assgmnttitas-140501134927-phpapp02

16
1.0 Pendahuluan Pergilah ke mana sahaja pasti ramai yang mengetahui Negara Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum tetapi masih mampu mempertahankan perpaduan dalam kalangan masyarakatnya. Di situlah uniknya Malaysia. Mengulas tentang kemajmukan masyarakat, Berghe (1967) telah menyenaraikan ciri-ciri masyarakat majmuk iaitu: a. Tidak ada penyesuaian nilai di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain b. Tidak wujud keseragaman dari segi kebudayaan c. Selalu berlaku konflik dan penentangan antara kelompok yang ada d. Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa otonomi mengikut bahagian sistem social mereka. e. Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang ekonomi sebagai factor asas untuk berlakunya interaksi. f. Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu. 1 Kemajmukan masyarakat Malaysia boleh dilihat dalam pola bahasa, kebudayaan dan agamanya serta struktur ekonomi. Selain itu, sebagai masyarakat majmuk ‘budaya politik’ masyarakat semenanjung Malaysia juga berpecah mengikut garis ras, tradisi dan lain-lain sentiment. Tiap-tiap komuniti pula akan beusaha menjaga, memupuk serta memperkuatkan kepentingan kaum masing-masing. Jika diteliti terdapat tiga 1 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 55 1

Upload: cheazaharicheahmad

Post on 09-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Page 1: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

1.0 Pendahuluan

Pergilah ke mana sahaja pasti ramai yang mengetahui Negara Malaysia sebagai sebuah

Negara yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum tetapi masih mampu

mempertahankan perpaduan dalam kalangan masyarakatnya. Di situlah uniknya

Malaysia. Mengulas tentang kemajmukan masyarakat, Berghe (1967) telah

menyenaraikan ciri-ciri masyarakat majmuk iaitu:

a. Tidak ada penyesuaian nilai di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain

b. Tidak wujud keseragaman dari segi kebudayaan

c. Selalu berlaku konflik dan penentangan antara kelompok yang ada

d. Tiap-tiap kelompok itu mengekalkan kuasa otonomi mengikut bahagian sistem social

mereka.

e. Unsur paksaan serta saling bergantungan dalam bidang ekonomi sebagai factor asas

untuk berlakunya interaksi.

f. Pemecahan pucuk pimpinan berdasarkan kepada kepentingan kelompok tertentu.1

Kemajmukan masyarakat Malaysia boleh dilihat dalam pola bahasa, kebudayaan dan

agamanya serta struktur ekonomi. Selain itu, sebagai masyarakat majmuk ‘budaya politik’

masyarakat semenanjung Malaysia juga berpecah mengikut garis ras, tradisi dan lain-lain

sentiment. Tiap-tiap komuniti pula akan beusaha menjaga, memupuk serta

memperkuatkan kepentingan kaum masing-masing. Jika diteliti terdapat tiga kaum utama

di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.2 Kaum-kaum ini masing-masing

mempunyai adat dan budaya tersendiri. Berfokus kepada kaum Cina, kaum Cina

merupakan kaum yang berasal dari Negara China dan terdiri daripada beberapa subetnik

yang lebih khusus seperti Hokkian, Kanton, Hakka, Teociu, Hailam dan lain-lain.3

Tiga kawasan asal orang Cina ialah Kwantung, Fuchien dan Kwangsai. Tiap-tiap

wilayah ini pula dipecahkan kepada daerah yang lebih kecil hingga ke peringkat

kampung. Setiap suku kaum pula mempunyai aktiviti ekonomi yang berbeza. Sebagai

1 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1994, hlm. 552 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 573 J. Cushman & W.Gungwu, Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara, Pustaka Utama Graiti, Jakarta, 1991, hlm. 12

1

Page 2: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

contoh, ramai orang Hokkien menceburi bidang perniagaan hingga kepada import-

eksport, orang Hakka melombong dan orang Teochew bertani serta menjadi nelayan.4

Seterusnya, menjawab persoalan mudah iaitu siapakah orang Cina dalam konteks

yang lebih khusus bukanlah semudah mencari jawapannya. Sememangnya di mana sahaja

mereka tinggal, mereka tetap dilabel sebagai orang Cina tetapi isi label itu yakni ciri-ciri

mereka sebagai orang Cina adalah berbeza dari satu daerah dengan daerah yang lain.

