asignment q mpu
DESCRIPTION
kemahiran latihan psikologi dalam sukanTRANSCRIPT
PENGENALAN LATIHAN KEMAHIRAN PSIKOLOGI (PTS)
Menurut Gill (2000) mengatakan bahawa Latihan Kemahiran Psikologi (PST) adalah
gabungan yang direka bagi mencapai keperluan kemahiran psikologi. PST ini juga memerlukan
setiap program perlu secara individu berdasarkan keadaan psikologi individu dan, sukan itu.
Kemahiran PST adalah sifat atau ciri-ciri yang perlu dibangunkan (iaitu keyakinan, penumpuan)
psikologi, kaedah PST adalah alat yang akan digunakan untuk membantu meningkatkan
kemahiran PST (Calmels et al. 2003). Banyak penyelidikan awal menggunakan program PST
preskriptif digunakan kaedah PST tunggal dan diteliti kesannya pada prestasi (Martin, Moritz &
Hall, 1999; Garza & Feltz, 1998). Thelwell dan Greenlees (2001) berhujah bahawa apabila
melaksanakan program PST, ia adalah mungkin bahawa kaedah tunggal akan diambil kerja
oleh seorang ahli psikologi sukan. Thelwell dan Greenlees (2001) menyerlahkan bahawa ia
adalah lebih berkesan untuk menggunakan gabungan kemahiran mental yang berkaitan dengan
sukan tertentu.
Selain itu, Psychology Dictionary juga mendefinisikan bahawa Latihan Kemahiran
Psikologi (PST) ini penting dalam bidang sukan kerana memainkan peranan dalam
meningkatkan prestasi para atlet. PST merujuk kepada amalan yang sistematik dan konsisten
kemahiran mental. Selain itu juga, PST adalah penting kerana faktor-faktor psikologi adalah
kunci utama dalam mempengaruhi turun naik prestasi atlet. Walau bagaimanapun,
kebanyakkan atlet sering diabaikan kerana kekurangan pengetahuan tentang PST, salah faham
tentang bagaimana mereka belajar, dan kekurangan masa. Oleh itu, para jurlatih menggunakan
latihan PST ini dalam menekankan beberapa aspek. Contohnya:
1 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I
IMAGERISTRATEGI MENTAL:
Kawal Kebimbangan
PENETAPAN MATLAMAT MOTIVASI
a. KESAN IMAGERI DALAM SUKAN
Menurut Hall (1998), imageri ini boleh didefinisikan sebagai satu proses iaitu pengalaman
indera yang disimpan dalam ingatan dan ingat kembali secara mendalam serta melakukan
tanpa kehadiran stimli luaran. Hal ini keranan imageri mental adalah pengalaman yang terlalu
subjektif dan terlalu sukar untuk dijelaskan secara subjektif. Menurut Hardy, Jones dan Gould
(1997) pula mengatakan bahawa imageri ini adalah komponen utama dalam setiap persediaan
mental atlit bagi satu pertandingan sama ada tersusun ataupun sebaliknya. Melalui kemahiran
tersusun, atlit akan dapat berlatih membina keyakinan diri, belajar kemahiran yang baru serta
relaksasi. Sementara itu, William (1993) dan Magill (1998) menerangkan imageri merupakan
salah satu kombinasi latihan fizikal dan latihan mental yang memberi kesan kepada aplikasi
kemahiran dan persediaan untuk meningkatkan prestasi. Latihan imageri memberi peluang
kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan cara
menggambarkan masalah tersebut di dalam minda sebelum berdepan dengan masalah
berkenaan secara nyata.
