asas zarina

74
Asas-asas perancangan Perancangan Strategik Sekolah Rendah ASAS-ASAS PERANCANGAN STRATEGIK 1. Kekuatan 1. Sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi bagi melaksanakan program- program yang melibatkan bilangan murid yang ramai. 2. 95% tenaga pengajar sekolah ini tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Kesemua dari kalangan mereka merupakan generasi pendidik yang bermotivasi tinggi dan berusia diawal 40an. 3. Hampir 100% pelajar sekolah ini tinggal dikawasan perumahan bertaraf sederhana yang ada disekeliling kawasan sekolah. 4. Kebanyakan ibubapa penjaga murid sekolah ini mempunyai latar belakang pendidikan yang sederhana dan tahap sosio-ekonomi yang baik. 2. Kelemahan 2.1 Pentadbir dan Tenaga Pengajar sekolah ini mempunyai kurang pengalaman dari aspek pengajaran dan pembelajaran kerana ramai dikalangan mereka baru menceburi dunia pendidikan. 2.2 Murid-murid sekolah ini kurang mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek pembelajaran, seperti kurang memahami Bahasa Inggeris. 3. Peluang 3.1 Tahap pencapaian akademik sekolah ini, InsyaAllah boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa, sekiranya ada program yang terancang dan bersistematik. 3.2 Pihak Pentadbiran dengan kerjasama yang erat dan padu dari tenaga pengajar mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang, berdasarkan pencapaian sedia ada pelajar-pelajar ini tidaklah terlalu kritikal. 4. Halangan 4.1 Tenaga Pengajar yang kurang, mengikut keperluan opsyen. Pentadbiran tidak mampu menyusun agihan tugas mengajar sepertimana yang diperlukan. 4.2 Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti luar, yang boleh mengganggu penumpuan atau penyertaan pelajar dalam aktiviti atau program-program sekolah. 4.3 Faktor kewangan, dimana sekolah terpaksa membelanjakan separuh daripada peruntukan LPBT bagi menampung bayaran bil-bil letrik dan air yang tinggi, disebabkan kepincangan sistem pendawaian letrik. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM PENDAHULUAN

Upload: nurhawariyyun-ansarullah

Post on 04-Jul-2015

285 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: asas zarina

Asas-asas perancangan

Perancangan Strategik Sekolah Rendah

ASAS-ASAS PERANCANGAN STRATEGIK

1. Kekuatan

1. Sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi bagi melaksanakan program-program yang melibatkan bilangan murid yang ramai.

2. 95% tenaga pengajar sekolah ini tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah. Kesemua dari kalangan mereka merupakan generasi pendidik yang bermotivasi tinggi dan berusia diawal 40an.

3. Hampir 100% pelajar sekolah ini tinggal dikawasan perumahan bertaraf sederhana yang ada disekeliling kawasan sekolah.

4. Kebanyakan ibubapa penjaga murid sekolah ini mempunyai latar belakang pendidikan yang sederhana dan tahap sosio-ekonomi yang baik.

2. Kelemahan

2.1 Pentadbir dan Tenaga Pengajar sekolah ini mempunyai kurang pengalaman dari aspek pengajaran dan pembelajaran kerana ramai dikalangan mereka baru menceburi dunia pendidikan. 2.2 Murid-murid sekolah ini kurang mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek pembelajaran, seperti kurang memahami Bahasa Inggeris.

3. Peluang

3.1 Tahap pencapaian akademik sekolah ini, InsyaAllah boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa, sekiranya ada program yang terancang dan bersistematik. 3.2 Pihak Pentadbiran dengan kerjasama yang erat dan padu dari tenaga pengajar mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang, berdasarkan pencapaian sedia ada pelajar-pelajar ini tidaklah terlalu kritikal.

4. Halangan

4.1 Tenaga Pengajar yang kurang, mengikut keperluan opsyen. Pentadbiran tidak mampu menyusun agihan tugas mengajar sepertimana yang diperlukan. 4.2 Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti luar, yang boleh mengganggu penumpuan atau penyertaan pelajar dalam aktiviti atau program-program sekolah. 4.3 Faktor kewangan, dimana sekolah terpaksa membelanjakan separuh daripada peruntukan LPBT bagi menampung bayaran bil-bil letrik dan air yang tinggi, disebabkan kepincangan sistem pendawaian letrik.

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan. Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai objektif dan matlamat penubuhannya.

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :-

Ø Opsyen pengkh-ususan mereka. Ø Pengetahuan dan kepakaran. Ø Pengalaman bertugas.

1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :-

Page 2: asas zarina

Ø Mata pelajaran opsyen Ø Dua mata pelajaran elektif

1.3 Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan mempertingkatkan tahap :-

Ø Kelayakan akademik dan ikhtisas Ø Pengetahuan Ø Pengalaman Ø Kemahiran

1.4 Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran & pembelajaran yang boleh meningkatkan :-

Ø Minat pelajar Ø Pencapaian pelajar

1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui :-

Ø Idea-idea individu Ø Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

DASAR 2 : PENEMPATAN PELAJAR

2.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah. DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

2.2 Semua pelajar Tahun Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi seimbang dari aspek :-

Ø Jantina Ø Bangsa dan agama

2.3 Semua pelajar Tahun Dua hingga Tahun Lima akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :-

Ø Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya. Ø Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai tahap potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan perbezaan pengambilan mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira.

2.4 Semua pelajar Tahun 6 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke kelas mengikut criteria :-

Ø Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang. ( Ke arah Pencapaian Kualiti ) Ø Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah Pencapaian Kuantiti ) Ø Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan untuk membantu pencapaian kuantiti )

2.5 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas berdasarkan kriteria berikut :-

Ø Pencapaian akademiknya Ø Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas Ø Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

DASAR 3 : PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS

3.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru berdasarkan kriteria berikut :-

Keperluan strategi sekolah Kepakaran yang dimiliki setiap guru

Pengalaman mengajar setiap guru

Page 3: asas zarina

Minat atau permintaan seseorang guru

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 3 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR

4.1 Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini, meliputi perkara berikut :-

Butiran Peribadi Rancangan Pengajaran Tahunan

Rancangan Pengajaran Harian

Senarai Buku Rujukan

Senarai Nama Pelajar

Maklumat Aktiviti Penilaian

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut :-

Hendaklah ditaip. Disediakan mengikut format ( Minggu / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Catatan ).

Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan

Sesi penggal pertama perlu disediakan sebelum minggu ketiga bulan Januari.

Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.

Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga bulan April. Diserahkan kepada Guru Besa untuk pengesahan.

4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria :-

Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan aktiviti

Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran

4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut :-

Pada setiap hari Jumaat Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari

Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku rekodnya

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 5 : LATIHAN MURID

5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang boleh diperolehi dari :-

Page 4: asas zarina

Kedai Koperasi Sekolah Dibalut dengan pembalut plastik

Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran

Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap mata pelajaran utama berikut :-

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Matematik

Sains

Agama Islam / Moral

5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis :-

Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris ) Tarikh ( Dengan lengkap dan kalendar Islam )

Arahan Latihan

5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-

Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar

Kepelbagaian bentuk dan format latihan

Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan

Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata pelajaran utama

Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 5 : LATIHAN MURID

5.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan berikut :-

Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera

Page 5: asas zarina

Diperiksa dengan teliti

Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah

Diberikan komen yang membina

Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan

Dicatitkan tarikh pemeriksaan

Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan untuk pengesahan Guru Besar atau Guru Kanan

5.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-

Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja

DASAR 6 : PENILAIAN

6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan system seperti berikut :-

Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target ) Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun )

Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos

Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober

Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka bagi setiap mata pelajaran utama

Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi tujuan pelaporan prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut :-

Pemerhatian Penghasilan Kerja Buku Latihan

DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

7.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori berikut :

Bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam Bagi setiap mata pelajaran utama

Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar

Diwujudkan fail bagi setiap kelas

Page 6: asas zarina

7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara berikut :-

Ø Matlamat dan Objektif Ø Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti Ø Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan Ø Analisis Pencapaian Ø Post Mortem dan Penambahbaikan

DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

8.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar bagi setiap kelas berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama.

8.2 Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik secara keseluruhan bagi setiap aliran.

8.3 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang pelajar yang mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.

8.4 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan.

8.5 Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada 2 orang pelajar yang mencapai pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti sukan.

8.6 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada 2 orang pelajar yang aktif dalam aktiviti persatuan dan beruniform.

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 8 : PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

8.7 Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada 2 orang pelajar atau pasukan yang mencapai tahap tertinggi ( peringkat negeri atau kebangsaan ).

8.8 Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada 2 orang pelajar yang mempunyai kriteria berikut :-

1. Disiplin yang tinggi 2. Berbudi bahasa

3. Rajin ke sekolah

4. Berketrampilan sebagai pemimpin

8.9 Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi keputusan Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( UPSR ).

8.10 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:-

1. Semua Penerima Anugerah 2. Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah

3. Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah

Page 7: asas zarina

4. Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah

5. Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang

8.11 Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan Januari setiap tahun.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KURIKULUM

Pengurusan Kurikulum Sekolah Kebangsaan ................. telahpun menggariskan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat berikut adalah :-

1. Penguasaan Kemahiran Asas dalam semua mata pelajran diakhir persekolahan Tahap Satu.

2. Pelajar berkebolehan menggunakan kemahiran belajar yang didedahkan bagi memenuhi keperluan pencarian ilmu.

3. Menguasai seberapa banyak perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris diakhir Tahap Satu.

4. Menguasai sifir dengan baik diakhir Pembelajaran Tahap Satu.

5. Menunjukkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan bermula dari tahun empat bagi semua mata pelajaran utama ( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains ).

6. Mencatatkan keputusan dalam peperiksaan awam ( UPSR ) seperti berikut :-

o 80% Lulus Keseluruhan ( Semua Mata pelajaran ) pada setiap tahun. o 20% Bilangan pelajar yang mendapat 5A setiap tahun.

7. Tiada murid yang bermasalah Buta 3M diakhir Tahun 3.

8. Semua murid lulus Penilaian Asas Fardhu Ain ( PAFA ) dan Penilaian Kerja Amali.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

1. Pengurusan Tenaga Pengajar

1. Memilih guru-guru yang benar-benar sesuai bagi mengajar sesuatu kelas atau mata pelajaran. 2. Menggalakkan guru menggunakan pelbagai kaedah atau pendekatan dalam proses P&P mereka.

3. Memberikan peluang kepada guru-guru mendalami atau mempelajari pelbagai ilmu berkaitan pendidikan melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel atau penyertaan dalam seminar-seminar.

4. Mengadakan kursus dalam setiap kali balik atau selesai menghadiri sebarang kursus.

5. Meminimakan bilangan mata pelajaran yang mereka ajar.

Page 8: asas zarina

6. Mengagihkan tugas mengajar secara seimbang dan adil kepada semua guru.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

2. Pengurusan Pelajar

7. Memastikan bilangan pelajar tidak melebihi 40 orang dalam sesuatu kelas.

8. Pelajar dalam kelas Tahap Satu adalah seimbang dari segi tahap pencapaian akademik.

9. Pelajar dalam kelas Tahap Dua adalah berdasarkan pencapaian semasa mereka bagi lima mata pelajaran utama mengikut hirarki berikut :-

Bahasa Inggeris Matematik

Sains

Bahasa Melayu Penulisan

Bahasa Melayu Pemahaman

Pelajar-pelajar ini akan dikumpulkan ke dalam kelas Cemerlang, Lulus dan Potensi Lulus setiap kali selepas diadakan penilaian pada MAC, MEI dan OGOS. Jadual Kedatangan tidak diubah.

3. Sistem Penilaian

3.1 Sekolah melaksanakan penilaian secara formal sebanyak 4 kali setahun iaitu seperti jadual berikut :-

3.1.1 Penilaian Satu ( MAC ) ………… Menentukan TOV dan Sasaran 3.1.2 Pertengahan Tahun ( MEI ) ……. Melihat pencapaian pelajar 3.1.3 Penilaian Dua ( OGOS ) ……….. Melihat pencapaian pelajar 3.1.4 Akhir Tahun ( OKTOBER ) …… Pencapaian pelajar sebenar bertujuan penganugerahan

3.2 Mewujudkan unsur-unsur penilaian berterusan dan daya saing yang sihat dikalangan pelajar melalui kaedah :-

3.2.1 10% markah dari penilaian satu dicampurkan 90% markah dari pertengahan tahun bagi tujuan Pelaporan Pertengahan Tahun. 3.2.2 10% markah dari penilaian dua dicampurkan 90% markah dari penilaian akhir tahun bagi tujuan Pelaporan Akhir Tahun.

3.3 Guru-guru dipertanggungjawab sepenuhnya bagi menggubal soalan-soakan bagi setiap peringkat penilaian dengan peranan penting dimainkan oleh setiap Panitia yang terlibat.

