assignment fiskal soalan 1

17
GMGF 2033 DASAR DAN ANALISIS FISKAL 1.0 Pengenalan Kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung kepada sistem dan jentera pentadbiran kerajaan itu sendiri. Kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara Malaysia pada 31 Ogos 1957 merupakan saksi kepada peralihan kuasa iaitu dari kuasa penjajah kepada kuasa yang dipegang oleh anak tempatan semula. Namun begitu, dari segi struktur pentadbiran kerajaan British masih digunapakai dalam sistem pentadbiran Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pentadbiran di Malaysia adalah berasaskan demokrasi berparlimen iaitu melalui pemilihan pemimpin oleh rakyat berdasarkan undi majoriti melalui pilihanraya umum setiap 5 tahun sekali dan Sistem Raja Berpelembagaan iaitu yang diketuai oleh DYM Yang Di Pertuan Agong. Kuasa DYM Yang Di Pertuan Agong adalah tertaluk kepada apa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan dan kuasa yang dipegang merupakan perlantikan secara bergilir-gilir dan tidak secara warisan bagi memastikan keadilan dalam pentadbiran negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan yang mengandungi tiga peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan. Setiap peringkat kerajaan memainkan peranan masing-masing dalam menjana ekonomi negara di samping memastikan kemakmuran dan keamanan negara terjamin. 2.0 Sejarah Perkembangan Pentadbiran Kewangan di Malaysia Latar belakang pentadbiran kewangan di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga tempoh iaitu sebelum kedatangan Inggeris, semasa pemerintahan Inggeris, dan selepas mencapai kemerdekaan. Setiap tempoh mengandungi peristiwa penting dan memberi kesan kepada adanya Malaysia pada hari ini. Pada tempoh pertama iaitu sebelum kedatangan Inggeris, pentadbiran kewangan hanya wujud dalam konteks pemerintahan kerajaan melayu seperti Melaka. Aktiviti perdagangan antarabangsa yang berkembang pesat 1 194707

Upload: sharfielaz

Post on 03-Jan-2016

901 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

1.0 Pengenalan

Kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara adalah bergantung kepada sistem dan jentera

pentadbiran kerajaan itu sendiri. Kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara Malaysia pada

31 Ogos 1957 merupakan saksi kepada peralihan kuasa iaitu dari kuasa penjajah kepada kuasa

yang dipegang oleh anak tempatan semula. Namun begitu, dari segi struktur pentadbiran

kerajaan British masih digunapakai dalam sistem pentadbiran Malaysia.

Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pentadbiran di Malaysia adalah berasaskan demokrasi

berparlimen iaitu melalui pemilihan pemimpin oleh rakyat berdasarkan undi majoriti melalui

pilihanraya umum setiap 5 tahun sekali dan Sistem Raja Berpelembagaan iaitu yang diketuai

oleh DYM Yang Di Pertuan Agong. Kuasa DYM Yang Di Pertuan Agong adalah tertaluk

kepada apa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan dan kuasa yang dipegang merupakan

perlantikan secara bergilir-gilir dan tidak secara warisan bagi memastikan keadilan dalam

pentadbiran negara.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan yang

mengandungi tiga peringkat kerajaan iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan

Kerajaan Tempatan. Setiap peringkat kerajaan memainkan peranan masing-masing dalam

menjana ekonomi negara di samping memastikan kemakmuran dan keamanan negara

terjamin.

2.0 Sejarah Perkembangan Pentadbiran Kewangan di Malaysia

Latar belakang pentadbiran kewangan di Malaysia boleh dikategorikan kepada tiga tempoh

iaitu sebelum kedatangan Inggeris, semasa pemerintahan Inggeris, dan selepas mencapai

kemerdekaan. Setiap tempoh mengandungi peristiwa penting dan memberi kesan kepada

adanya Malaysia pada hari ini.

Pada tempoh pertama iaitu sebelum kedatangan Inggeris, pentadbiran kewangan hanya wujud

dalam konteks pemerintahan kerajaan melayu seperti Melaka. Aktiviti perdagangan

antarabangsa yang berkembang pesat di Melaka telah mewujudkan jawatan seperti Penghulu

1 194707

Page 2: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

Bendahari, pengutipan cukai-cukai tempatan yang merupakan perkara asas dalam pentadbiran

kewangan kerajaan.

Setelah kedatangan Inggeris, pentadbiran kewangan di kerajaan Melayu pada ketika itu dilihat

sebagai berpusat dengan model kerajaan British. Semasa era penjajahan Inggeris tersebut,

beberapa enakmen, jawatankuasa dan perintah telah dikeluarkan bagi menggariskan asas

pentadbiran kewangan kerajaan yang moden. Contohnya, pengenalan Perintah Am Kewangan

merupakan perkara penting yang berlaku semasa tempoh tersebut dan terus diamalkan

sehingga ke hari ini.