Imageri ini memainkan peranan yang sangat penting keranan dapat membantu atlit
mengatasi pelbagai masalah mental dan emosi semasa pertandingan berlangsung. Hal ini
kerana melalui bayangan yang dilakukan akan membuatkan atlit lebih bersedia menghadapi
pertandingan. Dalam Teori Psikoneuromuskular menagatakan bahawa imageri yang positif
akan membantu atlit meningkatkan prestasi kerana peneguhan lakuan dan pembelajaran motor
berlaku. Lakuan yang terbaik serta diaplikasikan semasa latihan akan memberikan keyakinan
diri kepada atlit bagi mempersembahkan prestasi yang terbaik semasa pertandingan. Apabila
lakuan terbaik ini berlaku dalam imageri akan membantu mengurangkan tekanan pertandingan
dan pemikiran negatif dimana boleh menggugat emosi semasa menghadapi pertandingan
kerana telah wujud skema pergerakan motor yang tetap hasil daripada proses imageri.
Lumrah dalam setiap atlit apabila menghadapi pertandingan akan memikirkan perkara
negatif dan ini akan memberikan kesan buruk kepada persembahan yang dilakukan semasa
pertandingan. Perkara ini didorongkan oleh beberapa faktor seperti tekanan dan paling utama
kurang keyakinan diri. Oleh itu, kemahiran imageri ini perlu dititikberatkan semasa peringkat
awal latihan bagi meningkatkan keyakinan diri atlit terhadapa perlawanan dan pemikiran negatif
dalam pemikiran. Hal ini kerana melalui imageri akan dapat menyekat pemikiran negative
terhadap perlawanan kerana telah berlakunya bayangan lakuan daripada pengalaman dan
latihan. Justeru, jelaslah bahawa keyakinan diri atlit boleh dipupuk melalui latihan imageri
2 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I
semasa menghadapi pertandingan dan secara tidak langsung atlit apat meningkatkan prestasi
dan pencapaian yang disasarkan.
b. KESAN STRATEGI MENTAL: KAWAL KEBIMBANGAN
Wann (1997) mendefinsikan kebimbangan sebagai interpretasi negatif yang dibuat terhadap
bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran individu atau erti kata lain adalah
tafsiran kognitif terhadao persekitarannya. Seandainya tafsiran yang dilakuakn bersifat negatif,
maka kebimbangan akan terhasil. Sementara itu, Gould dan Krane (1992) mengatakan bahawa
kebimbangan adalah sebagai dimensi emosi atau kognitif kebangkitan. Anshell (1997) pula
menjelaskan kebimbangan sebagai “ancaman” yang dialami oleh setiap individiu. Semakin
kritikal ancaman diterima maka semakin tinggi tahap kebimbangan individu tersebut. Oleh itu,
amatlah penting bagi atlit mengawal kebimbangan yang melanda diri mereka semasa
menghadapi pertandingan bagi menghasilkan lakuan yang terbaik.
Antara cara mengatasi kebimbangan ini adalah melalui latihan autogenik. Latihan autogenik
ini hamppir sama dengan relaksasi progresif kerana kedua-duanya menghasilkan respons
relaksasi pada otot. Namun, bagi latihan autogenik ini menfokuskan kepada rasa kehangatan
dan berat pada otot bagi menzahirkan respons relaksasi. Prosedur ini telah diasaskan oleh
Johannes Schultz (Schultz & Luthe, 1959) yang mengaplikasikan latihan ini dengan pesakit
dihipnosis dan pesakit melaporkan bahawa mereka berasa relaks selepas proses tersebut
disamping merasai kehangatan dan berat pada otot badan relaks. Hal ini berlaku kerana
anggota badan tidak mengalami tekanan mahupun ketegangan pada otot badan manakala
kehangatan berpunca daripada pengembangan saluran darah kesan daripada tindakan
parasimpatetik. Altit boleh menggunakan tema yang spesifik dalam usaha mencetuskan
relaksasi. Misalnya, penggunaan perkataan pencetus oleh atlit sendiri yang memaklumkan
kepada minda bahawa badan dalam keadaan relaks. Namun, latihan ini mengambil masa yang
lama untuk dikuasai sebelum boleh digunakan dalam masa yang singkat.
