dapatan kajian (5.2)

13
5.2 MENGENAL PASTI ADAT YANG DIAMALKAN SEMASA MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA DI TAMAN MACANG MANIS, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. 5.2.1 Melenggang perut Mengikut adat Melayu tradisional, apabila ibu yang mengandung sulung sudah tujuh bulan, diadakan upacara lenggang perut atau kirim perut . Upacara ini dilakukan oleh seorang bidan yang ditempah untuk menjaga dan merawat ibu itu sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Alat-alat yang digunakan dalam upacara ini ialah tujuh helai kain yang berwarna-warni, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa urat benang mentah, sebatang damar, minyak kelapa, limau, tepak sirih, wang penggeras sebanyak RM 1.50, nasi kunyit dan lain-lain. Dalam upacara itu bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain dan ibu yang hamil dibaringkan ke atas kain itu. Minyak kelapa disapu perlahan-lahan di perut ibu itu. Kemudian buah kelapa pula digulingkan ke alas perut sebanyak tujuh kali. Bidan seterusnya menarik kain dari bawah ibu yang sedang baring itu, sehelai demi sehelai sambil melenggang sedikit-sedikit kain itu. Kain yang di bawah sekali dihadiahkan kepada bidan bersama dengan sirih pinang, nasi kunyit dan penggeras. ( Siri Wajah-wajah Kita Melayu, 2007). Bagi masyarakat India, adat Valaikaappu (melenggang perut) adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan memakai sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai suulkaappu. Suul bermakna kandungan ibu dan kaappu pula bermaksud perlindungan. Suulkaappu ini dipakai untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kuasa-kuasa jahat. Amalan Ciimantam pula adalah upacara yang lebih unik. Amalan itu dimulakan dengan nyalaan api dan beberapa bahan seperti bijiran, minyak sapi dan sebagainya dibakar dengan api tersebut. Ibu yang mengandung akan didudukkan menghadap ke arah timur. Rambutnya akan disikat tengah oleh suami dan kemudian

Upload: keethagurl24

Post on 16-Nov-2015

146 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kerja kursus PA

TRANSCRIPT

5.2MENGENAL PASTI ADAT YANG DIAMALKAN SEMASA MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA DI TAMAN MACANG MANIS, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

5.2.1Melenggang perutMengikut adat Melayu tradisional, apabila ibu yang mengandung sulung sudah tujuh bulan, diadakan upacara lenggang perut atau kirim perut. Upacara ini dilakukan oleh seorang bidan yang ditempah untuk menjaga dan merawat ibu itu sepanjang mengandung dan melahirkan anak. Alat-alat yang digunakan dalam upacara ini ialah tujuh helai kain yang berwarna-warni, segantang beras, sebiji kelapa, beberapa urat benang mentah, sebatang damar, minyak kelapa, limau, tepak sirih, wang penggeras sebanyak RM 1.50, nasi kunyit dan lain-lain. Dalam upacara itu bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain dan ibu yang hamil dibaringkan ke atas kain itu. Minyak kelapa disapu perlahan-lahan di perut ibu itu. Kemudian buah kelapa pula digulingkan ke alas perut sebanyak tujuh kali. Bidan seterusnya menarik kain dari bawah ibu yang sedang baring itu, sehelai demi sehelai sambil melenggang sedikit-sedikit kain itu. Kain yang di bawah sekali dihadiahkan kepada bidan bersama dengan sirih pinang, nasi kunyit dan penggeras. ( Siri Wajah-wajah Kita Melayu, 2007).Bagi masyarakat India, adat Valaikaappu (melenggang perut) adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan memakai sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai suulkaappu. Suul bermakna kandungan ibu dan kaappu pula bermaksud perlindungan. Suulkaappu ini dipakai untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kuasa-kuasa jahat. Amalan Ciimantam pula adalah upacara yang lebih unik. Amalan itu dimulakan dengan nyalaan api dan beberapa bahan seperti bijiran, minyak sapi dan sebagainya dibakar dengan api tersebut. Ibu yang mengandung akan didudukkan menghadap ke arah timur. Rambutnya akan disikat tengah oleh suami dan kemudian minyak disapu pada bahagian atas kepala. Sejenis rumput dicelupkan ke dalam minyak dan disapukan pada kepala ibu tersebut. Pada masa yang sama mantera dibaca sambil memakai serbuk kumkuma pada dahi ibu mengandung. Kemudian pasangan suami isteri akan berjalan mengelilingi api sebanyak tiga kali mengikut arah jam. Upacara ciimantam dikendalikan oleh pedanda. Pada masa itu mereka berdoa kepada Tuhan untuk melindungi ibu dan kandungannya sama ada daripada anasir jahat mahupun kesulitan ketika bersalin.

