aspek seni bahasa utama

23
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 1 ASPEK SENI BAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA TAHUN TIGA

Upload: safiah-sulaiman

Post on 14-Jul-2015

815 views

Category:

Documents

6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

1

ASPEK SENI BAHASA DALAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA

TAHUN TIGA

Page 2: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2

SENI BAHASA???Seni Bahasa dapat

membentuk kehidupan dan sifat-sifat peribadi murid

yang melibatkan perasaan, daya kreativiti, persepsi, konsepsi, imaginasi dan

estetika bagi pengembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk melahirkan

insan yang seimbang.

Page 3: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KONSEP ASPEK SENI BAHASA

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.

Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.

Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.

3

Page 4: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

sambungan

Pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.

Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

4

Page 5: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

5

sambungan menghasilkan dialog daripada bahan rangsangan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran serta menyampaikannya melalui lakonan dengan menggunakan bahasa badan yang sesuai secara didik hibur; mendeklamasi sajak dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur serta memahami maksud sajak tersebut; danmembina sajak secara terkawal dan memahaminya serta mendeklamasikannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.

Page 6: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA

6

i. menyebut, memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi mesej secara terkawal dan menyampaikannya secara didik hibur;

ii. mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan susunan idea yang tepat serta gaya yang sesuai untuk menyampaikan mesej melalui penceritaan;

iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, bahasa badan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui lakonan secara didik hibur;

Page 7: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

7

iv. melafaz dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas, dipersembahkan dalam bahasa yang indah secara didik hibur; dan

v. membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta dipersembahkan secara didik hibur.

Page 8: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PRINSIP ASPEK SENI BAHASAPenekanan kepada kehalusan dan keindahan bahasa.

Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.

Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.

Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

Penekanan kepada kehalusan dan keindahan bahasa.

Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.

Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.

Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif.

8

Page 9: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

9

Prinsip NyanyianSeni kata lagu yang betul tatabahasa dan bahasa yang standard.

Melodi yang mudah diingati

Banyak mengandungi perkataan, frasa atau ayat yang hendak dipelajari.

Mengandungi cerita dan nilai berkaitan dengan tema.

Seni kata lagu yang betul tatabahasa dan bahasa yang standard.

Melodi yang mudah diingati

Banyak mengandungi perkataan, frasa atau ayat yang hendak dipelajari.

Mengandungi cerita dan nilai berkaitan dengan tema.

Page 10: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

10

Prinsip BerceritaCerita berkaitan dengan tema dan pengalaman.

Mengandungi nilai, unsur kecindan dan menarik.

Cerita mengikut urutan – pendahuluan, puncak, penutup

Menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang sesuai.

Penekanan pada sebutan, intonasi yang betul dan jelas.

Kelancaran, kelantangan dan kepelbagaian suara mengikut situasi.

Penekanan mimik muka dan gerak laku.

Cerita berkaitan dengan tema dan pengalaman.

Mengandungi nilai, unsur kecindan dan menarik.

Cerita mengikut urutan – pendahuluan, puncak, penutup

Menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang sesuai.

Penekanan pada sebutan, intonasi yang betul dan jelas.

Kelancaran, kelantangan dan kepelbagaian suara mengikut situasi.

Penekanan mimik muka dan gerak laku.

Page 11: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

11

Prinsip Berlakon

Aktiviti berdasarkan tema, pengalaman dan kebolehan mental dan fizikal murid.Penekanan pada perkataan, frasa dan ayat yang hendak dipelajari.Bahasa mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami.Memberi peluang dan menggalakkan murid berkreativiti melalui kemahiran intelek dan emosi.Penekanan pada pengujaran dialog dengan sebutan, intonasi, kelantangan suara mengikut emosi dan situasi.

