assignment hbef 2303

16
TUGASAN HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN JADUAL GARIS MASA & KERTAS CADANGAN Name : CIN CHA PEI Matric number : 860301237248001 NRIC : 860301-23-7248 Telephone number : 017-321 7527 E-mail address : [email protected] JANUARY 2015 Semester 2

Upload: tow-teck-soon

Post on 17-Jan-2016

401 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Assignment OUM

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment HBEF 2303

TUGASAN

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

JADUAL GARIS MASA

&

KERTAS CADANGAN

Name : CIN CHA PEI

Matric number : 860301237248001

NRIC : 860301-23-7248

Telephone number : 017-321 7527

E-mail address : [email protected]

JANUARY 2015 Semester

2

Page 2: Assignment HBEF 2303

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka

Soalan Tugasan:

1.0 Jadual Garismasa 1

2.0 Laporan Pelaksanaan Minggu Teknologi Maklumat 2

2.1 Pengenalan 2

2.2 Cadangan Kaedah PPBK 8

2.3 Cadangan Perkakasan dan Bajet 10

2.4 Rumusan 11

2.5 Refleksi 13

Lampiran 15

3

Page 3: Assignment HBEF 2303

SK LKTP ULU PENGGELI

JALAN KASAWARI, FELDA ULU PENGGELI,

86000 KLUANG,

JOHOR DARUL TAKZIM.

LAPORAN PELAKSANAAN

MINGGU TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pengenalan

Pada masa ini, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran murid

secara amnya. Hal ini adalah kerana teknologi maklumat  membantu guru khususnya mata

pelajaran Kajian Tempatan di sekolah ini bagi mendapatkan bahan pengajaran berasaskan

komputer yang sesuai dengan topik yang diajar. Ia juga dapat membantu guru membuat

persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu

daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang

berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang

dengan menggunakan teknologi terkini (Zulkifli Harun (1998). 

Guru perlu mempelbagaikan cara dalam aspek pengendalian pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah. Proses pengajaran yang melibatkan bantuan media seperti computer, dapat menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Pengajaran berasaskan komputer dapat

meningkatkan lagi prestasi pelajar. Menurut Salomon (1993) pendidikan yang melibatkan bantuan

4

Page 4: Assignment HBEF 2303

media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna.

Teknologi komputer boleh dijadikan sebagai satu alternatif kepada kaedah pengajaran.

Bagi mencapai matlamat ke arah pembelajaran yang lebih bermakna, proses pengajaran dan

pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif. Dengan menggunakan teknik

multimedia, pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Aplikasi pembelajaran berasaskan

multimedia berupaya untuk memberikan berbagai contoh yang sebenar kepada pelajar dengan

gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi. Gabungan unsur ini akan membentuk satu

persembahan yang menarik dan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan. Media

pengajaran yang menggunakan teknologi multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar. Ini

menunjukkan ciri–ciri teknologi multimedia yang interaktif boleh membantu dalam proses

pembelajaran. Ia akan dapat membentuk satu proses pembelajaran yang melibatkan pelajar dengan

lebih aktif. Penglibatan aktif dari pelajar akan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan

berkesan.

Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru adalah penting kepada pembelajaran

pelajarnya. Antara pendekatan yang dapat membantu menggalakkan persekitaran pembelajaran yang

positif ialah pendekatan induktif, deduktif dan eklektif. Pendekatan induktif merupakan suatau

pendekatan apabila guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus dan

diakhir pembelajaran murid akan membuat rumusan. Pendekatan ini memerlukan pelajar membuat

aktiviti mengumpul, mentafsir dan membuat kesimpulan. Sebagai contoh, guru akan memulakan sesi

pengajarannya dengan memberi beberapa contoh yang berkaitan dengan isi pelajaran. Kemudian,

pelajar akan diminta untuk mengkaji, mentafsir maklumat dan membuat kesimpulan berdasarkan

contoh yang diberikan oleh guru tadi. Pendekatan ini sesuai digunakan untuk mengajar mata pelajaran

sains, matematik, geografi dan kajian tempatan. Antara kaedah yang menggunakan pendekatan

induktif ialah inkuiri penemuan.