Orang-orang Cina sememangnya memiliki persamaan tradisi budaya tetapi rincian tradisi

ini berbeza dalam banyak cara, bergantung kepada di mana mereka tinggal. Satu-satunya

persamaan budaya mereka ialah kesemua orang Cina menyambut Tahun Baru Cina

namun cara sambutan tersebut tetap berbeza.5 Bagaimana orang Cina menjadi sebahagian

daripada masyarakat majmuk di Malaysia, sejarah kedatangan mereka dan kesan

kedatangan mereka akan dibincangkan pada topik-topik seterusnya.

4 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 1725 J. Cushman & W.Gungwu, Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara, hlm. 188

2

Page 3: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

2.0 Sejarah Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu

Dikatakan bahawa kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu bermula sejak zaman

kerajaan Melaka lagi.6 Melaka merupakan pusat perdagangan pada ketika itu.

Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari India, Timur

Tengah, Eropah, termasuklah China.7 Hal ini membuktikan kerajaan Melaka dan Negara

China sememangnya mempunyai hubungan diplomatik sehingga membolehkan kaum

Cina berhijrah ke Tanah Melayu walaupun pada awalnya penghijrahan tersebut hanya

melibatkan sebilangan kecil sahaja. Penghijarahan masuk secara besar-besaran berlaku

selepas pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan

Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Di peringkat ini, mereka berkumpul di kawasan

perlombongan Lukut dan Sungai Ujong. Mereka juga turut berhijrah ke Johor semasa

pemerintahan Temenggong Ibrahim (1829-1862) untuk mengusahakan ladang-ladang di

Kelian Pauh iaitu Taiping.8 Hong Pek Koon dalam bukunya yang bertajuk Chinese

Politics in Malaysia mengatakan bahawa terdapat tiga fasa perbezaan penghijrahan orang

Cina:

“One can discern three distinct phases in the pattern on Chinese immigration and

settlement in Malaya: 1) the earliest period, from the beginning of fifteenth century to

the founding af the Straits Settlements by British, which saw the establishment of the

Baba community, 2) from the advent of mass immigration in the 1820s onwards, when

the Laukeh community emerged and flourished and 3) from the 1900s to the outbreak

of World War II, when political groupings took shape and political activities

prolifersted.”9

6 Mohamad Idris Saleh, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 567 Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 7 8 Mohamad Idris Saleh, (et.al,), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 579 Heng Pek Koon, Chinese Politics in Malaysia, Oxford University Press, New York, 1988, hlm. 9

3

Page 4: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan orang Cina ke Tanah

Melayu iaitu:

a. Kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup di China memaksa mereka untuk keluar

berhijrah. Di samping itu, ramai petani kehilangan tanah kerana gagal membayar

cukai yang tinggi.

b. Ketidakstabilan politik yang mengancam nyawa dan harta benda telah memaksa

sebilangan besar orang Cina untuk berhijrah. Gerakan menentang pemerintahan

Manchu sentiasa meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan

Boxer dab Revolusi Cina.

c. Dasar ekonomi penjajah untuk mengaut kekayaan dan pertambahan permintaan bijih

timah di Eropah mendorong British untuk mengimport buruh luar.

d. Tarikan untuk mencari rezeki dan kekayaan di Negara asing menjadi factor

penghijrahan orang Cina. Perkembangan perusahan bijih timah pertengahan abad ke-

19 dan perusahaan getah pada abad ke-20 di Tanah Melayu menambahkan minat

orang Cina untuk berhijrah.10

Orang Inggeris beranggapan bahawa orang Cina mempunyai semangat bekerja yang

kuat dan berdaya usaha ekoran itu, orang Inggeris menggalakkan kedatangan mereka ke

Tanah Melayu. Selain terlibat dalam aktiviti perdagangan, orang Cina juga turut bekerja

di sektor pertanian. Mereka mengerjakan kebun-kebun lada hitam, gambir, buah pala,

bunga cengkih, kelapa, tembakau, ubi kayu dan sirih.11

Bagaimana pula orang Cina boleh sampai ke Tanah Melayu? Dikatakan bahawa

mereka yang datang ke Tanah Melayu adalah menggunakan biaya sendiri. Apabila

permintaan buruh bertambah, galakan diberi untuk menarik lebih ramai kemasukan

pendatang. Sebelum British camput tangan, pemerintah-pemerintah Melayu

sememangnya membawa masuk buruh-buruh Cina untuk melombong. Kapitan12 dilantik

untuk mengendalikannya. Manakala di Johor pula menggunakan system Kangcu untuk

menggalakkan pertanian. Sultan Johor mengeluarkan surat kepada pemodal Cina untuk

mengusahakan tanaman lada dan gambir.13

10 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 5711 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 17112 Kapitan juga dikenali sebagai ketua kongsi gelap13 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 174

4

Page 5: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

Satu lagi sistem yang menggalakkan kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu ialah

sistem kredit tiket. Berdasarkan sistem ini sinkeh14 diberi hutang tambang pelayaran.

