dasar fiskal islam

95
Dasar Fiskal Islam dan Konvensional Suatu Perbandingan PENDAHULUAN. Peranan kerajaan adalah penting dalam Sistem Ekonomi Islam. Kerajaan dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan norma-norma dan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, termasuklah hal ekonomi, menerusi dasar dan usaha yang dipertimbangkan. Dalam bidang ekonomi, kerajaan berfungsi untuk menjamin keperluan asas semua rakyat, membantu dan menyelia sepenuhnya penggunaan segala sumber, memastikan perlaksanaan norma dan nilai Islam dalam penentuan harga faktor dan bayaran pindahan yang membawa kepada agihan pendapatan dan kekayaan dengan saksama dan dengan demikian memainkan peranan yang positif dan penting dalam pembangunan Sistem Ekonomi Islam. Bagi kerajaan, semua ini membabitkan dasar ekonomi yang wajar. Oleh itu, salah satu kategori utama dan umum dalam langkah dasar yang boleh digunakan ialah dasar fiskal yang akan dibincangkan selain dasar kewangan. Dasar fiskal merujuk kepada manipulasi sumber hasil kerajaan yang releven termasuk cukai dan kawalan arah penggunaannya dan saiz perbelanjaan kerajaan dengan menggunakan alat fiskal supaya matlamat dasar ekonomi tercapai. Penulisan ini akan membicarakan secara khusus tentang alat dasar fiskal sebuah kerajaan iaitu zakat dan cukai tentang perbandingan, implikasi dan pelbagai topik yang berkaitan dengan kedua-dua instrumen ini. A. Permasalahan Kajian. Bagi mengatasi masalah ekonomi seperti inflasi dan pengangguran, sesebuah kerajaan boleh menjalankan beberapa dasar atau dasar yang sesuai. Terdapat dua dasar yang utama iaitu Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan. Dasar fiskal ialah dasar yang dijalankan dengan

Upload: hasmiza-hasan

Post on 16-Apr-2015

316 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

aa

TRANSCRIPT

Page 1: Dasar Fiskal Islam

Dasar Fiskal Islam dan Konvensional Suatu Perbandingan

PENDAHULUAN.

Peranan kerajaan adalah penting dalam Sistem Ekonomi Islam. Kerajaan dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan norma-norma dan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, termasuklah hal ekonomi, menerusi dasar dan usaha yang dipertimbangkan. Dalam bidang ekonomi, kerajaan berfungsi untuk menjamin keperluan asas semua rakyat, membantu dan menyelia sepenuhnya penggunaan segala sumber, memastikan perlaksanaan norma dan nilai Islam dalam penentuan harga faktor dan bayaran pindahan yang membawa kepada agihan pendapatan dan kekayaan dengan saksama dan dengan demikian memainkan peranan yang positif dan penting dalam pembangunan Sistem Ekonomi Islam. 

Bagi kerajaan, semua ini membabitkan dasar ekonomi yang wajar. Oleh itu, salah satu kategori utama dan umum dalam langkah dasar yang boleh digunakan ialah dasar fiskal yang akan dibincangkan selain dasar kewangan. Dasar fiskal merujuk kepada manipulasi sumber hasil kerajaan yang releven termasuk cukai dan kawalan arah penggunaannya dan saiz perbelanjaan kerajaan dengan menggunakan alat fiskal supaya matlamat dasar ekonomi tercapai. Penulisan ini akan membicarakan secara khusus tentang alat dasar fiskal sebuah kerajaan iaitu zakat dan cukai tentang perbandingan, implikasi dan pelbagai topik yang berkaitan dengan kedua-dua instrumen ini. 

A. Permasalahan Kajian.

Bagi mengatasi masalah ekonomi seperti inflasi dan pengangguran, sesebuah kerajaan boleh menjalankan beberapa dasar atau dasar yang sesuai. Terdapat dua dasar yang utama iaitu Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan. Dasar fiskal ialah dasar yang dijalankan dengan mengawal dan mengubah dua bahagian penting iaitu perbelanjaan kerajaan dan cukai. Kedua-dua item ini disebut sebagai alat dasar kerajaan. Alat dasar ini akan digunakan bagi mempengaruhi perbelanjaan agregat Negara supaya ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh. Namun, dalam hal ini sejauh manakah cukai dapat membantu seperti yang dilaksanakan dalam Dasar Fiskal Konvensional? Apakah wujud alat fiskal selain cukai sekiranya cukai kurang berfungsi dalam mencapai matlamat kestabilan ekonomi?. Di sini, zakat yang hanya wujud dalam Dasar Fiskal Islam dilihat sebagai salah-satu alternatif dalam memainkan peranan mencapai kebajikan, kestabilan, pertumbuhan, pembangunan dan keseimbangan agihan harta. Ia tidak bermaksud mengambil alih peranan cukai, tetapi merupakan alat fiskal yang perlu seiring penggunaannya bersama cukai. Oleh yang demikian, beberapa persoalan dapat dibangkitkan, antaranya: 

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Fiskal Konvensional;b) Bagaimanapula dengan Dasar Fiskal Islam, Apakah ia mempunyai persamaan mahupun

Page 2: Dasar Fiskal Islam

perbezaan dengan Dasar Fiskal Konvensional;c) Bagaimanakah dinamakan zakat sebagai alat fiskal yang perlu seiring berjalan bersama dengan cukai, apakah peranan dan fungsi-fungsinya;d) Sejauhmanakah perbezaan mahupun persamaan kedua-dua alat ini berfungsi dan berperanan;e) Apakah dasar fiskal yang sesuai dalam memainkan peranan mencapai kebajikan, kestabilan, pertumbuhan, pembangunan dan keseimbangan agihan harta.

B. Matlamat Kajian.

Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji skop dasar fiskal serta perbandingan Dasar Fiskal Konvensional dan Dasar Fiskal Islam dalam penggunaan komponen-komponen utama yang melibatkan instrumen zakat dan cukai. 

C. Objektif Kajian.

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa objektif kajian. Antaranya ialah:

a) Mengkaji skop Dasar Fiskal Islam dan Dasar Fiskal Konvensional;b) Mengemukakan perbandingan Dasar Fiskal Islam dan Dasar Fiskal Konvensional secara menyeluruh;c) Mengenalpasti penggunaan zakat dan cukai dalam Dasar Fiskal Negara; 

D. Skop / Limitasi Kajian.

Kajian mengenai Dasar Fiskal Zakat dan Cukai ini dilakukan melalui penelitian terhadap pendapat-pendapat pakar dalam hal berkaitan ekonomi khususnya berkenaan Ekonomi Islam dengan mengambil kira penulisan-penulisan mereka. Pandangan daripada tenaga-tenaga pengajar juga tidak terkecuali sebagai pelengkap berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka. Metod utama kajian ini juga lebih dikenali sebagai rujukan keperpustakaan. Merujuk kepada Kajian Primer, hanya segelintir individu sahaja yang akan dipilih untuk memberikan pandangan dan pendapat.

E. Hipotesis Kajian.

Dalam usaha membuat kajian ini, pengkaji telah membuat beberapa hipotesis kajian iaitu:

a) Dasar Fiskal Islam dan Konvensional masih lagi mempunyai persamaan asas walaupun banyak perbezaannya;b) Kewajipan zakat dan keperluan cukai yang berbeza daripada beberapa aspek; c) Sifat anjal pada instrumen zakat membawa kelebihan berbanding cukai;

Page 3: Dasar Fiskal Islam

d) Keperluan Negara kepada zakat dan cukai terhadap pembangunan ekonomi.

F. Definisi Operasi Kajian.

Dasar Fiskal :Manipulasi sumber hasil kerajaan yang releven termasuk cukai, dan kawalan arah dan saiz perbelanjaan kerajaan dengan menggunakan alat fiskal supaya matlamat dasar ekonomi mencapai objektifnya. 

Zakat :Bayaran wajib yang dibayar oleh golongan kaya kepada mereka yang memerlukan bantuan melalui kerajaan bagi melaksanakan tujuan yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an.

Cukai :Bayaran wajib yang dikenakan oleh kerajaan terhadap rakyat yang terlibat dengan asas cukai yang diamalkan. 

Permasalahan :Sesuatu masalah yang timbul.

Dikalangan :Dalam sesuatu kelompok yang tertentu sahaja.

Tenaga Pengajar :Hanya melibatkan pengajar-pengajar dalam bidang Ekonomi Islam sahaja.Perlaksanaan :Sesuatu perkara yang dilaksanakan terhadap sesuatu isu yang timbul.

G. Metodologi Kajian.

Dalam suatu proses penyelidikan, penentuan kaedah kajian adalah perlu bagi merumuskan hasil kajian yang didapati. Dalam membuat kajian ini, penyelidik telah menggunakan beberapa metod atau cara bagi mencapai matlamat kajian iaitu mengkaji apakah perlaksanaan zakat dan cukai ini menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat serta implikasi antara keduanya dalam membantu dalam pembangunan sesebuah negara. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa metodologi tertentu bagi membantu proses kajian ini dijalankan. Antaranya ialah:

a) Kajian Primer.

Iaitu kajian lapangan yang mana bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih terperinci. Data Primer diperolehi melalui:

i. Temubual

Dari sudut kajian ini, pengkaji menggunakan cara atau metodologi temubual. Dengan cara ini, pengkaji akan memperolehi maklumat yang tepat dan jelas di samping memperkuatkan lagi hasil rujukan perpustakaan. Dalam kaedah ini, beberapa soalan akan disediakan yang mana

Page 4: Dasar Fiskal Islam

merangkumi tentang permasalahan kajian. Metodologi temubual ini dijalankan kepada beberapa individu yang terpilih.

ii. Pemerhatian

Kaedah ini dijalankan oleh pengkaji bagi memudahkan kajian. Di samping itu juga, pengkaji dapat memerhatikan permasalahan yang berjalan secara realiti.b) Kajian Sekunder

Kajian sekunder iaitu kajian kepustakaan adalah merupakan satu kaedah yang mana berperanan sebagai panduan kepada penyelidik untuk mengetahui tentang apa yang dikaji. Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) menjadi pusat kepada penyelidik bagi mengumpul maklumat mengenai permasalahan yang dikaji. Kajian melalui buku-buku, majalah, akhbar, laman web adalah untuk merujuk istilah tertentu dan menambah sedikit sebanyak maklumat mengenai perkara yang dikaji. 

H. Tinjauan Terhadap Kajian Lepas.

Islam menitikberatkan kebajikan kebendaan dan kerohanian. Oleh itu, Negara Islam bertanggungjawab mempertahankan dan memajukan kedua-dua aspek kebajikan tersebut, dalam rangka yang dipanggil sebagai dasar fiskal. Metwally merasakan peranan dasar fiskal di dalam ekonomi Islam amat penting berbanding dengan ekonomi yang bukan Islam. Antara hujah beliau, pengenaan zakat yang tidak mengira keadaan ekonomi daripada golongan yang berkelayakan dan perbelanjaannya keatas golongan yang ditentukan menjadikan Dasar Fiskal Islam berdiri secara sendiri secara lebih unik berbanding dengan dasar fiskal bukan Islam (Konvensional). 

Selain daripada itu, kebanyakan sarjana Islam berminat untuk membincangkan kebolehan negara mengenakan cukai selain zakat. Dalam hal ini, Imam Mālik pernah berkata: “Jika perbendaharaan tidak mempunyai dana atau keperluan untuk tentera bertambah, iaitu melebihi keupayaan perbendaharaan, negara mempunyai hak untuk memungut cukai terhadap orang kaya dengan segera sehingga kepada peringkat yang boleh memenuhi keperluan tersebut sehingga hasil terdapat di perbendaharaan” Ibn Hazm pula hanya membenarkan cukai sekiranya hasil zakat tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan golongan fakir dan miskin. Hujah di atas menunjukkan bahawa pengenalan cukai tambahan, selain zakat adalah harus dalam keadaan yang tertentu. 

Secara ringkasnya, kajian-kajian lepas hanya membuktikan perlaksanaan kedua-dua instrumen dari segi tanggungjawab dan peranan tanpa melihat kelebihan penggunaan kedua-dua instrumen ini kepada dasar fiskal bagi mana-mana kerajaan. Sama ada zakat yang dikenakan dalam Dasar Fiskal Islam mahupun hanya cukai sahaja yang dikenakan dalam Dasar Fiskal Konvensional. Ini

Page 5: Dasar Fiskal Islam

bukanlah bermaksud memberatkan lagi tanggungjawab rakyat Islam terhadap negara, tetapi ia merupakan suatu hikmah yang memerlukan penelitian yang khusus. Oleh itu, kajian ini secara terperincinya akan membincangkan tentang kedua-dua instrumen ini tanpa melihat instrumen-instrumen lain yang berkaitan memandangkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua instrumen ini dari aspek penggunaannya. 

Dasar fiskal juga adalah dasar atau pemilihan instrumen yang digunakan untuk mencapai tujuan yang ditetapkan dalam bidang penerimaan serta perbelanjaan kerajaan. Instrumen yang digunakan dalam dasar fiskal misalnya berupa percukaian termasuk cukai umum, sumbangan subsidi, penggunaan kekayaan negara, dasar perbelanjaan dan dasar hutang kerajaan.

Ringkasnya, dasar fiskal dianggap sebagai alat untuk mengatur dan mengawal kelakuan manusia, yang boleh dipengaruhi oleh ransangan dan halangan yang wujud dengan menambah hasil kerajaan (melalui percukaian, pinjaman ataupun perbelanjaan kerajaan).

1.1.2 Objektif Dasar Fiskal.

Dasar fiskal dijalankan bagi mencapai objektif kebajikan, kestabilan, pertumbuhan, pembangunan dan keseimbangan agihan harta. Dalam huraian sebelumnya telah dijelaskan bahawa dasar (polisi) fiskal merupakan dasar yang melibatkan hasil (percukaian) dan perbelanjaan kerajaan. Dengan kata lain, ia merupakan langkah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dan sistem percukaian untuk mempengaruhi kedudukan ekonomi negara. Dasar fiskal yang berkesan boleh membawa kestabilan ekonomi serta langsung mengatasi masalah ekonomi seperti inflasi dan pengangguran.

Tujuan-tujuan utama dasar fiskal adalah: 

A. Untuk mencapai pertumbuhan ekonomi berterusan tanpa inflasi dan pengangguran;B. Untuk mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang kekayaan di antara golongan kaya dan miskin.

Secara umumnya, tujuan dasar ini adalah untuk mengurus belanjawan kerajaan yang mengandungi berbagai-bagai jenis hasil dan perbelanjaan. Hasil kerajaan diperoleh daripada berbagai-bagai sumber, tetapi sebahagian besarnya adalah daripada cukai, sama ada cukai langsung terhadap pendapatan atau cukai tidak langsung terhadap perbelanjaan.

1.1.3 Jenis-Jenis Dasar Fiskal.

Page 6: Dasar Fiskal Islam

Terdapat dua jenis dasar fiskal iaitu Dasar Fiskal Penstabil Automatik dan Dasar Fiskal Budi Bicara. Belanjawan Negara pula adalah cara bagaimana kerajaan membelanjakan sumber-sumber hasil yang dikutip. Ia juga dikenali sebagai Dasar Belanjawan Negara. Terdapat tiga jenis dasar belanjawan iaitu Belanjawan Lebihan, Belanjawan Kurangan dan Belanjawan Berimbang. Carta pada Lampiran A boleh menerangkan hubungan ini. 

1.1.3.1 Dasar Fiskal Penstabil Automatik. 

Ia berfungsi dengan cara menggiatkan pertumbuhan ekonomi semasa kemelesetan serta mengurangkan kepesatan pertumbuhan ekonomi semasa ekonomi melambung, dengan tujuan menjamin kestabilan aktiviti ekonomi. Dasar ini akan berfungsi secara automatik bagi mengawal kegiatan ekonomi. Semasa ekonomi mengalami kemelesetan, penstabil automatik akan mengurangkan kemelesetan ini dengan cara mengurangkan bahagian cukai. Sementara dalam keadaan ekonomi melambung, penstabil automatik ini akan menaikkan bahagian cukai bagi melambatkan pertumbuhan ekonomi.

Terdapat beberapa kaedah bagaimana penstabil automatik ini dapat mempengaruhi aktiviti ekonomi iaitu:

A. Cukai Berkadar dan Cukai Progresif.

Cukai berkadar akan mengurangkan pendapatan bolehguna masyarakat atau menyebabkan kecenderungan mengguna marginal menjadi lebih kecil. Semasa ekonomi melambung, cukai berkadar ini akan mengurangkan kesan melambung ini dengan mengurangkan peningkatan dalam perbelanjaan agregat. Begitu juga dengan Cukai Pendapatan progresif yang dikenakan lebih tinggi semasa ekonomi mengembang dan rendah semasa ekonomi meleset bagi mengawal kenaikan dan penurunan pendapatan masyarakat dalam masa inflasi dan deflasi.

B. Skim Insurans Pengangguran.

Skim Insurans Penganggur ini dapat mengurangkan turun-naik ekonomi. Skim seperti ini banyak diamalkan di Negara maju, di mana para pekerja diwajibkan mencarum sejumlah wang ke dalam tabung pengangguran yang ditubuhkan ini. Apabila ekonomi meleset, maka perbelanjaan agregat turut merosot dan terdapat dikalangan buruh yang mungkin diberhentikan pekerjaan. Jadi bagi mengurangkan kesan kemelesetan, tabung ini mengeluarkan sejumlah wang bagi membantu pekerja yang dibuang kerja dan dalam masa yang sama mengurangkan caruman wang pekerja ke dalam tabungan ini. Sebaliknya, ketika ekonomi melambung jumlah caruman akan ditingkatkan seterusnya akan mengurangkan perbelanjaan agregat Negara.

C. Dasar Kawalan Harga.

Page 7: Dasar Fiskal Islam

Dasar kawalan harga ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu Dasar Harga Tetap atau Maksimum dan Dasar Harga Minimum. Dasar Harga Tetap atau Maksimum ini digunakan bagi menyekat kenaikan harga yang terlalu tinggi semasa inflasi. Manakala Dasar Harga Minimum dilaksanakan bagi menjamin tingkat harga tidak turun terlalu rendah dan ini akan memberi jaminan kepada pengeluar terutamanya petani supaya tidak mengalami kejatuhan pendapatan yang teruk. Dasar ini bertujuan menstabilkan tingkat harga barang dan aktiviti ekonomi. D. Bayaran Pindahan.

Bayaran pindahan ialah pindahan pendapatan dalam bentuk cukai kepada golongan miskin. Ia dapat mengurangkan permintaan agregat serta kemelesetan ekonomi.

1.1.3.2 Dasar Fiskal Budi Bicara atau Diskresioner. 

Dalam usaha mengurangkan kesan kemelesetan dan melambung yang besar, kerajaan selalunya akan melakukan perubahan ke atas sistem cukai dan corak perbelanjaan kerajaan. Langkah-langkah yang di ambil oleh kerajaan dalam mengawal cukai dan perbelanjaan ini disebut sebagai Dasar Fiskal Budi Bicara. 

Dalam Dasar Fiskal Budi Bicara ini terdapat dua alat dasar yang boleh digunakan oleh kerajaan, iaitu:

A. Perbelanjaan Kerajaan iaitu bagaimana kerajaan memperuntukkan sumber-sumber bagi mengurus sebuah kerajaan. Ia meliputi perbelanjaan pembangunan, sosio-ekonomi, pertahanan, pengurusan dan sebagainya.B. Cukai iaitu hasil yang kerajaan pungut daripada cukai yang dibayar. Cukai ini meliputi Cukai Pendapatan, iaitu persendirian dan syarikat, Cukai Import dan Eksport dan sebagainya.

Oleh itu, dalam menjalankan Dasar Budi Bicara ini kerajaan mempunyai beberapa pilihan, iaitu:

A. Mengubah Cukai.

Semasa ekonomi mengalami kemelesetan, kerajaan boleh mengurangkan cukai. Contohnya, kerajaan boleh mengurangkan Cukai Pendapatan. Cukai Pendapatan dibayar oleh individu dan juga oleh syarikat. Apabila Cukai Pendapatan individu ini dikurangkan maka ia akan meningkatkan kuasa beli atau penggunaan isi rumah. Dengan itu, kesan kemelesetan dapat dikurangkan apabila penggunaan meningkat.

Begitu juga Cukai Syarikat yang dikurangkan akan dapat digunakan oleh syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan pelaburan pasa masa hadapan. Ini akan menggalakkan pelaburan dan akan merangsang ekonomi. Begitu juga sebaliknya, apabila ekonomi melambung maka kerajaan boleh meningkatkan cukai bagi mengurangkan kesan melambung tersebut.

Page 8: Dasar Fiskal Islam

B. Mengubah Perbelanjaan.

Perbelanjaan kerajaan akan mempengaruhi perbelanjaan agregat. Semasa ekonomi mengalami kemelesetan, kerajaan boleh mengurangkan kesan kemelesetan ini dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Peningkatan perbelanjaan kerajaan akan juga meningkatkan perbelanjaan agregat secara keseluruhan dan kesan meleset dapat dikurangkan.

Sebaliknya, semasa ekonomi melambung perbelanjaan kerajaan boleh dikurangkan dan ini mengurangkan perbelanjaan agregat, seterusnya mengurangkan kesan inflasi. Namun begitu dasar ini selalunya digunakan secara berhati-hati terutama semasa ekonomi mengalami kemelesetan kerana semasa kemelesetan kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan dan juga mengurangkan cukai. Oleh itu kerajaan perlu mendapatkan sumber lain bagi membiayai perbelanjaan berlebihan ini. Cara yang selalu digunakan ialah dengan membuat pinjaman, sama ada pinjaman dalam negeri atau pinjaman luar negeri. Pinjaman dalam negeri akan mengurangkan sumber dana pelaburan bagi sektor swasta sementara pinjaman luar negeri akan memburukkan akaun pembayaran Negara.

