forum matematik - science.utm.myscience.utm.my/mathematics/files/2016/02/fm14.09.pdfpembentangan...

2
Sidang redaksi FM mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1435H FORUM MATEMATIK Siri 18 / 97 / 699 26 Jun 2014 / 28 Syaaban 1435 [email protected] FM14.09 Shazirawati (Ketua Editor) Anati Norazlina Tok Itam Zarina Mohamed Mohd Fauzi Md Arif MINI CAREER FAIR & PEMBENTANGAN PSM 16-18 Jun 2014 Assalamualaikum dan salam sejahtera La producvité نتاجية اউৎপাদন Производителност 提高工作效率 Produkvita Produkvitet 생산성 Producviteit Tuoavuua Produkvitas پيداوارWaxsoosaarid Producvidad Wydajność Năng suất lao động Itulah perkataan ‘Produkvi’ dalam beberapa bahasa dunia. Ejaan berbeza, sebutan berbeza tetapi maknanya sama. Gol. Goal. Tok Itam percaya bahasa apa sekali pun sebutannya tetap ‘Gol’. Perkataan yang dikongsi oleh semua bahasa. Gaya sebutannya sahaja yang berbeza. Ada yang sebut GOLLLLLLL. GOL…GOL…GOL…GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL Harap maaf, musim Piala Dunia kembali lagi. Produkvi semua nega- ra terjejas di musim ini. Editor: Amboi-amboi Tok Itam, gol gol juga, CAR jangan dilupa! TOK ITAM Pembentangan PSM Terbaik Farah Izza bin Yussoff & Dr Ani Shabri Husna Nuraiin bin Hamidi & Dr Norhaiza Ahmad Khor Tzy Chii & Dr Shariffah Suhaila Syed Jamaludin Ngai Xuan Yet & Puan Halijah Osman Andrew Heng & Prof Dr Mohd Nor Mohamad Khor Khay Hoe & PM Dr Munira Ismail Khadijah Aqilah bin Sallehuddin & Dr Zaitul Marlizawa Nur Fatenah bin Makhtar & Puan Farhana Johar Rossiana Edhelyn & Prof Dr Tahir Ahmad Shahid Zada bin Shelsada & En Hamisan Rahmat Pembentangan Poster Terbaik Wan Hamiza bin Wan Abdul Hamid & Dr Zarina Mohd Khalid Sakinah bin Abdul Hanan & Dr Norzieha Mustapha BERITA TAHNIAH. Puan Norazlina Ismail telah lulus viva PhD pada 13 Jun 2014 di Massey University, Auckland, New Zealand. Bengkel Penulisan Book Chapters Kepada Staf Akademik, 23-24 Jun 2014. Staf terlibat: Prof Dr Tahir Ahmad, PM Dr Fadhilah Yusof, Puan Norazlina Ismail, dan Puan Wan Rukaida Wan Abdullah. Markah Peperiksaan Akhir dan Penyerahan CAR. Jabatan mengucapkan senggi-nggi terima kasih kepada semua staf yang telah menyelesaikan urusan kemasukan markah bagi semester II 2013/2014. Semua pensyarah diingatkan untuk menyerahkan Course Assessment Report ke pejabat KJSM selewat-lewatnya pada 30 Jun 2014. MAJLIS KESYUKURAN JSM - 24 Jun 2014 Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja Majlis Kesyukuran JSM iaitu PM Dr Fadhilah Yusof, PM Dr Normah Maan, Dr Nur Arina Bazilah Aziz dan Dr Haliza Abdul Rahman. Semoga rezeki kita semua diberka Allah.

Upload: doannhan

Post on 19-Jun-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sidang redaksi FM mengucapkan

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1435H

FORUM MATEMATIK Siri 18 / 97 / 699 26 Jun 2014 / 28 Syaaban 1435 [email protected] FM14.09

Shazirawati (Ketua Editor) Anati Norazlina Tok Itam Zarina Mohamed Mohd Fauzi Md Arif

MINI CAREER FAIR & PEMBENTANGAN PSM 16-18 Jun 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera

La productivité اإلنتاجية

উৎপাদন Производителност

提高工作效率

Produktivita Produktivitet

생산성

Productiviteit Tuottavuutta Produktivitas پيداوار

Waxsoosaarid Productividad Wydajność Năng suất lao động

Itulah perkataan ‘Produktiviti’ dalam beberapa bahasa dunia. Ejaan berbeza, sebutan berbeza tetapi maknanya sama. Gol. Goal. Tok Itam percaya bahasa apa sekali pun sebutannya tetap ‘Gol’. Perkataan yang dikongsi oleh semua bahasa. Gaya sebutannya sahaja yang berbeza. Ada yang sebut GOLLLLLLL. GOL…GOL…GOL…GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL Harap maaf, musim Piala Dunia kembali lagi. Produktiviti semua nega-ra terjejas di musim ini.