Untuk membayar hutang tersebut buruh Cina perlu bekerja dengan broker buruh sehingga

hutang dan faedahnya selesai dibayar. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak dapat

bertahan lama kerana broker-broker mahu mengaut keuntungan lebih dengan

mengenakan bayaran tinggi kepada majikan.15 Sistem ini kemudiannya diharamkan pada

tahun 1914 namun tidak menyekat kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu apabila

majikan-majikan mula menghantar agen-agen ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.

Biasanya orang yang dipilih ialah mandur. Mandur akan balik ke kampung halaman

untuk mencari pekerja. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh majikan tetapi semua

urusan perkejaan akan dikontrakkan. Buruh yang masuk melalui sistem ini dikenali

sebagai buruh kontrak.

Nisbah jantina penghijrah menjadi tidak seimbang apabila kebanyakannya adalah

lelaki dewasa. Hal ini menimbulkan beberapa masalah sosial. Keadaan ini menyebabkan

ramai buruh pulang ke China. Kerajaan telah mengeluarkan Peraturan Sekatan

Penghijrahan yang mula dikuatkuasakan pada tahun 1933. Kemasukan pendatang Cina

lelaki disekat tetapi membenarkan pendatang wanita. Hal ini telah mendorong kemasukan

penghijrah wanita dan antara tahun 1930-1938 dianggarkan 190 ribu penghijrah wanita

Cina membanjiri Tanah Melayu.16 Kedatangan wanita Cina telah mendorong orang Cina

berkeluarga dan mewujudkan kehidupan yang lebih baik. Selepas tahun 1930, kerajaan

British melaksanakan dasar imigrasi yang lebih ketat. Kesannya kemasukan penghijrah ke

Tanah Melayu berkurang dengan banyak.

3.0 Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu14 Sinkeh adalah nama lain bagi orang Cina yang dibawah masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Tiket Kredit15 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 17516 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), hlm. 176

5

Page 6: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

3.1 Sosial

Semasa British menjajah Tanah Melayu mereka telah membawa masuk masyarakat

cina ke negeri Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan negeri-negeri

selat pada tahun 1826.17 Hal ini kerana, kepentingan kaum ini kepada British, disebabkan

mereka sudah selesa berada di Tanah Melayu maka secara tidak langsung mereka tidak lagi

berminat untuk pulang ke Tanah Air mereka. Justeru hal ini menyebabkan penduduk Tanah

Melayu menjadi menajdi masyarakat majmuk.

Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu jelas menunjukkan proses

pembentukan masyarakat majmuk telah bermula. Justeru, pihak kerajaan telah melaksanakan

pelbagai langkah agar tiada seorang pun yang akan tercicir. Seterusnya, kerajaan

memperkenalkan pelbagai dasar seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pelajaran

Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan merupakan

agenda utama untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui kebudayaan.18

Dasar ini juga berdasarkan tiga prinsip penting yang telah ditetapkan dalam Kongres

Kebudayaan Kebangsaan 1971. Prinsip yang telah ditetapkan oleh kongres ialah Dasar

Kebudayaan harus berteraskan kepada kebudayaan rakyat rantau ini, unsur-unsur kebudayaan

lain yang sesuai dan wajar boleh diterapkan, tetapi unsur Islam merupakan unsur yang

terpenting dalam pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.19

3.2 Pendidikan

17 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 5618 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 18319 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 182-183

6

Page 7: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

Seterusnya, dalam sektor pendidikan pula sebelum kedatangan masyarakat cina atau

sebelum Tanah Melayu merdeka penduduk Tanah Melayu hanya belajar di sekolah-sekolah

pondok. Namun, pada abad ke19 British telah membawa masuk golongan imigran ke Tanah

Melayu menyebabkan sistem pendidikan berubah. Justeru, apabila golongan imigran tiba di

Tanah Melayu mereka telah menubuhkan sekolah, seperti masyarakt Cina mereka telah

membina sekolah pertama di Melaka pada tahun 1815.20

Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu menyebabkan kerajaan

memperkenalkan satu lagi dasar khusus untuk pendidikan iaitu Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Dasar Pelajaran Kebangsaan diperkenalkan kerana kerajaan menyedari bahawa pentingnya

diwujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengantikan sistem pendidikan

penjajah bagi memenuhi kehendak Negara.21 Sekolah jenis vernakular yang telah lama wujud

tetap diteruskan namun ia akan menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pembelajaran.

