aspek motivasi dari pendekatan behavior is

6

Click here to load reader

Upload: afifa-mohd-zaid

Post on 25-Jun-2015

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aspek Motivasi Dari Pendekatan Behavior Is

ASPEK MOTIVASI DARI PENDEKATAN BEHAVIORIS

FADHILA MOHD ALIHANNUR SYAFIQA MOHD ZAMANI

NUR AFIFA MOHD ZAID

Page 2: Aspek Motivasi Dari Pendekatan Behavior Is

Aspek motivasi dalam pendekatan behaviorisme

Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal.

Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal

Page 3: Aspek Motivasi Dari Pendekatan Behavior Is

Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Page 4: Aspek Motivasi Dari Pendekatan Behavior Is

Tingkah laku yang telah diberi peneguhan akan berlaku berbanding tingkah laku yang tidak diberi peneguhan, malahan didenda (Slavin, 2005)

Contohnya ganjaran atau hadiah memainkan peranan dalam mengekalkan tinkah laku seperti mana memperoleh A akan mengukuhkan tabiat belajar yang baik.Maka untuk memotivasikan pelajar, kita mesti mengiktiraf dan memberi peneguhan kepada kejayaan mereka

Page 5: Aspek Motivasi Dari Pendekatan Behavior Is

Apabila menggunakan peneguhan ekstrinsik, pendidik harus pastikan bahawa pelajar berkenaan tidak mempunyai keinginan intrinsik untuk menguasai kemahiran akademik dan tingkah laku bilik darjah diperlukan untuk kejayaan pelajar

Contohnya, pelajar yang mendapati satu aktiviti itu sukar dan membosankan memerlukan motivasi luaran untuk meneruskan pembelajaran.Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi pelajar bertambah baik sehingga pelajar akan mula berpandangan bahawa aktiviti tersebut memang sesuai untuk mereka libatkan diri demi kebaikan mereka.

Page 6: Aspek Motivasi Dari Pendekatan Behavior Is

Guru harus konsisten memberikan ganjaran kepada sesuatu tingkah laku yang diharapkan secara tidak langsung akan membentuk kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu

Contohnya pelajar yang aktif dalam bidang akademik dan sukan diberi ganjaran dalam bentuk pujian, wang ringgit atau ststus yang tertentu kerana peranan mereka dalam mengharumkan nama sekolah.