asia barat

18
Pertelingkahan tentang Telaga Minyak di Sempadan Iraq dan Iran Pertelingkahan tentang telaga minyak yang berlaku di sempadan Iraq dan Iran baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Walau bagaimanapun, kedua-dua negara tersebut telah mengadakan beberapa perbincangan di peringkat diplomatik. Sekarang, tentera Iran telah pun berundur dari telaga minyak yang dipertikaikan itu. Pegawai dari kedua-dua negara itu menyatakan harapan untuk menyelesaikan perselisihan tentang isu pemilikan telaga minyak tersebut melalui saluran diplomatik. Media Iraq melaporkan bahawa, tentera Iran telah melintasi sempadan kedua-dua negara itu 18 Disember, kemudian, menduduki telaga minyak No. 4 di medan minyak al-Fakkah, provinsi Maysan di tenggara Iraq, dan menaikkan bendera Iran di situ. Inilah peristiwa buruk yang pertama yang berlaku antara kedua-dua negara ini selepas Saddam Houssein digulingkan pada tahun 2003. Iran dan Iraq telah mengadakan perbincangan tentang peristiwa tersebut beberapa hari ini. Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki telah menghubungi rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshyar Zebari melalui telefon kelmarin. Mereka menyatakan bahawa sebuah suruhanjaya bersama perlu dibentuk supaya perselisihan tersebut dapat dibincangkan, dan salah faham tentang pertahanan sempadan antara kedua-dua negara dapat dibetulkan. Mereka menegaskan bahawa mereka akan terus mengadakan dialog dan perbincangan untuk melindungi kepentingan masing-masing dan mengelak daripada dihasut oleh kuasa atau pihak yang lain. Tentera Iran dimaklumkan sudah berundur dari telaga minyak yang dipertikaikan itu, dan sudah menurunkan bendera mereka. Manakala, pekerja Iraq sudah kembali semula ke telaga minyak tersebut. Iran dan Iraq mempunyai sempadan darat sepanjang 1200 kilometer. Konflik bersenjata telah tercetus antara kedua-dua negara tersebut kerana percanggahan etnik, perselisihan faham puak agama, dan pertikaian sempadan wilayah. Peperangan yang berlarutan selama 8 tahun telah tercetus antara Iran dan Iraq pada tahun 1980. Akan tetapi, hubungan antara kedua-dua negara 1

Upload: fizharon

Post on 17-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

SEJARAH ASIA BARAT

TRANSCRIPT

Top of Form

HTMLCONTROL Forms.HTML:Hidden.1

HTMLCONTROL Forms.HTML:Hidden.1

HTMLCONTROL Forms.HTML:Hidden.1 Bottom of Form

Pertelingkahan tentang Telaga Minyak di Sempadan Iraq dan Iran

Pertelingkahan tentang telaga minyak yang berlaku di sempadan Iraq dan Iran baru-baru ini telah menarik perhatian ramai. Walau bagaimanapun, kedua-dua negara tersebut telah mengadakan beberapa perbincangan di peringkat diplomatik. Sekarang, tentera Iran telah pun berundur dari telaga minyak yang dipertikaikan itu. Pegawai dari kedua-dua negara itu menyatakan harapan untuk menyelesaikan perselisihan tentang isu pemilikan telaga minyak tersebut melalui saluran diplomatik.

Media Iraq melaporkan bahawa, tentera Iran telah melintasi sempadan kedua-dua negara itu 18 Disember, kemudian, menduduki telaga minyak No. 4 di medan minyak al-Fakkah, provinsi Maysan di tenggara Iraq, dan menaikkan bendera Iran di situ. Inilah peristiwa buruk yang pertama yang berlaku antara kedua-dua negara ini selepas Saddam Houssein digulingkan pada tahun 2003.

Iran dan Iraq telah mengadakan perbincangan tentang peristiwa tersebut beberapa hari ini. Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki telah menghubungi rakan sejawatnya dari Iraq, Hoshyar Zebari melalui telefon kelmarin. Mereka menyatakan bahawa sebuah suruhanjaya bersama perlu dibentuk supaya perselisihan tersebut dapat dibincangkan, dan salah faham tentang pertahanan sempadan antara kedua-dua negara dapat dibetulkan. Mereka menegaskan bahawa mereka akan terus mengadakan dialog dan perbincangan untuk melindungi kepentingan masing-masing dan mengelak daripada dihasut oleh kuasa atau pihak yang lain.

Tentera Iran dimaklumkan sudah berundur dari telaga minyak yang dipertikaikan itu, dan sudah menurunkan bendera mereka. Manakala, pekerja Iraq sudah kembali semula ke telaga minyak tersebut.