Hal ini kerana, melalui perkara 152 yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia

mengatakan bahawa bahawa Melayu merupakan bahasa rasmi, manakala bahasa ibunda

keturunan lain dijamin kebebasan penggunaannya.

3.3 Ekonomi

Sebelum kemasukan Cina ke Tanah Melayu ekonomi masyarakat melayu hanya

tertumpu di kawasan pertanian dan bekerja sebagai nelayan atau dengan istilah lain ekonomi

sara hidup. Chai Hon Chan mengatakan bahawa:

“The malays, therefore, could not be regarded as an available source of labour supply. When

they worked it was for themselves, on their on land, and very few could be persuaded to

accept employment as agricultural labourers or on public work”22

Namun, pada sekitar abad ke19 setelah British membawa masuk masyarkat Cina ke Tanah

Melayu ekonomi Tanah Melayu berubah secara mendadak. Hal ini kerana, british

menggalakan kedatangan imigran cina ke tanah melayu kerana berpendapat bahawa orang

cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya saing dan bersifat keusahawanan.

Justeru, kemasukan imigran cina ini telah mengubah struktur ekonomi masyarakat melayu

pada zaman dahulu. Perubahan ekonomi hasil daripada kemasukan buruh-buruh dari cina

20 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia, hlm. 21221 Mohamad Idris Saleh, (et.al), Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 18422 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, Oxford University Press, New Work, 1967, hlm. 102

7

Page 8: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

yang telah mempelopori ekonomi sehingga kesannya pada hari ini kita dapat lihat bahawa

kejayaan yang kita kecapi menunjukkan bagaimana interaksi budaya dan kesepaduan antara

dua bangsa yang berbeza mampu memberikan impak yang positif ia bukan hanya tertumpu

kepada ekonomi dan sosial. Malah politik juga telah berkembang hasil daripada imigran ini.

Jelaslah bahawa, imigran cina telah membawa impak keatas sosiobudaya masyarakat melayu

pada abad ke-19. Oleh itu, idea british untuk membawa imigran cina merupakan pencetus

kepada perubahan dan perkembangan ekonomi di tanah melayu.

Tambahan pula, british telah memperkenalkan dasar pemerintahan yang bersifat liberal telah

menggalakkan kemasukan cina ke tanah melayu23. Dasar liberal yang diperkenalkan telah

membawa kepada perubahan yang drastik dari segi pertambahan bilangan penduduk cina di

tanah melayu. Pertambahan bilangan penduduk hasil daripada mekanisma yang dirangka

khusus oleh british dalam menyediakan pelbagai kemudahan bagi menggalakkan kemasukan

rakyat cina ke tanah melayu. Sebagai contoh, menyediakan kemudahan subsidi tambang dan

memperkenalkan udang-undang dan peraturan imigrasi di tanah melayu24. Justeru, kaedah ini

telah membawa kepada buruh-buruh cina untuk datang ke tanah melayu. Faktor-faktor lain

juga telah menyebabkan british berjaya mengubah sistem ekonomi daripada sistem sara diri

kepada sistem komersial.

3.4 Sistem Politik

Peralihan yang telah dicapai semenjak kedatangan rakyat cina ke tanah melayu turut

mengubah sistem politik di tanah melayu. Sistem politik merupakan salah satu wadah dalam

menyelesaikan konflik yang timbul dalam kalangan masyarakat yang berlainan latar belakang

dan meraka telah cuba sedikit sebanyak untuk bersuara mengenai hak-hak dalam berpolitik.

Hal ini demikian kerana, semenjak british mengambil alih tampuk pemerintahan di tanah

melayu. Rakyat cina yang bermastautin di tanah melayu menyuarakan untuk terus kekal

berada supaya mereka dapat terus hidup dalam keadaan yang cukup selesa dan mempunyai

penempatan yang menjamin kelestrian hidup bersama. Rakyat cina berhasrat untuk terus

kekal dan menjanjikan taat setia kepada Negara25.