Gambar 1 : Adat Valaikaappu (melenggang perut) masyarakat India Sumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.2Membelah mulutAdat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mengecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma. Ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mantera dibacakan. Namun demikian, adat ini pada masa sekarang lebih kepada menitiskan air zam zam atau makanan manis seperti kurma atau kismis di bibir bayi. Hal ini diakui oleh Puan Wan Nur Suriati binti Wan Sulaiman, iaitu salah seorang informen yang ditemu bual dalam kajian ini. Beliau juga menyatakan bahawa makanan pertama yang masuk ke dalam mulut bayi mestilah sesuatu makanan yang baik dan mempunyai khasiat.Dalam kalangan masyarakat India, adat ini lebih dikenali sebagai menyapu madu. Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan dapat memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

Gambar 2 : Adat Membelah mulut masyarakat Melayu Sumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.3Potong tali pusatBagi masyarakat Melayu, sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.Bagi masyarakat India pula, tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak daripada dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. ( Siri Warisan Bangsa Adat Warisan, 2013 )

5.2.4BertindikBertindik dilakukan kepada anak-anak perempuan. Ada yang ditindik semasa berumur tujuh hari selepas tanggal pusat. Ada yang bertindik selepas bercukur rambut dan ada pula yang telah besar dan menjadi dana sunti. Bertindik bermaksud melubang cuping telinga kanan dan kiri. Tujuannya ialah supaya anak-anak boleh memakai subang atau anting-anting. Kelengkapan dan barang-barang yang diperlukan untuk bertindik ialah nasi kunyit, beras kunyit dan bertih, wang penggeras, kunyit basah, minyak kelapa, benang hitam, duri limau atau jarum jahit. Semasa menjalani upacara bertindik, anak perempuan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah. Ada kalanya anak itu diletakkan di atas pelamin. Dalam upacara itu mula-mula doa selamat dibacakan. Kemudian tukang tindik menaburkan bertih dan beras kunyit kepada anak itu. Seterusnya cuping telinga anak itu dicucuk dengan jarum dan benang hitam yang telah bercucuk dengan kunyit terus. Benang itu diikatkan di telinga anak itu bersama dengan kunyit itu sekali. Ada kalanya subang halus berbentuk cincin dipakaikan sekali pada telinga anak itu. Salah seorang informen, iaitu Encik Abidin bin Ahmad juga menerangkan bahawa adat bertindik amat penting kepada anak perempuan dan bahawa adat ini harus diamalkan oleh generasi kini dan yang akan datang

5.2.5Mendodoi bayiMendodoi bayi adalah upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu yang bermaksud penggoyangan lidah. Upacara mendodoi bayi dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Lagu-lagu ini merupakan harapan ibu bapa supaya bayi tersebut akan menjadi seorang yang berguna seperti yang terkandung dalam lirik tersebut. Kebiasaannya lagu-lagu ini dinyanyikan oleh golongan tua sahaja. ( Siri Wajah-wajah Kita India, 2007 )