Pentadbiran kewangan selepas kemerdekaan dicapai disifatkan sebagai zaman pembaharuan

kepada pentadbiran kewangan. Ianya boleh dilihat apabila kerajaan telah memperkenalkan

komponen perbelanjaan pembangunan disamping perbelanjaan bekalan dan beberapa sistem

belanjawan yang penting mula diwujudkan dan sentiasa ditambahbaik bagi memastikan

pengurusan perbelanjaan tahunan kerajaan stabil.

3.0 Dasar Kewangan (Fiskal) Negara

Terdapat beberapa dasar yang sering dilaksanakan oleh pihak kerajaan iaitu dasar fiskal, dasar

kewangan, kawalan langsung dan dasar sebelah penawaran. Kerajaan mempengaruhi dalam

kegiatan ekonomi negara dengan matlamat untuk meningkatkan prestasi dan menstabilkan

kedudukan ekonomi negara (INTAN 1991:661). Perbendaharaan Malaysia telah diamanahkan

untuk menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat

pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Dasar ini diwujudkan untuk mengatasi masalah ekonomi yang paling utama iaitu inflasi atau

pengangguran.

Dasar fiskal ialah dasar perubahan perbelanjaan kerajaan dan cukai demi mengatasi inflasi

dan kemelesetan ekonomi. Kesan dasar fiskal menjadi lengkap   apabila bank pusat

melaksanakan dasar kewangan yang selaras dengan   tujuannya pada masa yang sama.

Terdapat dua jenis dasar fiskal iaitu pemantap automatik dan dasar budi bicara. Pemantap

automatik adalah alat kerajaan yang dapat mengecilkan keadaan melambung-meleset ekonomi

secara automatik (Lai Mooi Chang, 2001). Terdapat beberapa jenis pemantap automatik iaitu

pengenaan cukai, bayaran pindahan kerajaan dan dasar harga maksimum-minimum. Semasa

2 194707

Page 3: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

keadaan ekonomi melambung, pendapatan masyarakat akan meningkat dan seterusnya

permintaan agregat juga meningkat. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan harga

umum, pengenaan cukai pendapatan akan mengurangkan pendapatan boleh guna masyarakat.

Serentak dengan itu juga dasar harga maksimum akan dilaksanakan bagi menghalang

kenaikan tingkat harga melebihi tingkat harga maksimum. Ini akan mengakibatkan

peningkatan permintaan agregat dapat dikurangkan dan kenaikan tingkat harga umum dapat

dikecilkan.

Dasar kewangan ialah langkah-langkah bank pusat untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi

melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar bunga dan mengubah penawaran wang

dalam ekonomi demi mengatasi inflasi dan kemelesetan ekonomi. Kesan dasar kewangan

menjadi lengkap apabila kerajaan melaksanakan dasar fiskal yang selaras dengan tujuannya

pada masa yang sama.

Dasar kewangan boleh dibahagikan kepada dua iaitu dasar kewangan kuantitatif dan

kualitatif (Lai Mooi Chang, 2001). Dasar kewangan kuantitatif ialah langkah-langkah bank

pusat mempengaruhi penawaran wang dan kadar bunga manakala dasar kewangan kualitatif

ialah langkah-langkah bank pusat mempengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank

perdagangan. Pada masa inflasi iaitu kenaikan tingkat harga umum berterusan dan tidak

terbatas, perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat. Maka pelaksanaan dasar

kewangan menguncup yang menyebabkan pengurangan bekalan wang dan kenaikan kadar

bunga dapat mengurangkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai

keseimbangan dengan penawaran agregat untuk mengurangkan inflasi. Manakala pada masa

deflasi iaitu kadar pengangguran yang tinggi, perbelanjaan agregat kurang daripada

penawaran agregat. Ini akan menyebabkan bank pusat melaksanakan dasar kewangan

mengembang yang menyebabkan pertambahan bekalan wang dan kejatuhan kadar bunga

dapat menambahkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan

dengan penawaran agregat untuk menggerakkan ekonomi negara seterusnya akan dapat

menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat.

