assignment 1-ulasan jurnal dapatan kajian

6
Ulasan Dapatan Kajian dalam Jurnal 1- Organizational Commitment and Job Satisfaction among Teachers during Times of Burnout. Oleh: Komal Nagar Jurnal ini dipilih untuk melihat sejauh mana komitmen organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan guru ketika berlakunya burnout. Malah dikatakan bahawa profesion keguruan sangat berisiko untuk terdedah kepada burnout dan stres (Cordes and Dougherty, 1993; Schaufeli and Enzmann, 1998). Dapatan kajian terhadap guru universiti memperlihatkan terdapat tiga perkara utama untuk menentukan kaitan perkara ini iaitu yang pertama depersonalisasi (depersonalization), kedua kekurangan pencapaian peribadi (reduce personel accomplishment) dan ketiga keletihan emosi (emotional exhaustion) (Lee and Ashforth, 1996; Maslach, Jackson and Leiter, 1996). Depersonalisasi (depersonalization) merujuk kepada sikap sinis terhadap arahan yang diberikan atau kerja-kerja yang dilakukan. Malah lebih membimbangkan lagi apabila sikap negatif ini terbawa-bawa ketika berhubungan dengan orang lain 1

Upload: que-hairi

Post on 24-Sep-2015

75 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Ulasan Dapatan Kajian dalam Jurnal 1-Organizational Commitment and Job Satisfaction among Teachers during Times of Burnout.Oleh: Komal Nagar

Jurnal ini dipilih untuk melihat sejauh mana komitmen organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan guru ketika berlakunya burnout. Malah dikatakan bahawa profesion keguruan sangat berisiko untuk terdedah kepada burnout dan stres (Cordes and Dougherty, 1993; Schaufeli and Enzmann, 1998). Dapatan kajian terhadap guru universiti memperlihatkan terdapat tiga perkara utama untuk menentukan kaitan perkara ini iaitu yang pertama depersonalisasi (depersonalization), kedua kekurangan pencapaian peribadi (reduce personel accomplishment) dan ketiga keletihan emosi (emotional exhaustion) (Lee and Ashforth, 1996; Maslach, Jackson and Leiter, 1996).Depersonalisasi (depersonalization) merujuk kepada sikap sinis terhadap arahan yang diberikan atau kerja-kerja yang dilakukan. Malah lebih membimbangkan lagi apabila sikap negatif ini terbawa-bawa ketika berhubungan dengan orang lain terutama pelajar. Jadi perkara ini memperlihatkan burnout atau stres sudah berlaku kepada seseorang guru.Seterusnya kekurangan pencapaian peribadi (reduce personel accomplishment) mula kelihatan. Jika dahulunya sentiasa memperlihatkan kualiti kerja yang baik tetapi mula berkurangan atau terus tiada, maka burnout sudah berlaku. Lebih membimbangkan apabila guru tersebut mula merasakan kerja tersebut tidak lagi berguna atau tidak sesuai kepadanya.Akhir sekali adalah keletihan emosi (emotional exhaustion). Perkara ini akan dirasai apabila tenaga atau semangat kerja mula berkurangan. Malah jelas kelihatan fizikal seseorang guru itu mula tidak bermaya. Kesannya segala kerja yang dilakukan dengan baik pada suatu ketika dahulu mula memperlihatkan kekurangan atau kelemahan yang ketara. Jadi ketiga-tiga faktor ini saling berkaitan dan berlaku disebabkan oleh komitmen organisasi dalam membina semula kepuasan kerja kepada guru (Bakker et al, 2003). Oleh itu, organisasi terutama pihak sekolah atau pihak yang terlibat perlu memikirkan cara yang terbaik bagi menangani masalah burnout tersebut.Organisasi perlu ada komitmen yang jitu dalam memperlihatkan kesungguhan bagi mengembalikan kepuasan kerja guru untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan (Cohen, 2003). Kajian jurnal memperlihatkan kaitan antara gender dan umur terhadap komitmen organisasi, kepuasan kerja dan burnout. Semua faktor ini saling berkaitan dan perlu ditangani dengan berkesan oleh organisasi.Langkah-langkah yang digariskan dalam kajian jurnal ini untuk mengembalikan kepuasan kerja guru adalah seperti mengadakan kursus atau program motivasi, menyediakan suasana kerja yang kondusif dan mewujudkan hubungan baik atau mesra sesama pekerja serta pembahagian kerja yang seimbang mengikut keperluan dan permintaan.Jadi ketiga-tiga faktor tersebut iaitu depersonalisasi, kekurangan pencapaian peribadi dan keletihan emosi menjadi punca utama kepada guru terhadap kepuasan kerja. Masalah ini dapat diatasi dengan baik sekiranya organisasi mempunyai komitmen yang jitu untuk menanganinya.

Ulasan Dapatan Kajian dalam Jurnal 2-Effect of Experience and Educational Level on Job Satisfaction of Telecom Executives. Oleh: Harjeet Kaur Virk.

Pemilihan jurnal tentang Kesan Pengalaman dan Tahap Pendidikan terhadap Kepuasan Kerja Eksekutif Telekom diambil bagi melihat hubung kait dapatan kajian terhadap kes tersebut. Dalam hal ini pengalaman dan tahap pendidikan seseorang eksekutif dikaji bagi melihat kepuasan kerjanya.Terdapat beberapa faktor kepuasan kerja bagi seseorang eksekutif iaitu (1) penetapan matlamat, (2) reka bentuk kerja, (3) profil demografi, (4) ganjaran, (5) kepimpinan dan (6) perbezaan individu. Sikap sama ada gembira atau tidak dalam menjalankan kerjanya akan mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi (Dessler, 2005; Rocca and Konstanski, 2001). Dapatan kajian juga memperlihatkan pekerja yang gembira akan lebih produktif berbanding pekerja yang tidak gembira di tempat kerja.Kajian yang dilakukan di Utara India menggariskan sembilan aspek kerja untuk menentukan kepuasan kerja bagi golongan eksekutif telekom (skala mengikut Spector, 1985). Aspek-aspek kepuasan kerja yang disoal adalah seperti (1) gaji, (2) promosi, (3) penyeliaan, (4) faedah, (5) ganjaran, (6) prosedur operasi, (7) rakan sekerja, (8) kerja sendiri dan (9) komunikasi. Semua aspek ini dinilai berdasarkan skala sangat setuju hingga sangat tidak setuju. Manakala jangka masa semua pekerja eksekutif ini adalah dalam lingkungan 5 hingga 10 tahun. Bagi tahap pendidikan pula merangkumi Ijazah, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).Dapatan menunjukkan bahawa jangka masa yang lama bagi seseorang eksekutif lebih cenderung terhadap kepuasan kerjanya berbanding dengan pekerja yang masih baru (Jinnett and Alexander, 1999; Jones Johnson, 2000; Stow, 1995; Vecchio, 1998; Chembers, 1999). Maka jelaslah pengalaman kerja bagi seseorang eksekutif telekom sangat mempengaruhi bidang kerjanya. Malah kejayaan sesebuah organisasi juga amat dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan tempoh masa kerja iaitu pengalaman. Eksekutif yang lebih tinggi taraf pendidikannya akan lebih merasa puas untuk meneruskan kerja-kerjanya.Kesimpulannya, berdasarkan dua bidang kerja yang berbeza daripada dua jurnal ini memperlihatkan bahawa bidang atau jenis kerja yang dilakukan akan mempengaruhi kepuasan kerja seseorang. Bagi guru walaupun berpengalaman dan berpendidikan tinggi masih akan mengalami burnout atau stres dengan kerjanya. Namun bagi eksekutif telekom lama masanya atau pengalaman bekerja dan berpendidikan akan memberi kepuasan terhadap kerjanya. Jadi setiap kerja sangat bergantung kepada beberapa faktor seperti yang terdapat dalam kajian jurnal1