Gambar 3 : Buaian yang digunakan oleh masyarakat India Sumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.6Mandi selepas bersalinSebaik sahaja masuk ke dalam rumah, ibu dan bayi dipisahkan daripada keluarga yang lain dan dimasukkan ke bilik khas. Bilik tersebut dibersihkan supaya tidak mengganggu kesihatan ibu dan anaknya. Orang ramai dilarang masuk ke dalam bilik tersebut selama dua minggu melainkan untuk perubatan sahaja. Ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu dan hanya perlu dilap dengan kain yang basah sahaja. Jika tidak, ibu tersebut mendapat penyakit atau anggota badan menjadi lemah. Setelah itu ibu akan dimandikan dengan air mandian dicampur dengan herba. Antara herba tersebut seperti kunyit, minyak bijan, kas-kas dan sebagainya. Rambut yang basah akan dikeringkan dengan asap kemenyan yang mampu menghindar penyakit demam, selsema dan sebagainya. Bayi dimandikan ketika waktu petang. Mandian bayi dilakukan dengan menyiram air pada seluruh anggota bayi. Air suam digunakan untuk menghindarkan pelbagai penyakit. Air mandian juga boleh dicampur dengan bahan-bahan herba. Ini bertujuan mengelakkan bayi dari diserang penyakit sawan atau kuning. Ketika bayi dimandikan, urutan secara perlahan dilakukan dan tulang belakang bayi diurut supaya tidak bengkok. Kemudian hidung, kening dan telinga diurut juga untuk bertujuan menjaga kecantikan. Sebaik sahaja dimandikan, bayi akan ditonggengkan dengan mengangkat kedua-dua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu, bayi dilap dengan menggunakan asap kemenyan. Bedak yang diperbuat daripada tepung beras disapu pada seluruh anggota badan supaya tidak dihinggapi ruam. Setelah itu, bayi dibedung dengan kain yang bertujuan meluruskan seluruh badan bayi supaya tidak bengkok.

Gambar 4 : Adat mandi selepas bersalin masyarakat India Sumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.7Membawa bayi pulang ke rumahDalam kalangan masyarakat India, bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke dalam rumah, upacara aalati akan dilakukan. Upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala atau kecelakaan yang bakal ditempuhi bayi. Serbuk kunyit dan kapur sirih dicairkan ke dalam sebuah dulang. Seketul arang dimasukkan ke dalam dulang dan dipusing-pusingkan sebanyak tiga kali di hadapan ibu dan bayi mengikut arah jam dan sekali berlawanan arah jam. Dulang akan diayunkan sebanyak tiga kali juga. Perempuan yang mempunyai suami dan anak harus mencelup ibu jari ke dalam dulang yang berisi serbuk kunyit dan kapur. Bahan tersebut akan dipalitkan pada dahi ibu dan bayi. Setelah itu barulah ibu dan bayinya dibawa masuk ke dalam rumah dan aalati dibuang. ( Siri Wajah-wajah Kita India, 2007 )

Gambar 5 : Bahan yang digunakan dalam upacara aalati Sumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.8Memberi namaMengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih. Nama bayi sunat diberikan pada hari ketujuh kelahiran bayi dan diikuti dengan penghasilan sijil kelahiran bayi. Pada zaman sekarang, bayi sudah boleh didaftarkan untuk mendapatkan Mykad mereka pada hari pendaftaran nama dibuat.Bagi masyarakat India pula, sebaik sahaja bayi berusia 16 hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewa Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut. Hal ini diakui salah seorang informen, iaitu Puan Saraswathi a/p Muniandy. Beliau menyatakan bahawa nama yang dipilih bagi bayi akan mempengaruhi perwatakannya pada masa hadapan.

5.2.9Jejak Tanah / Turun tanahDi sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan. Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barangan tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja. Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya, jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca. ( Siri Adat dan Budaya Kaum Utama Melayu, 2013 )

Gambar 6 : Adat jejak tanah masyarakat Melayu Sumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.10Naik BuaiAdat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung. Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut. ( Siri Warisan Bangsa Adat Warisan, 2013 )

Gambar 7 : Adat naik buai masyarakat Melayu Sumber : Kajian Lapangan 2015

5.2.11Cukur rambut / Potong jambulAdat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan. Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelilingnya. Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi.Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut ditanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ketujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain. ( Siri Warisan Bangsa Adat Warisan, 2013 )

Gambar 8 : Adat cukur rambut / potong jambul masyarakat MelayuSumber : Kajian Lapangan 2015