3 194707

Page 4: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

4.0 Kepentingan Federalisme Fiskal

Setiap barang awam yang dibekalkan oleh kerajaan yang mempunyai kuasa politik, terutama

dalam membuat keputusan untuk mendapatkan hasil dan membiayai barang awam. Kerajaan

sesebuah negara akan mewujudkan satu struktur pentadbiran yang berperingkat mengikut

pembahagian lokasi atau kawasan perundangan. Struktur pentadbiran kerajaan boleh disusun

daripada saiz kuasa yang besar kepada yang lebih kecil, iaitu daripada kerajaan pusat,

kemudiannya kerajaan negeri dan dan akhirnya dikecilkan lagi kepada kerajaan tempatan.

Tiga fungsi utama setiap kerajaan ini ialah menjamin kecekapan penggunaan sumber,

mewujudkan pengagihan pendapatan yang saksama, dan mengekalkan ekonomi pada tingkat

guna tenaga yang tinggi dengan kestabilan harga yang munasabah. Analisis penyelarasan ini

disebut sebagai federalisme fiskal.

Melalui federalisme fiskal, kerajaan telah melaksanakan tiga fungsi ekonomi yang utama iaitu

fungsi peruntukan, agihan, dan penstabilan. Dari segi ekonomi, federalisme fiskal dapat

ditakrifkan sebagai "penentuan struktur optimum terhadap sektor awam dari segi penugasan

tanggungjawab membuat keputusan tentang fungsi-fungsi yang ditentukan kepada wakil-

wakil kumpulan masyarakat mengikut kawasan geografi" (Oates 1972: 19). Ia mencadangkan

garis panduan pembahagian yang sesuai terhadap fungsi-fungsi fiskal antara kerajaan pusat

dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

5.0 Instrumen Fiskal

Instrumen fiskal merupakan alat fiskal yang bertindak sebagai pengimbang dalam pentadbiran

belanjawan negara. Terdapat tiga fungsi belanjawan negara iaitu fungsi Peruntukan,fungsi

Agihan dan Fungsi Penstabilan.

5.1 Fungsi Peruntukan

Dalam fungsi peruntukan, kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau kerajaan tempatan

boleh menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan cekap. Kerajaan pusat

hendaklah menyediakan barang dan perkhidmatan yang memberi faedah kepada setiap

penduduk dalam negara, manakala kerajaan negeri pula dikehendaki menyediakan

barang dan perkhidmatan awam yang faedahnya terhad kepada sekumpulan penduduk

4 194707

Page 5: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

dalam kawasan tertentu. Contohnya, projek pertahanan negara, penyelidikan atom,

taman teknologi, pembersihan alam sekitar, dan kawalan penggunaan dadah patut

diusahakan oleh kerajaan pusat dan projek empangan air, kawalan banjir, lampu jalan

raya, dan bekalan hidroelektrik patut diusahakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan

tempatan.

Berdasarkan teori peruntukan sektor awam, barang dan perkhidmatan awam mesti

disediakan oleh unit-unit pentadbiran tertentu mengikut saiz kawasan faedah barang

itu, dan kos penyediannya dibiayai bersama oleh para pengguna di kawasan yang

menerima faedah itu. Ini bererti jika faedah itu bersifat "tingkat tinggi", maka

penyediaannya mesti ditugaskan kepada peringkat pentadbiran yang tinggi, begitu juga

jika sebaliknya.

Penglibatan kerajaan negeri atau tempatan dalam penyediaan barang dan perkhidmatan

awam "tempatan" amat penting untuk mencapai kecekapan peruntukan. Ini kerana

kerajaan negeri boleh menyediakan berbagai-bagai jenis dan tingkat output barang

awam "tempatan" yang boleh memenuhi cita rasa dan keutamaan masyarakat yang

berbeza, dan kos penyediaan barang tersebut akan dibiayai oleh masyarakat yang

menikmati faedahnya. Misalnya, masyarakat yang mengutamakan taman rekreasi akan

sanggup membiayai kos atau cukai untuk menikmati barang itu. Begitu juga dengan

masyarakat lain yang mengutamakan bangunan sekolah atau klinik di kawasan

mereka, akan sanggup membayar kos atau cukai untuk mendapat barang tersebut.

Dengan cara ini, kecekapan peruntukan lebih mudah dicapai oleh kerajaan negeri

berbanding dengan kerajaan pusat.

5.2 Fungsi Agihan

Fungsi Agihan dilaksanakan oleh kerajaan pusat akibat kurangnya keberkesanan untuk

mencapai matlamat agihan oleh kerajaan negeri kurang. Ini berpunca dari golongan

kaya dalam kawasan kerajaan negeri itu akan berpindah keluar ke kawasan jiran yang

lain, manakala golongan miskin dari kawasan lain akan berhijrah masuk ke kawasan

negeri yang mengamalkan program cukai-subsidi. Akibatnya, kawasan tersebut akan

mempunyai golongan miskin yang rendah pendapatan per kapita mereka, manakala

kawasan lain akan mempunyai golongan kaya yang tinggi pendapatan per kapita.

