asg sejarah.docx

17
Bahagian B Pengenalan Apa yang kita fahami tentang proses pendidikan adalah untuk mendedahkan serta menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dengan cara yang cekap lagi berkesan. Ia selaras dengan kenyataan Walker dalam Ambrose (2002), segala yang hendak dibentuk oleh seseorang di dalam bidang pendidikan adalah bertujuan memberi peluang untuk belajar sesuatu. Menurut Brophy (1998), mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Sekira ini terjadi guru dapat mencetus pencapaian murid kepada yang cemerlang dan membanggakan. Pencapaian seorang pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang kompleks. Antaranya adalah pendekatan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang pelajar berminat untuk belajar, dia pasti akan mempunyai kesungguhan yang tinggi terhadap pelajaran dan begitulah juga sebaliknya. Guru merupakan salah satu daripada ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Atan Long (1978), menyatakan bahawa untuk menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Dengan lain perkataan,

Upload: asgettunsally72yahoo

Post on 10-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bahagian BPengenalanApa yang kita fahami tentang proses pendidikan adalah untuk mendedahkan serta menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dengan cara yang cekap lagi berkesan. Ia selaras dengan kenyataan Walker dalam Ambrose (2002), segala yang hendak dibentuk oleh seseorang di dalam bidang pendidikan adalah bertujuan memberi peluang untuk belajar sesuatu.

Menurut Brophy (1998), mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar. Sekira ini terjadi guru dapat mencetus pencapaian murid kepada yang cemerlang dan membanggakan.

Pencapaian seorang pelajar adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang kompleks. Antaranya adalah pendekatan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang pelajar berminat untuk belajar, dia pasti akan mempunyai kesungguhan yang tinggi terhadap pelajaran dan begitulah juga sebaliknya.

Guru merupakan salah satu daripada ejen dalam penentuan tahap pencapaian pelajar. Atan Long (1978), menyatakan bahawa untuk menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran. Dengan lain perkataan, pendekatan pengajaran guru akan memberi kesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar.

Menurut Brophy dan Good dalam Shahril (2001), keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada kepelbagaian cara memperkenalkan sesuatu isi pelajaran. Di samping itu ianya harus meliputi penyampaian guru, perbincangan dan soal jawab. Ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran sememangnya memainkan peranan dalam pembentukan tahap pencapaian pelajar.

Latar BelakangPendidikan masa kini mengalami pelbagai gelombang perubahan yang semakin ketara dan mencabar. Pelbagai pendekatan pengajaran perlu dilaksanakan oleh guru agar dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran guru sebenarnya turut memainkan peranan di dalam faktor pencapaian pelajar.

Ee Ah Meng (1989), menyatakan kefahaman dalam bidang pedagogi adalah penting bagi guru untuk memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya. Malah ia dapat membantu guru dalam penyediaan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Menurut Musa Mohammad dalam Shahril (2001), guru perlu membuat perubahan dan inovasi dalam amalan bilik darjah untuk memungkinkan mereka mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini.

Pendekatan pengajaran guru mungkin dapat mempengaruhi sikap dan minat seseorang pelajar semasa proses pembelajaran. Sekiranya berlaku ia mungkin dapat mempengaruhi pencapaian. Kenyataan tersebut dikuatkan lagi dengan pandangan Brookfield dalam Ambrose (2002), bahawa guru yang berkarisma biasanya mampu memberi dorongan dan memberi sumber ilham kepada para pelajarnya.

Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan berubah seiring dengan kemajuan pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran. Pembelajaran pada mulanya adalah untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar terhadap apa yang akan disampaikan oleh guru. Abd. Rahman dalam Sayuti (2000), menyatakan adalah penting untuk kita menyedari bahawa manusia berbeza dalam beberapa segi, begitu juga dengan pelajar. Perbezaan di antara setiap pelajar menjelaskan kepada kita bahawa gaya atau stail pembelajaran individu atau pelajar pastinya berbeza begitu juga dengan cara pendekatan pengajaran guru.

Atan Long (1978), menyatakan bahawa pendekatan pengajaran yang baik berkeupayaan untuk merangsang murid supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan konsep itu. Pendekatan pengajaran yang baik dan sesuai dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. Ini pasti dapat meningkatkan tahap pencapaian murid pada akhirnya.