C. Mengubah Cukai dan Perbelanjaan Kerajaan.

Terdapat dua corak perubahan yang boleh dilakukan iaitu pertama, mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan mengikut arah bertentangan. Semasa inflasi, kerajaan boleh meningkatkan cukai dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Kedua, mengubah cukai dan perbelanjaan pada nisbah yang sama. Dasar ini bertujuan memastikan belanjawan kerajaan berada dalam keadaan berimbang. Dasar seperti ini selalunya dijalankan ketika ekonomi berada dalam tingkat guna tenaga penuh. Dasar Belanjawan Berimbang ini akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi meningkat mengikut jumlah cukai dan perbelanjaan kerajaan yang dikenakan. Jika kerajaan mengurangkan cukai sebanyak RM10 juta dan dalam masa yang sama meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta maka ekonomi akan tumbuh sebanyak RM10 juta juga. 

1.1.4 Komponen Dasar Fiskal.

Dasar Belanjawan Negara terdiri daripada dasar fiskal dan dasar kewangan. Belanjawan di antaranya mengandungi cadangan cukai yang hendak dinaikkan atau diturunkan serta peruntukan kewangan yang disediakan untuk tujuan-tujuan atau sektor-sektor tertentu. Cadangan untuk membiayai perbelanjaan juga dibentangkan dalam belanjawan (iaitu sama ada melalui cukai atau pinjaman). 

Page 9: Dasar Fiskal Islam

Di samping mempengaruhi perbelanjaan kerajaan, dasar fiskal juga berkaitan dengan Sistem Percukaian Negara. Perubahan ke atas sistem percukaian dan kadar cukai boleh membantu dalam usaha menstabilkan ekonomi negara. Kenaikan kadar cukai pendapatan, umpamanya, akan mengurangkan pendapatan seseorang yang seterusnya akan mengurangkan kuasa belinya. Begitu juga sebaliknya, penurunan cukai boleh meningkatkan kegiatan ekonomi keseluruhannya dan dapat mengatasi masalah pengangguran. Dasar fiskal mengandungi tiga komponen terpenting, iaitu: 

A. bahagian Sumber Hasil, B. bahagian Perbelanjaan, dan C. bahagian Hutang Negara. Setiap bahagian ini akan dibahas secara terperinci dalam tajuk seterusnya.

1.2 DASAR FISKAL DALAM EKONOMI KONVENSIONAL. 

Di kebanyakan negara membangun, dasar fiskal memainkan peranan yang lebih penting daripada dasar kewangannya yang masih belum maju. Namun, untuk mencapai hasil yang lebih baik, dasar fiskal sebaiknya dilaksanakan bersama dengan dasar kewangan dan tidak hanya terhad pada satu metod tertentu. 

Asas utama dasar fiskal secara singkat dapat disebut seperti berikut: 

A. Kenaikan perbelanjaan kerajaan menambah permintaan barang dan perkhidmatan. Jadi kenaikan itu menggalakkan perkembangan ekonomi. Pengurangan perbelanjaan kerajaan pula menurunkan jumlah permintaan dan membantutkan perkembangan ekonomi;B. Kenaikan kadar cukai mengurangi jumlah permintaan barang dan perkhidmatan dengan demikian membantutkan ekonomi. Penurunan kadar cukai menaikkan jumlah permintaan dan merangsangkan perkembangan ekonomi.

Dengan demikian, keputusan dasar fiskal, sama ada menambah atau menaikkan kadar cukai bergantung kepada keadaan ekonomi Negara yang nyata atau yang dijangkakan dan juga bergantung pada pertimbangan para pembuat dasar ekonomi tentang apakah ekonomi memerlukan galakan dan pembatasan.

Keadaan asas ekonomi Negara dengan tindakan dasar fiskal yang tepat, adalah seperti berikut:

A. Apabila ekonomi berada dalam keadaan guna tenaga yang tidak penuh dan dijangkakan keadaan ini berlanjutan dan bertambah buruk, maka kenaikan jumlah permintaan yang disebabkan oleh tambahan belanja kerajaan, atau oleh penurunan cukai atau kombinasi dari

Page 10: Dasar Fiskal Islam

keduanya, dapat menggalakkan perkembangan ekonomi dan meninggikan guna tenaga.B. Namun apabila ekonomi telah mencapai peringkat guna tenaga penuh atau hampir mencapainya, tingkat harga akan naik, dan inflasi dijangkakan berterusan atau semakin buruk, maka pengurangan jumlah permintaan yang disebabkan oleh pengurangan perbelanjaan kerajaan, kenaikan cukai atau kombinasi dari keduanya, dapat menyekat ekonomi dan mengurangkan inflasi.C. Tetapi apabila ekonomi dalam keadaan keseimbangan yang relatif dengan peringkat guna tenaga penuh serta secara relatif terdapat kestabilan harga, maka mungkin tidak diperlukan perubahan dalam hubungan di antara perbelanjaan kerajaan dan cukai. Jika kerajaan perlu menaikkan perbelanjaan untuk memenuhi beberapa keperluan Negara yang penting, maka kenaikan cukai untuk menjaga keseimbangan ekonomi secara keseluruhannya. 

Pendapat di atas secara ringkas menyatakan penemuan prinsip analisa ekonomi moden mengenai dasar fiskal. 

1.2.1 Kepentingan Dasar Belanjawan.

Dasar belanjawan negara adalah penting untuk mencapai perkembangan ekonomi, stabiliti tingkat harga am, dan tingkat gunatenaga penuh. Kepentingan belanjawan untuk mencapaikan sasaran-sasaran ini muncul sejak tahun Kemelesetan Besar Dunia iaitu pada tahun-tahun 1930-an. Sesuatu sebab di antara lainnya yang telah memberi sumbangan kepada kepentingan belanjawan ialah kegagalan dasar kewangan mengatasi masalah kemelesetan ekonomi pada tahun-tahun itu. 

Belanjawan kerajaan meliputi punca hasil dan agihan perbelanjaan mengikut sektor ekonomi. Jika hasil melebihi perbelanjaan, ini dikatakan belanjawan lebihan. Sebaliknya jika perbelanjaan melebihi hasil, ini dikatakan belanjawan kurangan. Jika hasil sama dengan perbelanjaan, ini dikatakan belanjawan berimbang.

Belanjawan Lebihan ialah lebihan atau baki dalam hasil semasa kerajaan di atas perbelanjaan semasa kerajaan. Dasar belanjawan lebihan diamalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan tekanan inflasi. Lebihan ini sama ada disimpan atau dilabur oleh kerajaan untuk tujuan yang produktif. Dasar belanjawan lebihan ialah satu bahagian penting dalam dasar belanjawan kerana ketika ekonomi mengalami inflasi jumlah perbelanjaan perlu dikurangkan supaya dapat mengurangkan lebihan permintaan. Pada masa inflasi, jumlah wang yang beredar dalam ekonomi lebih banyak dibandingkan dengan barang-barang dan perkhidmatan yang ada. Jadi, untuk mengatasi masalah ini masyarakat digalakkan menambah tabungan supaya boleh digunakan pada masa-masa yang perlu. Kerajaan boleh berbuat demikian melalui dasar belanjawan lebihan iaitu dengan cara menaikkan cukai. Cukai yang tinggi dan berbagai-bagai akan mengurangkan kecenderungan para pengguna berbelanja. Dengan ini jumlah wang yang beredar akan berkurangan.

Page 11: Dasar Fiskal Islam

Belanjawan Kurangan pula merupakan satu keadaan apabila jumlah perbelanjaan semasa melebihi jumlah hasil semasa iaitu kesan daripada dasar percukaian. Ini dilaksanakan dengan cara menambah pinjaman dan penciptaan kredit. Tujuan dasar ini dilaksanakan ialah untuk mengatasi keadaan meleset dan masalah pengangguran, kerana dalam keadaan meleset hasil negara akan jatuh dengan cepat. Pada masa itu juga Cukai Pendapatan, Cukai Eksport dan Import akan berkurangan. Walaubagaimanapun, perbelanjaan kerajaan tidak akan jatuh dengan serta merta kerana rancangan perbelanjaan tidak boleh diubah dalam sekelip mata perbelanjaan yang melebihi hasil ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa mendapatkan pinjaman sama ada dengan cara menjual atau dengan meminjam daripada luar. Belanjawan kurangan boleh dicapai dengan menurunkan cukai, meninggikan perbelanjaan kerajaan atau kedua-duanya sekali. 

Belanjawan Berimbang wujud apabila jumlah hasil kerajaan sama dengan perbelanjaan kerajaan. Tujuan asal belanjawan kerajaan dibuat ialah untuk memastikan agar hasil tahunan dapat menampung perbelanjaan tahunan kerajaan. Tetapi sekarang belanjawan mempunyai tujuan lain iaitu untuk mengawal keadaan ekonomi dan untuk mengagihkan semula pendapatan di antara sektor-sektor dalam sesebuah ekonomi. 

Dasar belanjawan kerajaan adalah dijalankan melalui:

A. Perbelanjaan Sektor Awam.

Apabila aliran perbelanjaan sektor swasta sesuatu ekonomi tidak cukup untuk mencapai tingkat keluaran keupayaan ekonomi itu, pemerintahnya boleh membetulkan kekurangan itu dengan menambahkan perbelanjaan sektor awam ke atas barang-barang penggunaan dan pelaburan. Misalnya projek-projek kerjaraya boleh dilancarkan. Kenaikan perbelanjaan sektor awam akan mengakibatkan kenaikan pendapatan dengan berganda-ganda.

B. Pembayaran Pindahan.

Pembayaran pindahan adalah pembayaran bantuan. Ia meliputi pembayaran-pembayaran seperti bantuan pengangguran, bantuan kebajikan, pencen, dan sebagainya. Dengan kecenderungan sut mengguna yang malar kenaikan pembayaran pindahan akan mengakibatkan kenaikan pendapatan boleh guna dan kemudian perbelanjaan penggunaan.

C. Cukai Langsung.

Cukai Pendapatan menggantikan kebocoran aliran pendapatan ekonomi. Lebih besar resit Cukai Pendapatan Kerajaan, lebih kecil aliran pendapatan boleh guna dan demikian pula perbelanjaan ekonomi.

Page 12: Dasar Fiskal Islam

D. Cukai Tak Langsung.

Ia meliputi Cukai Eksais ke atas barang-barang jualan istimewa barang-barang mewah seperti rokok, minuman keras, alat-alat solek dan seumpamanya. Tetapi walaupun cukai tak langsung menaikkan harga barang-barang mewah, kenaikan harga yang diakibatkan oleh cukai tak langsung ini tidak akan dipulangkan balik kepada sektor swasta. Bahagian harga yang menggantikan cukai tak langsung adalah kebocoran dari aliran perbelanjaan dan ianya mengalir ke sektor pemerintah. 

1.2.2 Dasar Fiskal.

Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, dasar fiskal mengandungi tiga komponen terpenting, iaitu: 

A. bahagian Sumber Hasil, B. bahagian Perbelanjaan, dan C. bahagian Hutang Negara. Setiap bahagian ini akan dibahas secara terperinci dalam tajuk seterusnya.

1.2.2.1 Dasar Hasil Kerajaan.

Secara umumnya, hasil kerajaan diperoleh dari tiga sumber utama iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan penerimaan bukan hasil. Hasil dari cukai merupakan sumber hasil utama kerajaan bagi membiayai perbelanjaannya. Hasil bukan cukai pula ialah hasil yang diperolehi daripada bayaran yang dibuat oleh orang ramai, seperti cukai jalan. Manakala terimaan bukan hasil adalah seperti penerimaan daripada badan kerajaan dan pendapatan daripada pelaburan kerajaan. (dalam aplikasinya, dividen yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan daripada Bank Negara setiap tahun juga dianggap terimaan bukan hasil). 

A. Prinsip-Prinsip Percukaian Konvensional. 

Percukaian (taxation) mempunyai peranan penting sebagai alat untuk membiayai perbelanjaan awam. Percukaian akan mengurangkan kuasa beli orang ramai, di samping menambah keupayaan perbelanjaan kerajaan. Untuk mencapai faedah yang maksimum tentang pengenaan cukai kepada masyarakat, beberapa prinsip telah dibuat oleh para ahli ekonomi. 

Adam Smith mengemukakan empat prinsip utama Sistem Percukaian, iaitu: 

Page 13: Dasar Fiskal Islam

a) Persefahaman faedah antara pembayar cukai dengan Negara;b) Kemantapan dari segi masa dan jumlah pungutan;c) Kesenangan kepada pembayar dari segi membuat bayaran; dand) Ekonomi dalam pungutan. 

Manakala Richard A.Musgrave dan Peggy B.Musgrave menyenaraikan enam asas utama untuk mencapai tingkat struktur yang baik dalam percukaian, iaitu:

a) Beban cukai yang dikenakan mestilah sama. Setiap orang mestilah membayar dengan kadar sumbangan yang adil setakat kemampuan masing-masing;b) Beban cukai yang dikenakan mestilah tidak diganggu oleh keputusan- keputusan ekonomi yang boleh mengganggu tahap keadilan dalam pasaran;c) Dasar percukaian yang diwujudkan untuk tujuan lain, seperti untuk menggalakkan pelaburan tidaklah boleh mengatasi prinsip keadilan;d) Struktur cukai mestilah menjurus kepada dasar fiskal yang bertindak untuk tujuan penstabilan dan sekaligus pertumbuhan ekonomi;e) Sistem pentadbiran cukai mestilah senang difahami dan dilaksanakan oleh pembayar dan kerajaan; danf) Kos pentadbiran pungutan cukai mestilah paling minimum supaya tujuan pungutan untuk pengagihan dan pembiayaan awam dicapai.

Prinsip-prinsip itu banyak menjadi panduan terhadap amalan percukaian negara-negara kapitalis ekonomi bebas dewasa ini. Kerajaan Britain umpamanya, dalam memungut cukai menggunakan empat prinsip utama:

a) Keupayaan membayar dengan konsep Pay As You Earn (Paye);b) Darjah persamaan, iaitu bersifat universal kepada semua rakyat jelata;c) Senang ditadbirkan dalam erti kata tidak melibatkan kos yang tinggi iaitu, pulangan yang diterima daripada hasil cukai perlu lebih tinggi daripada kos mentadbirkannya; dand) Senang di fahami oleh umum terutama pembayar cukai.

B. Matlamat Percukaian.

Cukai ditakrifkan sebagai sumbangan wang atau harta yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas individu atau syarikat untuk membiayai perbelanjaannya ke atas kemudahan atau faedah lain yang dibekalkan kepada semua orang di dalam negeri. 

Orang ramai lazimnya beranggapan bahawa kerajaan mengenakan cukai hanya dengan tujuan untuk mendapatkan hasil bagi membiayai kegiatan-kegiatannya. Tetapi, sebenarnya percukaian telah digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk mencapai beberapa matlamat penting, iaitu:

Page 14: Dasar Fiskal Islam

a) Memperolehi Hasil.

Di zaman sebelum pemikiran Ekonomi Keynes mempengaruhi dasar-dasar kerajaan, matlamat utama percukaian adalah untuk memperolehi hasil yang kemudiannya digunakan untuk membiayai berbagai kegiatan kerajaan. Pada zaman itu, ahli-ahli ekonomi juga berpendapat bahawa kutipan cukai haruslah serendah mungkin supaya dapat meminimumkan kesan percukaian ke atas ekonomi. Tetapi, selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan di setiap Negara terus mengenakan cukai sebagai satu sumber utama hasilnya di samping menggunakan belanjawan untuk mempengaruhi arah perkembangan ekonomi negaranya.

b) Melaksanakan Dasar fiskal.

Seperti yang telah dijelaskan, dalam masa 30 tahun selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan di banyak Negara telah menggunakan percukaian, beserta tingkat perbelanjaan awam untuk mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi di Negara masing-masing.

c) Mengatasi Kegagalan Sistem Pasaran.

Sepertimana yang telah dinyatakan dalam tajuk sebelum ini, percukaian juga boleh digunakan untuk mengatasi sebahagian daripada kegagalan sistem pasaran. Misalnya, kerajaan boleh memperkenalkan satu struktur Cukai Pendapatan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan dalam agihan pendapatan dalam ekonominya. Kerajaan juga boleh mengenakan cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang membahayakan kesihatan orang ramai seperti arak dan rokok dan juga barang-barang mewah.

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa sebuah kerajaan sebenarnya boleh memperolehi dari berbagai-bagai jenis sumber. Tetapi, cukai merupakan sumber hasil yang utama bagi sesebuah kerajaan.

C. Jenis-jenis Cukai.

Sungguhpun pada asasnya, cukai boleh digolongkan kepada dua kategori utama, iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung, tetapi di dalam setiap kategori utama itu terdapat juga berbagai jenis cukai. Misalnya, cukai-cukai dalam setiap satu kategori itu boleh dikelaskan kepada cukai berkadar tetap, cukai progresif dan cukai regresif. 

Sesuatu cukai itu dikatakan Cukai Berkadar Tetap (proportional tax) atau cukai proporsional jika pembayar cukai dikenakan kadar cukai yang sama (katakan 20%) tanpa mengira jumlah pendapatan dan aset harta mereka yang dikenakan cukai. Satu contoh cukai proporsional di sesetengah Negara ialah cukai harta pusaka. 

Page 15: Dasar Fiskal Islam

Cukai Progresif (progressive tax) pula merujuk kepada cukai yang mana kadar cukai berkesannya meningkat dengan pertambahan di dalam jumlah pendapatan yang dikenakan cukai. Misalnya, kadar Cukai Pendapatan di hampir kesemua Negara adalah tidak tetap. Sebaliknya, kadar cukai yang dikenakan meningkat dengan bertambahnya pendapatan yang dikenakan cukai. Dengan kata lain, cukai progresif lebih membebankan mereka dalam golongan berpendapatan tinggi daripada mereka yang berpendapatan rendah.

Sesuatu cukai dikatakan regresif atau ringkasnya Cukai Regresif (regressive tax), jika kadar cukai yang dikenakan berkurangan dengan pertambahan pendapatan. Dengan kata lain, cukai regresif lebih membebankan golongan berpendapatan rendah daripada golongan berpendapatan tinggi. Misalnya, cukai jualan ke atas barang-barang dianggap cukai regresif sebab ia lebih membebankan orang berpendapatan rendah daripada mereka yang berpendapatan tinggi.

Cukai-cukai juga boleh dikelaskan sebagai cukai khusus atau cukai spesifik dan cukai ad valorem. Cukai spesifik dikira mengikut berat, saiz dan ukuran sesuatu barang, seperti Cukai Eksais ke atas tembakau (mengikut beratnya) dan Cukai Jalan (mengikut kebuk kereta). Cukai ad valorem pula dikira berdasarkan nilai barang yang dikenakan cukai. Misalnya, cukai eksport ke atas getah dan bijih timah.

Perbezaan di antara cukai spesifik dan cukai ad valorem bergantung kepada sifat barang yang dikenakan cukai. Bagi cukai spesifik, sifat fizikal (seperti berat, saiz dan ukuran) sesuatu barang dijadikan asas pengenaan cukai sementara cukai ad valorem berasaskan kepada nilai sesuatu barang. 

D. Struktur Cukai.

Pada asasnya, cukai-cukai yang dikenakan oleh sesebuah kerajaan boleh digolongkan kepada dua kategori, iaitu: 

a) Cukai Langsung dan; b) Cukai Tak Langsung.

Sesuatu cukai itu digolongkan sebagai Cukai Langsung sekiranya orang yang dikenakan cukai itu adalah orang yang membayarnya. Cukai langsung juga boleh ditakrifkan dengan menggunakan konsep insiden cukai dan kesan cukai. Insiden cukai merujuk kepada punca yang terakhir membayar cukai atau pihak yang sebenarnya menanggung beban cukai. Kesan cukai pula bererti orang yang pertama sekali membayar cukai. Oleh itu, jika insiden sesuatu cukai adalah sama dengan kesannya, maka cukai tersebut adalah cukai langsung. Dengan perkataan lain, jika cukai langsung dikenakan, individu atau syarikat yang dikenakan cukai harus membayarnya. Cukai Pendapatan merupakan cukai langsung sebab ia tidak boleh dipindahkan

Page 16: Dasar Fiskal Islam

kepada orang lain, begitu juga Cukai Harta Tetap dan cukai-cukai lain.

i) Cukai Pendapatan merupakan sejenis cukai langsung yang dipungut daripada orang perseorangan atau syarikat. Cukai ini dikenakan berdasarkan pendapatan yang diperoleh rakyat. Kebanyakan Negara Kapitalis memperoleh sebahagian besar pendapatannya berdasarkan cukai ini. Cukai Pendapatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu cukai pendapatan individu dan cukai pendapatan korporat atau syarikat. Cukai pendapatan individu ialah pendapatan seseorang daripada gaji yang dibayar oleh majikan. Cukai yang perlu dibayar adalah cukai terhadap pendapatan bersih atau pendapatan yang kena cukai, iaitu jumlah pendapatan tahunan ditolak perbelanjaan sara hidup diri sendiri, tanggungan, isteri, anak-anak serta sumbangan kepada badan-badan yang diluluskan oleh undang-undang termasuk jaminan pencen dan badan kebajikan. Pendapatan bersih ini akan dikenakan cukai mengikut kadar-kadar yang ditetapkan, biasanya berbentuk progresif, semakin tinggi pendapatan seseorang maka semakin tinggi pula kadar cukai yang dikenakan. Selain itu, terdapat satu lagi jenis cukai yang dikenakan terhadap individu yang mempunyai majikan, iaitu cukai yang berbentuk jaminan sosial kepada pekerja, sama ada berlaku kemalangan, kematian, kehilangan pekerjaan dan selepas pencen. Cukai jaminan sosial ini berbentuk regresif, semakin besar pendapatan seseorang maka semakin kecil sumbangan yang dikenakan kerana jaminan sosialnya yang sudah terjamin.