3.4 Analisa Keputusan Penuh perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata pelajaran.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

Page 9: asas zarina

4. Pengurusan Pelajar

4.1 Memastikan guru melaksanakan proses P&P secara maksimum.

4.2 Memastikan proses P&P tetap berjalan walaupun ketiadaa guru, dengan cara melaksanakan jadual guru ganti.

4.3 Proses P&P tidak diganggu dengan mesyuarat-mesyuarat.

4.4 Menggalakkan guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam melaksanakan proses P&P.

4.5 Menggalakkan guru menetapkan kuantiti latihan yang diberikan kepada murid bagi setiap mata pelajaran utama.

4.6 Menyediakan rancangan pengajaran tahunan mengikut peringkat penguasaan murid.

4.7 Melaksanakan Konsep Pembelajaran Masteri dan Minimum Adequate Slybus.

5. Melaksanakan Pelbagai Program Berterusan

5.1 Melaksanakan Program Pemantauan Head Count bagi kelas tahun 4, 5 dan 6.

5.2 Melaksanakan program “Walking Dictionary” bagi membolehkan murid menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris.

5.3 Melaksanakan Program HELP bagi pengajaran Pendidikan Jasmani, Muzik dan Pendidikan Seni. Program ini melibatkan arahan-arahan yang mudah dalam P&P dituturkan dalam Bahasa Inggeris oleh guru.

5.4 Melaksanakan Program Pembelajaran Berbantukan Pusat Sumber Sekolah.

5.5 Melaksanakan Program “Talking Board” semasa proses P&P dikelas bagi kebanyakan mata pelajara.

5.6 Melaksanakan Program “Kelas Bimbingan” bagi membimbing murid yang lambat menguasai kemahiran, diluar jadul waktu.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

6. Menambah Kemudahan Fizikal Dan Peralatan Pembelajaran

6.1 Berusaha mewujudkan bilik-bilik pembelajaran khas untuk Bahasa Inggeris ( SAL ) dan Bilik Matematik.

6.2 Menambah bahan-bahan pengajaran & pembelajaran melalui perancangan dan maklumat dari Panitia Mata Pelajaran.

6.3 Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran bukan formal melalui Program Keceriaan Sekolah seperti :-

6.3.1 Lukisan Mural 6.3.2 Pelabelan Peralatan Dan Sudut-Sudut 6.3.3 Penulisan Kata-kata Hikmat di kelas atau sudut-sudut tertentu.

7. Program Penetapan Sasaran Pencapaian

7.1 Konsep

Semua pelajar yang belajar di sekolah ini telah ditetapkan sasaran tertentu untuk mereka capai bagi semua mata pelajaran utama untuk semua aliran dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

Page 10: asas zarina

7.2 Matlamat

Supaya semua pelahar berusaha seberapa daya untuk mencapai tahap yang ditetapkan.

Sebagai satu Sasaran Kerja Tahunan bagi semua guru, dengan harapan guru sedar ada hala tuju yang hendak dicapai semasa melaksanakan proses P&P.

Sebagai satu program untuk membuat perancangan yang lebik baik dimasa-masa akan datang.

Sebagai satu program untuk membabitkan ibubapa atau penjaga supaya lebih memberikan perhatian terhadap pencapaian atau pembelajaran anak-anak mereka.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

8. Penyusunan Takwim Induk Pengurusan Kurikulum

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

PERSEDIAAN

Agihan Tugas Mengajar

Pembinaan Jadual Waktu

Persediaan Rancangan Mengajar

MESYUARAT

J/Kuasa Kurikulum Sekolah

J/Kuasa Pusat Sumber

J/Kuasa Kecemerlangan UPSR

J/Kuasa Program Akademik

J/Kuasa Penilaian & Peperiksaan

J/Kuasa Jadual Waktu

Panitia Mata Pelajaran

J/Kuasa ICT

Page 11: asas zarina

PELAKSANAAN / PEMANTAUAN PROGRAM

Pelaksanaan Proses P&P

Penyediaan Head Count

Pemeriksaan Buku Latihan

Penilaian & Peperiksaan

Pencerapan Proses P&P

PELAKSANAAN PROGRAM SOKONGAN AKADEMIK

Minggu Bahasa Melayu

Minggu Bahasa Inggeris

Minggu Sains & Teknologi

Minggu Matematik

Minggu PSS

Kelas Tambahan

Kelas Bimbingan

PROGRAM KEMAJUAN STAF (BENGKEL & KURSUS )

Pemeriksaan Kertas BI

Pemeriksaan Kertas BM

Pemeriksaan Kertas M3

Bengkel Pembinaan JPU

Orientasi Perubahan Sukatan X Kursus Kemahiran ICT

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

10. Pemantapan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Panitia Mata Pelajaran merupakan elemen penting dalam pengurusan kurikulum yang berkesan.Oleh itu peranan panitia mata pelajaran perlu digerakkan secara aktif dan berfokus melalui aktiviti-aktiviti atau perancangan berikut :-

10.1 Mengadakan mesyuarat secara berkala. Sama ada secara formal atau tidak formal.

Page 12: asas zarina

10.2 Mempunyai perancangan tahunan yang memfokuskan kepada aktiviti pemantapan keilmuan guru-guru.

10.3 Menyelaraskan aktiviti-aktiviti utama dan program-program berterusan yang dirancang.

10.4 Membuat kajian tindakan berdasarkan kajian kes-kes yang dialami.

10.5 Mengesyorkan apa-apa program baru yang perlu dilaksanakan untuk peningkatan minat dan kebolehan murid dalam sesuatu mata pelajaran.

11. Penghargaan

Memberikan penghargaan kepada murid merupakan satu aspek motivasi yang berkesan dalam usaha memupuk semangat murid-murid. Oleh itu pelbagai bentuk penghargaan perlu diamalkan oleh guru atau sekolah. Diantaranya adalah :-

11.1 Penghargaan berbentuk kata-kata perangsang ditulis dalam buku latihan murid.

11.2 Pemberian barang-barang kepada murid yang menunjukkan peningkatan prestasi boleh dilaksanakan oleh guru-guru.

11.3 Penghargaan berbentuk keistimewaan tertentu diberikan kepada murid yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran mereka.

DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru dan kakitangan disekolah ini adalah merupakan ibubapa kedua kepada semua pelajar.

1.2 Sentiasa meletakkan kepentingan dan kebajikan pelajar dalam semua bentuk dan aspek tindakan dan keputusan yang dibuat.

1.3 Semua guru perlu melayan semua pelajar dengan adil, saksama, bertimbang rasa dan kasih sayang.

DASAR 2 : KEMASUKAN PELAJAR

2.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum, tanpa sekatan.

2.2 Setiap pelajar disekolah ini akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran.

2.3 Setiap pelajar akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi akademik.

2.4 Setiap pelajar diwajibkan memiliki sebuah buku “Peraturan Sekolah” pada setiap masa.

2.5 Setiap pelajar dikehendaki hadir pada hari “Pendaftaran Sekolah”.

DASAR 3 : DISIPLIN PELAJAR

3.1 Pelajar yang sering atau selalu melanggar “Peraturan Sekolah” akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.

3.2 Ibubapa atau penjaga pelajar yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin akan dipanggil untuk hadir ke sekolah.

3.3 Sekolah akan mengamalkan pendekatan “Nasihat dan Bimbingan” dalam menangani permasalahan disiplin.

3.4 Ibubapa atau penjaga, pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab diperlukan menulis surat kepada

Page 13: asas zarina

Guru Kelas.

DASAR 4 : KESELAMATAN PELAJAR

4.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan.

4.2 Semua pelajar akan dilindungi dengan Skim Insuran Takaful. DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

DASAR 5 : KESIHATAN PELAJAR

5.1 Sekolah akan mempastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui program-program yang dirancang seperti :-

Ø Pemeriksaan Gigi dan Mata Ø Pemeriksaan Kesihatan Sekolah Ø Program RMT Ø Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan Ø Ceramah dan kempen

5.2 Kebenaran diberikan kepada penjaga untuk membawa pelajar-pelajar yang sakit mendapatkan rawatan di hospital.

5.3 Pelajar yang sakit semasa berada di sekolah akan diberikan rawatan dan penjagaan yang sempurna di bilik rawatan. Penjaga akan dihubungi.

5.4 Pihak sekolah akan terus berurusan dengan pihak hospital, tanpa menghubungi penjaga terlebih dahulu, terhadap kes-kes kecemasan yang kronik.

5.5 Pemeriksaan kesihatan seperti rambut, kuku dan sebagainya akan sering dilaksanakan.

5.6 Pihak sekolah akan berusaha membantu pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kesihatan.

DASAR 6 : KEBAJIKAN PELAJAR

6.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah.

6.2 Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana-mana individu, kumpulan yang ingin memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar di sekolah ini.

6.3 Pihak sekolah tidak akan menghebahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua bentuk hebahan terhadap sebarang keburukan setiap individu pelajar di sekolah ini.

6.4 Pihak sekolah akan cuba membantu pelajar-pelajar yang cemerlang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat belajar yang lebih sempurna.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya. Sehubungan dengan itu, Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Sahsiah Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Jana telah menetapkan beberapa matlamat yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat tersebut adalah :-

1. Mempastikan pelajar di sekolah ini mempunyai data maklumat peribadi yang lengkap dan kemaskini.

Page 14: asas zarina

2. Mempastikan pelajar di sekolah ini sentiasa mematuhi Peraturan Sekolah.

3. Mempastikan pelajar sekolah ini mengamalkan “Budaya Hidup Sihat”.

4. Mempastikan pelajar sekolah ini mendapat layanan yang adil dan seimbang dari guru-guru.

5. Mempastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti berikut :-

5.1 Ponteng Sekolah 5.2 Merokok 5.3 Terlibat Dalam Pergaduhan 5.4 Kelakuan Lucah 5.5 Kurang Ajar atau Biadap 5.6 Merosakkan Harta Awam

6. Memastikan pelajar sekolah ini yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang sewajarnya.

7. Berusaha menerapkan nilai-nilai murid melalui pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh sekolah.

8. Mempastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta sekolah.

9. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

1. Sistem Pendaftaran Pelajar

1.1 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran Pelajar secara serentak dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

1.2 Hari Pendaftaran Pelajar dijalankan 2 atau 3 hari sebelum sesi persekolahan sebenar.

1.3 Para pelajar diminta membawa Borang Maklumat Murid dan Borang Maklumat Penjaga semasa hadir ke Hari Pendaftaran pelajar.

1.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari Pendaftaran Pelajar adalah seperti berikut :-

1.4.1 Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan Borang Maklumat Murid dan Borang Maklumat Penjaga. 1.4.2 Pembayaran Yuran Persekolahan. 1.4.3 Pengagihan Buku Teks. 1.4.4 Taklimat Sistem Pentadbiran Sekolah kepada ibubapa atau penjaga.

1.5 Menggunakan Jadual Kedatangan Sementara sehinga akhir Januari.

1.6 Memasukkan data murid ke dalam Buku Rekod Pendaftaran Sekolah sebelum akhir bulan Februari.

2. Penguatkuasaan Peraturan Sekolah

2.1 Semua pelajar perlu memiliki Buku Peraturan Sekolah.

2.2 Membuat pelantikan Pengawas Sekolah yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6.

2.3 Bilangan Pengawas Sekolah adalah 8% daripada bilangan keseluruhan pelajar pada tahun semasa.

Page 15: asas zarina

2.4 Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :-

2.4.1 Pencalonan dari guru kelas 2.4.2 Temuduga oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah 2.4.3 Kursus Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab 2.4.4 Tempoh Percubaan sepanjang bulan Januari 2.4.5 Majlis Watikah Pelantikan

2.5 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

3. Pelaksanaan Program-Program Kesihatan

3.1 Mempastikan pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan menepati sasaran dan matlamat pelaksanaannya seperti berikut :-

3.1.1 Bilangan murid yang terlibat 3.1.2 Pemilihan murid yang tepat 3.1.3 Penyediaan menu yang berkhasiat

3.2 Mempastikan pelajar menggunakan sepenuhnya WAKTU REHAT secara berfaedah seperti berikut :-

3.2.1 Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera 3.2.2 Berinteraksi dengan kawan-kawan 3.2.3 Bersedia untuk sesi pembelajaran seterusnya 3.2.4 Mendapatkan maklumat atau bahan-bahan dari Pusat Sumber

3.3 Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :-

3.3.1 Pemeriksaan Mata 3.3.2 Pemeriksaan Gigi 3.3.3 Pemeriksaan Kuku dan Rambut 3.3.4 Pemeriksaan Kesihatan oleh Unit Kesihatan Sekolah

3.4 Mempastikan pengurusan kantin dan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

3.4.1 Pekerja kantin mendapatkan suntikan dari Jabatan Kesihatan 3.4.2 Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti 3.4.3 Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri 3.4.4 Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan

3.5 Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :-

3.5.1 Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas 3.5.2 Gotong-royong 3.5.3 Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.

4. Mempertingkatkan Peranan Guru-guru

4.1 Guru perlu sentiasa memberikan layanan yang adil kepada semua pelajar dalam sebarang tindakan yang diambil.

4.2 Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK bukan MENGHUKUM.

4.3 Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID DAN SAHSIAH PELAJAR

5. Mewujudkan Sesi Kaunseling dan Motivasi

Page 16: asas zarina

5.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling melalui aktiviti berikut :-

5.1.1 Perjumpaan khas dengan Guru Kaunseling 5.1.2 Lawatan khas Guru Kaunseling ke rumah.

6. Pelaksanaan Modul-Modul Dalam Program SEKOLAH SELAMAT

6.1 Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.