Selain itu, maklum balas biologi turut boleh diaplikasikan dalam mengawal kebimbangan
dalam diri atlit. Kajian ini dilakukan oleh Benson (1974) apabila kawalan kebimbangan diri
manusia ini berlaku semasa manusia sedar dan boleh mengawal fungsi sistem saraf autonomik.
Penggunaan teknik ini merupakan pendekatan yang baru dimana menggabungkan teknologi
era moden dalam usaha menilai dan mengatasai tekanan dalam diri manusia. (Davis etc, 1998)
Hal ini kerana kaedah ini dapat membantu atlit mengawal respons saraf autonomik disebabkan
oleh alat ini akan memberikan maklumat tentang peningkatan kadar nadi mereka. Misalnya, atlit
3 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I
akan diminta memikirkan saat mereka menang dan melakukan persembahan yang terbaik
disaat mereka cemas dan diuji dengan maklum balas biologi ini, maka situasi yang
digambarkan mereka ini akan dapat menurunkan kadar denyutan nadi. Kaedah ini juga amat
berkesan bagi atlit yang menghadapi masalah kebimbangan dan kebangkitan disiologi tinggi.
Hal ini kerana atlit akan diajar cara mengawal kebimbangan ini semasa di dalam makmal dan
secara tidak langsung mereka akan mengaplikasikan cara tersebut di luar makmal. Namun,
kekangan yang mungkin timbul adalah dari aspek pembelian alatan maklum balas biologi ini
seperti alat mengukur kadar nadi dan EMG atau EEG.
Di samping itu juga, meditasi juga boleh digunakan oleh atlit semasa mereka menghadapi
kebimbangan yang sangat tinggi. Hal ini kerana meditasi ini merujuk kepada proses
penumpuan bagi mencapai tahap relaksasi yang diingini oleh atlit tersebut. Menurut Benson
(1974) mengatakan bahawa jika meditasi ini dilakukan di tempat yang bebas dari gangguan
bunyi dan gangguan otak yang pasif serta otot bebas daripada sebarang ketegangan maka atlit
tersebut berkemungkinan besar akan mencapai tahap relaksasi yang diimpikan semasa
menhadapi pertandingan. Alat yang sering digunakan semasa meditasi ini adalah mantra iaitu
bunyi yang selalu diulang-ulang sehingga atlit boleh menumpukan perhatian dan menutup
minda dari memikirkan perkara lain. Pernafasan ini dilakukan dengan cara menarik satu nafas
yang panjang dan hembuskan perlahan-lahan serta dilakuakn berulang sehingga rasa tenang
menghampiri jiwa atlit. Kesan meditasi ini kepada atlit ialah dalam bentuk secara tidak
langsung. (Cox,1998) Hal ini kerana apabila atlit sudah mencapai ketenangan, maka mereka
akan dapat memberikan tumpuan yang penuh semasa menghadapi pertandingan. Perkara ini
secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi dan pencapaian mereka meningkat
berbanding ketika mereka dalam keadaan tertekan dan bimbang.
c. PENETAPAN MATLAMAT
Schinberg (2006) mendefinisikan matlamat bermula dengan mengetahui keadaan semasa
iaitu membentuk gambaran dimana kita berada sekarang hinggalah ke tahap yang ingin kita
capai. Selain itu, Murray (1995) mengatakan bahawa matlamat ialah “Something we
consciously want to attain, accomplish or achieve” dimana memberikan maksud bahawa
matlamat merupakan satu perkara yang hendak kita capai sampai kita berjaya mengecapinya.
Menurut (Locke, 1981), matlamat merupakan sasaran yang dirancang untuk dicapai dalam
jangka masa tertentu. Penetapan matlamat didefinisikan sebagai mencapai tahap dan
4 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I
kecekapan spesifik dalam satu tugasan atau aktiviti yang dapat disukat dalam unit jarak, masa
dan tingkat pencapaian matlamat. Dalam penetapan matlamat, terdapat tiga tahap iaitu
matlamat jangka panjang, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka pendek.