Cukai pendapatan perniagaan ialah cukai yang dipungut daripada orang perseorangan atau syarikat yang menjalankan urusan perniagaan. Individu yang dikategorikan dalam urusan perniagaan adalah seseorang yang mendapat punca pendapatan hasil daripada bekerja sendiri, ahli professional, peniaga dan sebagainya yang tidak termasuk kategori dalam kategori “makan gaji”. Pendapatan perniagaan akan dikenakan cukai setelah pendapatan kasarnya ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menghasilkan pendapatan itu yang disebut sebagai pendapatan bersih. Biasanya kadar cukai yang dikenakan adalah mengikut kadar yang malar pada setiap peringkat pendapatan.

ii) Cukai Harta Tetap adalah cukai yang dikenakan terhadap harta tetap yang dimiliki secara persendirian. Harta tetap paling popular dicukaikan ialah tanah dan bangunan. Terdapat dua cara utama untuk mengenakan cukai tersebut. Pertama, berdasarkan nilai harta tetap atau modal itu sendiri seperti diamalkan di Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Jerman, Australia dan Denmark. Kedua, amalan tradisi British yang berdasarkan nilai sewa semasa atau nilai guna sebenar terhadap harta tersebut.

Cukai Tak Langsung pula adalah cukai di mana mereka yang dikenakan cukai mempunyai kemungkinan memindahkan beban cukai itu kepada orang lain. Dengan itu, mereka mungkin dapat melepaskan diri daripada membayar cukai. Contoh cukai tak langsung termasuk Cukai Jualan, Cukai Eksais (cukai khusus yang dikenakan bagi setiap unit sesuatu barang tanpa

Page 17: Dasar Fiskal Islam

mengambil kira harganya) dan Cukai Import. Misalnya, apabila cukai jualan dikenakan ke atas sesuatu barang, penjual barang berkenaan boleh menambahkan cukai itu ke dalam harga jualannya. Dengan itu, pembeli barang itu secara tidak langsung akan membayar cukai itu. 

i) Duti Eksais ialah cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu sahaja seperti minuman keras, tembakau, rokok, minyak petrol dan barangan mewah seperti minyak wangi, alat solek, berlian dan lain-lain. Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza. Barang-barang yang dieksport adalah dikecualikan daripada cukai ini.

ii) Cukai Jualan ialah cukai yang dikenakan ke atas barang-barang kilang keluaran tempatan dan jualan barng import. Cukai jualan hanya dikenakan ke atas barangan akhir sahaja dan pengecualian cukai diberi kepada barang makanan dan barang keluaran kilang yang menikmati taraf perintis. 

iii) Cukai Terhadap Tambah Nilai merupakan pengenaan cukai terhadap setiap peringkat pembeli terhadap sesuatu barangan bermula daripada pengeluar atau pengilang sehingga kepada pengguna akhir. Cukai diambil berdasarkan tambahan nilai sahaja dan beban cukai ini ditanggung oleh semua setiap penerima manfaat atau keuntungan terhadapnya dan tidak dipindahkan kepada orang lain secara keseluruhan. Cukai ini amat popular diamalkan di negara-negara Amerika Latin, Eropah dan Korea Selatan.

iv) Cukai Perkhidmatan. Pungutan cukai ini dikenakan terhadap jenis perkhidmatan seperti hotel, restoran, bar dan sebagainya. Dalam kebanyakan Negara, terutamanya Negara membangun tidak banyak sumbangan yang diterima daripada cukai ini, tetapi mereka mengenakan Cukai Pendapatan yang lebih tinggi terhadap sesebuah syarikat. Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan pula akan mengenakan harga yang lebih tinggi kepada pelanggan mereka untuk menjamin keuntungan. 

1.2.2.2 Dasar Perbelanjaan Kerajaan.

Perbelanjaan kerajaan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus atau perbelanjaan semasa meliputi bayaran gaji, pencen subsidi, biasiswa dan geran kepada badan-badan berkanun dan sebagainya. Sedangkan perbelanjaan pembangunan atau pelaburan awam merangkumi perbelanjaan ke atas pelaksanan projek-projek pembangunan dan segala kegiatan yang menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi. 

Misalnya, dalam keadaan ekonomi melambung atau inflasi wujud pendapatan kerajaan bertambah tinggi. Jika dasar belanjawan seimbang dilaksanakan, ini akan menyebabkan bertambahnya perbelanjaan agregat dan begitu juga permintaan agregat akan menjadi lebih tinggi. Oleh yang demikian, dalam menghadapi keadaan melambung dan meleset, dasar

Page 18: Dasar Fiskal Islam

belanjawan seimbang bukanlah satu-satunya alat yang dapat memulihkan keadaan. Dalam hubungan ini, kerajaan haruslah menyesuaikan tingkat perbelanjaan dengan pendapatan untuk mencapai kestabilan ekonomi atau tingkat kegiatan ekonomi.

Kebanyakan ahli ekonomi berpendapat bahawa kerajaan haruslah menjalankan sama ada dasar belanjawan kurangan atau dasar belanjawan lebihan pada masa-masa tertentu. Belanjawan kurangan sesuai dilaksanakan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi. Sebaliknya belanjawan lebihan sesuai dilaksanakan untuk mengatasi masalah inflasi. 

Dalam keadaan inflasi umpamanya, kerajaan perlu mengetatkan operasi belanjawannya dengan tujuan mengawal permintaan agregat yang berlebihan akibat daripada pertumbuhan bekalan wang yang mudah tunai sektor swasta yang berkembang pesat. Dasar fiskal berhemat boleh diamalkan demi mencapai belanjawan berimbang. Mengawal tekanan inflasi dan memperbaiki imbangan pembayaran. Selain itu, dalam masa-masa tertentu kerajaan perlu pula mengawal ketat perbelanjaan, misalnya untuk perbelanjaan mengurus, kecuali perkhidmatan penting seperti pendidikan dan kesihatan. Kawalan juga boleh dikenakan terhadap perbelanjaan sektor tertentu seperti perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi. 

Di samping itu, kerajaan perlu mengambil langkah perbelanjaan berupa pemberian subsidi bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sektor-sektor ekonomi yang mengalami peningkatan harga. Untuk menjaga supaya harga barangan tidak naik, perbelanjaan kerajaan juga perlu memperhatikan masalah pengagihan (distribusi) dan keluaran barangan (produksi). Hambatan dalam produksi dan distribusi, terutamanya unuk kumpulan makanan dan keperluan asas, perlu segera diambil tindakan agar penawaran tetap dapat memenuhi tingkat permintaan. 

1.2.2.3 Dasar Hutang Kerajaan.

Apabila kerajaan melebihi hasilnya, maka kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai defisit tersebut. Defisit ini perlu dibiayai melalui pinjaman atau simpanan kerajaan yang ada di Bank Negara. Pinjaman yang belum dijelaskan akan menjadi hutang negara. 

Hutang negara (national debt) adalah hutang kerajaan kepada individu- individu atau pertumbuhan-pertumbuhan seperti Bank Perdagangan dan institusi kewangan yang membeli bon-bon kerajaan. Menjual bon merupakan satu kaedah di mana kerajaan dapat membuat pinjaman daripada orang ramai. Jika tempoh bon ini matang, kerajaan akan membayar balik nilai prinsipal (harga asal bon) dan juga bunga.

Malah hutang tidak ketara jika yang membeli bon-bon kerajaan adalah rakyat sendiri dan bukan orang asing, kerana hal itu mewujudkan perpindahan pemilikan modal dalam negeri sahaja. Manakala pinjaman dari luar termasuk pinjaman dari negera lain, institusi kewangan

Page 19: Dasar Fiskal Islam

antarabangsa seperti Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (IDB) dan Bank Pembangunan Islam (ADB) bermakna berlakunya perpindahan sumber kekayaan dari sebuah negara ke pihak luar atau negara yang lain. Bunga yang dibayar oleh negara peminjam merupakan satu pengaliran keluar wang pertukaran asing, dan menjadi beban kepada negara peminjam. 

Hutang negara boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu hutang terapung dan hutang berterusan:

A. Hutang Terapung;

Ia merupakan pinjaman jangka pendek kerajaan dari orang ramai dan pertumbuhan-pertumbuhan kewangan dalam negeri. Pinjaman ini dilakukan melalui penjualan sekuriti-sekuriti seperti bil-bil perbendaharaan jangka pendek, bon-bon jangka pendek dan sebagainya.B. Hutang Berterusan.

Hutang jenis ini merupakan pinjaman jangka sederhana dan pinjaman jangka panjang kerajaan yang termasuk penjualan sekuriti jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. 

Pertambahan hutang luar negeri dan bayaran perkhidmatan hutang tersebut boleh menggugat ekonomi negara. Dalam anggapan umum, bertambahnya hutang negara merupakan suatu hal yang tidak wajar malah berbahaya kepada ekonomi. Mengurangkan hutang negara sepatutnya menjadi dasar utama belanjawan. Bagaimana beban hutang ditaksirkan bergantung kepada perbandingan saiz di antara hutang dalam negeri dan hutang luar negeri dan sekaligus mengambilkira jumlah hutang, kadar bunga, kegunaan hutang dan jumlah pendapatan negara. Jika jumlah hutang bertambah, beban hutang juga bertambah. Sekiranya pinjaman diperoleh dengan kadar bunga yang tinggi, tentu kos bunga pun tinggi. Semakin besar jumlah hutang, semakin tinggi bunga yang perlu dibayar.

Dalam keadaan tertentu meminjam memang perlu dilakukan. Sekiranya pinjaman digunakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan hasil, misalnya untuk membiayai peperangan, ia akan menjadi beban kepada ekonomi. Sebaliknya jika pinjaman tersebut digunakan untuk kegiatan yang mendatangkan faedah pada masa hadapan, hutang tersebut tidaklah menjadi beban. 

1.3 DASAR KEWANGAN.

Dalam sesebuah ekonomi, kerajaan dan Bank Pusat adalah dua badan yang berasingan. Namun begitu tugas utama Bank Pusat adalah menasihatkan kerajaan dalam urusan kewangan Negara. Bank Pusat akan menjaga segala kepentingan kewangan Negara serta mengendalikan segala akaun perbelanjaan kerajaan. Segala langkah dan dasar yang dilakukan oleh Bank Pusat selalunya selari dengan matlamat kerajaan iaitu mencapai pertumbuhan ekonomi yang sihat tanpa inflasi dan pengangguran. Langkah-langkah ini disebut sebagai dasar kewangan dan ia

Page 20: Dasar Fiskal Islam

dilaksanakan dengan mengawal bekalan wang dan kadar bunga. Secara umumnya, dasar kewangan boleh didefinisikan sebagai langkah Bank Pusat mempengaruhi kegiatan ekonomi Negara dengan mengawal bekalan wang dan kadar bunga. Ia juga boleh didefinisikan dengan satu dasar yang dilaksanakan oleh Bank Pusat yang bertujuan untuk mengawal penawaran wang dalam ekonomi.

Secara prinsipnya, Bank Pusat boleh mengawal edaran wang dalam ekonomi sama ada secara langsung melalui cetakan wang atau secara tidak langsung melalui kawalan kegiatan ekonomi. Sebagaimana diketahui bahawa dua komponen utama dalam bekalan wang dalam ekonomi ialah penawaran wang oleh Bank Pusat dan Deposit Semasa Bank Perdagangan. Bank Pusat memang dapat mempengaruhi dan mengawal bekalan wang secara langsung, iaitu melalui kawalannya terhadap cetakan wang tetapi Bank Pusat tidak dapat mengawal Deposit Semasa Bank Perdagangan dengan sepenuhnya. Oleh sebab deposit semasa dan penciptaan kredit oleh Bank Perdagangan merupakan komponen utama bekalan wang dalam ekonomi maka Bank Pusat perlu menggunakan kaedah yang berkesan untuk mengawal komponen ini bagi mempengaruhi bekalan bekalan wang dalam ekonomi. 

Dasar kewangan lebih berperanan sebagai dasar yang berhubung dengan penentuan dan penyusunan wang dari segi kuantiti, kesediaan dan kosnya. Objektif lazim dasar kewangan ialah pertumbuhan ekonomi, keadilan agihan, kestabilan harga dan imbangan pembayaran. 

1.3.1 Hubungan antara Dasar Fiskal dan Dasar Kewangan.

Merujuk kepada hubungan dasar fiskal dan kewangan, ia merupakan dua unsur yang saling melengkapi dalam pembentukan Dasar Belanjawan Negara. Dasar belanjawan boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

A. Dasar Belanjawan Kurangan (Defisit Budgeting);B. Dasar Belanjawan Lebihan (Surplus Budgeting);C. Dasar Belanjawan Berimbang (Balance Budgeting).

Jika hasil kerajaan kurang dari perbelanjaan maka akan wujud belanjawan defisit (kurangan). Sebaliknya, kerajaan mempunyai belanjawan lebihan, jika hasil melebihi perbelanjaan. Sekiranya hasil semasa bersamaan dengan perbelanjaan semasa maka wujud belanjawan seimbang. Tiap-tiap jenis dasar belanjawan ini mesti dijalankan bersama-sama dengan jenis dasar kewangan yang sesuai untuk mencapai kesan maksima yang dikehendaki. 

Di dalam dasar fiskal, istilah dasar fiskal mengembang digunakan untuk maksud pertambahan perbelanjaan kerajaan dan meningkatkan permintaan agregat; sebaliknya dasar fiskal mengucup jika perbelanjaan kerajaan dikurangkan untuk menurunkan permintaan agregat. Manakala istilah

Page 21: Dasar Fiskal Islam

dasar kewangan mengembang merujuk kepada dasar Bank Negara untuk menambah penawaran wang dan kredit serta mengembangkan permintaan agregat. Sebaliknya, dasar kewangan menguncup merujuk kepada dasar yang mengurangkan penawaran wang dan kredit serta menurunkan permintaan agregat. 

Untuk melawan pengangguran, maka dasar fiskal mengembang dan dasar kewangan mengembang adalah lebih sesuai. Apabila ekonomi berada di bawah tingkat guna tenaga penuh, kerajaan boleh menambah permintaan agregat dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan (termasuk bayaran pindahan) atau memotong cukai. Manakala dalam dasar kewangan mengembang, seperti pembelian pasaran terbuka akan meninggalkan kesan terhadap pasaran kredit dan kadar bunga akan jatuh. Kejatuhan kadar bunga akan menarik pelaburan yang seterusnya akan meningkatkan KDNK dan juga harga dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang, penawaran agregat akan bertambah kerana pertambahan perbelanjaan pelaburan meningkat keupayaan ekonomi. Ini akan cenderung meningkatkan KDNK dan menurunkan harga.

Untuk melawan inflasi pula dasar fiskal mengucup dan dasar kewangan mengucup boleh dilaksanakan. Dalam dasar fiskal mengucup kerajaan boleh memotong perbelanjaan melalui cara berjimat cermat atau menaikkan cukai atau gabungan kedua-duanya untuk mengurangkan permintaan agregat melalui proses penggandaan. Kesannya, KDNK akan menurun kadar inflasi akan jatuh. Manakala dalam dasar kewangan mengucup pula, apabila penawaran wang dan kredit dapat diturunkan, kadar bunga akan meningkat dan pelaburan menurun, tetapi meningkatkan pengangguran. Oleh itu perlu difikirkan gabungan dasar kewangan dan dasar fiskal yang paling bersesuaian dengan masalah ekonomi semasa.

1.4 KESIMPULAN.

Secara umumnya dasar fiskal merujuk kepada mengurus sumber-sumber pendapatan kerajaan dan pengawalan ke atas perbelanjaan kerajaan menggunakan alat-alat dasar fiskal untuk merealisasikan matlamat ekonomi. Ini kerana melalui dasar inilah segala sumber harta Negara dapat dimobilisasikan ke arah pembangunan yang adil dan seimbang dengan memberi prioriti ke atas pembangunan yang lebih mendatangkan manfaat ke atas masyarakat umum. Dasar Fiskal Konvensional, terlalu bergantung kepada cukai sebagai alat pendapatan atau hasil dalam memenuhi objektif ekonominya. Selain itu, perbelanjaannya yang meliputi Perbelanjaan Mengurus atau Perbelanjaan Semasa dan Perbelanjaan Pembangunan atau Pelaburan Awam, penggunaan Dasar Belanjawan Kurangan, Dasar Belanjawan Lebihan atau Dasar Belanjawan Berimbang adalah tertakluk kepada masa-masa tertentu yang difikirkan baik oleh kerajaan. Apabila kerajaan melebihi hasilnya, maka kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai defisit tersebut. Defisit ini perlu dibiayai melalui pinjaman atau simpanan kerajaan yang ada di Bank Negara. Pinjaman yang belum dijelaskan akan menjadi hutang negara. Pinjaman sama ada daripada rakyat sendiri ataupun orang asing. Bunga merupakan mekanisma yang terlibat dalam

Page 22: Dasar Fiskal Islam

aktiviti pinjaman ini. Berkaitan hubungannya dengan dasar kewangan, di kebanyakan negara membangun, dasar fiskal memainkan peranan yang lebih penting daripada dasar kewangannya yang masih belum maju. Namun, untuk mencapai hasil yang lebih baik, dasar fiskal sebaiknya dilaksanakan bersama dengan dasar kewangan dan tidak hanya terhad pada satu metod tertentu dalam melengkapi pembentukan Dasar Belanjawan Negara. Kesimpulannya, dasar fiskal merupakan langkah mengubah corak perbelanjaan kerajaan dan sistem percukaian untuk mempengaruhi kedudukan ekonomi negara bagi mencapai objektif kebajikan, kestabilan, pertumbuhan, pembangunan dan keseimbangan agihan harta. Dasar fiskal yang berkesan boleh membawa kestabilan ekonomi serta langsung mengatasi masalah ekonomi seperti inflasi dan pengangguran.

Kerajaan Islam bukanlah sebuah teokrasi yang dikuasai oleh golongan paderi tetapi ia adalah negara bersifat ideologi yang menjadi mekanisma bagi melaksanakan undang-undang al-Qur’an dan Sunnah. Oleh yang demikian, dasar fiskal dalam sesebuah negara Islam mestilah selaras dengan prinsip-prinsip perundangan dan nilai-nilai Islam. Tujuan asas undang-undang agama dalam Islam ialah untuk mencapai kebajikan manusia. Kebajikan manusia akan dapat dicapai jika keseluruhan sistem ekonomi dan undang-undang adalah selaras dengan sifat-sifat Allah s.w.t iaitu Maha Pemelihara, Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kerajaan yang berkaitan dengan perbelanjaan dan pendapatan hendaklah digunakan untuk mencapai beberapa matlamat ekonomi dan sosial yang khusus dalam rangka kerja perundangan Islam yang termaktub dalam al-Qur’an dan Sunnah.

2.1.2 Asas Dasar Fiskal Islam. (Zakat, Waqaf dan Baitulmal) 

Zakat, Waqaf dan Baitulmal merupakan institusi-institusi asas dalam pembentukan sistem Dasar Fiskal Islam. Al-Qur’an telah memaparkan sejarah tentang kutipan zakat yang diamalkan sejak sebelum kedatangan Islam lagi serta membuktikan keunggulannya sebagai satu alat dasar fiskal terpenting yang pernah disebut dalam al-Qur’an.

Kestabilan ekonomi pada zaman Khalifah cUmar cAbdul cAziz (99 Hijrah) iaitu ketika pemerintahan kerajaan Umaiyah adalah kesan daripada daripada perlaksanaan tanggungjawab pemerintah (kerajaan) yang sempurna terhadap rakyatnya. Firdaus dalam penulisannya menyatakan, antara aspek yang dilihat sebagai satu kejayaan yang perlu dicontohi adalah perbelanjaan hasil negara yang benar-benar memberi faedah yang maksimum terhadap rakyat. Ia dapat dilihat daripada hasil kutipan zakat yang melebihi daripada keperluan penggunaan (belanjawan berlebihan) sehingga pembayar zakat terpaksa mencari golongan yang berhak mendapat zakat. Selain daripada zakat, waqaf juga menjadi salah satu peranan dalam pembentukan sistem Dasar Fiskal Islam. Harta waqaf yang dipercayai menjadi sumber kemasukan harta Baitul Mal yang

Page 23: Dasar Fiskal Islam

agak besar dan secara langsung dapat member peluang kepada individu dalam masyarakat Islam untuk berlumba-lumba berbuat kebajikan. 

Sejarah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat membuktikan kuatnya perasaan mereka untuk berbuat kebajikan dan peri pentingnya waqaf sebagai alat untuk memenuhi kehendak jiwa yang suka beramal. Kesannya kini, ia dapat dilihat dari luasnya tanah-tanah waqaf di negara-negara Islam yang dapat menampung bukan sahaja pembinaan dan penjagaan rumah-rumah ibadah (masjid), sekolah-sekolah dan rumah-rumah kebajikan, malah juga institusi-institusi pengajian tinggi seperti yang terdapat di Mesir dan Kuwait tanpa menghadapi kesukaran atau kekurangan biaya. Begitulah gambaran umum kedudukan harta waqaf yang menjadi sebahagian besar sumber pendapatan Baitulmal. 

Baitulmal merupakan satu lagi Institusi Fiskal Islam yang berperanan membangun dan menyelesaikan masalah masyarakat di negara Islam dari segi ekonomi, sosial dan kebajikan. Menurut Hailani Muji Tahir, fungsi Baitulmal untuk menjaga dan menyimpan lebihan harta pada zaman Rasulullah s.a.w tidak diperlukan kerana sumber pendapatan negara pada zaman Rasulullah s.a.w telah diagihkan tanpa tangguh, di samping wujudnya dasar belanjawan seimbang (pendapatan menyamai perbelanjaan). Sehinggalah kedudukannya berubah akibat perkembangan wilayah dan perolehan hasil negara Islam pada zaman Khalifah cUmar al-Khattāb r.a dengan tertubuhnya diwan yang kemudiannya dinamakan sebagai Baitulmal. 

Selain daripada di atas, keberkesanan Baitulmal dapat dilihat pada zaman cUmar cAbdul cAziz ketika mana terdapat lebihan harta yang menyebabkan keluar arahan untuk menyalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Menurut al-Mascūdi, ketika wafatnya al-Mansor (Khalifah Zaman cAbasiyyah), hasil kekayaan negara pada zaman itu berjumlah 810 juta dinar. Keadaan-keadaan ini sekali lagi membuktikan kejayaan pemerintahan Islam yang silam menggunakan hasil Baitulmal dengan cekap dan berkesan secara yang hak, bermanfaat untuk kesejahteraan rakyat, tidak membazir dan menyeleweng. 