Iran dan Iraq mempunyai sempadan darat sepanjang 1200 kilometer. Konflik bersenjata telah tercetus antara kedua-dua negara tersebut kerana percanggahan etnik, perselisihan faham puak agama, dan pertikaian sempadan wilayah. Peperangan yang berlarutan selama 8 tahun telah tercetus antara Iran dan Iraq pada tahun 1980. Akan tetapi, hubungan antara kedua-dua negara tersebut bertambah baik selepas Saddam Houssein digulingkan. Beberapa tahun terakhir ini, lawatan dan lawatan balas peringkat tinggi antara kedua-dua negara terus meningkat. Namun, kedua-dua negara ini tetap mempunyai perselisihan tentang sempadan dan pembahagian wilayah.

Provinsi Khuzestan, Iran yang berjiran dengan provinsi Maysan, Iraq merupakan kawasan pengeluar minyak yang paling utama bagi Iran, ia digelar "jantung minyak". Kebanyakan penduduk Khuzestan ialah orang Arab. Salah satu sebabnya Saddam Houssein melancarkan perang terhadap Iran pada tahun 1980 adalah untuk memperoleh kawasan yang disebutnya "Arabistan" ini. Khuzestan merupakan kawasan tempat berlakunya pertempuran yang paling banyak antara Iran dengan Iraq.

Manakala provinsi Maysan juga merupakan kawasan pengeluar minyak yang penting bagi Iraq. Medan minyak al-Fakkah di provinsi Maysan merupakan salah satu medan minyak yang paling besar bagi Iraq, dengan jumlah pengeluaran 10,000 tong sehari. Kerajaan Iraq menegaskan bahawa telaga minyak No. 4 yang diduduki oleh Iran itu jaraknya 300 meter dari sempadan Iran, maka ia merupakan bahagian medan minyak al-Fakkah. Namun, Iran mendakwa bahawa telaga minyak tersebut terletak di wilayah Iran. Dalam peta Iran edisi baru, al-Fakkah ditanda sebagai terletak di wilayah Iran. Sekarang, kedua-dua pihak menarik keluar minyak dari kawasan tersebut. Pegawai kedua-dua negara mengakui bahawa mereka mempunyai pertikaian dalam isu pemilikan "telaga minyak No. 4".

Menurut penganalisis, Iran dan Iraq kini merupakan dua buah negara di Asia Barat yang memberikan kedudukan utama kepada puak Syiah. Dengan itu, Iran gembira melihat puak Syiah berkuasa di Iraq. Sekarang, hubungan antara kedua-dua negara agak baik, dan interaksinya lancar. Pertelingkahan telaga minyak ini dipercayai dapat diselesaikan melalui saluran diplomatik. Oleh itu, peristiwa ini akan memberikan kesan yang amat kecil terhadap perkembangan hubungan antara kedua-dua negara.

ARKIB : 12/06/2008

Peranan Yahudi di AS

Oleh MOHAMAD FAISOL KELING

PERSAINGAN calon presiden Amerika Syarikat (AS) antara bintang Demokrat, Barack Obama dan John McCain dari Republikan membawa harapan kepada rakyat AS untuk menyaksikan perubahan dalam pelaksanaan dasar-dasar yang gagal dijayakan oleh Presiden George W. Bush.

Masyarakat dunia turut meletakkan harapan kepada pemimpin yang bakal menerajui AS ini agar dapat membawa perubahan yang positif bagi kepentingan global.

Harapan yang lebih besar tentulah kepada dunia Islam dan Asia Barat khususnya berkaitan dengan konflik yang selama ini mencatatkan kegagalan demi kegagalan.

Presiden Bush dilihat turut gagal membawa perubahan positif dalam merungkai dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel seperti mana presiden-presiden yang terdahulu.

Di sini timbul persoalan mengenai nasib dan masa depan konflik yang berlanjutan hampir 60 tahun itu.

Adakah bakal presiden AS selepas ini mampu menyelesaikan konflik yang berlaku dan apakah implikasi kepada konflik Israel-Palestin pada masa depan?

Atau pun konflik Israel-Palestin akan terus melalui situasi sukar seperti mana kegagalan usaha-usaha penyelesaian dan dasar yang diamalkan oleh presiden-presiden AS sebelum ini. Kenyataan Obama semasa pertemuan dengan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika (AIPAC) di Washington memberi petunjuk pertama di mana dan ke mana konflik antara Israel dan Palestin.

Obama dalam kenyataannya memberi komitmen teguh terhadap keselamatan Israel dan menegaskan Baitulmuqadis tidak boleh dibahagi dua dalam perundingan damai Israel-Palestin pada 6 Jun 2008.

Dengan kukuhnya pengaruh para pelobi Yahudi dalam arus politik AS pada hari ini, pelan damai Israel-Palestin akan mempengaruhi nasib yang memihak kepada Israel.