6.2 Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan perkara-perkara berikut :-

6.2.1 Keselamatan Jalanraya 6.2.2 Keselamatan Dalam Negeri ( Kes Jenayah Juvana ) 6.2.3 Keselamatan

7. Penggalakan Penyertaan Aktiviti Luar

7.1 Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti :-

7.1.1 Menyertai Pertandingan Melukis dan Mewarna 7.1.2 Menyertai Pertandingan Kokurikulum Akademik 7.1.3 Menyertai Rombongan atau Lawatan Belajar

7.2 Murid-murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti :-

7.2.1 Pembacaan di Pusat Sumber 7.2.2 Menghadiri Kelas Tambahan dan Tuisyen 7.2.3 Program bersama keluarga

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK KURIKULUM

8. Penyusunan Takwim Induk Pengurusan Hal Ehwal Murid

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

PERSEDIAAN

Agihan Tugas X

Page 17: asas zarina

X Senarai Murid ke Kelas X

X Pendaftaran Pelajar X

Edaran Borang SPBT

X

Pemilihan Pengawas

Pemilihan Peserta RMT X

Perancangan Program Transisi

X Pemilihan Murid Layak SPBT

Page 18: asas zarina

MESYUARAT

J/Kuasa Induk HEM X

J/Kuasa Disiplin X

J/Kuasa Pendaftaran X

X

J/Kuasa RMT & Kantin

PELAKSANAAN / PEMANTAUAN PROGRAM

Pelaksanaan RMT

Kawad Keselamatan

Pemeriksaan Mata

Pemeriksaan Gigi

Pemeriksaan Kuku & Rambut

Pemeriksaan Kesihatan

Pengisian Buku Daftar Rekod Murid X X X

Pendaftaran Tahun 1

Program Motivasi Murid

Pertandingan Kebersihan Kelas

Page 19: asas zarina

Ceramah Keselamatan dan Kesihatan

Kempen Anti Dadah

DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM

DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR

1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan gelaran Guru Penasihat.

1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam satu jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut :-

Ø Persatuan Ø Beruniform Ø Sukan dan Permainan

1.3 Semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut :-

Ø Menggubal perlembagaan Ø Melantik Jawatankuasa Ø Merekod Kehadiran Pelajar Ø Melaksanakan aktiviti harian Ø Membuat penilaian Ø Menyediakan laporan

DASAR 2 : PENYERTAAN PELAJAR

2.1 Semua pelajar ditahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 ) diwajibkan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang berikut :-

10. Persatuan 11. Beruniform

12. Sukan dan Permainan

2.2 Semua pelajar diberikan kebebasan untuk memilih kegiatan yang ingin disertai berdasarkan pilihan-pilihan yang ditawarkan oleh sekolah.

2.3 Semua pelajar diwajibkan hadir pada hari-hari kegiatan dijalankan.

DASAR 3 : PENJADUALAN KEGIATAN

3.1 Kegiatan Beruniform dan Persatuan dijalankan pada petang Khamis secara bergilir.

3.2 Kegiatan Sukan dan Permainan dijalankan mengikut jadual berikut:-

Ø Hari Isnin untuk pelajar Tahun 4 bagi kegiatan Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Olahraga Ø Hari Selasa untuk pelajar Tahun 5 bagi kegiatan Hoki, Bola Baling, Ping Pong dan Badminton

Page 20: asas zarina

Ø Hari Rabu untuk pelajar Tahun6 bagi kegiatan Bola Tampar, Ragbi Sentuh, Permainan Tradisional dan Olahraga

3.3 Semua kegiatan akan bermula jam 4.30 hingga 5.30 petang.

3.4 Kegiatan akan dibatalkan atas sebab-sebab berikut :-

Ø Cuaca buruk ( Hujan lebat atau ribut petir ) Ø Ada aktiviti besar yang berlangsung di sekolah Ø Atas arahan Guru Besar atau Guru Kanan Kokurikulum

DASAR 4 : PENYERTAAN KEGIATAN LUAR SEKOLAH

4.1 Penyertaan pasukan sekolah dalam mana-mana kegiatan diperingkat Zon Daerah atau Negeri tertakluk kepada persiapan dan kesediaan sesebuah pasukan.

4.2 Sekolah hanya memfokuskan kepada kegiatan tertentu untuk dijadikan Program Sasaran, iaitu :-

Ø Sepak Takraw, Ping Pong dan Olahraga Ø Koir, Choral Speaking dan Tilawah

4.3 Berusaha mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar ke tahap yang tertinggi melalui :-

Ø Latihan yang bersistematik Ø Kelengkapan yang sempurna Ø Pertandingan dalaman Ø Penyertaan yang aktif

DASAR 5 : PENGHARGAAN

5.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai kegiatan kokurikulum berbentuk :-

Ø Barangan atau Wang Tunai Ø Sijil Penghargaan Sekolah

5.2 Mewujudkan Anugerah Khas “ Atlet Harapan ” kepada pelajar yang cemerlang pencapaian dalam sukan dan permainan.

MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam Sistem Pendidikan kita. Dimana murid-murid diwajibkan melibatkan diri dalam ketiga-tiga bidang yang terdapat dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat berikut :-

1. Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

2. Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran serta memupuk semangat juang yang tinggi.

3. Mempastikan murid-murid bijak menggunakan masa lapang ke arah kegiatan yang berfaedah.

4. Mempastikan murid-murid mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis permainan.

Page 21: asas zarina

5. Memastikan murid dapat bergaul dan memupuk semangat perpaduan yang erat.

6. Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dalam mengharungi kehidupan seharian dalam masyarakat majmuk melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti berikut:-

6.1 Sukan dan rekreasi 6.2 Kegiatan Badan Sukarela 6.3 Program-program kemasyarakatan

7. Mempastikan sekolah mempunyai identiti dalam aktiviti kokurikulum melalui pencapaian cemerlang dalam permainan dan aktiviti berikut :-

7.1 Sepak Takraw 7.2 Ping Pong 7.3 Musabaqah, Tahfiz dan Bercerita Kisah Al Quran 7.4 Choral Speaking

8. Menggalakkan seberapa ramai murid aktif sebarang kegiatan kokurikulum diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan.

9. Mempastikan sekolah menyertai dalam semua aktiviti kokurikulum diperingkat zon, daerah dan negeri.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Agihan Tugas Tenaga Pengajar

2. 1.1 Semua guru diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan ketiga-tiga bidang kokurikulum berikut :-

3. 1.1.1 Sukan dan Permainan

4. 1.1.2 Bdan Beruniform

5. 1.1.3 Persatuan / Kelab

6. 1.2 Buku Panduan Pelaksanaan Kokurikulum diberikan kepada semua guru untuk melaksanakan aktiviti.

7. 1.3 Guru digalakkan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai sesuatu aktiviti melalui :-

8. 1.3.1 menyertai kursus-kursus

9. 1.3.2 penglibatan aktif dalam sesuatu kegiatan

2. Penyertaan Murid

10. 2.1 Semua murid tahap dua diwajibkan memilih satu aktiviti dari setiap bidang kegiatan kokurikulum yang ditawarkan berikut :-

Page 22: asas zarina

11. 2.1.1 Bidang Sukan dan Permainan

12. 2.1.2 Bidang Beruniform

13. 2.1.3 Bidang Persatuan / Kelab

14. 2.2 Semua murid diberikan pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti permainan dan persatuan yang ditawarkan kepada mereka.

15. 2.3 Semua murid perlu memilih satu sahaja aktiviti Kegiatan Beruniform. Pilihan ini kekal sehingga tamat persekolahan rendah.

16. 2.4 Murid-murid boleh juga melibatkan diri menyertai Pasukan Sekolah dalam mana-mana aktiviti Sukan, Beruniform dan Persatuan tanpa had.

17. 2.5 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini akan dimasukkan ke dalam Rekod Pelaporan Murid.

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

3. Penjadualan Kegiatan

3.1 Kegiatan Kokurikulum di sekolah ini dijalankan secara berasingan mengikut aliran seperti berikut :-

18. 3.1.1 Tahun Empat pada hari Selasa setiap minggu

19. 3.1.2 Tahun Lima pada hari Rabu setiap minggu

20. 3.1.3 Tahun Enam pada hari Khamis setiap minggu

21. 3.1.4 Hari Isnin dan Jumaat diberi ruang untuk latihan Pasukan Sekolah

3.2 Masa bermula kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut :-

22. 3.2.1 Jam 3.30 hingga 4.30 ( Aktiviti Persatuann atau Beruniform )

23. 3.2.2 Jam 4.30 hingga 5.30 ( Aktiviti Permainan )

Nota : Penjadualan kegiatan di atas dibuat setelah mengambil padangan dari Ibubapa, guru-guru dan beberapa aspek lain yang munasabah.

4. Penawaran Aktiviti bagi Bidang Kegiatan Kepada Murid

4.1 Murid Tahun Empat ditawarkan aktiviti permainan seperti berikut :-

24. 4.1.1 Bola Sepak

25. 4.1.2 Bola Jaring

26. 4.1.3 Olahraga

27. 4.1.4 Sepak Takraw

Page 23: asas zarina

4.2 Murid Tahun Lima ditawarkan aktiviti permainan seperi berikut :-

28. 4.2.1 Sepak Takraw

29. 4.2.2 Badminton

30. 4.2.3 Olahraga

31. 4.2.4 Ping Pong

4.3 Murid Tahun Enam ditawarkan aktiviti permainan seperti berikut :-

32. 4.3.1 Ping Pong

33. 4.3.2 Hoki

34. 4.3.3 Bola Baling

35. 4.3.4 Olahraga

4.4 Semua murid ditawarkan aktiviti beruniform seperti berikut :-

36. 4.4.1 Pengakap Muda

37. 4.4.2 Bulan Sabit Merah

38. 4.4.3 Puteri Islam

STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KOKURIKULUM

5. Peningkatan Kemudahan Fizikal

39. 5.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang lengkap seperti berikut :-

40. 5.1.1 Padang yang mencukupi ukuran dan baik

41. 5.1.2 Gelanggang permainan yang sentiasa diurus

42. 5.2 Menyediakan peralatan yang mencukupi dan bermutu tinggi serta memenuhi keperluan sejajar dengan bilangan murid.

43. 5.3 Menyediakan tempat penyimpanan alatan yang mudah diuruskan seta mudah diambil apabila diperlukan.

6. Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Luar Sekolah

44. 6.1 Mempastikan sekolah tidak ketinggalan dalam menyertai apa jua aktiviti pertandingan diperingkat zon, daerah atau negeri.

45. 6.2 Bagi menjamin kejayaan penyertaan,latihan pasukan sekolah yang sistematik perlu dirancang dan dilaksanakan.

46. 6.3 Guru-guru perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan murid atau pasukan sekolah yang cemerlang.

7. Penganugerahan

Page 24: asas zarina

1. Bagi menarik perhatian semua murid system penganugerahan kokurikulum perlu diadakan bagi kategori seperti berikut :-

II Tokoh Kokurikulum Sekolah III Olahragawan dan Olahragawati Sekolah

IIII Juara Sukan Tahunan

IVI Pasukan Terbaik Sekolah

2. Penganugerahan in disampaikan semasa Hari Anugerah Kecemerlangan.

 MATEMATIK KBSM: HARAPAN DAN REALITI

Oleh :

Tengku Zawawi Tengku Zainal

Jabatan Sains & Matematik, MPKTBR

Pengenalan

Antara objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep, di samping menguasai kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut. Untuk mencapai objektif, para pendidik matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif. Pembelajaran dilakukan menerusi pengalaman yang meliputi aktiviti penemuan, dan memberi peluang kepada pelajar untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau penyelesaian masalah dengan sendirinya (KPM, 1990). Dengan demikian, pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah, seronok dan mengembirakan.

 Pelaksanaan Program Matematik KBSM

 Setelah KBSM berusia hampir lapan tahun, didapati pandangan dan prestasi murid terhadap matematik masih pada tahap yang membimbangkan (JNS, 1996). Manakala gaya dan amalan pengajaran guru masih dengan cara tradisional; iaitu berpusatkan guru (JNS, 1996; Abdul Razak & rakan-rakan, 1996; Saw Kian Swa, 1996; Agness Voo, 1996; Fatimah , 1996 dan Amir ,

Page 25: asas zarina

1996 ). Sebagaimana yang diketahui, minat dan prestasi murid dalam matematik berkait rapat dengan pengetahuan, kefahaman dan kepercayaan seseorang pendidik terhadap matematik serta gaya dan amalan pengajarannya dalam bilik darjah ( Thornton, 1977; Ensey & Cooney, 1997; Cooney, 1982; Scott, 1977; Smith, 1977; Eisenberg, 1977 ). Terdapat juga, sebahagian daripada pendidik pada hari ini, yang telah mengalami hakisan 'professional qualities' dalam karier masing-masing. Hakisan 'professional qualities' yang dimaksudkan di sini merangkumi banyak perkara, dan salah satu daripadanya ialah amalan pengajaran pembelajaran matematik yang tidak bermakna; iaitu pengajaran dan pembelajaran yang tidak menekankan proses pembinaan skim pengetahuan yang bermakna, penyelesaian masalah serta penghayatan matematik dalam kehidupan seharian (Nik Azis, 1982; Cockcroft, 1982). Aktiviti pengajaran lebih tertumpu kepada asuhan penguasaan kemahiran melalui beberapa siri latih tubi, tanpa melibatkan kefahaman konsep yang jelas dan bermakna. Pembelajaran yang seperti ini biasanya bermula dan berakhir dengan himpunan pelbagai simbol dan istilah matematik yang abstrak di samping beberapa petua dan peraturan yang perlu dihafal ( Skemp, 1989; McKnight, et al, 1987; Davis, 1986; Tengku Zawawi, 1997; Amin, 1993 ). Pembelajaran secara hafalan merupakan pendekatan utama dan dianggap sebagai strategi terpenting dalam menghadapi peperiksaan. Keadaan seperti ini akan menyebabkan para pelajar merasa bosan, jemu dan benci terhadap matematik dan pembelajaran matematik, khususnya di kalangan pelajar yang lemah.

