;

1) Perlembagaan itu kukuh iaitu sukar hendak dipinda melainkan ada peruntukan di

dalam Perlembagaan itu yang membolehkan pindan itu dibuat

2) Parlimen hanya mempunyai kuasa membuat undang-undang didalam apa-apa

perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu

3) Tafsiran Perlembagaan terletak di tangan mahkamah.

Sekira diperhatikan perlembagaan ini juga pada pandangan Muhamed Suffian Hashim

menggabungkan peruntukan daripada perlembagaan India yang telah diubahsuai dan

kelihatan di atas kertas amatlah kompleks dan menyebabkan seorang pemerhati

38

Page 39: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

beranggapan perlembagaan Malaysia telah ditulis oleh seorang profesor gila dalam

bidang undang-undang perlembagaan yang mencuba dengan sebebas-bebasnya teori-

teori perlembagaan.

1.3.4 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berhasrat membentuk Malaysia dan

disambut baik oleh British kerana ia akan menjadikan hal ini memudahkan British

menguasai Malaysia dengan badan Komenwelnya. Kemudian satu Jawatankuasa telah

dibentuk yang diketuai oleh Lord Cabbold untuk menyiasat kehendak penduduk Sabah

dan Sarawak dan selesai pada Februari 1962. Laporan mengenainya siap pada 21 jun

1962 .

Bagi pihak Persekutuan Tanah Melayu, satu undang-undang di panggil Akta Malaysia

di luluskan pada 26 ogos 1963 untuk sesuaikan konsep dan stuktur penubuhan

Malaysia. Malaysia terbentuk pada 16 september 1963. Antara Akta Malaysia ialah ;

1) Hal-hal luar negeri jadi tanggungjawab kerajaan pusat

2) Agama Islam agama rasmi tetapi diberi kebebasan beragama

3) Bahasa Melayu bahasa rasmi tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh terus

digunakan

4) Kerajaan di Borneo beransur-ansur diubah mengikut Persekutuan Tanah Melayu

5) Negeri Borneo diberi peluang capai kerajaan

6) Borneo mengawal kuasa imigresan, perkhidmatan awam.

7) Semua warganegara Persekutuan dan Singapura boleh dapat kewarganegaraan

secara automatik dan akan dapat hak yang sama

8) Bumiputera Borneo akan dapat hak yang sama seperti orang Melayu.

39

Page 40: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

Setelah sekian lama maka kerajaan Malaysia memudahkan tugasnya dengan

mengubah dan membuat beberapa pindaan sehinggalah terbentuk Perlembagaan

Malaysia yang memasukkan Sabah dan Sarawak di Dalam Perlembagaan ini. Dan

Sehingga sekarang Perlembagaan Malaysia ini mengandungi

1) Ketinggian Perlembagaan Persekutuan

2) Yang Dipertuan Agung

3) Raja dan Yang Dipertua Negeri

4) Jemaah Menteri

5) Parlimen

6) Pilihan raya

7) Kehakiman

8) Perkhidmatan awam

9) Negeri-negeri

10) Perhubungan persekutuan dan negiri

11) Peruntukan kewangan

12) Kebebasan asasi

13) Perbuatan surbertif, kuasa darurat dan tahanan pencegahan

14) Agama islam

15) Kewarganegaraan

16) Orang melayu dan bumiputera di sabah dan sarawak

17) Bahasa kebangsaan

18) Ibukota persekutuan

40

Page 41: Assignment Hubungan Etnik

WAJ 3106 –HUBUNGAN ETNIK

19) Pindaan perlembagaan

Sekiranya dilihat perlembagaan yang dibentuk ini, ia masih lagi mengekalkan apa yang

terkandung di dalam Malayan Union kemudian Federated of Malaya iaitu kekuasaan

akan tertumpu pada seseorang sahaja iaitu Perdana Menteri manakala Yang Dipertuan

Agung hanya menjadi Ketua Agama Islam seluruh Persekutuan serta setiap negeri

mempunyai Majlis Agama yang menasihati Raja-raja tentang agama Islam . Ia masih

sama lagi dengan peruntukan di dalam Perjanjian Pangkor iaitu Raja sebagai

pengendali Agama dan adat-Istiadat Melayu manakala pentadbiran diasingkan daripada

aspek keagamaan. Sekiranya dilihat Malayan Union kekuasaan tertumpu pada

Gabenor, Federated of Malaya pula adalah PesuruhJaya Tinggi dan Perlembagaan

Malaysia pula ialah Perdana Menteri. Ini bermakna perkembangannya adalah mengikut

apa yang terkandung didaam Perlembagaan Malayan Union.

Kesimpulannya

Bolehlah dikatakan bahawa perkembangan Perlembagaan Malaysia dari Malayan

Union adalah mendatar dan menyerupai antara satu sama lain. Hanya beberapa

peruntukan diubah untuk mengabui pandangan dan pendirian orang Melayu tetapi

konsep atau pengisiannya adalah bermatlamatkan sama iaitu terus mengekalkan

Malaysia dibawah kerajaan British. Kemerdekaan yang sebenarnya adalah

kemerdekaan dalam Komenwel dan masih lagi dalam bentuk neo-colonialisme.

Pembentukkan Malaysia dengan menggabungkan Sabah dan Sarawak serta Singapura

merupakan satu agande untuk menyatukan pentadbiran dan menggabungkann negeri-

negeri ini dibawah satu pentadbiran. Singapura pula punya pendirian yang sama.

Sekiranya dilihat Perlembagaan Malayan Union diteruskan kerana di dalam

Perlembagaan Union yang dibicarakan di atas telah jelas dinyatakan bahawa Singapura

diasingkan daripada Tanah Melayu dan mempunyai pentadbiran tersendiri dan

sehingga ini, perlembagaan itu etrleksana apabila Singapura memang mempunyai

pentadbiarnnya sendiri tetapi masih lagi didalam Komenwel.

41