Pengaruh Yahudi dalam politik AS adalah sangat besar dan ia dapat dilihat menerusi kejayaan mereka mempengaruhi dasar luar AS terhadap pelan damai yang telah dirangka semenjak meletusnya konflik Arab-Israel pada tahun 1948 sehingga kini.

Bagaimanakah golongan pelobi Yahudi ini dapat mempengaruhi arus politik dan dasar luar AS terhadap Israel?

Jumlah populasi masyarakat Yahudi di AS dianggarkan lebih kurang 6 juta orang sahaja daripada hampir 300 juta populasi umum di neagra itu. Namun golongan ini mempunyai hubungan amat rapat dengan elit-elit politik sama ada dari pihak Demokrat ataupun Republikan. Golongan ini yang kebanyakannya mempunyai kedudukan kukuh dalam aspek ekonomi dan profesional telah menjalinkan hubungan akrab dalam pentadbiran negara sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan.

PengaruhMalah terdapat para sarjana yang mengaitkan kemunculan golongan neo-konservatif di AS adalah kerana penglibatan dan pengaruh puak Yahudi AS.

Penguasaan golongan ini dalam syarikat-syarikat multinasional telah meletakkan kepentingan golongan Yahudi AS berpengaruh dalam arus kestabilan sosioekonomi dan politik AS.

Secara langsung ia telah mewujudkan satu bentuk hubungan yang rapat antara etnik Yahudi dengan masyarakat AS.

Golongan Yahudi turut mengambil pendekatan memperluaskan dan memperkukuhkan hubungan mereka dengan masyarakat awam AS melalui gerakan saraf lebih 55 pertubuhan Yahudi di 50 buah negeri di AS.

Golongan itu turut memperluaskan hubungan mereka dengan para elit politik yang berpotensi tinggi dan bakal terlibat dalam pembuatan dasar AS termasuk elit-elit politik di pelbagai peringkat sama ada Kongres ataupun White House.

Hakikatnya pengaruh Yahudi dalam dasar luar AS dapat dilihat menerusi desakan Yahudi AS terhadap Presiden Franklin Roosevelt (1933-1945) agar menerima para pelarian Yahudi yang melarikan diri daripada kekejaman Hitler pada era Perang Dunia Kedua.

Hubungan etnik ini semakin berkembang apabila Presiden Harry S. Truman (1945-1953) mengambil tindakan untuk menjadikan AS sebagai negara pertama dunia yang mengiktiraf negara Israel pada tahun 1948.

Perkembangan ini telah meletakkan batu asas keakraban hubungan politik antara Yahudi dengan masyarakat AS yang ada pada hari ini.

Sejajar dengan penubuhan Israel pada 1948 dan kemunculan nilai kepentingan rantau Asia Barat dari sudut ekonomi dan politik, hubungan Yahudi AS dengan elit politik AS semakin berkembang.

Israel diharapkan dapat menjadi mata dan telinga AS bagi 'menjaga' kepentingan negara itu di Asia Barat. Justeru, kepentingan dan keselamatan Israel mula menjadi agenda dasar luar AS.

Pengaruh Yahudi dalam proses pembentukan dasar AS dapat dilihat dengan peristiwa tumbangnya Senator dari Illinois, Charles Percy pada tahun 1984 akibat tindakannya yang menyokong penjualan senjata AS kepada Arab Saudi.

Penubuhan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika adalah bukti keakraban AS-Israel di mana setiap perancangan dan strategi yang digubal oleh kedua-dua pihak akan melalui proses perbincangan terperinci.

Dalam perkembangan arus politik AS, AIPAC yang ditubuhkan semenjak tahun 1953 merupakan destinasi wajib calon-calon presiden AS. Pertemuan ini tidak hanya melibatkan hanya melibatkan Obama malah calon-calon presiden yang lain termasuklah John MacCain dan Hillary Clinton.

Pengaruh Yahudi dalam arus politik AS secara langsung meletakkan kemenangan memihak kepada Israel dalam hal ehwal yang melibatkan konflik Israel-Palestin.

StrategiGolongan ini bijak mengatur strategi dalam mempengaruhi dasar luar AS demi melindungi kepentingan Israel di Asia Barat. 'Kelonggaran' terhadap dasar AS yang melibatkan beberapa negara Arab di Asia Barat berdasarkan nilai dan kepentingan yang besar kepada AS. Kelonggaran yang dimaksudkan adalah hubungan dan bantuan yang disalurkan oleh AS kepada negara Arab 'dibolehkan' tetapi ia perlulah dalam keadaan yang 'terkawal' dan tidak mampu mengancam keselamatan serta kestabilan Israel.