Sungguhpun semua anggota dalam masyarakat, termasuk golongan kaya, menyokong

5 194707

Page 6: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

langkah untuk menghapuskan kemiskinan melalui program cukai-subsidi, namun

mereka masih memikirkan cara atau peluang untuk mengelakkan diri daripada

menyertai program itu.

5.3 Fungsi Penstabilan

Fungsi ini hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat bagi mengekalkan kestabilan

ekonomi negara, terutamanya dalam mengekalkan tingkat guna tenaga yang tinggi

pada tingkat kadar inflasi yang munasabah. Peranan ini dikaitkan dengan kuasa mutlak

kerajaan pusat dari segi pengawalan saiz penawaran wang. Pengembangan penawaran

wang yang cepat besar kemungkinan akan berlaku sekiranya kuasa ini diambil alih

oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan. Minat untuk mencipta wang sendiri bagi

pembiayaan projek awam akan wujud apabila keupayaan fiskal kerajaan negeri terhad.

Kesan ini akan menyebabkan inflasi yang tinggi. Oleh itu, kawalan terhadap

penawaran wang memang perlu dilakukan oleh kerajaan pusat. Jika kuasa mencipta

wang hanya diserahkan kepada kerajaan pusat, ini bererti keupayaan kerajaan negeri

untuk mengawal kestabilan ekonomi di kawasan masing-masing hanya bergantung

pada dasar fiskal, iaitu dasar pencukaian dan perbelanjaan awam. Keberkesanan dasar

ini untuk menstabilkan ekonomi dalam kawasan berkenaan sangatlah terhad

disebabkan oleh keadaan ekonomi kerajaan negeri atau kerajaan tempatan secara

umum sangatlah terbuka dalam kawasan pasaran negara yang penduduknya bebas

melakukan pembelian barang dan perkhidmatan di luar kawasan itu tanpa sebarang

sekatan di samping keupayaan fiskal yang terhad pasti akan mendorong kerajaan

negeri atau kerajaan tempatan menggunakan dasar belanjawan defisit.

Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan iaitu jumlah pembiayaan telah meningkat dari

RM43,275 juta pada tahun 2010 kepada RM45,481 juta sehingga Jun 2011. (Rujuk Lampiran

1)

6.0 Hasil Kerajaan Persekutuan

Hasil Kerajaan Persekutuan terbahagi kepada 4 kategori umum iaitu Hasil Cukai, Hasil

Bukan Cukai, Terimaan Bukan Hasil dan Hasil daripada Wilayah Persekutuan.

6 194707

Page 7: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

6.1 Hasil Cukai merupakan hasil yang dikutip berdasarkan perundangan yang

diluluskan oleh Parlimen. Cukai boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk bayaran wajib

yang dikenakan berdasarkan asas-asas tertentu ke atas pembayar cukai. Ianya

termasuklah pendapatan, penggunaan, perbelanjaan, kekayaan dan juga urus niaga.

Pihak yang bertanggungjawab untuk membayar cukai adalah terdiri daripada individu,

syarikat, perusahaan, pengguna, pengeksport, pengimport, pengilang, penjudi dan

pewaris. Hasil Cukai dikelaskan kepada dua iaitu Hasil Cukai Langsung dan Hasil

Cukai Tidak Langsung.

Hasil Cukai Langsung merupakan cukai yang dikenakan secara terus ke atas

pendapatan atau kekayaan seseorang. Ia juga boleh dikenakan berdasarkan kaedah

urus niaga yang mempunyai implikasi undang-undang seperti pemetraian perjanjian.

Kelulusan dari Parlimen hendaklah diperolehi sekiranya berlaku sebarang perubahan

terhadap cukai yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, cukai langsung adalah

cukai yang ditanggung sendiri oleh pembayar cukai dan beban cukai tersebut tidak

dapat dipindahkan kepada orang lain.

Ia termasuklah hasil daripada:

a. cukai pendapatan (individu, syarikat, petroleum, pegangan dan koperasi);

b. duti setem;

c. cukai keuntungan harta tanah; dan

d. cukai aktiviti perniagaan Labuan.

