asignment edward de bono
TRANSCRIPT
Edward de Bono dilahirkan pada 19 mei 1933 di negara Malta. Beliau merupakan seorang ahli psikologi,
penulis, pencipta dan konsultan. Beliaulah yang mempelopori kaedah pemikiran ‘lateral thinking’ dan
‘parallel thinking’. Buku karangan beliau bertajuk Six Thinking Hats merupakan antara buku terlaris di
pasaran sewaktu itu dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa di dunia. Beliau seringkali
menerima undangan untuk memberi penerangan mengenai cara berfikir yang diasaskan oleh beliau. Beliau
telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata.
1.1 PENDIDIKAN
Edward de Bono memulakan sesi persekolahannya di St. Edward’s College di Malta. Selepas itu
beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malta dalam bidang perubatan.
Selepas itu, beliau menerima biasiswa Rhodes dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat MA
dalam bidang psikologi dan fisiologi di Universiti Oxford. Beliau turut memperolehi PhD dan D. Phil dalam
bidang perubatan dari Universiti Cambridge.
Di samping itu, beliau turut menerima anugerah lain seperti anugerah D. Des Degree (Doctor of
Design) dari Royal Melbourne Institute of Technology dan LL. D degree dari Universiti Dundee.
1.2 KERJAYA
Beliau merupakan pensyarah bagi Universiti Malta, Universiti Dublin dan University of Central
England. Pada julai 1969, Edward de Bono telah mengasaskan Cognitive Research Trust (CoRT). [1] Beliau
telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk mengajar kaedah pemikiran sistematik meliputi semua
sektor seperti sektor kerajaan, swasta, korporat, organisasi dan sebagainya. Beliau telah menulis 82 buah
buku yang telah diterjemahkan ke dalam 41 buah bahasa di dunia.
Pada 1995, beliau telah menerbitkan sebuah dokumentari futuristik bertajuk 2040 : possibilities by
Edward de Bono yang mengisahkan tentang kebudayaan kontemporari pada tahun 2040. Beliau juga telah
mengasaskan World Centre of New Thinking yang berpusat di Malta.
1.3 SENARAI BUKU TERBITAN EDWARD DE BONO
BIL JUDUL TAHUN TERBITAN1 THE USE OF LATERAL THINKING 1967
2 NEW THINK 1967, 19683 THE FIVE-DAY COURSE IN THINKING 19684 THE MECHANISM OF THE MIND 19695 LATERAL THINKING: CREATIVITY STEP BY STEP 19706 THE DOG-EXERCISING MACHINE 19707 TECHNOLOGY TODAY 19718 PRACTICAL THINKING 19719 THE HAPPINESS PURPOSE 197710 OPPORTUNITIES : A HANDBOOK FOR BUSINESS
OPPORTUNITY SEARCH1978
11 FUTURE POSITIVE 197912 ATLAS OF MANAGEMENT THINKING 198113 DE BONO'S COURSE IN THINKING 198214 SIMPLICITY 199915 NEW THINKING FOR THE NEW MILLENNIUM 199916 WHY I WANT TO BE KING OF AUSTRALIA 199917 HOW TO HAVE A BEAUTIFUL MIND 200418 SIX VALUE MEDALS 200519 H+ (PLUS): A NEW RELIGION 200620 HOW TO HAVE CREATIVE IDEAS 2007
2.0 PEMIKIRAN LATERAL (LATERAL THINKING)
Pemikiran lateral (lateral thinking) telah diperkenalkan oleh Edward de Bono dan merupakan
penyelesaian masalah melalui pendekatan kreativiti dan tindak langsung. Pemikiran lateral ialah tentang
pemikiran yang tidak jelas dan idea-idea yang tidak mungkin diperolehi dengan menggunakan langkah
logik secara tradisional. Teori ini telah diperkenalkan dalam buku beliau yang bertajuk New Think : The Use
of Lateral Thinking pada 1967. Pemikiran lateral ataupun pemikiran kritikal adalah kemahiran berfikir yang
lebih menekankan kepada nilai kenyataan dan idea-idea baru.
Seandainya seseorang itu ingin berpindah kepada idea yang baru yang lebih kreatif, maka individu
itu harus menggunakan pemikiran secara kritikal. Terdapat 4 jenis alat berfikir yang telah diterangkan oleh
Edward de Bono dalam bukunya bertajuk Lateral Thinking : The Power of Provocation Manual :
Idea akan menghasilkan alat yang digunakan untuk memecahkan pemikiran terkini.
Fokus alat yang direka untuk memperluaskan idea.
Penjagaan alat yang direka untuk mempertimbangkan batasan dunia nyata, sumber daya dan
sokongan.