Perkembangan kukuhnya pengaruh Yahudi dalam arus politik AS ini sememangnya telah disedari oleh masyarakat Asia Barat dan dunia global.

Namun apa yang menyedihkan kepercayaan dan keyakinan masih diletakkan kepada AS sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Asia Barat. Pelan damai yang dirangka pastinya akan membuahkan kegagalan yang mana ia akan memihak kepada Israel. Dengan kata lainnya, mana-mana calon yang akan dilantik sebagai presiden AS sama ada dari Demokrat ataupun Republikan tetap membayangkan kegagalan dalam penyelesaian dan usaha damai di Asia Barat khususnya yang melibatkan konflik Israel-Palestin.

Ucapan Parlimen oleh Lim Guan Eng di Parlimen pada hari Isnin, 12 Januari 2009:

Pendirian DAP dalam isu Gaza menolak sebarang tindakan keganasan

Sejak Israel mengiystiharkan kemerdekaannya kira-kira 60 tahun lalu, rantau Timur Tengah atau Asia barat tidak pernah sunyi dari konflik yang mengorbankan banyak nyawa. Permulaan berdarah pada tahun 1948 berlaku apabila negara-negara Arab telah menyerang Israel untuk membebaskan bumi Palestin dari taklukan kumpulan Zionis Israel.

Pada tahun 1948 itu, Jordan mengambil alih Tebing Barat manakala Mesir pula membawa Gaza di bawah penguasaannya. Namun, negara-negara Arab tewas dalam peperangan pertama mereka dengan Israel.

Pada 1967, negara-negara Arab sekali lagi cuba menyerang Israel tetapi masih gagal. Malah dalam masa enam hari, kuasa ketenteraan mereka dilumpuhkan oleh serangan balas Israel di mana Gaza turut ditawan.

Pada 1973, serangan mengejut negara-negara Arab yang dipimpin oleh Mesir terhadap Israel menggegarkan dunia. Walaupun kedua-dua pihak mengisytiharkan menang perang, ia membawa kembali kepada keadaan yang sama pada tahun 1967. Yang pasti, jumlah nyawa rakyat tidak berdosa yang terkorban telah meningkat.

Gaza dan Tebing Barat telah dijadikan kem untuk melatih gerila Palestin menyerang kubu-kubu tentera Israel. Rakyat Palestin yang lain melimpah sebagai pelarian di negara-negara Arab seperti Lubnan dan Syria.

Sejak itu juga, pemimpin-pemimpin Arab bermain politik demi kepentingan negara dan ideologi masing-masing. Yang terus menjadi mangsa adalah rakyat Palestin. Pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, rakyat Palestin dibawa ke kiri ke arah sosialisme Arab. Setelah ideologi itu gagal menumpaskan Israel, rakyat Palestin dibawa ke arah agama pula selepas tahun 1980-an.

Rakyat Palestin sendiri yang sudah kecewa dengan kumpulan-kumpulan politik dan ideologi telah bangkit sendiri menentang kekerasan dan keganasan Israel. Bermula dengan gerakan akar umbi "intifadah" pada 1987, akhirnya ia membawa kepada usaha damai Oslo pada tahun 1993.

Rangka rancangan damai Oslo tidak memberikan hak milik sepenuhnya kepada rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat, dan ini menyebabkan proses itu gagal dilaksanakan. Pada tahun 2000, tawaran untuk tambahan kawasan hak milik Palestin di Tebing Bara ditambah tetapi penguasaan politik dan ketenteraan tetap di tangan Israel. Dalam erti kata yang lain, walaupun negara Palestin "berdaulat" ia tetap dikuasai oleh Israel.

Keadaan ini sekali lagi membangkitkan intifadah di Palestin. Munculnya Hamas yang menolak rancangan "dua negara satu untuk Israel dan satu untuk Palestin" juga membangkitkan semangat baru di kalangan rakyat Palestin yang sering dipermainkan oleh kuasa-kuasa besar serta sesetengah negara Arab sendiri.

Namun, di saat-saat genting untuk mencapai perpaduan, pertelingkahan sesama parti-parti politik di Palestin terutamanya di antara Hamas dan Fatah memburukan lagi keadaan di mana dunia melihat kegagalan dalam mencapai perpaduan Palestin.

Pemimpin PLO Allahyarham Yasser Arafat selama berpuluh tahun telah membawa perjuangan gerila dan kemudiannya melalui diplomasi untuk mencapai perdamaian di Timur Tengah, dan kembali kepada strategi menyerang Israel tidak membawa banyak perubahan.

Namun, pada awal dekad ini, usaha damai menunjukkan sedikit hasil. Wujud apa yang dikatakan sebagai Kerajaan Palestin. Tetapi pertentangan ideologi dan tatacara di antara Fatah, Hamas dan Jihad Islamiah menyebabkan usaha murni itu terbantut.