Dalam Ekonomi Islam, Baitulmal merupakan daerah dan pusat dasar fiskal. Kesemuanya berkaitan antara satu sama lain. Sesuai dengan namanya sebagai rumah harta, Institusi Baitulmal berfungsi sebagai “Pengawal Perbendaharaan Negara”, baik dari segi penentuan perbelanjaan, hasil kutipan mahupun hutang negara.

2.1.3 Objektif Dasar Fiskal Islam. 

Kerajaan melalui Baitulmal bertanggungjawab memastikan keselesaan hidup rakyatnya. Menurut Iqbal dan Khan, kerajaan diamanahkan bukan sahaja untuk pencapaian kesejahteraan dan kebajikan ekonomi, tetapi juga berusaha meningkatkan keharmonian dan penyebaran risalah

Page 24: Dasar Fiskal Islam

ajaran Islam seluas yang mungkin.

Dasar fiskal dan dasar kewangan mempunyai objektif asas yang sama, iaitu dari segi pertumbuhan, pengagihan dan kestabilan. Begitu juga Dasar Fiskal Islam akan digunakan bagi mencapai objektif yang sama seperti dalam ekonomi bukan Islam Walaupun objektif kedua-duanya sama, namun matlamat kebajikan yang ingin dicapai adalah berbeza kerana konsep kebajikan Islam lebih luas, bukan sahaja merangkumi kebajikan kebendaan di dunia, tetapi juga kebajikan di akhirat. Dasar Fiskal Islam perlu dijadikan alat untuk mencapai objektif yang terkandung dalam ajaran Islam atau objektif yang boleh merealisasikan pelaksanaan Syaricat, peningkatan dan akhlak. 

Matlamat dasar ekonomi yang asas dan utama bagi kerajaan adalah untuk menegakkan Islam pada setiap tahap dalam lingkungan negara, menyebarluaskan Islam di seluruh dunia, dan mempertahankan negara dan ummah daripada musuh. Kedua, membantu mencapai tahap pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara yang tinggi. Hal ini penting untuk kesejahteraan ekonomi rakyat dan merealisasikan sesetengah tanggungjawab yang antaranya adalah seperti yang berikut: 

A. Menjamin kebajikan awam dengan memastikan peruntukan keperluan asas bagi penduduk dalam Sistem Ekonomi Islam; B. Menjalankan asas bagi setiap penduduk dalam Sistem Kewangan Islam, menjalankan pentadbiran negara secara berdisiplin dan berorientasikan kebajikan, termasuklah melaksanakan peranan hisbah;C. Ketiga yang merupakan hasil matlamat dasar yang kedua, iaitu penggunaan optimum sumber, sama ada manusia ataupun bahan;D. Akhir sekali, mewujudkan persekitaran ekonomi yang penuh dengan peluang yang menguntungkan bagi memastikan aktiviti ekonomi berjalan lancar dan spontan. 

Semua ini merupakan matlamat dasar yang utama dan kekal dalam Sistem Ekonomi Islam. Pencapaiannya mungkin memerlukan langkah yang berlainan yang mungkin juga berbeza tahap kepentingannya dalam masa dan ruang. Walaupun pelbagai jenis objektif boleh disasarkan oleh langkah dasar ini, namun terdapat sesetengahnya yang lebih releven dan penting daripada yang lain. 

Objektif umum dan tertentu dasar fiskal adalah seperti berikut. Pertama, tahap pertumbuhan ekonomi yang konsisten dengan penggunaan sumber secara optimum atau sepenuhnya, sama ada sumber manusia ataupun bahan. Dalam Islam, sumber hanya digunakan dalam bentuk yang yang boleh membawa seseorang itu kepada kebajikan di dunia dan akhirat. Menurut Salama, kecekapan peruntukan sumber ini perlu juga dilihat dari segi aspek keharmonian antara keperluan kebendaan dengan kerohanian. Sumber juga tidak boleh digunakan secara membazir dan secara tidak Syarcie. Cara memperolehnya juga mesti selaras dengan Syaricat. 

Page 25: Dasar Fiskal Islam

Sumber awam juga perlu digunakan bagi menghasilkan keperluan orang ramai (rakyat) seperti pertahanan, keselamatan, jalan raya, jambatan, terusan, asas pembangunan ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Kerajaan perlu mengatur sistem pasaran supaya dapat menjamin kebajikan rakyat di dunia dan di akhirat. 

Kedua, agihan pendapatan dan kekayaan yang saksama dalam sistem ekonomi tanpa ketidaksamaan yang banyak. Salama membangkitkan sejarah Rasulullah s.a.w dan para Sahabat adalah contoh yang terbaik untuk diteladani, di mana secara khususnya dapat dilihat daripada pembahagian harta peperangan iaitu ghanimah ataupun fai’. Mereka mengagihkan harta secara adil dan saksama mengikut keperluan dan tanggungan. Malah tidak diabaikan juga bagi orang bukan rakyat bukan Islam seperti yang pernah dilakukan oleh Khalifah cUmar cAbd al-cAziz.

Ketiga, mengawal turun naik berkitaran yang tinggi dan kerap dalam ekonomi dan seterusnya mengakibatkan penderitaan kepada manusia. Keempat, menguatkuasakan norma Ekonomi Islam dengan menyekat amalan yang diharamkan contohnya urusniaga berasaskan faedah, tidak menggalakkan keutamaan yang rendah aktivitinya tetapi menggalakkan yang tinggi aktiviti keutamaannya. Menurut Chapra, ini meliputi memenuhi keperluan asas, membasmi kualiti kehidupan, baik kebendaan mahupun kerohanian. Salama berpendapat bahawa untuk mencapai tujuan ini, segala sumber, termasuk juga tenaga manusia perlu digunakan secara berkesan dan sepenuhnya. Hukuman akan dikenakan terhadap milik sumber yang tidak digunakan sepenuhnya. 

Kelima, mengekalkan keseimbangan dalam imbangan pembayaran luar. Objektif pertama dan kedua merupakan komponen penting dalam pembangunan ekonomi dari perspektif Islam. Objektif ketiga dan keempat didapati menyumbang kepada pencapaian empat objektif utama ini. Tambahan pula, objektifnya dikatakan serupa dan justeru, dapat dibincangkan bersama. 

Sarimah Hanim menambah “dakwah”, di mana Dasar Fiskal Islam secara tidak langsung membantu bahagian-bahagian ekonomi yang lain supaya dapat mengecapi kemajuan bersama. Dalam menjalankan ekonomi, Islam masih tidak mengenepikan penyebaran dan pengembangan Dakwah Islamiyah yang lebih meluas kepada manusia sejagat mengikut kemampuan dan rasa tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama sebagai Khalifah di bumi Allah s.w.t ini. 

2.1.4 Peranan Dasar Fiskal Menurut Sistem Ekonomi Islam.

Tajuk ini ini akan melibatkan perbincangan tentang implikasi pengaruh idoelogi terhadap dasar fiskal serta kepentingan peranan dasar diskal menurut Islam.

2.1.4.1 Implikasi Pengaruh Ideologi Terhadap Dasar Fiskal. 

Page 26: Dasar Fiskal Islam

Beberapa implikasi terhadap Dasar Fiskal Islam misalnya keperluan jihad (perang) dijangkakan setiap rakyat akan sedia berkorban bukan sahaja diri (nyawa), tetapi juga seluruh harta mereka. Hak percukaian tidak terhad kepada zakat, tetapi terdapat jenis-jenis pungutan lain yang dibenarkan dalam Islam. Kerajaan bertanggungjawab membelanjakan dan membantu individu atau bahagian yang mundur dari segi ekonomi dan kefahaman serta kesedaran tentang Islam. Negara Islam adalah negara kebajikan yang meliputi kebajikan kebendaan dan kerohanian. Negara bertanggungjawab melindungi agama, nyawa, keturunan, akal dan harta warganegaranya. Antara implikasi lain seperti pengharaman kadar bunga dan perjudian serta pengenaan zakat akan dijelaskan pada tajuk seterusnya.

2.1.4.2 Kepentingan Peranan Dasar Fiskal Menurut Islam.

Islam menitikberatkan kebajikan kebendaan dan kerohanian. Oleh itu Negara Islam bertanggungjawab mempertahankan dan memajukan kedua-dua aspek kebajikan tersebut, dalam rangka yang dipanggil sebagai dasar fiskal (yang melibatkan hasil, perbelanjaan dan hutang). Metwally menegaskan bahawa dasar fiskal lebih berperanan dalam ekonomi Islam berbanding dengan ekonomi bukan Islam, beliau menghujahkan bahawa peranan dasar kewangan secara relatif dalam Ekonomi Islam adalah terhad berbanding dengan sistem ekonomi lain kerana kadar bunga dalam ekonomi Islam tidak berperanan dan terlarang serta tiada perjudian dalam ekonomi Islam sebab ia terlarang. Demi mencapai keseimbangan dalam pasaran wang, Metwally mencadangkan agar kadar cukai harta yang “tidak digunakan” diperkenalkan bagi menggantikan kadar bunga. 

Menurut beliau lagi, perbezaan yang ketara antara sistem Islam dan bukan Islam dalam peranan dan pengurusan hutang awam. Oleh kerana hutang piutang (pinjaman) dalam Islam adalah bebas daripada bunga, maka perbelanjaan kerajaan adalah dibiayai hanya oleh hasil cukai dan zakat atau secara modal “kongsi untung” (bagi projek-projek yang produktif). Oleh itu hutang negara dalam negara Islam adalah lebih kecil.

Pengenaan zakat yang tidak mengira keadaan ekonomi daripada golongan yang berkelayakan dan perbelanjaannya ke atas golongan yang ditentukan menjadikannya sebagai “Dasar Fiskal Tersedia” dan mencirikan Dasar Fiskal Islam terdiri secara sendiri secara lebih unik berbanding dengan dasar fiskal bagi sistem bukan Islam. Sementara penulis lain seperti Salama dan Faridi menganggap zakat sebagai alat dasar fiskal di masa lalu dan berperanan amat penting dalam dasar dan operasi Fiskal Islam. Menurut Abu cAli, sesetengah penulis menganggap peranan dasar fiskal sama ada dalam ekonomi Islam ataupun bukan Islam adalah sama penting. Dasar fiskal tidak kurang pentingnya juga jika dibandingkan dengan dasar kewangan. Ini kerana walaupun kadar bunga, khususnya dalam kadar bank dan dalam operasi pasaran terbuka tidak wujud, tetapi menurut Siddiqi, terdapat beberapa cadangan dan alternatif bagi unsur-unsur ini, misalnya nisbah pembiayaan semula atau nisbah perkongsian untung bagi kadar bank, dan jual beli saham atau jual beli sijil simpanan pusat atau sekuriti Bank Pusat bagi menggantikan bon

Page 27: Dasar Fiskal Islam

dan sekuriti kerajaan dalam operasi pasaran terbuka.2.2 KOMPONEN DASAR FISKAL ISLAM.

Sistem Ekonomi Islam sebagaimana juga sistem Ekonomi Konvensional, mempunyai alat-alat fiskal yang dapat digunakan bagi mencapai matlamat dasar fiskal dengan tiga komponen terpenting, iaitu sumber hasil, perbelanjaan dan hutang negara. Walaubagaimanapun, keunikan yang terdapat pada dasar fiskal ini menyebabkan perbezaan terutamanya dari segi pelaksanaan dan juga implikasi. 

2.2.1 Sumber Hasil Negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem kewangan awam dan percukaian Islam adalah sangat anjal. Ini dapat dibuktikan sebahagiannya daripada dari al-Qur’an yang tidak menetapkan kadar yang patut dikenakan ke atas pelbagai jenis harta yang dimiliki oleh umat Islam. Bukti sebahagian lagi dilihat dari sejarah awal pentadbiran Kewangan Islam. Berkenaan dengan aspek pentadbiran kewangan, kita dapat lihat perkembangan yang beransur-ansur, bermula dengan pujukan dan galakan, kemudian meningkat dalam bentuk kewajipan dan tugas yang ditetapkan oleh kuasa yang terdapat dalam masyarakat. 

Sebelum Hijrah, tidak terdapat catatan yang membuktikan bahawa terdapat kadar zakat yang tetap. Kerajaan pusat tidak dapat mengumpul ataupun membelanjakan hasil zakat. Namun demikian, keadaan ini telah berubah pada asasnya apabila Rasulullah s.a.w dan umat Islam yang teraniaya meninggalkan Mekah dan menetap di Madinah. Dalam jangkamasa beberapa tahun sahaja, peraturan-peraturan yang terperinci mengenai zakat telah dirangka. Malah keseluruhan pendapatan negara pada masa Rasulullah s.a.w terdiri daripada zakat dan sadaqah yang dikumpul dari rakyat yang beragama Islam. Pada masa itu, zakat dan sadaqah bukan sahaja meliputi cukai ke atas wang tunai, tetapi juga merangkumi hasil-hasil tanah dan cukai ke atas ternakan (biri-biri, kambing, unta dan lembu), termasuk juga cukai perlombongan (khasnya emas dan perak), harta karun dan sebagainya. 

Terdapat perbezaan asas dalam corak sosio-politik dan sosio-ekonomi masyarakat Arab 1400 tahun dahulu dengan dunia moden. Oleh itu, tiada sebab mengapa jenis-jenis harta yang dikenakan cukai dan kadar-kadar yang telah ditetapkan tidak boleh diubah dalam suasana masyarakat yang sering berubah memandangkan pintu Ijtihad tidak pernah tertutup dalam Islam. Bahkan Saydina cUmar r.a pernah membawa beberapa perubahan dalam perkara zakat. Beliau jiga diriwayatkan pernah mengurangkan kadar Cukai Import bagi barang-barang pengguna yang dibawa dari Madinah dari 10% kepada 5%.

Sistem percukaian moden yang kompleks adalah wajar kerana ia bertepatan dengan kerencaman kehidupan moden. Walaupun begitu, satu perkara penting yang mesti diingatkan agar sifat

Page 28: Dasar Fiskal Islam

percukaian dalam Islam dapat dinilai dengan baik, ialah memahami kedua-dua batasan (rohani dan duniawi) di sebalik percukaian kerajaan dalam negara Islam. Kedua-dua aspek ini telah dijalin bersama untuk mewujudkan keseimbangan dalam jati diri manusia yang serba kompleks. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti kerajaan yang mendatangkan hasil hendaklah berpandukan prinsip-prinsip kebajikan dan untuk memelihara golongan tidak berada. Berdasarkan pertimbangan ini, sistem percukaian moden, terutamanya cara memperolehi hasil melalui cukai tidak langsung, dikecam hebat kerana beban cukai tidak langsung ini sebahagian besarnya ditanggung oleh golongan miskin, kerana cukai tersebut pada umumnya dikenakan ke atas barangan keperluan asas.

Cukai tidak langsung biasanya bersifat regresif, khususnya jika barangan yang dikenakan cukai merupakan keperluan hidup. Malah dari segi mewujudkan struktur cukai progresif, cukai langsung lebih disukai dari cukai tidak langsung. Jika dalam dasar gunatenaga penuh perlu wujud kecenderungan menggunakan sut yang tinggi, maka cukai progresif adalah perlu untuk memindahkan kekayaan dari golongan kaya, iaitu mereka yang mempunyai kecenderungan sut yang relatif rendah, kepada golongan miskin yang mempunyai kecenderungan mengguna sut yang sangat tinggi. 

Sistem Percukaian Islam mesti memastikan bahawa beban utama cukai hanya ditanggung oleh golongan kaya dan mewah yang mampu memikulnya. Mungkin kerana alasan ini, maka pendapatan tidak dicukaikan pada puncanya ataupun apabila ianya diperolehi, tetapi hanya dikenakan atas tabungan atau hanya yang disimpanbeku. 

Dapat dicatatkan bahawa sumber hasil kerajaan Islam terdiri daripada zakat, kharāj, jizyah, ‘usyur, ghanimah, fai’, sadaqah, cukai tak langsung, bayaran dan caj pengguna, pelaburan kerajaan, hutang awam, harta tak berwaris (atau berwaris, tetapi tidak dapat menghabiskan harta), harta luqatah (tercicir), harta galian, rikāz, harta waqaf dan wasiat. Keseluruhan sumber ini boleh dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu sumber bermasa dan sumber tidak bermasa (tidak menentu). Sumber bermasa merupakan sumber yang dikumpulkan pada masa tertentu dalam setahun seperti zakat, kharāj, jizyah dan ’usyur. Kesemua sumber ini dijelaskan secara Syarac. Sementara sumber yang tak bermasa merupakan sumber yang dipungut tidak mengikut masa yang tertentu, sebaliknya bergantung pada kewujudan harta tersebut seperti harta galian, rikāz, satu perlima daripada ghanimah, harta peninggalan orang yang tidak mempunyai waris (atau ada waris tetapi pusaka masih berlebihan), harta luqatah (tercicir), harta yang tidak diketahui pemiliknya (atau harta tanpa pemilik), harta waqaf dan wasiat dan lain-lain. 

Daripada dua kumpulan ini, sumber bermasa boleh dipecahkan pula kepada Harta Khas dan Harta Am Kerajaan. Sumber tidak bermasa juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Harta Percukaian dan Harta Kebajikan. 

Page 29: Dasar Fiskal Islam

Pembahagian sumber bermasa dapat dilihat secara terperinci seperti berikut:

2.2.1.1 Harta Khas. 

Harta Khas merujuk kepada hasil pendapatan yang mana sumber dan penerimanya telah ditetapkan oleh Syarac. Harta ini tidak boleh diberikan untuk sebarang tujuan melainkan untuk apa yang telah ditetapkan dalam al-Qur’an dan Sunnah. Sumber harta yang termasuk dalam kategori ini ialah zakat.

Pada prinsipnya, zakat boleh didefinisikan sebagai kadar kutipan yang diwajibkan ke atas harta dan hasil pendapatan mengikut peraturan dan syarat-syarat tertentu bagi diagihkan kepada golongan tertentu. Ia bertujuan menjamin biaya masyarakat sehingga mencapai satu tingkat hidup yang lebih baik di atas paras nisab. Zakat diwajibkan ke atas orang Islam yang merdeka, berfikiran sempurna, cukup umur, memiliki harta yang mencukupi nisab, tidak terlibat dengan hutang, dan berlebihan daripada keperluan, dan harta itu menjadi milik sebenar baginya dari awal hingga akhir tahun.

Harta yang diwajibkan zakat pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. 

A. Zakat Fitrah:

Ia didefinisikan sebagai zakat badan, ditunaikan dari 1hb. Ramadān hingga sebelum solat sunat Aidilfitri pada 1hb. Syawal. Zakat Fitrah ertinya zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu sama ada lelaki ataupun perempuan, yang kecil mahupun yang besar, merdeka mahupun hamba, dari kalangan orang-orang Islam, dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Ia bertujuan untuk menyucikan hati, di samping menggembirakan hati fakir miskin pada Hari Raya Aidilfitri. Zakat ini dikeluarkan sebanyak segantang daripada jenis barang-barang makanan yang mengenyangkan dalam sesebuah negeri seperti beras, gandum dan sebagainya atau kadar nilai yang sama dalam bentuk mata wang. 

Pembayaran zakat fitrah merupakan salah satu cara bagi umat Islam menyumbangkan usaha dalam bentuk kebendaan yang paling minimum bagi menampung keperluan asnaf yang lapan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Penggunaan wang daripada zakat fitrah yang diagihkan kepada asnaf akan menambah daya beli dalam masyarakat. Daya beli yang tinggi akan menggalakkan sektor-sektor pengeluaran menambahkan hasil pengeluarannya. Kegiatan ekonomi akan berjalan lancar. Oleh itu, secara tak langsung hasil daripada usaha minimum individu, iaitu dengan mengeluarkan zakat fitrah dapat meringankan beban pemerintah dalam mengendalikan belanjawan Negara.

B. Zakat Harta:

Page 30: Dasar Fiskal Islam

Batasan definisi harta yang terkena kewajiban zakat ialah nilai harta yang dapat mengeluarkan pemiliknya daripada batas kefakiran atau kemiskinan dan memasukkannya ke dalam golongan kaya. Harta itu hendaklah menjadi miliknya yang kekal, bukan milik sementara waktu. Ia bersifat produktif iaitu boleh bertambah dan menguntungkan. 

Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman, ternakan, emas dan perak dari jenis macdin (galian) atau nuqūd (mata wang), perniagaan, pendapatan, simpanan, dan saham/bon. Berikut adalah huraian ringkas untuk setiap jenis zakat tersebut. 

a) Zakat Tanaman: Pada umumnya, segala jenis buah-buahan dan bijian adalah wajib dikenakan zakat. Bagaimanapun, terdapat perselisihan pendapat antara fuqahā’ dalam menentukan jenis dan sifat tanaman yang wajib dikeluarkan zakat. Imam Syāfci dan Imam Mālik berpendapat bahawa wajib dikenakan zakat ke atas hasil tanaman yang tahan disimpan dan mengenyangkan seperti beras, gandum, kurma dan lain-lain. Imam Ahmad pula mewajibkan zakat ke atas semua hasil tanaman yang boleh ditimbang dan tahan lama, manakala Imam Abu Hanifah berpendapat wajib zakat ke atas semua hasil tanaman kecuali rumput dan kayu, zakat hasil tanaman dikenakan sebanyak 5% hingga 10% ke atas hasil bersih yang telah cukup nisab pada setiap kali musim menuai. Nisabnya adalah sebanyak 358.5 gantang atau 653 kg.

b) Zakat Ternakan: Ternakan yang wajib duzakatkan adalah seperti unta, kerbau, lembu dan kambing yang mana sifatnya adalah produktif. Pada zaman cUmar al-Khattāb r.a, kuda telah dimasukkan dalam kumpulan ternakan yang boleh dikenakan zakat, manakala pada zaman cUmar Ibn cAziz pula zakat juga dikenakan ke atas hasil tangkapan ikan. Syarat-syarat zakat ternakan adalah cukup nisab, genap masa setahun, tidak digunakan sebagai barang modal, dan boleh membiak dengan sendiri.

c) Zakat Emas dan Perak: Emas dan perak atau perhiasan yang diperbuat daripada kedua-duanya dikenakan zakat disebabkan nilai dagangannnya dan juga sifatnya yang berupaya melanjutkan proses pengeluaran. Pemilik harta ini diwajibkan mambayar zakat meskipun ia tidak digunakan untuk sebarang tujuan produktif. Kadar zakat emas dan perak adalah sebanyak 2.5% daripada berat logam tersebut yang telah mencapai timbangan nisab minimum dan telah cukup haul. Nisab bagi emas adalah seberat 25 mayam (85 gram), manakala nisab untuk perak adalah sebanyak 176 mayam (594 gram).

d) Zakat Perniagaan: Zakat ini dikenakan ke atas segala bentuk perniagaan (urud al-tijārah) seperti stok atau inventori, tunai hutang boleh terima (receivables) yang kesemuanya terangkum di dalam kategori harta semasa. Harta tetap dalam bentu barangan modal seperti tanah, bangunan, mesin, perkakas dan seumpamanya tidak dikenakan zakat kerana ia digunakan sebagai asas perniagaan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Zakat perniagaan

Page 31: Dasar Fiskal Islam

dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah harta semasa yang telah cukup setahun dan telah mencapai paras nisab. Bagi pekongsi dalam perniagaan perkongsian (partnership), zakatnya dikira mengikut nisbah pegangan saham atau modal berbayar setiap pekongsi. 

e) Zakat Pendapatan / Gaji: Umumnya, kewajipan membayar zakat pendapatan atau gaji tidak dinaskan secara jelas dalam al-Qur’an dan Hadith. Kewajipannya adalah hasil daripada ijtihad para Ulamac yang bersandarkan kepada kewajipan zakat tanaman (hasil usaha dan pendapatan) dan juga zakat mata wang (nuqūd). Hasil daripada persandaran kepada kedua-dua zakat tersebut, maka dari segi kaedah pembayarannya ia terbahagi kepada dua, iaitu: zakat pendapatan secara bulanan yang dikenakan ke atas gaji atau pendapatan yang diperoleh pada setiap akhir bulan jika cukup nisab (mengikut nisab tanaman); serta zakat pendapatan secara tahunan yang dikenakan ke atas jumlah gaji atau pendapatan selama setahun jika cukup nisab (mengikut nisbah emas dan perak).

f) Zakat Wang Simpanan: ia merujuk kepada zakat wang yang disimpan dalam pelbagai bentuk simpanan seperti simpanan di bank, simpanan dalam bentuk bil-bil perbendaharaan, simpanan dalam bentuk pinjaman kepada syarikat-syarikat dan juga simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang yang telah disimpan selama setahun dan telah cukup nisab wajib dikeluarkan zakat daripadanya sebanyak 2.5%. Dalam hal simpanan yang berbentuk tidak mudah cair seperti bil-bil perbendaharaan dan simpanan KWSP, timbul persoalan sama ada perlu atau tidak dibayar zakatnya setelah cukup haul dan nisabnya. Ini kerana terdapat khilaf menganai status pemilikan harta tersebut, berhubung soal ini, terdapat dua pendapat mengenainya iaitu: ia dianggap harta “sempurna milik” dan perlu dikeluarkan zakat daripadanya setelah cukup haul dan nisab, serta ia dianggap “belum sempurna milik” selagi belum berada di tangan penyimpan, jadi zakatnya hanya wajib dikeluarkan setelah wang simpanan dikeluarkan.

g) Zakat Harta Saham: Harta Saham merujuk kepada wang yang dilaburkan dalam syarikat perniagaan, perusahaan atau badan-badan pelaburan. Saham dikenakan zakat ke atasnya kerana sifatnya yang berpotensi untuk berkembang dan produktif. Di samping itu, pada kebiasaannya pemilik saham dikira sebagai orang yang mampu dan mempunyai lebihan pendapatan. Kaedah pembayaran zakat saham bergantung kepada niat saham tersebut dimiliki, iaitu perniagaan dan pelaburan, simpanan dan pelaburan jangka pendek untuk mendapatkan capital gain. Sekiranya harta saham itu untuk tujuan perniagaan maka zakatnya 2.5% dan jika untuk pelaburan maka zakatnya sama seperti tanaman, iaitu sebanyak 10%. Bagaimanapun, jika harta saham tersebut telah dikeluarkan daripada zakat perniagaan oleh syarikat, maka pemegang-pemegang saham tidak perlu lagi membayar zakat. Bagi kaedah zakat simpanan dan bagi saham yang dibeli untuk mendapatkan capital gain maka kaedah zakatnya menyamai zakat pendapatan.

2.2.1.2 Harta Am. 

Harta Am pula merujuk kepada segala jenis harta yang dipungut oleh kerajaan kecuali zakat dan

Page 32: Dasar Fiskal Islam

cukai. Sumber Harta Am Kerajaan merangkumi segala jenis harta yang berbentuk:a) Bukan menjadi milik individu seperti sumber kekayaan alam;b) Menjadi milik masyarakat Islam sama ada dijelaskan atau tidak dijelaskan secara khusus penggunaannya;c) Apa jua harta yang diperoleh daripada peperangan;d) Lain-lain bentuk harta.Secara khususnya, sumber Harta Am Kerajaan merangkumi fai’ dan ghanimah, macdin serta rikāz.

A. Fai’ dan Ghanimah; 

Harta fai’ adalah harta perolehan kerajaan Islam yang didapati daripada orang bukan Islam dengan jalan damai, manakala harta ghanimah pula merujuk kepada harta yang diperolehi daripada orang bukan Islam dengan jalan kekayaan atau peperangan. Harta-harta fai’ dan ghanimah terbahagai kepada harta alih (al-manqul) dan harta tak alih (al-caqar). Harta alih digahagikan mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an, iaitu 1/5 untuk Allah s.w.t dan RasulNya, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan ibn sabil, manakala 4/5 lagi untuk tentera yang berjuang. Setelah Rasulullah s.a.w wafat, bahagian Rasulullah s.a.w dan kerabat Baginda telah digugurkan menjadi 1/5 hanya untuk anak-anak yatim, orang miskin dan ibn sabil. Mengenai harta tak alih seperti tanah, tidak terdapat ketentuan khusus berkenaan dengan pembahagiannya keranan semasa zaman Rasulullah s.a.w, sebahagian harta ini dibahagikan kepada pejuang-pejuang Islam dan ada sebahagiannya tidak dibahagikan. Dalam soal ini, Imam Isa bependapat bahawa tanah seperti itu hendaklah dibahagikan kepada pejuang-pejuang Islam, manakala Imam Mālik berpendapat bahawa tanah tersebut tidak perlu dibahagikan tetapi diwaqafkan dan sesiapa yang menggunakan tanah itu dikenakan kharāj. Menurut Imam Abu Hanifah pula, pemerintah boleh memilih sama ada untuk dibahagikan atau membiarkan pemilik asal tanah menduduki tanah itu dengan dikenakan kharāj. 

B. Ma'din:

Macdin merujuk kepada harta bernilai yang terpendam dalam perut bumi seperti emas, perak tembaga, besi dan lain-lain. Harta macdin pada dasarnya terletak di bawah kuasa pemerintah dan menjadi milik negara dalam bentuk amanah Allah s.w.t untuk diguna dan dimanfaatkan bagi menampung keperluan masyarakat dan pembangunan negara. Harta ini boleh diserahkan kepada individu atau syarikat untuk diusahakan dan dikenakan cukai ke atasnya. 

C. Rikāz dan Luqatah;

Rikāz merujuk kepada tinggalan orang-orang jahilliyah yang terpendam dalam perut bumi atau di tanah mawat. Harta rikāz yang dijumpai di tanah yang dimiliki pada dasarnya menjadi milik

Page 33: Dasar Fiskal Islam

tuan tanah. Harta rikāz yang dijumpai akan dikenakan cukai ke atasnya. Terdapat tiga hukum kadar percukaian, iaitu:

i) Kadar cukai 20% untuk negara dan selebihnya diserahkan kepada yang menjumpainya;ii) Diserahkan kesemua harta ke perbedaharaan negara;iii) Diberikan kesemuanya kepada yang menemuinya.

Luqatah pula ialah harta yang bernilai yang dijumpai dan dipercayai menjadi milik orang Islam. harta ini hendaklah diiklankan selama setahun untuk mencari tuannya. Jika tidak ditemui pemiliknya, maka harta tersebut menjadi milik tanggungannya.

2.2.1.3 Harta Percukaian. 

Cukai merupakan sumber utama perbendaharaan negara Islam. Dalam amalan negara, cukai merangkumi kharāj dan ushr, jizyah dan ‘usyur.

A. Kharāj dan Ushr;

Kharāj dari segi bahasa bermaksud bentuk sewaan atau hasil pendapatan. Secara khususnnya, kharāj merujuk kepada cukai yang dikutip daripada tanah yang diberi milik. Dalam sesebuah negara Islam dan negara naungan kerajaan Islam, terdapat empat jenis tanah iaitu tanah perolehan perang, tanah yang diperoleh melalui perjanjian damai dan tanah-tanah lain yang ditentukan bentuknya oleh pemerintah. Daripada empat jenis tanah di atas, tanah yang dikenakan kharāj adalah tanah yang diperoleh daripada perang dan tanah perolehan perjanjian damai. Mereka yang mengusahakan tanah ini dikenakan kharāj berdasarkan jumlah hasil keluaran (muqāsamah) atau kharāj yang berdasarkan luas tanah yang dimiliki (musahah). Bagi tanah-tanah yang tidak diketahui pemiliknya atau belum pernah diusahakan (mawat), maka Khalifah berhak menentukan penggunannya. Tanah yang mana penduduknya menerima Islam tanpa peperangan (seperti Madinah) dikenali sebagai al-ard ushriyah. Tanah jenis ini yang masih diusahakan oleh pemiliknya akan dikenakan zakat (untuk tanah milik orang Islam) atau kharāj (untuk tanah milik bukan Islam).

B. Jizyah;

Jizyah ialah cukai perlindungan yang diwajibkan ke atas semua orang kafir zhimmi yang tinggal di dalam negara Islam (dār al-kisah) atau negara di bawah perlindungan Islam (dār al-and). Jizyah boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu sulh al-jizyah dan jizyah al-ru‘us.Sulh al-jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas negara (atau tanah) di bawah perlindungan kerajaan Islam melalui perjanjian damai. Kadar cukai ini berbeza-beza

Page 34: Dasar Fiskal Islam

mengikut perjanjian yang diperseutujui antara dār al-and dengan kerajaan Islam. Cukai tersebut dibayar setiap tahun dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai. Apabila kewajipan membayar sulh al-jizyah ditunaikan maka negara dan rakyat di negara dār al-and berhak mendapat perlindungan dari kerajaan Islam sehinggalah tamat tempoh perdamaian.

Jizyah al-rucus pula merupakan cukai diri dalam bentuk perseorangan yang dikenakan ke atas orang-orang zhimmi dalam negara Islam (dār al-Islām). Cukai ini diwajibkan ke atas orang-orang zhimmi lelaki yang kaya dan kadarnya berbeza mengikut kemampuan. Mereka yang menyempurnakan kewajipan ini berhak mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan diri, keluarga mahupun harta benda dan juga memperoleh hak sebagai warganegara.

Kewajiban membayar jizyah disebut di dalam al-Quran surah al-Taubah (9: 29). Bagaimanapun, kadar cukai jizyah dikenakan ke atas tiga golongan, iaitu: 

a) Orang kaya, kadar yang dikenakan ke atas mereka iaitu 48 dirham;b) Golongan sederhana, kadar yang dikenakan ke atas mereka ialah 24 dirham;c) Golongan fakir tetapi mereka disyaratkan orang yang boleh bekerja dan mempunyai pekerjaan tertentu, mereka dikenakan 12 dirham.

C. Cukai ‘Usyur; 

‘Usyur ialah cukai yang dikenakan ke atas komoditi perdagangan yang dieksport ke luar negara atau diimport ke dalam negara Islam. kutipan cukai ini dikuatkuasakan pada zaman pemerintahan Khalifah cUmar al-Khattāb r.a. Ini kerana semasa pemerintahan Khalifah cUmar, wilayah-wilayah yang dikuasai telah bertambah luas dan hasil daripada perniagaan dan perdagangan berkembang pesat dan menjadi sumber rezeki yang penting dalam negara.

Kadar cukai ‘usyur berbeza mengikut taraf warganegara. Pedagang-pedagang Muslim yang mengimport barang dagangan dari luar atau Muslim dari luar negeri yang membawa masuk barangan dagangan ke dalam negara Islam dikenakan cukai sebanyak 2.5%. Asas kadar cukai ini adalah berdasarkan kepada kadar zakat, iaitu sebanyak 2.5%. bagi pedagang-pedagnag ahli zhimmi dikenakan cukai sebanyak 5% dan bagi ahli harbi pula dikenakan cukai sebanyak 10%. 

2.2.1.4 Harta Kebajikan.

Harta Kebajikan terdiri daripada Harta Waqaf, Warisan Dan Wasiat, Sadaqah Tatawwuc, Harta Nadhar, Kaffārat dan sumber halal yang lain. 

A. Waqaf; 

Waqaf merujuk kepada penyerahan mutlak penggunaan manfaat harta bagi kepentingan selain

Page 35: Dasar Fiskal Islam

tuan miliknya. Penyerahan tersebut boleh dilakukan terus kepada pemilik harta kepada penerima waqaf atau boleh dilakukan melalui pihak-pihak tertentu yang dimaksudkan dalam penyerahan waqaf. Waqaf boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu waqaf am dan waqaf khas. Waqaf khas merujuk kepada penyerahan harta waqaf yang telah dikhususkan penggunaannya oleh pemiliknya dan harta waqaf ini tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain selain daripada apa yang ditentukan, manakala waqaf am pula merupakan waqaf dalam bentuk penggunaan umum untuk kepentingan dan kebajikan Islam dan umat Islam. Pemerintah boleh menggunakan waqaf am untuk membina infrastruktur sosial seperti jalan raya, pusat pendidikan, pusat kesihatan dan seumpamanya.

B. Wasiat dan Warisan; 

Wasiat merupakan salah satu cara pemindahan pemilikan dalam Islam yang mana memberi peluang kepada pemilik harta memindahkan sebahagian daripada hartanya ke tangan orang lain yang bukan waris. Bagaimanapun, Islam telah menghadkan wasiat sebanyak 1/3 bahagian sahaja daripada harta pemiliknya kerana 2/3 bahagian lagi merupakan hak waris yang ditinggalkan. Harta pusaka si mati, setelah ditolak wasiat, hutang-piutang dan kos pengurusan jenazah, dibahagikan kepada waris (ahl al-furūd) mengikut kaedah farā’id. Bagaimanapun, terdapat kes di mana harta pusaka ini tidak habis dibahagikan kepada waris yang ada. Dengan itu, harta pusaka yang tidak habis dibahagi ini diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

C. Sadaqah; 

Ini dimaksudkan sebagai apa jua harta yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan. Ia meliputi segala pemberian, derma atau sumbangan yang memberi manfaat kepada penerima, baik di kalangan individu atau institusi-institusi kebajikan yang dikendalikan oleh pemerintah atau badan-badan tertentu. Kuantiti harta yang disumbangkan tidak ada had jumlahnya dan tidak juga terikat kepada masa, tempat atau syarat-syarat tertentu.

D. Nadhar dan Kaffārah;

Sumber harta lain juga boleh menjadi harta pendapatan kepada negara adalah nadhar dan kaffārah. Nadhar merupakan satu pengakuan untuk mendampingkan diri kepada Allah s.w.t dengan berbuat kebajikan yang mana denda ditentukan oleh Syarac bila mana seseorang menyalahi perintah dan ketentuan hukum-hukum Allah s.w.t yang bersifat khusus. Apabila seseorang itu bernadhar, maka dia wajib menunaikannya. Walaupun harta nadhar bukan menjadi sumber tetap negara, tetapi ia boleh dikira sebagai satu agen pembangunan dalam bentuk yang tidak formal. Kaffārah pula dikenakan ke atas orang-orang Islam yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut:

a) Tidak menunaikan nadhar;

Page 36: Dasar Fiskal Islam

b) Bersumpah palsu; c) Berjimak pada waktu siang di bulan Ramadān;d) Melakukan zihar terhadap isteri.

Bagi kesalahan pertama dan kedua, dendanya adalah memberi makan 10 orang miskin atau memerdekakan hamba. Jika salah satu daripadanya gagal dilaksanakan maka hendaklah berpuasa tiga hari. 

Bagi kesalahan ketiga dan keempat, dendanya adalah memerdekakan hamba atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makan 60 orang fakir miskin. Sumber pendapatan daripada kaffārah termasuk dalam kumpulan harta negara yang wajib disampaikan kepada yang berhak melalui penguatkuasaan undang-undang.

Kesimpulannya, setiap sumbangan adalah kebajikan yang memberi manfaat kepada penerima, sama ada individu atau kumpulan atau institusi dan organisasi. Sumbangan boleh diberikan secara langsung, tanpa perantaraan kepada penerima atau secara tidak langsung melalui pemerintah (Baitulmal) atau melalui agensi-agensi Baitulmal yang tertentu. Sumbangan juga boleh diterima dari dalam atau luar negeri, sama ada daripada orang Islam kerana Rasulullah s.a.w diberitakan ada menerima sumbangan tersebut untuk kepentingan Islam. 

2.2.2 Penggunaan dan Perbelanjaan.

Aktiviti-aktiviti kerajaan yang melibatkan perbelanjaan menimbulkan kesan yang nyata ke atas kehidupan sosio-ekonomi masyarakat. Ini tidak bermakna mengenepikan aspek-aspek lain, tetapi sekaligus menghendaki matlamat itu dicapai dalam bentuk keadilan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi yang terus meningkat tanpa meninggalkan prinsip-prinsip nilai yang diikat dengan ketaqwaan dan keimanan. 

Sumber kewangan Islam sama ada berbentuk sumber wajib (seperti zakat dan nadhar) sumber tatawwuc (seperti waqaf dan wasiat) atau sumber yang tidak bertentangan dengan nas (seperti beberapa bentuk cukai yang dikenakan oleh ulil’amri), boleh disalurkan secara langsung tanpa perantaraan kepada penerima atau secara tidak langsung melalui pemerintah (Baitulmal). Dalam hal pembahagian ini ulama-ulama mazhab Syafcie mempunyai lima aliran pemikiran. 

a) Afdhāl menyerahkan kepada penguasa (Baitulmal), tetapi jika penguasa itu tidak adil, maka lebih baik harta itu dibahagi-bahagikan kepada penerima secara langsung.b) Afdhāl menyerahkan kepada penguasa yang adil, tetapi jika penguasa tidak adil maka afdhāl diserahkan kepada penerima secara langsung.c) Afdhāl menyerahkan kepada penguasa, baik harta zahir atau harta tidak zahir, tanpa mengira keadilan penguasa.

Page 37: Dasar Fiskal Islam

d) Afdhāl meyerahkan harta zahir kepada penguasa,manakala harta tidak zahir afdhāl menyerahkan kepada penerima secara langsung.e) Afdhāl membahagi-bahagikan zakat harta zahir atau tidak zahir kepada penerima secara langsung.

Dalam soal merancang perbelanjaan, kerajaan perlu berhati-hati kerana ia merupakan satu amanah. Ia hendaklah dibelanjakan untuk keperluan dan kebajikan masyarakat. Tidak boleh menggunakannya secara sewenang-wenangnya dengan mengutamakan kepada perbelanjaan prioriti agar kebajikan rakyat umum tidak terjejas. 

Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: 

“Sesiapa yang mengambil, walaupun satu jarum daripada wang awam akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat nanti”.

Oleh itu, sebelum Saydina Abu Bakar r.a wafat, beliau telah mengarahkan anaknya cAisyah r.a supaya menyerahkan baki harta fai’ kepada Saydina cUmar. 

Dalam perkara ini Khalifah cUmar bin al-Khattāb r.a pernah menyarankan: 

“Pada pandangan saya terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan wang negara. Ia hendaklah dipungut dengan kadar jumlah yang tidak membebankan rakyat, ia perlu dibelanja kepada yang berhak dan ia hendaklah jangan sekali-kali dibelanja kepada perkara yang tidak berfaedah. Kedudukan saya dengan wang negara adalah sama dengan kedudukannya di antara pengamanah harta anak yatim. Jika saya berkemampuan saya tidak akan mengambil sedikit pun untuk keperluan saya dan jika saya tidak berkemampuan saya akan mengambil mengikut keperluan minima yang biasa.”

Umumnya, penguasa atau pemerintah tidak berhak menggunakannya demi kepentingan diri sendiri mahupun kumpulannya, lebih-lebih lagi sesetengah harta tersebut telah dikhususkan penggunaannya secara nas. Sementara sebahagian yang lain, penguasa diberi kebebasan menentukan penggunaannya, itu pun dalam ruang lingkup meningkatkan kebajikan dan kemaslahatan awam. Secara ringkasnya, penggunaan dan perbelanjaan adalah untuk kebajikan rakyat seluruhnya, sama ada kebajikan itu diterima secara khusus dan langsung atau sebaliknya.

Perbelanjaan hendaklah mengikut keutamaan dengan memberi tumpuan utama kepada memenuhi keperluan asas rakyat dan bukannya untuk projek-projek yang tidak produktif seperti kompleks sukan yang hanya untuk kegunaan sekali-sekala sahaja. Setelah kewajipan asas tersebut dipenuhi barulah lebihan itu dibelanjakan untuk tujuan-tujuan lain yang boleh menambah keselesaan dan kemewahan jika perlu. Menurut Salama, harta awam perlu dibelanjakan bagi mencapai matlamat negara Islam antaranya membaiki taraf hidup dan

Page 38: Dasar Fiskal Islam

kesejahteraan, keselamatan dan pertahanan, kemudahan keperluan serta menjaga keselamatan harta dan nyawa rakyatnya. 

Qādi Abū Yūsuf juga menjelaskan secara terperinci mengenai perbelanjaan wang kerajaan (masārif bayt al-māl). Beliau membahaginya dalam lima jenis, dua di antaranya untuk keperluan kerajaan, manakala selebihnya untuk kemakmuran rakyat, iaitu:

a) Pengeluaran gaji-gaji dan wang jasa untuk pegawai-pegawai kerajaan dan tentera;b) Keperluan-keperluan am kerajaan;c) Menggali sungai-sungai dan membaiki salurannya;d) Membuat irigasi bagi pertanian, membina jambatan dan sebagainya;e) Memelihara orang-orang yang menjalani hukuman, membantu usaha-usaha sosial, serta menjamin orang-orang kurang upaya dan miskin.