Pendekatan yang kedua ialah pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif boleh didefinisikan

sebagai pendekatan mengajar yang bermula dengan hukum, peraturan, dan rumus. Kemudian ia

diikuti dengan aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus. Pendekatan deduktif ini adalah suatu

kaedah mengajar yang agak kompleks jika hendak dibandingkan dengan pendekatan induktif. Ini

kerana, kaedah ini memerlukan murid untuk mempunyai tahap kefahaman dan pengetahuan yang

tinggi untuk memilih rumus dan prinsip yang tepat. Jenis pendekatan deduktif ialah membuat

hipotesis, membentuk generalisasi dan menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, di dalam sesi

pengajaran, guru akan memberitahu murid objek pengajarannya pada peringkat awal. Kemudian, guru

akan membimbing murid untuk mengingati hukum atau peraturan yang tertentu. Seterusnya,

membantu murid untuk menyelesaikan masalah.

5

Page 5: Assignment HBEF 2303

Pendekatan yang terakhir ialah pendekatan eklektif. Pendekatan ini merupakan pendekatan

yang menggunakan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Ini kerana, terdapat pelajar yang

menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dengan diri mereka sewaktu sesi pembelajaran. Sebagai

contoh, jika ada pelajar yang suka membuat perbandingan dan pemerhatian sewktu sesi pembelajaran,

maka pelajar ini lebih sesuai menggunakan pendekatan induktif. Manakala jika ada pelajar yang suka

belajar menggunakan hukum atau membuat generalisasi, maka pendekatan deduktif akan digunakan.

Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan untuk menentukan pendekatan mana yang lebih

sesuai digunakan terhadap seseorang pelajar.

Pendekatan pembelajaran kolaboratif pula adalah bertujuan untuk memperbaiki kaedah

perbincangan kumpulan pelajar. Ia telah dijamin berkesan dan dapat membantu merancakkan aktiviti

perbincangan di dalam kumpulan. Komunikasi yang baik diantara seseorang pelajar dengan pelajar

yang lain, dapat memperolehi hasil yang bermutu. Secara tidak langsung, ia akan dapat memberi

impak yang positif terhadap gaya pembelajaran mahu pun sikap pelajar itu sendiri. Pendekatan

pembelajaran koperatif pula bermakna, pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan belajar, saling

bantu-membantu dan berinteraksi secara kerjasama. Pelajar ini akan sama-sama terlibat di dalam

aktiviti pembelajaran. Ini kerana kesemua mereka mempunyai matlamat yang sama. Pelajar akan

diminta untuk melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan kefahaman di dalam kumpulan terhadap

sesuatu tajuk yang dipelajari. Pendekatan ini dapat membantu ke arah perkongsian idea dalam suasana

yang aman. Pendekatan penyerapan pula ialah guru akan menghubungkan sesuatu pengajaran dengan

satu atau lebih mata pelajaran yang lain. Dengan ini pengajaran dan pembelajaran akan lebih

bermakna dan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang harmoni dan positif.

Penggunaan teknologi maklumat didalam kelas juga dapat mempelbagaikan proses

pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengajaran secara

tradisional sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan

pelbagai kemudahan yang terdapat dalam teknologi maklumat. Malah, melalui penggunaan

teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan

lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap

subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang

diperolehi.

Melalui pelaksanaan Minggu Teknologi Maklumat di SK LKTP Ulu Penggeli ini,

murid-murid khususnya tahap 2 dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan

bantuan internet. Ini juga merupakan peluang untuk murid membiasakan diri dengan aplikasi

6

Page 6: Assignment HBEF 2303

komputer (Zoraini, 1996). Contohnya, menghasilkan powerpoint berkaitan tajuk-tajuk dalam

silibus serta mencari bahan-bahan berkaitan. Ia juga memberi peluang kepada murid mencuba

sesuatu yang baru dalam bilik darjah berkaitan dengan teknologi maklumat.

Adalah diharapkan bahawa pelaksanaan minggu ini dapat membantu murid-murid

sekolah ini agar lebih bijak menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran masing-

masing. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan

kecekapan murid-murid dalam penggunaan teknologi ini sebaik mungkin agar pelbagai

pengalaman pembelajaran yang positif dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Rasional

1. Memupuk kesedaran tentang faedah-faedah menggunakan teknologi maklumat dalam

kehidupan seharian.

2. Melahirkan murid yang berbakat, lebih kreatif dan inovatif dalam bidang teknologi

maklumat.

3. Melahirkan murid yang berani dan berdaya saing dalam setiap pertandingan teknologi

maklumat yang dijalankan.

Matlamat

Program ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih yakin dan berkebolehan menggunakan

komputer dan mencari bahan berkaitan melalui internet.