Hasil Cukai Tidak Langsung pula merupakan cukai yang dikenakan ke atas

individu apabila mereka membeli sesuatu barangan atau menggunakan sesuatu

perkhidmatan yang dicukai. Ia dikenakan ke atas penjual, pengimport, pengeksport,

pengilang atau pengusaha tetapi beban cukai ini boleh dipindahkan kepada pengguna

atau pembeli melalui kenaikan harga. Pemindahan beban cukai ini berlaku apabila

kita membeli sesuatu barang atau menggunakan perkhidmatan yang dikenakan cukai,

kita membayar cukai tersebut melalui kenaikan harga barang atau perkhidmatan

tersebut. Beban cukai jenis tidak langsung ini mungkin ditanggung kesemuanya oleh

pihak yang dikenakan cukai, atau dialihkan keseluruhannya kepada pembeli ataupun

7 194707

Page 8: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

dikongsi bersama oleh pihak yang dikenakan cukai dan pembeli barangan atau

pengguna perkhidmatan tersebut. Antara contoh cukai tidak langsung ialah hasil

daripada duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan

levi. Cukai tidak langsung kebanyakannya dikutip oleh Jabatan kastam dan Eksais

Diraja.

6.2 Hasil Bukan Cukai

Kerajaan Persekutuan juga mendapat hasil melalui hasil bukan cukai. Hasil Bukan

Cukai merupakan bayaran yang dikutip oleh kerajaan daripada perkhidmatan-

perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk keperluan rakyat. Pembayar cukai

hanya akan dikenakan bayaran apabila ingin mendapatkan kebenaran kerajaan bagi

menjalankan sesuatu perniagaan atau perusahaan, atau apabila menggunakan

perkhidmatan-perkhidmatan tertentu. Antara sumber hasil bukan cukai yang diperolehi

oleh kerajaan Persekutuan ialah :

a. lesen dan permit (merangkumi semua bayaran yang dikenakan berhubung dengan

pemberian hak kepada individu, perbadanan, perniagaan termasuk royalti daripada

petroleum dan lain-lain perusahaan bagi tujuan kawalan atau peraturan dan lesen

kenderaan bermotor);

b. bayaran perkhidmatan (merangkumi terimaan bagi perkhidmatan yang diberi oleh

Kerajaan Persekutuan kepada orang awam);

c. perolehan daripada jualan barang (merangkumi terimaan daripada jualan harta

benda fizikal yang dimiliki oleh Kerajaan termasuk tanah, bangunan, peralatan

pejabat, stor dan jualan barang pelbagai jenis untuk orang awam);

d. sewaan;

e. faedah dan perolehan daripada pelaburan (merangkumi faedah pinjaman yang diberi

oleh Kerajaan, faedah bank, dividen yang diperoleh daripada bon atau saham dan

perolehan daripada jualan pelaburan);

f. Bayaran denda dan penalti; dan

g. sumbangan dan bayaran ganti rugi/pampasan daripada dalam dan luar negara.

8 194707

Page 9: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

6.3 Terimaan Bukan Hasil ialah kutipan-kutipan tidak berasaskan sebarang akta

tetapi lebih merupakan kutipan-kutipan daripada punca-punca seperti:

a. pulang balik perbelanjaan (merangkumi terimaan daripada Kumpulan Wang

Yang Disatukan daripada tahun lepas, pulang balik gaji kerana perletakan

jawatan dan pulang balik perbelanjaan latihan);

b. kredit antara jabatan (merangkumi pindahan dana di antara Kementerian

atau Jabatan bagi perkhidmatan yang diberi di antara agensi Kerajaan);

c. pulang balik bagi bayaran berlebihan atau kekhilafan bayaran dalam tahun

fiskal yang lalu;

d. bayaran balik; dan

e. sumbangan daripada jabatan Kerajaan, badan berkanun atau syarikat milik

Kerajaan.

6.4 Hasil daripada dua Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Labuan

dan Kuala Lumpur memainkan peranan dalam pengutipan hasil seperti sebuah

Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, hasil-hasil yang diperoleh akan dimasukkan

ke dalam Kumpulan Wang Yang Disatukan Kerajaan Persekutuan. Hasil yang didapati

daripada kedua-dua wilayah terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai

termasuk penerimaan daripada lesen dan permit, premium, cukai tanah, jualan aset,

sewaan, bayaran perkhidmatan dan duti hiburan.

