assg kb

5
Pengenalan Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasikan untuk beberapa matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. NAmun pelaksanaaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan (JNSP,1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif menjadi aspek penting di dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Kepentingannya telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam Mok Soon Sang (2002) iaitu ” ……. memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan……..”. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dilaksanakan mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Abdul Rahim (1999) dalam Sarimah (2008), pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan warganegara yang dapat memainkan peranan mereka dengan lebih bertanggungjawab kepada negara. Pendidikan tanpa mengutamakan perkembangan fikiran ibarat ’jasad tanpa roh’. Pendidikan perlu melahirkan golongan yang berkeupayaan

Upload: sandhrigah-krishnan

Post on 16-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ASSG KB

TRANSCRIPT

Page 1: ASSG KB

Pengenalan

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan

pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK).

Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasikan

untuk beberapa matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris,

Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. NAmun pelaksanaaan ini masih belum

mantap dan kurang diberi penekanan (JNSP,1998). Pendedahan yang berterusan

dan sistematik diperlukan agar guru dapat memperluas pelaksanaan KB dalam

pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran.

Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif menjadi aspek

penting di dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Kepentingannya telah

dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam Mok Soon Sang (2002)

iaitu ” ……. memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan……..”.

            Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dilaksanakan

mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Abdul Rahim (1999)

dalam Sarimah (2008), pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan

warganegara yang dapat memainkan peranan mereka dengan lebih

bertanggungjawab kepada negara. Pendidikan tanpa mengutamakan perkembangan

fikiran ibarat ’jasad tanpa roh’. Pendidikan perlu melahirkan golongan yang

berkeupayaan berfikir dan mendorong kepada penerusan tradisi intelektual dalam

masyarakat

Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang

tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh

guru-guru. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan

pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Dokumen

Standard Pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih

berkesan dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran dengan penyebatian KBKK

serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ingin disasarkan oleh guru. Selain

Page 2: ASSG KB

itu murid juga mendapat latihan berifikir secara kritis dan kreatif untuk membuat

keputusan dan meyelesaikan masalah dengan bijak. Dengan ini guru secara tidak

langsung melatih murid mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran

berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Guru juga dapat membimbing murid menghasikan idea atau ciptaan yang

kreatif dan inovatif serta membimbing murid mengatasi kesilapan - kesilapan berfikir

yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Selain itu, penyebatian KBKK juga

dapat meningkatkan aspek kognitif dan efektif serta perkembangan intelek mereka.

Murid juga akan bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat,

membina keyakinan diri untuk memberi hujah. Membuat pertimbangan berdasarkan

alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Menurut Abd. Aziz Abd Talib (2000:236) pengajaran tatabahasa

membolehkan murid-murid berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

Pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi ini membantu murid menghasilkan ayat

yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan. Dalam Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu KBSR 2001, aspek tatabahasa sangat ditekankan dan dijadikan

dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks bagi

menghasilkan ketepatan berbahasa. Ini bagi membolehkan murid-murid mengikuti

pengajaran tatabahasa secara berkesan dan memudahkan pemahaman mereka.

Pengajaran tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisah-misahkan

aspek-aspek tatabahasa yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain.

Pengajaran tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid

memahami unsur-unsur tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa (Arbak

Othman 1985:19). Oleh sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR 2001

mencadangkan bahawa tatabahasa hendaklah digabungjalinkan dengan kemahiran-

kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Tujuan

utama penggabungjalinan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa

sahaja. Hal ini kerana, dengan strategi ini, murid akan belajar dan menguasai

tatabahasa sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang

ditetapkan (Awang Sariyan, 2004:194).

Page 3: ASSG KB

Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang

tatabahasa merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh

guru-guru. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan

pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Dokumen

Standard Pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih

berkesan dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran dengan penyebatian KBKK

serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang ingin disasarkan oleh guru. Selain

itu murid juga mendapat latihan berifikir secara kritis dan kreatif untuk membuat

keputusan dan meyelesaikan masalah dengan bijak. Dengan inin guru secara tidak

langsung melatih murid mengaplikasikan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran

berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Maka, saya memilih tajuk tatabahasa dalam matapelajaran Bahasa Malaysia

untuk mengajar murid-murid tahun dua. Saya dapat menerapkan KBBK dalam

pengajaran tajuk ini supaya murid- murid tahun dua dapat mengaplikasikannya di

dalam dan di luar bilik darjah dan menjadi seorang yang berfikiran kreatif dan kritis.

Ini dapat membantu mereka mengatasi pelbagai masalah dan cabaran yang

dihadapi pada masa kelak nanti.

Matlamat Aspek Tatabahasa

Pengajaran Aspek Tatabahasa untuk murid-murid tahun 2 adalah untuk memastikan

murid mengetahui dan berkeupayaan:

i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas

hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut

konteks;

ii. memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera

dengan betul mengikut konteks;

iii. memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul

mengikut konteks;

Matlamat Kemahiran Befikir

Page 4: ASSG KB

Dalam kurikulum KBSR dan KSSR, Kemhiran Berfikir adalah antara unsur utama

yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. Dengan penyebatian

KBKK dalam tajuk matapelajaran yang diajar murid dapat :

1. memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;

2. menguasai kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;

3. membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam

pengajaran serta menggunakannya dalam kehidupan harian

4. mengatasi apa jua masalah dan cabaran dalam kehidupan harian mereka.