20120531200506 kuliah 9 kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

30
Kesan Penguasaan Barat terhadap Asia Tenggara EKONOMI

Upload: tatulrich-tatul

Post on 23-Jun-2015

727 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara pd abad ke-19 (upsi)

TRANSCRIPT

Page 1: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Kesan Penguasaan Barat terhadap Asia Tenggara

EKONOMI

Page 2: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Pengaruh Ekonomi Kewangan

Abad ke-19 merupakan titik tolak yang sangat penting dalam kehidupan penduduk di Asia Tenggara.

Faktor ini dapat dilihat melalui pengenalan sistem ekonomi bebas dan ekonomi kewangan.

Page 3: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Pentadbiran Di Asia Tenggara telah memperkenalkan dasar ekonomi yang liberal, bertujuan untuk memberi kemakmuran dan kebajikan kepada rakyat di rantau ini.

Bagi menjayakan sistem ini, kerajaan memerlukan modal sehingga menyebabkan mereka menggalakkan pemodal dari luar untuk turut sama menjayakan rancangan pembangunan kerajaan.

Page 4: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Antara rancangan utama yang dilaksanakan oleh kerajaan penjajah ialah beberapa projek pertanian, perlombongan dan pembinaan infrastruktur di kawasan bandar dan pelabuhan.

Dari aspek pemodenan, mereka melaksanakan program pembinaan bandar baru dan memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan moden.

Ini menyebabkan penduduk Asia Tenggara telah diperkenalkan dengan cara hidup baru yang serba moden berpandukan kepada perkembangan teknologi baru dan moden.

Page 5: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Pentadbiran kewangan baru yang diperkenalkan oleh pihak Barat ialah sistem cukai.

Sumber kewangan untuk membangunkan ekonomi negeri sebahagian besarnva datang daripada kutipan cukai ke atas pengusaha lombong, pertanian, pajak gadai, rumah judi dan juga cukai eksport-import.

Page 6: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Di Burma, perhatian British adalah untuk menggalakkan penduduk Burma terus bergiat dalam pertanian padi.

Sejak tahun 1870, apabila beras mula dieksport secara besar-besaran, beberapa buah kilang padi telah dibina. Semua kilang ini adalah kepunyaan orang British.

Page 7: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Ini membawa kepada pengenalan sistem pengangkutan moden untuk menghubungkan bandar-bandar utama.

Misalnya, pada tahun 1877, dibina jalan kereta api antara Rangoon dan Promme.

Pada tahun 1884, jalan kereta api ini telah disambung di Toungu dan pada tahun 1889 dilanjutkan ke Mandalay.

Page 8: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Di Indochina, Perancis juga telah memberi perhatian terhadap perusahaan perlombongan dan pertanian ladang.

Menjelang tahun 1890, lombong arang batu telah dibuka di kawasan timur laut Tonkin.

Menjelang tahun 1900 ladang kopi telah banyak dibuka oleh peladang Eropah.

Page 9: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Untuk menyokong pembangunan tersebut, rangkaian jalan pengangkutan darat telah dibina mulai tahun 1881 di Cochin China dan Tonkin pada tahun 1890.

Mulai tahun 1895, pembinaan jalan kereta api telah dibina sepenuhnya oleh kerajaan Perancis.

Terusan air juga telah dibina oleh Perancis dan ini menyebabkan munculnya banyak petempatan baru yang melibatkan pengusaha pertanian padi dan jagung khususnya di daerah Delta Mekong.

Page 10: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Di Indonesia, Belanda melalui sistem kultur telah mengarahkan penduduk untuk menanam padi, kopi, tebu, tarum, tembakau dan teh.

Pada tahun 1870, undang-undang pertanian telah diperkenalkan yang memberi lebih keutamaan kepada penduduk dan menggalakkan kegiatan tanaman kontan.

Ini bermakna orang Eropah mendapat lebih banyak faedah berbanding dengan rakyat Jawa sendiri yang terpaksa menjual tanah mereka kepada peladang Eropah.