Pada tahun 2007, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dari kumpulan Fatah telah menyingkirkan Hamas dari kerajaan perpaduan Palestin untuk menubuhkan Kabinet baru di Tebing Barat berikutan penguasaan Gaza oleh kumpulan Hamas melalui pilihan raya. Hamas menang pilihan raya itu di atas slogan enggan mengiktiraf kewujudan Israel dan enggan meletak senjata dan mahu terus menyerang Israel. Kedua-dua pihak bukan setakat berperang mulut, malah benar-benar terbabit dalam perang saudara di Palestin.

Tahun lalu, gencatan senjata semua pihak selama enam bulan mengurangkan ketegangan di rantau Asia Barat. Namun, Israel telah menuduh Hamas melancarkan serangan roket ke dalam negara itu yang menyebabkan orang awam terbunuh.

Bulan lalu, sewaktu umat Islam sedunia bersiap sedia menghadapi Tahun Baru Ma'al Hijrah, Israel telah melancarkan serangan udara secara besar-besaran terhadap Gaza.

Saudara kita orang awam di bumi Palestin telah sekali lagi menjadi mangsa. Serangan udara itu telah mengakibatkan lebih 300 orang terbunuh manakala beratus lagi cedera. Tidak lama selepas itu, Israel melancarkan pula seangan ketenteraan darat. Makin banyak nyawa melayang, hampir kesemuanya orang awam termasuk kanak-kanak.

Saya bagi pihak DAP mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap orang awam dan mendesak Israel supaya menghentikan tindakan ganas serta mencari jalan penyelesaian melalui usaha damai.

Bagi saya, walau apa pun alasannya atas dasar ketenteraan, tindakan ganas yang mengorbankan orang awam tidak akan dapat menyelesaikan masalah politik. Jalan terbaik ialah meneruskan usaha damai melalui rundingan dan tidak perlu ada pertumpahan darah ke arah mencapai kedamaian di Timur Tengah.

Saya telah pun meminta Kerajaan Malaysia supaya memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta-tuli Amerika kepada Israel. Jelas tindakan pengeboman yang tidak berperi kemanusiaan telah membunuh dan mencederakan orang awam termasuk kanak-kanak yang tak berdosa. Selain daripada menghentikan sokongan membabi buta kepada rejim Tel-A-Viv, kerajaan Malaysia harus mendesak Amerika Syarikat menggunakan pengaruh mengarahkan Israel menghentikan peperangan dan undur dari bumi Gaza.

Keengganan Amerika Syarikat sebaliknya sikap degil terus bekalkan senjata peperangan kepada rejim Israel untuk membunuh wanita dan kanak-kanak menjadikan kerajaan Amerika Syarikat di bawah pimpinan George Bush sama-sama bersalah dan tidak bertamadun yang perlu dibaling kasut.

Saya ingin menegaskan bahawa DAP tidak memusuhi rakyat Amerika Syarikat tetapi hanya kerajaan dan Presidennya George Bush. Rakyat Amerika Syarikat sendiri pun telah menolak parti George Bush bila memberikan kemenangan besar kepada Obama dan parti Demokratnya dalam pilihanraya Presiden tahun lepas. Kita harap bahawa Obama akan memenuhi aspirasi dunia untuk suatu dasar luar negara yang seimbang adil dan perikemanusiaan kepada rakyat Palestin yang terpinggir, terlupa dan terhanyut oleh dunia antarabangsa selama ini.

Saya juga meminta Kerajaan Malaysia supaya mendesak kerajaan Amerika Syarikat untuk campur tangan bagi mendapatkan penyelesaian yang adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.

Untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana sudi menerima cadangan parti pembangkang mengadakan sidang khas di Dewan Rakyat hari ini untuk menyuarakan bantahan rakyat Malaysia terhadap kekejaman yang berlaku di dumi Palestin.

Pada hari Jumaat yang lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB telah meluluskan resolusi menggesa dilaksanakan gencatan senjata secara serta-merta yang mesti dihormati oleh semua pihak. Resolusi itu juga mendesak Israel berundur dari Gaza dengan segera.

Saya bagi pihak DAP menyokong penuh Resolusi 1860 itu yang menggesa diadakan gencatan senjata segera, secara berpanjangan dan dipatuhi sepenuhnya, dan seterusnya membawa kepada pengunduran seluruh askar Israel dari Gaza.

Majlis Keselamatan PBB turut menggesa agar diambil langkah untuk menyekat penyeludupan senjata ke Gaza di samping membenarkan penghantaran masuk bantuan kemanusiaan untuk 750,000 penduduk di Gaza.