Nejatullah Siddiqi mengutarakan metodologi berikut dalam menangani perbelanjaan sesebuah negara mengikut perspektif Islam: 

a) Fungsi Yang Ditentukan Oleh Syaricah Untuk Pembiayaan Tetap;

Kategori pertama meliputi kesemua fungsi yang ditentukan dalam Syaricah secara langsung atau tidak langsung. Fungsi ini di anggap sebagai keperluan minimum untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang tersusun di sesebuah negara.

Jenis perbelanjaan tersebut adalah seperti pembiayaan kepada keperluan pertahanan negara, keselamatan dalam negeri, sistem perundangan, memenuhi keperluan asasi rakyat, pentadbiran awam, fardu kifāyah (memenuhi keperluan masyarakat oleh sebab sektor swasta gagal menyediakannya), dakwah dan sebagainya.

Jenis perbelanjaan ini perlu disediakan oleh pihak pemerintah untuk menyusun negara. Jumlah untuk sesuatu fungsi itu akan bergantung kepada keperluan sesebuah negara pada masa-masa tertentu.

Daripada senarai fungsi jenis perbelanjaan tetap jelas memperlihatkan bahawa Islam meletakkan tanggungan pembiayaan tersebut kepada pihak pemerintah. Tanpa penyediaaan fungsi asas bernegara seperti di atas, ia akan pasti menjejaskan keutuhan masyarakat dalam penyusunan negara.

Keperluan untuk membiayai tanggungjawab negara tetap diperlukan sama ada sesebuah negara itu maju ataupun mundur mengikut status kedudukan ekonominya. Ia adalah prasyarat untuk bernegara yang tersusun.

Page 39: Dasar Fiskal Islam

b) Fungsi Perbelanjaan Pemerintah yang Dirujuk Dari Semangat Syaricat di Atas Dasar Ijtihad Untuk Keperluan Semasa dan Tempat;

Fungsi perbelanjaan pemerintah ini perlu disediakan hasil daripada ijtihad terhadap keperluan setempat dan semasa. Oleh sebab keadaan sesebuah negara kerap berubah dan memerlukan pihak pemerintah turut sama melibatkan demi kebajikan negara di mana pihak swasta mungkin tidak sesuai, Islam sentiasa membuka pintu untuk ijtihad ini.

Contohnya, jika sesebuah negara menghadapi masalah pencemaran alam sekitar akibat pembangunan perindustrian negara, pemerintah perlu melibatkan dirinya yang pasti membebankan perbelanjaan negara. Penglibatan pemerintah ini adalah untuk menyelesaikan permasalahan pencemaran persekitaran negara demi kebajikan masyarakat. Tanpa penglibatan pihak pemerintah, masalah ini tidak akan dapat diselesaikan oleh pihak swasta sahaja kerana permasalahan ini berbentuk kesan luaran negatif (negative externality). 

Begitu juga dalam hal seperti hal perbelanjaan negara untuk kemajuan penyelidikan sains dan teknologi, kestabilan ekonomi, mengurangkan pengangguran dan sebagainya yang dihadapi oleh sesebuah negara pada sesuatu masa.

Ruang untuk kerjasama dari pihak pemerintah bersama dengan pihak swasta menangani sesuatu keadaan tersebut adalah amat luas asalkan kepentingan kedudukan pihak swasta tidak terganggu. Apa yang diutamakan oleh Islam, pemerintah sebagai rakan kongsi perlu peka kepada senario semasa dan memberi keutamaan kepada kewujudan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin.

Dalam suasana dalam masa kini, yang mana kadar perubahan dalaman sesebuah negara sangat ketara dan kesan pengaruh dari luar negara terhadap suasana dalam negara yang meliputi politik, ekonomi, kebudayaan, cuaca dan sebagainya juga begitu berperanan, tugas pemerintah dalam menangani pengaruh ini sudah pasti sangat diperlukan. Pemerintah tidak boleh bersikap pasif, bahkan perlu melalui ijtihad memandu negara ke arah pengurusan pembangunan yang positif dan sihat.

c) Fungsi Yang Ditugas Kepada Negara Pada Sesuatu Ketika dan Tempat Oleh Rakyat Melalui Proses Syura.

Kategori ini adalah open ended. Berlainan negara mungkin mengambil keputusan yang berlainan mengikut keperluan setempat dan semasa. Ini bergantung kepada pandangan dan desakan rakyat dalam sesebuah negara jika merasai sesuatu projek perlu dikendalikan oleh pihak pemerintah. Selepas kajian dilakukan terhadap kesesuaian pihak pemerintah untuk terlibat dengan projek tersebut, dan didapati sesuai, pihak pemerintah akan mula melibatkan diri dengan projek tersebut.

Page 40: Dasar Fiskal Islam

Contoh projek yang dimaksudkan termasuklah penyediaan utiliti seperti pembekalan kuasa elektrik, bekalan air, jalan raya dan sebagainya. Projek tersebut memerlukan pembiayaan yang besar dan keperluannya adalah merupakan asas bagi keseluruhan rakyat.

Daripada pendekatan metodologi perbelanjaan pemerintah di atas, dapat kita rumuskan ruang perbelanjaan negara mengambil kira keistimewaan dan peranan sektor swasta dalam sesebuah negara. Penglibatan pemerintah jangan sekali-kali menjejaskan peluang sumbangan sektor swasta. Dalam keadaan negara normal, sektor swasta memainkan peranan yang utama. Menepati fitrah bernegara, sektor swasta perlu diberi kedudukan istimewa ini. Memasuki bidang tugas yang sepatutnya dimainkan oleh sektor awam tanpa tujuan yang justifikasi akan menjejaskan kestabilan dan kecekapan dan kecekapan prestasi ekonomi negara. 

Secara ringkasnya, penggunaan harta Baitulmal adalah untuk kebajikan rakyat dār al-Islām seluruhnya, sama ada kebajikan itu diterima secara khusus dan langsung atau sebaliknya. Penggunaan tersebut boleh dikelaskan seperti jaminan sosial dan kemaslahatan awam.

2.2.2.1 Jaminan Sosial; 

Ia merupakan bentuk agihan secara langsung dan khusus kerana ia diberikan kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Di antara golongan yang menerima peruntukan di bawah kategori jaminan sosial ialah golongan asnaf yang lapan, anak yatim dan janda, orang tua, yang sakit, penganggur dan mangsa bencana alam.

A. Golongan Asnaf;

Mereka merupakan golongan yang disebutkan di dalam al-Qur’an, surah al-Taubah ayat ke-60 yang bermaksud:

“Sesungguhnya sadaqah (zakat) itu hanyalah untuk golongan fakir, miskin, amil, mualaf, hamba yang memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. Ini sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Kelapan-lapan golongan ini mempunyai hak yang sama, dari hasil kutipan zakat, malah harta zakat itu sendiri memang terkhusus untuk kelapan-lapan golongan ini. Walaubagaimanapun, ada sebahagian-sebahagian sumber lain juga dibelanjakan kepada sebahagian dari asnaf yang lapan ini.

B. Anak Yatim dan Janda;

Page 41: Dasar Fiskal Islam

Anak yatim adalah anak-anak yang ditinggalkan mati oleh ayahnya sebelum anak itu sampai umur dengan tidak meninggalkan harta. Manakala janda pula ialah perempuan yang ditinggalkan suami (mati atau cerai) yang tidak mempunyai biaya hidup dan dia sendiri tidak mempunyai keupayaan untuk berusaha. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa mati meninggalkan anak-anak dan isteri (dalam keadaan tidak mempunyai belanja), maka sayalah yang akan membelanjanya...dan jika meninggalkan harta, maka harta itu kepunyaan warisnya dan sayalah yang akan menerima pusaka dari yang tidak punyai ahli waris”(Riwayat Abu Daud) 

Hadis di atas menunjukkan bahawa pemimpin negara mempunyai tanggungjawab terhadap anak yatim dan janda yang ditinggalkan tanpa kemampuan berbelanja. Maka oleh itu, biaya kepada mereka adalah melalui perbendaharaan Baitulmal.

C. Orang Tua dan Sakit;

Orang tua iaitu mereka yang sudah lanjut usia dan orang sakit merupakan mereka yang perlu kepada penjagaan dan rawatan, lebih-lebih lagi mereka yang kurang berada. Kalau keperluan penjagaan dan rawatan melebihi keupayaan hartanya, maka mereka juga layak dibantu.

Adapun orang tua atau cacat atau anak yatim yang dipelihara atau ditanggung oleh orang lain sebagai penjaganya, maka penjaga tersebut layak mendapat bantuan negara.

D. Penganggur dan Bencana Alam;

Dari segi pengangguran, ia boleh bersifat penganggur sementara akibat dari majikan yang bankrap, atau kerana keperluan modal bagi berdikari dengan berusaha sendiri. Mereka juga layak mendapat bahagian dari hasil negara.bantuan negara juga perlu disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi, gunung berapi, kemarau dan kelaparan. 

2.2.2.2 Kemaslahatan Umum. 

Ia lebih merupakan perbelanjaan ke atas kepentingan umum, tanpa mengira golongan sasaran. Dasar pelaksanaannya ialah untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata, dan terserahlah kepada pemerintah menentukan dan menggunakannya mengikut pilihan keutamaan yang difikirkan sesuai oleh “Majlis Syura”. Di antara bentuk perbelanjaan yang boleh dimasukkan dalam kategori ini ialah seperti pembayaran gaji pegawai, pembangunan projek-projek infrastruktur dan projek-projek lain pembangunan yang boleh memberi faedah dan manfaat ramai.

Page 42: Dasar Fiskal Islam

A. Gaji pemerintah, Gabenor, Kadi, Mufti, Polis, Bomba dan Pengawal Sempadan; 

Mereka perlu digaji kerana tumpuan ke atas kerja-kerja ini menjadikan mereka terputus dari usaha mendapatkan sumber nafkah yang lain.

B. Infrastruktur;

Pembangunan infrastruktur mengandungi dua bentuk iaitu luaran dan dalaman. Infrastruktur luaran lebih mengutamakan aspek fizikal seperti bekalan air, api, pusat kesihatan, kemudahan jalan raya, jambatan dan alat-alat perhubungan yang lain, tempat peribadatan dan kebajikan. Sementara infrastruktur dalaman pula lebih menekankan aspek persediaan keimanan, mental dan kemahiran seperti pendidikan dan pembelajaran, tarbiyah keimanan dan kerohanian dan lain-lain. 

Kesemua infrastruktur ini penting dilaksanakan untuk membangunkan umat dār al-Islām. Keperluan ini ternyata mendesak memandangkan umat Islam di seluruh dunia sekarang telah ketinggalan bukan sahaja dalam bidang pembangunan kebendaan, malah kerohaniannya juga semakin mengalami kemerosotan dan keruntuhan.

C. Projek-projek Pembangunan Lain.

Projek-projek pembangunan ini mestilah untuk kepentingan rakyat, iaitu boleh memberi faedah dan manfaat kepada seluruh rakyat. Pemerintah boleh melaksanakan projek-projek kurang menarik perhatian swasta seperti perindustrian membuat alat-alat senjata, perusahaan makanan asas atau projek-projek sosial yang kurang memberi keuntungan. Perlaksanaan projek-projek ini dibiayai oleh Baitulmal. Oleh kerana kerajaan mendapat biaya negara, maka tidaklah wajar kerajaan melakukan penyelewengan terhadap peruntukan dan projek tersebut.

Di samping itu, kerajaan melalui agensi-agensi tertentu wajar menyalurkan bantuan dalam bentuk pinjaman atau subsidi kepada pengusaha yang kurang berkemampuan untuk berdikari atau mahu memperbesarkan operasinya yang ternyata boleh memberi kepentingan ramai. Kesemua bentuk bantuan ini boleh diambil dari Baitulmal. Ini dapat dilihat dalam peristiwa Hajjāj Ibn Yūsuf yang memberi pinjaman daripada perbendaharaan Baitulmal kepada petani-petani sebanyak dua juta dirham. Pinjaman kepada orang bukan Islam juga pernah dilakukan oleh Khalifah cOthman bin cAffān r.a kepada orang Yahudi bagi tujuan perniagaan. 

Daripada penjelasan tentang sumber hasil dan perbelanjaan harta Baitulmal dapatlah disimpulkan di sini bahawa:

Page 43: Dasar Fiskal Islam

a) Ada bahagian harta yang bukan menjadi hak Baitulmal. Penggunaan harta ini, Baitulmal hanya menjaga dan memelihara harta tersebut untuk sementara waktu sebelum disampaikan kepada orang yang berhak. Contohnya, hasil zakat dan empat perlima harta ghanimah. Walaubagaimanapun, harta ini boleh digunakan untuk tujuan lain demi kepentingan penerima (seperti untuk dilaburkan) hanya setelah mendapat izin daripada penerimanya.b) Ada pula bahagian harta yang menjadi milik Baitulmal. Penggunaannya terserah kepada pemerintah (imam) dan ijtihad, asalkan dapat memenuhi maslahah am (kepentingan awam). Contohnya, satu bahagian daripada satu perlima bahagian harta ghanimah dan fai‘, hasil cukai, harta tak berwaris dan derma.

Perbelanjaan negara dapat berperanan dalam mempengaruhi peruntukan dan pengagihan sumber ekonomi. Ia juga dapat mempengaruhi usaha negara dalam menstabilkan keadaan paras harga dan guna tenaga pada sesuatu masa. Peranan ekonomi ini akan membawa natijah yang positif kepada negara jika wang negara dibelanjakan dengan baik. 

2.2.3 Hutang.

Begitu juga dengan sistem pinjaman negara. Negara meminjam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pembiayaannya tetapi juga untuk mencapai matlamat-matlamat ekonomi seperti menstabilkan kedudukan ekonomi, pengagihan pendapatan dan sebagainya. 

Islam mengharamkan kadar bunga. Oleh itu, segala bentuk hutang mesti bebas daripada kadar bunga, dan ini menjadikan sumber hutang dalam Islam lebih terhad. Dari satu segi yang lain, Islam juga mengutamakan hutang dalam negeri secara sukarela berasaskan semangat keIslaman dan tolong-menolong. Di samping itu, mungkin juga “hutang wajib” boleh dikenakan sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui Bank Pusat, jika keadaan sumber negara betul-betul meruncing. Walaubagaimanapun, hutang yang berlebihan daripada Bank Pusat boleh memberi kesan terhadap tingkat harga umum. Hutang juga dapat diperoleh dari negara-negara Islam yang lain sebagai kerjasama berdasarkan ukhwah dan umat kearah semangat keIslaman dan tolong-menolong demi mendapatkan faedah yang abadi. Namun begitu, hutang adalah jalan terakhir setelah segala usaha untuk menambahkan perbendaharaan tidak mungkin diperoleh lagi. 

2.3 KESIMPULAN.

Dasar fiskal pada dasarnya hanya menumpukan pada dasar percukaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mencapai kebajikan, kestabilan, pertumbuhan, pembangunan dan keseimbangan agihan harta. Begitu juga Dasar Fiskal Islam akan digunakan bagi mencapai objektif yang sama seperti dalam Ekonomi Konvensional akan tetapi matlamat kebajikan Islam lebih luas, bukan sahaja merangkumi kebajikan di dunia, malah kebajikan di akhirat. Ini lebih diperkuat lagi

Page 44: Dasar Fiskal Islam

dengan adanya sektor kebajikan dalam Sistem Ekonomi Islam yang lebih bermotifkan sosial dan bukan keuntungan, di samping sektor awam dan sektor kerajaan. Selain itu, dalam Sistem Ekonomi Islam, dasar fiskal yang diamalkan banyak berkaitan dengan zakat dan cukai. Zakat merupakan satu ibadah dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan sebarang cukai sekular yang ditentukan mengikut kemahuan para penggubal dasar sesebuah negara. Keistimewaan Dasar Fiskal Islam dapat dilihat pada penggunaan instrumen zakat yang bersifat anjal yang berbeza amalannya dengan instrumen cukai. Selain itu, sistem belanjawan Islam adalah berlainan dari sistem yang diamalkan oleh negara-negara yang mengamalkan Sistem Ekonomi Konvensional. Ini disebabkan oleh dua faktor. Islam tidak membenarkan sistem riba dan matlamat-matlamat dasar belanjawan mestilah selaras dengan peraturan al-Qur’an dan Sunnah. Dengan begitu, masyarakat tidak dianiaya oleh pakar-pakar kewangan negara. Secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa dasar fiskal yang dimiliki oleh Sistem Ekonomi Islam dan Konvensional sama-sama mengiktiraf percukaian sebagai alat fiskal. Bahkan, dalam Sistem Ekonomi Islam terdapat dua alat fiskal yang cukup efektif di samping cukai, iaitu sistem zakat dan sumber pendapatan kebajikan seperti waqaf selain cukai, perkara ini menjadikan Dasar Fiskal Islam lebih unggul berbanding Sistem Ekonomi Konvensional.

Ini lebih diperkuat lagi dengan adanya sektor kebajikan dalam Sistem Ekonomi Islam yang lebih bermotifkan sosial dan bukan keuntungan, di samping sektor awam dan sektor kerajaan.

Dalam hal perbezaan, Lukmanul Hakim Abdul Latif dalam tesisnya telah mengemukakan perbezaan kedua-dua dasar fiskal seperti berikut: 

Subjek Perbezaan Dasar FiskalKonvensional Dasar FiskalIslam

1. Kedudukan i. Berada di bawah kawalan sektor kerajaan, khasnya Jabatan Percukaian, Jabatan Perancang Pembangunan, dan Institusi Bank Pusat sebagai Institusi Perbendaharaan Negara. i. Berada di bawah kawalan sektor kerajaan. Selain itu melibatkan sektor kebajikan dan tidak dapat dipisahkan daripada institusi zakat serta Baitulmal. Dasar fiskal bersama dasar kewangan yang membentuk dasar belanjawan Islam merupakan salah-satu fungsi daripada sebuah institusi besar perbendaharaan Baitulmal.

2. Objektif i. Mencapai stabiliti ekonomi, pertumbuhan dan agihan yang wajar. i. Kebajikan, kestabilan, pertumbuhan ekonomi, pembangunan dan keseimbangan agihan harta.

Page 45: Dasar Fiskal Islam

Objektif kebajikan lebih bermotif sosial, dan merangkumi skop yang lebih luas sehingga kebajikan di akhirat di samping kebajikan di dunia.

3. Sektor Ekonomi i. Swasta dan kerajaan. i. Swasta, kerajaan dan sektor kebajikan.

4. Metod i. Menurunkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai dan mengadakan pinjaman awam. i. Menurunkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai dan mengadakan pinjaman awam.ii. Tambahan pula hasil daripada zakat yang bersifat anjal dan punca pendapatan kebajikan selain cukai.

5. Prinsip Percukaian i. Prinsip persamaan, setiap individu dikehendaki memberi sumbangan untuk tabung kerajaan mengikut kadar kesanggupan masing-masing. i. Cukai hanya dikenakan terhadap orang kaya untuk memenuhi Baitulmal apabila berlaku kekurangan.

6. Dasar Hasil i. Hasil Cukai, ii. Hasil Bukan Cukai dan;iii. Penerimaan Bukan Hasil.Menaikkan cukai dapat diwujudkan dalam bentuk menaikkan tarif cukai atau menambah jenis cukai yang mesti dibayar oleh masyarakat. Dengan menaikkan cukai bererti pendapatan individu berkurangan kerana sebahagian hasil itu dalam bentuk cukai telah diberikan kepada kerajaan. Jika pendapatan seseorang berkurangan maka harga barangan akan turun seimbang dengan jumlah wang yang ada dalam masyarakat dan mengurangi tekanan inflasi. 

i. Harta Khas: Zakat Fitrah dan Zakat Harta.ii. Harta Am Kerajaan: Fai’ dan Ghanimah, Macdin serta Rikāz.iii. Harta Percukaian: Cukai Tanah [Al-Kharāj], Perlindungan [Sulh Al-Jizyah], Perlindungan Diri [Jizyah Al-Ru’us] serta Perdagangan [Ushur].iv. Bentuk Percukaian lain seperti Daribah / Dara’ib.v. Harta Kebajikan: Harta Waqaf, Warisan Dan Wasiat, Sadaqah Tatawwuc, Harta Nadhar Dan Kaffārat.Secara umumnya, zakat dan cukai yang berbentuk inflasi sepatutnya dilaksanakan untuk mengurangi pendapatan masyarakat. Bagi mengatasi inflasi, kadar zakat yang agak tinggi boleh diamalkan sesuai dengan petunjuk dan batasan yang dibolehkan Syaricat. Dalam menetapkan

Page 46: Dasar Fiskal Islam

kadar zakat, kerajaan Islam boleh memperkenalkan unsur keanjalan dalam menghadapi tekanan inflasi. Begitu pula dengan harta am kerajaan adalah wajar jika kerajaan mengambil bahagian yang lebih besar dan dibelanjakan untuk kebajikan masyarakat. 