Matlamat dan Objektif Matematik KBSM

Kurikulum Matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik dan amanah ( KPM,1990; Nik Azis, 992 ). Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi:

kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa; kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari;

kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;

kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di luar bilik darjah.

Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran Matematik KBSM. Aspek-aspek itu adalah:

keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dan penguasaan kemahiran; penggunaan matematik dalam situasi sebenar;

kemahiran penyelesaian masalah;

Page 26: asas zarina

penerapan unsur-unsur sejarah matematik dan

pemupukan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kerohanian.

Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, berkemahiran dalam penyelesaian masalah dan ber kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab, dan menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Secara ringkas, objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar;

1. mengetahui dan memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem tentang nombor dan ruang;

2. memperkukuh dan memperluas penggunaan kemahiran tambah, tolak, darab dan bahagi;

3. menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu :

membuat anggaran dan penghampiran mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekitar

mengukur dan membina dengan menggunakan alat matematik

mengumpul, merekod, mewakili dan mentafsirkan data dan

mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik

4. menguasai kemahiran menjalankan algoritma

5. menguasai kemahiran menyelesaikan masalah

6. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam pengurusan kehidupan seharian

7. memperoleh dan menghargai kebolehan membuat sesuatu secara mantik, bersistem, heuristik dan tepat.

( NCTM, 1980; KPM, 1990 )

Jelas dapat diperhatikan sama ada daripada matlamat atau objektif pendidikan matematik, bahawa setiap pelajar dikehendaki memahami setiap konsep, dan diikuti dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berkenaan di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian, kerana pemahaman konsep matematik penting dalam meningkatkan kemampuan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 27: asas zarina

 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik KBSM

 Pendidikan Matematik KBSM yang menyambungkan usaha KBSR memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan sepadu melalui beberapa langkah seperi yang berikut:

Kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap dan perlakuan yang diperlukan oleh semua pelajar dan juga memberi asas untuk pendidikan seumur hidup.

Penghayatan dan amalan nilai kerohanian, kemanusian dan kewarganegaraan.

Peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu pengetahuan.

( KPM, 1990; Nik Azis , 1992 )

Bagi memastikan pendidikan Matematik KBSM dapat berjalan dengan berkesan, para pendidik matematik hendaklah memiliki skim pengajaran yang selari dan selaras dengan kehendak-kehendak KBSM, yang melibatkan dimensi seperti yang berikut:

Pemerolehan ilmu pengetahuan Peningkatan daya pemikiran, penguasaan kemahiran belajar dan tabiat gemar membaca.

Pemupukan dan penerapan nilai murni.

Penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu.

Hubung kait antara mata pelajaran

Pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam kelas perlu kepada strategi yang kemas dan teratur supaya hasrat di atas tercapai sepenuhnya. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai ialah melalui pengalaman aktif, reflektif dan pengabstrakan ( Nik Azis, 1992 ). Ketiga-tiga unsur di atas melibatkan penguasaan kemahiran, di samping menggunakan pengetahuan yang tertumpu kepada :

Penyelesaian masalah Pemikiran logik, kritis, analitis dan bersistem

Pemupukan nilai murni

Strategi ini membabitkan pembahagian pembelajaran akademik kepada tiga peringkat yang berkaitan antara satu sama lain:

Pengalaman aktif Pembentukan struktur secara retroaktif

Pembentukan asimilasi yang menyeluruh

Page 28: asas zarina

Dalam fasa pengalaman aktif, para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, sama ada dalam pengalaman sebenar atau pengalaman simulasi (lakonan). Pada peringkat ini, penekanan pembelajaran adalah kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti pembelajaran bertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru, dan bukan kepada penganalisisan konsep atau kemahiran. Pengalaman aktif dalam bentuk penerokaan, penemuan, inkuiri dan penyelesaian masalah dirancang oleh guru berasaskan dua prinsip iaitu;

i. prinsip penjelmaan pelbagai dan

ii. prinsip kebolehubahan kandungan.

Prinsip penjelmaan pelbagai menegaskan bahawa dalam proses pembinaan sesuatu konsep, pelajar harus didedahkan kepada berbagai-bagai bahan konkrit dan manipulatif yang berbeza tetapi membabitkan konsep yang sama. Tujuannya ialah untuk mendedahkan pelajar kepada situasi berbeza yang menggunakan konsep yang ingin dipelajari. Aktiviti pembelajaran yang berasaskan prinsip ini memberi tumpuan kepada unsur persamaan. Prinsip kebolehubahan kandungan pula menegaskan bahawa dalam proses pembinaan sesuatu konsep, pelajar harus didedahkan kepada bahan konkrit dan manipulatif yang membabitkan beberapa konsep yang berbeza, disamping konsep yang ingin dipelajari, supaya dengan itu pelajar dapat membuat perbandingan tentang ciri-ciri konsep yang hendak dipelajari. Aktiviti pembelajaran yang berasaskan prinsip ini memberi tumpuan kepada unsur perbezaan ( Nik Azis,1992 ).

Peranan guru matematik dalam KBSM

Dalam pendidikan Matematik KBSM, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Guru matematik seharusnya dapat menjawab persoalan berikut:

Apakah matematik ? Apakah konsep-konsep penting dalam matematik ?

Apakah kandungan prinsip atau prosedur matematik ?

Apakah kemahiran asas dalam mata pelajaran matematik

Apakah sebenarnya yang perlu dipelajari oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran matematik ?

Apakah tahap pemahaman dalam matematik, dengan merujuk kepada konsep atau proses tertentu

Apakah salah faham yang lazim dialami oleh pelajar matematik ?

Page 29: asas zarina

Apakah halangan kognitif utama dalam mempelajari konsep dan prosedur matematik ?

Apakah implikasi teknologi maklumat terhadap pendidik matematik ?

Apakah hubungan antara pengetahuan konsep dengan pengetahuan prosedur dalam matematik ?

Apakah kepentingan kaedah yang berbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik?

Apakah jenis-jenis model pengajaran yang eksplisit bagi mata pelajaran matematik ?

Apakah kesan afektif bagi pendekatan pedagogi yang berbeza ?

Apakah jenis pengalaman yang perlu dimuatkan dalam kurikulum matematik ?

Bagaimanakah cara yang berkesan untuk menilai pengetahuan pelajar tentang matematik ?

Bagaimanakah cara pelajar membina skim-skim ilmu pengetahuan matematik ?

Apakah ciri-ciri guru matematik muslim yang baik ?

( Nik Azis, 1996 )

Jika diteliti, memang terdapat banyak soalan yang perlu dijawab oleh guru pelatih atau guru yang sedang berkhidmat. Namun di atas tujuan untuk melahirkan para pendidik matematik yang sempurna dari segi rohani, jasmani, emosi dan akal, maka segala persoalan tersebut harus difahami dan dihayati sepenuhnya. NCTM (1980) telah mengemukakan beberapa peranan yang seharusnya dimainkan oleh para pendidik matematik. Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam pangajaran dan sentiasa berusaha untuk:

o merebut sebarang peluang yang ada untuk menambah pengetahuan dan kepakaran agar proses mendidik diri sentiasa berterusan.

o melibatkan diri dalam organisasi profesional yang boleh mengembang dan memajukan program pendidikan, khususnya matematik.

o berbincang dan bertukar idea secara membina dengan rakan sejawat melalui pelbagai media sama ada seminar, bengkel, in-house trainning, forum, dan sebagainya.

o menjaga dan memelihara profesion perguruan agar sentiasa berada pada tahap piawaian yang tinggi/standard.

Teachers must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective

( NCTM, 1980: 25 )

Page 30: asas zarina

Any teacher who lacks dedication to these professional ideals and to continued self-improvement should not be retained in teaching. Teachers must accept performance and not protectionism as a synonym for professionalism

( NCTM, 1980: 26 )

 Sebagaimana guru-guru lain, guru matematik juga perlu memainkan peranan sebagai

o Murabbi ( Pendidik ) : memupuk dan menyuburkan potensi serta sifat-sifat baik yang sedia ada dalam diri setiap individu pelajar.

o Mu'allim ( Pengajar ) : menyampaikan segala maklumat, dan ilmu pengetahuan dengan penuh hikmah, sistematik, dan beradab.

o Muaddib ( Pembentuk adab ) : menanam,mengasuh, dan mendidik pelajar dengan adab-adab yang mulia; menjadi model, dan contoh ikutan yang baik kepada pelajar.

o Muhallil ( Pakar Rujuk ) : bersedia menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar; perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan pakar dalam bidang yang diceburi (matematik dan cabang-cabangnya ).

o Qiadi ( Pemimpin ) : ada karisma dan gaya kepemimpinan yang baik dan berusaha melahirkan kepemimpinan pelajar yang cemerlang dan bertaqwa. .

Realiti perlaksanaan program matematik KBSM

KBSM yang diperkenalkan pada tahun 1989 adalah lanjutan daripada KBSR yang mula diperkenalkan pada tahun 1983. Penggubalan KBSM adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani, pendidikan umum untuk semua pelajar, pendidikan seumur hidup, penekanan kepada unsur-unsur nilai dan peningkatan penguasaan Bahasa Melayu. Kini pelaksanaan KBSM telah pun menjangkau usia lebih dari lapan tahun. Sejauh manakah tahap pelaksanaannya ? Adakah objektif dan matlamat yang dihasratkan telah tercapai sepenuhnya ? Apakah masalah yang dihadapi semasa proses pelaksanaannya ? Semua persoalan ini perlu mendapat perhatian setiap pendidik dan bakal pendidik.

Beberapa kajian telah dijalankan untuk menilai pelaksanaan KBSM di sekolah menengah dan rendah yang melibatkan pelajar, guru, pentadbir dan ibu bapa ( Muhardi, 1996; Mohd Taib, 1996; Maarof, 1996; Sharifah, 1996; Pumadewi, 1996; Musak, 1996; Sazali, 1996 ). Berhubung dengan pelaksanaan KBSM dalam bilik darjah, terdapat juga kajian tentang proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran, dan bidang-bidang tertentu seperti Matematik dan Sains ( Abdullah dan rakan-rakan, 1996; Aziz, 1990; Fatimah, 1996; Ng Soo Boon, 1996; Manoharen, 1996; Mak Sai Mooi, 1996; Raja Sulaiman, 1996; Yusuf, 1996; Agness Voo, 1996 ), Bahasa Melayu ( Bali, 1996 ), Geografi ( Idris,1996), Pengajian Islam ( Jawiah dan Abd. Aziz,

Page 31: asas zarina

1996; Ibrahim, 1996 ), Kemahiran Hidup ( Ahmad, 1996; Nurul Huda, 1996 ), Pendidikan Jasmani ( Chan Foong Mae, 1996 ) , penerapan nilai-nilai murni ( Rosnani, 1996 ), kemahiran berfikir dan stail belajar ( Kamariah dan rakan-rakan, 1996; BTP, 1996; Zurida, 1996; Abd. Rahman, 1996 ), pengujian dan penilaian ( Lee Chong Nim, 1996; Nik Hassan, 1996 ), buku teks ( BPPDP, 1996 ), program pemulihan dan pengayaan ( Rogayah, 1996 ) dan sumber pengajaran dan pembelajaran ( Yahya, 1996 ). Oleh kerana pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sering dikaitkan dengan latihan perguruan, maka terdapat juga kajian yang berhubung dengan guru pelatih dan program latihan perguruan sama ada di universiti ataupun di maktab-maktab perguruan di Malaysia ( Osman, 1996; Mohd Majid, 1996; Nor Hayati dan rakan-rakan, 1996 ). Kajian penilaian yang dijalankan itu telah mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan, khususnya yang berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antara rumusan daripada beberapa dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut:

i. Kebanyakan guru menunjukkan prestasi yang baik dari segi penyediaan rancangan mengajar ( penggal, mingguan dan harian )

ii. Kebanyakan guru ( lebih daripada 70 % ) mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang baik dalam isi kandungan pelajaran yang disampaikan.

iii. Dari segi penggunaan kaedah dan strategi pengajaran, prestasi guru pada amnya adalah di tahap sederhana dengan sebilangan kecil guru sahaja yang mengamalkan dengan baik kaedah dan strategi yang disarankan untuk KBSM. Pada amnya guru mengutamakan kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang ditentukan. Mengajar dan melatih pelajar untuk ujian dan peperiksaan , sama ada dalaman ataupun luaran menjadi sasaran dan tumpuan pengajaran danpembelajaran. Kehendak-kehendak KBSM yang lain biasanya kurang diberi tumpuan.

iv. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran masih berpusatkan guru; iaitu guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat atau penunjuk cara, dan pelajar berperanan sebagai penerima pengetahuan atau pemerhati yang pasif.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan (1996), terdapat beberapa dapatan yang membimbangkan berhubung dengan pengetahuan, kefahaman, sikap dan gaya pengajaran para pendidik matematik.