Penetapan matlamat ini penting dalam sukan kerana dapat menjadi fokus atau hala tuju atlit
tersebut baik dalam pasukan ataupun individu. Hal ini kerana dengan matlamat yang telah
ditetapkan dapat menjadi panduan kepada mereka dalam menentukan hala tuju mereka
semasa menghadapi pertandingan. Atlit juga dapat melihat dengan lebih jelas apa yang ingin
mereka capai dalam meningkatkan lagi prestasi mereka. Selain itu, kuasa dalaman yang ada
akan turut mendorong atlit agar mampu memberikan tumpuan kepada matlamat dan berdisiplin
dalam mematuhi matlamat tersebut dengan tidak memikirkan perkara remeh yang berlaku di
sekeliling mereka. Matlamat juga mampu menjadikan atlit berusaha dengan lebih gigih dalam
mengekalkan kebolehan dan tindakkannya agar sentiasa fokus kepada hala tuju yang hendak
dicapai. Oleh itu, kerjasama daripada atlit amat penting dalam menentukan kemenjadian
matlamat tersebut kerana ia akan memberikan kesan kepada prestasi mereka sekiranya
komitmen yang diberikan longgar.
Di samping itu juga, penentuan matlamat mempunyai kepentingan yang tersendiri ada di
dalam diri atlet. Hal ini kerana kebiasaan berlaku apabila atlit berusaha mendapatkan sesuatu
yang diidamkan sama ada kemenangan ataupun meningkatkan lagi rekod peribadinya.Dorothy
dan Roscoe (1995), mendapati bahawa matlamat akan meransang dan meningkatkan usaha
berterusan. Hal ini bermakna penentuan matlamat akan memberi kesan positif kepada atlet.
Contohnya, atlit terjun iaitu Pandelela Rinong akan terus berusaha mencapai matlamat yang
telah ditetapkan bagi melayakkan dirinya ke peringkat yang lebih tinggi. Apabila atlet melihat
pretasi sedemikian maka ini mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain
itu, atlit yang terlibat dengan penetapan matlamat dalam program latihan akan belajar memberi
penumpuan yang lebih tinggi dalam penetapan prestasi dan pemikiran yang positif. Dapatan ini
disokong oleh kajian Berton (1984) mendapati bahawa matlamat memberi hubungan yang
positif terhadap prestasi dan atribusi psikologi positif.
Namun, dalam menghasilkan matlamat yang efektif, penetapan matlamat haruslah
dilakukan oleh jurulatih dan diterima oleh atlit dengan terbuka. Hal ini kerana atlit dan jurulatih
bagaikan aur dan tebing yang mesti bekerjasama mencapai matlamat yang telah ditentukan.
Misalnya, jurulatih Pandelela Rinong iaitu Yang Zhuliang akan berbincang dengan atlit tersebut
supaya mencapai kemajuan dalam sukan kegemarannya iaitu memperbaiki kutipan mata dalam
acara 10m platform individu. Matlamat yang ditetapkan ini mestilah dapat diterima oleh
5 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I
Pandelela Rinong dengan efektif dan berusaha menyahut cabaran tersebut bagi memperbaiki
prestasi beliau dalam bidang sukan.
d. MOTIVASI
Motivasi merupakan elemen penting dalam menentukan tahap pencapaian dalam sukan
setiap pemain badminton. Justeru, jurulatih dan pemain harus berusaha untuk memupuk
motivasi supaya pemain dapat mencapai objektif yang telah disasarkan. Menurut Sage (1977)
menyatakan bahawa motivasi ini adalah merujuk kepada arah dan intensiti usaha sesorang
individu. Manakala Wann (1997) pula mendefinisikan bahawa motivasi sebagai proses
kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan
yang diingini. Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan
psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat
menentukan sesuatu dengan sendiri. Contohnya, atlit terjun berusaha bersungguh-sungguh
dalam latihannya kerana atlit tersebut menganggap perkara tesebut sebagai kepuasan kepada
dirinya. Jika beliau dapat melakukan percubaan yang terbaik, ini akan meningkatkan motivasi
dalam dirinya.