Page 11: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Mulai tahun 1890, kebanyakan syarikat Eropah lebih berminat membuka ladang tebu dan menjual gula.

Selain kegiatan pertanian, Belanda di Indonesia juga aktif dalam kegiatan perlombongan seperti bijih timah di Bilitong dan Bangka serta arang batu di Kalimantan sejak tahun 1846.

Antara tahun 1883 hingga tahun 1900, carigali minyak telah dijalankan di pantai timur Sumatera.

Page 12: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Abad ke-19 merupakan zaman perubahan dalam sejarah Asia Tenggara.

Sistem ekonomi baru telah dibawa oleh kuasa-kuasa Eropah ke Asia Tenggara.

Negeri-negeri di Asia Tenggara telah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran Barat dan sistem nilai hidup yang baru.

Page 13: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Pengeluaran hasil negeri telah diubah mengikut cara perdagangan dengan wujudnya ekonomi kewangan yang telah mengambil alih sistem ekonomi tukar barang yang telah diamalkan di Asia Tengara sejak berkurun-kurun yang lalu.

sistem ekonomi baru tidak banyak memberikan kesan kepada masyarakat bawahan yang majoritinya terdiri daripada golongan petani dan nelayan.

Page 14: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Ini sikap penjajah yang tidak memberi perhatian dan bimbingan dalam soal penambah baikan kaedah pengeluaran hasil pertanian.

Mereka hanya setakat digalakkan menanam jenis tanaman yang kurang menguntungkan seperti padi.

Walaupun sebahagian kecil di kalangan petani cuba menanam tanaman lain seperti getah dan ketapa sawit, tetapi mereka tidak digalakkan untuk memiliki kawasan yang luas dan setakat menjadi pekebun kecil.

Page 15: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Kesan sistem ekonomi kewangan

Salah satu daripada akibat dan kesan ekonomi kewangan di Asia Tenggara ialah berleluasanya masalah hutang di katlangan petani dan buruh.

Mereka yang menjadi mangsa beban hutang biasanya akibat kehidupan sosial yang berubah sejak meresapnya nilai hidup secara Barat.

Ini ditambah dengan masalah hasil tanaman yang tidak menjadi, kawasan tanaman yang ditimpa bencana dan lain-lain.

Page 16: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Akibat masalah kewangan ini telah menyebabkan petani terpaksa mendapatkan pinjaman daripada tuan tanah, syarikat peminjam wang; peminjam wang persendirian wang seperti golongan ceti India dan Arab, bank dasar (Indonesia) dan orang perseorangan.

Masalah hutang ini hampir merupakan masalah sejagat di Asia Tenggara seperti yang berlaku di kalangan orang Burma Hilir, orang Jawa, Vietnam dan Melayu Semenanjung.

Tanah petani dan pekebun yang berhutang biasanya akan tergadai kepada pemiutang. Masalah ini terus berlarutan hingga menjelang Perang Dunia Kedua.

Page 17: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Masalah Sosial

Masalah sosial di kalangan buruh yang mengikat kontrak dengan penjajah adalah disebabkan pengenalan budaya baru di kalangan mereka.

Mereka digalakkan bermain judi sewaktu tidak bekerja di ladang atau kebun. Mereka juga digalakkan meminjam wang daripada majikan mereka.

Page 18: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Keadaan ini mengakibatkan ramai buruh yang terjebak dalam hutang.

Apabila mereka tidak dapat membayar hutang, mereka terpaksa menandatangani perjanjian yang baru untuk menyambung perkhidmatan seperti yang tertakluk dalam surat perjanjian dengan pihak majikan.

Ini sebenarya adalah satu cara penindasan di kalangan peladang untuk mengekalkan bekalan buruh di ladang mereka yang sentiasa diancam oleh masalah kekurangan tenaga buruh.

Keadaan ini biasa berlaku di kalangan peladang getah di Tanah Melayu dan Sumatera.

Page 19: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Kebanyakannya buruh-buruh dibawa masuk dari,negara luar khasnya India dan China.