7. Dasar Perbelanjaan i. Perbelanjaan mengurusMeliputi perbelanjaan semasa seperti bayaran gaji, pencen dan ganjaran, khidmat bayaran hutang, perkidmatan dan lain-lain perbelanjaan. ii. Perbelanjaan Pembangunan.Meliputi perbelanjaan modal terhadap projek-projek sosio-ekonomi yang akan menaikkan tingkat aktiviti ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. iii. Subsidi.Membantu golongan-golongan berpendapatan rendah dan sektor-sektor ekonomi yang mengalami inflasi.Dalam keadaan inflasi, kerajaan perlu mengetatkan operasi belanjawannya. Dasar perbelanjaan berhemat boleh diamalkan bagi mencapai belanjawan berimbang, mengawal tekanan inflasi dan memperbaiki imbangan pembayaran. Dalam masa-masa tertentu kerajaan perlu pula mengawal ketat perbelanjaan mengurus kecuali perkhidmatan penting seperti pendidikan dan kesihatan. Kawalan juga boleh dikenakan terhadap perbelanjaan sektor tertentu seperti perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan operasi. Di samping itu, kerajaan perlu mengambil langkah perbelanjaan berupa pemberian subsidi bagi membantu golongan-golongan berpendapatan rendah dan sector-sektor ekonomi yang mengalami inflasi. iv. Perbelanjaan terhadap harta zakat yang telah ditentukan oleh Syarac di mana pemerintah hanya mengawasi kelancaran agihan zakat.v. Perbelanjaan hasil cukai yang boleh dimanfaatkan mengikut dasar yang ditetapkan kerajaan.vi. Perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran hendaklah seminima mungkin, manakala perbelanjaan pembangunan dan perkhidmatan umum perlu dipertingkatkan.Dasar perbelanjaan Negara Islam mengutamakan agihan perbelanjaan negara yang seimbang di pelbagai sektor ekonomi dalam masyarakat, terutamanya kepada golongan miskin. Islam tidak menggalakkan penimbunan kekayaan, sebaliknya Islam menyeru supaya perbelanjaan ditambah untuk sektor-sektor yang produktif dan bukan bersifat pembaziran. Penyorokan juga dikutuk dalam konsep ekonomi Islam.

8. Dasar Hutang i. Pinjaman berasaskan riba’. Sekiranya pinjaman diperoleh dengan kadar riba’ yang tinggi, maka kos riba’ turut tinggi. Semakin besar hutang semakin besar jumlah riba’. i. Pinjaman dalam Islam bebas daripada riba’. Oleh itu, perbelanjaan kerajaan dibiayai hanya oleh hasil cukai, zakat, punca pendapatan kebajikan selain cukai, dan secara modal kongsi-untung bagi projek-projek yang produktif. Dengan demikian, hutang negara dalam Islam adalah lebih kecil.

Page 47: Dasar Fiskal Islam

Dasar fiskal pada dasarnya hanya menumpukan pada dasar percukaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat kestabilan dan petumbuhan ekonomi secara maksima. Dalam Sistem Ekonomi Islam pula dasar fiskal yang diamalkan banyak berkaitan dengan zakat dan cukai. Zakat merupakan satu ibadah dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan sebarang cukai sekular yang ditentukan mengikut kemahuan para penggubal dasar sesebuah negara. Keistimewaan Dasar Fiskal Islam dapat dilihat pada penggunaan instrumen zakat yang bersifat anjal yang berbeza amalannya dengan instrumen cukai. Sebelum membincangkan lebih lanjut, kita akan lihat sifat zakat dan cukai dengan membandingkan kedua-dua instrumen ini terlebih dahulu.

3.1.1 Perbandingan Instrumen Zakat dan Cukai.

Jika dilihat secara cermat memang ada banyak persamaan antara zakat dan cukai, tetapi dari segi lain banyak juga perbezaannya.

3.1.1.1 Persamaan Antara Zakat dan Cukai. 

a) Kedua-dua instrumen ini bersifat wajib dan mengikat atas harta penduduk suatu negeri, apabila melalaikan terkena hukuman;b) Zakat dan cukai harus disetorkan oleh lembaga rasmi agar tercapai kecekapan penarikan keduanya dan penyalurannya. Dalam pemerintahan Islam, zakat dan cukai diuruskan oleh negara;c) Tidak ada ketentuan memperoleh imbalan material tertentu di dunia;d) Dari segi tujuan ada kesamaan antara keduanya iaitu untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan mengurangkan kemiskinan yang terdapat di dalam masyarakat.

3.1.1.2 Perbezaan Zakat dan Cukai.

Dasar hasil kerajaan Islam yang utama berpunca daripada pendapatan Baitulmal melalui sistem zakat dan cukai. Bagaimanapun, dalam Sistem Ekonomi Islam, tidak dapat disamakan antara cukai dengan zakat. cAbdul Mālik Rahmān mengkategorikan perbezaan zakat dan cukai seperti berikut: 

a) Pertama, zakat merupakan bukti ketaatan umat terhadap perintah Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sedangkan cukai merupakan ketaatan seorang warganegara kepada ulil’amrinya (pemimpinnya); b) Kedua, zakat telah ditentukan kadarnya di dalam al-Qur’an dan Hadith, sedangkan cukai dibentuk oleh hukum Negara dan bersifat efektif;c) Nisab zakat memiliki ukuran tetapi sedangkan cukai berubah-ubah sesuai dengan anggaran

Page 48: Dasar Fiskal Islam

Negara;d) Keempat, zakat berlaku bagi setiap muslim yang telah mencapai nishab tanpa memandang di negara mana ia tinggal, sedangkan cukai hanya berlaku dalam batas sempadan suatu negara sahaja; e) Kelima, zakat adalah suatu ibadah yang wajib didahului oleh niat sedangkan cukai tidak memakai niat. Dan sesungguhnya masih banyak lagi hal-hal yang membezakan antara zakat dan cukai;f) Zakat bersifat kewajipan tetap dan berterusan sedangkan kewajipan cukai sesuai dengan keperluan dan dapat dihapuskan.

Zakat dengan alasan apapun tidak dapat disamakan dengan cukai. Zakat tidak sama dengan cukai. Banyak hal yang membezakan antara keduanya, Menurut Dr. Husin Shahatah pula, perbezaan zakat dan cukai dapat dilihat dari pelbagai segi: Zakat Cukai

a) Zakat disifatkan sebagai pemilikan harta bagi orang-orang fakir, miskin dan asnaf lain seperti yang disebutkan dalam al-Quran. Manakala cukai adalah pemilikan harta bagi negara.

b) Zakat dikenakan terhadap bahagian harta yang lebih daripada keperluan seseorang dan setelah ditolak segala hutang, lebihan harta ini merupakan hak bagi peneriman zakat. Ianya bukan pemberian. dari orang kaya kepada miskin, tetapi zakat itu adalah hak mereka sesuai dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Zariyat ayat ke-19. Manakala penghitungan cukai tidak mengambil kira keperluan asas dan hutang seseorang. Begitu pula cukai diambil dari golongan kaya dan miskin serta dimanfaatkan sebahagiannya untuk keperluan kesemua golongan tersebut.

c) Zakat harta dilaksanakan dengan kadar yang pasti dan tetap, sehingga setiap muslim boleh mengetahui dan mengira kadar zakat hartanya secara yakin. Manakala cukai tidak mempunyai piawai yang pasti dan tetap berterusan, kerana adanya kemungkinan perubahan disebabkan kondisi sosio-politik-ekonomi semasa, dan kadar cukai berbeza di setiap negara dari masa ke semasa.

d) Zakat pada peringkat awal bertujuan untuk ibadah kepada Allah s.w.t dengan melaksanakan perintah-Nya dalam rukun Islam yang ketiga, juga sebagai ungkapan syukur serta mendidik sifat-sifat mulia dan kasih sayang antara sesma manusia. Pada peringkat berikutnya zakat telah mewujudkan satu jaminan sosial (al-takāful ijtimaci) yang mengikat kerjasama antara golongan kaya dan miskin. Manakala dalam sistem percukaian moden sering gagal dalam aplikasi perkara tersebut, bahkan

Page 49: Dasar Fiskal Islam

pengenaan cukai kadang dibenci kerana sifatnya yang membebankan seseorang.

e) Zakat juga bertujuan untuk mendorong kepada investasi dan tidak menyimpan beku harta serta memenuhi keperluan harta untuk projek-projek pembangunan ekonomi. Manakala cukai membawa kepada penyimpanan harta, terutama ketika harga-harga cukai meningkat. 

f) Agihan zakat telah diterangkan di dalam al-Qur’an secara tegas iaitu kepada lapan asnaf dengan memperhatikan unsur kemanusiaan. Manakala hasil cukai diagihkan untuk keperluan orang ramai mengikut ketentuan dan keputusan pemimpin atau kerajaan, manfaatnya boleh dirasakan sama ada oleh golongan kaya atau miskin, bahkan kadang-kadang golongan kaya lebih banyak mengambil manfaat dari hasil cukai.

Zakat yang dibayarkan dihitung sesuai dengan ketentuan Syaricah yang selanjutnya dikurangkan atas penghasilan kena cukai. Misalnya nilai harta perusahaan yang dikenakan zakat adalah 100 juta, maka zakatnya adalah 2.5 juta, kemudian nilai tersebut dikurangi atas penghasilan kena cukai.

Ramai orang berusaha menyamakan antara zakat dan cukai sehingga ketika seseorang sudah membayar cukai maka gugurlah pembayaran zakatnya. Sementara sebahagian lain menolak bahawa zakat sama dengan cukai atau sebagai alternatif dari kewajipan zakat. Zakat dan cukai adalah dua pungutan wajib yang memiliki sifat-sifat yang berbeza.

3.1.1.3 Cukai Tambahan Selain Zakat.

Persoalan lain sering timbul antaranya, apakah dibenarkan cukai tambahan di samping zakat? Dalam hal ini para Ulamac berpendapat bahawa ada beberapa alternatif dan keadaan:

a) Sistem zakat hendaklah lebih dulu dilaksanakan; b) Terdapat keperluan mendesak yang memerlukan tambahan pendapatan kerajaan dan wujud kekurangan dalam hasil zakat; c) Perlaksanaan cukai tambahan hanya dalam konteks darūrah;d) Hendaklah diperhatikan kadar kemampuan seseorang untuk membayar cukai tambahan selain kewajiban zakat;e) Hasil cukai tambahan digunakan sebatas memenuhi keperluan kerajaan;f) Cukai tidak boleh dikenakan secara berterusan, sehingga timbul keadaan yang memaksa untuk

Page 50: Dasar Fiskal Islam

pungutan cukai tambahan, barulah pada saat itu kutipan cukai boleh dilaksanakan kembali.

3.2 DASAR FISKAL ZAKAT DAN CUKAI.

Untuk membuktikan perbezaan yang lebih jelas, tajuk seterusnya akan merujuk kepada perbincangan umum dasar fiskal zakat dan cukai.

3.2.1 Keistimewaan dan Keunggulan.

Zakat merupakan satu keunggulan dalam Dasar Fiskal Islam, ini kerana sistem percukaian sama-sama diamalkan dengan baik dalam Sistem Ekonomi Konvensional mahupun Sistem Ekonomi Islam. Sedangkan zakat dikenal sebagai alat fiskal yang hanya dimiliki oleh Sistem Ekonomi Islam. Bahkan Dasar Fiskal Islam juga semakin unggul dengan adanya sumber pendapatan kebajikan selain cukai. Dengan berpegang kepada kenyataan tersebut, maka tidak sepatutnya umat Islam merasakan adanya beban dengan diwajibkannya zakat dan cukai untuk negara, kerana harta yang diperolehi dari zakat justeru menjadi satu kekuatan modal yang dimiliki oleh umat Islam dan tidak ada dalam sistem ekonomi lainnya.

Kebanyakan negara timur tengah, seperti Arab Sacudi, memperuntukkan zakat sebagai sistem yang ditadbir seperti pentadbiran cukai merupakan sebahagian daripada sistem percukaian negara. Bagi Malaysia pula, zakat merupakan satu pilihan (option) saja untuk dibayar. Penguatkuasaan undang-undang kerajaan pusat tertumpu kepada pembayaran cukai sahaja. Manakala zakat diletakkan di bawah kuasa kerajaan negeri. Tetapi, peruntukan Cukai Pendapatan membenarkan potongan bayaran cukai terhadap pembayaran zakat yang dilakukan secara rebet. 

Dalam negara Islam, walaupun orang-orang Islam membayar zakat dan cukai secara serentak, tetapi jika diseragamkan sudah tentu menjadi kekuatan modal bagi kaum Muslimin berbanding dengan kaum Kafir. Malah dalam kebanyakan hal, kewajipan terhadap umat Islam hampir sama dengan beban bagi orang kafir zhimmi. Hal ini boleh dilihat semasa Khalifah cUmar bin al-Khattāb berkenaan kutipan cusyur terhadap peniaga. Para peniaga Islam dikenakan 2.5%, kafir zhimmi 5% dan kafir harbi 10%. Walaupun umat Islam dikenakan 2.5% sebagai cusyur, mereka juga perlu membayar zakat sebanyak 2.5%, menjadikan jumlahnya 5% juga.

Walaubagaimanapun, seseorang muslim yang kaya tidak dibenarkan menghindari dari kewajiban zakat dengan alasan telah membayar cukai harta, sama ada kadar cukai harta lebih tinggi atau lebih rendah daripada zakat. Begitu pula tidak sepatutnya mengurangi kadar bayaran zakat dengan jumlah bayaran cukai, kerana zakat merupakan ibadah wajib yang perlu didahulukan.

Perlaksanaan zakat yang merupakan keunggulan dalam Sistem Ekonomi Islam boleh

Page 51: Dasar Fiskal Islam

menghapuskan ketidak seimbangan harta yang begitu ketara dan boleh membawa kepada pengagihan semula harta secara beransur-ansur di samping membantu mengawal tekanan inflasi. Selain dari pertambahan matawang dalam negeri yang tidak menentu, kekurang barangan dan halaju wang, pengagihan kekayaan yang tidak seimbang dan bukan semulajadi menyebabkan berlakunya tekanan inflasi dan mengganggu keadaan pasaran. Pengendalian zakat yang dilaksanakan dengan betul boleh secara beransur-ansur membawa keseimbangan yang diperlukan. 

Sebagai perbandingan, Lukmanul Hakim dalam tesisnya merujuk kepada alat dasar fiskal dan yang paling penting dalam bidang ini ialah Cukai Pendapatan Persendirian atau Cukai Syarikat. Cukai Pendapatan ditaksir berdasarkan asas yang berbeza daripada zakat – ia dilevi berasaskan pendapatan semasa dan bukan tabungan, walaupun ia membenarkan potongan khusus yang tertentu, ia tidak mengambil kira tabungan bersih orang yang kena taksir ataupun tempoh ia memegang pendapatan itu dengan tidak terjejas. Manakala asas zakat ialah tabungan bersih, ataupun kekayaan bersih seseorang. Asasnya ini boleh berubah-ubah dari segi saiz dan kemungkinan untuk bertambah atau berkurang mengikut perubahan pendapatan. Ini menunjukkan bahwa zakat merupakan langkah fiskal yang anjal (fleksibel). 

Seterusnya beliau menyatakan cukai kedua penting ialah Cukai Warisan dan Cukai Tanah. Begitu juga cukai terhadap profesion dan sebagainya, yang asasnya berbeza daripada asas zakat adalah sah semuanya. Cukai terhadap perbelanjaan penggunaan kadang-kadang diperlukan untuk mencegah perbuatan mengelakkan pembayaran zakat dan usaha yang disengajakan untuk menghalang perlaksanaan fungsi menggalakkan pelaburan yang produktif dengan menggunakan seseorang.

Cukai Pendapatan yang berkadar progresif pantas, dengan had pengecualian yang sederhana tingginya adalah popular dalam kebanyakan ekonomi sedang membangun sekarang. Tetapi, ini bukannya dasar universal yang sah, kerana jika pada umumnya ekonomi itu mengalami kelembapan, maka perlu satu cara penyusunan yang lain. Tanda yang terdapat dalam ekonomi yang sedang membangun menunjukkan bahawa dasar ini telah dilonggarkan atas sebab yang dikenali ramai dalam penulisan ekonomi semasa sebagai stagflasi. 

3.2.2 Strategi Dasar.

Dari perbahasan di atas, dapat dilihat bahawa dasar fiskal (yang berasaskan zakat) lebih berperanan dalam Ekonomi Islam berbanding dengan Ekonomi Konvensional. Metwally menghujahkan sebagai berikut:

A. Peranan dasar kewangan secara relatif dalam Ekonomi Islam adalah terhad berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas bukan Islam, kerana:

Page 52: Dasar Fiskal Islam

a) Kadar bunga tidak berperanan dalam Ekonomi Islam. Orang Islam dilarang menerima segala bentuk kadar faedah dalam pebagai jenis pinjaman. 

b) Islam tidak membenarkan segala bentuk perjudian. Ini termasuklah segala jenis spekulasi dan transaksi hadapan yang biasa dipakai dalam ekonomi Konvensional. Implikasinya, di antaranya operasi pasaran terbuka tidaklah begitu efektif dalam sesebuah ekonomi Islam.

B. Dengan tidak mengira keadaan ekonomi dalam sesebuah Negara Islam, kerajaan hendaklah memastikan bahawa zakat (religious tax) dikumpulkan dari setiap orang muslim yang memiliki kekayaan melebihi paras nisab dan diagihkan perbelanjaannya ke atas golongan yang ditentukan dalan al-Qur’an. Ini menjadikan Dasar Fiskal Islam (built-in fiscal policy) lebih unik berbanding dengan Sistem Konvensional.

C. Ada juga perbezaan dua sistem ekonomi ini dalam peranan dan pengurusan harta awam. Oleh kerana hutang-piutang (pinjaman) dalam Islam adalah bebas daripada bunga, maka perbelanjaan kerajaan adalah dibiayai hanya oleh hasil cukai atau secara modal kongsi-untung (bagi projek-projek yang produktif). Oleh itu, hutang negara dalam Islam adalah lebih kecil. 

Selain itu, Sistem Belanjawan Islam adalah berlainan dari sistem yang diamalkan oleh negara-negara yang mengamalkan Sistem Ekonomi Konvensional. Ini disebabkan oleh dua faktor. Islam tidak membenarkan sistem riba’ dan matlamat-matlamat dasar belanjawan mestilah selaras dengan peraturan al-Qur’an dan Sunnah. Dengan begitu, masyarakat tidak dianiaya oleh pakar-pakar kewangan negara.

3.3 KESIMPULAN.

Kesimpulannya, dasar fiskal pada dasarnya hanya menumpukan pada dasar percukaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat kestabilan dan petumbuhan ekonomi secara maksima. Dalam Sistem Ekonomi Islam pula dasar fiskal yang diamalkan banyak berkaitan dengan zakat dan cukai. Zakat merupakan satu ibadah dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan sebarang cukai sekular yang ditentukan mengikut kemahuan para penggubal dasar sesebuah negara. Keistimewaan Dasar Fiskal Islam dapat dilihat pada penggunaan instrumen zakat yang bersifat anjal yang berbeza amalannya dengan instrumen cukai. Sebelum membincangkan lebih lanjut, kita akan lihat sifat zakat dan cukai dengan membandingkan kedua-dua instrumen ini terlebih dahulu. Secara keseluruhannya, tidak dapat dinafikan bahawa dasar fiskal yang dimiliki oleh Sistem Ekonomi Islam dan Konvensional sama-sama mengiktiraf percukaian sebagai alat fiskal. Bahkan, dalam Sistem Ekonomi Islam terdapat dua alat fiskal yang cukup efektif di samping cukai, iaitu sistem zakat dan sumber pendapatan kebajikan selain cukai, perkara ini menjadikan Dasar Fiskal Islam lebih unggul berbanding dasar fiskal dalam Sistem Ekonomi Konvensional.

Page 53: Dasar Fiskal Islam

3.4 PENUTUP.

Pembangunan ekonomi memerlukan kecekapan peruntukan yang mempunyai dimensi unik dalam Ekonomi Islam. Memenuhi syarat sut mungkin tidak akan menjamin kecekapan dalam peruntukan sumber disebabkan oleh perbezaan antara keuntungan persendirian dengan keutamaan sosial yang mempunyai kaitan dengan kebajikan awam dan pembangunan ekonomi dari perspektif Islam. Hal ini dicerminkan dalam struktur cukai Sistem Ekonomi Islam. Walaupun instrumen fiskal percukaian menunjukkan perbandingan yang ketara dalam sistem semasa, namun sifatnya berbeza disebabkan oleh sistem nilai yang unik yang mendasari Ekonomi Islam. Sistem ini mempunyai dasar yang sedia ada yang memihak kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat golongan yang berada akan dipersalahkan atas sebarang penderitaan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik. Mereka yang menderita akan sengsara kerana golongan yang kaya tidak menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Oleh itu, negara akan memihak kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam melaksanakan langkah dasarnya termasuk dasar fiskal. Hal ini mempunyai beberapa kaitan dengan peruntukan dan pembangunan.

Pertama, struktur cukai dalam Sistem Ekonomi Islam adalah sedemikian rupa hinggakan cukai hanya dikenakan terhadap golongan kaya sahaja, dan tidak pernah dikenakan terhadap golongan yang berada di bawah garis kemiskinan. Ini melibatkan Cukai Pendapatan dan bukannya cukai tidak langsung, sebaik-baiknya dengan kadar yang berperingkat, dan Duti Eksais dan Import yang membebankan ke atas barang mewah, malah ke atas barang untuk keselesaan sekiranya peratusan penduduk yang agak besar dinafikan keperluan asas mereka.

Kedua, cukai mencegah akan membantu masyarakat membebaskan diri daripada aktiviti pengeluaran dan perdagangan barang serta perkhidmatan yang memudaratkan, dan cukai berdiskriminasi akan mendenda pengeluaran barang yang rendah keutamaannya dalam hierarki keperluan. Sebaliknya, insentif cukai akan diberikan kepada industri yang mengeluarkan barang untuk keselesaan, dan sebagainya. Hal ini akan memenuhi kriteria penting dalam Islam, iaitu kecekapan peruntukan dan pembangunan ekonomi.

Ketiga, sumber yang dimobilisasi menerusi cukai boleh digunakan untuk memenuhi perbelanjaan biasa kerajaan dan bagi tujuan pembangunan. Sumber tersebut boleh dipindahkan kepada projek yang memberikan lebih banyak manfaat kepada mereka yang di bawah garis kemiskinan selepas memenuhi perbelanjaan asas kerajaan. Contohnya, projek untuk membekalkan keperluan asas termasuklah makanan, kediaman, rawatan perubatan, pendidikan dan sebagainya. Hal ini akan menyumbangkan kepada kebajikan awam dan juga produktiviti. Hasil cukai juga akan digunakan untuk membina infrastruktur fizikal dan membangunkan modal manusia dari segi kualiti moral dan profesional. Hasil cukai juga boleh digunakan bagi tujuan

Page 54: Dasar Fiskal Islam

penstabilan yang bergantung pada dasar fiskal. 