Ringkasan dapatan daripada kajian tersebut adalah seperti berikut:

i. Pengetahuan dan kefahaman tentang KBSM

Masih terdapat sebilangan guru ( 25 % ) yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Termasuk juga di kalangan guru yang pernah mengikut kursus orientasi KBSM.

ii. Kaedah dan strategi pengajaran

Page 32: asas zarina

Dari segi penggunaan kaedah dan strategi pengajaran, prestasi guru pada amnya adalah pada tahap sederhana, kerana sebilangan kecil guru sahaja yang mengamalkan dengan baik kaedah dan strategi yang disarankan untuk KBSM. Mereka masih mengutamakan kandungan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh waktu yang ditentukan. Mengajar dan melatih pelajar untuk ujian dan peperiksaan sama ada dalaman atau luaran ( yang diselaraskan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta peperiksaan awam PMR/SPM/STPM ) menjadi sasaran, dan tumpuan pengajaran dan pembelajaran. Kehendak-kehendak KBSM yang lain biasanya kurang diberi perhatian. Kebanyakan pelajaran yang diperhatikan masih berpusatkan guru; iaitu guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat atau penunjukcara dengan pelajar berperanan sebagai penerima pengetahuan atau pemerhati. Penyertaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran biasanya kurang aktif, dan terhad kepada memberikan respon kepada arahan atau soalan guru sahaja. Keadaan ini wujud kerana kurang terdapat aktiviti seperti kegiatan kumpulan, penyiasatan, penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, kerja kursus dan sebagainya yang berpusatkan murid serta melibatkan mereka secara aktif sama ada dari segi fizikal atau pun dari segi intelek.

iii. Nilai murni, KBKK dan aplikasi

Pada amnya pelaksanaan teras KBSM berlaku secara kebetulan sahaja. Hanya sebilangan kecil guru yang merancang terlebih dahulu penerapan nilai murni, kandungan mata pelajaran lain, aspek bahasa, aplikasi dalam kehidupan seharian dan sebagainya. Dalam banyak situasi, ternyata peluang bagi penerapan unsur-unsur tersebut tidak dieksploitasikan. Aspek KBKK ( Kemahiran Belajar Secara Kritis dan Kreatif ) juga kurang ditekankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, perbincangan, penyelesaian masalah dan kerja amali.

Kajian oleh Abdul Razak (1993) mendapati bahawa minat para pelajar terhadap matematik bergantung kepada cara pengajaran yang dijalankan oleh guru. Pengajaran yang berteraskan fahaman binaan dengan penekanan kepada pemahaman konsep akan mendatangkan rasa minat, dan kesedaran dalam diri pelajar terhadap kepentingan matematik dan berusaha menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran lain, dan dalam kehidupan harian. Mereka didapati lebih berhati-hati, bekerjasama, mempercayai serta saling menghormati antara satu sama lain ( antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru ).

Agness Voo (1996) dalam kajiannya terhadap pengajaran guru-guru di Daerah Papar, Sabah mendapati, proses pengajaran dan pembelajaran masih tertumpu kepada aktiviti penerangan dan hafaz sesuatu fakta atau prosedur. Sebagai contoh :

1. Dalam pengajaran mencari lilitan sebuah bulatan, guru biasanya hanya memperkenalkan rumus lilitan bulatan bersamaan dengan 2 ¶ j. Pelajar ditunjukkan cara menggunakan rumus tersebut tanpa memahami erti ¶ dan bagaimana rumus itu wujud. Pelajar dipaksa menghafaz rumus tersebut secara membabi buta dalam menyelesaikan latihan-latihan yang diberi.

2. Dalam pengajaran mencari luas segitiga, rumus

Luas = 1/2 x Tapak x Tinggi

Page 33: asas zarina

diperkenalkan begitu sahaja tanpa pelajar mengetahui atau memahami kesinambungan di antara luas segiempat tepat dengan luas segitiga. Akibatnya, pelajar tidak diberi peluang untuk menaakul (reasoning) atau memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. Malah matematik akan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar, dan tidak beerti.

Sering berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di peringkat sekolah menengah, para pelajar dikehendaki membuktikan teorem. Peranan guru hanya tertumpu kepada menerang atau menunjukkan bagaimana teorem itu dapat dibuktikan, dan kemudian murid-murid menyalin serta mengingati cara pembuktian tersebut ( Ng See Ngean, 1982 ). Guru telah mengabaikan suatu proses penting dalam aktiviti pengajarannya, iaitu bagaimana cara seseorang menemui sesuatu teorem itu. Jelasnya, proses berfikir dalam pembuktian teorem tersebut tidak dilibatkan. Contoh lain boleh dilihat dalam pembuktian hukum sinus; iaitu guru-guru tidak memberitahu bagaimana dan mengapa satu garis tegak mestilah dilukis dari puncak kepada tapak segitiga. Para pelajar hanya ditunjukkan bagaimana rumus-rumus yang terdapat dalam topik tersebut boleh digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa diterangkan mengapa rumus itu dicipta atau digunakan. Situasi seperti ini akan menghasilkan pembelajaran hafaz tanpa kefahaman dan kemahiran berfikir serta proses penyelesaian masalah.

Kajian oleh Fatimah (1996) terhadap seorang guru matematik mendapati guru tersebut tidak mempunyai skim penyelesaian masalah yang tertentu. Bagi guru ini, penyelesaian masalah hanyalah sebagai satu aspek penting dalam matematik KBSM kerana kemahiran menyelesaikan masalah matematik mempunyai kaitan langsung dengan kemampuan seseorang menangani masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun strategi penyelesaian masalah tidak mendapat perhatian guru ini dalam pengajarannya kerana keutamaan beliau adalah peperiksaan, sedangkan prosedur dan strategi penyelesaian tidak dinilai dalam peperiksaan. Beliau nampaknya lebih yakin dengan cara dan gaya pengajaran yang pernah beliau sendiri alami semasa belajar dahulu. Pengetahuan guru ini tentang kurikulum matematik KBSM dan bagaimana pelaksanaannya di peringkat sekolah adalah amat kurang. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak dapat menghayati aspirasi sebenar kurikulum matematik KBSM.

Kesimpulan

Kepercayaan, pemahaman atau pandangan guru terhadap matematik, pembelajaran matematik dan peranan guru sebagai pendidik matematik dapat diinterpretasikan dengan melihat keadaan, dan situasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kebanyakan sekolah masih menekankan guru sebagai sumber maklumat. Fungsi utama guru lebih tertumpu kepada membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan, dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. Penekanan yang dibuat adalah lebih kepada hasil pembelajaran, bukan kepada proses pembelajaran. Aktiviti dalam bilik darjah lebih menekankan kepada menghafal fakta sahaja ( Davis, 1986; Doyle, 1983; Amin, 1993; Ibrahim , 1994 ). Davis (1986) telah memperihalkan sifat asas matematik serta amalan , dan gaya pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah :

o Matematik melibatkan simbol-simbol yang ditulis atas kertas

Page 34: asas zarina

o Pengajaran matematik tertumpu kepada aktiviti memanipulasikan simbol-simbol tersebut berdasarkan petua dan hukum-hukum yang telah dihafaz.

o Penguasaan kemahiran mengira adalah matlamat utama.

o Hasil pembelajaran lebih diutamakan berbanding dengan proses pembelajaran.

Guru menyuap maklumat matematik kepada pelajar yang dianggap bersedia menerimanya. Pelajar menjadi seorang penerima yang pasif. Amalan pengajaran ini berpaksikan kepada anggapan bahawa orang berilmu ialah orang yang banyak menyimpan fakta, konsep, dan tatacara dalam kepalanya, dan mudah melahirkannya bila-bila masa. Amalan pengajaran matematik seperti ini tidak ada keperluan mendesak kepada sumber pengajaran dan pembelajaran atau alat bantu mengajar apatah lagi alat atau bahan bantu belajar. Keperluan hanyalah terhad kepada pensil atau pen dan kertas sahaja. Tidak hairanlah pelajaran matematik menjemukan, membosankan, dan akhirnya menyebabkan ramai pelajar benci kepada matematik, dan seterusnya kepada guru matematik itu sendiri ( Raja Sulaiman , 1996 ).

Secara keseluruhannya, KBSM mempunyai potensi untuk melahirkan warga pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berketrampilan tinggi. Apa yang perlu ialah komitmen yang ikhlas dan bersungguh-sungguh daripada semua pihak yang terlibat, samada pelajar, guru, pentadbir dan ahli masyarakat.

 Penutup

Amalan guru dalam melaksanakan kurikulum Matematik KBSR dan KBSM, pada keseluruhannya masih berpusatkan kepada guru . Aktiviti yang melibatkan murid sangat terhad. Pengajaran konsep matematik dengan menggunakan pelbagai petua, dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak bermakna. Murid-murid lebih banyak menghafaz rumus, 'petua' dan 'hukum-hukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengira tetapi jahil tentang matematik, dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan matematik ( Nik Azis, 1996; Fatimah, 1996 ).

Maruah dan masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para pendidik matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta perubahan pengajaran dan pembelajarannya (Noraini , 1994). Taraf dan kelulusan akademik yang tinggi tidak mencukupi untuk membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan bermakna. Pengajaran matematik yang efektif akan memberi tumpuan kepada tahap pemahaman murid terhadap sesuatu konsep di samping kemahiran mengira dan penyelesaian masalah. Untuk itu para guru harus terlebih dahulu menguasai setiap tajuk dari segi konsep dan isi kandungan sebelum memulakan sesi pengajaran dalam bilik darjah. Kajian-kajian tentang amalan pengajaran para guru amat perlu dilakukan dari masa ke masa supaya masalah dan kekurangan akan dapat dikenalpasti, dan seterusnya jalan penyelesaian dapat dilakukan dengan segera.

Page 35: asas zarina

 BIBLIOGRAFI

 Abd. Razak Habib (1994). " Keperluan Dan Masalah Dalam Pendidikan Matematik Dan Sains KBSM Dan Implikasinya Terhadap Kurikulum Pendidikan Guru ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Jawatan Kuasa Latihan Keguruan Antara Universiti. UKM : Bangi.

 Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Md. Noor & Puteh Mohd (1996). "Perlaksaan KBSM Dalam Mata Pelajaran Matematik, Sains dan Sains Sosial Di sekolah". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

Agness Voo (1996). " Kesepaduan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik KBSM ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

Ahmad Moh. Shariff (1996)." Kemahiran Hidup - Satu Penilaian" . Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

Amin Senin (1993). Memahami Matematik Pra Sekolah Dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Amir Salleh (1996). "Ringkasan Laporan Kajian Penilaian KBSM: Survey Sekolah (Fasa II)". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB : KPM

Aziz Nordin (1990). " Perlaksanaan KBSM Sains & Matematik- Suatu Tinjauan Awal ". Buletin Persatuan Sains Johor. Jil. 2(1): 1 - 12

 Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996). " Kajian Penilaian Perlaksanaan Program KBSM Di Peringkat Menengah Rendah ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB : KPM

 Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (1996). " Kajian Penilaian Perlaksanaan Program KBSM Di Peringkat Menengah Atas ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB : KPM

 Bali Haji Yusuf (1996). " Bahasa Melayu KBSM: Perlaksanaan Dan Cabaran Sekolah Menengah Di Sabah ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB : KPM

 Chan Foong Mae (1996). " Metodologi Yang Berkesan Dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO

 Davis, G. (1966). "A Note on Two Basic Forms of Concept and Concept Learning ". Journal of Psychology. hlm. 62.

Page 36: asas zarina

 Davis, R. (1986). Conceptual and procedural knowledge in mathematics: A summary analysis. In J. Hiebert (ed.), Conceptual and procedural knowledge: The case of mathematics. Hillsdale, N. J.: Lawrence Erlbaum Associates.

 Doyle, W. (1986). Academic work. Review of Educational Research, 53, 159-199 

Eisenberg, T. A. (1977). " Teacher Knowledge And Student Achievement in Algebra ". Journal For Research in Mathematics Education. Vol. 8(3) : 216 - 223.

 Engen, H. V. (1967). " Mathematical Models For Physical Situations ". The Mathematics Teacher. 578 - 581.