Menurut sumber dari Kementerian Kewangan, iaitu data ekonomi berkenaan jumlah hasil

kerajaan persekutuan telah meningkat sebanyak RM6,172 juta dari tahun 2010 hingga ke Jun

2011. (Rujuk Lampiran 2)

7.0 Hasil Kerajaan Negeri

Punca-punca hasil Kerajaan Negeri telah dinyatakan di dalam Bahagian 3 Jadual Kesepuluh,

Perlembagaan Malaysia. Hasil-hasil ini akan dimasukkan ke dalam kumpulan wang yang

dinamakan sebagai Kumpulan Wang Disatukan Bagi Negeri. Pada kebiasaannya, hasil-hsil

9 194707

Page 10: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

yang dikutip oleh Kerajaan Negeri kurang penting dan tidak membawa kepada jumlah cukai

yang besar berbanding Kerajaan Persekutuan. Antara hasil Kerajaan Negeri ialah :

a. Hasil dari cukai langsung seperti hasil daripada tanah, lombong dan hutan

b. Hasil daripada cukai tidak langsung seperti duti hiburan

c. Hasil bukan cukai seperti hasil daripada lesen-lesen, selain daripada lesen yang

berhubung dengan kereta-kereta uang digerakkan oleh jentera, pemasangan eletrik

dan pendaftaran perniagaan; bayaran dalam Mahkamah, selain Mahkamah

Persekutuan; dan bayaran dan penerimaan daripada perkhimatan tertentu yang

telah dijalankan oleh Jabatan – Jabatan Kerajaan Negeri

d. Terimaan Bukan Hasil seperti pemberian atau geran daripada Kerajaan

Persekutuan, sumbangan, sewaan, terimaan daripada jualan tanah dan harta negeri,

zakat fitrah, baitulmal dan hasil agama Islam serta harta karun .

Menurut Perlembagaan, Bahagian 5 Jadual 10 yang menetapkan bahawa hasil-hasil tambahan

kepada negeri Sabah dan Sarawak seperti duti import dan duti eksais ke atas petroleum,

royalti ke atas galian yang boleh dikenakan duti eksport, cukai-cukai jualan negeri, duti

eksport ke atas keluaran kayu, bayaran dari pelabuhan selain pelabuhan Persekutuan dan

beberapa hasil lain yang kurang penting.

8.0 Kawalan - Kawalan Kewangan

Kawalan - kawalan kewangan merupakan proses bagi memastikan kewangan negara ditadbir

dan diurus dengan cekap, berkesan, dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Di

Malaysia, pengurusan kewangan adalah dikawal melalui beberapa tahap tertentu antaranya

ialah peruntukan perlembagaan, kawalan parlimen, kawalan eksekutif, dan kawalan

pentadbiran.

8.1 Peruntukan Perlembagaan

Seperti yang telah diketahui, Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan

mana-mana pihak tidak dibenarkan untuk menggubal undang-undang dalam

Persekutuan yang bercanggah dengan Perlembagaan. Badan Perundangan

10 194707

Page 11: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

bertanggungjawab untuk menjalankan pengawalan ke atas perbelanjaan Kerajaan

melalui peruntukan-peruntukan Perlembagaan bahawa: (Arahan Perbendaharaan,ms 6)

Segala hasil daripada apa-apa punca jua pun hendaklah dimasukkan ke dalam

Kumpulan Wang Disatukan(KWDS), dan tiada apa-apa pembayaran boleh dibuat

daripada KWDS kecuali apabila peruntukan sebanyak yang ditetapkan bagi

maksud-maksud yang tertentu telah dibenarkan oleh undang-undang;

Apa-apa wang yang telah diuntukkan bagi sesuatu maksud yang khusus hendaklah

diserah balik kepada KWDS sekiranya tidak dibelanjakan bagi maksud tersebut

dalam tempoh yang dibenarkan baginya; dan

Akaun awam hendaklah diperiksa oleh Ketua Audit Negara dan laporannya

mestilah dibentangkan dalam Dewan Badan Perundangan yang berkenaan.

8.2 Kawalan Parlimen

Parlimen merupakan badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan memainkan

peranan penting dalam membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di

seluruh negara. Parlimen berhak meluluskan undang-undang persekutuan, membuat

pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar

kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang

baru. Parlimen mengawal perbelanjaan negara melalui rancangan perbelanjaan setiap

tahun yang dibentangkan dan diperdebatkan di Dewan Rakyat. Komitmen setiap

agensi kerajaan akan disoal dan diselidik sebelum kelulusan peruntukan diberikan.

Semasa peringkat ini juga, Ketua Audit Negara akan melaporkan laporan pengauditan

beliau ke atas akaun awam sementara Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam akan

memeriksa laporan yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara tersebut. Hal ini

menjelaskan dengan terperinci, bahawa setiap tindakan kakitangan awam tidak akan

terlepas daripada pemeriksaan oleh pihak yang berkuasa.