Dalam meningkatkan motivasi dalam diri atlit, mereka akan mengamalkan teori Self-Efficacy
Bandura. Hal ini kerana self-efficacy ini berkait rapat dengan keyakinan individu bahawa beliau
berkemampuan serta boleh melakukan sesuatu tugasan yang khusus dengan jayanya. Tahap
self-efficacy menjadi kayu ukur sama ada individu tersebut akan menyertai atau menjauhkan
diri dari situasi berasaskan pencapaian. (Cox, 1998) Menurut Bandura (1982) mengatakan
bahawa dalam situasi yang kompetitif, semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi
pencapaian individu tersebut serta semakin menurun kebangkitan emosinya. Misalnya,
Pandelela Rinong akan menjadi lebih baik prestasinya kerana beliau percaya dengan
kemampuan dalam dirinya untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Self-efficacy ini juga boleh
ditingkatkan melalui beberapa cara iaitu pengalaman lalu, kata-kata semangat serta prestasi
yang lalu. (Bandura, 1986) menurut Bandura lagi, sekiranya atlit tersebut mempunyai self-
efficacy yang tinggi, maka kegagalan yang berlaku tidak akan sesekali memberi kesan
kepadanya.
Selain itu, jurulatih juga haruslah memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi anak
buahnya. Misalnya, dengan memberikan pujian dan kata perangsang kepada atlit agar mereka
lebih bersemangat dalam mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam matlamat. Hal ini
6 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I
kerana tanpa motivasi yang kukuh, sukar bagi atlet untuk terus kekal dalam sukan yang
diceburinya. Oleh itu, jurulatih haruslah berusaha memupuk motivasi dalaman dalam diri atlit
kerana motivasi tersebut lebih kekal lama berbanding motivasi luaran. Keseronokan dan
kepuasan diri dalam mencapai satu tahap yang diingini menyebabkan atlit tersebut terus
berminat untuk teruskan latihan dan kekal dalam bidang sukan. Motivasi luaran pula hanya
sebagai meningkatkan keyakinan diri mereka. Namun, motivasi luaran yang berbentuk ganjaran
seperti hadiah dan wang perlu diberikan dengan pengawasan dan kawalan. Hal ini demikian
kerana atlit akan mula bersukan sambal lewa apabila motivasi ini tidak disediakan ataupun
ditarik balik. Oleh itu, kedua-dua motivasi ini haruslah diseimbangkan bagi meningkatkan lagi
prestasi atlit dan juga dalam diri jurulatih.
KESIMPULAN
Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami sesuatu perkara
dengan lebih mendalam, seseorang haruslah tahu apa yang terkandung dan selok-belok yang
melibatkan strategi dan teori yang sepatutnya dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan strategi
serta teori ini, jurulatih hendaklah mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung dalam
tajuk ini. Perkara ini penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Kesimpulannya
ialah latihan kemahiran psikologi ini amatlah baik untuk diamalkan di dalam sukan terutamanya
dalam kalangan atlet. Hal ini kerana dengan disiplin yang kuat dalam mematuhi matlamat dalam
latihan ini, maka prestasi akan dapat meningkat. Perkara ini hanya terpulang kepada atlit sendiri
sama ada mahu berada di takuk yang lama ataupun berubah. Tepuk dada tanya selera
merupakan peribahasa yang sinonim dalam aspek ini. Hal ini kerana dalam memegang
tanggungjawab sebagai pemangkin utama negara dalam bidang sukan, para atlit harus
mempunyai semangat kepunyaan dan juga berusaha meningkatkan prestasi. Perkara ini tidak
langsung akan memberikan mereka kegembiraan juga apabila mendapat motivasi intrinsic dan
juga ekstrinsik yang berupaya pujian, kata semangat dan juga insentif diberikan.
7 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I
8 | P J M 3 1 7 2 : L A T I H A N K E M A H I R A N P S I K O L O G I