Sebanyak 14 anggota majlis menyokong resolusi berkenaan manakala Amerika Syarikat bersikap berkecuali. Setakat ini Israel dan Hamas tidak pula menunjukkan sikap positif terhadap resolusi itu.

Kita sedar terlalu banyak pihak yang berkepentingan dalam konflik Palestin ini di mana masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Masalah yang saya ingin kemukakan ialah siapa yang benar-benar memikirkan nasib dan masa depan rakyat Palestin?

Sudah banyak pihak mengemukakan cadangan bagi melaksanakan proses damai di Palestin dan semuanya tidak dapat bertahan lama. Namun saya berharap usaha damai perlu diteruskan atas dasar kemanusiaan.

Saya menyokong usaha PBB untuk mencari penyelesaian terhadap krisis yang semakin meruncing ini serta memastikan proses perdamaian jangka panjang demi membela nasib orang awam tanpa mengira di mana mereka berada.

Sebelum Resolusi 1860 yang menggesa gencatan senjata serta mendesak Israel keluar dari Gaza, Majlis Keselamatan PBB bulan lalu telah mengulangi ketetapan untuk menggalakkan usaha mewujudkan penyelesaian dua-negara bagi menamatkan konflik Israel-Palestin.

Saya menyokong usaha ini, seperti mana yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, bahawa keamanan yang berkekalan hanya boleh diwujudkan atas iltizam semua pihak untuk saling menghormati dan mengiktiraf kewujudan masing-masing, bebas dari keganasan dan kekejaman, dan penyelesaian dua-negara yang dibina atas janji-janji dan tanggungjawab sebelum ini.

Saya berharap Kerajaan Malaysia juga menyokong penuh usaha PBB melalui inisiatif "Quarter" bagi Asia Barat, iaitu PBB, Amerika Syarikat, Rusia dan Kesatuan Eropah (EU) di samping saluran-saluran lain yang mana matlamatnya adalah untuk memastikan wujudkan perdamaian di Timur Tengah serta memastikan tidak ada lagi nyawa orang awam menjadi korban konflik politik.

Walaupun kita sedar peranan Amerika dalam Quartet ini masih boleh dipertikaikan kerana terlalu berlembut dengan Israel, saya berharap setitik nila tidak akan menghancurkan usaha murni perdamaian.

Quartet ini telah pun menyuarakan iltizam untuk memastikan wujudnya sebuah negara Palestin yang berdaulat yang berjiran dengan Israel yang dapat hidup aman dan damai. Apa yang telah ditetapkan, dan boleh diubah suai mengikut keperluan, adalah "road map" untuk menamatkan konflik yang kejam dan berdarah ini.

Walaupun Hamas menolak usaha Quartet, saya berharap kita di Malaysia tidak akan berputus asa dan terus mencari jalan untuk memujuk Hamas menyertai proses usaha damai yang dapat memastikan berakhirnya pertumpahan darah serta tidak merugikan rakyat Palestin.

Saya juga ingin menegaskan bahawa ini bukan isu agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mendiskriminasi sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusiaan sejagat yang harus diselesaikan bersama tanpa sentimen tertentu.

Pendirian DAP adalah jelas kami menolak sebarang tindakan keganasan, sama ada dilakukan oleh kumpulan pengganas atau mana-mana kerajaan. Selagi orang awam menjadi mangsa, selagi itulah kami menganggapnya tindakan keganasan.

Dengan itu, saya menyeru semua sahabat saya di Dewan yang mulia ini, agar sama-sama memberi sokongan penuh terhadap usul ini, sebagai membuktikan iltizam kita sebagai rakyat Malaysia yang menolak keganasan dan sebaliknya mencintai perdamaian dan keamanan.

* Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Bagan

Potensi Ancaman di kawasan Asia Barat daya terhadapYordania

Di lihat dari kapabilitas Negara di kawasan Asia barat daya terdapat satu Negara yang dianggap dapat mengancam stabilitas keamanan di kawasan ini, Negara tersebut ialah Israel karena dilihat dari kultur serta Ideologinya yang berbeda dengan Negara-negara di kawasan tersebut. Dianggap mengancam keamanan Yordania karena keberadaan Israel dengan Zionisme nya di kawasan merupakan pemicu suatu konflik bagi Negara-negara arab yang mayoritas Islam yang dimana memiliki keyakinan tersendiri dengan anti terhadap kaum yahudi khususnya anti zionisme. Hal ini terbukti dengan terjadinya perang Arab-Israel dalam perang enam hari pada tahun 1967, yaitu perang antara Israel dengan Mesir, Yordania dan Syria (suriah). Israel dan Yordania saling berbatasan langsung, dimana pendudukan yang dilakukan para zionis di wilayah yang diklaim telah lama dimiliki oleh bangsa Palestine menyebabkan para penjuang Palestine selalu melawan ketidakadilan serta keberadaan kaum zionisme dikawasan dan perbatasan yordania karena dianggap telah mengambil hak milik bangsa Palestin. Tindakan balasan Israel terhadap para pejuang palestina di perbatasan seringkali mengakibatkan kerugian bagi Yordania.