Bantahan yang mungkin timbul berikutan pencukaian yang berperingkat terhadap golongan kaya adalah kemungkinan berlakunya kesan penghalang ke atas usaha keusahawanan mereka. McClelland menunjukkan bahawa motivasi pencapaian dan bukannya motif keuntungan yang mendorong aktiviti keusahawanan. Sekiranya ini sedikit sebanyak ada kebenarannya, kejatuhan dalam kadar keuntungan sut tidak akan menghalang usaha keusahawanan yang selanjutnya, memandangkan pada asalnya, saiz keuntungan bukannya menjadi daya pendorong. Di samping itu, sebarang kesan yang memudaratkan daripada dasar cukai yang berperingkat yang dibentuk untuk melindungi dan memberi manfaat kepada golongan miskin, boleh diimbangi dengan kemunculan keusahawanan daripada golongan yang kurang bernasib baik pada masa itu. Ini berlaku akibat layanan utama yang diterima daripada kerajaan. 

Keempat, kesan akhir daripada aktiviti tersebut adalah pemindahan sumber daripada golongan kaya kepada golongan miskin. Hal ini akan mengukuhkan kesan zakat dalam mengagih-agihkan semula sumber bagi agihan pendapatan dan kekayaan yang lebih saksama dalam sistem ekonomi.

Walaupun zakat mungkin bukan satu alat yang berkesan bagi dasar fiskal berkitar balas, namun pengaruhnya ke atas pembangunan nampaknya mengagumkan. Pertama, zakat mengenakan penalti ke atas aktiviti penyorokan dan ke atas baki wang terbiar. Zakat mesti dibayar pada kadar yang ditentukan pada akhir setiap tahun dan dengan itu, lama-kelamaan sumber terbiar akan habis sekiranya sumber ini tidak dilaburkan untuk dikembangkan. Dengan itu, zakat berfungsi sebagai penghalang yang kuat untuk menyimpan sumber terbiar dan sebagai galakan untuk pelaburan. Kedua, zakat ditujukan kepada golongan yang kebanyakannya kurang bernasib baik dalam ekonomi. Hal ini akan meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin, memperbaiki setiap kesihatan dan kemahiran mereka. Dengan itu, ia menambahkan produktiviti tenaga kerja. Ketiga, institusi zakat menambah permintaan agregat dari segi makroekonomi yang sepatutnya akan membawa kepada pelaburan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

Mungkin terdapat dua jenis kebimbangan dalam kes ini iaitu: 

i. Kesan kesederhanaan kehidupan cara Islam boleh menghapuskan kesan pengembangan daripada pemberi zakat; danii. Pemberi zakat boleh memburukkan lagi institusi inflasi, jika inflasi dijangka akan menambahkan permintaan berkesan.

Jawapan kepada kebimbangan pertama ialah kesan kesederhanaan tidak akan menghadkan perbelanjaan penggunaan barang yang menonjol, mewah dan yang mewujudkan sifat angkuh. Barang seperti ini tidak dapat dikaitkan dengan penerima zakat tetapi sebaliknya dikaitkan dengan golongan yang membayar zakat. Kesan kesederhanaan kehidupan cara Islam tidak akan

Page 55: Dasar Fiskal Islam

menggalakkan penggunaan barang mewah oleh golongan kaya dan zakat akan memudahkan penggunaan keperluan asas. Hal ini akan menyumbang kepada kecekapan pengagihan dari segi Islam dengan menggalakkan pelaburan pengembangan bagi komoditi yang di ingini dari segi sosial sehingga mengorbankan barang yang tidak di ingini dari segi sosial.

Kebimbangan kedua juga tidak begitu mendalam. Inflasi akan berlaku apabila wang terlalu banyak tetapi barangan dan perkhidmatan terlalu sedikit. Sebagai hasil bagi perkara yang dibincangkan sebelum ini, kita boleh mengandaikan secara rasional bahawa kemungkinan pelaburan yang lebih tinggi dalam pengeluaran keperluan asas akibat daripada permintaan agregat yang lebih tinggi dalam subsektor ini akan menambahkan bekalan barang ini untuk memenuhi permintaan yang bertambah daripada penerima zakat. Permintaan yang lebih tinggi dalam subsektor ini mungkin tidak berjangkit kepada subsektor lain dan justeru itu, besar kemungkinan kesan inflasi berada pada tahap minimum.

Di samping itu, implikasi keadilan institusi zakat adalah jelas. Zakat mempunyai objektif untuk mengagih-agihkan semula sumber daripada golongan yang berada kepada golongan yang berpendapatan rendah. Walaubagaimanapun, perlu di ingat bahawa zakat bukanlah mekanisma pengagihan yang utama dalam Ekonomi Islam, sebaliknya zakat merupakan kaedah pembetulan sahaja. Ekonomi Islam mempunyai mekanisma pengagihan yang sedia ada, iaitu dalam bentuk agihan fungsian pendapatan yang merujuk kepada penentuan harga faktor yang berdasarkan prinsip keadilan dan kekurangan, dan seterusnya membawa kepada pengagihan yang saksama bagi barangan dan perkhidmatan dalam proses pengeluaran. Zakat bertujuan mengimbangi ketidaksamaan yang masih boleh melakukan kerja yang ditetapkan dengan cekap.

Kini kita beralih kepada fungsi penstabilan dasar fiskal. Turun naik berkitaran yang tinggi mempunyai kesan yang memudaratkan suasana perdagangan, perniagaan dan pelaburan industri. Oleh yang demikian tahap kestabilan yang munasabah hendaklah disasarkan oleh dasar fiskal dan juga dasar kewangan. Seperti biasa semasa berlakunya inflasi, perbelanjaan kerajaan akan dikurangkan bersama dengan penggunaan alat fiskal dengan sewajarnya. Walaubagaimanapun, perbezaan dalam Dasar Fiskal Islam dalam konteks perilaku perbelanjaan kerajaan ialah ia tidak akan mengurangkan perbelanjaannya bagi golongan berpendapatan rendah berbanding dengan sektor lain. 

Umumnya, terdapat sumber yang tidak dapat digunakan dalam ekonomi, terutama sekali dalam Negara Islam di dunia pada masa kini. Sumber yang tidak digunakan ini akan membantu sektor keperluan asas berkembang yang mungkin tidak dibangunkan secukupnya disebabkan kekurangan permintaan berkesan sektor. Dengan itu, bekalan keperluan asas dijangka akan bertambah berikutan permintaan berkesan yang lebih tinggi dan seterusnya, kesan inflasi perbelanjaan kerajaan ke atas sektor keperluan asas tidak mungkin mencemaskan. Sektor lain tidak dijangka menerima kesan yang banyak, memandangkan kebanyakan perbelanjaan golongan yang berpendapatan rendah adalah tertumpu pada keperluan asas. Sekiranya jangkaan ini betul,

Page 56: Dasar Fiskal Islam

cadangan menangguhkan pemberian zakat semasa berlakunya inflasi tidak perlu dilakukan. Namun, kerajaan hendaklah memastikan bahawa menerusi dasar yang disengajakan, sektor keperluan asas berkembang sebagai reaksi positif terhadap permintaan berkesan yang lebih tinggi dalam sektor ini.

Walaubagaimanapun, pengewangan wang zakat yang dicadangkan mungkin lebih berguna semasa berlakunya kemelesetan. Apabila barangan tidak boleh dijual, pihak berkuasa zakat boleh mengenakan levi ke atas barangan yang diperlukan oleh golongan yang berpendapatan rendah dan memberikan barangan tersebut sebagai ganti wang. Hal ini akan memberikan kesan pengembangan langsung dalam ekonomi.

Negara yang membangun dan juga negara maju kerap mengalami fenomena baru makroekonomi, iaitu kewujudan inflasi dan pengangguran secara serentak. Keadaan ini biasanya disebut sebagai stagflasi. Hasil zakat boleh digunakan untuk menangani situasi ini menerusi langkah dasar bekalan. Sumber zakat boleh digunakan untuk mewujudkan industri bagi mengeluarkan barangan keperluan asas dan barangan permintaan tinggi yang akan menambahkan bekalan barangan dan perkhidmatan serta peluang pekerjaan. Barangan keperluan asas akan memberikan kesan yang meleset ke atas tahap harga, manakala barangan permintaan tinggi akan menambahkan guna tenaga. Tenaga kerja yang berada di bawah garis kemiskinan akan mendapat keuntungan akan diagih-agihkan secara keseluruhannya antara golongan yang seboleh-bolehnya serupa, untuk menghasilkan kesan yang serupa secara komulatif. 

Penggunaan sumber zakat seperti ini dibenarkan dalam Islam. Tamlik iaitu memindahkan pemilikan kepada penerima zakat juga wujud apabila perkara yang dicadangkan tersebut dilakukan, kerana dengan berbuat demikian, pemilikan jumlah yang lebih tinggi daripada hasil zakat yang sebenar akan dipindahkan kepada penerima zakat dalam bentuk keuntungan dari semasa ke semasa. Dalam Sistem Ekonomi Islam, pembayar zakat tidak memindahkan pemilikan secara terus kepada penerima, tetapi sebaliknya ia dipindahkan kepada kerajaan untuk dibayar kepada golongan yang memerlukan. Memandangkan tidak ada kekangan masa dalam pembayaran oleh kerajaan, maka tidak ada salahnya bagi kerajaan, sebagai penjaga, untuk melaburkannya supaya berkembang. Dengan cara ini penerima zakat mungkin menerima aliran pendapatan yang berterusan, jika tidak, mereka hanya mendapat jumlah zakat sekali sahaja.

Kerajaan Negara Islam boleh membentuk program yang serupa bagi perbelajaan dana kebajikan lain. Hal ini boleh menyumbang secara positif kepada usaha kerajaan untuk menangani masalah stagflasi. 

Pendek kata, tatahidup Islam memiliki ciri unik yang memantapkannya menerusi Institusi Politik Negara. Hal ini memerlukan perumusan dan penggunaan dasar yang luas merangkumi setiap bidang kehidupan manusia. Selepas kewajipan biasa menegakkan Islam, sama ada di dalam atau luar negara, apa yang penting adalah menjamin kebajikan penduduk yang dalam bidang ekonomi

Page 57: Dasar Fiskal Islam

membabitkan jaminan keperluan asas kepada semua, penyediaan persekitaran ekonomi yang sesuai untuk penggunaan sumber sepenuhnya, pembangunan ekonomi dan sebagainya.

Ekonomi Islam mempunyai set alat kewangan yang baru bersama dengan segala alat Konvensional, kecuali instrumen faedah dan alat yang melibatkan faedah. Implikasi pembangunan dasar kewangan mungkin agak menggalakkan. Pemansuhan faedah dan pengenalan kewangan berasaskan keadilan dapat membantu mencapai kecekapan peruntukan, penggunaan sumber potensi sepenuhnya dan keadilan pengagihan.

Negara Islam mempunyai segala alat Dasar Fiskal Konvensional yang ada, tetapi penggunaannya dan implikasinya mungkin didapati berbeza. Walaupun terdapat beberapa perdebatan tentang persoalan pencukaian tetapi Syaricah tidak melarang pengenaan cukai, memandangkan ia diperlukan dalam konteks moden. Oleh itu kebanyakan ahli ekonomi Islam juga menganggap ia sebagai perkara positif.

Di samping itu, negara Islam mempunyai sumber hasil yang unik untuk digunakan, iaitu institusi zakat. Institusi zakat ialah alat yang berkesan bagi mencapai beberapa objektif fiskal yang juga dijangka akan menghasilkan kesan pembangunan yang ketara. Ia melarang penyorokan, menggalakkan pelaburan, menambahkan permintaan berkesan, dan sebagainya.

Kecekapan peruntukan mempunyai dimensi yang unik dalam Ekonomi Islam. Kecekapan peruntukan merujuk kepada produktiviti dan kebaikan sosial yang ditentukan oleh norma dan nilai Syaricah. Ini boleh dicapai dengan menggunakan langkah fiskal dan juga langkah kewangan yang wajar.

Perbincangan terakhir adalah tentang penggunaan dan matlamat dasar dalam dasar fiskal. Dalam konteks ini, langkah dasar fiskal mestilah konsisten dan saling melengkapi. Hal ini bertentangan dengan keadaan yang cenderung menyerahkan beberapa fungsi kepada dasar fiskal dan yang lainnya kepada langkah dasar lain dengan cara bebas dan berasingan. Dua kategori umum langkah dasar hendaklah digunakan secara serentak dengan cara yang sedemikian rupa hinggakan satu kategori ini tidak menghapuskan kesan kategori yang lain tetapi sebaliknya mengukuhkan antara satu sama lain. 

RUJUKAN

Al-Qur’an al-Karim.

Abdul Malik Rahman, 2003, Ibadah Zakat Dan Segala Masalahnya, Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.

Abdul Kadir Ismail, 1984, Baitulmal Islam (Kertas Dasar) dalam Seminar Baitulmal Peringkat

Page 58: Dasar Fiskal Islam

Kebangsaan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Abdul Rauf Abdul Majid Badr, Zakat Harta dan Zakat Fitrah, Laporan Persidangan seMalaysia, Kuala Lumpur, 4-7hb Mac 1986.

Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim, 1998, Petunjuk Amalan Ekonomi Islam, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Abu Ali S., 1983, “Comment on Fiscal Policy in an Islamic Economy”, dlm. Ziauddin Ahmad, M. Iqbal dan Khan (ed.). Fiscal Policy and Resource Allocation in Islam. Islamabad: Institute of Policy Studies.

Adam Smith, 1950, An Inquiry Into The Nature And Causes Of The Wealth Of Nations, edisi 6, jil. II, Edwin Cannan (pnyt.), London: University Paperback.

Cahyono Nurdin D., 1986, Harta Jaminan Sosial Menurut Syaricat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka al-Mizan.

Chapra M.U., 1985, “The Islamic Welfare State and its role in The Economy”, dlm. Kurshid Ahmad (ed.) Studies in Islamic Economics. Leicester: The Islamic Foundation.

David C. McClelland, 1971, “The Achievement Motive in Economic Growth” dalam Peter Kilby (ed.), Entrepreneurship And Economic Development, New York: The Free Press. 

Dr. Abulhassan Muhammad Sadeq, 2003, Pembangunan Ekonomi Dalam Islam, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 

Dr. Husein Shahatah, 1997, Al-Zakah Wa Al-Daribah Bayna Al-Fikr Wa Al-Tatbiq, makalah yang dibentangkan dalam kursus Zakah Accounting Sistem For Personal And Companies, Mesir.

Drs M.Manuallang, 1969, Pengantar Teori Ekonomi Kewangan, Cet. 3, Jakarta: PD Aksara. 

F.R.Faridi, Zakat And Fiskal Policy Dalam Studies In Islamic Economics.

Firdaus, A.N., 1977, Kepimpinan Umar Abdul Aziz, Jakarta: Penerbitan Pulicita.

Fauzi Hussin, Mohd. Razani Mohd. Jali & Abu Sufian Abu Bakar, 2003, Makroekonomi Untuk Matrikulasi, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 

Hailani Muji Tahir, 1982, Baitul Mal: Institusi Kewangan Negara Islam dan Belanjawan Negara, Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah.

Page 59: Dasar Fiskal Islam

Hailani Muji Tahir, 1986, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 

Hailani Muji Tahir, 1991, Sistem Ekonomi Islam Dan Dasar Belanjawan, Kuala Lumpur: Al-Rahmaniah. 

H. Osman-Rani (Osman, H.-Rani), 1994, Analisis Pendapatan Negara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Iqbal, M. dan M.F. Khan. 1981. A Survey Of Issues and a Programme for Research In Monetary and Fiscal Economics of Islam, Islamabad: Institute of Policy.

Ishak Shari, 1988, Memahami Maroekonomi STPM, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kenneth K.Kurihara, 1970, Monetary Theory And Public Policy. Cet. 8, London: Unwin University Book.

Kahf, Monzer, 1983, “Taxation Policy in An Islamic Economy”, dlm. Ziauddin Ahmad, M. Iqbal dan M.F. Khan (ed). Fiscal Policy and Resource Allocation in Islam, Islamabad: Institute of Policy Studies.

Lai Mooi Chang, 2003, Makroekonomi, Selangor: Pearson Malaya Sdn. Bhd.

Laws of Malaysia, Income Tax Act 1967, Para 6A (3). 

Leonard S. Silk, 1980, Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Lukmanul Hakim Abdul Latif, 2000, Dasar Fiskal Dalam Mengatasi Masalah Inflasi: Kajian Perbandingan Antara Sistem Ekonomi Islam Dan Konvensional, Disertasi Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Metwally, M.M., 1983, “Fiscal Policy in an Islamic Economy”, dlm. Ziauddin Ahmad, M. Iqbal dan Khan (ed.). Fiscal Policy and Resource Allocation in Islam. Islamabad: Institute of Policy Studies.

Miller, R.L dan R.W Pulsinelli, 1989, Modern Money and Banking, Singapura: McGraw-Hill Book Co. 

Muhammad Abdul Mannan, 1992, Ekonomi Islam: Teori Dan Praktis (Asas-Asas Ekonomi),

Page 60: Dasar Fiskal Islam

Jilid 3, A.S. NOORDEEN, Kuala Lumpur. 

Muhammad Nejatullah Siddiqi, 1987, Public Expenditure In An Islamic State, kertas kerja yang dibentang di Seminar Antarabangsa Ekonomi Islam, Kuala Lumpur.

Mustapa Mohamed, 1993, Kefahaman Ekonomi: Untuk Yang Memimpin dan Dipimpin. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai.

M.A. Mannan, 1980, Islamic Economics: Theory And Practice (a comparative study). Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.

Paul Chan & Chong Yeow Wei 1987, Makroekonomi: Teori, Dasar Dan Praktik. Kuala Lumpur: Higher Education Learning Programme.

Richard A.Musgrave dan Peggy B. Musgrave, 1983, Public Finance In Theory And Practice, Edisi 3, Singapore: McGraw-Hill Int. Book Co.

Salama A.A, 1983, “Fiscal Policy of an Islamic State”, hlm. 99, dlm. Ziauddin Ahmad, M. Iqbal dan Khan (ed.). Fiscal Policy and Resource Allocation in Islam. Islamabad: Institute of Policy Studies.

Sarimah Hanim Aman Shah, 2006, Ekonomi Dari Perspektif Islam, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shofian Ahmad dan Amir Husin Mohd. Nor, 2002. Zakat Membangun Ummah, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 

Siti Rohani Yahya, 1988, Konsep Asas Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 

Siddiqi, M.N., 1983, Issues In Islamic Banking: Selected Papers, Leicester: The Islamic Foundation.

Sumber Internet Webpage: http://www.treasury.gov.my/org/eko/le95_l.htm., Ekonomi Malaysia Pada Tahun 1995 Dan Prospek Bagi Tahun 1996.

Surtahman Kastin Hasan, 1990, Ekonomi Islam, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Surtahman Kastin Hasan, 2001, Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad, 2005, Ekonomi Islam: Dasar dan Amalan, Edisi 2,

Page 61: Dasar Fiskal Islam

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy, 1997, Pedoman Zakat, Darul Fikir.

Yahyā Ibn Ādam, 1347 H, al-Kharāj, Ed., Ahmad Muhammad Syakir, al-Qahirah: al-Matbacah al-Salafiyyah.

Yap Chan Ling, 1975, Inflasi, Dasar Kewangan Dan Dasar Belanjawan, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Zulkornain Bin Yusof, 1994, Percukaian Negara Islam: Perbandingan Percukaian Moden dan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Thursday, July 28, 2011

NKRA kos hidupKerajaan sedia pelan penyelesaian kos mengurangkan beban rakyat, pengguna

PUTRAJAYA: Kenaikan harga barang terutama makanan, fenomena global yang kini menjadi bebanan rakyat dijadikan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata satu pelan penyelesaian akan disediakan bagi mengurangkan beban rakyat dan pengguna.

"Sewaktu NKRA diputuskan kira-kira dua tahun lalu, ia berdasarkan kajian dan penelitian mengenai apa yang dikehendaki rakyat dan yang perlu dilakukan kerajaan dan ketika itu tidak terdapat fenomena global mengenai kenaikan harga barang, terutama makanan.

“Namun, selepas mendapati fenomena ini menjadi isu utama di kalangan rakyat, kerajaan berpendapat perlu menyediakan satu penyelesaian yang mampu memberi kelegaan kepada rakyat dan dengan itu kita (Kabinet) memutuskan menambah satu lagi NKRA,” katanya kepada media selepas mempengerusikan majlis dialog bersama pakar bidang yang menyertai perbincangan ‘online’ Meja Bulat 1Malaysia’ di pejabatnya di sini, semalam.

Page 62: Dasar Fiskal Islam

Najib berkata, NKRA ketujuh itu akan diketuai Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dan kementerian berkaitan.

Enam NKRA lain ialah memperluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan; mengurangkan kadar jenayah; memerangi rasuah; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan awam.

Najib berkata, bagi memastikan NKRA itu mencapai matlamat, kerajaan akan meneruskan langkah yang sudah dilaksanakan sebelum ini seperti mengawal harga barang dan mengekalkan sistem subsidi barang keperluan, selain mengembangkan lagi inisiatif Klinik 1Malaysia serta Kedai Rakyat 1Malaysia. Mengulas hasil dialog meja bulat itu, beliau berkata, ia bertujuan mendapatkan pandangan pakar dalam bidang tertentu seperti ekonomi, teknologi maklumat, hiburan, sukan dan pengguna. Cadangan dan saranan yang diluahkan dalam dialog itu akan diambil kira dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan Oktober ini.

“Saya berharap perbincangan ‘online’ ini akan memberi peluang kepada rakyat menyatakan pandangan mereka dalam pelbagai isu dan kerajaan akan mengambil kira hasil perbincangan mereka dengan pakar terbabit ketika merangka polisi tertentu,” katanya.

Antara pakar terbabit ialah pereka Pendrive, Pua Khein-Seng; Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin; pemuzik, Amy Search; Presiden FOMCA, Datuk N Marimuthu; Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation, Johan Mahmood Merican dan pemain skuash kebangsaan, Azlan Iskandar. 

sumber: Berita Harian Online