 Fatimah Salleh (1996). " Skim Penyelesaian Masalah Bagi Guru Matematik KBSM ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Fatimah Salleh & Munirah Ghazali (1995). " Teknologi Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Sekolah".Kertas yang dibentangkan dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik Ke 4. Kuantan: BPG

 Ibrahim Md. Noh (1994). " Reformasi Pendidikan Matematik ". Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: BPG

 Ibrahim Abu Bakar (1996). " Keberkesanan Perlaksanaan Aliran Agama Di Sekolah Menengah Biasa ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Idris Md. Nor (1996). " Kurikulum Geografi Sekolah Menengah Malaysia: Satu Analisis Terkini ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Jawiah Dakir & Abd. Aziz Deraman (1996). " Keberkesanan Pendidikan Islam Di Sekolah Menengah Vokasional Di Malaysia ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Jemaah Nazir Sekolah (1996). Perlaksanaan Program KBSM Dalam Bilik Darjah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

 Mak Sai Mooi (1996). " Mengkaji Kehendak Pelajar Terhadap Kelas Tambahan Matematik ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Manoheran (1996). " Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Perlaksaan KBSM Bagi Mata Pelajaran Sains ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Mc Bride, C. C. & Rollins, J. H. (1997). " The Effects of History of Mathematics on Attitudes Toward Mathematics of College Algebra Students ". Journal For Research in Mathematics Education. Vol. 8(1) : 57 - 62.

Page 37: asas zarina

 Musak Mantrak (1996). " Pendidik Dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB :KPM

 Ng Soo Boon (1996). " Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains Di Sekolah Menengah ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB : KPM

 NCTM (1980). An Agenda For Action: Recommendations For School Mathematics of The 1980s. New York

 NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics. New York

 Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

 Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

 Nurul Huda (1996). " Kajian Mengenai Pencapaian Dari Segi Kualiti Mata Pelajaran Kemahiran Hidup ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Pumadewi, S. (1996)." Perlaksanaan KBSM, Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM 

 Raja Sulaiman Raja Hassan (1996). " Makmal Matematik: Konsep Dan Perlaksanaannya Dalam Matematik KBSM ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. KPM: IAB.

 Rosnani Hashim (1996)." Keberkesanan Strategi Pengajaran & Pembelajaran Dalam Penyerapan Nilai Murni Dalam KBSM ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB : KPM

 Saw Kian Swa (1996). " Kelemahan Pelajar Tingkatan Empat Kemanusian Dalam Matematik ". Kertas yang dibentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM

 Scott, N. C. (1977). " Inquiry Strategy, Cognitive Style And Mathematics Achievment ". Journal For Research in Mathematics Education. Vol. 8(2) : 132 - 144.

 Smith, L. R. (1977). " Aspects of Teacher Discourse and Student Achievement in Mathematics ". Journal For Research in Mathematics Education. Vol. 8(1) : 17 - 21.

 Tengku Zawawi Tengku Zainal (1997). Tahap kefahaman konsep pecahan di kalangan guru pelatih KPLI . Kajian Sarjana ( Tidak diterbitkan ).

Page 38: asas zarina

 Thornton, C. D. (1977). " An Evalution of the Mathematics Methods Program Involving The Study of Teaching Characteristics And Pupil Achievement ". Journal For Research in Mathematics Education. Vol. 8(1) : 17 - 21.

 Zurida Ismail & Ismail Jusuh (1996). " Hubungan Antara Proses Sains, Kebolehan Berfikir Secara Logik Dan Pencapaian Akademik ". Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB: KPM 

Top of Form

 Search: The Web TripodReport Abuse      « Previous |

Top 100 | Next »

  Select Rating

share: del.icio.us | digg | reddit | furl | facebook

Komunikasi Melalui Interaksi Sosial:

Membina dan Memperkembangkan Pengetahuan Matematik

  oleh:

Tor Siok Tin

Unit Matematik MPKTBR

 

1.0 Pengenalan

Persoalannya yang selalu timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik ialah: 'Bagaimanakah hendak menghasilkan perancangan pengajaran

Page 39: asas zarina

matematik yang berkesan?' Soalan ini bukan satu soalan yang boleh dijawab dengan mudah. Dalam era konstruktivisme ini, sebagai seorang guru matematik, dia harus tahu bagaimana pelajar-pelajar memperolehi atau membina dan memperkembangkan pengetahuan matematik, dan cara-cara yang boleh menggalakkan proses membina pengetahuan matematik di dalam minda pelajar. Pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli konstruktivisme ialah seseorang individu membina pengetahuan dalam mindanya melalui proses-proses menghubungkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang lama atau sedia ada.

Pengajaran pengetahuan matematik selalu dihubungkaitkan dengan pengajaran konsep matematik. Mengikut Souviney (1989), satu konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan pengajaran konsep-konsep matematik merupakan satu usaha yang kompleks. Beliau mengatakan setiap pelajar mempunyai set pengalaman dan kebolehan yang unik untuk menyelesaikan setiap tugasan pembelajaran. Dengan ini, guru matematik memainkan peranan yang penting dalam perancangan pengajaran yang berkesan untuk membantu pelajar membina dan mengembangkan pengetahuan matematik.

 

2.0 Pembinaan dan Perkembangan Pengetahuan Matematik dalam Minda Pelajar

Semenjak kebelakangan ini, hasil-hasil kajian tentang proses pembelajaran matematik telah menunjukkan bahawa pengetahuan matematik adalah dibina dan dikembangkan dalam minda seseorang individu itu oleh dirinya sendiri.

Mengikut Piaget (dalam Souviney, 1989), semua pengetahuan baru boleh difahami hanya apabila dikaitkan dengan yang sedia ada. Beribu-ribu pengurusan struktur atau skema dikembangkan di sepanjang hayat seseorang. Melalui proses interaktif asimilasi dan akomodasi, individu-individu berusaha mencapai keseimbangan yang bersepadu dan mengalami peringkat-peringkat perkembangan itu. Seseorang individu dikatakan akan mengasimilasikan apa yang baru diketahui dengan apa yang sudah diketahui, untuk mencapai pemahaman. Pengalaman lama akan berubah secara beransur-ansur, atau yang dikenali sebagai akomodasi, disebabkan oleh pengalaman baru ini.

Ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky (dalam Souviney, 1989) pula mengatakan operasi mental adalah dirangsangkan melalui interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang dewasa yang lebih berterampilan. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang dan menukar menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga membahaskan bahawa pengajaran berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti dalam suasana yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru. Guru berperanan mengorganisasikan interaksi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan tugasan pembelajaran.

Page 40: asas zarina

Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990), menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah. Hasil kajian ini boleh kita lihat dalam aktiviti harian kanak-kanak yang belum mengikuti pendidikan formal. Semasa bermain, kanak-kanak dalam golongan ini selalunya bersua dengan istilah-istilah matematik seperti ‘lebih tinggi’, ‘lebih rendah’, ‘segitiga’, ‘bulat’, ‘dua’, ‘tiga’, dan sebagainya. Proses-proses pembelajaran yang tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri, dapat dikatakan berlaku dalam situasi sedemikian.

Dengan menggunakan istilah matematik sedemikian semasa berinteraksi dengan rakannya, matematik tidak formal dibina dalam minda kanak-kanak kerana ia berguna kepada mereka atau bermakna bagi mereka. Mengikut Baroody & Ginsburg (1990), pengetahuan matematik tidak formal ini dibina dan diperkembangkan oleh kanak-kanak kerana ia bermakna, menarik dan berguna kepada mereka, dan perasaan ingin tahu yang ada pada kanak-kanak mendesak mereka untuk menjadikan persekitaran bermakna, dan mempunyai keupayaan untuk menguruskannya.

Steffe (1990) pula mengatakan bahawa mengikut pendapat ahli konstruktivisme, pengetahuan konsep tidak dapat dipindah dari seorang kepada seorang yang lain, tetapi mesti dibina oleh setiap pelajar berasaskan sepenuhnya kepada pengalamannya.

Jadi, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya yang juga termasuk rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yang merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda juga berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanak memperoleh pengalaman melalui proses berinteraksi dengan persekitarannya iaitu melakukan pemerhatian, mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya.

 

3.0 Komunikasi melalui Interaksi Sosial - Membina dan memperkembangkan Pengetahuan Matematik

Komunikasi melalui interaksi sosial berperanan penting dalam membina pengetahuan matematik dalam minda pelajar. Interaksi sosial sebenarnya merupakan salah satu ciri persekitaran semula jadi yang dialami oleh individu-individu yang normal. Bermula dari peringkat awal persekolahan lagi, guru harus mewujudkan komunikasi yang berbentuk interaksi sosial di kalangan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Dengan berbuat sedemikian guru dapat membantu kanak-kanak yang mulai mengikuti pendidikan formal ini memperlengkapkan serta memperbaiki pengetahuan matematik yang tidak formal yang telah terbina sebelum ini. Mengikut Ginsburg & Baron (1993), satu pendekatan yang dikatakan

Page 41: asas zarina

berguna haruslah yang boleh merangsangkan, secara spontan, minat dan penglibatan kanak-kanak dalam persekitaran yang semula jadi dan menolong mereka memperkembangkan dan melengkapi pengetahuan matematik tidak formal itu.

Koehler & Prior (1993: 281-282) menegaskan bahawa interaksi guru dan pelajar adalah penting dengan mengatakan,

"Most would agree that teaching and learning could occur without texts, blackboards, or manipulatives, but we maintain that the learning process would exist for only a very few students if classroom interaction with teachers and peers were eliminated. Teacher-student interactions are indeed the heartbeat of the teaching-learning process."

 

Petikan di atas menyatakan ramai orang yang setuju bahawa pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku tanpa buku teks, papan tulis, atau bahan manipulatif, tetapi proses pembelajaran hanya akan wujud bagi beberapa orang pelajar sahaja sekiranya interaksi pelajar dengan guru dan rakannya dihapuskan. Interaksi pelajar dengan guru dan rakan sebayanya merupakan ‘denyutan nadi’ proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, interaksi sosial di antara guru dan pelajar, pelajar dan pelajar, secara individu atau berkumpulan kecil merupakan salah satu proses komunikasi yang harus diwujudkan dalam bilik darjah bagi pengajaran dan pembelajaran matematik.

Dalam pembelajaran matematik, cara-cara untuk berkomunikasi idea-idea matematik melalui interaksi sosial ialah melukis atau menulis perwakilan, bercakap, menanya, memberi komen, mengkritik, membukti, memberi penjelasan, memberi pendapat, mendengar dan sebagainya. Mengikut NCTM (1989), perwakilan melibatkan perterjemahan satu masalah atau idea kepada satu bentuk yang baru, yang selalunya melibatkan gambarajah, simbol, tatatanda. Manakala apabila kanak-kanak dalam kumpulan kecil berbincang dan menyelesaikan masalah, mereka boleh mengaitkan bahan yang mereka tahu dengan istilah matematik yang mungkin mereka tidak biasa lihat atau dengar.

Mengikut teori psikologi, kanak-kanak mempunyai sifat yang aktif dan suka bergaul, yang mana mendorong kanak-kanak berkomunikasi dengan orang lain. Dengan berkomunikasi, kanak-kanak berpeluang menjelaskan pemikiran dan mempertajamkan pemikiran mereka. Aktiviti seperti menerokai, menyiasat, menghuraikan dan menerangkan idea matematik mempromosikan komunikasi. Soalan berbentuk penyiasatan dan bimbingan boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dan menerangkan pemikiran mereka secara lisan atau bertulis, membolehkan mereka lebih memahami idea-idea yang mereka sampaikan, seperti yang dikemukakan oleh NCTM (1989:24),

Page 42: asas zarina

"Interacting with classmates helps children construct knowledge, learn other ways to think about ideas, and clarify their own thinking. Writing about mathematics, such as describing how a problem was solved, also helps clarify their thinking and develop deeper understanding. Reading children's literature about mathematics, and eventually text material, also is an important aspect of communication that needs more emphasis in the K-4 curriculum."

Perbualan berikut adalah di antara seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya setelah guru itu mengajar tentang konsep 'olahan tolak' dan perwakilan simbolnya. Kanak-kanak itu di tanya oleh gurunya apa yang beliau faham dengan " 6 - 2 = 4 ":

Guru : "Apa yang anda faham dengan "6 - 2 = 4"? Cuba anda bercerita."

Kanka-kanak :" ...Oh, mula-mula saya ada enam biji gula-gula, lepas itu

saya makan dua biji. Jadi saya masih ada empat biji lagi. ..."

Daripada perbualan ini seseorang guru itu boleh melihat bagaimana kanak-kanak 'mengkonkritkan' simbol yang abstrak ke dalam makna yang sesuai dengan pengalamannya.

Seterusnya, salah seorang ahli konstruktivisme, von Glasersfeld (1990) berpendapat bahawa pengetahuan matematik bukanlah dibina secara terasing dari perkara-perkara lain. Setiap abstraksi yang dibuat oleh individu, ke atas perkara yang berkaitan dengan pengalaman, adalah terkawal oleh interaksi sosial dan kolaborasi dan komunikasi yang dibuat olehnya dengan ahli kumpulannya yang mana beliau dibesarkan bersama. Tiada individu boleh mengelakkan daripada mewujudkan persesuaian yang berkaitan dengan domain persetujuan persekitaran sosial. Domain persetujuan yang perlu dipenuhi oleh seseorang individu itu ialah ahli-ahli matematik, guru dan orang dewasa yang lain.