1.2 Buku tulisan Dr. Edward de Bono
Alat yang direka untuk memastikan lebih banyak nilai yang diterima dan idea output.
2.1 PEMIKIRAN LATERAL DAN JALAN PENYELESAIAN
2.1.1 Penyelesaian Masalah
Apabila sesuatu hal mencetuskan masalah, prestasi situasi itu akan menurun. Penyelesaian
masalah bermaksud mencari bagaimana masalah boleh berlaku dan cara untuk membaiki masalah
tersebut. Tujuannya adalah untuk memastikan situasi kembali kepada situasi asal.
Sebagai contohnya : Pusat pengeluaran telah mengeluarkan sehingga 1000 naskah buku setiap
jam. Tiba-tiba kadar pengeluaran menurun kepada 839 buah buku untuk setiap jam. Idea bagaimana
penyelesaian masalah harus dicari dengan segera.
2.1.2 Penyelesaian Masalah Secara Kreatif
Kaedah penyelesaian menggunakan kreativiti. Seseorang itu harus menyelesaikan masalah
dengan menggunakan cara lain secara tidak langsung dan tidak konvensional. Sebagai contoh : Jika pusat
pengeluaran menghasilkan 1000 buah buku setiap jam, penyelesaian masalah secara kreatif dapat
menemui cara untuk menghasilkan lebih banyak buku untuk setiap jam. Menggunakan sepenuhnya
kaedah pengeluaran atau mengurangkan kos pengeluaran dapat meningkatkan kadar pengeluaran buku
untuk setiap jam.
2.1.3 Pengenalan Masalah Secara Kreatif
Banyak penciptaan bukan teknologi yang terbesar dikenalpasti sewaktu memerhati dari setiap
objek di sekeliling dalam tugas harian. Secara kebetulan ataupun dengan mengkaji dan
mendokumentasikan dari kehidupan realiti kita.
2.2 IDEA GENERATING TOOLS
2.2.1 Random Entry Idea Generating Tools
Pilih sebarang objek secara rawak,atau kata nama dari kamus dan digambarkan melalui idea yang
anda fikirkan. Sebagai contoh : Bayangkan anda berfikir untuk menaiktaraf laman web. Sebagai contohnya
anda melihat ke sekeliling pejabat dan terlihat mesin faks. Tugas mesin faks ialah menghantar gambar dari
telefon ke dalam bentuk hardcopy. Mungkin ini menjadi cara baru kepada anda untuk meningkatkan fungsi
web anda.
2.2.2 Provocation Idea Generating Tools
Pilihlah untuk menggunakan pelbagai teknik provokasi seperti teknik berangan-angan, pembalikan
fikiran, kaedah melarikan diri ataupun sebagainya. Buatkan satu senarai semua kaedah terbabit dan
gunakan kaedah yang paling pelik yang dapat digunakan untuk mengembangkan idea.
.2.3 Challenge Idea Generating Tools
Alat fikiran yang digunakan untuk mengajukan soalan ‘WHY’ (kenapa). Pertanyaan menggunakan
WHY adakan menghasilkan idea-idea baru yang segar. Tujuannya untuk menyelesaikan segala perkara
termasuklah masalah yang timbul. Sebagai contohnya : Sebagai mendapat cabaran, kita boleh mencabar
diri sendiri untuk memegang secawan kopi yang panas. Tetapi cawan tersebut terlalu panas untuk
dipegang secara langsung dengan kulit. Maka kita boleh memegangnya menggunakan pemegang yang
berlainan agar kepanasan tidak terasa.
2.2.4 Concept Fan Idea Generating Tools
Idea akan mengeluarkan konsep. Cara ini secara automatiknya akan mengembangkan cara atau
jumlah konsep untuk mengakhiri jangkauan idea yang amat luas.
3.0 PEMIKIRAN SELARI (PARALLEL THINKING)
Didefinisikan sebagai proses tumpuan pemikiran yang dibahagikan kepada beberapa arah yang
tertentu. Dilakukan di dalam kumpulan secara berkesan dan menghindari kesan-kesan pendekatan
permusuhan seperti yang digunakan sewaktu perbicaraan di kamar mahkamah. Debat ini diadakan
bertujuan untuk membuktikan kebenaran atau kesalahan penyataan yang diajukan oleh satu pihak yang
lain. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah dialektik.
Sebuah kenyataan akan diajukan dan para pendengar akan mengkaji subjek penyataan tersebut
dan mengutarakan pendapat mereka sendiri menggunakan fakta, perasaan dan sebagainya. Kaedah ini
merupakan kaedah yang melalui proses disiplin dan kesemua peserta terlibat bersama dan memberi
pendapat menggunakan kaedah yang ditetapkan.
3.1 ENAM TOPI PEMIKIRAN (SIX THINKING HAT)
Juga dikenali sebagai Six Hats ialah kaedah pemikiran untuk perbincangan kumpulan dan
perbincangan individu. Idea ini digandingkan dengan idea pemikiran selari (Parallel Thinking) yang
membawa maksud sebuah kumpulan yang berfikir secara bersama dan lebih efektif. Kaedah ini
diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono dalam bukunya yang bertajuk Six Thinking Hats (1985).
3.2 PRINSIP TEORI ENAM TOPI PEMIKIRAN
Kaedah ini menerangkan otak berfikir dengan beberapa cara dan dengan cara yang berbeza yang
boleh dikenalpasti dan diakses kerana kaedah ini telah dirancang agar memudahkan seseorang itu
mengembangkan strategi berfikir tentang isu-isu tertentu. Dr. Edward de Bono telah mengenalpasti 5
daerah berbeza yang boleh menyebabkan otak menjadi peka iaitu :
Putih (soalan-soalan) – Mempertimbangkan maklumat yang sedia ada dan apa faktanya.
Merah (emosi) – Reaksi naluri atau penyataan dari perasaan emosi (tetapi tidak pada kebenaran)
Hitam (penghakiman buruk) – Kemahiran secara logik diterapkan untuk mengenalpasti kebenaran
dan mencari ketidaksamaan.
Kuning (mata kebenaran) – Kemahiran secara logik diterapkan untuk mengenalpasti kebenaran dan
mencari keharmonian.
Hijau (kreativiti) – Kenyataan dari provokasi dan penyiasatan, melihat kepada jauhnya pemikiran.
Biru (berfikir) – Memikirkan tentang pemikiran.
3.3 JENIS-JENIS TOPI (TYPE OF HATS)
Di bawah ini merupakan diskripsi pendek bagi setiap jenis topi (hat) dan pemikiran yang diwakili.
Penggunaan digambarkan dari contoh-contoh persekitaran yang khas melalui analisis dalam darjah –
“Mengapa pelajar bercakap sewaktu guru mengajar?”
3.3.1 Topi Putih (White Hat)
Peserta membuat penyataan termasuk mengenalpasti maklumat yang tiada dan memberikan
pandangan orang-orang yang terdahulu secara berfakta. Dalam kesemua sesi pemikiran, ianya berlaku
secara tiba-tiba selepas fasa pemulaan topi biru (blue hat). Kadang-kadang dipanjangkan dengan peserta
memaparkan butiran tentang organisasi mereka dan latarbelakang pemikiran mereka. Kunci ketiadaan
maklumat (maklumat diperlukan) juga boleh dikenalpasti.
Contoh rujukan dari artikel
Pelajar bercakap sesama sendiri sewaktu guru sedang mengajar.
Suaranya telah menggangu pelajar lain dan menyebabkan pelajar lain tidak dapat mendengar
pembelajaran oleh guru.
Pelajar tidak tahu arahan yang diberikan.
Ramai pelajar terganggu dan tidak dapat menyiapkan tugasan denga sempurna.
Pelajar tidak memahami pengajaran kerana kekurangan fokus sewaktu sesi pembelajaran.
3.3.2 Topi Merah (Red Hat)
Peserta menyatakan perasaan mereka dan melatih gerak hati mereka. Kaedah ini merupakan
kaedah yang menuai idea – ini bukanlah proses merakam penyataan tetapi untuk membolehkan peserta
mengenalpasti 2 atau 3 idea dari idea yang dikenalpasti di bawah topi yang berlainan. Kaedah ini boleh
menggunakan kaedah post-it notes untuk mempercepatkan sistem pengundian dan menghasilkan
gambaran yang jelas.
Mungkin kaedah ini boleh digunakan untuk menyatakan satu reaksi atau perasaan tentang isu
yang dibincangkan – ianya sering digunakan apabila menggunakan topi untuk meninjau kemajuan peribadi
atau menangani isu tersebut di mana emosi berkait dengan topic yang sedang dibincangkan.
Contoh rujukan dari artikel
Guru itu merasa tersinggung.
Pelajar menjadi kecewa kerana tidak dapat mendengar arahan.
Ini mewakili pemikiran emosional seseorang.
3.3.3 Topi Hitam (Black Hat)
Peserta mengenalpasti kekurangan, bahaya dan risiko negatif yang lain. Ini merupakan pemikiran
yang kritikal, pencarian masalah dan ketidaksamaan. Topi ini biasanya digunakan secara individu. Orang
cenderung menggunakannya walaupun tidak diperlukan dan tidak diminta. Kesusahan yang dialami akan
menyebabkan orang mula mencari penyelesaian dan mereka mula berlatih menggunakan topi hijau atau
hitam ini.
Contoh rujukan dari artikel
Waktu adalah sia-sia.
Belajar boleh dikompromikan.
Penutur merasa pendengar (topi hitam) tidak menghormati mereka dan tidak berhasrat untuk
mendengar apa yang mereka sampaikan.
Aliran perbincangan itu tidak jelas.
3.3.4 Topi Kuning (Yellow Hat)
Peserta mengenalpasti manfaat berkaitan dengan idea baru atau isu terbabit. Pemikiran ini adalah
pemikiran pembalikan dari pemikiran topi hitam dan mencari alasan demi sesuatu. Ia merupakan suatu
sifat ragu-ragu yang positif dan berlainan dengan topi hitam yang bersifat ragu-ragu yang negatif.
Contoh rujukan dari artikel
Setiap orang bebas menyuarakan pendapat mereka.
Ini boleh menyenangkan.
Bukan hanya kanak-kanak pintar boleh berbicara.
Seseorang itu tidak perlu menunggu untuk berkongsi maklumat kerana berisiko untuk kehilangan
maklumat tersebut.
3.3.5 Topi Hijau (Green Hat)
Merupakan topi/kaedah memikirkan buah fikiran yang baru. Ia berasaskan idea provokasi dan
berfikir untuk mengenalpasti kebarangkalian yang baru. Hal ini bermaksud, mereka melihat apa yang boleh
difahami dan bukan untuk membentuk satu penilaian. Berfikir mengikut topi hijau ini merangkumi spectrum
yang penuh kreativiti dan boleh terbentuk dalam pelbagai bentuk.
Contoh rujukan dari artikel
Guru akan sedar amaun masa yang mereka gunakan untuk bercakap.
Guru akan mengaplikasikan pelbagai kaedah interaksi dengan pelbagai jenis pelajar dan bukan hanya
untuk pelajar pintar sahaja.
Pelajar akan menahan diri daripada mengeluarkan idea-idea yang tidak relevan dengan topic
pembelajaran.
Pelajar akan berfikir kaedah komunikasi yang lain selain dalam kelas seperti pembelajaran dan
perbincangan di Yahoo Messenger.
3.3.6 Topi Biru (Blue Hat)
Di fasa topi ini, kesemua pelajar membincangkan proses pemikiran. Fasilitator akan menggunakan
kaedah ini sepanjang proses dan peserta menggunakan kaedah ini di sepanjang perbincangan. Topi
pemikiran ini haruslah digunakan di awal dan di akhir sesi berfikir. Ini bertujuan untuk menetapkan tujuan,
untuk menentukan haluan untuk sampai kepada objektif, menilai di mana perlunya kumpulan ini dan di
mana proses berfikir berlaku.
Fasilitator harus mengekalkan kaedah ini untuk memastikan peserta fokus pada tugas dan
meningkatkan peluang mereka menggapai objektif. Topi biru juga merupakan organisasi pemikiran. Apa
yang mereka lakukan ? Apa yang boleh kita lakukan selanjutnya ?
Sumber rujukan dari artikel
Guru harus mengetahui amaun waktu yang mereka gunakan untuk bercakap.
Guru perlu melibatkan kesemua pelajar dalam perbincangan.
Pelajar harus merasai jika mereka bercakap akan menyebabkan guru berasa kecewa dan tidak
dihormati.
Pelajar harus menyedari tentang tindakbalas mereka yang boleh menyebabkan orang lain terganggu
untuk belajar.
3.4 KAEDAH APLIKASI
Walaupun jenis-jenis topi ini digunakan untuk memantapkan kaedah pemikiran, masih terdapat
banyak lagi jenis-jenis topi yang digunakan oleh Edward de Bono dalam kaedah pemikiran yang dipelopori
oleh beliau. Namun keenam-enam jenis topi ini merupakan kaedah paling relevan untuk digunakan.
Kebiasaannya sesuatu tindakan dengan menggunakan kaedah topi putih dan dipanjangkan. Selepas itu
setiap topi digunakan selama beberapa minit kecuali topi merah yang terhad yang digunakan hanya untuk
30 saat. Langkah ini diyakini mempunyai kesan positif pada proses berfikir, sesuai dengan teori Malcolm
Gladwell tentang Blink Thinking. [2][3]
Kaedah ini akan memastikan kumpulan berfikir secara berkumpulan untuk menfokuskan mereka
kepada tindakan, kekal di dalam tugasan, dan ini juga akan memastikan mereka menfokuskan segala
kudrat kepada sesuatu yang lebih penting yang telah dibincangkan. Namun akan tercetus konflik
seandainya tidak diselia dengan baik. Kerana individu dalam kumpulan akan merasa seperti lembu dicucuk
hidungnya. Jesteru, penting kepada seorang fasilitator mengawal perbezaan pendapat yang wujud dalam
perbincangan.