Objektif

1. Murid akan menyedari bakat sedia ada yang boleh diketengahkan melalui beberapa

pertandingan berkaitan teknologi maklumat.

2. Murid dapat mengetengahkan bakat sedia ada dalam menggunakan teknologi maklumat.

3. Memberi keseronokan dan pengalaman baru kepada murid melalui pembelajaran

teknologi maklumat di luar bilik darjah.

Sasaran

1. Semua murid Tahap Dua Sekolah Kebangsaan SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang, Johor.

2. Setiap kelas WAJIB menghantar wakil

3. Sijil Penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.

7

Page 7: Assignment HBEF 2303

Cadangan Kaedah Sistem Penyampaian Kandungan Melalui Internet dari Sudut PPBK

Bil Jenis Pertandingan Justifikasi Contoh

1.

Pertandingan

mencari maklumat

menggunakan

internet.

Sasaran: Tahun 4

1. Memberi peluang PPBK kepada

murid Tahun 4 untuk mencari

bahan bantu yang mereka

fahami.

2. Murid Tahun 4 boleh menampal

bahan-bahan yang telah dicetak

didalam kelas untuk rujukan

semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

1. Mencari bahan yang

sesuai untuk tajuk;

Rumah di negara:

i. Zon Sederhana

Sejuk

ii. Zon Sedrhana

Panas

2. Tampal jenis-jenis

rumah yang dicetak

di dalam kelas

sebagai bahan

rujukan offline.

3.

2. Pertandingan menaip

teks yang cantik.

Sararan: Tahun 5

1. Murid diberikan pautan internet

berkaitan huraian rumah di

Malaysia dan diminta untuk

menaip semula huraian tersebut

dengan menggunakan font yang

berlainan.

2. Markah dikira berdasarkan

kreativiti serta kerjasama

berkumpulan.

1. Memahami faktor

yang mempengaruhi

pembinaan rumah.

2. Menghargai rumah

sebagai tempat

tinggal.

3. Pautan internet:http://

lhchuan044916.blog

spot.com/p/jenis-

rumah-di-

malaysia.html

http://

lsmoyd20102045951

8

Page 8: Assignment HBEF 2303

.blogspot.com/

2011/11/jenis-jenis-

rumah-di-

malaysia.html

3.

Pertandingan

membina

persembahan

powerpoint.

Sasaran: Tahun 6

1. Secara berpasangan murid-

murid menyiapkan

persembahan powerpoint

mengikut tajuk- tajuk yang

telah ditetapkan.

2. Murid-murid dikehendaki

membentangkan persembahan

powerpoint masing-masing

dalam masa 3 minit.

3. Markah dikira berdasarkan

kreativiti dan huraian yang

jelas.

1. Sediakan 6 atau 8

slide powerpoint

berkaitan tajuk-tajuk

didalam silibus.

2. Semua slide

powerpoint

hendaklah disiapkan

didalam makmal

sekolah untuk

mengelakkan

bantuan pihak

ketiga.

3. Print dan jilidkan

persembahan

powerpoint untuk

dijadikan bahan

rujukan offline

didalam kelas.

9

Page 9: Assignment HBEF 2303

Cadangan Perkakasan dan Bajet

Bil. Perkakasan Bajet Justifikasi

1. Ink hitam dan warna RM 100

1. Murid boleh mencetak bahan

berwarna supaya lebih

menarik.

2. Mencetak hasil kerja

powerpoint untuk simpanan

dan rekod.

2. Kertas warna RM 20

1. Kertas berwarna

menggalakkan murid-murid

supaya lebih kreatif.

2. Kertas putih sudah terlalu

konvensional dan kurang

menarik minat.

3. Internet Sekolah

1. Membantu murid mencari

bahan berkaitan topik dalam

silibus Kajian Tempatan

Tahun 4, 5 dan 6.

4. Komputer Sekolah

1. Murid mestilah menyiapkan

semua bahan-bahan yang

dipertandingkan disekolah

untuk mengelakkan sebarang

bantuan luar.

5. Printer Sekolah

1. Peralatan untuk murid

mencetak bahan yang akan

dipertandingkan.

6. Hadiah dan Sijil

Tahun 4, 5 dan 6

RM 111 1. Hadiah dan sijil diberikan

untuk menggalakkan

penyertaan serta sebagai

10

Page 10: Assignment HBEF 2303

Johan RM 15

Kedua RM 12

Ketiga RM 10

galakan kepada semua murid-

murid untuk beratnding.