Page 12: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

12

Prinsip Puisi Puisi berdasarkan tema, pengalaman dan kebolehan mental dan fizikal murid.Bahasa mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami.Puisi sesuai dengan kebolehan intelek murid dan mudah ditafsirkan. Memberi peluang dan menggalakkan murid berkreativiti melalui kemahiran bahasa dan emosi.Penekanan pada sebutan, intonasi, kelantangan suara mengikut emosi dan situasi.

Puisi berdasarkan tema, pengalaman dan kebolehan mental dan fizikal murid.Bahasa mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami.Puisi sesuai dengan kebolehan intelek murid dan mudah ditafsirkan. Memberi peluang dan menggalakkan murid berkreativiti melalui kemahiran bahasa dan emosi.Penekanan pada sebutan, intonasi, kelantangan suara mengikut emosi dan situasi.

Page 13: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi mesej dalam nyanyian yang dipersembahkan secara didik hibur.

4.1.2 Memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi mesej secara terkawal dan menyampaikan melalui nyanyian secara didik hibur.

13

Page 14: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

14

BAHASA DALAM BAHASA DALAM NYANYIANNYANYIAN

Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi muzik yang sesuai dengan murid.

Mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningkatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa.

Aktiviti nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang isi/kosa kata, menulis prosa, menceritakan semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa, gerakan badan dan mimik muka.

Page 15: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik hibur.

4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan susunan idea yang tepat melalui penceritan secara didik hibur.

4.2.2 Mengujarkan idea yang tepat dengan menggunakan bahasa yang indah serta gaya yang sesuai untuk menyampaikan mesej melalui penceritaan secara didik hibur.

15

Page 16: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

16

TEKNIK BERCERITATEKNIK BERCERITATeknik Bercerita Tanpa AlatTumpuan kepada gaya penyampaian cerita menggunakan intonasi, nada, sebutan dan mimik serta ekspresi yang sesuai dengan cerita yang disampaikan.Teknik Bercerita Dengan AlatBercerita menggunakan alat seperti topeng, pakaian, dan lain-lain alat/bahan yang dapat menyokong gambaran cerita semasa membuat persembahan. Teater BerceritaPenyampaian cerita melalui watak yang terdapat dalam cerita yang telah dibaca, didengar atau dilihat dengan menggunakan (menggantung di leher) gambar tunggal watak tersebut semasa bercerita.Teater PembacaPenyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi watak-watak tertentu dalam sesebuah cerita. Aktiviti ini mengutamakan penggunakan suara,sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja

Page 17: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.

4.3.2 Mengujarkan dialog secara spontan berpandukan bahan rangsangan dengan bahasa badan yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran melalui aktiviti lakonan secara didik hibur.

17

Page 18: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

18

TEKNIK BERLAKONTEKNIK BERLAKONImprovisasi (Lakonan Kaku)Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian dan dialog akan dilahirkan secara spontan.

Simulasii. Main Peranan

Lakonan spontan berdasarkan sesuatu situasi/masalah tanpa menggunakan skrip.

ii. SosiodramaAktiviti lakonan yang berdasarkan cerita menggunakan skrip lakonan yang telah disediakan.

Page 19: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

4.4.1 Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.

4.4.2 Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.

19

Page 20: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

20

PUISIPUISIKelompok pantun dibahagi kepada;

Pantun kanak-kanakPantun cinta dan kasih sayangTelatah dan cara hidup masyarakatPantun teka tekiPantun puji-pujian/sambutanPantun nasihat, agama dan adatPantun naratif/cerita

Page 21: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur.

membentuk murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif.

Pelbagai aktiviti bercorak didik hibur dapat meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa.

berkemampuan untuk melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus.

memupuk menghargai dalam sesuatu nilai dalam sastera atau seni.

RUMUSAN

21

Page 22: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

22

Yang indah i tu seni, Yang t inggi n i la inya bahasa,Tiada noktahnya di s in i,Berjuanglah terus memartabatkan bahasa.

Page 23: Aspek seni bahasa  utama

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

23

SEKIAN TERIMA KASIH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM