asignment edward de bono repaired)

Upload: amir-hamza

Post on 21-Jul-2015

823 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

PENGHARGAAN Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat juga saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr. Abdul Rasid Jamian, pensyarah bagi mata pelajaran Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak ( EED 3217 ), atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya dan juga untuk guru-guru yang lain. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Walaupun dibebani dengan tugas di mengajar sekolah setiap hari, hal itu tidak membuatkan saya cepat untuk berputus asa dalam mencari bahan-bahan berkaitan tajuk yang telah diberikan. Percaya kepada diri sendiri dan pengalaman yang telah dilalui banyak mengajar saya untuk cuba menyiapkan kerja ini. Hakikatnya, menjadi seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah. Kerja kursus ini banyak mengajar saya untuk mengetahui tentang tokoh-tokoh pemikiran mengenai teori-teori yang mereka kembangkan berkaitan kanak-kanak. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan khususnya pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu, haruslah para pendidik ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata daripada saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus".

1.0

PENGENALAN

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Edward de Bono dilahirkan pada 19 Mei 1933 di negara Malta. Beliau merupakan seorang ahli psikologi, penulis, pencipta dan konsultan. Beliaulah yang mempelopori kaedah pemikiran lateral thinking dan parallel thinking. Istilah lateral thinking sudah dimasukkan ke dalam kamus Oxford dan ia sudah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Inggeris. Buku karangan beliau bertajuk Six Thinking Hats merupakan antara buku terlaris di pasaran sewaktu itu dan telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa di dunia. Program CORT yang beliau cipta untuk kegunaan mengajar kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-palajar sekolah mula-mula digunakan pada tahun 1972. Beliau seringkali menerima undangan untuk memberi penerangan mengenai cara berfikir yang diasaskan oleh beliau. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. 1.1 PENDIDIKAN Edward de Bono mendapat pendidikan awalnya di St. Edwards College di Malta. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di The Royal University of Malta dalam bidang perubatan. Selepas itu, beliau menyambung pelajarannya sebagai pemegang biasiswa Rhodes ke Christ Church, Oxford dan beliau memperoleh ijazah kehormat dalam ilmu psikologi dan fisiologi dan kemudian Diploma Falsafah Perubatan. Beliau juga memiliki PhD. Daripada Cambridge dan memegang beberapa jawatan di fakulti universiti-universiti Oxford, London, Cambridge dan Harvard. Di samping itu, beliau turut menerima anugerah lain seperti anugerah D. Des Degree (Doctor of Design) dari Royal Melbourne Institute of Technology dan LL. D degree dari Universiti Dundee. 1.2 KERJAYA Beliau merupakan pensyarah bagi Universiti Malta, Universiti Dublin dan University of Central England. Pada julai 1969, Edward de Bono telah mengasaskan Cognitive Research Trust (CoRT). L-Game yang dicipta oleh beliau dikatakan permainan yang paling mudah pernah dicipta. Beliau telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk mengajar kaedah pemikiran sistematik meliputi semua sektor seperti sektor kerajaan, swasta, korporat, organisasi dan sebagainya. Beliau telah menulis 82 buah buku yang telah diterjemahkan ke dalam 41 buah bahasa di dunia.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Pada tahun 1995, beliau telah menerbitkan sebuah dokumentari futuristik bertajuk 2040 : Possibilities by Edward de Bono yang mengisahkan tentang kebudayaan kontemporari pada tahun 2040. Beliau juga telah mengasaskan World Centre of New Thinking yang berpusat di negara kelahirannya, Malta. 1.3 DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan (1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al.(2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif. Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-kanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembangan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan et al.,2008). 1.4 PEMERINGKATAN PEMIKIRAN EDWARD DE BONO

Bagaimana Kita Boleh Berfikir ? Semasa kita berfikir, otak akan bertindak untuk mengesan memahami rangsangan luar yang diterima daripada deria. Selepas itu, otak akan menukar rangsangan ke dalam bentuk konsep dan membuat tafsiran serta bertindak balas berdasarkan pengalaman yang telah sedia ada dalam ingatan. Wujudnya Pemikiran....

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Pemikiran merupakan suatu proses untuk membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental murid-murid serta merupakan satu aktiviti yang berkaitan mental dalam proses penyelesaian masalah yang mana merupakan keupayaan otak dalam pelbagai kemahiran berfikir. Proses Pemikiran Proses pemikiran merupakan satu proses bagaimana otak kanan manusia berfikir secara kreatif manakala bahagian otak kiri berfikir secara kritis. Sebagai rumusan, pemikiran ialah satu usaha otak manusia untuk mencari maklumat dan mencapai keputusan yang paling wajar dalam pemikiran. Edward de Bono (1995) telah menyatakan, terdapat 5 premis yang berkaitan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu, organisasi dan masyarakat. Antara premis tersebut ialah: -Untuk perubahan dan pembaikan. -Untuk menyelesaikan masalah. -Untuk memberi nilai dan peluang baharu. -Untuk masa depan. -Untuk motivasi. Bagi peringkat perkembangan kanak-kanak, Edward De Bono telah mencipta cara untuk mengesan kebolehan kanak-kanak melalui beberapa teori tertentu. Edward De Bono telah mempopularkan teori beliau berasaskan kepada dua asas pemikiran utama iaitu: Lateral Thinking PO - The Provocative Operation Six Thinking Hats Water Logic (and flowscapes) CoRT thinking for teaching thinking in schools

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Edward De Bono ( 1993 ) telah menggunakan pendekatan CORT THINKING PROGRAM dalam membina perkembangan dan kecerdasan pemikiran kanak-kanak. Teori ini bertujuan mengukur tahap perkembangan otak kanak-kanak mengikut peringkat umur dan kebolehan diri kanak-kanak. Menurut Edward De Bono, kreativiti seseorang individu wujud di dalam diri seseorang individu tanpa disedari oleh individu manusia itu sendiri. 2.0 PROGRAM PEMIKIRAN CoRT Program ini telah diperkenalkan oleh beliau pada tahun 1972. Program ini dicipta khas untuk mengajar secara langsung proses kemahiran berfikir sebagai satu mata pelajaran di sekolah. Program ini telah digunakan secara meluas di serata dunia dalam pelbagai cara dan kaedah seperti di Kanada, Amerika, Mexico dan beberapa buah negara lain. Program CoRT ini juga telah digunapakai di Malaysia dan dipraktikkan di sekolah menengah sains milik MARA sejak lapan belas tahun yang lalu. Beberapa alat pendekatan digunakan dalam program CoRT ini. Pendekatan ini merupakan pendekatan secara langsung dalam melaksanakan pengajaran pemikiran. Para pelajar dikehendaki berlatih dengan menggunakan alat-alat sambil memikirkan perkara-perkara ringan. Alat-alat itu kemudian digunakan untuk membina kemahiran dan juga memikirkan situasi yang lebih rumit atau kompleks. Program pemikiran CoRT dicipta sebagai suatu program yang mudah dan praktikal. Ini akan memudahkan para guru mempelajari program ini dengan cepat dan dapat mengajar program ini kepada pelajar dengan kadar segera. Program pemikiran CoRT ini terbahagi kepada enam bahagian. Setiap satu bahagian menerangkan satu aspek tertentu dalam pemikiran. Antaranya: CoRT 1 CoRT 2 CoRT 3 CoRT 4 CoRT 5 CoRT 6 Keluasan Organisasi Interaksi Kreativiti Maklumat dan Perasaan Tindakan

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Dr.Edward de Bono telah memperkenalkan beberapa teori berdasarkan pemikiran lateral yang telah dibuat. Beliau juga menyarankan teknik alat berfikir untuk mengatasi sesuatu permasalahan pemikiran dengan lebih cekap. Program CoRT ( Cognitive Research Trust ), merupakan salah satu teknik alat berfikir yang telah diperkenalkan oleh Dr Edward de Bono. Beliau telah memperkenalkan beberapa alat berfikir yang lain dalam program ini. 2.1 CoRT 1 KELUASAN PERSEPSI

( TEKNIK ASAS CoRT 1 ) Lembaran 1 ; PMI (Plus, Minus, Interesting): Dalam pelajaran ini, murid-murid dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan semua kebaikan (Plus), keburukan (Minus) dan menarik (Interesting) pada sesuatu idea. Tujuan alat ini ialah supaya murid dapat meluaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu keadaan. Alat ini berfungsi sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa di mana seseorang itu akan terdorong untuk membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. Gunakanlah alat PMI ini sebelum kita membuat sebarang keputusan dan tindakan. Kaedah PMI akan membuatkan kita meluaskan pandangan yang telah sedia ada. Ramai daripada kita merupakan individu yang pintar. Apabila murid berfikir, mereka akan menggunakan otak dan pengetahuan mereka untuk mempertahankan apa-apa yang mereka percaya adalah benar dan betul. Biasanya, murid-murid akan lakukan dengan membuktikan pandangan dan pendapat orang-orang lain yang tidak sama dengan pendapat mereka sebagai pendapat yang salah. Dalam aktiviti menajamkan kemahiran berfikir kepada murid-murid, guru atau pendidik perlu menerangkan kaedah PMI ini dengan jelas supaya mereka dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Kaedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat penilaian ke atas apa-apa yang mereka lihat ataupun dengar; itu salah, ini betul; itu halal, ini haram; itu untung, ini rugi; dan macam-macam penilaian lain. Penilaian itu mereka buat berdasarkan apa yang mereka tahu. PMI ialah satu alat untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi yang ada pada setiap individu. PMI memaksa kita supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. Ia meminta kita supaya memikirkan dahulu situasi yang ada di depan kita sebelum membuat sebarang pendapat atau keputusan. PMI ini adalah alat yang kita gunakan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. PMI menolong kita

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

memandang kepada banyak hala dan cara. Hasilnya persepsi kita akan menjadi luas. Pandangan kita juga akan luas. Dengan demikian, fikiran kita tidak sempit. PMI ini satu alat berfikir yang mudah dipakai oleh kita. Ia sangat sesuai dengan kehidupan sehari-hari. Menurut Dr. Edward de Bono, alat berfikir ini amat digemari oleh murid-murid sekolah. Lembaran 2: CAF (Consider All Factors): CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat berfikir yang diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono untuk melatih murid supaya berfikir dengan cara melihat atau mengambil semua faktor untuk memperluaskan sudut pandangan murid. CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting. Galakkan murid-murid membuat CAF terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di dalam pelajaran ini, murid-murid dikehendaki supaya menerokai terlebih dahulu setiap aspek yang terdapat pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan sesuatu idea. Tujuan latihan ini ialah supaya murid membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan tentang sesuatu situasi. CAF membuat murid meluaskan pandangan. Biasanya apabila murid berfikir, otak akan membantu berfikir menuju ke hadapan. Kita tidak perlu untuk menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. Dalam konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor mesti dicari dari peringkat awal sebelum membuat sebarang keputusan atau menyelesaikan masalah. Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah satu alat berfikir yang mudah dipelajari, diingat dan digunakan dalam hidup sehari-hari. CAF ialah alat yang menjurus supaya otak murid supaya jangan berfikir secara satu hala sahaja. Oleh itu ia dapat menolong persepsi murid-murid menjadi luas supaya pendapat dan keputusan-keputusan yang kita buat menjadi lebih baik.

Lembaran 3: Peraturan (Rules): Latihan ini memberi ruang dan peluang kepada para murid untuk membuat satu kerangka persoalan yang difikirkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi atau mengambil keputusan setelah mengambil kira semua faktor-faktor (CAF) serta telah membuat keputusan mana yang baik, yang buruk dan yang menarik (PMI). Murid akan menggunakan CAF untuk mencipta peraturan-

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

peraturan baru. PMI digunakan untuk menyorot peraturan yang sudah sedia ada atau yang mencipta peraturan yang baru setelah mengambil sesuatu keputusan. Lembaran 4: C & S (Consequence and Sequel) Dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat berfikir yang paling berguna kepada setiap individu. Selalunya, setelah murid habis berfikir, murid akan cepat untuk membuat keputusan, pilihan, rancangan dan tindakan. Keputusan yang murid buat pada hari ini akan menimbulkan kesankesannya yang baik atau buruk sama ada pada hari esok dan masa yang akan datang. Guru atau pendidik yang mangamalkan gaya kemahiran berfikir ini perlu menekankan bahawa kaedah C & S merupakan satu alat berfikir yang digunakan untuk melihat jauh ke depan, ke masa akan datang. Ia membantu murid untuk berfikir jauh ke depan sebelum membuat sebarang keputusan. Murid tidak mungkin dapat meramalkan masa depan yang akan terjadi dengan tepat. Murid-murid tidak ada maklumat dan pengetahuan sama sekali tentang masa depan. Maklumat hanya akan ada apabila telah sesuatu perkara sudahpun berlaku. Maka sebab itulah ianya sangat penting supaya murid fikirkan masa depan bagi setiap keputusan yang kita buat sekarang. Apabila murid sudah membuat pilihan, mari kita cuba ramalkan apa akan terjadi kalau murid meneruskan rancangan itu. Lembaran 5: AGO (Aims, Goals, and Objectives): Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan berobjektif (Objectives) atau ianya lebih dikenali sebagai AGO, ini dapat memperluaskan sudut pandangan murid dan membantu murid membuat fokus yang betul semasa berfikir serta menolong murid sentiasa ingat akan tujuan asal mereka berfikir supaya murid tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO menekankan pentingnya matlamat. Murid-murid dikehendaki menyorot aspek-aspek oleh sebabdan supaya untuk membolehkan mereka berfikir cara memfokuskan kepada persoalan yang hendak diselesaikan. AGO mengelakkan murid daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Kerap kali murid berfikir dengan tidak menentu, kadangkadang menyeleweng, dan adakalanya fikiran murid menghadapi jalan buntu. Dalam keadaan begitu, murid akan terlupa objektif asal mereka iaitu berfikir. Kita mesti mengingatkan murid supaya memfokuskan sesuatu perkara apabila berfikir. Otak kita jangan merewang-rewang. Otak murid haruslah sentiasa ingat pada objektif mereka berfikir. Fikir akan hasil yang hendak dicapai.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Sebelum murid-murid hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah terlebih dahulu berkenaan AGO. Jadikan AGO itu sebagai fokus perbincangan, jangan lari atau sesekali menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu. Lembaran 6: Perancangan (Planning): Latihan ini memberikan peluang kepada murid untuk berlatih melakukan C & S, AGO, PMI dan CAF. Guru akan melihat akan kemahiran-kemahiran yang ada pada murid-murid untuk menguasai kaedah-kaedah berkenaan. Murid akan mendapat satu kemahiran daripada keempat-empat kaedah ini untuk mereka aplikasikan ketika proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Lembaran 7: FIP (First Important Priorities): Murid-murid akan didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara yang penting sahaja untuk menjadi prioroti, yang merupakan satu alat untuk membuat fokus pada apa yang penting. Setelah murid-murid menggunakan alat-alat berfikir yang lain (PMI, CAF, C&S, dan AGO) barulah mereka boleh menggunakan FIP. Kaedah ini juga membantu murid berfikir secara terfokus dan ia akan mengambil kira kepada perkara-perkara yang penting sahaja. FIP akan mengingatkan murid tentang prioriti murid dan mengelakkan murid daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak penting dan tidak patut diutamakan. FIP mempunyai hubungan dengan AGO kerana ia membantu murid mencapai AGO. Dalam kaedah FIP ini, murid-murid perlu dingatkan bahawa kaedah ini boleh menentukan perkara yang paling penting untuk difikirkan. Murid selalu teringat pelbagai perkara apabila mereka sedang berfikir. Bukan semua perkara tampak serupa akan kepentingnya. Ada perkara yang sangat penting. Ada perkara penting dan ada perkara yang kurang penting atau tidak penting langsung. Penting atau tidak sesuatu perkara itu terpulang pada apa yang kita utamakan. Jika sesuatu perkara itu tidak murid utamakan, maka perkara itu tidak penting. Fikirkan perkara yang lebih penting sahaja. Murid-murid selalu ada banyak pilihan ( alternatif ) yang lain. Oleh itu, pilihlah perkara yang sepatutnya kita pilih untuk menyelaraskan dengan apa yang kita utamakan. Kalau kita tidak tahu apa yang sepatutnya diutamakan, cuba semak apa AGO kita. Apa-apa yang tidak selaras dengan AGO, tidaklah penting. Oleh itu, perkara tersebut tidak boleh diutamakan. FIP menolong murid menjaga fokus mereka berfikir. Ia menolong murid supaya tidak keliru sewaktu memikirkan pelbagai faktor yang terlibat dalam persoalan yang mereka

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

hadapi dan apa sedang mereka fikirkan. Setiap faktor kita perlu tentukan FIPnya. Ada faktor yang kita anggap penting dan oleh itu, perlu kita masukkan ke dalam senarai prioriti kita. Jika ada 10 faktor dan semua murid rasa sebagai prioriti belaka, maka kita tidak dapat membuat pilihan yang tepat. Oleh itu, buatlah beberapa keputusan yang murid anggap paling penting. Kemudian pilih faktor-faktor itu dengan membezakan dua perkara ini: Perkara yang kita rasa penting. Perkara yang sebenarnya penting. Lembaran 8: APC (Alternatives, Possibilities and Choices): Kaedah yang disarankan oleh Dr. Edward de Bono ialah satu alat kemahiran berfikir cara APC atau menggunakan kaedah alternatif (alternatives), kemungkinan (Possibilities), piihan (Choices). Alat ini digunakan supaya murid dapat berfikir secara selari. Biasanya kita berfikir mara ke depan. APC meminta murid untuk memikirkan beberapa perkara serentak. Alat ini melatih para murid menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu segera maju ke depan.Nanti dulu , Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan yang lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti seketika sebelum otak maju ke depan. Ada banyak jenis alternatif yang boleh membantu murid untuk membuat pilihan: IDEA: Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama. Idea-idea yang berbeza untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza. Ada idea baru untuk tujuan yang sama. Ada idea-idea baru untuk tujuan-tujuan baru. PERSEPSI: Benda atau perkara yang sama boleh dilihat daripada pelbagai sudut pandangan. Jam tangan ialah alat pengukur waktu. Jam tangan adalah pengukur status pemakainya. TINDAKAN: Dalam sesuatu situasi, ada beberapa perkara yang dapat kita buat untuk menghadapinya. Ada beberapa cara kita boleh menimbang seseekor ikan paus yang hidup. PENYELESAIAN:

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Apabila berhadapan dengan sesuatu masalah, ada beberapa cara untuk kita menyelesaikan masalah tersebut. PENDEKATAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada beberapa cara pendekatan yangdapat kita gunakan bagi mencipta penyelesaiannya. Dalam menangani masalah kenaikankadar poligami, satu pendekatan ialah dengan membuat poligami lebih sukar. PENJELASAN: Pelajar memberi penjelasan pada sesuatu persoalan. Contoh: Mengapakah sesuatu perkara itu terjadi? Mengapakah remaja mudah terpengaruh dengan najis dadah? Mengapa wanita lebih banyak berleter daripada lelaki? REKA CIPTA: Ada pelbagai reka cipta yang dicipta, tiap-tiap satu daripada reka cipta itu tetap memenuhi tujuan asal reka cipta itu. Kanak-kanak akan merasa kesulitan dan kesukaran hendak berhenti sejenak untuk memikirkan alternatif-alternatif lain sedangkan alternatif yang ada sudah cukup baik. Sewaktu membuatAPC, kita mesti betul-betul jelas apa tujuan kita mencari alternatif baru. Ada kalanya kita dipaksa oleh keadaan untuk mencipta alternatif-alternatif yang lain. Ada masanya memang kitaakan berasa ketidakpuasan hati dengan cara-cara yang ada sekarang. Jadi kita pun berfikir mencipta cara-cara yang lebih baik. Lembaran 9: Keputusan (Decisions): Latihan ini memberi peluang dan pendedahan kepada murid untuk melakukan kaedahkemahiran berfikir FIP dan APC, disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Di sini murid akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik. Lembaran 10: OPV (Other Peoples Views): Murid-murid didedahkan dengan melihat pandangan orang lain, dengan cara ini, mereka dapat memperluaskan lagi sudut pandangan mereka dan kesan atau implikasinya terhadap orang lain. OPV menolong dan membantu kita berfikir serta memahami dari sudut pandangan orang-orang lain. Latihan ini mengarahkan pemikiran murid supaya mengambil kira pendapat dan pandangan

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

daripada pihak-pihak lain yang terlibat di dalam sesuatu situasi. Alat ini mengimbangi alat-alat lain yang ditumpukan pada pandangan peribadi murid. Latihan ini memberi penekanan pada perbezaan-perbezaan antara pandangan murid-murid dengan pandangan pihak-pihak lain. Murid perlu sedar bahawa aktiviti berfikir dilakukan oleh manusia. Hasil pemikiran kita akan ada kesannya kepada orang lain. Murid akan berfikir dan membuat sesuatu keputusan. Setelah berfikir, murid akan bertindak dan membuat keputusan. Untuk melatih murid membuat OPV, mula-mula buat senarai orang lain yang kena-mengena dan terlibat sama dalam perkara tersebut. Selepas itu cuba bayangkan mengenai pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun secara berkumpulan. Kalau murid terlibat dalam konflik atau perbalahan, OPV sangat berguna. Gunakan OPV untuk memikirkan apa pendapat lawan atau penentang kita. Dengan itu kita dapat memikirkan pendapat kedua-dua belah pihak. Apabila murid memikirkan pendapat-pendapat rakan-rakan yang lain, murid mestilah bersikap objektif. 2.2 CoRT 2 ORGANISASI PROSES BERFIKIR

Berdasarkan program CoRT 2 ini, lima alat pemikiran yang pertama akan melibatkan operasi pemikiran biasa. Murid-murid boleh menggunakan alat-alat pemikiran ini dalam mengutarakan soalan secara khusus dan mencarai jawapan atau kaedah penyelesaian yang sesuai. Lima alat berfikir yang seterusnya berkaitan dengan seluruh organisasi pemikiran supaya ianya boleh digunakan dengan produktif. Tujuannya adalah untuk merawat proses pemikiran supaya menjadi satu proses yang sistematik dan terancang berbeza dengan membuat perbincangan yang membawa kepada perkara yang lain. 2.2.1i.