JUMLAH RM 231 -

Tarikh Pelaksanaan

1- 5 Mac 2015

Tempat

Makmal Komputer SK LKTP Ulu Penggeli.

Sumber Kewangan

Sumbangan Sekolah/ PIBG

Jenis Pertandingan

1. Pertandingan mencari maklumat menggunakan internet (Tahun 4)

2. Pertandingan menaip teks yang cantik (Tahun 5)

3. Pertandingan membina persembahan powerpoint (Tahun 6)

Waktu pertandingan

Mata pelajaran Kajian Tempatan ( 60 minit )

AJK

Rujuk Lampiran 1

Rumusan

Melalui pertandingan – pertandingan yang telah dijalankan, jelaslah bahawa internet

mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

bermakna. Semua murid-murid yang terlibat telah menunjukkan minat dan kesungguhan

dalam menggunakan PPBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus

menggalakkan pembelajaran kendiri dikalangan murid untuk melahirkan warga negara yang

berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.

11

Page 11: Assignment HBEF 2303

Walaupun pelaksanaan Minggu Teknologi Makluamat ini telah berjaya mencapai

objektifnya, namun pada masa akan datang, adalah dicadangkan supaya;

1. Pertandingan diperluaskan kepada semua tahap dan kelas agar penggunaan PPBK dapat

dilaksanakan secara menyeluruh.

2. Libatkan penyertaan panitia-panitia lain agar murid-murid lebih berdaya saing.

3. Pastikan semua hasil kerja murid dicetak dan dismpan didalam kelas sebagai bahan

rujukan online.

4. Pelbagaikan hadiah-hadiah yang ditawarkan supaya murid-murid lebih bersungguh-

sungguh dalam penyediaaan hasil kerja dan menunjukkan tahap kreativiti yang lebih baik.

Disediakan Oleh;

.

....................................................

(En. Kamarulzaman bin Osman)

Guru Penyelaras Bestari

SK LKTP Ulu Penggeli.

12

Page 12: Assignment HBEF 2303

Refleksi

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada

murid-murid khususnya penggunaan ICT yang di sekolah rendah. Namun begitu terdapat juga

kelemahan yang timbul kesan dianjukkanri pada penggunaan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan

bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini

guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya

dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu

mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya

menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan

alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan

pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan

didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu

pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru

dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada

teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan

pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT, guru dapat

menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.

Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini

mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar

mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu

menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini

kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di

akses kedalam sistem.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat

13

Page 13: Assignment HBEF 2303

meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti

komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua benda yang

berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani

proses pengajaran dan pembelajaran disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang

dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan

merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi

nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar

ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai

sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini

kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang

apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini

disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian. Melalui cara ini guru dan

pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia

tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak

ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru

agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi

pemahaman murid.

Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang

pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama

dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid

dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan

lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui

pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih

memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang

lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk

pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar

kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.

14

Page 14: Assignment HBEF 2303

SK LKTP ULU PENGGELI

JALAN KASAWARI, FELDA ULU PENGGELI,

86000 KLUANG,

JOHOR DARUL TAKZIM.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

MINGGU TEKNOLOGI MAKLUMAT

Ahli Jawatankuasa Pengelola

Penasihat : En. Kamarudin bin Asrap

GURU BESAR

Pengerusi : Pn. Hjh. Zaharah binti Hashim

GPK PENTADBIRAN

S/U : En. Kamarulzaman bin Osman

GURU PENYELARAS BESTARI

Bendahari : Pn. Asrafiza binti Mostaffa

BENDAHARI

AJK Kerja

Pendaftaran : Pn. Azfariza bt. Mostafa

Pn. Hjh. Norrafidah binti Yahya

Pembahagi Tugas/ : En. Azirul bin Ali Daud

Hakim Pertandingan En. Kamarulzaman bin Osman

15

Lampiran 1

Page 15: Assignment HBEF 2303

En. Hairul Azuan bin Ahdan

Peralatan/Tempat : YM. TG. Zainuddin bin TG. Abdullah

Hadiah : Tn. Hj. Saim bin Salleh

Pn. Diah Sittawati binti Tajudin

RUJUKAN

Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Count. London. HMSO

Zoraini Wati Abas (1996). " Internet untuk pendidikan ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Internet Dalam Pendidikan. Johor Bahru. MPTI

Zulkifli Harun (1998). Integrasi internet dalam pendidikan bilik darjah. Tidak diterbitkan ( on-line ).

16