Editor: Amboi-amboi Tok Itam, gol gol juga, CAR jangan dilupa!

TOK

ITAM

Pembentangan PSM Terbaik

Farah Izzati binti Yussoff & Dr Ani Shabri Husna Nuraiin binti Hamidi & Dr Norhaiza Ahmad Khor Tzy Chii & Dr Shariffah Suhaila Syed Jamaludin Ngai Xuan Yet & Puan Halijah Osman Andrew Heng & Prof Dr Mohd Nor Mohamad Khor Khay Hoe & PM Dr Munira Ismail Khadijah Aqilah binti Sallehuddin & Dr Zaitul Marlizawati Nur Fatenah binti Makhtar & Puan Farhana Johar Rossiana Edhelyn & Prof Dr Tahir Ahmad Shahid Zada bin Shelsada & En Hamisan Rahmat

Pembentangan Poster Terbaik

Wan Hamiza binti Wan Abdul Hamid & Dr Zarina Mohd Khalid Sakinah binti Abdul Hanan & Dr Norzieha Mustapha

BERITA

TAHNIAH. Puan Norazlina Ismail telah lulus viva PhD pada 13 Jun 2014 di Massey University, Auckland, New Zealand. Bengkel Penulisan Book Chapters Kepada Staf Akademik, 23-24 Jun 2014. Staf terlibat: Prof Dr Tahir Ahmad, PM Dr Fadhilah Yusof, Puan Norazlina Ismail, dan Puan Wan Rukaida Wan Abdullah. Markah Peperiksaan Akhir dan Penyerahan CAR. Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua staf yang telah menyelesaikan urusan kemasukan markah bagi semester II 2013/2014. Semua pensyarah diingatkan untuk menyerahkan Course Assessment Report ke pejabat KJSM selewat-lewatnya pada 30 Jun 2014.

MAJLIS KESYUKURAN JSM - 24 Jun 2014

Terima kasih diucapkan kepada penaja-penaja Majlis Kesyukuran JSM iaitu PM Dr Fadhilah Yusof, PM Dr Normah Maan, Dr Nur Arina Bazilah Aziz dan Dr Haliza

Abdul Rahman. Semoga rezeki kita semua diberkati Allah.

Siri 18 / 97 / 699 26 Jun 2014 / 28 Syaaban 1435 FM14.09

Forum Matematik diterbitkan oleh Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM JB

Bismillahirrahmanirrahim segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ramadhan oh ramadhan engkau bakal datang lagi menemui kami. Kedatanganmu dinanti, pemergian mu bakal ditangisi oleh para solehin dan mukminin. Ramadhan bulan hikmah, bulan berkat. Terkandung di dalamnya pelbagai hikmah yang tersurat dan ter-sirat. Bulan ramadhan adalah hadiah Allah SWT yang tidak ternilai tingginya kepada hambaNya yang ingin mencari kebaikan di da-lamnya. Bulan bagi penyucian spiritual, rohani dan fizikal umat Islam bagi yang mahu menyucikannya, dan bagi yang mahu me-manfaatinya semaksimum mungkin.

Firman Allah SWT:

“Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan alQuran…” - Al-Baqarah:185.

Mafthum sabda baginda SAW:

“Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya di-anggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan”- Hadith riwayat Al-Baihaqi.

Hadith ini menerangkan beberapa kelebihan yang besar bagi orang yang berpuasa. Tetapi jangan kita tersalah anggap seorang yang puasa perlu menghabiskan sepanjang siang hari berpuasa dengan tidur seharian sedangkan para sahabat menempuh perang Badar di bulan Ramadhan dan mereka mencapai kemenangan dengan izin Allah swt.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah saw bersabda:

“Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat

dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-

syaitan (daripada merasuk mangsanya)”- Hadith riwayat Imam

Bukhari, Muslim, Nasa’ie, Ahmad dan Baihaqi.

Tetapi ada persoalan mengapa manusia masih melakukan kejahatan walaupun syaitan telah dibelenggu semasa bulan Ramadhan: pen-erangan ulama ialah: 1) Kemungkinan yang terbelengu itu hanya syaitan yang paling

jahat sahaja. 2) Sifat kejahatan itu telah sebati dalam diri manusia itu kerana

selama 11 bulan dia telah biasa menuruti kehendak hawa nafsu dan syaitan dan untuk sebulan di mana syaitan itu dirantai tiada kesan pada dirinya kerana telah sebati dan lali dengan maksiat yang dilakukannya itu.