Dalam kehidupan harian, kita sentiasa dikehendaki membuat rundingan dalam mengatasi masalah. Tujuan rundingan adalah untuk mencapai persetujuan di antara dua pihak atau lebih dalam proses interaksi sosial. Jadi, kemahiran membuat rundingan perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar sebelum mereka meninggalkan sekolah. Untuk menghasilkan rundingan yang menyakinkan orang lain, seseorang itu haruslah mengumpulkan sebarang maklumat yang berkenaan dan membentuk hujah-hujah yang sesuai. Contoh berikut mengilustrasikan satu proses rundingan di dalam situasi pengajaran dan pembelajaran matematik di bilik darjah.

Guru :"Bolehkah anda tolong cikgu kira jawapan bagi 240 x 22 ?"

(Selepas lebih kurang 30 saat)

Pelajar A :" Cikgu, jawapannya ialah 5280."

Page 43: asas zarina

Pelajar-pelajar lain :

"Cepatnya engkau kira! Betul tak jawapan anda itu?"

Guru :"Boleh anda tunjukkan penyelesaiannya? "

Pelajar A :"Boleh! " (Lihat penyelesaian berikut yang ditulis olehnya.)

240 x 22 = 4800 + 480

240 x 20 240 x 2

= 5280

Pelajar-pelajar lain :"Betullah jawapannya. Oh, macam ini rupanya!"

Dalam situasi ini, penyelesaian yang ditunjukkan oleh pelajar A adalah berlainan dengan yang lazim dilakukan oleh pelajar lain. Namun, pelajar A dapat merundingcarakan penyelesaiannya untuk diterima oleh kawan sebayanya dengan memgemukakan hujah-hujah yang logik untuk mempertahankan penyelesaiannya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti di atas, seseorang itu (pelajar-pelajar lain) akan membina atau menyusun semula pengetahuan yang baru diperolehi dengan yang sedia ada dan membentuk pengetahuan yang baru. Proses komunikasi melalui interaksi sosial dalam pembelajaran matematik memerlukan pelajar membuat perundingan yang mana membolehkan pengetahuan matematik dibina dan perkembangkan dalam mindanya.

Mengikut Blumer (1969) dan Bauersfeld (1988), peluang-peluang bagi kanak-kanak membina pengetahuan matematik wujud apabila mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebayanya. Pembinaan matematik yang dihasilkan oleh kanak-kanak dikatakan bukan wujud secara tersendiri. Sebaliknya, pembinaan-pembinaan itu terkawal oleh kewajipan masing-masing untuk membentuk interpretasi yang boleh disesuaikan dengan pembinaan ahli dalam komuniti bilik darjah. Cobb (in press) (dalam Cobb, Wood & Yackel, 1990) pula mengatakan dalam komunikasi berciri matematik, makna-makna dirundingcarakan.

Peranan komunikasi melalui interaksi sosial dalam pembinaan dan memperkembangkan pengetahuan matematik pelajar juga dikemukakan oleh Davidson (1990) dalam menyatakan cara-cara bagaimana pembelajaran koperatif kumpulan kecil boleh membantu mengatasi masalah pelajar seperti perasaan kecewa, takut kepada matematik, mengelak matematik dan lain-lain lagi. Beliau mengatakan:

o kumpulan kecil dapat memberi sokongan sosial untuk mempelajari matematik,

Page 44: asas zarina

o interaksi kumpulan boleh membantu semua ahli kumpulan mempelajari konsep-konsep dan strategi penyelesaian masalah,

o dalam memperbincangkan penyelesaian-penyelesaian yang dikemukakan pelajar boleh memujuk antara satu sama lain dengan argumen yang logik,

o pelajar-pelajar boleh memperbincangkan kelebihan penyelesaian-penyelesaian yang dikemukakan,

o pelajar-pelajar dalam kumpulan boleh bantu antara satu sama lain untuk menguasai fakta dan prosedur-prosedur pengira yang perlu dalam konteks permainan, memahami masalah-masalah.

o seseorang itu belajar melalui dengan bercakap, mendengar, menerangkan, dan melakukan proses berfikir secara bersendirian dan juga bersama-sama orang lain,

o dalam kumpulan, pelajar-pelajar boleh mengatasi masalah yang mencabar yang mungkin di luar keupayaan individu.

Maher & Alston (1990) juga membincangkan kepentingan interaksi sosial dengan mengatakan bahawa persekitaran baru diperlukan untuk mengadakan peluang membina struktur yang lebih kukuh. Mereka juga mengatakan situasi yang membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar memperluaskan pengetahuan mereka, dan berinteraksi dengan orang lain dalam proses perundingan sosial, mengenai fahaman yang diperoleh dari pengalaman tersebut, adalah diperlukan untuk perkembangan yang berterusan. Pendapat ini juga dapat diilustrasikan dalam contoh mengira jawapan bagi 240 x 22, di mana pelajar-pelajar lain mungkin dapat menggunakan cara pelajar A untuk situasi yang lain, atau bagi mereka yang lebih kreatif boleh menggunakan cara itu sebagai batu loncatan untuk menghasilkan cara yang lain.

Dalam proses berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru, pelajar-pelajar akan membina pengetahuan baru dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada, seperti yang dinyatakan oleh NCTM (1991:34),

"Students must talk, with one another as well as in response to the teacher...When students make public conjectures and reason with others about mathematics, ideas and knowledge are developed collaboratively, revealing mathematics as constructed by human beings within an intellectual community."

 

Komunikasi memainkan satu peranan yang penting dalam membantu kanak-kanak membina pengetahuan mereka. Melalui komunikasi, kanak-kanak membina pertalian antara fahaman tak formal dan intuitif dengan bahasa matematik iaitu tatatanda, simbol, persetujuan dan istilah matematik yang sering dikaitkan sebagai abstrak. Komunikasi memainkan peranan utama dalam membantu kanak-kanak menghubungkaitkan antara

Page 45: asas zarina

perwakilan idea matematik yang dalam bentuk fizikal, simbol, lisan, mental dan lain-lain lagi.

4.0 Kesimpulan

Berkomunikasi melalui interaksi sosial yang wujud di bilik darjah boleh membantu pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis, mendengar, memikir secara kreatif dan berkomunikasi tentang masalah, yang mana akan memperkembang dan memperdalamkan pemahaman pelajar-pelajar tentang matematik. Dalam proses pembelajaran matematik yang boleh mewujudkan interaksi sosial, sering melibatkan proses rundingan. Proses rundingan akan membantu pelajar melihat bagaimana rakan sebayanya memahami sesuatu konsep, dan secara langsung skema dalam mindanya berubahsuai dan meperkembangan pengetahuan sedia ada. Di samping itu, proses berunding boleh mempertajam dan menperdalamkan lagi pemikiran seseorang.

Akhir sekali, jika kita menerima premis bahawa pengetahuan adalah dibina dan mempunyai hubungkait yang rapat dengan alam sekitar, salah satu fokus guru matematik ialah mewujudkan suasana yang menggalakkan komunikasi melalui interaksi sosial berciri matematik yang bertujuan dalam bilik darjah bagi proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

 

 

Rujukan

Baroody, A.J. & Ginsburg, H.P. (1990). Children's learning: A cognitive view. In R.B.

Davis, C. A. Maher & N. Noddings (Eds.), Constructivist views on the teaching and learning of mathematics (m.s. 51-64). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..

Bauersfed, H. (1988). Interaction, construction and knowledge : Alternative persperctive for mathematics education. In T. Cooney & D. Grouws (Eds.), Effective mathematics teaching (m.s 27 – 46). Reston, VA : NCTM.

Blumer, H. (1969). Symbolic interactionism Englewood Clliffs, NJ : Prentice – Hall.

 

Page 46: asas zarina

Cobb, P. , Wood, T. & Yackel, E. (1990). Classrooms as learning environments for teachers and researchers. In R.B. Davis, C. A. Maher & N. Noddings (Eds.), Constructivist views on the teaching and learning of mathematics (m.s. 125-146).

Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..

Davidson, N. (1990). Small-group cooperative learning in mathematics. In T.J. Cooney & C.R. Hirsch (Eds.), Teaching and learning mathematics in the 1990s (m.s. 52-61). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..

Ginsburg, H.P. & Baron, J. (1993) . Cognition: Young childen's construction of mathematics. In R.J. Jensen (Ed.), Research ideas for the classroom: Early childhood mathematics (m.s. 3-21). New York: Macmillan Publishing Company for NCTM.

Koehler, M.S. & Prior, M. (1993). Classroom interactions: The heartbeat of the teaching/learning process. In D.T. Owens (ed.), Research ideas for the classroom: Middle grades mathematics (m.s. 280-298). New York: Macmillan Publishing Company for NCTM.

Maher, C.A. & Alston, A. (1990). Teacher development in mathematics in a constructivist framework. In R.B. Davis, C.A. Maher & N. Noddings (Eds.), Constructivist views on the teaching and learning of mathematics (m.s. 147-166). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..

National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and evaluation standards for school mathematics. Reston, VA: Author.

National Council of Teachers of Mathematics (1991). Professional standards for Souviney, R.J. (1989). Learning to teach mathematics. Columbus, Ohio: Merril Publishing Company.

teaching mathematics. Reston, VA: Author.

Steffe, L.P. (1990). On the knowledge of mathematics teachers.In R.B. Davis, C.A. Maher & N. Noddings (Eds.), Contsructivist views on the teaching and learning of mathematics (m.s. 167-186). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..

von Glasersfeld, E. (1990). An exposition od constructivism: Why some like it radical. In R.B. Davis, C.A. Maher & N. Noddings (Eds.), Constructivist views on the teaching and learning of mathematics (m.s. 19-30). Reston, VA: National Council of Teachers of Mathematics, Inc..

Page 47: asas zarina

Top of Form

 Search: The Web TripodReport Abuse      « Previous |

Top 100 | Next »

  Select Rating

share: del.icio.us | digg | reddit | furl | facebook

PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS

1.0  LATAR BELAKANG/SEJARAH PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS

        Persatuan Matematik dan Sains SEMEKA ditubuhkan seiring dengan penubuhan Panitia Matematik dan juga Panitia Sains. Ianya adalah bertujuan membantu pelajar di dalam pembelajaran di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran. Persatuan ini mendapat khidmat dari guru-guru penasihat yang terdiri daripada guru-guru matapelajaran Matematik dan Sains.

Sepanjang penubuhannya, persatuan ini menjadi pilihan pelajar SEMEKA sebagai salah satu aktiviti Ko-Kurikulum mereka. Setiap tahun, bilangan pelajar yang memohon untuk menjadi ahli semakin meningkat. Ini merupakan satu petanda yang baik bagi persatuan ini untuk mencapai matlamatnya.

Semenjak tertubuhnya persatuan ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Aktiviti-aktiviti ini diharapkan dapat membantu anak didik SEMEKA di dalam matapelajaran Matematik dan Sains khasnya dan di dalam kehidupan seharian amnya.

2.0  STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS 1999

PENAUNG

TN.HJ.SUFAAT B.TUMIN (PENGETUA)

PENASIHAT

EN.MOHAMAD B. MAHADI (GPK 1)

EN.AZMAN B. ADNAN (GPK HEM)

EN.SAIRI B. JASMAN (PEN.PETANG)

PN.NORA BT SAIRAN (K/BIDANG SAINS DAN MATEMATIK)

EN.ABD.MAJID B.CHIK (S/U KOKURIKULUM)

Page 48: asas zarina

GURU PENASIHAT

CIK SAHJANARIAH SHAHROM

PN.LATIFAH ABD GHANI

PN.RUSNANI FADZIL

PN.SALEHA ASSERAH

PN.ZAINON ABDULLAH

PN.HAMISAH EAKSAN

CIK ROHAYAH DARMAWAN

YM RAJA ZAINARABIDIN RAJA ZAILON

EN.JOHARI JAMAT

EN.HAMIZAD ALIAS

EN.SALEM AMIR

PENGERUSI

NORHAILIZA AMIR HAMZAH

NAIB PENGERUSI

MAZLINA TUGIMAN

SETIAUSAHA

FUZIEAH SUBARI

BENDAHARI

SUZANA MINHAJ

AJK TINGKATAN

SITI NORAINI (TING.5)

NORHAZATUL HASIMAH JAAFAR (TING.4)

Page 49: asas zarina

SAN SABRI RAHMAD (TING.3)

HAMIDAH MOHAMED (TING.2)

MOHD IZWAN EHSAN (TING.1)

3.0  AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

Aktiviti-aktiviti yag telah dijalankan di antaranya ialah:

i) Lawatan Sambil Belajar Ke Kuala Lumpur

Rombongan yang disertai seramai 36 orang pelajar dan diiringi oleh 5 orang guru telah berangkat ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos 1998 dan selamat kembali pada 16 Ogos 1998. Tempat-tempat yang menjadi pilihan persatuan ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Taman Pertanian Malaysia dan The Mines Wonderland.

Tempat-tempat tersebut menjadi pilihan kerana ianya dapat memberi pendedahan kepada pelajar sebelum mereka melangkah ke alam yang lebih mencabar. Contohnya, lawatan ke UKM diharapkan dapat membantu pelajar melihat sendiri suasana kampus dan memberi perangsang kepada mereka supaya berazam untuk menjejakkan kaki ke Institusi Pengajian Tinggi. Manakala lawatan ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri kecanggihan Sains dan Teknologi.

ii) Melihat Gerhana Matahari Analus

Ahli persatuan telah melihat Gerhana Matahari Analus pada 22 Ogos 1998 di bawah kawalan En.Kassim Selamat dan En.Rosli A.Hamid di padang SEMEKA.