ALAT PEMIKIRAN CoRT 2 Menyedari mengenal pasti keadaan untuk menjadikannya lebih mudah bagi memahami atau menangani sesuatu masalah. Menganalisa terdapat dua jenis analisa yang membincangkan dan membahagikan keadaan sehingga memikirkan secara lebih berkesan dan mendalam. Membandingkan digunakan untuk membuat perbandingan situasi dan untuk menentukan persamaan dan perbezaan dalam perbandingan.

ii.

iii.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

iv.

Memilih mencari sesuatu untuk memenuhi keperluan serta memilih dari sesuatu kemungkinan yang berbeza. Mencari alternatif mencari jalan lain untuk melihat sesuatu perkara. Mantap mula dimulakan dengan berfikir sesuatu perkara. Apakah perkara utama yang perlu dilakukan. Teratur - kaedah yang praktikal untuk menentukan situasi yang perlu dikawal. Fokus melihat aspek-aspek yang berbeza mengikut keadaan. Memperkukuh menyatakan apa yang telah dicapai atau diperoleh pada setakat ini. Rundingan membuat kesimpulan walaupun keputusan yang didapati tidak pasti. CoRT 3 INTERAKSI

v. vi.

vii. viii. ix. x.

2.3

Pemikiran ini berkaitan dengan situasi atau keadaan yang melibatkan orang. Pemikiran dilihat secara langsung bagaimana cara seseorang itu berfikir. Ianya berbentuk hujah, debat dan percanggahan pendapat dan lain-lain lagi. Menilai keterangan melalui pengajaran. Pemikiran ini juga digunakan untuk meneliti strategi yang berlainan bagi membuktikan hala tuju dan kesilapan. Diwakili oleh Memeriksa kedua-dua belah ( EBS ) dan Perjanjian, Percanggahan pendapat dan ketidaktepatan ( ADI ). Tujuan CoRT 3 ini ialah untuk menggalakkan murid-murid mendengar apa yang diperkatakan. 2.3.1i.

ALAT PEMIKIRAN CoRT 3 EBS meneliti hujah kedua-dua pihak dan bukannya meyokong satu pihak. pendapat.

ii. Keterangan mengemukakan jenis-jenis keterangan. Membezakan antara fakta dan

iii. Keterangan Nilai pentaksiran nilai keterangan, dan bukan semua bukti nilai yang

sama.iv. Keterangan Struktur berdasarkan kepada pemeriksaan bukti. Bergantung kepada

keterangan lain dan seterusnya.v. ADI pemetaan kawasan untuk meningkatkan bidang perjanjian dan mengurangkan yang

tidak bersetuju.vi. Menjadi Hak 1 dua cara utama menjadi hak. ( 1 ) Dengan meneliti idea,kesan dan

implikasi yang wujud. ( 2 ) Merangkumi fakta, hak dan perasaan.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

vii. Menjadi Hak 2 Dua cara yang lain sebagai hak. ( 1 ) Dengan penggunaan label, nama

serta klasifikasi. ( 2 ) Penggunaan kata nilai itu sendiri dan mewujudkan penghakiman. viii.Menjadi Salah 1 mengambil kira kepada keterlaluan, mendasarkan kepada kesimpulan sebahagian daripada keadaan. xi. Menjadi Salah 2 kesilapan dan prejudis x. Hasil Apa yang telah dicapai pada akhir hujah. 2.4 CoRT 4 KREATIF

Inspirasi bahawa terdapat ada apa-apa lagi boleh dilakukan mengenainya membawa kepada penghasilan idea-idea yang kreatif. Dalm CoRT 4, ianya merangkumi teknik asas kreatif, prosedur dan sikap. Kreativiti dianggap sebagai sebahagian kepada proses pemikiran biasa, yang melibatkan apa yang boleh dipelajari, diamalkan dan digunakan dengan cara yang sengaja. Beberapa proses berkenaan berkaitan dengan melarikan diri dari memenjarakan idea yang sedia ada. Ada pihak yang bimbang dengan provokasi idea-idea yang baru. Bahagian yang paling penting dalam kreativiti adalah definisi masalah. Penilaian juga disyorkan dalam pendapat ini. 2.4.1i.

ALAT PEMIKIRAN CoRT 4 YES, NO & PO PO menunjukkan bahawa idea yang digunakan adalah kreatif tanpa melibatkan apa-apa penghakiman atau penilaian.

ii. Batu Loncatan idea yang digunakan bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi kerana

idea-idea yang lain, yang telah diperkenalkan.iii. Input Rawak idea-idea palsu yang tidak berkaitan input dalam situasi yang boleh

mengubah keadaan.iv. Konsep Cabaran konsep boleh membawa kepada cara-cara lain untuk melakukan

perkara-perkara.v. Idea Dominan idea yang dominan ada dalam kebanyakan keadaan. Seseorang perlu

mencari dan melarikan diri darinya dalam usaha untuk menjadi kreatif.vi. Mentakrif Masalah Mentakrifkan masalah merupakan satu usaha yang dilakukan untuk

membuat masalah itu betul-betul mudah untuk diselesaikan.vii. Mengalih Kesilapan penilaian yang dilakukan berkaitan kerosakkan dan penyingkiran

dari satu idea mereka.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

viii.Kombinasi Memeriksa sifat-sifat yang ada pada barangan dan yang tidak berkaitan dengan item baru serta boleh diwujudkan secara gabungan. xi. Keperluan penciptaan idea boleh dipengaruhi berdasarkan kepada kesedaran keperluan yang timbul. x. Penilaian apakah idea yang ada sudah memenuhi keperluan; apakah keburukan dan kebaikan. 2.5 CoRT 5 MAKLUMAT DAN PERASAAN

Teori ini menjadi asas kepada semua pemikiran. Pemikiran bergantung kepada maklumat dan dipengaruhi oleh perasaan. CoRT 5 memperjelaskan tentang proses maklumat seperti soalan yang dikemukakan, petunjuk, meneka, kepercayaan, pendapat yang telah sedia ada dan menyalahgunakan maklumat. Ianya juga berkaitan dengan emosi dan nilai-nilai. Matlamat yang wujud dalam pemikiran CoRT 5 adalah berkaitan untuk menggalakkan kesedaran yang pasti kepada pengaruh ini dan bukan untuk mengubahnya. Murid-murid dilatih untuk mengenal pasti maklumat apa yang ada pada mereka, apa yang diperlukan oleh mereka, dan bagaimana caranya untuk menggunakan maklumat. Ada teknik yang digunakan untuk membangunkan kumpulan dan menjalankan pemerhatian. 2.5.1 ALAT PEMIKIRAN CoRT 5a) Maklumat membuat analisis untuk menilai kesempurnaannya. b) Soalan penggunaan soalan-soalan yang mahir. Tujuan soalan dan hala tuju soalan yang

dikemukakan.c) Petunjuk merujuk kepada kesimpulan dan kesan yang diperoleh. Anggarkan maksimum

maklumat yang dibuat untuk membentuk satu idea.d) Percanggahan berdasarkan kepada jaminan palsu, kesimpulan palsu dan penggunaan

maklumat lain yang salah.e) Tekaan penggunaan tekaan atau agakan ini apabila maklumat yang berkaitan tidak

mencukupi. Merangkumi kepada tekaan yang baik dan tekaan yang buruk.f) Kepercayaan bagaimana caranya untuk kita percaya dan menghargai maklumat

berdasarkan kepada bukti, kepastian, persetujuan, hak, perantara, pengalaman dan kisah.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

g) Ready-mates stereotaip kepada pemikiran peribadi, ungkapan, prasangka, dan pendapat

tertentu.h) Emosi dan ego cara emosi terlibat dalam pemikiran. Terbahagi kepada emosi biasa dan

ego-emosi.i) Nilai alat ini menentukan pemikiran dan penerimaan keputusan. Nilai-nilai sedemikian

perlu dihayati dan bukan untuk mengubahnya.j) Memudahkan dan menjelaskan Struktur pelajaran lebih terarah kepada bentuk rangka

kerja. Rangka kerja ini bertujuan untuk membahagikan jumlah proses pemikiran ke arah peringkat yang pasti yang boleh ditangani. Setiap peringkat dalam rangka keseluruhan merangkumi satu tugas pemikiran yang jelas yang akan dijalankan dan menjelaskan matlamat bagi pemikiran.

2.6

CoRT 6

-

TINDAKAN

Teori ini memperlihatkan setiap peringkat pemikiran akan memberi tumpuan kepada menjalankan tugas yang ditakrifkan. Untuk membuat rangka kerja, peringatan awal telah diberi. Satu perkataan yang menarik cukup untuk menjadi kenangan berdasarkan kepada huruf-huruf yang telah dipilih secara khas. Ianya merupakan satu alat yang mnemonik. Rangka kerja yang jumlahnya dipanggil TEC-Pisco yang terdiri daripada forTarget Expend Kontrak Tujuan Input Penyelesaian Pilihan Operasi. 2.6.1 ALAT PEMIKIRAN CoRT 6 perhatian kepada perkara yang tertentu dalam subjek pemikiran. Pentingnya memilih sasaran pemikiran dan menumpukan kepada cara yang berkemungkinan.b. Perkembangan a. Sasaran perkara yang utama dalam proses yang melibatkan pemikiran. Mengarahkan

merupakan

fasa

pembukaan-pemikiran.

Merangkumi

aspek

perkembangan seperti kedalaman, lebar, dan merancang beberapa kaedah atau alternatif lain.c. Kontrak bertujuan untuk mengecilkan pemikiran yang digunakan untuk sesuatu yang

lebih tampak ketara dan lebih mudah digunakan.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

d. TEC teknik penggunaan tiga alat pemikiran sebelumnya dalam satu turutan. Alat ini

mentakrifkan sasaran, meneroka subjek dan merapatkan hasil yang boleh digunakan.e. Tujuan Menjelaskan tentang tujuan sebenar pemikiran. Tujuan umum pemikiran dan

juga objektif tertentu.f. Input berkaitan dengan keadaan, tempat kejadian, tetapan, maklumat yang ada, faktor

dan orang yang boleh mempertimbangkan serta jumlah input yang masuk semasa proses pemikiran.g. Penyelesaian kaedah yang digunakan untuk membuat penyelesaian dan mengisi jurang. h. Pilihan proses yang dibuat untuk membuat keputusan. Memilih penyelesaian yang

terbaik dan lain. Keutamaan untuk membuat pilihan.i.

Operasi Pelaksanaan dalam menjalankan operasi yang barkaitan dengan pemikiran. Menetapkan langkah-langkah bagi membuat tindakan khusus yang akan membawa hasil yang dimahukan.

j.

TEC-Pisco Tiga alat utama ( TEC ) digunakan untuk mentakrif dan menghuraikan lima peringkat pada setiap prosedur Pisco. Pelajaran struktur mengambil bentuk rangka kerja. Tujuannya adalah untuk membahagikan jumlah proses pemikiran ke peringkat yang pasti dan boleh ditangani. Terdapat satu tugas pemikiran yang jelas akan dijalankan dan matlamat yang jelas bagi pemikiran. Ini memudahkan untuk memikirkan dengan mengeluarkan kerumitan dan kekeliruan.

3.0

KAEDAH BERFIKIR 6 TOPI EDWARD DE BONO

Selain mencipta Program CoRT, Edward de Bono juga telah memperkenalkan atau mencipta satu lagi kaedah pemikiran yang membolehkan seseorang itu berfikir sekali sahaja pada suatu waktu . Kaedah tersebut dikenali sebagai Enam Topi Pemikiran yang melambangkan enam cara atau stail pemikiran yang berbeza-beza. 3.1. Topi Putih

Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan dengan apa yang sedang kanak-kanak amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat. Pendapat kanak-kanak itu sendiri

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan. Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah dikumpulkan. 3.2. Topi kuning

Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. Ia juga digunakan untuk berfikir secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Gaya pemikiran menggunakan topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencari nilai-nilai positif sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitu menarik. 3.3. Topi hitam

Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan. Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan. 3.4. Topi merah

Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi. 3.5. Topi hijau

Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam. 3.6. Topi biru

Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan 3.0 PEMIKIRAN LATERAL (LATERAL THINKING) Pemikiran mendatar juga dikenali sebagai " Lateral Thinking" yang diperkenalkan oleh Dr. Edward De Bono pada tahun 1967. Menurut Dr. Edward De Bono, pemikiran lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari daripada idea-idea yang sudah lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga bertujuan melepaskan diri daripada cengkaman persepsi-persepsi lapuk untuk mencari dan mencipta idea-idea baru.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Dari segi definisi, pemikiran lateral membawa maksud cara untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan daya imaginasi ( bukan dengan menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yang biasa ) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang luar biasa ( kadang-kadang agak luar biasa sedikit ) tetapi cara yang digunakan ini amat berkesan. Teori ini telah diperkenalkan dalam buku beliau yang bertajuk New Think : The Use of Lateral Thinking pada tahun 1967. Pemikiran lateral ataupun pemikiran kritikal adalah kemahiran berfikir yang lebih menekankan kepada nilai kenyataan dan idea-idea baru. Secara khususnya, istilah pemikiran lateral mencakupi penggunaan teknik-teknik yang spesifik yang sengaja digunapakai untuk menerbitkan persepsi-persepsi dan idea-idea yang baru. Proses ini ada kaitan secara langsung dengan pemikiran kreatif. Secara amnya, istilah pemikiran lateral meliputi proses-proses berfikir yang keluar dan meneroka sudut-sudut baru.Bezanya, kita akan berfikir dengan lebih kuat dan bertungkus-lumus. Ia ibarat bekerja bekerja lebih keras tapi menggunakan benda yang sama. Dari sudut ini pemikiran lateral sangat berkait dengan pemikiran perseptual yang menerbitkan persepsi-persepsi baru. Seandainya seseorang itu ingin berpindah kepada idea yang baru yang lebih kreatif, maka individu itu harus menggunakan pemikiran secara kritikal. Terdapat 4 jenis alat berfikir yang telah diterangkan oleh Edward de Bono dalam bukunya bertajuk Lateral Thinking : The Power of Provocation Manual : Idea akan menghasilkan alat yang digunakan untuk memecahkan pemikiran terkini. Ia bersifat

generatif, iaitu ia mampu menerbitkan banyak dan berbagai-bagai idea. Ia berhasrat mencari idea yang kesemuanya betul belaka. Tujuan utamanya ialah mencari alternatif-alternatif untuk mencapai sesuatu. Fokus kepada alat yang direka untuk memperluaskan idea. Idea ini tidak berminat pada soal

YA-TIDAK, SALAH-BETUL atau LOGIK-TAK LOGIK. Berfikir secara lateral akan mendatangkan minat untuk mencari berbagai-bagai kemungkinan. Ia tidak berminat untuk membuat penilaian atau keputusan. Penjagaan alat yang direka untuk mempertimbangkan batasan dunia nyata, sumber daya dan

sokongan. Idea ini menjelaskan bahawa ia tidak suka mempertahankan apa-apa idea. Idea yang betul pun ia tidak suka untuk dipertahankan. Pemikiran lateral menganggap idea yang terbukti betul pun masih boleh diperbaiki lagi.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Alat yang direka untuk memastikan lebih banyak nilai yang diterima dan pengeluaran idea. Ia

tidak menolak apa-apa idea. Idea yang tidak logikal pun ia tidak tolak. Malah, ia lebih berminat mencari apa yang baik pada sesuatu idea. Dari situ, ia boleh mencipta idea-idea yang lebih baik.

Terdapat beberapa kepentingan yang berkaitan pemikiran lateral.Antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 4.0 Pembinaan Idea Baru. Pembaharuan Dalam Perkembangan Produksi Dan Sistem Pemasaran. Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan. Pengkajian Data Daripada Pelbagai Sudut Untuk Mendapatkan Maklumat Berguna. Pencarian Jalan bagi Menyempitkan Perbezaan Pendapat di kalangan manusia. PERKEMBANGAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI DAN PENDAPAT PAKAR PERKEMBANGAN KANAK-KANAK LAIN Teori Perkembangan Arnold Gesell ( 1880-1961 ) Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan. Beliau telah memerhatikan beratus-ratus kanak-kanakdi bawah keadaan terkawal dalam kajian beliau tentang kelakuaan bayi dan kanak-kanak. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. Beliau merumuskan bahawa peringkat-peringkat kematangan yang tidak boleh dipercepatkan dengan memperhebatkan pendidikan seperti yang ditujukkan dalam jadual di bawah:Peringkat Awal Masa peralihan Masa peralihan lancar Masa peralihan Umur 0-4 tahun 5-6 tahun 7-10 tahun 11-14 tahun Ciri-ciri Satu masa perkembangan yang lancar Sekolah, rakan, undang-undang, peraturan dan penyesuaian Adaptasi dan penggabunganke arah kehidupan sekolah Kematangan dan konflik semasa remaja

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Masa penggabungan

15-16 tahun

Persediaan menghadapi cabaran kedewasaan

Jadual teori perkembangan oleh Arnold Gessell

4.1

Teori Perkembangan Jean Piaget ( 1896-1980 )

Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanakkanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar. Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu: i. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun ii. Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun iii. Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun iv. Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun 4.2 Teori Perkembangan Robert Havighurst ( 1900-1991 )

Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagian kepada individu manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

menyebabkan individu mengalami masalah dalam menyelesaikan tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Perkembangan kanak-kanak melibatkan banyak perubahan. Kebanyakan orang menggunakan perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama. Realitinya, makna perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan. 4.3 Teori Perkembangan Erik Erikson ( 1902-1994 )

Erik Erikson merupakan seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini tidak ditangani dengan baik, seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya. Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut: Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust) Perkembangan ini berlangsung dari lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi. Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

mengatasi kesulitan hidup dan kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang di sekelilingnya. Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame) Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Cara ini akan membantu kanakkanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.Pada peringkat ini juga, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti, perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah. Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt) Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin. Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Pada peringkat ini,

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi. Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. 4.4 Teori Perkembangan Howard Gardner

Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual. Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat. Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut: i. ii. iii. Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan melalui Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan yang Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan pembelajaran dan pengajaran. berbeza bagi setiap individu. adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

iv.

Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan dengan

jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya. v. vi. Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan mengembangkan Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah, kecerdasan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis kecerdasan. antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya. Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut: a. b. c. d. e. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan

mengalah. yang diceburi. tahap kecemerlangan.

toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

KESIMPULAN

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

Model dan teori perkembangan awal kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada guru dan juga ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak. Di samping itu, setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang mana ia berkemungkinan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan juga berbagai faktor lain. Seperti yang kita ketahui adalah amat penting bagi setiap ibu bapa mahupun guru untuk mengetahui tahap-tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat mengenal pasti kedudukan dan kebolehan kanak-kanak. Ini dapat mengelakkan kita mengharapkan lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, kita juga dapat mengenal bahawa setiap kanak-kanak adalah individu. Ibu bapa atau guru hendaklah menyesuaikan aktiviti dan rangsangan mengikut ciri dan kebolehan kanak-kanak itu. Seterusnya, mereka juga boleh merancang aktiviti yang memahirkan kebolehan kanak-kanak dan sebagainya. Ibu bapa atau guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak supaya apa yang ingin diajar lebih berkesan. Secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa model dan teori perkembangan awal kanak-kanak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Model dan teori yang dibina adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada guru, ibu bapa, masyarakat dan pihak yang terlibat bagi melahirkan kanak-kanak yang bijak, pandai, berkemahiran, mempunyai nilai sikap yang baik serta terpuji. Pandangan tokoh tidak kira sama ada di Barat ataupun Timur sebenarnya memberi peluang untuk menambah baik model dan teori yang sedia ada atau menjadikan model dan teori lebih mendapat perhatian serta pengguna yakin untuk menggunakannnya. Kajian-kajian lepas yang menyentuh tentang model dan teori ini juga banyak memberikan reaksi positif dan bersetuju dengan pendapat tokoh- tokoh falsafah ini. Sebenarnya pembelajaran dalam bentuk yang pelbagai membolehkan kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan persekitaran.Kanak-kanak seharusnya dibiarkan untuk meneroka dunia mereka sendiri, barulah kesan pembelajaran dapat dialami sendiri oleh kanak-kanak.

BIBLIOGRAFI

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

1. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, & Rafidah Kastawi. ( 2008 ). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 2. Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. ( 2010 ). Panduan Ilmu Pendidikan Komprehensif untuk KPLI ( Sekolah Rendah ). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. 3. Rahil Mahyudin & Habibah Elias. ( 2007 ). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications. 4. Prof. Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Mazlan, & Ramlah Jantan. ( 2011 ). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia 5. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. ( 2002 ). Pemikiran Lateral: Teknik-teknik Berfikir Cara Baru untuk Menerbitkan Idea-idea Kreatif. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd 6. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. ( 2007 ). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors. 7. Edward De Bono. ( 2003 ). Belajar Berfikir. Kuala Lumpur: Golden Books Centre. 8. Ainon Mohd. ( 2003 ). Belajar berfikir. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. 9. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. ( 1996 ). Mengajar Kanak-Kanak Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. 10. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. ( 1996 ). Pemikiran lateral Edward de Bono. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.

1

April 18, 2012

[

HURAIKAN TEORI PEMIKIRAN CORT OLEH EDWARD DE BONO ( 1993 ) DENGAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK ]

1