Pencapaian pelajar merupakan satu aspek yang sentiasa menarik banyak perhatian dari pelbagai pihak samada daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak guru atau pihak ibu bapa. Banyak kajian telah dijalankan bagi menentukan faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian pelajar. Antaranya adalah pendekatan pengajaran guru.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga dimaksudkan sebagai to come near to in any sense atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Manakala pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Ee Ah Meng (1987), mengatakan bahawa pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan dan cara penyampaian isi pelajaran.

Pendekatan pengajaran yang diambil oleh guru seharusnya dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti setiap apa yang diajarkan oleh beliau. Ini bertepatan dengan pendapat Ee Ah Meng (1997), menyatakan bahawa guru-guru akan dapat menimbulkan minat murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan jika pengajaran mereka menggunakan pelbagai rangsangan seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video dan permainan. Melalui aktiviti ini guru akan dapat menimbulkan dan mengekalkan minat murid-murid terhadap pengajarannya. Guru juga seharusnya pandai mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan ingin meneroka pada murid-murid.

Menurut Smith (1969), untuk melahirkan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memahami tentang isi kandungan mata pelajaran yang akan di ajar dan yang seterusnya kefahaman mengenai displin-displin yang telah melahirkan mata pelajaran yang diajar. Dalam erti kata lain kefahaman yang pertama adalah perlu untuk mengajar apa jua mata pelajaran, manakala kefahaman kedua adalah untuk mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan menggunakan isi kandungan pengajaran tersebut. Pengajaran guru mestilah jelas dan mudah difahami pelajar agar dapat menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran guru.

Secara umumnya didapati dari kajian-kajian yang lepas, faktor pengajaran guru sememangnya berhubung kait dengan tahap pencapaian seseorang pelajar. Namun terdapat juga faktor-faktor lain yang berhubungan dengan tahap pencapaian pelajar seperti faktor minat, faktor keluarga, faktor rakan sebaya, faktor kemudahan dan sebagainya. Fraser (1977), menyatakan sikap keluarga terhadap pelajaran dan jangkaan pelajaran merupakan suatu darjah galakan terhadap kerja-kerja sekolah anak-anak berkait rapat dengan darjah kecerdasan dan pencapaian anak-anak. Pernyataan tersebut disokong oleh Jensen dalam Adzmi (2003), mengatakan kurang daripada 50% pencapaian akademik dipengaruhi oleh kefahaman, dan seterusnya menyatakan perbezaan tingkat pencapaian akademik di sekolah adalah disebabkan oleh perbezaan persekitaran keluarga pelajar. Justeru itu, pengkaji ingin mengenal pasti adakah terdapat hubungan di antara pendekatan pengajaran guru dan kesannya terhadap tahap pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sejarah

Masalah yang dikenalpasti Berdasarkan bahan mentah tentang pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran sejarah, didapati sebahagian mereka menghadapi masalah penguasaan tentang mata pelajaran sejarah. Untuk membantu murid-murid di dalam kelas tersebut mencapai prestasi yang baik dalam mata pelajaran sejarah maka ada beberapa perkara yang perlu diambilberat oleh guru. Kita tahu bahawa mata pelajaran sejarah adalah satu perkara yang mungkin membosankan kepada murid-murid terutama bagi mereka yang tidak suka membaca. Maksudnya, murid-murid boleh membaca tetapi jika memerlukan penaakulan dan cerita yang panjang, ini tentu mengundang bosan dan tidak minat. Guru perlu mengambil langkah yang bijak untuk menangani masalah ini. Perkara yang perlu dititikberatkan adalah wujudkan suasana pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

4 Aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran sejarahPenggunaan gabungan dua model ini ialah pendekatan yang difikirkan oleh guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang atau langsung tidak meminati pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab yang telah dipelajari. Masalah ini berlaku kerana pelajar sukar mendapat gambaran yang jelas tentang urutan peristiwa sejarah secara keseluruhan dan tidak mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan menghadapi masalah untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab dan seterusnya berkemungkinan gagal dalam ujian bulanan ataupun peperiksaan.