Wbp. terdapat syarikat peladangan Eropah yang menggunakan buruh Jawa untuk bekerja di ladang kopi dan ladang getah di Tanah Melayu, ladang getah dan tembakau di Sumatera.

Selain peladang British dan Belanda, peladang Perancis juga pernah terlibat sama membawa masuk buruh Jawa ke kawasan tanah jajahannya.

Page 20: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Inflasi

Perdagangan antarabangsa yang diperkenalkan oleh orang Barat dalam ekonomi Asia Tenggara telah menyebabkan penduduknya sentiasa mengalami kesukaran hidup.

Keadaan ini timbul disebabkan naik turunnya harga barang di pasaran dunia yang biasanya akan memberi kesan kepada para pemodal, peniaga, petani dan pengguna.

Page 21: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Keadaan ini telah berlaku beberapa kali sejak abad ke-19 hingga akhir tahun 1920-an dan awat tahun 1930-an. Asia Tenggara turut mengalami kesan buruk akibat kemelesetan ekonomi dunia.

Page 22: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Kesan Sosial

Penghijrahan Penduduk

Page 23: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Imigrasi dan Pertumbuhan Penduduk

Perkembangan ekonomi yang pesat di Asia Tenggara berlaku disebabkan dua perkara, iaitu kemasukan modal dan tenaga buruh.

Dalam soal penggunaan tenaga buruh, biasanya orang Barat mengeksploitasi penduduk peribumi.

Tetapi oleh sebab bentuk ekonomi baru dan masyarkat peribumi pula sangat terikat dengan pekerjaan tradisional, penglibatan masyarakat peribumi dalampekerjaan yang disediakan oleh orang Eropah amat terhad.

Page 24: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Kepesatan kegiatan ekonomi kolonial, telah menyebabkan bertambahnya bilangan imigran ke negara-negara di Asia Tenggara.

Antara negara yang mengalami kedatangan imigran ini ialah Burma, Filipina, Tanah Melayu dan Indonesia.

Malaysia adalah negeri yang paling banyak menerima masyarakat imigran dari China dan India.

Page 25: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Konsep imigran semasa zaman penjajahan kuasa Barat di Asia Tenggara boleh dikaitkan dengan konsep penempatan semula penduduk atau lebih dikenali sebagai kolonisasi.

Ini sebenarnya merupakan rancangan untuk memindahkan sebahagian penduduk daripada kawasan yang sangat padat.

Antara kawasan tertentu di Asia Tenggara dikenal pasti sebagai kawasan yang sangat padat penduduknyaialah Pulau Jawa dan Wilayah Tonkin di Vietnam.

Page 26: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Kesempitan hidup

Di bawah pentadbiran kuasa Barat, masyarakat peribumi Asia Tenggara hidup dalam keadaan menderita.

Kaum pemodal yang terdiri daripada peladang, pelombong dan pedagang Eropah menikmati kehidupan yang lebih baik kerana penglibatannya dalam aktiviti ekonomi yang strategik.

Page 27: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Pulau Jawa adalah tanah jajahan Belanda di Asia Tengara.

Penduduk peribumi telah mengalami penderitaan yang sangat serius kerana dasar monopoli dan dasar galakan pemodal dan pelabur Eropah.

Ini menyebabkan rakyatnya hidup dalam keadaan tertindas, miskin dan tidak mempunyai harapan yang cerah untuk masa depan mereka.

Page 28: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

RUMUSAN

Page 29: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

Isu kesengsaraan hidup masyarakat tempatan semakin ketara pada abad ke-20.

Ia merupakan salah satu penyebab kepada pertumbuhan kesedaran kebangsaan dalam kalangan pemimpin tempatan Asia Tenggara pada abad tersebut.

Kesan sosial dan ekonomi penjajahan memberikan kesan yang mendalam kepada penduduk tempatan walaupun selepas merdeka.

Page 30: 20120531200506 kuliah 9   kesan penguasaan barat terhadap asia tenggara

SEKIAN TERIMA KASIH