Allah SWT menjadikan satu bulan di antara 12 bulan lain yang mana umat Islam diwajibkan berpuasa iaitu makna puasa ialah “menahan diri dari beberapa perkara seperti makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sadiq sehingga tenggelam matahari.”

Sewajarnya sebagai seorang yang sentiasa mahukan yang terbaik dari segi manfaat dunia dan akhirat perlulah kita merenungi dan bermuhasabah keadaan ibadat puasa kita pada tahun-tahun sebelum ini bagaimana keadaan kualitinya. Seharusnya kita memasang azam untuk meningkatkan kualiti ibadah puasa kita pada tahun ini, bukan hanya sekadar berlapar dan dahaga sahaja malah sepatutnya ibadah puasa kita itu dapat mendatangkan sifat taqwa di dalam hati dan menjadikan asbab pengampunan Allah SWT terhadap dosa-dosa kita dan pembebasan daripada api neraka. Menurut Imam Al-Ghazali darjat puasa manusia dibahagikan kepada 3 darjat:

1. Puasa alUmum: menahan perut dan kemaluan daripada ke-hendak syahwat (puasa orang awam) – iaitu puasa yang hanya sekadar

menahan makan dan minum serta perkara yang membatalkan

puasa. 2. Puasa alKhusus: menahan pendengaran, penglihatan, lidah,

hati dan kesemua anggota badan daripada melakukan dosa (puasa orang khas) – dengan puasa ini seseorang itu cuba men-jaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menam-bah lagi kualiti puasanya.

3. Puasa Khusus alKhusus: menahan hati daripada keinginan

yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain dari AL-LAH secara total. Menurut Imam Al-Ghazali untuk mencapai tahap puasa alKhu-sus, seseorang itu perlu: a. menundukkan dan menahan pandangan daripada melihat

sesuatu yang dibenci dan dilarang oleh syariat dan da-ripada perkara yang boleh melalaikan seseorang dari Allah swt.

b. memelihara lidah daripada menuturkan perkara yang sia-

sia seperti bergurau senda,berdusta, mengumpat dan se-bagainya

c. menahan diri daripada mendengar sesuatu yang dilarang

oleh syarak. d. menahan anggota badan seperti kaki dan tangan daripada melakukan dosa. e. tidak makan berlebihan ketika berbuka puasa. f. hendaklah ada perasaan takut dan harap pada Allah swt iaitu mempunyai perasaan di dalam hati sama ada pua- sanya diterima oleh Allah swt.

Marilah kita sama-sama meningkatkan kualiti puasa kita dengan

cuba mengamalkan panduan yang telah digariskan oleh al Imam al

Ghazali. Jika kita berjaya mencapai darjat yang kedua ini iaitu pua-

sa alKhusus itu pun sudah merupakan nikmat yang sangat besar

yang diberikan oleh Allah swt. Ini kerana tidak ada jaminan kita

akan berjumpa lagi ramadhan yang akan datang dan anggaplah

bahawa ramadhan ini adalah ramadhan kita yang terakhir dan kita

akan bersungguh-sungguh melakukannya dengan sebaik mungkin.

Sungguh banyak hikmah bulan Ramadhan yang tidak mungkin

dapat dicatatkan kesemuanya di sini. Antara lain ialah ganjaran

amalan fardhu akan dilipatkan sebanyak 70 kali ganda dan pahala

amalan sunat diberi ganjaran sebagaimana amalan fardhu.

1/3 bahagian pertama ramadhan adalah rahmat, 1/3 bahagian kedua

ramadhan diberi keampunan dosa dan 1/3 bahagian akhir ramadhan

adalah seseorang itu mendapat ganjaran diselamatkan dari api ne-

raka. Hadiah dari Allah swt yang paling besar ialah malam Lailatul

Qadar di mana 1 malam beribadat pada malam tersebut bersamaan

dengan beribadat selama 1000 bulan iaitu 83 tahun. Cuba ba-

yangkan kalau seseorang itu berjaya menemui malam Lailatul-

Qadar setiap tahun selama 30 tahun maknanya seolah-olah dia telah

beribadat selama 2490 tahun! Ini adalah ehsan Allah swt kerana

kita umat Nabi SAW umurnya pendek-pendek belaka tak tertand-

ing dengan umur umat terdahulu. Semoga ramadhan kali ini yang

terbaik untuk kita insyaAllah. WALLAHUA’LAM.

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN Oleh: Haliza Abdul Rahman