Antarabangsa : Muslihat politik AS mewarnai hubungan Islam-Barat

Kenyataan itu nampaknya benar terutama selepas berakhir Perang Dingin antara Amerika Syarikat (AS) dan Soviet Union. Barat bimbang Islam akan menjadi ancaman pasca komunisme. Selepas keruntuhan ideologi komunis, Barat yang diketuai AS melihat Islam bukan saja sebagai saingan, malah juga sebagai musuh yang mesti dihapuskan. Persepsi buruk ini menimbulkan apa yang dinamakan Islamophobia.

Islamophobia adalah masalah psikologi barat yang terbit hasil daripada tanggapan salah terhadap Islam. Tanggapan salah ini lebih kepada kejayaan propaganda dan dakwah jahat dimainkan media barat terhadap Islam.

Usaha jahat Barat ini dimulakan secara berterusan sejak kejayaan Revolusi Iran (1979) dan kebangkitan beberapa gerakan Islam. Tragedi 11 September menyemarakkan lagi propaganda jahat media Barat terhadap dunia Islam. J

ohn L Esposito pernah menyatakan tragedi 11 September 2001 sudah mengubah hubungan konstruktif Islam dan Barat yang dibina sekian lama. Tragedi itu mengubah hubungan harmoni itu kembali menjadi tegang dan berkonflik.

Ia seolah-olah mengingat sejarah lalu ketika perang salib (crusade) yang mewarnai hubungan tegang Islam dan Barat. Justeru, tidak hairanlah tindakan AS memerangi Afghanistan, Iraq dan kini terus bermusuh dengan Iran dinilai oleh sesetengah pihak sebagai gerakan crusade moden memerangi dunia Islam.Ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa insiden jelek dilakukan Barat yang dapat digambarkan sebagai penghinaan dan provokasi ke atas umat Islam.

Terbaru ialah isu penghinaan al-Quran yang dilakukan tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.Sebenarnya terlalu banyak tindak- tanduk Barat, terutama selepas peristiwa 11 September yang memperlekeh Islam, meledakkan konflik antara Barat dan Islam. Kesombongan Barat yang gemar memprovokasi Islam dan beberapa tindakan mereka terhadap dunia Islam mengundang reaksi militan di kalangan beberapa kelompok gerakan Islam seperti al-Qaeda, Hizbullah dan Taliban. Tentangan militan inilah yang dilabelkan sebagai tindakan ganas.

Pertentangan Islam dan Barat juga banyak didasari oleh muslihat politik AS yang mahu memastikan sistem kapitalis dan demokrasi Barat kekal mendominasi sistem politik dunia.Propaganda AS melalui agenda memerangi keganasan sebenarnya satu strategi jahat untuk memerangi negara umat islam yang tidak pro kepadanya. Ini jelas dalam kes serangan dan pencerobohan AS ke atas Afghanistan dan Iraq,

AS juga nampaknya bersedia menggunakan kekuatan ketenteraan untuk berdepan Iran yang tidak mahu tunduk kepada tekanannya.Jika ini berlaku, maka ia pasti memburukkan lagi konflik peradaban di antara Islam dan barat. Propaganda jahat AS ini membentuk citra negatif Islam yang mendominasi pemikiran Barat.

Secara psikologinya, ia membangkitkan `dendam masa lampau` seperti yang pernah diungkapkan oleh orientalis, Montgomery Watt yang menyatakan Barat sudah lama menjadi ahli waris prasangka masa lalunya.Di pihak Islam pula, kebimbangan timbul apabila Barat yang diketuai AS menampilkan wajah agresif mereka untuk mengekang kemunculan beberapa negara Islam yang dianggap mencabar kewujudan negara haram tajaan mereka iaitu Israel.

Justeru, campur tangan mereka di rantau Asia Barat dilihat sebagai usaha melemahkan beberapa negara umat Islam yang dilihatnya berpotensi mencabar dan menggugat Israel. Malah niat AS untuk menguasai minyak yang kebanyakannya berada di rantau teluk adalah sebagai usaha melemahkan kebangkitan kuasa Islam.

Gerakan Islam pula melihat kebanyakan pemerintah negara umat Islam bersifat tunduk dan pro-AS. Oleh itu, mereka bergerak sebagai satu kekuatan militan yang sanggup berdepan dengan kuasa Barat terutama AS.Ini jelas dalam kes al-Qaeda, menentang kerajaan Saudi yang dianggap pro-Amerika. Begitu juga Taliban di Afghanistan. Tindakan mereka dijadikan alasan AS untuk masuk campur urusan politik di negara umat Islam yang dituduh menjadi pangkalan gerakan Islam seperti al-Qaeda.