8.3 Kawalan Perbendaharaan / Eksekutif

Perbendaharaan telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan agar hal ehwal negara

dijalankan dengan teratur dan berkesan. Perbendaharaan bertindak mengawal dengan

lebih cermat atas setiap perbelanjaan semua jabatannya dan ke atas semua perkara

11 194707

Page 12: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

mengenai tatacara kewangan dan perakaunan, termasuklah tatacara bagi memungut,

menyimpan, dan membayar Wang Awam dan tatacara pembelian, penyimpanan, dan

pelupusan Aset Awam. Kawalan Perbendaharaan juga melibatkan permohonan

peruntukan daripada agensi awam bagi mengadakan sesuatu program. Perbendaharaan

hanya akan menyalurkan peruntukan kepada agensi-agensi awam tersebut mengikut

jumlah yang telah diluluskan oleh badan perundangan dengan syarat mereka

dikehendaki mengemukakan sebuah laporan perbelanjaan kepada Perbendaharaan.

Perbendaharaan mengawal akauntabiliti agensi awam melalui penguatkuasaan

prosedur dan amalan yang dikenakan ke atas agensi-agensi yang menerima wang

rakyat.

8.4 Kawalan Kementerian/Jabatan/Pentadbiran

Kawalan yang dilaksanakan dalam setiap kementerian dan jabatan terletak di tangan

seorang pegawai pengawal yang dilantik. Mereka dipertanggungjawabkan untuk

memastikan perjalanan kewangan organisasi mereka dibuat berdasarkan prinsip

legaliti dan akauntabiliti serta menggunakan instrumen-instrumen akauntabiliti yang

berkesan. Mereka dibenarkan untuk menurunkan kuasa tersebut ke peringkat bawahan

tetapi beliau tidak dibenarkan untuk melepaskan amanah dan tanggungjawab asal yang

diberi kepadanya.

9.0 Belanjawan Negara

Forecasting is a complex process. For example, a state may use a number of different

analytical techniques and consult with a variety of policy makers, budgeters, finance officers,

and economists to estimate individual revenue sources as well as to develop the final revenue

forecast for the state. (Government Budget Forecasting Theory and Practise, page 29)

Belanjawan Negara adalah satu pernyataan hasil dan anggaran perbelanjaan masa hadapan

untuk perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara bagi memenuhi keperluan rakyat

bagi satu-satu tahun kewangan tertentu negara. Terdapat dua kategori peranan belanjawan

iaitu belanjawan sebagai alat dasar fiskal dan belanjawan sebagai alat pengurusan.

12 194707

Page 13: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

9.1 Belanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal

Fungsi Peruntukan : Daripada peranan untuk menjaga keamanan/

ketenteraman/hasil kepada meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat;

kemudahan infrastruktur; sekolah, klinik, jalanraya dll.

Fungsi Agihan : Mengagihkan hasil dan perbelanjaan secara adil dan saksama

mengikut keperluan; PPRT, subsidi bagi mengurangkan jurang ekonomi yang

berada dengan miskin; dasar percukaian progresif; dan pengagihan pendapatan

dengan saksama.

Fungsi penstabilan : Menstabilkan ekonomi melalui kawalan kenaikan harga;

pengurangan penggangguran; peningkatan guna tenaga; peningkatan

pertumbuhan ekonomi dan insentif pelaburan kepada swasta.

9.2 Belanjawan Sebagai Alat Pengurusan

Alat Mengurus Sumber Kewangan: Belanjawan mengandungi maklumat

objektif negara yang ingin dicapai melalui strategi pemilihan aktiviti/projek

yang bijak dan sesuai berpandukan peruntukan dan dibelanjakan mengikut

perancangan yang telah disusun.

Dokumen Belanjawan dan Kewangan: Belanjawan menetapkan peruntukan

kepada agensi dibelanjakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan; maklumat

dokumen belanjawan membantu pengurus mengawal kos dan penggunaan

sumber bagi mengelak pembaziran iaitu membelanjakan wang ke atas perkara-

perkara yang tidak menjadi keutamaan negara.

Alat Mengukur kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan:

Pengukuran prestasi belanjawan dibuat melalui laporan dan maklumbalas yang

disediakan berasaskan perancangan belanjawan; kecekapan penggunaan

peruntukan yang telah diperuntukkan diukur daripada perbelanjaannya. Ini

adalah bertujuan untuk menilai sama ada objektif organisasi tercapai atau

sebaliknya.