Disamping itu, orang cina telah bergiat aktif dalam sistem pentadbiran di tanah

melayu. Sebahagian daripada mereka mencuba menjawat jawatan dalam pentadbiran dalam

23 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963, hlm. 17124 Chai Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, hlm. 10325 Nik Hasna Nik Mahmood (terj.), Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, 1997, hlm. 155

8

Page 9: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

mengurus dan menyelia setiap tempat yang dibahagikan oleh british. Dengan asimilasi yang

berlaku kepada mereka di tanah melayu. Pegawai-pegawai yang berkhidmat dalam sistem

pentadbiran berani menyuarakan dan tampil kehadapan untuk menyampaikan hasrat bagi

mewakili kaum mereka. Kejayaan sistem pentadbiran yang dirangka oleh british khususnya

mempunyai maksud disebalik kemasukan buruh-buruh cina ini. Hal ini demikian kerana,

british ingin rakyat cina yang berimigran ke tanah melayu seharusnya terus kekal supaya

dapat memberikan keuntungan ekonomi khususnya kepada pihak british. Justeru, dengan

adanya meraka yang bergiat dalam sistem politik telah melebarkan sayap meraka di seluruh

tanah melayu. Bahkan, meraka juga telah ramai melahirkan golongan intelek dalam kalangan

rakyat cina. Golongan intelek inilah yang Berjaya mengekalkan rakyat cina untuk terus

berada di tanah melayu.

4.0 Kesimpulan

9

Page 10: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

Natijahnya, kedatangan imigran ke Tanah Melayu menyebabkan berlaku perubahan

besar dalam kalangan corak masyarakat. Hal ini adalah disebabkan oleh penjajahan British

yang ingin mengeksploitasi hasil bumi di Tanah Melayu sehingga membawa kepada

kemasukan buruh Cina dan India yang seterusnya telah memberi kesan menyeluruh di Tanah

Melayu khususnya dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Sistem Kredit Tiket

dan sistem kontrak yang diperkenalkan menyebabkan lambakan kemasukan buruh Cina ke

Tanah Melayu. Di samping itu, lambakan buruh Cina ini telah menggugat kedudukan orang

Melayu khususnya dalam bidang ekonomi namun hal ini tidak menjadi kudis kepada pihak

British malah Brtish sengaja mewujudkan jurang perbezaan antara kaum dengan

mengasingkan tempat tinggal mereka. Orang Melayu dibiarkan tinggal di kawasan kampung,

orang-orang Cina ditempatkan di kawasan bandar dan kawasan perlombongan, manakala

orang India pula ditempatkan di kawasan pertanian, ladang-ladang dan estet-estet. Hal ini

menyebabkan orang Melayu tertindas dan dinafikan hak mereka sebagai penduduk tempatan

di Tanah Melayu. Walaupun kedatangan imigran ini menyebaban pelbagai kesan bruruk

seperti masalah setinggan, perkauman, kongsi gelap dan sebagainya namun kedatangan

mereka telah memajukan sektor ekonomi di Tanah Melayu dan secara tidak langsung

mewujudkan masyarakat majmuk yang masih kekal pada hari ini.

5.0 Bibliografi

10

Page 11: assgmnttitas-140501134927-phpapp02

Chai Hon Chan. The Development of British Malaya 1896-1909. Oxford University Press:

New Work. 1967

Heng Pek Koon. Chinese Politics in Malaysi. Oxford University Press: New York. 1988

J. Cushman & W.Gungwu. Perubahan Identitas Orang Cina di Asia Tenggara. Pustaka

Utama Graiti: Jakarta, 1991

J. Kennedy. History of Malaya. Macmillan and Co LTD: Hong Kong. 1962

Joginder Singh Jessy. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959. Dewan Bahasa dan Pustaka:

Kuala Lumpur. 1976.

K.G Tregonning. A History of Modern Malaya. Eastern University Press LTL: London. 1964

Mohamad Idris Saleh. (et.al). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Utusan

Publications & Distributors: Kuala Lumpur. 1994

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Utusan Publications & Distributors: Kuala

Lumpur. 2002

Nik Hasna Nik Mahmood (terj.). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Universiti Teknologi

Malaysia: Johor Bahru. 1997

Othman Shariff. (terj.). Latar Belakang dan Sejarah Masyarakat Moden. Penerbitan Adabi:

Kuala Lumpur. 1979

11