Gerakan Islam yang dianggap militan menolak apapun yang berbau Barat. Tindak tanduk barat yang menampilkan wajah kolonialisme membimbangkan dunia Islam. Justeru, Barat seharusnya menilai semula tindakan agresifnya terhadap dunia Islam.Dalam banyak hal, kejahilan Barat terhadap Islam yang dilihat berat sebelah menjadikan Islam mangsa ketidakadilan barat. Barat berkelakuan keterlaluan sehingga Islam dianggap sebagai musuh kepada tamadun manusia.Barat juga cuba melupai sejarah bahawa Islam pada satu ketika dulu berjasa kepada tamadun Barat, khususnya dalam bidang ilmu.

Pandangan konservatif kedua-dua pihak menjejaskan keharmonian dua peradaban ini, sekali gus menjejas masa depan peradaban global.Justeru, usaha pihak tertentu untuk meneruskan dialog peradaban antara Islam dan barat patut disokong supaya kedua-dua peradaban ini dapat dilihat dalam bingkai dialektika peradaban kemanusiaan. Prinsip dialektika peradaban itulah yang akan mampu mengembalikan keharmonian hubungan Barat-Islam kerana prinsip ini secara asasnya mengandaikan bahawa tidak ada satu peradaban yang universal dalam mempengaruhi tamadun global hari ini.

Untuk mencapainya Barat harus menghargai sumbangan tamadun lain dalam mewujudkan perdamaian, pencerahan dan kemanusiaan. Barat juga tidak harus membutakan matanya bahawa dalam banyak hal, mereka adalah pemusnah nilai kemanusiaan. Misalnya, dalam konteks sistem ekonomi kapitalis yang lahir daripada tamadun moden Barat menunjukkan dimensi ketidakadilan terhadap nilai kemanusiaan. Kekejaman yang ditimbulkan kapitalisme Barat meninggalkan impak cukup besar terhadap penindasan negara miskin dengan bebanan hutang yang tidak mampu ditanggung oleh mereka.

Berikutan itu, kemiskinan tercetus di negara terbabit dan Barat dilihat kurang mempedulikannya. Di sisi yang lain, meskipun Barat berjaya membawa kemajuan material dan keilmuwan, namun kemajuan yang dipisahkan dari agama ini membawa kepada kemerosotan kehidupan spiritual manusia yang mengikutinya.Ramai pemikir Barat memberi penilaian terhadap masalah ini.

Z Brezinsky, seorang pemikir Barat menyatakan bahawa di Barat nilai agama tidak lagi berperanan sebagai acuan akhlak sama ada dalam membentuk tingkah laku peribadi mahupun masyarakat.

Dunia Barat dan Islam harus lebih terbuka dan sewajarnya mampu berdialog secara rasional dengan mengikis sikap mengagungkan tradisi masa lampau masing-masing. Masa lampau harus dilihat dalam pandangan positif terutama bagi mengembangkan peradaban yang mengajar nilai kemanusiaan.

Sejarah membuktikan bangkit dan berkembangnya sesuatu tamadun itu selalunya berkait rapat dengan kerjasama keilmuwan. Ketika permulaan kebangkitan Islam, pengaruh ilmu dan filsafat Yunani turut mempengaruhinya.

Demikian juga halnya peradaban Barat yang bangkit pada abad pertengahan banyak dipengaruhi karya penting pemikir Muslim seperti Al-Farabi, Al-Kindi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan al-Ghazali. Karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa Latin bahkan Al-Quran juga turut diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1143 M.

Justeru, kebijaksanaan Barat tidak seharusnya disandarkan kepada kekuasaan tentera yang bersifat sementara, sebaliknya Barat dan Islam harus memberi perhatian terhadap masa depan keilmuwan yang mempunyai peranan sangat signifikan bagi pembinaan tamadun global yang lebih manusiawi.

Umat Islam harus melihat dialog peradaban sebagai satu ruang dan peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhikmah. Jika dilihat dari segi positifnya, dialog peradaban ini sepatutnya memberi peluang kepada umat Islam menjelaskan bahawa Islam memiliki doktrin dan gagasan jelas mengenai nilai kemanusiaan, hak asasi manusia, demokrasi, etika politik, hubungan antarabangsa, prinsip keadilan, kebebasan bersuara dan sebagainya yang bukan saja dapat dikemukakan secara konseptual, malah juga secara praktikal. -- BH2 Julai 2008

9

_1324441549.unknown

_1324441550.unknown

_1324441548.unknown

_1324441547.unknown