Sesungguhnya, memandangkan sampel yang dikaji adalah kumpulan pelajar lemah maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru harus sesuai dengan tahap penguasaan pelajar. Oleh hal yang demikian, bagi mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme dalam kajian ini, pengkaji lebih tertumpu kepada aktiviti seperti : i) tayangan video ii) Edaran nota dalam bentuk peta minda iii) Menjawab soalan berbentuk subjektif dan objektif melalui tayangan LCD dan ahasa dalam bentuk perbincangan kumpulan. iv) Guru membuat penerangan secara ringkas dan membuat rumusan bagi setiap ahas di akhir pengajaran.

Pelaksanaan Aktiviti 1 Guru memberitahu pelajar tentang bab dan ahas yang akan dipelajari pada hari tersebut dan seterusnya menayangkan video animasi di dalam bilik tayangan yang merangkumi isi kandungan pelajaran. Pelajar menonton dan memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan dan seterusnya mendengar penerangan guru secara ringkas lalu menjawab soalan ringkas yang dikemukakan oleh guru. Guru memerhatikan dan didapati murid-murid tertarik dengan video animasi yang terpapar melalui LCD ahasar. Guru merasakan Aktiviti 1 ini berkesan kerana soalan yang ditanya berkaitan dengan video yang ditayangkan. Oleh hal yang dimikian, soalan yang dikemukakan oleh guru dapat dijawab dengan betul oleh pelajar-pelajar.

Pelaksanaan Aktiviti 2 Guru menayangkan lembaran kerja dalam pelbagai bentuk seperti soalan subjektif, objektif dan soalan dalam bentuk peta minda untuk dilengkapkan oleh murid-murid bagi ahas-topik tertentu. Murid-murid diminta menjawab soalan dalam kumpulan. Seterusnya ketua setiap kumpulan membaca dengan kuat jawapan yang telah lengkap dan betul. Dengan cara ini, murid-murid didedahkan dengan perkara-perkara yang terdapat dalam pembelajaran sejarah pada ketika itu. Contohnya, murid-murid mengesan sesuatu peristiwa secara kronologi, tahu sebab sesuatu peristiwa berlaku dan implikasinya.

Pelaksanaan Aktiviti 3 Guru juga menyediakan nota ringkas bagi ahas-topik tertentu dari semasa ke semasa. Nota-nota tersebut dibuat dalam bentuk peta minda dan ini memberikan pemahaman yang lebih cepat. Cara pembelajaran menggunakan peta minda yang menarik dan berbagai corak seperti bentuk ikan, pokok kayu dan 8 peta i-think. Ini kerana pembelajaran ahasa KBAT. Guru memerhatikan bahawa murid-murid dapat menjawab soalan-soalan yang ditayangkan dan dicatatkan dalam buku latihan masing-masing.

Pelaksanaan Aktiviti 4Guru mengarahkan pelajar menjawab soalan modul berbentuk soalan objektif dengan cara merujuk buku teks Didapati kebanyakan soalan latihan objektif mampu dijawab dengan betul oleh murid-murid, khasnya soalan objektif yang ditanya secara berulang dalam ujian-ujian yang dijalankan. Guru memerhatikan terdapat 50% pelajar menggunakan modul tersebut semasa pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun, masih terdapat murid-murid yang tidak bersungguh-sungguh membuat latihan terutamanya latihan objektif kerana penguasaan ahasa Melayu yang lemah. Mereka mengambil jalan pintas dengan meniru jawapan dari rakan-rakan lain tanpa banyak berfikir. Hal ini menggagalkan usaha murni guru untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran yang diharap-harapkan.

KesimpulanJusteru itulah mengapa program LINUS dilaksanakan di sekolah. Tujuannya adalah supaya murid-murid yang berada di tahap satu dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Jangan dilupakan juga bahawa LINUS adalah pelengkap kepada KSSR. Makanya kemahiran keempat iaitu menaakul amat membantu kerana mereka dapat aplikasikan di dalam pembelajaran yang lain.

Bahagian CHuraikan langkah-langkah ke arah peningkatan pencapaian mata pelajaran sejarah secara keseluruhanGuru Sejarah Berkesan Latar belakang

Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme clan kesefahaman antarabangsa. Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

Konsep Pemikiran SejarahMarzano et all. (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir ia lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu.

Peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Beliau menyatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawa berkenaan (Yusof Ibrahim, 1985).

Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka pemikiran sejarah era new history ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar secara kritikal dan analitikal (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan.

Pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. Beliau turut menyatakan pemikiran Sejarah ialah goes against the grain of how we ordinally think..

Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).

Guru Sejarah berkesan dan langkah-langkah ke arah peningkatan pencapaian mata pelajaran sejarahi. mempunyai latar belakang pengetahuan sejarah yang kukuhii. mempunyai latihan profesional yang mencukupi, terutama dalam bidang kurikulum dan pedagogi sejarahiii. mempunyai sikap yang positif terhadap peranannya sebagai guru sejarah dan sentiasa iv. mencari jalan untuk melengkapi dirinya dengan isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran Sejarahv. mempunyai daya imaginasi, kreatif, kritis dan inovatifvi. mempunyai ciri-ciri peribadi yang menarik, aktif dan daya kecindan (sense of humour)vii. berupaya mengenal pasti perbezaan latar belakang murid agar dapat menggunakan pendekatan Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences) dalam pengajaranviii. berupaya menyediakan sokongan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk menjayakan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD)ix. menyedia dan memberi peluang belajar kepada murid untuk menghayati mata pelajaran Sejarahx. berusaha menggunakan sumber pembelajaran dan keupayaan yang maksimum sentiasa membuat penilaian kendiri dan kajian tindakan berdasarkan kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaranxi. mempunyai kemahiran:a. mengurus bilik darjah dengan cekap dan berkesan;b. mengurus kerja projek, lawatan dan pengajaran secara kumpulan dengan berkesanc.melaksanakan pembelajaran berasaskan aktiviti (activity based learning) dan pembelajaran berasaskan pemikiran (brain based learning) d.mengurus bahan pembelajaran yang diperlukan dane.merancang program atau aktiviti secara sistematik. xii.peka kepada perubahan terkini seperti penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Pembelajaran Bestari, dan Pembelajaran Kontekstual.

Kejayaan yang dicapai murid-muridKejayaan murid dalam pembelajaran, motivasi dan minat mereka terhadap mata pelajaran Sejarah, mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebolehan, kemampuan dan keberkesanan guru yang mengajar. Oleh itu, guru mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam menentukan matlamat pencapaian murid di sekolah. Guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah hendaklah menggembleng tenaga dan menyelaraskan aktiviti. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi ilmu, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaik kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah berupaya mencari penyelesaian masalah dalam bidang pengajaran bahkan juga berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.

Selain itu, Struktur Organisasi Panitia Mata Pelajaran Sejarah. Panitia mata pelajaran Sejarah adalah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah (beropsyen Sejarah) dilantik sebagai ketua panitia. Seorang setiausaha dilantik dalam kalangan guru Sejarah, sementara guru besar menjadi penasihat. Ketua Panitia mata pelajaran Sejarah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

KesimpulanSebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab. Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada murid, bahkan melahirkan murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi dan berdisiplin. Justeru, sekolah adalah tempat bagi melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang baik serta dapat menghayati nilai-nilai murni berasaskan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Perancangan program dan aktiviti Persatuan Sejarah yang disediakan secara terancang dan teliti dapat membantu memenuhi hasrat yang diharapkan.

BibliografiAbd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adzmi Bin Yusoff (2003). Kerberkesanan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Bagi Sub Topik Unjuran Ortografik, Pandangan Isometrik Dan Oblik Di Sekolah Menengah Teknik Pantai Timur. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Ali Jaafar (1999). PP + 7P Ke Arah Pendidikan Cemerlang. Penyemai Kreativiti Guru Bestari. Koleksi Guru Johor, Jabatan Pendidikan Johor.

Ambrose Ak Balon (2002). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Mata Pelajaran Teknologi Penyejukan Dan Penyamanan Udara Di Sekolah Menengah Teknik Matang Kuching Sarawak. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Anderson, Anne (1988). Listening. Oxford: Oxford University Pr.

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Sdn. Bhd.