En.Rosli menerangkan bagaimana gerhana ini berlaku dan objek yang dapat dilihat. En.Rosli juga menerangkan cara yang selamat untuk melihat gerhana ini bagi mengelakkan kecederaan pada mata. Di antaranya ialah menggunakan negatif filem, pantulan dari cermin dan lain-lain.

iii) Kuiz Dan Sukaneka

Aktiviti rutin ini adalah bertujuan memupuk semangat bekerjasama di dalam kumpulan. Aktiviti dijalankan pada perjumpaan mingguan. Setiap aktiviti yang dijalankan akan memberi markah kepada kumpulan dan markah tersebut dikumpulkan hingga ke penghujung tahun dan kumpulan yang berjaya mengumpul markah yang tertinggi dikira juara.

iv) Jualan Hari Kejohanan Olahraga SEMEKA

Aktiviti ini dijalankan pada Kejohanan Olahraga SEMEKA 1998. Tenaga penjual terdiri daripada ahli-ahli persatuan. Ianya bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk berniaga, juga boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari seperti peratus untung dan rugi semasa membuat perniagaan.

Page 50: asas zarina

5.0  AKTIVITI PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS 1999

i) Program : Perkampungan Matematik Dan Sains

Tarikh : 9-11 April 1999

Sasaran : Ahli-ahli Persatuan Matemati dan Sains (keutamaan pelajar

tingkatan 3 & 5)

ii) Program : Program Rakan Sebaya

Tarikh : Sepanjang tahun

Sasaran : Ahli-ahli persatuan

iii) Program : Kuiz dan Sukaneka

Tarikh : Perjumpaan mingguan

Sasaran : Ahli-ahli persatuan

enghasilkan alat bantuan belajar seperti poster dan carta merupakan aktiviti yang sering dijalankan oleh persatuan ini.

Antara tujuan aktiviti ini ialah untuk mewujudkan semangat kerjasama dan menimbulkan minat ahli terhadap mata pelajaran matematik.

.

.

Kuiz Matematik juga dianjurkan oleh persatuan ini dan pada tahun ini adik Syarinaz dari Tingkatan 5 Dedikasi bertuah kerana memenanginya.

Page 51: asas zarina

Persatuan ini juga telah mewujudkan Taman Matematik berdekatan dengan laluan ke kantin sekolah. Selain menambah minat belajar, taman ini juga menambah keceriaan kawasan sekolah.

PERSATUAN UNIT BERUNIFOM KELAB

 

BAHASA & KES. MELAYUBAHASA INGGERIS

MATEMATIK & SAINSPENDIDIKAN ISLAMEKON & K. HIDUP

SEJARAH & GEOGRAFIBAHASA ARAB

 

PENGAKAPPUTERI ISLAMBULAN SABIT

KADET REMAJAKADET BOMBA

SETIAMEMANAH

KOMPUTER ( KOMITTI )

PERSATUAN BAHASA & KESUSASTERAAN MELAYU

GURU PENASIHAT  Ketua Penasihat : PUAN ZURAIDAH BT. MOHD ZINGuru-guru Penasihat :1. En. Hamdan bin Mohd Noor2. Puan Faridah bt Mohd Noor3. Puan Hajjah Wan Maimunah bt Hj Wan Lattif

AJK PELAJAR  Pengerusi : Wan Hafizuddin bin Wan MamatNaib Pengerusi :Wan Noor Rehan bt Wan ZakariaSetiausaha : Norsarina bt NordinBendahari :

Page 52: asas zarina

Salwa bt Hj NajmuddinAhli Jawatankuasa :1. Noraini Afidah bt Hj Nasir2. Mohd Fadzil bin Mohamad3. Omar Al-Mujahid bin Abd.Aziz4. Mohd Fazli bin Abdullah5. Sharifah Maslaini binti Awang

AKTIVITI YANG  DIJALANKAN 

1. Latihan ABM2. Latihan Menghasilkan Journal

CADANGAN AKTIVITI AKAN DATANG 

1. Menerbitkan Buletin2. Minggu Bahasa3. Pertandingan Penulisan Kreatif4. Pertandingan Pantun & Syair5. Lawatan Sambil Belajar6. Pertandingan ABM

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

GURU PENASIHAT  Ketua Penasihat :TUAN HJ YUSOF BIN MATGuru-guru Penasihat :1. Puan Kusaimah binti Md Said2. Cik Ruslin bt Mansur3. Puan Zoraina bt Mansur4. En. Maarof bin Abd Ghani5. Puan Marina bt Muda6. Puan Wan Ruhana bt Wan Hassan

AJK PELAJAR  Pengerusi :Aris Safri bin Mat YasinNaib Pengerusi : Wan Nurul Hannan bin MohdSetiausaha : Siti Mariam bt BebakarBendahari : Laila bt Hj NajmuddinAhli Jawatankuasa :1. Dira Faizan bt Che Amaran2. Che Samsulida bt Che Lah3. Siti Khairani bt Said4. Siti Normaliza bt Maliki5. Siti Salmi bt Said

AKTIVITI YANG  DIJALANKAN 

1. Quiz2. Terjemahan3. English Games4. Penulisan5. Pidato

CADANGAN   AKTIVITI AKAN

1. Bahas2. Penulisan Buletin

Page 53: asas zarina

DATANG 

 PERSATUAN SAINS & MATEMATIK

GURU PENASIHAT  Ketua Penasihat : EN KADIR BIN ABD RAHIMGuru-guru Penasihat :1. Puan Ropiah bt Ghani2. Cik Rohaya bt Mat3. Puan Zainun bt Ahmad4. Puan Hasnah bt Hussin5. Puan Hjh Ramlah bt Ali6. En. Mahassan bin Mamat7. En Abdul Latif bin Awang8. En. Wan Ahmad bin Muda9. En Ahmad Sukiman bin Hj Md Sidek

AJK PELAJAR  Pengerusi : Mohd Arizal bin AriffinNaib Pengerusi : Wan Naimah bt Wan AbdullahSetiausaha : Norazihan bt BunyaminBendahari : Siti Aisyah bt MohamadAhli Jawatankuasa :1. Sumarman bt Jusoh2. Norazilah bt Mat Isa3. Che Nor Azharruddin b. Che Othaman4. Maizatul Akmal bt Mah Hassan5. Ahmad Syukri bt Kamaruddin6. Siti Nor Zaihasra bt Mohamad 7. Wan Abdul Hadi b. Wan Hussin8. Haire Azhar b. Ab. Rahman

AKTIVITI YANG  DIJALANKAN 

1. penghasilan Artikel Sains dan Matematik2. Memperbaiki dan menceriakan Taman Sains3. pertandingan Kuiz Sains dan Matematik4. Kelas bimbingan Sains dan Matematik

CADANGAN  AKTIVITI AKAN

DATANG 

1. Lawatan Sambil Belajar2. Kem Sains dan Matematik

 PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM

Page 54: asas zarina

GURU PENASIHAT  Ketua Penasihat :PUAN WAN FAIZAH BT. WAN ABU BAKARGuru-guru Penasihat :1. En. Baharuddin bin Abdul Ghani2. Puan Raja Rosnani bt. Raja Mamat3. Puan Maznah bt. Ismail4. Puan Suryani bt. Yaacob5. Puan Zalikha bt. Abd. Rahman

AJK PELAJAR  Pengerusi : Mohd Taufik Rafiee bin MahmoodNaib Pengerusi : Mohd Fadzil bin MuhamadSetiausaha : Siti Habsahlaini bt. SepianBendahari : Hafizah bt. SulaimanAhli Jawatankuasa :1. Rosmiza bt. Abd. Razak 2. Salma bt. Hj. Najmuddin3. Nik Mohd Zaini bin Nik Soh4. Ahmad Sabri bin Nawi5. Norzulhilmi bt. Mohd Anuar6. Siti Rohaizan bt. Ali7. Mohd Daniel bin Badrul Shah8.Nik Hamizah bt. Nik Li

AKTIVITI YANG  DIJALANKAN 

1. Ceramah Al-Quran2. Ceramah Maulidul Rasul3. Ceramah Maal Hijrah4. Mengeluarkan risalah 5. Latihan dan pertandingan tulisan Jawi (KHAT)6. Mengadakan ABM7. Kuiz Agama antara ahli8. Kelas pemulihan Jawi9. Minggu Silaturrahim antara AJK dan ahli

CADANGAN   AKTIVITI AKAN

DATANG 

1. Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Islam2. Perkhemahan Ibadat3. Rihlah (Cuti sekolah)4. Jamuan akhir tahun

 PERSATUAN EKONOMI & KEMAHIRAN HIDUP

GURU PENASIHAT  Ketua Penasihat : PUAN MARINA BINTI MUDAGuru-guru Penasihat :1. Puan Che Fatimah bt Che Salleh2. Puan Habsah bt Mohamad

AJK PELAJAR  Pengerusi :Md Radzi bin A. RahmanNaib Pengerusi :

Page 55: asas zarina

Maziah bt MohamadSetiausaha : Normasliza bt YusofBendahari : Nuawati bt MohamadAhli Jawatankuasa :1. Mohd. Afnan bin Yusof 2. Azlina bt Deraman3. Norhisyam bin Ismail4. Darina bt Fauzai5. Mohd Arif bin Ibrahim6. Tg Nora bt Mohamad7. Mohd Alias bt Ismail

AKTIVITI YANG  DIJALANKAN 

1. Jualan Kuih Sempena Hari Raya Aidil Fitri2. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri3. Jualan di Temasya Sukan MASMAT Zon C

CADANGAN   AKTIVITI AKAN

DATANG 

1. Domonstrasi Hidroponik 2. Pertandingan RekaCipta dari barangan buangan3. Kelas KEMAS4. Lawatan ke Kawasan Perindustrian5. Jamuan Akhir tahun

PERSATUAN SEJARAH & GEOGRAFI

GURU PENASIHAT 

 

Ketua Penasihat : PN SITI RAIMAH BT MAT AMINGuru-guru Penasihat :1. Puan Munoh bt Mat Ali2. Puan Norleha bt Muda3. Puan Rohayati bt Ibrahim4. En Wan Abu Rahman bin Ibrahim

AJK PELAJAR  Pengerusi : Mohd Zamri bin IdrisNaib Pengerusi : Noorhayati bt Abd HalimSetiausaha : Norhayati bt Mohd DaudBendahari : Siti Yuhana bt YusufAhli Jawatankuasa :1. Isa Hazmy bin Mohd Peyah2. Faizah bt Ramli3. Nik Kamilah bt Nik Mohd4. Noraini bt Salleh5. Hafizuddin bin Amlin6. Mohd Hafiz bin Zahari7. Noor Haziman bin Yusuf8. Mohd Azri bin Ab Ghani

AKTIVITI YANG  1. Penghasilan Buku Skrap Sejarah / Geografi

Page 56: asas zarina

DIJALANKAN  2. Penulisan Esei Sejarah / Geografi3. Lawatan Sambil Belajar4. Mewujudkan Sudut Persatuan5. Mencipta Model

CADANGAN   AKTIVITI AKAN

DATANG 

1. Membuat Kajian Tokoh-Tokoh Tempatan2. Menambahkan Rekacipta Model

 PERSATUAN BAHASA ARAB

GURU PENASIHAT  Ketua Penasihat : PUAN HASMAH BT. ISMAILGuru-guru Penasihat :1. Ustaz Haji Abd. Rahman bin Mat2. Ustaz Ismail bin Abd. Rahman3. Ustaz Mohammad bin Yaacob4. Ustazah Wan Ramlah bt. Mohd Salleh5. Ustazah Suryani bt. Haji Yaakub

AJK PELAJAR  Pengerusi : Noriham bt. Mohd NawiNaib Pengerusi : Anis Badiah bt Mohd ZikriSetiausaha : Mohd Nudin bin ArabiBendahari : Azrinawati bt. AzizAhli Jawatankuasa :1. Norhidayah bt. Nawi 2. Wan Faizah bt. Wan Hamat3. Mohd Saifuddin Zakaria4. Wan Hasnoorhawa bt. Wan Hassan5. Ahmad Tarmizi bt. And Ghani6. Roslina bt. Awang7. Norizam bt. Mohd Noor

AKTIVITI YANG  DIJALANKAN 

1. Memberi perkataan Arab dan Inggeris serta maknanya setiap pagi hari persekolahan. 2. kelas tambahan untuk tingkatan 1, 2 dan 3 (ahli sahaja)3. Kelas Syarahan  untuk tingkatan 3, 4 dan 54. Pertandingan penulisan rencana dalam bahasa Arab untuk tingkatan 4 dan 5 (15/4/98 - 13/7/98)5. Pertandingan buku scrap dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris (20/4/98 - 14/6/98)6.kelas latihan menterjemah bahasa Arab ke bahasa Melayu dan bahasa Melayu ke bahasa Arab.7.latihan kuiz untuk tingkatan 3, 4 dan 5.

CADANGAN   AKTIVITI AKAN DATANG 

1. Minggu Bahasa 2. Aktiviti gotong-royong.

Page 57: asas zarina