Sistem Belanjawan yang digunakan mempengaruhi keberkesanan dan kecekapan pengurusan

sesuatu belanjawan. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah bijak bagi merangsang

ekonomi negara demi menjamin kesejahteraan rakyat. Ini adalah seperti yang dinyatakan

dalam Ucapan Budget Tahun 2010 yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib

Tun Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Negara iaitu:

13 194707

Page 14: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

a) Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian     

Diutamakan;

b) Meliberalisasikan 27 subsektor Perkhidmatan dan Kewangan;

c) Melaksanakan NKRA dan KPI;

d) Memansuhkan garis panduan Jawatankuasa pelaburan Asing dan menubuhkan Ekuiti

Nasional Berhad (EKUINAS);

e) Melaksanakan program untuk meringankan beban rakyat termasuk Program

Perumahan Rakyat dan infrastruktur luar Bandar; dan

f) Melancarkan Amanah Saham 1Malaysia untuk menggalakkan pelaburan dan

meningkatkan pendapatan

Selain itu, bajet 2010 memberikan tumpuan kepada 3 strategi berikut:

Pertama Memacu negara ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi;

Kedua Memastikan Pembangunan Holisitk dan Mapan; dan

Ketiga Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Malaysia telah melalui pengalaman dalam menguruskan belanjawan pada zaman yang

berbeza-beza melalui beberapa sistem belanjawan sehinggalah ke sistem belanjawan yang

telah diamalkan sekarang.

10.0 Implikasi Federalisme Fiskal

Pembahagian pelaksanaan fungsi fiskal sangat diperlukan memandangkan saiz pengagihan

faedah daripada sesuatu barang dan perkhidmatan awam adalah berbeza. Sesetengah barang

dan perkhidmatan awam mempunyai faedah untuk semua penduduk dalam negara (seperti

pembersihan alam sekitar dan penyediaan perkhidmatan tentera), manakala sesetengah yang

lain hanya memberi faedah untuk penduduk dalam kawasan tempatan tertentu (seperti

pembinaan taman rekreasi dan sekolah). Fungsi fiskal yang memberikan kebajikan untuk

semua penduduk dalam sesebuah negara hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan pusat,

manakala fungsi fiskal yang memberikan kebaikan untuk segolongan penduduk hendaklah

dijalankan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan jika untuk ianya memberi faedah

kepada golongan yang terhad. Pembahagian tanggungjawab ini dirasakan perlu supaya

pembayar cukai barang dan perkhidmatan awam tertentu benar-benar dapat menikmati

14 194707

Page 15: Assignment Fiskal Soalan 1

GMGF 2033

DASAR DAN ANALISIS FISKAL

perkhidmatan itu dengan lebih adil. Ahli-ahli ekonomi telah mencadangkan bahawa fungsi

penstabilan dan fungsi agihan hendaklah dijalankan oleh kerajaan pusat, manakala

pelaksanaan fungsi peruntukan bergantung pada jenis barang dan perkhidmatan awam.

Kerajaan pusat hendaklah menjalankan fungsi peruntukan ini jika barang dan perkhidmatan

yang disediakan itu memberi faedah kepada setiap penduduk dalam negara, manakala fungsi

peruntukan barang dan perkhidmatan awam yang lain hendaklah dijalankan oleh kerajaan

negeri atau kerajaan tempatan.

11.0 Kesimpulan

Kewangan merupakan aspek penting dalam pentadbiran sesebuah negara demi memastikan

setiap peruntukan dan perbelanjaan negara diselia dan dikawal dengan cekap, berkesan dan

mematuhi setiap aspek dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan menjadi

garis panduan tentang proses dan prosedur pentadbiran kewangan dalam membentuk negara

Malaysia sebagai negara demokrasi. Maka, terdapat empat perkara penting dalam skop

pentadbiran kewangan iaitu belanjawan, dasar kewangan(fiskal) negara, bidang kuasa

kewangan, dan kawalan-kawalan kewangan. Belanjawan adalah merujuk kepada anggaran

perbelanjaan dan hasil, serta strategi-strategi yang bakal diambil oleh oleh negara dalam

menghadapi suasana ekonomi semasa. Dasar Kewangan(Fiskal) Negara pula merujuk kepada

tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi menstabilkan dan menghadapi masalah

ekonomi. Bidang kuasa kewangan adalah had-had kuasa dan tanggungjawab badan dan

institusi tertentu dalam menguruskan hal ehwal kewangan negara. Dan kawalan-kawalan

kewangan merupakan proses untuk memastikan supaya kewangan negara ditadbir dengan

cekap, berkesan, adil dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Seperti matlamat

kerajaan dalam Ucapan Bugdet 2010 pada 23 Oktober 2009 yang lalu, melalui strategi yang

pertama iaitu “Memacu Negara Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi”. Strategi ini

menyenaraikan beberapa langkah utama iaitu antaranya dengan meningkatkan pelaburan

swasta, menyediakan persekitaran mesra perniagaan, pelaksanaan inisiatif Projek Perkongsian

Awam-Swasta(PPP), dan mempergiatkan kemasukan pelaburan asing.

15 194707